SUASANA politik selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu amat berwarna-warni dan menggusarkan perasaan serta ketenangan rakyat. Menariknya, di samping membimbangkan, senario politik ini boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti sudut psikologi dan bahasa sastera.
Elemen-elemen seperti fatamorgana, perumpamaan dan mekanisme bela diri banyak digunakan dalam melaksanakan perancangan dan menjayakan agenda pihak- pihak tertentu dalam merencahkan iklim politik negara.
Fatamorgana didefinisikan oleh Kamus Dewan (2002) sebagai sesuatu yang bersifat khayalan logamaya. Ia seperti bayangan panas di padang pasir, kelihatan seolah-olah air yang jauh nampaknya, tetapi apabila dihampiri tidak berjumpa air tersebut. Dakwaan tindakan parti pembangkang untuk mengambil alih kerajaan dilihat oleh bekas Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu fatamorgana. Usaha ini tidak berlaku secara realitinya dan hanyalah satu angan-angan pihak parti pembangkang.
Selain daripada peristiwa dakwaan mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan, satu lagi peristiwa yang boleh dilihat dari sudut bahasa sastera ialah penggunaan perkataan 'perumpamaan' dalam senario politik negara. Apabila makanan yang diberikan untuk manusia diumpamakan seperti makanan untuk haiwan, tentunya ia ingin menggambarkan betapa teruknya layanan yang diberikan kepada seseorang individu itu. Kamus Dewan (2002) mendefinisikan 'perumpamaan' sebagai sesuatu yang dijadikan perbandingan. Perkataan yang digunakan untuk menunjukkan konsep perumpamaan ialah antara lainnya perkataan 'seperti' dan 'umpama'.
Secara psikologinya, apabila orang mendengar bahawa manusia dilayan seperti binatang, perasaan simpati akan timbul kepada individu yang dilayan seperti binatang itu. Sebaliknya, perasaan marah dan geram akan timbul kepada pihak yang didakwa melayan individu tersebut. Dalam politik juga, banyak unsur mekanisme bela diri digunakan. Elemen-elemen seperti penafian, projeksi, penyaluran dan intelektual digunakan. Dalam psikologi, helah bela diri digunakan bertujuan mengurangkan kesan kesakitan dan konflik melalui tindak balas lazim yang automatik.
Mekanisme bela diri sekiranya digunakan secara berlebihan dan keterlaluan, ia akan menimbulkan masalah kerana individu yang sering menggunakan helah bela diri akan sering berselindung di sebalik tingkah lakunya yang sebenar. Dalam konteks penafian, adakalanya individu menafikan bahawa dirinya mengeluarkan sesuatu kenyataan. Penafian boleh dilakukan secara sedar atau pra sedar. Yang lebih malang lagi, apabila penafian itu diprojeksikan kepada pihak lain.
Contohnya, individu menjelaskan dirinya tidak mengeluarkan sesuatu kenyataan. Sebaliknya pihak lain telah memanipulasikan apa yang dicakap dan menulis berita yang tidak benar.
Dalam konteks politik di negara ini, pihak media sering dilihat sebagai tempat paling mudah untuk dipersalahkan. Pendek kata, media sering diprojeksikan. Sebagai seorang yang bijak dalam bidangnya, penafian dan projeksi ini dilakukan secara intelektual.
Maksudnya segala penafian dan projeksi dilahirkan menggunakan perkataan-perkataan secara logik, bukannya melalui perasaan dalam usaha individu tersebut menghilangkan perasaan yang menyakitkan. Akibatnya ramai orang yang akan terpengaruh dengan penafian dan projeksi yang dilakukan oleh individu tersebut. Seperti yang dikatakan, senario politik negara kini banyak rencamnya. Mungkin jika diulas dari sudut teori ilmu, ia menarik untuk dikaji. Namun, keadaan sebenarnya sangat membimbangkan rakyat.
Rakyat tidak mahu menjalankan urusan kehidupan dalam keadaan jaminan keselamatan dan kedamaian politik yang longgar. Rakyat inginkan sebuah negara yang aman damai dan stabil dari sudut politik, ekonomi dan sosial untuk terus menikmati kehidupan yang selesa dalam sebuah negara demokrasi yang selama ini terkenal kerana keamanan dan pelbagai kejayaannya. Janganlah hanya kerana fatamorgana pihak tertentu, keamanan negara menjadi satu idaman dan impian rakyat.
Suara Politik
Taminsari
Kali ini kerajaan bertindak pantas dengan menahan kaki hasut. Inilah yang sepatutnya dibuat. Ketegasan kerajaan diperlukan dalam menghadapi situasi seperti ini.Mereka menggunakan nama bersih, tetapi mahu jadi samseng. Jika ditanya kepada mereka tentulah mereka akan memberi alasan demokrasi dan kebebasan rakyat. Mereka mahu orang ramai menerima tindakan mereka sebagai halal.
BalasPadamMereka ingin jadikan negara ini milik mereka dan memaksa kerajaan mengiktiraf cara-cara mereka. Jika boleh setiap bulan ada pilihan raya kecil dan pilihan raya itu menjadi pesta buat mereka. Jika boleh setiap hari ada demonstrasi jalanan di mana mereka boleh menJERIT ke arah kerajaan. Mereka mahu kerajaan mengiktiraf cara-cara samseng mereka ini sebagai BERSIH. Ugutan, tempelakan dan amaran mahu dijadikan taktik-taktik yang dihalalkan untuk sepanjang masa. Inikah jenis manusia yang mahu memimpin kita?
Jangan perkecilkan musuh anda, yang penting ketahui kekuatan musuh anda.
BalasPadamBN/UMNO sedang berada dalam keadaan parah. Kita terpaksa akui dan berusaha memulihkan BN/UMNO.
Ini bukan lagi masa untuk ber kata2 perkara yang tidak mendatangkan faedah terhadap pemulihan BN/UMNO.
PAS dan PKR akan tetap berada dalam posisi yang baik kerana mendapat sokongan DAP.
Kaum cina dan india pula sudah bersatu dalam DAP.
Apa yang patut kita lakukan sekarang ialah menyatu padu kan kaum melayu.
Mengutuk PAS/PKR sama mengutuk melayu. Jika kita terus kutuk mengutuk sesama bangsa sendiri akhirnya kita juga yang rugi.