Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Januari 06, 2009
Nik Aziz Samakan Penipuan Anwar Dengan Sunnah Nabi!
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul.
“Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama,” katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini.
Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Anwar dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan pastinya perlu melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu Pas sentiasa menyokong tindakannya itu.
“Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi masalah apabila perlu menunggu selama 13 tahun untuk mengambil alih kerajaan yang ketika itu dikuasai Yahudi, tetapi baginda tidak pernah berputus asa untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu.
“Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika nak senang campur susah rasuahlah,” katanya.
Tetapi Nik Aziz Terlupa :
Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa :
" Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong.
Apakah rancangan pembangunan yang pernah dikemukakan oleh PAS untuk kebaikan rakyat ketika parti itu menjadi anggota komponen Barisan Nasional dulu? Sejak dulu hingga sekarang, PAS hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya, tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah dan membuat janji lagi pada malam-malam berikutnya. Itu saja."
Jelas ucapan ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim seorang yang berdolak-dalik dan tiada pendirian. Masa itu dia kutuk PAS habis-habisan. Sebelum ini, melalui Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin sendiri oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail, beliau memuji muja PAS tiada tolok bandingnya. Lebih dari itu, bersekongkol pula dengan parti ekstremis Cina, DAP.
Dulu kutuk PAS sebagai parti yang hanya tahu buat ceramah, tabur janji dan tidur. Sekarang apa dah jadi. Parti perjuangannya pula ikut jejak langkah PAS. Begitulah halnya orang yang asyik bermain dengan lumpur, akhirnya tempelak ke muka sendiri. Soalnya apakah orang macam ini yang hendak dimertabatkan sebagai pemimpin. Mulut manis lidah berkait. Jawapnya tidak sekali-kali.
Komen :
Inilah akibatnya apabila menyalahgunakan ugama untuk kepentingan politik? Sebagai seorang Islam rasa nak kecewa pun ada dengan fatwa terbaru Nik Aziz ini yang semakin menyongsang. Apakah Nik Aziz tidak memikirkan yang tindakan Anwar ini bahaya dan akan memecah belahkan masyarakat Malaysia. Apa kah penipuan Anwar itu boleh disama kan dengan sunnah Rasullullah s.a.w ? Tidakkah Nik Aziz merasakan yang tindakannya menyokong Anwar ini sebenarnya bersubahat, dalam ertikata lain bersubahat menipu rakyat?
Nampak nya begitu mudah Nik Aziz persendakan junjugan kita hanya semata-mata untuk membenarkan penipuan Anwar itu!! Kepada yang masih memuja Nik Aziz, maka renung kan lah fatwa baru Nik Aziz itu..apakah ia selaras dengan ajaran Islam? Ya Allah, bukakan lah hati mereka agar kembali kejalan yang benar.
Taminsari
Shah Alam
TUAN GURU NI DAH TAK BOLEH CAKAP APA DAH.... MAKIN LAMA MAKIN SALAH CAKAPNYA!!! KALAU DULU PERJUANGAN PAS UNTUK AGAMA ISLAM. NAMUN KINI HANYA UNTUK BERKUASA SAHAJA.
BalasPadamPAS HANYA INGIN CUBA-CUBA MENUMBANGKAN BN SAHAJA.
PAS MAKIN LAMA MAKIN TERPESONG!!!
Encik, Nabi Muhammad bolehkah disamakan dengan DSAI? Saya yang bukan islam ni pun, ada baca tau sejarah Nabi Muhammad SAW tu. Ini DSAI tak boleh pakai oi. Tolon jangan bagi fatwa pelik-peliklah. Baca balik sejarah nabi Muhammad SAW itu.
BalasPadamini org tua sudah nyanyok..
BalasPadamsemua ckp² dia stakat bole dgr shj jgn nk ikot..
ulama ape kebendenye~
Apa kata kita desak PAS gugurkan saja Nik Aziz ni..
BalasPadamBaik berhenti dok rumah beribadat tunggu mati.
Kita tunggu sampai bila PAS nak peralatkan Nik Aziz ni demi survival politik merea di kelantan.
PAS sudah lupa Yang Esa dan hanya nampak KUASA...
tq bro komen panjang lebar jawab komen mesra sokmo tu..
Ana sudah siar komen Enta di artikel terbaru blog Ana..
"" Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong."
BalasPadamfaham betul2... kesian aku tgk geng2 umno ni.... ape yg berlaku skg.. tiada bezanya dengan zaman Rasul ALLAH dahulu...
BN mmg sama dengan FATAH kt palestin...
ana berpendapat tok garu nik aziz ni macam tukang jual ubat kat kaki lima jeee...
BalasPadamubat dia ...ISLAM..dan hukum islamm..
semua tu memang tok garu arif laaaa.. tak di nafikan..
tiap2 kali pilihanraya.. berbagai ubat "ISLAM" dia juall..
tapi itu yg sedap org PAS dengar.. sambil ketawa terkekeh....
hak molek.. hak baik.. semua dia punya pandaii..
hak org lain tak cheredek ( bodo ) belaka...
tapi nak buat lagu mana..
dah cara tu tok garu nik aziz cari makeee..
world book of record....
MB sampai mati,,.
sebab MB paling cheredek (pandai) sekali di kelantan.
Salam..
BalasPadamTok sorang ni,memang hampeh..semacam kelapa tua yang dah habis santan.
Selayaknya untuk makanan ayam
serama je..
Apa kata duduk diam2 main dgn cucu2..je.
Cakapun dah merapu.. ikut sedap hati dia je..
SEDARLAH SIKIT AWAK TU DAH NAK MAMPUS!!!!!.Bawak2lah beramal....
Salam kepada pejuang-pejuang BPN. Terimakasih diatas ulasan yang telah diberikan. Bagi saya kita perlu desak PAS agar gugurkan perkataan Islam dari Parti itu kerana telah disalahgunakan. Sila ikuti desakan ini didalam artikel selepas ini." Pas tuduh UMNO buang Islam ". Jika berkesempatan sila pergi ke laman www.mykmu.net untuk artikel Salam Mesra Sokmo disana.
BalasPadamSalam perjuangan
Assalamualaikum,
BalasPadamNik Aziz bukannya maksum
Oleh sebab itu sila tegur Nik Aziz sebagaimana Umar r.a mahu dirinya ditegur jika buat salah dalam pemerintahan