Isnin, Julai 20, 2009

DAP dan PR Sepatutnya Belajar Dari " Kes Gadis China Di Lokap Polis " Tidak Lama Dahulu!



















Masihkah kita ingat lagi ketika kes " gadis China " yang dipaksa ketuk ketampi dalam keadaan berbogel di lokap polis dijaja kehulu dan kehilir oleh Teresa Kok bersama kerabat beliau DAP tidak lama dahulu? Sementara siasatan dijalankan, pemimpin DAP menguar-uarkannya menjadi isu besar sehingga menjejaskan imej negara dan polis.

Malah kerajaan kita ketika itu di lihat tergesa-gesa menghantar menteri meminta maaf kepada kerajaan China. Tetapi apabila siasatan mendapati mangsa ketuk ketampi itu adalah Gadis Melayu rakyat tempatan, DAP terutamanya Teresa Kok senyap dan sedikitpun tidak berasa malu dengan tindakan mereka. Kerajaan pula hanya berdiam dan tidak pula bertindak terhadap kerosakkan maruah negara dan polis. Tidakkah Teresa Kok dan DAP terfikir untuk meminta maaf kepada kerajaan Malaysia dengan tindakan mereka?

Penulis turut bersimpati diatas kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian dalam satu kejadian yang menggemparkan pada hari Khamis lalu. Mayatnya dijumpai di koridor luar tingkat 5, bangunan Plaza Masallam, Shah Alam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ), dibangunan yang sama.

Insiden itu berlaku selepas Beng Hock disoal siasat oleh pegawai SPRM menimbulkan tandatanya apakah beliau membunuh diri dengan bertindak terjun, terjatuh atau menjadi mangsa sebarang salah laku? Walau apapun sekali puncanya, kita mengucapkan takziah kepada keluarga Beng Hock. Dalam kita memberikan simpati yang mendalam, kita berharap semua pihak khususnya pihak pembangkang supaya bertenang dan tidak membuat sebarang rumusan awal yang diwarnai sentimen.

Anehnya, jika kita lihat tindak-tanduk pembangkang khususnya DAP dan PKR didalam isu kematian Beng Hock nampaknya sudah keterlaluan. Mereka sudah membuat pelbagai tuduhan liar terhadap SPRM biarpun siasatan baru bermula. DAP dan PKR turut mengatur demonstrasi bagi menyemarakkan sentimen anti kerajaan. Mereka sudah lupa dengan apa yang telah mereka lakukan dengan kes " Gadis China " sebelum ini dengan memasukkan bukan lagi setitik nila kedalam sebekas susu, malah " seketul nila " untuk merosakkan segala-galanya?

Janganlah bertindak melulu selagi kita belum jelas dan pasti dengan hasil siasatan. Apakah SPRM merupakan punca kematian Beng Hock sedangkan mendiang bukan suspek, cuma seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan dan sudah tentu SPRM memerlukan kerjasamanya lagi? Seandainya ada berlaku salah laku di peringkat SPRM, kita yakin ia tidak akan ditutup dan yang bersalah perlu diheret ke mahkamah. Tapi bagaimana pula jika ianya adalah kes bunuh diri yang mana kita tidak boleh tolak kemungkinannya? Berkemungkinan juga dan siapa tahu? Walaubagaimanapun, apa-apa juga spekulasi, kita harap pihak yang berwajib dapat menyelesaikan kes ini dengan baik tanpa ada apa-apa gangguan? Dan diharap pihak pembangkang dapat bertenang sehingga siasatan selesai.

Suara Politik
Taminsari

12 ulasan:

  1. tak resah kok juga bangga BBQ lima ekor binatang pembawa H1N1 sebagai tanda 5 negeri dimenangi Paksa Rakyat. Paksa Rakyat tak kan dapat pergi jauh. Kenapa mereka tak mogok bagi membenteras pelacuran, "kegiatan pondan", penyeludupan barang tiruan, CD haram dan perbuatan "siram air panas kat pembantu rumah"?. Ada share kee?

    BalasPadam
  2. Gadis itu sebenarnya adalah gadis Melayu....

    Sepatutnya juga belajar dari kesah Theresa Kok kata makanan di penjara macam makanan anjing, tetapi deny dan akhirnya TV3 siarkan kembali rakaman "ucapan" MP Seputeh itu.

    Pakatan Rakyat dah hilang banyak kredibiliti dr isu Kg Buah Pala,Isu MP "Muslimah?? kelakuan gini?" Setiawangansa menjerit konon dapat sexual harrasment hanya kerana tak dapat ikut Menteri KWP turun padang, Nizar memonyetkan diri di Parlimen dan DUN Perak....yang ini adalah penutup segalanya keburukan yang mereka lakukan

    Nak belajar political marketing , bukan sekadar janji manis semasa PRU tetapi lebih dari itu, kotakan janji, beri perkhidmatan......caca selanjutnya political marketing dalam artikel saya di

    http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/06/political-marketing-fad-or-trend-in.html

    BalasPadam
  3. biar je la
    chinese mati dia protes

    chinese siram air panas dia biarkan.

    tunggu dia lak siram air panas

    BalasPadam
  4. Begini lah permainan politik yang dimainkan oleh parti politik cina..mereka menghalalkan semua cara asalkan cita2 politik mereka tercapai..mereka hanya melihat kepada perlakuan kerajaan sahaja..tetapi apa yang mereka lakukan dibolehkan..

    Tetapi kaum melayu PAS & PKR belum sedar diri lagi..pada mereka biar lah mereka diperbodohkan asalkan mereka dapat mengikut trend semasa iaitu mengikut rentak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan..melayu2 ini hanya ingin memuaskan diri sendiri sahaja tampa berpemikiran terbuka..

    BalasPadam
  5. Salam Bro

    Bagi mereka terjah dulu kerajaan semuanya salah..bila kes balik pada diri sendiri barulah kata laporan wartawan yang tersilap...Nak hairan apa sangat cina ni bab2 bunuh diri ni...tak lulus exam pun bunuh diri...Apa2 pun mereka sedang menyembunyikan sesuatu dari pihak kerajaan...

    BalasPadam
  6. Sepatutnya Peguam Negara heret Teresa Cock kemahkamah kerana mengaibkan negara.
    Tapi satu pun pemimpin UMNO yang berani berbuat begitu.
    Patut ler UMNO kalah 'kalah' pada PRU 12.

    BalasPadam
  7. Tak kisah la apa yang kalian nak kata. Sesungguhnya rakyat dah tak percaya kepada siasatan polis, rakyat hanya mahu Siasatan oleh suruhanjaya diraja. Mengapa? Ingat kes Anwar Ibrahim mata lebam. Polis siasat tak jumpa siapa yang buat. Bila diadakan Siasatan diraja barulah tahu yang KPN punya kerja. Lagipun kes ni serius, orang awam mati di premis SPRM semasa siasatan dijalankan. Suruhanjaya diraja ni berguna untuk 2 pihak, orang awam dan SPRM sendiri. SPRM boleh menambahbaikkan apa yang kurang dari hasil siasatan diraja tu, spt adakan CCTV di bilik siasatan.

    BalasPadam
  8. UNSPIN: Ronni Liu, Ean Yong & DAP sure die one ! !Share
    Today at 2:03pm

    By Friends of Teoh Beng Hock

    This is a true story. Teoh Beng Hock was getting fed up in his job working for Ean Yong and Ronni Liu. It is an open secret now that Teoh had told his fiancee that he want to quit his job with Ronni Liu and Ean Yong and move back to Melaka. Why? Teoh was known as a bright young man with a good future in politics. And he was given a dream job - working for Ronni Liu and Ean Yong at so early age and a bright start to his career. Why did he become so unhappy so quickly with his job that he wants to resign and move back to Melaka?

    The problem started soon after the March 8th election after Ronni Liu was appointed the STATE EXCO MEMBER AS PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN DAN PENYELIDIKAN.

    Ever since then Ronni has been up to no good. Ronni has been siphoning money out from the rakyat. He has been siphoning out the RM500,000 discretionary fund that is available for each DUN. The wakil rakyat are supposed to spend this RM500,000 discretionary funds at their own discretion to repair the drains, repair roads and the bridges.

    As the Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Ronni has the power over all the majlis daerah, majlis perbandaran and pihak berkuasa tempatan inside Selangor. What Ronni and Ean Yong doing was to get their underworld friends to set up dummy companies and bid for 'dummy' projects to siphon out the money.

    But Teoh Beng Hock was the wrong guy to do their dirty business. Before working for Ronni and Ean Yong, Teoh Beng Hock worked for Tony Pua the other DAP Member of Parlimen. Remember in March 2009 the DAP accused UMNO Youth of bullying Karpal Singh in his wheelchair in the Parliament. Photographs were showing Karpal Sing "being bullied" by UMNO Youth. Then a few days after that a video appeared which showed the opposite - that the UMNO Youth fellows did not threaten or harm Karpal Singh. They were standing there and were talking in rude way to Karpal. This video was taken by Teoh Beng Hock. This video seriously embarrased the DAP because it shows that the UMNO Youth did not touch Karpal Sing. The DAP was very angry with Teoh Beng Hock for taking this video and giving it to people.

    This is the not the first time the DAP was embarrased. Remember a few years ago Theresa Kok 'exposed' a video of a Chinese woman from China being asked to do naked squats in a Police station. Theresa Kok made a big fuss about the video. Then it was exposed that Theresa's claim about Chinese being bullied by Police was false. The girl in the video was a local Malay who was caught for drugs. After that Theresa dropped the issue. The Malay girl was not important to Theresa. She only made an issue when she thought it was a Chinese girl involved. After that Theresa Kok never visited the malay girl or even bother to find out about her - because she is a Malay.

    continue...

    BalasPadam
  9. continue..

    So the DAP is very good at making themsleves stupid. But people always forget. After Teoh Beng Hock exposed the real story about Karpal Sing and his wheelchair, the DAP fired Teoh Beng Hock from working for Tony Pua. Teoh Beng Hock was reassiged to Ronni Liu. Ronni then put Teoh in Sri Kembangan to work for Ean Yong where they can keep an eye on him.

    But at that time, after 2008 and in 2009 Ronni and Ean Yong were already siphoning money from the RM500,000 DUN discretionary funds. There were about 250 small projects worth RM50,000 or less which they had used to siphon out the money. These were all false projects or overpriced projects. Dummy companies were set up by Ronni's underworld friends, including bumi companies and also companies registered in China or involving Chinese directors.

    The dummy companies then submitted invoices for false projects (which did not exist) or overpriced the projects. If there was any work done, only a small portion of the payments were paid to the project. The rest of the money was siphoned out by Ean Yong and Ronni Liu. Teoh Beng Hock was asked to process the paperwork for his boss Ean Yong. If there were any problems, Ean Yong asked Ronni Liu's help to approve the projects.

    For each dummy project, Ean Yong and Ronni Liu took out about RM30,000 or less - small amount. The total number of projects that were dummy is about 250. So Ronni and Ean Yong siphoned out about RM6.0 - RM7.0 million of the rakyat's money from 2008 - 2009. This money was paid into private account controlled by Ean Yong and Ronni. The Police must arrest Ean Yong and Ronni and interrogate them about all these payments and accounts.

    Teoh Beng Hock carried all the dummy project details and some of the invoices in his laptop computer which is now with the MACC and now given to the Police Forensics. Before Teoh Beng Hock died, he had agreed to be a witness for the MACC and he also signed a statement which proves the involvement of Ronni Liu and Ean Yong in siphoning rakyat's money from the Selangor State Government. Teoh had also agreed to fetch more documents to prove the connection between Ean Yong, Ronni and the underworld. This is what YB Wee Choo Keong was referring to when he said that there were underworld connections with Pakatan is Selangor.

    In the laptop computer there is also a few invoices which Teoh had saved. These are belief to be fake invoice because how can invoices be found inside Teoh's laptop? Not just dummy company, and dummy project but they also manufacture dummy invoice. By 3:45 a.m. Teoh realised that he was in serious trouble. His signed the statement also means that the whole DAP will be exposed as corrupt and fraud. But still Teoh signed the statement with the MACC.

    Teoh also received many phone calls when he was driving by himself to the MACC at 5pm the previous day. Police are now trying to find out who are the people who called or sms Teoh. The Police must also check Ronni Liu's handphone and also Ean Yong's. Did both these people call Yeoh and threaten him or frighten him - which caused Teoh to commit suicide?

    The evidencs show that Teoh committed suicide. The door to the MACC is a glass door which uses a magnetic swipe card. No one can open the door from inside or outside without swipe card. So no one killed Teoh from outside. The MACC did not kill Teoh because Teoh was their main witness who have signed a statement that Ean Yong and Ronni were already corrupt. Teoh also agreed to bring some more documents as evidencs for MACC. Teoh's statement is also tape recorded and maybe a video record is also available. This is the true story about Teoh Beng Hock, Ean Yong, Ronni Liu and how they siphon money from the rakyat.

    They are DAP all corrupt. People must know.

    source:Unspinners

    BalasPadam
  10. Pihak berkuasa mesti tegas dan berani. Sebarang perbuatan atau perkataan yang boleh menimbulkan keresahan awam mesti dibendung segera. Jangan tunggu cacing naik ke mata ....

    Rasanya Menteri Dalam Negeri seharusnya sudah tahu bidang kuasa dan mampu untuk melaksanakannya.

    Ini adalah permulaan apabila kaum yang makan babi diberi kuasa. Mereka adalah dari parti yang hampir pupus suatu masa dahaulu sehingga lim kit siang dan karpal sing tidak dapat menduduki parlimen. Oleh kerana penyakit gila kerusi menjangkiti PAS, mereka sanggup menjadi talian hayat kepada pemakan babi asalkan mereka dapat bergelar YB. Dalam PKR sendiri, menjelangnya PRU12 mereka ketandusan pemimpin, tetapi bercita cita besar untuk menawan Parlimen, akhirnya 'budak budak sepak kertas' diambil untuk bertanding. Bayangkan budak hingusan yang di panggil dengan nama Jonnah aka Khairul (Tim AMK) disuruh bertanding melawan Najib .. alangkah bahololnya politik mereka ..

    Rasanya KPN sudah harus dibersarakan dan individu yang memiliki berkewibawaan seperti Tun Hanif dan Rahim Noor harus mengambil tempat itu, bukan orang yang lembik dan penakut seperti Norian Mai dan Musa.

    Pasukan Polis mesti direformkan dari segi semangat dan kewibawaan mereka!!

    Kerajaan yang dipilih rakyat mesti bertindak tegas bagi kepentingan negara tanpa rasa tukut dan gentar sekali pun terpaksa berdepan dengan tindakan mahkamah!

    BalasPadam
  11. Salam Bro..

    Tindak tanduk Lim Kit Siang memperjuangkan isu kematian Teoh beng Hock seumpama terlebih sudu dari kuah menimbulkan tanda tanya. Apakah yang Kit Siang mahu sebenarnya?

    Menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tanpa menunggu keputusan siasatan Polis? Apakah ini bermakna Polis perlu menghentikan siasatan dan membiarkan mereka yang tiada pengalaman dalam penyiasatan kes bunuh mengendalikan siasatan?

    Apakah pula makna permintaan ini? Ini bermakna mereka membawa mesej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia berkomplot untuk menutup kebenaran kes ini. Kit Siang juga jelas menghasut orang ramai supaya percaya SPRM yang membunuh Teoh.

    Kit Siang akan terus bebas melakukan hasutan ini seperti mana bebasnya Teresa Kok yang mendakwa Polis membogelkan seorang wanita warga China.

    Kit Siang juga akan terus bebas seperti mana P Uthayakumar yang mendakwa Kerajaan melakukan "pemebersihan etnik" ke atas kaum India.

    Kit Siang juga akan bebas seperti mana Anwar Ibrahim bebas setelah menuduh Dato Seri Najib terbabit dalam pembunuhan altantuya.

    Kit Siang juga akan bebas seperti mana Tien Chua terus bebas biarpun mengedar gambar palsu kononnya Dato Seri Najib makan malam bersama Altantuya.

    Kit Siang juga akan terus bebas seperti mana Ronnie Liu yang masih bebas sungguhpun pernah ditangkap polis menghalang penutupan pusat pelacuran.

    Kit Siang juga akan terus bebas seperti mana Khalid Ibrahim terus bebas biarpun sudah hampir enam bulan orang Islam di bandar Tun Razak makan daging korban lembu haram yang disedekah oleh khalid.

    Negara ini akan berada menuju anarki apabila pemimpin politik membuat kenyataan yang menuduh agensi tertentu membunuh orang tanpa bukti yang jelas.

    Yang jelas manusia seperti Kit Siang terus berada di atas undang-undang.

    Bayangkan jika kita orang kerdil menuduh sedemikian? Sampai bila mereka akan dibenarkan berkokok seperti ayam jantan yang punggung bergelumang tahi?

    Salam perjuangan

    BalasPadam
  12. Salam Bro..

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) tidak harus gentar dan takut dengan kejadian yang menimpa Teo Beng Hock, pembantu EXCO Selangor, YB Ean Yong Hian Wah yang dituduh oleh Pakatan Rakyat sebagai ditolak oleh pegawai SPRM dari tingkat 14 iaitu ibu pejabat SPRM Selangor.

    Bak kata pepatah Melayu, Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah.

    Memanglah kejadian itu sungguh tak disangka dan begitu malang sekali, tetapi janganlah dibuat spekulasi melulu dengan menuduh pegawai awam membunuh tanpa cukup bukti.

    Kejadian ini juga telah membolehkan dan menghalalkan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat dari DAP, PAS dan PKR yang dengan begitu pantas sekali melabel dan menuduh Teo dibunuh oleh SPRM.

    Tak cukup dengan itu mereka juga sewenang-wenangnya menghamburkan pelbagai makian dan kata-kata kesat kepada pemimpin Negara dan SPRM.

    Teori seorang penyelidik di Pejabat MB Selangor begitu melucukan... Semuanya menjurus kepada konspirasi, ayat yang biasa digunakan oleh Anwar Ibrahim.

    Kononnya Pegawai SPRM terlepas pegangan sewaktu cuba menakutkan Teo ketika menjalankan siasatan.

    Takkanlah si Teo itu bisu atau langsung tidak menjerit atau berteriak dengan kuat? Takkan tiada sesiapapun mendengar jeritan Teo itu memandangkan di situ terdapat beberapa kedai makan 24 jam di sekitar Plaza Masalam itu?

    Satu teori yang mungkin masuk akal sedikit ialah mungkin 'PEMBUNUHAN' ini dirancangkan oleh kumpulan "underworld" yang didakwa oleh ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Keong???

    Wee mendakwa terdapat kumpulan kongsi gelap yang menguasai Ronnie Liu dan Kerajaan Negeri Selangor.

    Mungkin juga Teo membunuh diri kerana malu dengan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pegawai SPRM yang membabitkan penglibatannya dalam penyelewengan???

    Tetapi kenapa pula tiada seorang pun rakan Teo dari Pakatan Rakyat yang menemaninya sewaktu dia hadir untuk memberikan keterangan?

    Walaupun mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik siasatan, mereka masih boleh menunggu rakan mereka itu di lobi.

    Jangan hanya membuat spekulasi terdapat konspirasi dari pihak berkuasa sedangkan kemungkinan besar juga konspirasi boleh berlaku dari pihak yang menuduh pihak berkuasa itu.

    Salam perjuangan

    BalasPadam