Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Januari 12, 2009
Mengapa Nik Aziz Bakar Patung Bush Dan Shimon Peres Sahaja !
Bukti pembabitan Anwar Ibrahim dengan Yahudi dan Amerika..
Mengapa Nik Aziz Bakar Patung Bush Dan Shimon Peres Sahaja Tetapi
Tidak Anwar sekali!
Diberitakan di Kota Bharu pada 9 Jan 09, ribuan umat Islam di sini mengadakan demonstrasi secara aman membantah kekejaman rejim haram Yahudi terhadap penduduk Islam di Palestin. Demonstrasi itu diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut sama disertai timbalannya, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud; Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan anggota Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.
Menteri Besar turut membakar replika patung George W Bush dan Presiden Israel, Shimon Peres serta bendera Amerika Syarikat dan Israel. Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan orang ramai memijak gambar kedua-dua pemimpin yang diletak di atas jalan.
Demonstrasi itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri diadakan sebaik sahaja selesai kuliah mingguan Menteri Besar di Medan Ilmu. Ribuan penduduk tempatan yang mengikuti kuliah sejak jam 8.30 pagi turut sama berdemonstrasi dengan melaungkan 'Allahuakbar, Hidup-Hidup Islam, Jahanam Israel dan Hancur Amerika.'
Demonstrasi itu merupakan kali kedua diadakan di Kelantan, minggu sebelum itu pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Akademi Islam Universiti Malaya berhimpun di perkarangan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri. Sebaik sahaja tamat kuliah pagi Jumaat, teriak Hidup Islam, jahanam Israel dan hancur Amerika mulai kedengaran. Orang ramai kecil, besar, tua dan muda bersemangat meneriakkan perkataan tersebut.
Kebencian orang ramai begitu membuak terhadap kekejaman Yahudi yang merantah tubuh-tubuh tidak berdosa di Palestin melalui serangan tidak berperikemannusiaan, dilancarkan tentera Israel sejak akhir Disember lalu.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat mempelawa rakyat negeri ini mendaftar diri untuk pergi ke Palestin bagi membantu rakyat negara tersebut.
Katanya, beliau dan Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad sudah mendaftar menyertai misi bantuan ke Palestin. Mohd Zaki yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata, semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada perlu menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Yahudi.
"Kita tidak boleh mengharapkan orang lain bagi membantu umat Islam di Palestin. Kita juga tidak boleh harapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Persidangan Negara Islam yang tidak mampu berbuat apa-apa lagi.
"Oleh itu umat Islam wajib membantu dengan sekadar yang mampu melalui sumbangan yang dihulurkan kepada tabung yang dilancarkan pada majlis ini," katanya.
Beliau juga mengajak orang ramai mulai sekarang memboikot produk keluaran Amerika Syarikat dan negara-negara yang bersekongkol dengan Yahudi Israel. Pada himpunan itu dibaca qunut nazilah yang diketuai Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Mohd Baharuddin Mohd Noor.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, salah satu cara bagi mengajar Israel dan Amerika Syarikat jangan membeli produk keluaran negara terbabit. "Kita usah lagi membeli pisang kaki yang ditanam orang Yahudi di bumi Palestin yang dirampas mereka. Produk itu ada dijual di Singapura dan negara ini. Kita juga jangan lagi menggunakan Dollar Amerika dan beralih kepada matawang Euro atau Yen, Jepun.
"Coca Cola jangan lagi kita minum, umat Islam di Selatan Thailand sudah lama memulau minuman keluaran Amerika itu," katanya. Sementara itu, ribuan umat Islam mengerjakan solat hajat di Masjid Muhammadi selepas menunaikan solat Jumaat memohon keselamatan kepada umat Islam di Palestin. Selepas itu mereka memijak gambar Bush dan Shimon beramai-ramai, yang diletak di pintu masjid masjid.
Pelik tapi benar!
Adakah kita sedia boikot ' politik Yahudi ' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu? Begitu juga dengan Ustaz Abdul Hadi apabila beliau pun dilihat cuba menjadi pejuang Hindraf?
Jikalau begitu kita sepatutnya juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biarkan rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.
Anwar tidak bersungguh kecam Israel !
Sehari dua ini, dilihat Anwar ada menulis di blog mengecam Israel dan Amerika kerana kekejaman di Palestin. Tahniah diucapkan. Anwar memperlekehkan Bush/Cheney sebagai faktor penyebab serangan Israel itu. Semua orang tahu maksud Anwar itu, kecaman itu semata-mata menurut skrip kerana Anwar tahu Bush/Cheney bakal kehilangan kuasa tidak lama lagi. Kecaman untuk di lihat bagai melepaskan batuk ditangga.
Siapa tidak tahu sandiwara Anwar? Bukankah Anwar pandai memutarbelitkan sesuatu isu sehinggakan isu yang dilihat akan tidak menyebelahi Anwar akan menjadi disebaliknya. Anwar tidak mengecam Barack Obama dan Hillary Clinton. Kenapa ? Walhal serangan ke atas Palestin dilakukan semasa pemerintahan regim Obama ? Anwar juga tidak bersungguh mengecam Israel, ditulis kabur-kabur supaya orang keliru dan dalam masa sama mengecam dunia Arab.
Selalunya jika Anwar menganggap kenyataan media yang adalah sangat penting, Anwar akan menulis didalam bahasa formal dan dibuat dua versi. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Motifnya sangat jelas, tulisan Bahasa Melayu ditujukan kepada rakyat Malaysia, manakala tulisan Bahasa Inggeris ditujukan kepada rakan-rakan anda di Barat supaya mereka mengerti visi anda terhadap sesuatu isu.
Tetapi dalam kes Ghazza, Anwar hanya buat versi Bahasa Malaysia sahaja dan tulisan beliau tidak menyakinkan pembaca, kecuali terpancar unsur mempertahankan pengaruh politik agar tidak dihakis oleh tsunami Israel. Kedutaan Amerika di Malaysia pun tidak memahami tulisan Bahasa Melayu Anwar, apatah lagi rakan-rakan beliau di Barat terutamanya di Amerika tidak memahami langsung tulisan Bahasa Melayu Anwar itu.
Inilah sandiwara politik terbaru Anwar bagi mengelak dikecam oleh rakyat Malaysia terutamanya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Sebenarnya rakyat mahu lebih dari itu. Rakyat mahu Anwar memijak-mijak gambar Bush, Shimon Peres, Obama serta membakar replika patung-patung mereka. Adakah Anwar sanggup lakukan untuk menunjukkan kecamannya terhadap Amerika dan Israel?
Mengapa Pas perlu double standard apabila cuma nampak semut diseberang laut sahaja, tetapi gajah didepan mata buat-buat tak nampak! Tidakkah ini bersubahat namanya?
Sepatutnya semasa Pas memijak-mijak dan membakar patung Bush dan Shimon Peres hendaklah bersama Anwar, jadi Pas boleh lihat samada Anuar sanggup lakukan atau pun tidak? Ambil gambar atau video dan siarkan kepada umum. Buat satu salinan dan hantar kepada kedutaan Amerika di Jalan Ampang? Pas sepatutnya mencabar Anwar supaya berbuat sama seperti yang dilakukan oleh Pas dan jika Anwar menolak bermakna betul lah Anwar terbabit dengan Amerika dan Yahudi.
Jikalau Pas tidak berani mencabar Anwar berbuat seperti apa yang Pas telah buat bermakna Pas pun bersubahat dengan Anwar dan secara tidak langsung apa yang Pas telah lakukan selama ini hanyalah sia-sia sahaja. ! Adakah Pas apabila bercakap berdegar-degar tapi tak disedari dibelakangnya penuh dengan najis! Hanya Pas sahaja yang tahu jawapannya.
Taminsari
Shah Alam.
itulah hakikatnya siapa dan apa pegangan Anwar..
BalasPadamkita kena sedar dan sedaran orang awam yang marhaen agar mereka turut sedar bersama sama kita..
kita pasti usaha menyedarkan ini perlu juga bermula di alam siber yang menjadi nadi kejayaan mereka memanipulasi isu sebelum ini sehingga saluran pemuda dimenangi mereka.
menarik artikel tuan dan semoga boleh bersama sama lagi di masa akan datang dalam sidang kita..
salam...
Wah encik, petang tadi, orang tua ni bersemangat di parlimen mengecam kekejaman si bangsat Israel encik. Jadi, apa pendapat encik?
BalasPadamsemangat anuar berada dimana2...
BalasPadamsemangat anuar lebih kuat pada amerika.. bapak israil...
Sekarang memang dia berani bukak mulut sebab jangka hayat Bush tinggal seminggu sahaja lagi..cuba dia kecam Obama dengan Hillary..berani ke tak? Anwar ni kan sesumpah hidup..memang pandai dia menyesuaikan diri dengan keadaan..ini adalah sandiwara baru Anwar a/l Ibrahim...diparlimen cuma dia berlakon sahaja..Anwar dalam terdesak sekarang..nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapak...mahu tak mahu terpaksalah jadi sesumpah untuk menyelamatkan diri..suruh dia pijak bendera Israel dan Amerika dan bakar replika patung Bush, Shimon Peres dan Wolf/ Barack/Hillary..tengok dia berani ke tidak?
BalasPadamSalam,
BalasPadamKalau sampai semua produk yg ada kaitan dengan yahudi pun diboikot, pasal apa kita tak boikot pemimpin yang ada hubungan dengan mereka?
Itulah Pakatan Rakyat. Kenapa tak diboikot Anwar? Takut ego runtuh ke? PAS, pasal apa tak buat patung Anwar pastu bakar? Takut ego kat Umno hilang ke?
Sekarang pun mungkin Anwarlah yang paling lantang mengutuk amerika dan yahudi sebab perang ke atas palestin itu agaknya. Wuhahahahak.... pigi dah!
Salam singgah,
BalasPadamPemimpin-pemimpin PAS bukannya buta untuk melihat gelagat Anwar Ibrahim cuma terlebih ikat serban hingga menutup mata mereka malah selain serban mereka juga memakai kopiah, pelapik kepala berherba memandangkan jangkawaktu pemakaian adalah lama dan tidak terhad yang kesannya boleh kita lihat sekarang akan kelemahan mereka berfikir dengan wajar dan gagal melihat pelbagai isu dan perkara dari kacamata bangsa sendiri.
Mungkin tindakan membakar replika patung Bush & Simon Peres serta bendera-bendera mereka secara peribadi saya berpendapat tidak lebih sebagai tindakan berbentuk kosmetik sahaja.
Nak tunggu Toyota Camry kena bakar pulak..hahahaha !!
Salam..
BalasPadamTerima kasih diatas semua ulasan yang diberikan. Teringin sangat nak tengok gambar Anwar di pijak dan replika Anwar ( macam di Batu Cave ) sebelum ini di bakar oleh Nik Aziz dan para penyokong Pas. Wahai pengundi-pengundi di Kuala Terengganu..Boikot Pakatan Rakyat.
Salam perjuangan