Selasa, April 14, 2009

PAS Hendak Meng'THAI'kan Negeri Perak!

Kenyataan berbaur ugutan Setiausaha Agung Pas Pusat, Kamaruddin Jaffar bahawa tunjuk perasaan berdarah yang berlaku di Pattaya, Thailand mungkin berlaku di Perak jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan disifatkan sebagai satu hasutan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Kamaruddin itu adalah tidak bertanggungjawab dan merupakan satu provokasi untuk mencetuskan huru-hara.

"Apa sebenarnya hasrat Pas, adakah parti tersebut cuba 'melukis' keadaan kucar-kacir pada wajah UMNO demi kepentingan politik mereka.

"Ini adalah kenyataan tidak bertanggungjawab yang bertujuan menghasut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kamaruddin dalam lidah rasmi Pas, Harakah Daily yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Harakah Daily kelmarin menyiarkan kenyataan Kamaruddin yang mendakwa, tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama seperti di Thailand, jika DUN negeri tersebut tidak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Kejadian rusuhan di Pattaya itu menyaksikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 yang memasuki hari keempat terpaksa dibatalkan selepas penunjuk perasaan anti kerajaan merempuh pasukan keselamatan dan menggempur pusat media di lokasi sidang kemuncak itu berlangsung.

Menurut Kamaruddin, kejadian yang berlaku di Pattaya itu merupakan manifestasi rakyat Thailand yang tidak berpuas hati terhadap rampasan kuasa dan usaha menjatuhkan pemimpin pilihan mereka.Sehubungan itu, beliau mendesak Najib membubarkan DUN bagi mengelakkan berlakunya rusuhan di Perak.

Mengulas lebih lanjut kenyataan itu, Ahmad Zahid berkata, Pas sanggup menggadaikan kestabilan yang dinikmati demi kepentingan politik mereka. Bagaimanapun, beliau yakin skrip rusuhan di Pattaya tidak akan berlaku di Perak kerana rakyat matang dalam membuat pilihan terbaik demi kestabilan dan keharmonian.

"Acuan politik Malaysia berbeza dengan Thailand dan kerajaan sama sekali tidak akan membiarkan kekecohan yang sama berlaku di negara ini. "Anggota keselamatan kita sentiasa bersedia dan saya menyeru semua parti politik jangan mempolitikkan isu keselamatan dan kestabilan negara," jelasnya.

Ahmad Zahid menegaskan, kestabilan politik adalah asas utama untuk mengatasi kemelesetan ekonomi. Katanya, dengan asas politik yang kukuh semua pelan pemulihan ekonomi mampu dilaksanakan dengan terancang. Menurutnya, kerajaan memang mengambil iktibar krisis politik yang berlaku di Thailand sehingga menyebabkan negara tersebut gagal ditadbir dengan baik terutamanya dalam persekitaran ekonomi global yang meleset. - UM

KOMEN :

Kamaruddin Jaafar sepatutnya mengikut tindakan Karpal KING yang menyuruh Anwar supaya BERTAUBAT dengan apa yang telah berlaku di negeri Perak. Anwarlah punca kepada segala kekecohan yang berlaku di Perak. Terimalah dengan hati yang terbuka. Takkan lah Kamaruddin takut dengan "BOSS" lama beliau iaitu Anwar Ibrahim. Kamaruddin sepatutnya bertanya kepada diri beliau dahulu siapa yang mengajar untuk melompat parti kalau bukan Anwar Ibrahim? Jangan marahkan nyamuk, kelambu hendak dibakar?

Sepatutnya apa yang berlaku di Thailand menjadi pengajaran bagi kita supaya perkara yang sama tidak berlaku disini. Apakah Kamaruddin Jaafar sebagai bekas Pengerusi Institut Kajian Dasar (IKD) dan bekas Setiausaha Agung ABIM ini begitu berharap sangat agar negara kucar-kacir disaat-saat dunia mengalami kegawatan ekonomi sekarang? Adakah Kamaruddin sudah terkena tempias DAP yang gilakan kuasa memerintah?

Rakyat tidak akan lupa tindakan Kamaruddin Jaafar semasa beliau masih lagi didalam UMNO. Dahulu siapakah juara UMNO yang menentang habis-habisan hudud Pas kalau bukan Kamaruddin Jaafar? UMNO tidak akan lupa jasa-jasa Kamaruddin menentang HUDUD? Sampai dibukukan segala fakta kenapa Pas tak boleh laksanakan hukum hudud di Kelantan dan Malaysia. Bahan-bahan kajian sudah tentu hasil perahan otak mangsa penipuan peserta-peserta siri kursus dan seminar anjuran IKD. Akhir sekali nama siapa tercatat sebagai penulis buku tersebut.

Buku yang tidak dijual itu cadangannya hendak diedarkan kepada perwakilan UMNO sewaktu dia bercita-cita nak duduk dalam Majlis Tertinggi UMNO. Satu taktik lapuk untuk menunjukkan kepada perwakilan bahawa Kamaruddin Jaafar ini adalah intelek orangnya?

Malangnya, dia tidak sempat mengedarkannya atas sebab peraturan berkaitan politik wang yang diperketatkan oleh Majlis Tertinggi UMNO sedikit masa dulu. Kemudiannya, buku-buku tersebut dijadikan cenderamata kepada sesiapa yang berkunjung ke IKD. Tetapi sekarang ini tentunya buku-buku yang sedang disorokkan itu akan dibakar pula…?

Bila dah pakai baju Pas, agaknya buku apa pula yang Kamaruddin akan keluarkan. Adakah dia akan keluarkan satu lagi buku berkenaan hudud Pas, tetapi diterbitkan sebagai ‘buku ralat’ bahawa Pas boleh laksanakan hukum hududnya!

Lihat sajalah semasa Kamaruddin Jaafar mengangkat tangan dengan Ahli Parlimen Tumpat, Wan Jamil Mahmud, dia dah macam manusia tak ada hidung. Masa dalam UMNO dan bertanding untuk kerusi Parlimen Tumpat dahulu, bagai nak rak dia serang Wan Jamil. Tajuk favourite tentulah tak relevannya hudud Pas dilaksanakan… Kini, kita akan saksikan episod politik Kamaruddin Jaafar lagi dan lagi apabila dia mula menjilat habis-habisan air liur basi nostalgia politik songsangnya bersama hingus-hingusnya sekali! Adakah PAS masih sanggup untuk menyimpan gunting dalam lipatan ini? Fikir-fikirkanlah.

Wallahuallam..

Suara Politik
Taminsari

7 ulasan:

  1. Dapat ilham drp thailand ler tu...
    nampaknya puak2 pakatan ni kemaruk sesangat nak berpolitik sepanjang musim. dah Tak de keje sangat dah ke.. sudah2-lah tu... Tak habis-habis nak menyusahkan orang lain PAS ni... HUH

    P/S: Tahniah taminsari, artikel tamin memang menarik... saya lihat kebanyakan bloggers2 menyiarkaan artikel dari hasil penulisan taminsari..

    Kalau adaa masa nanti saya nak berguru dengan taminsari...

    BalasPadam
  2. begitulah Erdogan dalam PAS...sanggup buat apa sahaja untuk puaskan hati Anwar..

    Kamarudin Jaafar tentu masih ingat jasa3 anwar kepadanya hingga menjadi kaya raya satu ketika dulu..

    PAS nak simpan lagi, silakanlah orang macam ini.

    nanti senang nak buat baring tengah jalan..atau nak demonstrasi.

    lagi bagus angkat je si KJ ni jadi Presiden.

    Boleh main dengan FRU dan water canon.

    BalasPadam
  3. dulu sebelum merdeka tunku dan makcik manjalara nya berbedak tanah melayu ,utara perlis sampai ke bangkok untuk makcik manjalara,selatan perlis sampai singapura untuk tunku.Inggeris setuju dantunku dijadikan perdana menteri.Hasrat inggeris memecahkan islam berjaya.Umno yang bodoh menerima dengan bangga.

    BalasPadam
  4. Saya lebih condong mengira telatah sapa-nama-dia-tu sebagai cungapan orang nazak saja bang Taminsari.

    Dia dah habis semua harapan dah. Apa berlaku pun dia tak rugi apa apa. Daripada dia tak dapat sorang baik dia heret semua yang ada.

    Cumanya semua yang ada ni masih waras dan banyak congak kira-kira. Tapi kalau dia nekad ... apa hal?

    BalasPadam
  5. Salam buat Senapang Patah & Pang5 Cyber..apa yang saya lihat sikap " erdogan " didalam PAS ini umpama api didalam sekam. Kamaruddin sebenarnya adalah "Trojan Horse"...mungkin segala maklumat PAS sudah banyak disalurkan kepada Dewata Anwar? Tunggu masa sahaja untuk menghancurkan PAS dari dalam. Biarlah mereka bercakaran sesama sendiri. Mungkin ini balasan tuhan terhadap mereka kerena meminggirkan bangsa yang seagama dengan mereka. Kita tunggulah di dalam muktamar PAS pada JUN nanti siapa akan mengatasi siapa? Mungkinkah sekular dan erdogan akan mengatasi Ulama. sama-samalah kita tunggu dan lihat...siapa sebenar Nakhoda PAS?..wallahuallam.

    p/s..saya pun tengah belajar dengan senapang patah, macamana nak jadi guru? ha..ha..

    Salam perjuangan

    BalasPadam
  6. orang-orang yang menghasut untuk membuat huru-hara dan kacau-bilau patut disingkirkan dari masyarakat kerana menjadikan keadaan aman tidak tenteram, kemusnahan nyawa dan harta-benda. mereka harus di simpan dalam ISA lama-lama

    cubalah kita tanamkan sifat cintakan keamanan. kita adalah manusia. bertamadun, berakhlak, dan beragama islam yang diberikan akal oleh Allah swt dan bukannya haiwan. perbezaaan diantara manusia dengan haiwan adalah kelebihan akal yang diberikan Allah swt. jadi janganlah berkelakuan ganas seperti haiwan yang tidak berakal

    BalasPadam