Ahad, Januari 04, 2009

Penggunaan Bahasa Malaysia dan Kalimah Allah Di Buletin Kristian : Anwar dan Dewan Ulama Pas Sudah Beri " Lampu Hijau "!


Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka. Adakah ini peluang terbaik bagi mereka apabila melihat orang Melayu yang beragama Islam sesama sendiri berbalah. Adakah disebabkan sokongan ( lampu hijau )yang diberikan oleh Khalid Samad,Anwar dan Dewan Ulama Pas untuk menggunakan nama Allah membuatkan mereka semakin besar kepala.

Tidakkah mereka-mereka ini manusia yang bertopengkan ugama boleh dianggap petualang bangsa dan ugama sehingga membuatkan puak Kristian sudah berani cuba memijak kepala umat Islam dinegara ini . Adakah dengan kemenangan mereka didalam pru-12 lepas memberi mereka " lesen besar " untuk menyakitkan umat Islam dinegara ini? Ditambah pula dengan sokongan hebat petualang-petualang bangsa dan ugama ini?

Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam ) tanpa segan silu semasa berceramah di dalam sebuah gereja Kristian di Shah Alam selepas kemenangannya, menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.

"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.

Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan "Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ?

Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya pohon kalimah "Allah" ?

Penulis melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu Islam supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan kalimah "Allah" dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.

Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa - bukan seperti Kristian zaman sekarang.

Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.

Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘ terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.

Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi.

Persoalannya;

1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?

2. Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?

3) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ?. baca disini...

Maka jelaslah, pada penulis, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat.

Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.

Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”.

Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?

Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?

Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.

Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”

Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah" diperjudikan ?

Bertambah parah apabila Pas yang dikatakan berjuang untuk menegakkan Islam Pas di negara ini secara tidak disangka-sangka tanpa berdolak-dalik juga memberi " lampu hijau " kepada puak Kristian ini. MasyaAllah..adakah mereka mengetahui akan akibatnya kelak. Sepatutnya jika mereka mengatakan yang mereka adalah penegak Islam dinegara ini, merekalah yang sepatutnya berdiri dibarisan hadapan untuk menghalang segala usaha dari pihak Kristian. Ini tidak malah menyokongnya lagi.

Adakah Pas mengetahui jika puak Kristian dibenarkan menggunakan khalimah Allah dan Bahasa Malaysia didalam buletin Kristian secara tidak langsung Pas juga merestui upacara " pengkristianan " orang Melayu Islam secara perlahan-lahan dan Pas dan Anwar jangan terkejut akan ramai anak muda Melayu Islam akan menjadi murtad kerana tidak boleh membuat perbezaan antara Islam dan Kristian.

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat
Ditulis oleh Harakah , Thursday, 03 January 2008, Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

"Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Harakah.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah 'Allah' timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.

Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan 'kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.

"Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya 'Allah'; itu akan mengelirukan orang ramai," Johari dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.

Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.

Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk "Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan" di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan remaja.

Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.

Sumber: http://ulamak.pas.org.my/

Berbalik kepada Teresa Kok berikutan dengan kenyataan beliau yang kecewa dengan KDN haramkan Herald guna nama Allah.

Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan Kristian Herald edisi Bahasa Malaysia sebagai "hadiah terburuk" tahun ini kepada penganut agama itu, kata ahli parlimen Seputeh.

"Tindakan KDN itu sangat tidak adil dan tidak munasabah kepada penganut Kristian yang hanya boleh membaca Bahasa Malaysia,” kata Teresa Kok.

"Ramai penganut Kristian dapat memantapkan kepercayaan mereka melalui Bahasa Malaysia dan selama ini beribadat dengan bahasa kebangsaan." Penulis tertanya-tanya sejak bila Teresa Kok ini pandai menggunakan Bahasa Kebangsaan. Kalau sebelum ini dialah juara menggunakan Bahasa Cina di papantanda sekitar KL dan juga di Pulau Pinang. Cakap talak silupa bikin. Cakap berbelit-belit?

Kalau selama ini beliau suka menyaman sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkannya, bagaimana pula jika Umat Islam pula menyaman Teresa Kok kerana kenyataannya menyinggung perasaan umat Islam dan dikuatiri akan menjadi konflik antara ugama kemudian kelak. Kalau dia boleh saman Utusan kerana isu " azan " mengapa Orang Islam tak boleh menyaman Teresa Kok kerana kenyataan yang tak bertanggungjawab ini? Bukankah ini fitnah namanya? Agenda tersirat yang berniat jahat.

Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia menolak penukaran istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat dan merupakan tindakan yang bijak.

Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al’Alameen.

Salam perjuangan

3 ulasan:

  1. memang musibat dan lahanat mereka ni....

    nampaknya penentangan atas doktrin ni perlu diperkasakan

    salam perjuangan..

    BalasPadam
  2. "Tindakan KDN itu sangat tidak adil dan tidak munasabah kepada penganut Kristian yang hanya boleh membaca Bahasa Malaysia,” kata Teresa Kok. "

    Allah adalah ganti nama kepada Tuhan (God). Masalahnya dalam Islam Tuhan itu MAHA ESA. Dalam Kristian pula Tuhan tertakluk kepada doktrin TRINITY (Tiga kepala dalam satu kewujudan) . Di sini jelas bahawa kalimah Allah TIDAK BOLEH disamakan dengan Tuhan dalam agama Kristian. Itu dah syirik namanya.

    Kalau gatal sangat guna nama Allah, saya cadangkan kepada Christian Federation of malaysia supaya KELUAR dari ikatan Vatican dan Protestan dan MANSUHKAN KONSEP Pauline Trinity dalam Kristian.

    Barulah boleh kita akui Tuhan Kristian adalah ... God of Abraham, of Jacob, Ishmael, Isaac, Moses, Elijah, Elisha...

    Cuba Teresa pergi Israel dan tanya mana-mana Rabe, Tuhan Trinity tu sama ke dengan YHWH, silap-silap kena penampar dengan Yahudi tu.

    Apa kaitannya nama 'Allah', satu kalimah Arab, dengan Bahasa Malaysia? Kalau Teresa ni kaji teks-teks Perjanjian Lama dan Baru, beliau akan jumpa banyak lagi ganti nama Tuhan seperti Jehovah, Adonai dan Yahweh. Kan elok kalau ambil saja salah satu dari nama tersebut. Saya gerenti tak ada siapa pun yang larang.

    "Ramai penganut Kristian dapat memantapkan kepercayaan mereka melalui Bahasa Malaysia dan selama ini beribadat dengan bahasa kebangsaan."

    Jahilnya Teresa pasal Agama, orang Melayu yang tidak tahu berbahasa Arab pun KUAT MENGAMALKAN Islam. Agama ni bersandarkan kepada pokok akidah, iman dan syariat. Kalau dalam Ten Commandments sebut 'jangan lakukan zina', tetapi Masyarakat Kristian Barat berzina macam kita makan nasi, tak ada guna juga.

    Gunalah bahasa apa sekalipun, kalau TIDAK BUAT apa yang Tuhan suruh, sebaliknya buat apa yang Tuhan larang, tidak ada nilai satu sen pun disisi Tuhan. Sebut lah nama Tuhan dalam bahasa apa sekalipun, kalau tidak beriman kepadaNya tak ada nilai disisiNya.

    Bagi Teresa ibadat ni hanya duduk dalam Gereja dan baca Lord's Prayer kut?

    BalasPadam
  3. Bagaimana pula agenda kita untuk mengIslamkan semua penganut agama yang bukan Islam kepada Islam.

    Itu tugas utama kita sebenarnya. Dan tentunya tidak ada sebab untuk mereka menolak Islam kerana Islam telah dijamin Allah Taala.

    Kalau benar ada yang tidak eloknya Islam itu, kemukakan bukti dan ketengahkan untuk dilihat bersama.

    BalasPadam