Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Januari 02, 2009
Artikel Pilihan : Kalikong Hudud Anwar, DAP, PKR, PAS !
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa akhirnya terpaksa berpencak lidah apabila mengutarakan persoalan hudud ketika berdebat dengan Khairy Jamaluddin tempohari.
DAP telah sekali lagi memberikan gambaran bahawa jika Negara Islamlah sebagai matlamat, maka akan berkecailah Pakatan Rakyat untuk hari-hari mendatang. Apakah PKR pimpinan Anwar tiada masalah dengan isu hudud dan negara Islam? Kenyataan Anwar dibawah ini:-
"To my mind, it is essential because again, in my limited experience, with the Islamic Party, we were known to be strong advocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic state is no longer on the agenda".
Maka jelaslah bahawa Negara Islam bukan agenda Anwar. Oleh kerana itu, PAS bukan sahaja menghadapi DAP tetapi juga PKR pimpinan Anwar. Maka apa penghujungnya?
Husam Musa mengatakan UMNOlah penghalang hukum Hudud. Ini pandangan yang amat keliru. Pada hakikatnya, kita hendaklah sedar bahawa non-muslim di Malaysia masih belum dapat menerima Islam sebagai negara dan perundangan. Walaupun ada non-muslim yang telah mulai faham tentangnya namun ia masih belum dapat mewakili pandangan semua non-muslim.
Dasar BN yang diwakili UMNO dan parti komponen yang diwakili oleh non-muslim masih belum berhasrat untuk membentuk sebuah negara berdasarkan kepada hukum hudud. Ini realitinya. Adalah tidak bersetuju jika kita membuat suatu kesimpulan bahawa UMNO tidak bersetuju kepada hudud adalah kerana tidak mahu akan hudud. Umno sebagai parti induk BN bercakap atas kaPASiti parti utama sebuah pakatan yang memerintah Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum yang "belum" mahu akan hudud.
Samalah juga sepertimana Husam Musa kata jika tidak ada kesepakatan parti komponen Pakatan Rakyat maka hudud akan ditangguhkan. "Ditangguhkan" adalah kenyataan yang akan ditentang juga DAP memandangkan mereka tidak akan bersetuju tentang hudud kerana itu bukan dasar parti itu.
Pokoknya jika pada suatu hari nanti DAP, MCA, MIC dan seluruh rakyat Malaysia mahukan hudud, maka tiada sebab UMNO tidak mahu hudud. Ingat! perlaksanaan hudud dan penegakan Negara Islam perlu beberapa syarat, dan salah satu syaratnya ialah persetujuan rakyat itu bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar akibat penentangan rakyat.
Jika hudud dapat mengurangkan katakan 99.999% jenayah, namun dengan tidak adanya persetujuan semua dan ditentang secara agresif, maka jangankan mencapai 99.999% pengurangan jenayah, sebuah negara akan menjadi huru hara akibat penentangan rakyat terhadap hudud. Dalam situasi ini, adalah maslahah untuk tidak melaksanakan hudud dan tidak melaksanakan hudud disini adalah juga menjalankan hukum Islam. Ingat! Maksud disini tidak mengatakan Hudud membawa huru hara tetapi ketidakfahaman dan penolakan hududlah yang membawa huru hara!
Maka jelas disini, PAS diuji samada matlamat penegakan Negara Islam itu merupakan matlamat atau hanya slogan politik untuk meraih sokongan. Jika ia matlamat, maka hudud mesti dilaksanakan jika berkuasa kelak, kalau menangguhkannya kerana belum disepakati di dalam parti komponen, maka inilah yang selama ini dilakukan UMNO yang dinyatakan PAS sebagai anti-hudud. Kalau hanya tidak melaksanakan hudud kerana parti komponen tidak bersetuju dikatakan sekular, maka PAS sekular sekarang!
Apa sebenarnya yang berlaku? Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, barangkali yang memperjuangkan hudud dan yang menolak hudud belum memahami hakikat perlaksanaan hudud mengikut Islam. Yang memperjuangkan hudud hanya ghairah untuk melaksanakannya tanpa melihat apakah cukup syaratnya, manakala yang menolak hudud juga merasakan hudud (tentunya yang dia fahami sebagai hudud) merupakan sesuatu paksaan ke atas hak asasi manusia yang sering diperjuangkan barat.
Maka, PAS sibuk berpolemik sekitar di antara keinginan melaksanakan hudud di satu pihak dengan yang menolak hudud atas ketidakfahaman PAS sendiri.
DUA pertanyaan kepada PAS:-
1) UMNO dituduh tidak mahukan Islam kerana tidak mahu melaksanakan hudud. PKR juga sama dengan UMNO dalam hal ini. Bagaimana? Kalau PKR sama dengan UMNO dalam sikapnya terhadap hudud, maka apa isunya sekarang?
2) Apakah benar dan yakin bahawa DAP akan menyokong pembentukan Negara Islam pada masa akan datang? Jika tidak, maka apa tujuan sebenar pakatan ini? Adakah hanya semata-mata ingin menjatuhkan UMNO atau ingin sangat melihat Anwar jadi PM? Apa seterusnya langkah Pakatan Rakyat ini? PAS dilihat sanggup meng"umno" kan diri sekarang semata-mata mahu melihat UMNO jatuh! Sebab itu ia tidak peduli akan matlamatnya, yang penting musuh tradisi harus dikalahkan.
Islam Hadhari ditolak PAS kerana mengatakan ianya dicetuskan UMNO untuk meraih sokongan umat Islam, hudud ditangguh kerana ditolak DAP dan PKR dan PAS perlu dokongan DAP dan PKR untuk apa? Hanya untuk menjatuhkan UMNO yang tidak mahu hudud! Bila UMNO yang tidak mahu hudud itu jatuh, PAS akan tanya lagi DAP dan Pakatan Rakyat mahu tak hudud? DAP dan PKR kata tidak mahu kerana rakyat pilih Pakatan Rakyat kerana tidak sebut hudud dan nanti akan hilang pula sokongan dan UMNO yang tidak mahu hudud itu naik balik! PAS akan tentang semula UMNO kerana UMNO tidak mahu hudud! (cuba fikirkan, apa sebenarnya yang tidak kena?)
Di dalam Islam ada hudud untuk membimbing umat. Hudud bukan satu-satunya bahagian dari Islam. Di dalam Islam ada bberapa bahagian yang membentuk Islam yang lengkap. Maka banyak bahagian lain yang belum kita ketahui....
Penolakan secara konsisten oleh DAP, kenyataan KM Pulau Pinang Lim Guan Eng tentang corak pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz dan pemerintahan berdasarkan Al-Qur'an serta penegasan Husam Musa tentang perlaksanaan Hukum Hudud oleh PAS jika Pakatan Rakyat memerintah amat menarik untuk dilihat seketika ini.
Islam Hadhari cetusan Pak Lah telah menghadapi kesukaran untuk mendapat dokongan PAS atas sebab-sebab politik yang melihatkan kepada serangan lebih kepada peribadi serta kegagalan perlaksanaan Islam Hadhari oleh Pak Lah daripada persoalan prinsip Islam Hadhari itu sendiri. Sebagaimana yang pernah diketahui bahawa kalau hanya kita mahu sedikit berfikir maka kita akan dapatkan suatu program besar jangka panjang di dalam Islam Hadhari itu sendiri yang melibatkan ta'lim dan tarbiyyah.
Pada satu segi yang lain, kita terlena dengan kenyataan KM Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sedikit memancing sentimen umat Islam Malaysia dengan kenyataannya bahawa ia akan menjadikan Khalifah Umar Abd Aziz sebagai model pemerintahannya serta ia akan mentadbir mengikut ajaran Al-Qur'an.
Dengan menoleh sedikit ke belakang, kita pernah dengar kenyataan kepimpinan utama DAP Karpal Singh yang mengatakan langkah mayat dia dulu sebelum menegakkkan negara Islam dan melaksanakan hudud.
Baru-baru ini pula, dalam majlis debat antara Khairy Jamaluddin dan Husam Musa, Naib Presiden PAS itu menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak dengan menegaskan bahawa UMNOlah penghalang kepada perlaksanaan hukum hudud kerana keengganannya terhadap hukum hudud terlaksana.
Dengan melihat senario ini kita boleh fikirkan bahawa:-
1) Apakah semua pihak itu tahu apa itu perlaksanaan hudud? Apakah mereka sepakat dalam memahami perlaksanaan hukum hudud atau sebenarnya perlaksanaan hudud yang difahami berbeza?
2) Apakah PAS yakin dengan parti-parti komponen di dalam Pakatan Rakyat bahawa penegakan sebuah negara Islam akan disepakati?
3) Apakah PAS lebih yakin dengan Lim Guan Eng dalam hal Islam dibandingkan dengan UMNO yang dikatakan sekular dan UMNO itu menurut mereka lebih sekular daripada DAP. PKR dan Islam Hadhari itu cuma propaganda kerajaan dan kenyataan Lim Guan itu adalah lebih ikhlas?
4) Apakah Karpal Singh telah memberi "restu" untuk PAS menegakkan Negara Islam?
Ini persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh semua pihak untuk kita lihat apa isunya yang sebenarnya. Hudud bukan seperti undang-undang lalu lintas yang boleh dipaksakan begitu sahaja tanpa difahami. Hudud amat memerlukan orang yang benar-benar alim dalam Islam yang merupakan salah satu persyaratan untuk melaksanakan hukum Hudud. Adakah Nik Aziz, Husam, Hj. Hadi layak dikatagorikan ciri alim ulama Islam sebagai persyaratan? Bagaimana dengan penjagaan aqidah mereka ini?
Maka semua pihak termasuk UMNO perlu sama-sama menuju ke arah memahami Hudud dan cuba memenuhi persyaratan menegakkan Negara Islam.
Persoalannya, PAS lebih berpolitik sempit dengan menolak apa yang baik dari musuh (UMNO) dan lebih terpesona apa yang datang dari rakan politik DAP dan PKR walaupun sudah terang dan jelas sikapnya terhadap hudud yang hendak PAS perjuangkan. Dengan lebih jelas lagi, Islam Hadhari ditolak atas nama menolak sekular (masih boleh dibahaskan kebenarannya) dan pada masa yang sama menerima sebuah pakatan yang jelas berdasarkan sekular malah menolak hudud yang diperjuangkan.
Permulaan untuk ke arah melengkapkan salah satu syarat perlaksanaan Islam dengan program Ta'lim Dan Tarbiyyah, dibimbangi Lim Guan Eng akan perkenalkan Islam DAP dan disokong PAS kerana ia bukan datang dari UMNO, fikirkan...
Suara Politik
Bagi saya, Pas langsung tidak tahu apa itu hudud. Sebab itu, mereka tergesa-gesa untuk melaksanakannya.
BalasPadamPas sudah terdesak. Mereka sudah tak ada isu. Mereka mempolitikkan Hudud untuk meraih undi walaupun Ustaz Hadi kata sukar untuk melaksanakan. Meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri..itulah hakikatnya.
BalasPadamSalam perjuangan
Salam singgah,
BalasPadamWalau apapun alasannya, dalam politik kita akan berkata apapun selagi ia mengisi kepentingan diri walaupun apa yang diperkatakan itu sebenarnya kita sendiri tidak memahaminya.