Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Mac 09, 2009
Artikel Pilihan : Setahun selepas tsunami PRU12!
SETAHUN lalu, arena politik negara dilanda kejutan terbesar apabila Pilihan Raya Umum Ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008 menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah, Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Tidak cukup dengan itu, parti yang sentiasa dianggap dominan dalam pilihan raya juga turut terlepas buat pertama kalinya, negeri-negeri yang dianggap kubunya iaitu Selangor, Kedah dan Perak manakala di Kelantan pula impian BN melalui UMNO untuk merampas kembali negeri itu yang dikuasai oleh Pas sejak 1990 terus berkubur.
Kehilangan cengkaman kuasa politik oleh BN di Parlimen dan kehilangan tiga negeri tidak termasuk Kelantan telah memungkinkan senario dan landskap politik negara berubah sama sekali.
Pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas mula mendabik dada dan menganggap mereka adalah alternatif kepada BN.
Persoalannya, apakah 'tragedi politik' yang berlaku ke atas BN ini sudah dipelajari oleh parti tersebut? dan adakah benar pakatan pembangkang kini sudah benar-benar kuat sehingga akan terus menjadi ancaman dalam pilihan raya umum akan datang.
Sama ada hendak diakui atau tidak, kegagalan BN bukanlah kerana parti itu sudah lemah atau semakin hilang kepercayaan di kalangan rakyat. Tetapi pelbagai kemelut yang melumuri parti berkenaan telah memungkinkan ia mendapat pembalasan sewajarnya dalam pilihan raya umum 2008. Kelemahan kepimpinan kerajaan dan negara dalam melaksanakan apa yang dijanjikan ketika pilihan raya umum 2004 telah menyebabkan rakyat menghantar isyarat protes mereka.
Akibatnya, BN terpaksa menderita kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan kuasa di Selangor, Perak dan Kedah. Kegagalan BN bukanlah bermakna populariti parti itu sudah tiada sebaliknya jika keputusan pilihan raya umum 2008 dikaji, BN masih menjadi pilihan rakyat apabila menguasai undi popular sebanyak 4,082,411 undi (50.6 peratus) manakala pakatan pembangkang 3,796,464 undi (49.4 peratus).
Kedudukan itu bagaimanapun jauh berbeza berbanding rekod 2004 apabila BN mencatatkan kenaikan undi popular sebanyak 63 peratus malah ketika itu BN menguasai 198 kerusi Parlimen dan merampas kembali Terengganu.
Walaupun pelbagai tafsiran dibuat berhubung prestasi BN dalam 2008 termasuklah rakyat 'terlebih memberi isyarat' namun apa yang pasti BN tidak boleh leka dengan kemerosotan sokongan rakyat kepada parti tersebut.
Justeru perubahan pucuk pimpinan negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilihat mampu mengubah nasib BN. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa tugas Najib lebih berat.
Beliau perlu mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN dan ini hanya boleh dilakukan jika semua komponen parti itu menyedari bahawa kemaraan pakatan pembangkang harus dihentikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Atas sebab itulah, sebaik sahaja pucuk pimpinan negara berubah, BN perlu mengatur strategi mantap bagi meraih sokongan rakyat. Segala apa yang dijanjikan harus dikotakan dan apa yang dikatakan perlu ditunaikan.
Cabaran utama BN ialah meraih sokongan pengundi baru yang majoriti terdiri daripada generasi muda. BN perlu dilihat relevan dan mampu membela nasib mereka. Generasi muda mempunyai pemikiran berbeza dan BN akan berhadapan dengan PRU Ke-13 dalam suasana lebih mencabar.
Empat tahun dari sekarang barisan pembangkang tidak akan duduk diam, mereka akan menggunakan apa juga cara bagi melemahkan BN dan dalam masa yang sama mereka menyusun kekuatan. Keadaan ini tidak harus dibiarkan oleh BN yang ketika ini boleh dianggap parti paling tidak popular di kalangan rakyat.
Bagaimanapun kejayaan BN banyak bergantung sejauh manakah parti-parti komponen utamanya seperti UMNO, MCA dan MIC menyusun barisan kepimpinan yang boleh sahaja diterima oleh ahli-ahli parti itu tetapi lebih penting diterima rakyat.
MCA sudahpun selesai dan kini tumpuan diberikan kepada UMNO dan MIC. UMNO akan mengadakan pemilihan pada 24 hingga 28 Mac ini manakala MIC dijangka pada September. Kedua-dua parti itu terutamanya MIC perlu diberi wajah baru. Keberanian perlu ada di kalangan perwakilan parti tersebut untuk melakukan perubahan kepimpinan.
Apa yang perlu difahami, salah satu faktor kenapa BN tewas ialah ada di kalangan pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti itu tidak disukai oleh rakyat. Akibatnya mereka menolak BN, apabila BN ditolak bukan sahaja calon parti komponen tersebut tewas malah BN juga terpaksa menerima musibah kehilangan kerusi.
Bagi pembangkang pula, mereka tidak perlu terlalu mendabik dada, sejak 12 bulan lalu mentadbir Selangor, Perak (selama 11 bulan) dan Kedah tiada apa yang perubahan besar yang dilakukan.
Kekalutan paling ketara berlaku di Selangor dan Perak apabila pakatan pembangkang seolah-olah menimbulkan lebih banyak masalah berbanding berusaha melaksanakan program yang bertujuan untuk kesejahteraan rakyat.
Segala janji-janji yang ditaburkan semasa berusaha meraih undi ketika kempen pilihan raya akhirnya hanya menjadi janji kosong. Malah ketika ini sebahagian besar rakyat di negeri dikuasai oleh pembangkang mula menyesal.
Mungkin kenyataan ini dipandang sinis oleh pembangkang tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa tahap kebosanan rakyat kepada pemerintahan mereka semakin ketara, malah sudah ada cakap-cakap bahawa dalam pilihan raya umum akan datang pakatan pembangkang akan kehilangan kuasa di negeri yang mereka kuasai.
Tambahan pula ketika ini, kekuatan yang dimiliki oleh pembangkang bukannya digunakan untuk memastikan perjalanan pentadbiran negara berjalan dengan sempurna sebaliknya ia lebih banyak ditenggelami dengan gerakan supaya rakyat membenci BN.
Apa sahaja yang dilakukan BN dan kerajaan akan dipolitikkan malah berikutan melihat kedudukan BN yang lemah, kaum-kaum tertentu dalam pembangkang 'naik toncang'. Mereka membuat tuntutan yang bukan-bukan seolah-olah merekalah kaum terbesar di negara ini.
Apa pun sama ada BN mampu bangkit semula atau tidak, ia bergantung kepada sejauh manakah parti itu menyedari bahaya yang sedang menanti mereka. Dalam soal ini kesemua komponen BN harus menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan sedia berkompromi.
Ujian pertama kepada kekuatan BN akan teruji apabila berlangsung pilihan raya kecil di tiga kawasan iaitu Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan Batang Ai. BN tidak boleh kalah di ketiga-tiga kawasan itu kerana jika mereka ibarat 'menggelongsor' di dua bukit dan 'tergelincir' di batang, ia akan membolehkan pembangkang semakin berkepak.
Justeru pilihan raya kecil berkenaan amat penting selepas BN sebelum ini kecundang di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Ini ujian terbesar kepada BN di bawah kepimpinan Najib.
Pilihan raya kecil di tiga-tiga kawasan itu perlu dijadikan medan untuk BN menunjukkan kepada pembangkang bahawa kekuatan mereka masih belum luntur dan pengaruh mereka masih belum berakhir.
Untuk memastikan kemenangan ini, BN perlu membuat post mortem bagi mengkaji sejauh manakah pendekatan yang digunakan oleh BN dalam berkempen diterima oleh rakyat.
Mahu tidak mahu, BN harus mengakui corak kempen yang dijalankan oleh parti itu dalam setiap pilihan raya sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa. BN harus mempunyai strategi yang lebih mantap bagi memenangi hati dan minda pengundi.
Pembangkang sudah pasti akan turun habis-habisan kerana matlamat mereka bukan untuk membantu meningkat hidup rakyat tetapi bagi melaksanakan misi menumbangkan BN dan sekali gus ingin menunjukkan kepada dunia bahawa kepimpinan baru BN ditolak oleh rakyat.
Hakikatnya, seampuh manapun pembangkang, rakyat negara ini tetap yakin bahawa BN adalah pilihan terbaik tetapi keyakinan tersebut tidak akan bermakna kalau BN masih leka dan enggan memperbaiki kelemahan yang ada.
Pilihan raya kecil di tiga kawasan dan PRU Ke-13 harus menjadi gelanggang terbaik kepada BN untuk bangkit semula dan bukannya menjadi medan bagi menamatkan riwayat parti itu.
Suara Politik
Taminsari
PEMBANGKANG NI CAKAP SENANG JER, GURUH JER LEBIH.
BalasPadamTETAPI BILA BUAT TAK TAU...HAMPEH.
ABUK PUN TARAK.
Setahun sudah PRU12….ke mana manifesto mereka..JANGAN LUPA!!!!
BalasPadamSaya rakyat negeri pulau pinang yang selalu menjadi pemerhati terhadap setiap pelaksanaan janji – janji manis Pakatan Rakyat ketika di negeri Pulau Pinang melalui manifesto yang digembar – gemburkan sebelum ini dalam kempen kaleh negeri Pulau Pinang dan sekarang dah nampak londeh( memang hebat setiap satu janji mereka,Teruja beb!!). Saya aktif membaca beberapa artikel dan berita TV juga Blog berhubung dengan kemampuan pentadbiran PR di beberapa negeri termasuklah di Pulau Mutiara..
Sedih hati saya, apa yang dicanangkan tidak semuanya terjadi lagi, kiranya tak nampak bayang pun tentang kemajuan negeri Pulau Pinang. Yang nampak asyik korek! korek! korek! korek! apa yang BN buat dulu. Kritik bagi saya kerja yang paling senang sekali, tanpa pedulikan keringat atau inisiatif orang yang melakukannya sebelum ini, cakap memang mudah, tapi nak melakukannya tuan badan sahaja yang tahu, pepatah Inggeris kata”talks is CHEAP”faham maksud saya! jadi orang politik mudah saja nak lontar apa saja demi jaga hati rakyat..jadi pemimpin PR cukup suka korek dan kritik, kiranya serampang dua mata, hehehehe.masih bersikap pembangkang di negeri sendiri, bila lagi nak mula kerja yang diamanahkan dengan lebih serius lagi ..
Paling geli hati saya, bila mereka ini yang melaungkan SEMUA SAMA!!!! Tak sama sebenarnya pun, kaum melayu di Pulau Pinang sebenarnya masih ketinggalan jauh ke belakang, tapi saya memuji orang melayu PP kerana mereka kuat bertahan. Ada juga mengatakan bahawa pelaburan negeri saya ini memberi pulangan dua kali ganda dibawah pimpinan Tuan Lim Guan Eng, “hello Guan Eng why so many people in penang unemployed today, where is your part to counter this numbers and figures, don’t put all the blame to the federal, pls shut up and do the thing”.suka sangat tunjuk jari kat orang lain, pelaburan kejadah apa kalu ramai syarikat semikonduktor di Bayan Lepas buang keja.ada alternative lain ke untuk membantu meringankan beban rakyat yang menggangur ketika ini? Yang saya namapk beliau dengan YB tempat saya si Malik tu tak habis-habis dengan Hub Halal, please lah take care the tourism industry in Penang,macam nak mati aja aku tengok.Nak bandingkan dengan Melaka mcm langit dengan Bumi.nama aja dapat heritage city daripada Un, tetapi itupun bukan usaha PR pun, benda tu dah lama diusulkan oleh BN terdahulu, kiranya lembu punya susu, sapi dapat nama.sama juga dengan projek dibangunkan separuh jalan, perlu diteruskan oleh PR.
tentu sekali penyokong PR die hard yang memberi komen menyokong Guan Eng dan pemimpin PR yang lain fanatic tanpa merasai apa yang berlaku di PP, depa ni cakap pakai sumber hanya atas kertas. Kiranya pandai habis la tentang ekonomi pelaburan negeri PP, kalu taktau tutup mulut aja, biar yang tinggal di negeri PP bercakap pasal lembapnya pemimpin PR ni,sebagi contoh macam kuda nama si Fairuz (TKM) suara diam macam kena kunci. FAP tak dijaga terus oleh beliau, apatah lagi portfolio yang diberikan kepadanya. Bila lagi Uncle Guan Eng nak perbanyakkan lagi perumahan kos sederhana rendah dan mampu milik kepada rakyat PP, bukankah dibwh kerjaan negeri dan PDC.yang aku nampak depa ni pun tamak juga macam yang mereka tunding dulu kat BN, bagi tanah di bt feringghi, kawasan yang tananhnya ada value kepada pemaju hartanah yang akan membuat perumahan yang harganya lebih mahal berbanding di KUALA LUMPUR sendiri, kenapa tak percaya!!!percayalah, itulah pelaburan dua kali ganda!!!rakyat yang miskin akan terus terhimpit, dan berhijrah ke seberang perai..jadi siapakah mereka ini yang berhijrah di seberang perai,bertam,nibong tebal, temapt ulu pinggir hutan dan bendang hinggakan ke sg Petani,ulang alik g keja kat bayan lepas 2 beb, mana saya tak puji orang sebegini..orang demonstrasi pun xkuat mcm ni.Tentulah Orang Melayu dan golongn yang tidak berada. Mana mampu tinggal di Gurney, Bukit Jambul, Feringghi Beach, Bayan Baru, gelugor dan lain –lain tempt lagi di negeri pulau pinang..Balik Pulau pun dah mahal sekarang, walaupun temptnya jauh dari bandar. Ini kah kemampuan pelaburan dua kali ganda,hahaha,memang betul lah yang didakwa mereka tetapi kemana pelaburan itu pergi?? yang mana perumahan mewah yang dibangunkan dalam negeri PP kebanyakkan dibeli oleh warganegara asing, sbagai cntoh di gurney.. Yup betul warganegara asing yang banyak membeli rumah yang harga tak logic itu..pelaburan dua kali ganda tu beb..hehehehe.kesian kat rakyat yang duk melangut tengok rumah tu aja.hahahahaha.Perjuangan Rakyat, kan ini dilaung2kan oleh De facto mereka..HAHAHAHAHA.. itu baru saya kongsi tentang perumahan.
Mai kongsi plak dengan nama jalan, stylo beb..tulis cina.supaya ada kecinaan yang tebal..MORE CHINESSE..hahaha..bukan saya racist tetapi siapa yang racist, setelah tewas malu PRU12, GERAKAN dengan tak sedar diri nak menangi hati cina, buat nama jalan cina, hebat, memang hebat!!!tanpa pedulikan perasaan orang melayu..DAP pun selepas itu turut serta, hehehehe, politik mereka tak civilized langsung, cuba kata mereka pergi buat kat Lebanon ke, tak pun kat Amerika ke, Israel ke, Britain ke, nescaya kena masuk lokap cz vandalisme dan ini sebenarnya kalu ikut perundangan Malaysia, pelarasan enakmen negeri perlu sama dengan federal..kiranya ini dah pun mengugat BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA RASMI.kononnya kata mereka, bahasa cina untuk tujuan perlancongan,muhibah la konon,ke musibat… toksah lah jadi pembohong kat aku…Kencing Mau Kuat,.How Siau Lu for those people who do that shit!!
Arini di pulau pinang, saya boleh dok perati kerbau pendek dijual secara terbuka,di depan jalan, slamber tu.. dengan indah sekali dipamerkan di kawasan pimpinan PR di Georgetown, xjaga sentiment orang islam langsung, kan sama rata!!! Kan yang dipinta oleh PAS dan PKR orang islam kita..depa kan suka, SUMA SAMA!!!!hahahahahah!!
Bangunlah dari tidur wahai orang islam di Pulau Pinang, bangun untuk perubahan kita bersama..walaupun saya bukan penyokong UMNO yang kuat tetapi UMNO masih relevan untuk membantu melayu PP, bknnya PKR ataupun PAS…Tetapi Umno perlu bekerja keras untuk PRU 13 ini, dekatilah kepada rakyat.Perjuangkan mereka golongan working class ini.. Suara mereka kekuatan anda…ingat PRU 12 membuktikan UMNO masih dihati rakyat PP, bukannya MCA, MIC dan GERAKAN..kerna relevan parti UMNO, arini kita pembangkang yang kuat di DUN.tekad usaha anda..Rampas kembali!!
Salam Gotah Lantun & saudara Syaifulz..
BalasPadamBetul tu Gotah, berjanji memang sonang tapi nak menunaikan apabila dah dapek kuaso macam-macam alasan yang dio bori..memang botoi-botoi hamPAS..
Terima kasih Saudara Syaifulz diatas ulasan anda yang panjang lebar. Biasalah kalau kita tak berpuas hati, banyakyang kita nak luahkan. Dari apa yang saya amati di PP, pertama semasa mula-mula memerintah mereka hapuskan DEB. Orang Melayu naik marah dengan Ketua Menteri LGN. Tapi nak buat macamana, ini semua pilihan rakyat PP termasuklah segelintir orang Melayu.
Selepas itu satu persatu hak-hak orang Melayu dikikis oleh KM LGN termasuklah penggunaan Bahasa Malaysia dipapan-papan tanda di PP. Mereka nak jadikan PP macam Singapura? Tapak warisan mereka hendak hapuskan dengan mendirikan bangunan2 tinggi disekeliling tapak warisan. Ini menunjukkan betapa busuknya hati mereka dalam merialisasikan tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh PBB.
Terbaru apabila gerai-gerai yang berusia lebih 15 tahun yang didirikan berhampiran Batu Feringgi hendak/sudah dirobohkan oleh pihak berkuasa bagi tujuan tertentu. Yang saya tahu kebanyakkan tuan punya kedai adalah orang Melayu? Adakah tapak lain yang sesuai disediakan bagi menggantikan tapak yang sedia ada? Jangan hairan selepas ini habis semua rizab Melayu akan tergadai? Apa yang orang Melayu akan dapat?..hanya berputih mata?
Dan yang agak menarik adalah apabila banyak kilang industri ditutup, maka ramailah pekerja2 yang diberhentikan. Mereka menyalahkan kerajaan BN termasuk Kementerian Sumber Manusia
apabila tidak dapat menyelesaikan masalah pekerja2 yang diberhentikan. Nak diharapkan dengan pelaburan baru memang tidak ada, tetapi janji sebelum itu Jepun nak masuklah , Korea nak tambah pelaburanlah dan macam2 lagi..semuanya hamPAS???
Ini belum dengan apa yang dijanjikan semasa PRU ke-12? Dimana bonus sebanyak RM 6000 ringgit? DAP antara lain berjanji memperkenalkan Bonus Malaysia sehingga RM6,000 untuk keluarga yang berpendapatan RM6,000 ke bawah, setiap tahun.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng ketika menjelaskan perkara itu selepas melancarkan manifesto DAP di Pulau Pinang berkata wang sebanyak RM35 bilion bagi membayar bonus itu akan diambil daripada keuntungan Petronas sebanyak RM70 bilion. Pergh..senang-senang aje nak ambil keuntungan Petronas. Semasa Petronas mula-mula menapak dahulu, siapa yang mengsabotaj Petronas kalau bukan orang Cina. Minyak Petronas tak eloklah, kotorlah, tak ada powerlah berbanding dengan syarikat-syarikat minyak yang sudah establish ketika itu seperti Shell, Esso, BP dan lain-lain lagi.
Berapa kerat sangat kenderaan yang singgah di Pump Petronas ketika itu? Boleh dibilang dengan jari?
Bila sudah berjaya seperti sekarang hasil dari usaha kerajaan dan anak melayu, baru tahu nak mengaku. Memalukan?
Kepada saudara Syaifulz, kuatkan semangat anda untuk bersatu dan berjuang dengan orang-orang melayu UMNO yang lain agar PP dapat kembali kepangkuan UMNO dan BN. InsyaAllah.
Salam perjuangan..
Saudara Syaifulz, aku pun cina. Ni aku nak habak kat hang. yang paling races Dap lah. Bodoh. Hapuskan DEB. lepas tu, cuba nak hapuskan penggunaan BM. Sebab itu, aku kata, daripada pihak GMP menentang PPSMI, tentang dulu kerajaan negeri. Kerajaan PP dah memang terang-terang nak cuba menghapuskan penggunaan bm. Aku orang Penang. Dok kat Bayan lepas. Walau pun aku cina, aku takkan sokong Dap races ni. Apa mereka buat bila banyak pekerja kilang diberhentikan di penang. hanya sekadar tuding jari. Sekadar menyalahkan orang. mereka sendiri, langsung tak buat apa-apa. Hanya pandai berkata-kata. peniaga berniaga elok-elok dihalau. Sebab apa? Sebab nak lemahkan melayu mungkin. Itulah kerja PR selama setahun.
BalasPadamBro Sedingin Salju, terima kasih kepada anda yang mewakili kaum cina di negeri tercinta kita Pulau Pinang untuk bersuara pendapat..bagi saya bukan semua warga pulau pinang berketurunan cina RACIST, tapi beberapa pemimpin pembangkang mahupun cabang komponen BN cuba meniupkan perkauman..jangan hanya nila setitik hancur susu sebelanga..
BalasPadamKalau sesiapa menganggap saya seorang yang pentingkan kaum melayu adalah salah, ini kerana saya sebenarnya ingin melihat persaingan yang jurangnya tidak terlalu ketara dari segenap sudut aspek kehidupan masyarakat pulau pinang dan juga di Malaysia. Masih jauh ketinggalan kaum melayu dari segi yang paling ketara perniagaan dan hartanah. Marilah kita renung dan lihat pencapaian ekonomi kaum melayu, apatah lagi kaum india.masih lagi jauh..sebenarnya pentadbiran kerajaan negeri perlulah seimbang.bukan hanya untuk satu kaum sahaja, ini yang dapat saya perhatikan. Banyak tanah-tanah dibangunkan untuk tujuan komersial yang hanya akan dimonopoli oleh mereka yang mempunyai poket yang tebal untuk menyewa dan membeli premis tersebut? Siapakah yang mampu?siapakah kuasa pembeli? Siapakah yang hanya akan memerhati?Masing-masing ada pendapat dan jawapan..lihat sahaja jika tahun baru cina, bukankah sunyi sahaja premis perniagaan, adakah relevan DEB diabaikan di Pulau Pinang?
pihak GMP menentang PPSMI? Terus terang tak relevan langsung perjuangan mereka, kalau nama jalan ditambah dengan perkataan mandarin pun tak disergah dulu..Perjuangan apa sebenarnya??motif?hanya kerana kedaulatan bahasa dan perkara 152 ataupun sekadar sandiwara tambahan sarkas politik Malaysia hari ini. Tapi nama jalan lagi nyata, terpampang kecinaannya, mcm 2 orang melayu pun nak bubuh jawi, india ngan tamil, singh ngan bahasa sikh,hahahaha, jadi rojak la, kena pasembor penang pun sedap gak petang2 mcm ni, tapi harga sembelih!.Selingan aja tadi, baiklah sambung balik..memang akui PPSMI masih ada kelemahan dan diakui ada kekuatan, hanya perlu dikaji kelemahannya dan perbaiki bukan hapus.Buat petisyen aja untuk pelajar berkenaan PPSMI, samada relevan untuk masa depan mereka.Bukan diaorang ni tak tau pun, silap2 lagi pandai pada kita yang tua ni.. Dan pihak kementerian hanya perlu mengkaji dan membuat suruhanjaya pendidikan untuk memantau seperti yang berlaku dalam Penyata Barnes, Penyata Razak dan Rahman Talib,(semua tu dulu bukan main tembak aja bila nak buat dasar, banyak kena buat kajian dari segenap aspek) tapi alhamdullilah, SPM baru2 ni banyak yang cemerlang, Tahniah!! Dr M still ada vision masa pentadbirannya dahulu untuk memajukan anak bangsa Malaysia.. sebab 2 masa jadi menteri pendidikan che det buat 3M, supaya orang Malaysia xbuta perut..hehehehehe. 2pun nak demonstrasi la, perarakan la, kalu maulidur rasul baru2 ni, sepi aja aku tengok..hahahahaha.Kita boleh tengok sendiri bukan..bila individu atau organisasi mula pancing tentang Islam, mana dia pejuang bangsa dan agama ni, senyap aja, yang ada xramai macam pejuang bahasa.hebat bahsa lebih mantap daripada agama..inilah mentality orang melayu yang perlu dikikis, kerana kita ada penyakit..ops..pocot…pocot..pocot..MELATAH!!!serbu tak pakai helmet..
Sie Sie ni!! Itu aja saya mampu ucapkan kepada GERAKAN maupun DAP kerana menunjuk topeng sebenar mereka, hanya perjuang menjaga satu kaum. Lebih sedih kepada GERAKAN sebagai komponen BN, sepatutnya lebih peka terhadap perasaan kaum melayu di Pulau Pinang. Ni boleh pula ditambah nama jalan selepas kalah,DAP pun naik tocang lagi. Di manakah perjuangan bersatu hati kita??UMNO pun dengan cara politiknya yang tersendiri..campak buang aja pemimpin yang merosak parti..nampaknya kita sendiri makin hilang identiti.. kerana mereka ni kelak perosak motivasi..UMNO perlu berwajah baru untuk membawa BN ke alaf perjuangan yang jitu!!
PR tidak boleh Meneraju, BN perlu wajah Baru.Barulah Negara Aman dan Maju.
syaifulz, kalau Gerakan tu boleh tegur lagi. Tapi, perangai Gerakan ni semuanya ankara Dap races ni.
BalasPadamBetul tu, kat Penang, cina saja yang maju ke depan. India dan melayu dipinggirkan. Sebab itu, pembangkang menjadikan india ni sebagai alat untuk membenci kerajaan. Apa tidaknya, apabila Hindraf muncul, pembangkang dengan segera mengapi-apikan mereka.
Jadi, saya berseru pada orang melayu dalam Umno, perkasakan Umno dan BN. Tolong kuburkan Dap yang juga bayangan Pap Singapura.