Diakah yang dikatakan sebagai bakal calon PM Malaysia. Pada hari Khamis 5 Feb 2009, Anwar sepatutnya ke mahkamah seksyen bagi mendengar kes liwatnya terhadap Saiful. Sepatutnya hari ini ditetapkan samada kes Anwar akan dibicarakan dimahkamah seksyen ataupun mahkamah tinggi. Sudah beberapa kali ditunda dan hari ini ditunda lagi kerana Anwar dikatakan tidak berpuas hati dengan pendakwaraya. Lalu beliau pergi ke Ipoh dan cuma menghantar peguam bagi mewakilinya. Licik betul permainan Anwar sehingga membuatkan mahkamah terpaksa memgikut rentak Anwar. Siapa yang berkuasa sebenarnya, Anwar atau mahkamah?
Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan sehinggakan negara nyaris menjadi muflis. Tidak kah " Raja Demotrasi " ini sedar tahun ini tahun apa..2009. Dunia sedang mengalami kemelesetan dan impak dan tempiasnya sudah dapat dirasai sekarang. Adakah Anuar dan Nizar tahu berapa ramaikah pekerja-pekerja yang sudah dibuang kerja dan kilang-kilang ditutup? Adakah Nizar pernah ambil tahu tentang ekonomi Perak sebelum ini? Mengapa Proton di anak tirikan padahal kilang Proton adalah di Tanjung Malim, Perak. Kalau Nizar sudah tahu Proton di Tanjung Malim, mengapa memilih Toyota Camry. Adakah Nizar dan Khalid Ibrahim tahu akan situasi sebenar Proton sekarang ataupun tidak pernah ambil tahu? Adakah kedua-dua mereka ini tahu berapa ramai pekerja Proton bakal diberhentikan nanti akibat kegawatan yang baru bermula sekarang?
Berbalik kepada keengganan Nizar hendak melepaskan jawatan MB dan ingkar dengan perintah Paduka Seri Sultan Perak. Mengapa Nizar mahu menderhaka? Adakah Nizar sudah " besar kepala " sama seperti Karpal Singh yang mempertikaikan keputusan Sultan Perak tidak lama dahulu. Adakah Nizar lupa disaat itu Anwarlah yang membela Karpal Singh. Anda sebenarnya cuma bernasib baik menjadi " MB bidan terjun" kerana tidak ada calon dari PR yang layak. Tidakkah Nizar pernah berterima kasih kepada Paduka Seri Sultan Perak diatas perkenan Duli Sultan Perak melanti Nizar sebagai MB dan mengurniakan pangkat "Dato Seri" kepada Nizar? Maka Sultan Perak pun ada hak untuk memecat memanda baginda jika baginda dapati ianya tidak sesuai?
Ingatlah asal usul anda wahai Mohd. Nizar. Ingat kata-kata abang sulung anda iaitu Fadhil Jamaluddin. Beliau mengatakan yang adiknya Mohd.Nizar bagaikan kacang lupakan kulit. Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi menteri besar bagi kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang. Menurut beliau, sebagai seorang abang sulung, beliau amat berharap adiknya itu sedar tentang apa yang berlaku sekarang dan mengajaknya supaya merenung semula sejarah kehidupan silam mereka sekeluarga.
Kata beliau, sebagai seorang Islam, adiknya itu sepatutnya mengenang budi dan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membantu menyediakan pendidikan kepada adik beradiknya hingga ke pusat pengajian tinggi di luar negara. Katanya, tanpa bantuan biasiswa kerajaan BN yang memperjuangkan dasar pelajaran bagi membantu kaum Melayu, sudah tentu adiknya itu tidak mampu menjejakkan kaki ke menara gading.
Kami daripada sebuah keluarga miskin dan bapa kami hanyalah seorang penoreh getah, jika tidak ada biasiswa yang disediakan kerajaan BN macam mana kami 14 beradik hendak bersekolah apatah lagi hendak masuk universiti di luar negara. Jika hendak kira pendapatan bapa sebagai penoreh getah yang mempunyai 14 orang anak memang sukar bagi kami untuk bersekolah tetapi alhamdulillah... 11 orang daripada adik beradik kami berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Ingat Nizar. Jika pilihanraya diadakan sekali lagi di Perak semasa kegawatan ekonomi sekarang, berapa juta lagi terpaksa dibelanjakan bagi menguruskan pilihanraya ini. Pekerja semakin ramai dibuang dan kilang juga semakin banyak yang akan ditutup. Alangkah baiknya jika wang itu diguna dan disalurkan untuk membantu pekerja-pekerja yang telah diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi sekarang. Jangan fikir periuk nasi sendiri sahaja padahal ramai anak-anak negeri Perak masih lagi menganggur tanpa pekerjaan yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan negeri Perak semasa anda memerintah.
Situasi anda samalah seperti apa yang berlaku kepada Anwar lebih sepuluh tahun yang lalu apabila beliau di pecat dari kabinet diatas salah laku rasuah kuasa dan seks sehinggalah terjadi reformasi besar-besaran di ibukota. Berapa banyak harta benda awam yang rosak dan musnah? Adakah Nizar mahu atau berniat hendak melakukan yang sama dengan apa yang Anwar telah lakukan. Tidakkah anda pernah mengambil iktibar dengan peristiwa tersebut? Adakah anda dengan Anwar hendak melakukan sekali lagi di bandaraya Ipoh. Anda ( PAS ) sebenarnya telah salah memilih kawan? Anda harus mengakui hakikat ini.
Sudahlah Mohd.Nizar, kerajaan PR sudah hilang majoriti di DUN Perak. Hormatilah keputusan baginda Sultan Perak yang menolak anda sebagai memanda baginda. Terimalah kekalahan ini dengan seadanya dan tangan yang terbuka. Sesungguhnya anda sudah tidak diperlukan lagi sebagai Menteri Besar Perak. Wallahuallam.
Anak jati Perak berdiri teguh mempertahankan negeri Tuanku. Daulat Tuanku.
Taminsari
Tahniah Dr. Zambry - Jaga Perak Baik-Baik.
BalasPadamAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang Jumaat 6hb Feb.2009. Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.
Walaupun saya kurang bersetuju dengan peralihan kuasa antara kerajaan PR dan kerajaan baru Barisan Nasional atas beberapa perkara yang telah saya nyatakan dalam tulisan saya bertajuk 'Nasharuddin - Raja segala KATAK', akhirnya saya akur atas keputusan DYMM Paduka Seri Sultan Perak . Baginda juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.
Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.
Sebagai Rakyat Malaysia saya bersyukur kerana DYMM Paduka Sultan Perak telah memainkan peranan yang sangat penting menggunakan kuasa yang ada sesuai pada tempatnya. Pertama, apabila baginda melantik Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar selepas pilihanraya Mac 2008 dan pada hari ini baginda tetap menjadi rujukan dengan menyelesaikan kemelut politik Perak.
Tahniah kepada Datuk Dr.Zamry bin Abdul Kadir ADUN Pangkor sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Dengan kedudukan kerusi BN sebanyak 31 berbanding Pakatan Rakyat 28 kerusi, kerajaan ini adalah sangat rapuh apatah lagi jika ianya ditentukan oleh ADUN KATAK. Kami percaya dengan MB yang pintar dan Sultan yang cerdik, Perak akan keluar daripada kemelut politik yang tidak stabil.
Sekarang kami sedang menanti terlungkupnya KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR pula. Rakyat kena faham dan tidak terlalu emosional dengan isu lompat melompat sekarang. Siapakah yang memulakannya? Sejak 16 September 2008, kita telah dimomok-momokkan dengan cerita Ahli-Ahli Parlimen BN akan menyeberang ke PR dan sekali lagi pada 26 Jan.2009, ADUN Bota telah menyertai PKR.
Sarang tabuan jangan dijolok, dua kali DS Anwar mempermainkan dengan cerita dan lagu 'lompat sikatak lompat' akhirnya diri sendiri yang kecundang. Kemungkinan selepas ini Selangor pula akan menuruti Perak.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Salam Sdr.Amir...
BalasPadamTerima kasih diatas ulasan yang diberikan. Diharap selepas ini Selangor dan Kedah pula mengikuti jejak Perak. Sama-samalah kita doakan. InsyAllah.
Daulat Tuanku .
Salam perjuangan..
Salam Bro,
BalasPadamBiadap sungguh Nizar ingkar arahan Sultan.X cukup ke 11 bulan duduk di 'takhta',dapat chance pakai Camry.Rezeki sebagai MB ternoktah juga akhirnya dek kerana x dpt menjaga amanah menjaga Perak dan 'org bawahan' nya dengan baik.
Melayu spt dia lah yg akan buat kaum lain memandang rendah pada kedaulatan Sultan.
Jgn sampai esok² diorang boleh ckp..itu melayu Nizar boleh lawan ckp Sultan maa...boleh ka itu maciammm?
Ukh!
sultan kena hukum penderhaka mcm nizar nie...
BalasPadami wrote this at my blog
Ha, itulah. Gila kuasa.
BalasPadamTak apa, tuhan ada. Tuhan itu maha mendengar dan melihat.
Salam semua dan salam sejahtera buat sedingin salju. Terima kasih ditas ulasan yang diberikan.
BalasPadamSebelum ini agenda PR adalah hendak menghapuskan DEB dan hak-hak istimewa serta ketuanan Melayu. DAP berasa bangga kerana PKR dan PAS membantu mereka. Ini adalah kerana tanpa sokongan Melayu itu sendiri, DAP tidak akan berjaya untuk " merobek " pemerintahan BN yang ditunjangi oleh UMNO.
Dengan bantuan Melayu-melayu bangsat dalam PR , DAP sudah mula melepaskan jarum-jarum halusnya. Pertama mereka mengadu domba sesama Melayu...itupun Melayu tidak sedar lagi. Apabila melihat Melayu sudah berpecah 3, mereka mula "mengusik DEB" untuk dihapuskan. Melayu dalam PR menyokong? Menuntut hak kesamarataan antara kaum. Melayu PR sokong? Menghasut rakyat bukan Melayu supaya meminta hak-hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan. Melayu PR sokong? Dan bermacam lagi. Segala tindak tanduk yang dilakukan oleh DAP, Melayu PR akan menyokong mereka termasukkan melupakan untuk menegakkan negara Islam Pas. Kerana apa? kerana lubang hidung mereka sudah dicucuk oleh DAP. Sebab itulah DAP boleh mengheret melayu-melayu PR ini kemana sahaja mereka suka. Itupun Melayu PR tak sedar lagi malah sanggup bertakbir apabila saudara se-Islam mereka dihina. Melayu PR tak sedar lagi.? Biarlah ugama Islam dilacurkan, Melayu dihina dan bagi mereka itu semua tidak penting asalkan. Asalkan mereka mendapat kuasa. Matlamat menghalalkan cara?
Mohd Nizar dan Khalid Ibrahim cuma MB boneka DAP. Menjadi MB sebagai syarat sahaja, tetapi keputusan dibuat oleh " tangan lain " di belakang MB. Itupun masih mereka nak berbangga kerana menjadi MB, padahal mereka cuma " badut " DAP sahaja. DAP dan kuncu-kuncunya amat rakus untuk mengumpulkan harta sehinggakan tanah untuk Kampung-kampung lindungan Cina di Perak semasa zaman komunis dahulu diberi hak milik selama 999 tahun.
Apa sudah jadi dengan kampung tersusun di Perak. Hak milik cuma 99 tahun sahaja. Siapa yang majoriti menghuni kampung tersusun? Bukankah orang Melayu. Bagaimana pula dengan nasib perwira dizaman komunis dahulu. Apa yang keluarga mereka dapat jika hendak dibandingkan dengan kampung-kampung Cina ini? Berapa banyak lagi tanah yang ada di Perak yang hendak Mohd Nizar gadaikan kepada bangsa bukan Melayu?
Adakah Mohd.Nizar dan melayu-melayu didalam PR sedar akan jarum halus terbaru DAP di Perak. Dalam situasi sekarang dilihat orang bukan melayu semakin berani dan bersikap kurang ajar serta biadap terhadap baginda Sultan Perak. Mereka menjadi kurang ajar kerana Nizar dan orang-orang Melayu di dalam PR sendiri yang mengajar mereka. DAP hendak mengikis sedikit demi sedikit keistimewaan orang Melayu termasuklah Raja-raja Melayu sekali. Adakah Nizar lupa semasa mula-mula dilantik menjadi MB selepas PR menang di Perak, siapa yang bersikap kurang ajar terhadap Sultan Perak dan siapa yang menyokong Karpal kalau tidak Anwar Ibrahim?
Bila keadaan menjadi semakin rumit sekarang sebenarnya memberi " lesen " kepada DAP untuk terus bersikap biadap terhadap Sultan Perak. Adakah dengan hasutan Karpal Singh, Mohd Nizar hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap baginda Sultan Perak? Tidak pernah dalam sejarah negara seorang bekas Menteri Besar sanggup menulis surat " memohon derhaka " terhadap baginda Sultan? Adakah ini yang diajarkan oleh Anwar? Anda sebagai seorang " Melayu Biadap" telah menunjukkan satu teladan yang baik kepada bukan Melayu supaya mereka akan bersikap lebih biadap lagi terhadap kesultanan Melayu Perak.
Orang Melayu Perak tidak akan lupa dengan tindakan kurang ajar anda ini.
Sudahlah Mohd.Nizar, kerajaan PR sudah hilang majoriti di DUN Perak. Sebelum baginda Sultan Perak membuat keputusan, baginda telah berjumpa dengan semua DUN BN termasuk 3 DUN bebas seorang demi seorang untuk melihat sokongan mereka. Dan setelah mendapati 31 DUN memberi sokongan tidak berbelah bagi terhadap BN, maka baginda menggunakan kuasa yang ada untuk menolak permintaan Nizar bagi membubarkan DUN Perak.
Tidakkah Nizar pernah berterima kasih kepada Paduka Seri Sultan Perak diatas perkenan Duli Sultan Perak melantik Nizar sebagai MB dan mengurniakan pangkat "Dato Seri" kepada Nizar? Maka Sultan Perak pun ada hak untuk memecat memanda baginda jika baginda dapati ianya tidak sesuai?
Hormatilah keputusan baginda Sultan Perak yang menolak anda sebagai memanda baginda. Terimalah kekalahan ini dengan seadanya dan tangan yang terbuka. Sesungguhnya anda sudah tidak diperlukan lagi sebagai Menteri Besar Perak. Wallahuallam.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun
Sembah Patik harap di ampun
Patik sebagai anak jati Perak berdiri teguh di belakang Tuanku untuk mempertahankan negeri Tuanku, Negeri Perak Darul Ridzuan.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.