Ini adalah beberapa ayat al-Quran dan hadis Nab Muhammad s.a.w mengenai kecintaan Allah kepada manusia.
Allah berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Allah mencintai orang yang sabar. (Ali Imran: 146)
Allah berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang suci. (al-Baqarah: 222).
Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah mencintai orang yang membuat kebajikan. (Ali Imran: 134).
Allah berfiman (maksudnya): Allah tidak mencintai kebinasaan (al-Baqarah: 205).
Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah tidak mencintai orang yang bersikap sombong (Luqman: 17).
Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah tidak mencintai orang yang aniaya (Ali Imran: 57)
Jelas, fitnah dan kesombongan ini adalah satu perbuatan yang sangat jijik!
Jadi apakah makna jika seseorang ulama kononnya pernah meminta pengikutnya supaya memberhentikan fitnah selama tiga bulan.
Makna pertama daripada apa yang diucapkan itu ialah bahawa selama ini memang betul tokoh itu menyebarkan fitnah dan menggalakkan pengikutnya membuat dan menyebar fitnah. Itulah sebabnya maka dia meminta supaya memberhentikan membuat fitnah.
Manakala makna kedua daripada ucapan itu ialah, tokoh itu sudah beroleh kesan bahawa orang sudah mula tidak percaya dengan fatwa dan kata-kata yang diucapkannya. Jadi untuk memanjangkan kepercayaan pengikutnya, terutamanya setiap kali menjelang pilihan raya maka tokoh itu mengeluarkan fatwa seperti itu.
Lagipun masalah besar yang sedang dibincangkan oleh masyarakat ialah penipuan yang dilakukan melalui janji kepada rakyat kononnya hendak menegakkan Islam sedangkan dalam manifesto mereka tidak adapun gagasan negara Islam.
Tok Kenali, ulama Kelantan yang terkenal suatu waktu dulu tidak pernah pun menyebutkan perkara karut marut seperti itu. Boleh buat fitnah dan boleh mencarut. Boleh berpakat dengan DAP tetapi mengetepikan Berjasa. Begitulah jelas dan terang fitnah itu dilarang oleh Allah. Jadi Allah tidak mencintai orang yang membuat fitnah.
Tapi dalam masyarakat hari ini masih ramai orang yang tidak dapat mengenal mana satu mursyid yang sebenar dan mana satu mursyid yang tidak benar. Mursyid itu asalnya bahasa Arab. Maknanya ialah guru agama, pemimpin dalam hal mengenai rohani yang baik hidupnya. Taat kepada Allah. Itu maknanya mursyid. Dan bukan sebarang orang boleh pakai mursyid apatah lagi mengaku mursyid.
Kalau di Kelantan, tokoh yang boleh disebut mursyid ialah seperti Tok Kenali, Tok Seleha dan di Terengganu Tok Ku Tuan Paluh. Itu sekadar contoh-contohnya. Bukan sebarang orang boleh dipanggil mursyid. Apakah layak orang yang sanggup menggugurkan hal mengenai Islam kerana tujuan politik dipanggil mursyid? Timbang-timbangkan lah ....wallahuallam.
Dari UTUSAN MALAYSIA :
Pemuda Pas negeri mahu pandangan Nik Aziz dihormati?
KOTA BHARU 15 Jun - Dewan Pemuda Pas negeri memberi ingatan kepada sesetengah pemimpin Pas supaya menghormati pandangan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.
Naib Ketuanya, Hisham Fauzi berkata, idea tersebut tidak dibincangkan dalam kalangan ahli Pas dan menganggapnya sebagai 'masih tidak masak, tetapi telah dihidangkan'.
Tegasnya, cadangan tersebut mengakibatkan berlaku kekeliruan dan perselisihan faham dalam kalangan ahli dan pemimpin Pas serta pakatan pembangkang.
"Pendirian ini perlu dihormati dan diterima oleh semua pemimpin Pas kerana beliau adalah Mursyidul Am parti.
"Pandangan beliau bukan sekadar berasaskan ilmu yang ada, tetapi selepas melalui pengalaman politik yang panjang dengan UMNO sebelum ini," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin Pas di seluruh negara.
Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata, melalui konsep itu semua pemimpin perlu menolak sentimen parti politik masing-masing dan bersatu dalam membangunkan negara.
Idea tersebut bagaimanapun ditentang keras oleh Nik Abdul Aziz yang turut membidas dan menggelar mana-mana pemimpin Pas yang bersetuju dengan penubuhan itu sebagai 'boneka UMNO'.
Hisham yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Tanah Merah (DPPTM) kesal apabila masih ada pemimpin di dalam parti itu yang mengambil ringan pendirian Nik Abdul Aziz.
"Ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah jemaah Islam sebab itu, DPPTM mengingatkan kepada semua pihak supaya pendirian tersebut diletakkan di tempat yang sepatutnya," tambahnya.
Suara Politik
Taminsari
Diakhir-akhir zaman ni ulama pun boleh dipertikaikan keikhlasannya. Ulama yang tinggi darjatnya juga diduga dan dicuba oleh Allah atas riaknya, kesombongannya, keikhlasanya, kehormatannya dan kewarasannya selain daripada apa yang disuruh olleh Allah.
BalasPadamKita renung-renunglah.
salam,
BalasPadambetul apa yang dihujahkan,itulah ulamak PAS yang sebenarnya bukan ulamak Islam...ulamak Islam penuh dengan keilmuan agama dan ketuhanan serta penuh dengan sifat-sifat mulia,warak dan bersopan serta hidup penuh dengan kasih sayang dengan mengutamakan sahsiah perpaduan ummah.
ulamak yang sorang ni adalah ulamak politik PAS yang jumud akal budi untuk kesejahteraan ummah,pandai beretorik dan melebihkan kepentingan diri daripada kepentingan umat Islam sejagat,segala fatwa dan kata-katanya hanya mungkin akan membawa kepada kehancuran ummah.........mungkin dalam sedar dia terlupa dan terlalai bahawa dunia semakin muda dan kehidupannya semakin tua.
sebenarnya sudah lama saya perhatikan kenyataan TG.nik aziz makin lama makin jauh dari perjuangan asal pas.banyak kenyataan beliau telah menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat islam di malaysia.contohnya soal penggunaan perkataan Allah dibolehkan supaya semua penganut menggunakannya.bila disebut penganut agama lain,termasuklah kristian,hindu,buddha dan lain boleh menggunakan perkataan Allah.sebenarnya perkataan ini,mengikut ulama muktabar hanya umat yang diredhai Allah taala sahaja yang boleh menyebutnya.umat yang derhaka tidak dibenarkan sama sekali kerana ditakuti mereka akan menggunakannya brtujuan untuk memesongkan akidah muslim.mereka yang engkar dengan perintah Allah,layakkah dia memanggil nama tuhan yang maha esa sedangkan mereka engkar dengan perintah tuhan?
BalasPadambiarpun apa2 alasan hatta hendak berdakwah sekalipun perkara ini tidak pernah dibolehkan sama sekali.
apakah beliau tidak mengambilkira rujukan2 yang ada dan pandangan2 yang baik sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sebegini?
saya perhatikan,perubahan ini berlaku pada beliau setelah pas menang besar pada PRU-12 dengan 5 negeri telah diperintah oleh pembangkang.tidak pernah berlaku hal yang sedemikian.adakah kerana untuk politik dan kekuasaan,perkara2 yang boleh mengelirukan umat islam sebegini hendak kita kesampingan.adakah kerana untuk memenangi hati orang bukan islam kita sanggup mengiyakan apa yang dikatakan mereka?
bermuhasabahlah.
akm..
BalasPadamsaya link blog tuan ke blog saya tq...tabuansblogspot..
Mereka ini sudah lari daripada niat...Mereka berniat kerana Parti Bukan kerana Allah..
sayapun berpendapat sama...kongsikan dengan blog sy :
BalasPadamhttp://puterinafisah.blogspot.com
masyarakat harus disedarkan contoh MURSYID yg sebenar di dalam Islam bukan mursyid yg dipolitikkan seperti Nik Aziz Jembali ni.
Salam perkenalan, sila berkongsi pandangan melalui blog saya:
BalasPadamhttp://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com
Salam kepada pengunjung blog ini. Terima kasih diatas komen-komen bernas yang diberikan.Ini adalah kisah seorang sahabat yang menulis mempertikaikan Nik Aziz...
BalasPadamNik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam
SECARA peribadi, sebagai seorang lepasan sekolah agama walaupun tidak setanding dari segi ilmu amal, kealiman dan ketakwaan dengan pemimpin, ahli dan penyokong fanatik Pas, sahabat saya terkejut apabila seorang tokoh yang diberi gelaran 'tok guru' seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup memastikan nasihatnya didengar.
Pada pendapat beliau 'mesti didengar' bermakna sesuatu yang mutlak, tidak boleh menolak atau membahaskannya, apakah lagi mempertikaikannya dari sudut apa sekali pun.
Apakah dalam Islam membolehkan seseorang hamba-Nya memutlakkan nasihat atau kata-katanya?
Rasulullah SAW sendiri pernah ditegur, malah menerima teguran para sahabat membuktikan bahawa baginda tidak memutlakkan apa yang dinyatakan, pandangan atau perlakuan peribadinya, kecuali segala titah perintah Allah.
Sayidina Umar Ibnu Khattab meminta ditegur walaupun khalifah itu bengkeng. Umar tidak marah pun dengan ancaman seorang lelaki tempang yang meletakkan mata pedang pada lehernya dan bersumpah bahawa pedang itulah akan memenggal leher Khalifah ar-Rasyidin kedua itu jika tidak melaksanakan pemerintahan berlandaskan hukum Allah.
Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan zuhudnya dan adil sebagai khalifah sehingga dalam tempoh pemerintahannya, serigala pun tidak memakan kambing sebagai tanda kemakmuran dan berkat pemerintahannya. Beliau boleh ditegur dan menerima teguran anaknya sendiri biarpun tindakannya dianggap kurang tepat oleh anak baginda.
Timbul persoalan dalam kepala beliau, apakah Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am Pas mahu pun atas sifatnya sebagai Menteri Besar Kelantan lebih hebat daripada Rasulullah SAW, Sayidina Umar Al-Khattab, Umar Abdul Aziz dan sebagainya sehingga nasihatnya dimutlakkan.
Bukankah dengan memutlakkan nasihatnya itu bersifat takbur, angkuh, sombong, bongkak dan riak, sekali gus menidakkan tahap keilmuan orang lain, termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Betulkah Nik Aziz lebih berilmu dari segala ilmuwan sehingga nasihat dan pendiriannya tidak boleh dicanggah?
Kalau Abdul Hadi tidak cukup ilmu untuk menjadi presiden kepada parti yang begitu gah dengan gebeng perjuangan Islam, kenapa beliau boleh diberi kemenangan percuma apabila Nik Aziz sendiri hanya menerima satu pencalonan sahaja bagi merebut jawatan presiden.
Sahabat saya yakin ramai pemimpin, ahli dan penyokong Pas akan menganggap beliau boneka UMNO, malah ada yang akan labelkan beliau diupah untuk menulis tulisan yang menyanggah Nik Abdul Aziz.
Bagaimanapun tujuan beliau menulis adalah untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah serta memenuhi tuntutan surah Al-Asyr dalam memperingatkan Nik Aziz bahawa memutlakkan nasihat, pandangan atau pendiriannya adalah tidak tepat dengan hukum-hakam.
Mudah-mudahan, Nik Aziz boleh menerima hakikat bahawa ubat yang paling pahit adalah yang paling mustajab.
Memang bercanggah pendapat atau tidak bersetuju dengan pandangan atau pun pendirian orang lain dibolehkan oleh Islam tetapi memutlakkan pendapat, pandangan, pendirian dan nasihat kita bagi beliau adalah tidak berapa selari dengan hukum-hakam.
Semoga alim ulama, termasuk para mufti dapat memberi pandangan masing-masing memandangkan apa yang menjadi pendirian, kata-kata dan apa yang dilakukan oleh Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam belaka oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong Pas.
Wallahuallam
Salam ziarah...
BalasPadamPerkembangan Pilihanraya Manek Urai di Kelantan bakal mencetus "pertumpahan darah". Begitulah "fatwa" terbaru dari Nik Aziz, mursyidul am PAS yang dikatakan "maksum". Nik Aziz dengan bangganya menyeru supaya usaha mempertahankan DUN Manek Urai walaupun terpaksa "bertumpah darah"! "Gedebe" nampaknya MB Kelantan ini, amat bersesuaian dengan dakwaannya bahawa Allah itu juga bersifat "Al-Gedebe". Begitulah "fatwa" terbaru versi "Islam Nik Aziz".
Jelaslah Nik Aziz cuba menerapkan nilai "jihad" di dalam hati sanubari PAS dalam usaha "perang"nya kepada UMNO. Mungkin bagi Nik Aziz, UMNO adalah sebuah bangsa "kafir" yang harus diperangi sebagaimana di zaman kegemilangan Islam ketika perang Salib dahulu. UMNO baginya harus ditentang walaupun sehingga ke titik darah yang penghabisan. "Darah" ahli-ahli UMNO ini adalah "halal" baginya. Mungkin pada masa akan datang, Nik Aziz akan mengeluarkan "fatwa" terbarunya yang mendakwa bahawa "UMNO adalah murtad"! Begitulah bencinya Nik Aziz kepada UMNO dan ahli-ahli UMNO.
Astaghfirullahil 'Azim. Begitu sekali tanggapan Nik Aziz kepada UMNO dan ahlinya. Sedarkah Nik Aziz ketika membuat kenyataan tersebut? Atau beliau sedang "mamai" baru bangun tidur? Waraskah Nik Aziz? Tidakkah Nik Aziz lihat dan sedar bahawa UMNO sudah, sedang dan akan terus memperjuangkan nasib Islam, bangsa dan negara ini? Apakah Nik Aziz sudah "buta hati"nya untuk melihat pembangunan dan dasar-dasar Islam yang diterapkan di Malaysia, hasil perjuangan UMNO. Apakah di Singapura wujud Majlis Agama Islam, Perkim, Tabung Haji dan sebagainya, sebagaimana wujudnya semua itu di Malaysia sehinggakan Nik Aziz menghukum bahawa Singapura itu lebih "Islamic" berbanding Malaysia? Nik Aziz, apakah tuan sudah di"buta"kan Allah tanpa hidayah dariNya?
Tidakkah Nik Aziz sedar bahawa dirinya kini sedang berkawan dengan "syaitan"? Syaitan yang difirmankan Allah sebagai ""aduwwun mubinnn"! Apakah Nik Aziz telah terpesong akibat hasutan "syaitan-syaitan" yang mengelilinginya sehingga mahu menumpahkan darah saudara seIslam sendiri? Tidakkah Nik Aziz sedar bahawa dia kini berada sekapal dengan kuffar yang terang-terangan menolak Islam? Bukankah Karpal dan Lim Kit Siang tidak sekali-kali mahukan Islam ditegakkan Malaysia. Bukankah Anwar juga mempunyai dasar "Islam" yang dianjurkan oleh Yahudi dan US? Bukankah puak-puak kuffar itu tidak akan sekali-kali redha selagi umat Islam di Malaysia ini tidak mengikut jari telunjuk mereka? Saya sedar bahawa tuan Nik Aziz berilmu agama yang tinggi, namun ilmu itu tuan selewengkan dengan sikap "riak" dan "ujub" sehingga "menghalalkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar". Matlamat tidak menghalalkan cara, wahai "tuan guru"!
Berbaloikah Nik Aziz menganjurkan permusuhan sesama umat Islam di Malaysia ini demi kepentingan politiknya? Hj. Hadi dimarahnya dengan "nasihat" hanya semata-mata memberi idea untuk menyatupadukan umat Islam di Malaysia yang terpisah akibat fahaman politik. Kononnya, Hadi hanyalah Presiden kepada sebuah parti politik dan tidak terkecuali dari silap dan salah dosa. Bagaimana pula dengan Nik Aziz sendiri? Takkanlah semata-mata bergelar "mursyidul am" PAS, maka dirinya kebal dari membuat keputusan yang silap dan salah? "Maksum"kah Nik Aziz? Jangan pula nanti mendakwa bahawa dirinya adalah seorang "Rasul" pula!
Saya melihat bahawa "nasihat" Nik Aziz ini tidak lebih dari usaha untuk memecah belahkan sesama umat Islam di Malaysia. "Nasihat" ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Mungkin inilah hasilnya bila berkawan dengan "syaitan". Tidak kiralah sama ada "syaitan iblis laknatullah" atau "syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia". Kami warga UMNO akan terus menganggap bahawa PAS dan ahli-ahlinya adalah saudara seagama kami sendiri walaupun berbeza pandangan politik. Demi Islam, kami tidak sanggup menumpahkan darah saudara seIslam kami walaupun demi dunia dan politik. Kami beragama Islam dan bukan beragama UMNO atau PAS! Fahamilah wahai Nik Aziz dan ahli-ahli PAS, kita semua adalah saudara!
Salam perjuangan