Sabtu, Disember 27, 2008

KENYATAAN MEDIA BLOGGER PEMBELA NEGARA


KENYATAAN MEDIA BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM

BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..

BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.

BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.

BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..

Yang Benar,

PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com

Yang Dipertua,
Blogger Pembela Negara ( BPN )
Blog rasmi BPN :
http://parlimenbpn.blogspot.com

8 ulasan:

  1. Laman blog menghina Nabi Muhammad

    KUALA LUMPUR 26 Dis. - Sebuah laman blog dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

    Blog tersebut turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu. Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat oleh pihak lain.

    Soalnya, siapakah sebenarnya di sebalik blog tersebut. Apa yang pasti nombor telefon yang tertera pada laman blog itu, yang kononnya milik penulis blog terbabit, ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia mendapati ia merujuk kepada nombor telefon sebuah pejabat berdasarkan respon rakaman mesin jawapan.

    Berdasarkan blog terbabit lagi, kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.

    Justeru ia sarat dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan ditujukan kepada Rasulullah. Segala penghinaan itu pula disertakan dengan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan mempersenda serta lukisan-lukisan yang memburukkan Nabi Muhammad termasuklah yang pernah disiarkan oleh akhbar Eropah yang telah dikecam hebat oleh umat Islam di seluruh dunia.

    Sementara itu ada pembaca menghubungi pejabat Utusan Malaysia malam ini yang mahukan pihak berkuasa bertindak segera terhadap blog tersebut.

    Utusan Malaysia

    BalasPadam
  2. Ulasan dari pengunjung MyKMU :

    Re: Blog Hina Islam, Hina Nabi! (Score: 1)
    by amar on Saturday, December 27 @ 17:18:45 MYT
    (User Info | Send a Message)
    askum....

    untuk rekod, semasa kerajaan bn berkuasa penuh(lebih 2/3) dan pas, dapdan pkr hanya tak lebih 30 kerusi.....malaysia amatlah aman dan sentosa.....islam amatlah terpelihara....agama lain bukan takut pada islam...kerana kerajaan yg dikuasai umno dibawah mahathir begitu baik sehingga agama lain segan dan hormat kepada agama islam....

    untuk rekod juga...pada masa itu setiap kali banjir, tsunami, taufan greg, tanah runtuh, islam dipersendakan(senda lvl1 spt menentang hudud, newyear toast, parti liar tahun baru,kongsi raya)....PAS AKA Parti Agama Sekular, Parti Ajaran/Anutan Syaitan AKAN MENDAKWA ITU SEMUA ADALAH LAKNAT ALLAH KERANA UMNO MEMBELAKANGI ISLAM DAN BERSEKONGKOL DENGAN KAFIR(MCA&MIC)

    dan kini sila rekodkan dakwaan saya............ bahawasanya...semua ini terjadi sehingga Nabi Muhammad pun sudah berani dipersendakan dinegara ini ketika perikatan PAS, PKR dan DAP berkuasa.....PAS sebagai UMNO dalam perikatan SYAITAN ini harus memikul dosa atas kecabulan, ketidakkonsisten, menghina al-quran dan hukum allah apabila PAS memanupulasikan al-quran dan hukum allah untuk kepentingan sendiri dengan menghalalkan yang haram untuk kepentingan PAS dan mengharamkan yang halal untuk umno.......sehingga dap, pkr atau agama lain tidak lagi segan dan hormat pada islam.....

    5 yang harus bertanggungjawab atas dosa kepada nabi muhammad ini ialah
    1) Syaitan NIK AZIZ
    2) Syaitan Pak Lah
    3) Iblis Anwar Ibrahim
    4) Syaitan Hadi Awang
    5) Semua muslim di malaysia kerana membuatkan agama lain tidak hormat dan segan kepada islam.......termasuk saya.....antaranya....bekerja suka curi tulang, tipu dalam perniagaan, makan rasuah, pecah amanah, minum arak acara bebas, disko acara bebas, dadah acara bebas, malas, suka amik mc, tidak boleh diharap, dan banyak lagi.....

    Kata Syeikh Abdul Qadir Jalani, apabila muslim dan islam itu dipandang hina, rendah dan jijik oleh bukan islam, bukanlah salah bukan islam tersebut tetapi islam itu sendiri....

    dan dimalaysia....ditatkala PAS & UMNO(yang membentuk 90% islam dimalaysia berkelahi dan tidak bekerjasama.....)maka syaitan sedang bergumbira dan para malaikat sedang menyediakan alatan2 serba canggih dan moden untuk menyeksa kita semua terutama mereka yang bergelar sang ketua( dari ketua cawangan, bahagian, pusat peringkat pemuda, wanita dan dan mt baik umno atau majlis syura pas)....

    selepas nabi muhammad dihina dimalaysia spt ini adakah sang nyanuk nik aziz, sang rabun hadi awang, sibodo lah, sianwar masih mahu berkelahi dan tidak mahu bekerjasama......??????dan apa pendapat umat islam pas dan umno......pada aku....aku tak sabar nak tgk seksaan pada sang ketua kita yang cuai dan lupa pada alquran sehingga nabi muhamad dihina dan islam dipersenda???????

    dan pada aku juga......kepada sesiapa yang menghina nabi muhammad itu......saya buat cabaran terbuka......jangan lah baling batu sorok jantan...jadi lah anak jantan......dan jika masih takut.....pilihlah seorang muslim dikalangan yang anda kenal....mengaku yang anda yang hina nabi muhammad dan ajak lah ia bertarung antara nyawa dan maruah islam....saya percaya....99.99% sanggup mati untuk islam

    BalasPadam
  3. Ulasan Dari pengunjung MyKMU :

    Re: Blog Hina Islam, Hina Nabi! (Score: 1)
    by selampit on Saturday, December 27 @ 23:57:31 MYT
    (User Info | Send a Message)
    LIBERTE, EGALITE, FRATERNITE
    Kebebasan (Liberalisme), Persamaan (Pluralisme), Persaudaraan (satu fahaman).

    Motto revolusi Freemason.

    Inilah hasil idealogi ultra-liberalisme pluralis yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Dari pengamatan saya sendiri, kebanyakan mereka yang mengutuk, mencaci, menghina Islam adalah dari golongan yang TIDAK PERCAYA TUHAN seperti ateis, humanis, materialis - atau golongan remaja yang TIDAK DIBERI DIDIKAN AGAMA, sebaliknya membesar dibuai alam liberal-hedonis, dimana istilah 'kebebasan sejagat' memainkan peranan penting.

    POKOKNYA MEREKA TIDAK PERCAYA DENGAN KONSEP TUHAN, dan menganggap agama sebagai sesuatu yang kolot dan mengikat kebebasan. Golongan yang kuat beragama tidak akan bertindak mengutuk agama lain kerana mereka tahu agama mereka juga menjadi sasaran golongan ini. Salman Rushdie, penulis 'Satanic Verses' yang menghina Rasulullah adalah seorang ateis. Begitu juga Taslima Nasrin, penulis Bangladesh yang lantang menghina Islam. Keduanya disokong oleh kumpulan ateis di barat.

    Islam bukanlah satu-satunya sasaran golongan ini. Pada tahun 60'an golongan liberal (Hippies, New Ageism, Humanist) di Amerika Syarikat melancarkan gerakan tahun "Tuhan Sudah Mati", yang mendapat tentangan hebat masyarakat Nasrani konservatif di US. Walau bagaimanapun, Islam yang paling kuat diserang, kerana penganaut agama samawi itu yang paling kuat berpegang kepada ajaran agama; serta Islam merupakan agama yang PALING KUAT berkembang di dunia ketika ini, khususnya di dunia barat.

    Sebab itulah kerajaan PERLU BERTINDAK TEGAS terhadap golongan ultra-liberal di negara ini. Golongan ini mahukan kebebasan MELAMPAU yang jelas bertentangan dengan KEPENTINGAN AWAM. Mereka juga melihat perkembangan politik semasa - yang menyaksikan kejatuhan kuasa Melayu/Islam - sebagai memihak kepada mereka. Mereka juga melihat bagaimana strategi politik Pakatan Rakyat yang sering melaungkan KEBEBASAN sebagai satu bonus.

    KERAJAAN MESTI TEGAS SEKAT SUARA MEREKA, SEKAT PERGERAKAN MEREKA, SEKAT KEMARAAN MEREKA, jangan sekali-kali gentar terhadap istilah 'pencabulan hak asasi' dan 'sekatan kebebasan' yang dilaungkan mereka. Tiada istilah 'kebebasan' untuk menghina, mencaci dan mengkritik agama atau kepercayaan mana-mana masyarakat di negara ini.

    Bagaimana pula pendirian PAS dalam isu ini? Sekejap tadi (11:30 PM, 27/12/08) bila saya bula laman 'HarakahDaily' isu ini tidak pun disentuh, yang ada topik seperti "Amaran pada UMNO, usah permain Hudud, Qisas...

    Golongan anti-Islam BERLAMBAK kat luar, UMNO juga yang dibedal PAS.

    BalasPadam
  4. Wanita laman blog hina Nabi jumpa Shabery
    27/12/2008 5:44pm


    KEMAMAN 27 Dis. — Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.

    Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.

    “Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W,” katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman di sini hari ini.

    “Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.

    “Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis,” katanya. - Bernama

    BalasPadam
  5. Abdullah: Ambil tindakan terhadap blog hina Rasulullah
    27/12/2008 5:42pm


    ALOR GAJAH 27 Dis. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

    Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan menimbulkan masalah besar dalam negara ini.

    “Saya sudah beritahu kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya mengambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat Dusun Buah-Buahan Tropika D-Paradise dekat sini, hari ini.

    Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas laman blog tersebut yang turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu.

    Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat pihak lain.

    Abdullah berkata: “Saya baru saja, dalam ucapan Hari Krismas baru-baru ini, mengatakan kita perlulah bersikap toleran, perlu pastikan kehidupan rakyat Malaysia yang berlainan agama dan berlainan keturunan, kita mesti sentiasa waspada, sentiasa mengingati diri kita, jangan menimbulkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keadaan yang tidak kita suka, ini pula hal berkaitan dengan agama”.

    - Bernama

    BalasPadam
  6. Penghinaan berleluasa
    Awang tidak terkejut dengan satu lagi laporan menerusi blog yang secara keterlaluan menghina Nabi Muhammad SAW. Pendedahan oleh Utusan Malaysia mengenai perkara tersebut membangkitkan kemarahan ramai orang Islam.

    Kes terbaru ini mungkin terpencil kerana ia ada kaitan dengan unsur manipulasi pihak lain ke atas identiti seorang wanita Melayu. Wanita itu menjadi mangsa gangguan Internet oleh individu lain dan dia telahpun membuat laporan polis mengenainya.

    Awang harap pihak berkuasa dapat menjejaki dan memberkas segera individu dan pihak yang terlibat melakukan penghinaan itu yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.

    Apa yang berlaku ini sebenarnya menuntut perhatian dan penilaian semula ke atas kemampuan serta komitmen pihak berkuasa dalam menangani kes sedemikian menerusi Internet.

    Adakalanya Awang merasakan banyak kelemahan pada pihak berkuasa kita sehingga semakin banyak penghinaan terhadap Islam tersebar melalui blog sama ada secara terang-terangan mahupun secara berkias dan sinikal.

    Pihak berkuasa juga pada kaca mata banyak pihak, bertindak agak lambat dan jika bertindak sekalipun, kurang tegas. (Begitu jugalah kelemahan pihak berkuasa dalam memantau tuduhan liar, sentimen perkauman melampau dan kekeliruan yang dicetuskan menerusi laporan media berbahasa ibunda.)

    Awang tidak pasti sama ada wujud pasukan khusus yang teratur dan mencukupi untuk memantau, mengesan dan bertindak ke atas sebarang unsur fitnah, hasutan dan penghinaan terhadap agama dan kaum yang dilakukan menerusi Internet di negara ini.

    Malah dalam blog aktivis politik dan badan bukan kerajaan tertentu, jelas menampakkan aliran memperlekehkan agama Islam dan orang Melayu tetapi mereka terlepas begitu sahaja. Gejala ini jika berterusan akan mencetuskan ancaman keselamatan yang jauh lebih memudaratkan bagi sebuah negara pelbagai kaum dan agama.

    Mungkin sudah sampai masanya kita perlu mencontohi Singapura. Pihak berkuasa republik itu lebih efisien dan pro aktif menangani ancaman sedemikian sehingga mampu mewujudkan elemen cegah rintang yang menggerunkan mereka yang berniat jahat.

    Masalahnya kita tidak mempunyai kemahuan politik yang tinggi dan sekadar suka memberi amaran – akhirnya pihak berkuasa selalu diambil mudah. Mungkin pandangan ini tidak tepat tetapi itulah persepsi ramai, yang tidak boleh dinafikan begitu sahaja.

    BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

    BalasPadam
  7. Melaka -- Seramai 20 Ketua Pemuda Cawangan UMNO Bahagian Kota Melaka membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah, di sini, Ahad berhubung kewujudan sebuah blog yang menghina Nabi Muhammad SAW.

    Laporan itu dibuat bagi memastikan siasatan segera dijalankan bagi menjejaki individu sebenar yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan itu.

    Ketua Pemuda Bahagian Kota Melaka, Abdul Razak Abdul Rahman yang mengetuai laporan itu berkata, tindakan tersebut bertujuan menyekat perbuatan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam daripada berterusan.

    Tegasnya perbuatan menghina Nabi Muhammad adalah satu bentuk hasutan dan telah membangkitkan kemarahan umat Islam.

    "Ia jelas telah mewujudkan sentimen agama dan pihak polis perlu mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengenakan tindakan di bawah ISA," katanya.

    Dalam laporan itu, pihaknya turut menyerahkan salinan cetak kandungan blog tersebut yang telah dihentikan sejak semalam.

    Jelas Abdul Razak lagi, walaupun ada dakwaan mengatakan penulis tersebut telah teraniaya, tetapi beliau percaya pihak polis akan berjaya mengesan penulis sebenar blog tersebut dalam masa terdekat.

    BalasPadam
  8. Pantau blog 'sampah'

    Oleh Mohamad Sofee Razak

    Ketika umat Islam di ambang sambutan Maal Hijrah 1430, negara digemparkan dengan sebuah laman blog yang menghina Islam dan keperibadian Nabi Muhammad SAW secara membabi buta, tidak bertanggungjawab serta sangat tidak beradab.

    Blog berkenaan dikatakan milik seorang wanita Melayu Islam tempatan yang mana kemudiannya beliau tampil menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dengan segala isi kandungan blog 'sampah' dan bermasalah berkenaan.

    Penggunaan blog secara amnya semakin popular dan menjadi trend komunikasi serta interaktif di alam siber masa kini. Jika sebelum ini e-mel menjadi penghubung paling berkesan, interaktif dan kewujudan blog telah menjadikan dunia komunikasi maya semakin kompleks, moden dan menarik.

    Namun begitu, laman blog umpama madu dan racun kepada pembacanya serta membuka dimensi baru kepada teknologi maklumat global.

    Baru-baru ini heboh diperkatakan sebuah laman blog yang cuba bermain dengan isu sensitif dan menyemarak api kemarahan umat Islam yang secara lantang melemparkan pelbagai tuduhan palsu dan menghina kehidupan Rasulullah SAW atas premis keterbukaan bersuara.

    Individu atau mana-mana kumpulan yang terbabit dalam penyiaran blog sampah dan bermasalah tersebut mungkin mempunyai agenda tersendiri atau cuba menguji reaksi umat Islam di negara ini dengan menimbulkan isu berkenaan.

    Tambahan pula segala penghinaan serta tuduhan dalam laman blog tersebut turut disertakan dengan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan mempersenda serta lukisan-lukisan memburuk-burukkan keperibadian Nabi Muhammad yang pernah disiarkan oleh beberapa akhbar Eropah sebelum ini.

    Penyiaran laman blog tersebut jelas berniat jahat yang sengaja mahu menimbulkan kemarahan umat Islam dan kewujudan laman blog sedemikian perlu ditangani segera. Ini kerana jika dibiarkan begitu sahaja, ia boleh menggugat keamanan dan kestabilan negara.

    Kehadiran blog sedemikian juga membuktikan wujudnya pihak yang cuba menggunakan isu agama sebagai strategi untuk menimbulkan rasa syak wasangka rakyat berbilang kaum dan agama di negara kita.

    Ini sangat bahaya dan secara langsung menunjukkan ada kecenderungan segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman blog sebagai medium untuk mencetuskan huru-hara di dalam negara dengan mengeksploitasi isu-isu sensitif seperti penghinaan kepada Nabi Muhammad dengan menyamar nama dan peribadi wanita Islam tempatan dan menjadikan laman blognya untuk menghina Islam.

    Daripada segi perundangan, individu yang menyamar menggunakan identiti orang lain untuk menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

    Mengancam

    Penguatkuasaan itu sama seperti pengendali mana-mana laman web atau blog yang menyebar kandungan bersifat jelik, mengancam dan mengugut di mana mereka juga boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.

    Sehubungan itu, individu atau kumpulan yang terlibat dalam penyiaran laman blog itu amat berbahaya kepada negara dan perlu dikenakan tindakan paling tegas termasuk di bawah Akta Hasutan 1948 atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 di samping peruntukan undang-undang sedia ada supaya menjadi pengajaran kepada anggota masyarakat lain agar tidak sewenang-wenangnya mempermainkan perkara-perkara sensitif terhadap mana-mana kaum atau agama.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera terhadap laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW itu.

    Menurut Perdana Menteri, perkara tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia akan menimbulkan kekacauan dan mengundang masalah kepada negara.

    Pihak berkuasa lain terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu aktif memantau, mengawal serta tegas menguatkuasakan peraturan dan bertindak segera menyekat kewujudan blog-blog sampah dan bermasalah yang menghina agama, cubaan memesongkan akidah umat Islam, mengancam perpaduan atau berunsur hasutan serta mengandungi isu perkauman yang keterlaluan di negara ini.

    Institusi dan agensi agama di negara kita juga tidak boleh berpeluk tubuh dalam menangani masalah serius ini. Umat Islam hendaklah lebih peka dan sensitif dalam memastikan kejadian serupa tidak lagi berulang serta sentiasa memantau blog-blog sedemikian agar tidak terus bermaharajalela dan berleluasa di alam maya.

    Semua pihak juga bertanggungjawab membela dan mempertahankan Islam dan Nabi Muhammad SAW daripada dihina dan dipersenda sedemikian rupa oleh mana-mana pihak.

    BalasPadam