Sumpah Ezam Mohd Noor, bekas orang kuat Anwar Ibrahim. Malah Ezam juga dikatakan telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim bukan seorang Muslim yang baik dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apakah makna yang tersirat di sebalik sumpah Ezam ini? Apakah yang Ezam sembunyikan selama ini tentang Anwar? Apakah selama ini Ezam turut bersubahat menyembunyikan sesuatu yang kotor serta jijik tentang Anwar daripada pengetahuan seluruh rakyat?
“SAYA bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah S.A.W dan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebagai seorang Muslimin, saya tidak akan sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri…” Deklarasi Ezam Mohd Nor.
Benar Ezam lebih mengerti serta memahami siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Ezam lebih dekat dengan kehidupan politik dan peribadi Anwar Ibrahim. Ezam lebih mengetahui bunga pencak silat politik Anwar malah wajah Anwar Ibrahim yang sedang di jaja merata-rata tempat hari ini akan ada wajah lain di sebaliknya pada kaca mata Ezam seandainya terdedah.
Ezam yang sekian lama menjadi alas kaki Anwar dan akhirnya bangun bertaubat untuk membuktikan kepada khalayak betapa jijiknya Anwar sehingga beliau begitu berani melontarkan pandangan bahawa Anwar bukan seorang muslim yang baik.
Adakah kenyataan Ezam ini ada rasionalnya kerana Anwar dengan imej serta perwatakan Islamnya sedang diterima hebat sebagi penyokong gerakan Islam sejati malah aura keperibadian Islamnya begitu sekali diagungkan oleh PAS sehingga mereka sanggup tunduk dan menjadi pencacai dalam gerakan Pakatan Palsu Rakyat.
Namun sumpah Ezam ini membuktikan ada sesuatu yang Ezam dan Anwar sembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Kejujuran Ezam untuk mendedahkan siapa Anwar sebenarnya adalah dituntut sebelum Anwar melakukan sesuatu yang bakal merosakkan agama, bangsa dan Negara.
Anwar yang sedang menggilai kerusi Perdana Menteri selepas Pak Lah perlu dihalang dengan apa cara sekalipun dan keberanian Ezam untuk mendedahkan `musang berbulu ayam’ ataupun ‘ musang berjanggut’ ini amat sekali dialu-alukan dan Ezam harus menunaikan sumpah itu dari sekarang kerana kelibat Anwar yang sedang menjajakan ranjang kotor landskap politik Negara makin menular.
Kebencian rakyat terhadap Pak Lah tidak seharusnya dijadikan hamparan untuk menukar beliau dengan Pak Lah dan Anwar bukanlah satu-satunya pemimpin `Melayu’ yang diharapkan untuk menjamin kestabilan politik negara ini. Anwar ada sejarahnya tersendiri, Anwar ada keperibadian yang hanya beliau seorang sahaja yang tahu.
Kita melihat Anwar seakan memimpin satu gerakan kepimpinan yang boleh menghancurkan Negara. Setiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulutnya hanyalah sekadar umpan mahu memancing sokongan untuk beliau berkuasa. Bahasa badan mampu meruntuhkan keyakinan khalayak kepada kerajaan dan rakyat terpesona dengan hujah pidatonya yang mungkin telah dihafal berlama-lama.
Ezam sudah tidak mempunyai banyak masa untuk menunaikan sumpah tersebut. Ezam ada kemampuan untuk meyakinkan rakyat. Ezam ada kelebihan untuk memberitahu rakyat yang telah sekian lama terpesong ideologi kerana dirasuk oleh Anwar.
Dosa Ezam terhadap UMNO dan rakyat akan terampun seandainya Ezam mula sedar betapa bahayanya Anwar kalau tidak dihalang dari sekarang dan Ezam harus dengan gagah mendedahkan segala-galanya tentang Anwar.
Mendedahkan maksud Anwar bukan Muslim yang baik harus diperjelaskan oleh Ezam agar tidak ada rakyat terus terpesong dengan imej Islam yang sedang mewarnai Anwar hari ini. Kalau Ezam hanya sekadar melontarkan kenyataan semata-mata tanpa apa-apa yang membenarkan segala sumpah beliau tersebut, Ezam juga akan turut ditempelak sebagai seorang pemimpin retorik, sama seperti Anwar Ibarhim.
Ezam di tuntut supaya menebus apa yang dilakukan sebelum ini agar orang seperti Anwar dapat dilihat oleh masyarakat dari sudut sebenarnya. Arca Islamik yang dipotretnya mampu memesongkan rakyat. Anwar juga hari ini kelihatan membelakangi orang Melayu hanya untuk mencapai cita-cita yang terbit dari dendam peribadi. Langkah Anwar mampu dipatahkan oleh seorang yang tahu, pernah berkorban untuk Anwar dan faham selok-belok mainan politik Anwar. Ini perlu dilaksanakan dengan segera agar Malaysia terselamat dari Anwar Ibrahim.
MHI
Taminsari
Salam...
BalasPadamAmat baik sekiranya dibawak Ezam berkempen di 2 DUN Perak nanti...
Kesannya amat baik... lihat sahaja apa kesannya di P-044 & P-036...
Ezam memang hebat...
Hang yang dok sanjung Ezam pun tak kurang hebatnya...
Aku salute hangpa...
Pendekar tak dak akai...
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah !!!
aperla bingai hang ni... Ezam punya mulut pun hang percaya... kah kah kah kah kah...
makan panadol la bro...!!!
Anwar layak jadi pemimpin Yahudi...
BalasPadamSatu2nya manusia yg sanggup jual agama + gadai bangsa asalkan jadi PM!
Dia ni buang negeri saja. pelekeh bangsa sendiri.
BalasPadamSalam,
BalasPadamEzam jangan selalu bersumpah nanti takut dimakan sumpah.
Jika benar anda tahu banyak tentang Anwar dan anda dengan yakin memberitahu Anwar tidak layak menjadi PM, maka sudah menjadi satu kewajipan anda memberitahu kepada rakyat jelata.
Rakyat ingin tahu apakah rahsia tersembunyi Anwar. Jelaskan kepada rakyat secara terperinci sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri.
Jika Anwar sudah menjadi PM tahu lah nasib awak. Lebih baik dedah sekarang, siapa Anwar sebenarnya sebelum Anwar menguasai polis, tentera dan mahkamah.
Salam...Kisah Man dan Ayahnya..
BalasPadamAyah : Man, kamu pergi tengok
dekat luar tu siapa yang
beri salam terpekik-pekik
tu.
Man : Baik, ayah nanti Man pergi
tengok.
Ayah : Siapa tu Man?
Man : Tak tahulah ayah. Orangnya
pakai ketayap putih. Macam
nak kutip derma pun ada.
Ayah : Man nah ambil 10 ringgit
ini dan bagi pada orang di
luar tu.
Man : Tak ayah, tadi lepas orang
tu bagi salam, Man bukak
pagar dan orang tu masuk dan
marah tak semena-mena. Cakap
yang bukan-bukan ayah.Jadi
Man tutup lah pintu rumah
tak bagi dia masuk.
Ayah : Man orang tu ada lagi ke di
luar?
Man : Dia dah keluar ayah.
Ayah : Man ada cakap apa-apa ke
pada orang tu.
Man : Ada ayah, Man kata abang ni
salah masuk rumah kot?
Kemudian abang tu terkebil
matanya melihat Man.
Dan Man kata lagi..abang ni
nampak macam orang alim tapi
sikap abang tak nampak macam
orang alim..tak malu ke..
Kalau abang nak kutip derma
saya boleh bagi..abang
sebenarnya nak apa,Man tanya
lagi..?
Ayah : Lepas Man kata begitu, abg
tu buat apa lagi?
Man : Dia ketawa ayah dan terus
beredar keluar dari halaman
rumah. Man keluar dari rumah
dan terus tutup pagar. Takut
juga Man tengok perangai
abg.itu. Nampak aje alim,
tapi perangainya macam orang
tak berapa betul.
Ayah : Ayah sebenarnya tadi
memerhati dari jauh
macamana Man nah mengatasi
suasana yang macam ini.
Ayah sebenarnya dah
bersedia takut apa-apa
terjadi pada Man. Ingat
Man, sekarang ini ramai
yang dah jadi tak tentu
arah macam abang tu tadi.
Mungkin dia didalam
keadaan " tekanan "
disebabkan salah pembawakan
ataupun salah anutan. Lain
kali berhati-hati Man.
Jangan menilai seseorang
itu pada wajah dan
pakaiannya kerana apa yang
ada di sebaliknya kita
tidak tahu. Mungkin ibubapa
abang tadi tak mengajar
anak mereka cara-cara nak
menghormati tuan rumah
ataupun jiran mereka.
Man : Mungkin ibubapa ada mengajar
mereka, tapi hari mereka
keras dan tak boleh menilai
apa yang baik dan buruk.
Ayah : Jadikan ini satu tauladan
buat Man supaya apabila
kita pergi menziarah ke
rumah orang ataupun jiran-
jiran kita kita haruslah
menghormati mereka. inilah
adat orang Melayu.
Man : Baik ayah dan terima kasih
diatas peringatan ayat itu.