Ahad, April 19, 2009

DAP LINDUNGI PUSAT HIBURAN MILIK BANGSA MEREKA!

DAP Malaysia sedang berusaha membawa maksiat ke Pulau Pinang

Di Miami pun ada Democratic Party, lebih kurang sama jugalah kedua-duanya pro-maksiat dan mungkar. Masalah pusat hiburan di Pulau Pinang pernah didedahkan oleh Pemangku Ketua Polis Negeri, Dato' Salleh Mat Rashid bahawa kebanyakan permis hiburan melanggari syarat dan melaksanakan berbagai kesalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pelacuran secara luas.

Sebanyak 102 buah pusat hiburan tertumpu pada tiga lokasi iaitu di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (kita semua sedia maklum bahawa pemilik pusat hiburan ini ialah orang bukan bumiputra dan mereka sungguh berlagak kerana negeri ini ditadbir oleh DAP).

DAP membawa Pulau Pinang merenung ke arah Taiwan dan Hong Kong. Pulau Pinang akan berubah ke arah sebuah Negeri seakan-akan Las Vegas tidak lama lagi sekiranya masalah hiburan haram ini tidak di atasi.Kenyataan Ketua Polis Negeri, Dato' Ayub Yaacob juga harus diberi perhatian kerana terdapat permis hiburan mempermainkan tindakan penguatkuasa apabila tidak menghiraukan tindakan sepertimana yang berlaku di Jin Bei Hotel dan Pub No 151, Jalan Burmah, Georgetown yang telah diserbu sebanyak tujuh kali tetapi terus beroperasi. (bagaimana mereka nak takut...mereka sendiri dilindungi oleh beberapa oang kuat parti pemerintah negeri Pulau Pinang sekarang).

MPPP yang menjadi nadi dalam hal ini harus menyemak semula lesen pusat hiburan kerana banyak yang beroperasi secara haram dan melanggari syarat yang diberikan mengikut Warta Kerajaan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Peraturan Hiburan Pulau Pinang 2001," ujarnya.

Dulunya PAS memperkatakan perlu ditutup kilang-kilang arak, judi dan maksiat dan kini apabila Selangor yang dikuasai PKR yang bertopengkan DAP tidak pula kedengaran suara-suara Nik Aziz, Hadi Awang dan penyokong-penyokong PAS membantah kepada Anwar. Begitu juga di Perak ( semasa PR memerintah ) yang kini sedang bercambah pusat-pusat hiburan dan terdapat juga rumah-rumah ibadat yang sedang dalam proses pembesaran. Berbagai tohmahan kepada UMNO dulu kini berbalik kepada PAS.

Warna-warni politik negara..
Taminsari

8 ulasan:

  1. ni la cara kepimpinan versi khalifah umar DAP.

    pi5au.blogspot.com

    BalasPadam
  2. MENANTI TINDAKAN DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG..

    ADAKAH AKAN MENIKUS MENGIYAKAN DURJANA RAKAN SEPERMAINAN.

    BalasPadam
  3. Perbicaraan Ronnie Liu pada 29 Oktober ini..PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 29 Oktober ini untuk perbicaraan kes Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, yang didakwa bersubahat menghalang penjawat awam daripada menjalankan operasi mencegah maksiat, November tahun lalu...............

    BalasPadam
  4. bro

    aku orang pp cukup masak dgn semua ini .Dahulu pemuda pas kutuk kuat kerajaan BN pasal pusat2 hibiran ini tetapi apa dh jadi skrg.

    inilah stail kepimpinan Khalifah Umar DAP ..mencegah kemungkaran ..tetapi aku rasa ini bg dia bukan mungkar kot kerana melibatkan bisnes bangsa dia

    BalasPadam
  5. sdra belantan,

    senang jer nanti jawapan puak penyokong khalifah umar abd aziz...
    "kat genting pun ada kasino sejak BN memerintah lebih 50 tahun yg lalu.."seolah-olah demer bleh buat salah (baca dosa) sebab BN pernah buat salah!!!

    anyway teruskan bongkar yop...

    BalasPadam
  6. Sudah budaya dan permainan politik pembangkang, berpura-pura adalah perisai yang paling ampuh pakatan pembangkang. Selama ini pun kita tahu, mana ada pembangkang yang betul-betul nak hapuskan tempat maksiat ni. DAP tu boleh hidup ke tanpa pusat-pusat hiburan, karaoke, pub, premis-premis perjudian dan sebagainya?

    BalasPadam
  7. baru mike tau perangai depa yang sebenarnya,depa ne hidup dengan wang halal haram semua depa balun lepas tu depa akan dapatkan endosment dpd PAS la...baru orang tak kacau..


    salam

    BalasPadam
  8. Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

    Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

    Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

    Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

    BN/UMNO (PRK Phobia)

    BalasPadam