Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Ogos 24, 2009
Artikel Pilihan : Doktrin Khawarij, Pas ada persamaan !
IMAM Abu Muzaffar al-Asfirayni (meninggal dunia 471 Hijrah) ada menulis mengenai Khawarij dalam kitabnya berjudul, al-Tabsir fi al-din wa-tamyiz al-firqah al-najiyah an al-firaq al-halikin (Pemerhatian pada agama dan perbezaan puak yang selamat daripada puak yang binasa).
Mengikut al-Asfirayni, kumpulan Khawarij berjumlah 20 puak. Mereka mempunyai tiga doktrin yang sama. Pertama, semua puak Khawarij menyangka bahawa Khalifah Ali bin Abi Talib, Khalifah Uthman al-Affan, mereka yang terbabit dalam Peperangan Unta, dua wakil dalam Majlis Tahkim dan sesiapa yang meredai dengan kedua-dua wakil itu adalah kafir.
Kedua, semua puak Khawarij menyangka bahawa setiap orang yang melakukan dosa daripada umat Nabi Muhammad SAW adalah kafir dan pelaku dosa itu kekal dalam neraka.
Ketiga, semua puak Khawarij mengharuskan atau membolehkan menentang imam yang zalim dengan senjata. (al-Asfirayni 1940: 26)
Muhammad Abu Zahrah menulis bahawa Khawarij sepakat atas prinsip atau doktrin berikut: Pertama, Khalifah mestilah dipilih secara bebas dan sahih oleh semua umat Islam dan khalifah itu kekal menjadi Khalifah selama mana dia menegakkan keadilan dan menegakkan syariah, menjauhi kesilapan dan penyelewengan. Jika khalifah menyeleweng, maka wajib dipecat, dijatuhkan atau dibunuh.
Kedua, khalifah tidak dikhususkan kepada Arab Quraisy dan terbuka kepada bukan Arab. Bahkan Arab bukan Quraisy lebih senang dipecat, dijatuhkan atau dibunuh jika dia menyeleweng kerana tiada suku yang mempertahankannya.
Ketiga, mentakfirkan (mengkafirkan) pelaku dosa dan tiada beza di antara dosa besar dan dosa kecil. Malah, silap dalam pemikiran dan tindakan adalah berdosa. Oleh itu Khawarij menghukum kafir kepada Khalifah Ali kerana membabitkan diri dalam Majlis Tahkim dengan mengirimkan wakilnya untuk berunding dengan wakil Muawiyah. Khawarij berpendirian silap atau salah dalam ijtihad membawa kepada keluar daripada agama Islam. Oleh itu mereka mengkafirkan Talhah dan Zubayr kerana bersama Aisyah dalam Peperangan Unta, tidak bersama Khalifah Ali. Beberapa ayat al-Quran dijadikan dalil oleh Khawarij untuk menyokong fahaman mereka dan tindakan mereka terhadap orang Islam dan sahabat Nabi yang ulung yang mereka kafirkan. (Abu Zahrah 1996: 63-64).
DOKTRIN KHAWARIJ
Dokrin Khawarij yang menyamakan semua jenis dosa berbeza daripada ulama Islam lain. Khawarij tidak membahagikan dosa kepada dosa besar dan dosa kecil. Dosa besar ada yang membawa kepada kafir iaitu syirik yang jelas dengan perkataan dan perbuatan. Tidak semua dosa besar membawa pelakunya kepada hukum kafir.
Doktrin Khawarij menghukum beberapa sahabat utama Nabi Muhammad SAW sebagai kafir berbeza dan bertentangan dengan Hadis Nabi Muhammad SAW yang menjanjikan sahabat itu akan memasuki syurga tanpa hisab seperti Uthman dan Ali.
Dengan mengkafirkan kedua-dua sahabat ini, apakah hukum kafir Khawarij itu membatalkan hadis Nabi mengenai taraf dan status dua sahabat berkenaan? Hukuman kafir Khawarij kepada dua sahabat Nabi itu tidak benar atau tidak sah kerana bertentangan dengan hadis Nabi mengenai dua sahabat itu.
Khawarij berasakan mereka lebih alim, lebih warak dan takwa berbanding dengan Khalifah Ali dan Khalifah Uthman, sedangkan dua khalifah itu diterima sebagai menantu oleh Nabi Muhammad SAW. Kalau baginda menerima mereka berdua sebagai menantu, tidakkah itu menandakan kealiman, kewarakan, ketakwaan dan perjuangan mereka yang sangat tinggi kepada Nabi Muhammad dan Islam yang baginda sebarkan?
Khawarij menuduh Khalifah Ali dan Khalifah Uthman menyeleweng dan pemerintah yang menyeleweng mesti ditentang dengan memecat atau membunuhnya. Khawarij telah membunuh Khalifah Ali atas tuduhan bahawa Khalifah Ali menyeleweng dalam berdepan dengan Muawiyah yang menentangnya dalam Peperangan Siffin.
Khawarij juga menuduh Khalifah Ali menyeleweng dalam Peperangan Unta kerana beliau tidak membenarkan tenteranya menangkap dan menawan tawanan perang Aisyah, janda Nabi Muhammad SAW. Ini diketahui Khalifah Ali dalam perdebatan dengan Khawarij di Harura. Antara isunya, Khawarij menuduh Khalifah Ali gagal menghukum Aisyah yang menentang beliau dengan hukum Islam iaitu membunuh Aisyah atau menawannya menjadi tawanan perang kerana menentang Khalifah Ali dalam Peperangan Unta. Khalifah Ali memberikan penjelasan bahawa hadis Nabi Muhammad SAW melarang lelaki Muslim mengahwini janda Rasulullah SAW yang masih hidup selepas kewafatan baginda kerana isteri Rasulullah adalah ibu kepada lelaki dan perempuan Muslim. Khalifah Ali berhujah, untuk mengahwini janda Nabi Muhammad SAW diharamkan, apakah layak atau sesuai janda Nabi Muhammad ditawan dan dijadikan tawanan perang? Apakah wanita yang dilarang dikahwini sesuai ditawan atau dihukum mati?
Khalifah Ali memahami Hadis Nabi Muhammad supaya menghormati isteri-isterinya sekalipun selepas kewafatan baginda. Dengan fahaman sedemikian, Khalifah Ali mengarahkan tenteranya dalam Peperangan Unta tidak menawan Aisyah dan menghantar Aisyah pulang dengan selamat untuk tinggal dan hidup di Makkah sehingga ke akhir hayat Aisyah. Khawarij berkeras menyalahkan Khalifah Ali dalam kes membebaskan Aisyah, janda Nabi Muhammad yang menentangnya dalam Peperangan Unta.
Khawarij sentiasa menuduh pemerintah atau pemimpin umat Islam zaman mereka sebagai pemerintah yang zalim dan menyeleweng daripada hukum Islam dan keadilan Islam dan Khawarij menentang pemerintah umat Islam dengan melakukan peperangan, pemberontakan atau secara tindakan pasukan pembunuh sejak zaman Khalifah Ali hingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah.
Dalam konteks Malaysia pada zaman ini (dari 1963 hingga 2009), Pas mungkin boleh disamakan dengan Khawarij kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya, Harakah.
Pada setiap pilihan raya negeri atau Parlimen yang mana calon Pas menang, maka Pas menegaskan kemenangannya kerana rakyat menyokong Pas. Tetapi jika calonnya kalah, Pas tidak dapat menerima kekalahan itu sebagai tiada sokongan rakyat kepadanya. Malah, kerap kali Pas memberikan sebab penyelewengan dalam pilihan raya yang dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional (BN) dan agensi kerajaan yang lain, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyebabkan calon Pas kalah.
Persamaan Pas dan Khawarij ialah ketika Pas menyertai BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dan Pas dipimpin Datuk Mohd Asri Muda. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama Pas. Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk melegitimasikan Pas menyertai BN pada waktu itu? Sekarang ini apabila isu kerajaan perpaduan dihebahkan sebagai jalan menyelesai masalah Muslim di Malaysia, Pas sangat kuat menentang dan Nik Aziz mengepalai kumpulan penentang dalam Pas terhadap idea kerajaan perpaduan berkenaan. Malah, ada laporan dalam media massa yang melaporkan Nik Aziz meminta Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan dan masuk Umno kalau mahu memperjuangkan isu kerajaan perpaduan.
Kes Pas menyertai BN pada awal 1970-an dan kemudian pemimpin Pas hari ini bermusuh dengan Umno dan BN tetapi berbaik dengan DAP dan PKR. Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk melegitimasikan parti itu bersama DAP dan PKR, tetapi tidak boleh bersama Umno dan BN?
Politik tetap politik dan kepentingan serta strategi politik Pas menentukan tindakan parti itu sama ada untuk bersama Umno dan BN pada awal 1970-an dan bersama DAP dan PKR pada awal 2000.
Suara Politik
Taminsari
SLM BRO..SEJAK KETIADAAN DATUK YUSOF RAWA, PAK AJIS MULA BERMAHARAJALELA APABILA MULA MEMPRAKTIKAN 'FATWA2' YANG TIADA KESOHIHAN NYA MELAINKAN UTK TUJUAN BERPOLITIK SAJE
BalasPadammereka ini semuanya sesumpah politik. berubah warna ikut keadaan tempat
BalasPadamTabuan...ilmu ada tetapi menambahkan lagi sesatkan rakyat Msia. Kenapa tak tegur Kerajaan BN secara direct macam arwah Dato' Ishak Bahrom. Kemana perginya Hashim Yahya, Noh Gadok ....semasa hayatnya sebagai mufti pendokong BN. Berapa ramai yg murtad diMsia, kerana politik UMNO. Bolehkah pelayar negara tak sembahyang jumaat kerana keliling dunia?, adakah dikirakan musafir? siapa pergi kerumah beliau - azhar, masihkah beliau amal islam? Bolehkah tinggal sembahyang dalam memandu 24 dilitar sepang sempena merdeka? boleh kah tinggal sembahyang demi negara perenag lautan pasifik....dll. Kenapa tabuan tak tegur? adakah tabuan nak syer juga dosanya?. Soal beginilah anak muda tinggalkan rukun islam & iman
BalasPadamKalau Pas mungkin boleh disamakan dengan Khawarij, Nik Aziz tak katapun...kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya (penyelewengan ini adalah benar) tidak jadi kesalahan utk diceritakan...sebab jahatnya BN berulang. BN istiharkan ajaran HADHARI. Halal berzina, tak perlu tutop aurat, hina janggut Nabi, kerana hudud malaysia mundur, nanti tangan boleh buat sup....apa ini tak tegur kepada PM ke? atau demi imbuhan bulanan takut pd manusia dari Allah SWT
Salam Belantan, memang tidak dinafikan PAS-Nik Aziz memang telah lama membawa masuk ajaran Syi'ah ke dalam PAS, kerajaan cepat menghidu ajaran ini pada dalam tahun 90an, sebab itu banyak dikesan Pensyarah-pensyarah IPTA sudah mula meresapkan ajaran ini.
BalasPadamNik Aziz peringkat awalnya memang telah mula untuk menunjulkan mazahab ini, akahir mendiamkan diri.
Sebsb itu, dia tidak rasa segan dan bersalah mengkafirkan umat Islam yang tak sehaluan dengannya... Hadi juga pernah terpengaruh sehingga mengeluarkan fatwa halal bagi mereka jika darah orang-orang UMNO jatuh ke bumi....
Tabuan...ilmu ada tetapi menambahkan lagi sesatkan rakyat Msia. Kenapa tak tegur Kerajaan BN secara direct macam arwah Dato' Ishak Bahrom. Kemana perginya Hashim Yahya, Noh Gadok ....semasa hayatnya sebagai mufti pendokong BN. Berapa ramai yg murtad diMsia, kerana politik UMNO. Bolehkah pelayar negara tak sembahyang jumaat kerana keliling dunia?, adakah dikirakan musafir? siapa pergi kerumah beliau - azhar, masihkah beliau amal islam? Bolehkah tinggal sembahyang dalam memandu 24jam dilitar sepang sempena merdeka? boleh kah tinggal sembahyang demi negara perenag lautan pasifik....dll. Kenapa tabuan tak tegur? adakah tabuan nak syer juga dosanya?. Soal beginilah anak muda tinggalkan rukun islam & iman
BalasPadamKalau Pas mungkin boleh disamakan dengan Khawarij, Nik Aziz tak katapun...kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya (penyelewengan ini adalah benar) tidak jadi kesalahan utk diceritakan...sebab jahatnya BN berulang. BN istiharkan ajaran HADHARI. Halal berzina, tak perlu tutop aurat, hina janggut Nabi, kerana hudud malaysia mundur, nanti tangan boleh buat sup....apa ini tak tegur kepada PM ke? atau demi imbuhan bulanan takut pd manusia dari Allah SWT
sebenarnya.
BalasPadammemperjuangkan islam utk politik & memperjuangkan politik utk islam tidak sama.
Bro, Nabi Adam tu bangsa apa ye? Melayu kot sebab tu orang Umno ni bersungguh sanagt perjuang kan Melayu.
BalasPadamSekarang ternyata pencacai2 UMNO sudah habis putus asa dalam perjuangan nya memberi kekuatan kepada UMNO.
BalasPadamApa sahaja mereka buat semua nya menemui kegagalan.
Jika sekiranya DUN negeri Perak di bubarkan, pasti BN/UMNO akan hancur.