Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Disember 29, 2008
Hudud AlaPAS, Hududeologi DAP! : Siri - 1
DIA menggelar dirinya Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. PAS pula mengakui dia sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah berabad Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan.
Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri.
Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai "Ulama dan Tok Guru", yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.
Dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan. (Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk Program PAS Negeri Kelantan 1990)
"Hendak melaksanakan hukum hudud di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak." (Utusan Malaysia, 11 Februari 1998)
Sehingga kini, walau apapun alasan, hakikatnya PAS belum tertunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Berabad lamanya. Dulunya Kerajaan PAS membayar RM250,000 untuk membuat draf tapi tak boleh laksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum.
Kerajaan PAS tidak mempunyai kemampuan dan tenaga pakar perundangan yang mencukupi. Hakim Syarie yang ada sekarang pun tidak mampu menepati 15 syarat yang perlu sebelum boleh membicarakan kes-kes Hudud ala-PAS, bukan Hudud Allah.
PAS tak boleh pinda hukum hudud asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Aziz mula menuduh orang lain, mula-mula dia tuduh Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri pula. Akhirnya menuduh pula Islam Melayu, UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Guru ini yang hanya mencari "skapegoat" supaya tuduhan diletak keatas bahu orang lain bertujuan menyuci tangan yang penuh dengan najis.
Pendedahan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa Sultan Kelantan telah menandatangani pindaan hukum hudud jelas menunjukkan bahawa PAS bukan sahaja berbohong malah apa yang tersirat sebenarnya ialah mereka hanya menjadikan "hudud" sebagai propaganda politik - agar PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam.
Selain itu, "hudud" juga dijadikan umpan oleh PAS - umpan untuk pancing undi, umpan untuk mendapat kuasa lagi dan umpan supaya dengan kuasa itu, mereka boleh hidup mewah dan mengaut kekayaan negeri Kelantan.
"Sejarah hidup" PAS selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Oleh sebab kononnya "baju" mereka adalah "baju Islam", maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam - dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah "fatwa" yang boleh dipercayai.
Sikap totok kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong PAS ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Jika bukan kerana pendedahan Ku Li, mungkin ramai yang mempercayai dakwaan pemimpin PAS bahawa tidak adanya perkenan dari Sultan Kelantan adalah antara penyebab kenapa hudud masih belum terlaksana di Kelantan.
Apalagi iktibar yang boleh didapati dari pendedahan ini selain dari pembuktian bahawa PAS memang tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum hudud! Ini semua hanyalah omongan dan nawaitu tidak ikhlas pemimpin PAS untuk menunjukkan kehebatan tidak bertempat kepada rakyat - setelah mabuk kuasa!
Lebih menghairankan, PAS yang mendakwa mereka tidak pernah membazir telah menggunakan dana sejumlah lebih RM200,000 wang rakyat, diperuntukkan kepada sebuah syarikat guaman, semata-mata untuk membuat undang-undang yang masih belum terlaksana ini!
Pemimpin PAS suka menyembunyikan perkara yang sebenar dalam Islam.
Pemimpin PAS tiada rasa malu menggunakan nama ulama tapi sering kali menipu rakyat. Ini kerana pada hakikatnya mereka sedar dan mengetahui bahawa pada zaman keagungan empayar-empayar Islam dulu, orang Islam tidak sahaja menghafal al-Quran dan hadis, belajar tauhid dan belajar fikah tetapi mereka juga belajar sains, matematik, falsafah dan lain-lain ilmu dunia. Dengan cara itu mereka menjadi kuasa besar yang menguasai dunia pada zaman dulu.
Begitu juga dengan ulama-ulama pada zaman dulu bukan sahaja mengetahui ilmu fikah, tauhid dan lain-lain ilmu agama semata-mata, tetapi mereka juga mengetahui ilmu-ilmu dunia yang lain. Maka dengan itu ada antara ulama-ulama zaman dulu yang merupakan ahli perniagaan, doktor (bukan bomoh jampi), saintis, pembuat barang-barang dan lain-lain.
Disuruh bertaranum pun belum tentu Nik Aziz, Hadi, Husam dapat memberikan persembahan yang baik seperti adik-adik "Mari Bertaranum" di NTV9, inikan pula beliau meletakan gelaran khas Musyidul Am kepemimpinan tertinggi PAS kononya melambangkan pemerintahan Islam.
Dengan itu sistem pendidikan PAS yang memberi tumpuan kepada agama semata-mata seperti sering diperjelaskan oleh Nik Aziz demi melaksanakan apa yang dipanggil pembangunan akhirat adalah lari daripada ajaran Islam. Ini kerana tidak mungkin produk pendidikan PAS yang tahu cuma membangunkan akhirat dan tidak tahu pembangunan dunia boleh mewujudkan masyarakat yang ideal dalam erti kata adil, dapat mengurangkan kemiskinan ke tahap yang paling minimum dan negara menjadi aman damai dan sejahtera sebagai syarat utama untuk melayakkan dilaksana hukum hudud.
Rakyat seharusnya sedar bahawa para ulama PAS yang mendakwa diri mereka mengutamakan pembangunan akhirat itu sebenarnya mereka juga cintakan dunia kerana mereka kaya raya belaka. Contohnya kereta dan rumah mereka dan pendapatan "belakang" mereka. Dulu mereka miskin dan kini mereka kaya seperti ahli politik lain juga. Apa faedahnya mereka menjadi kaya jika betul mereka mengutamakan pembangunan akhirat terutama yang telah tua-tua itu?
Ada yang menjadi kaya secepat kilat seolah-olah mereka mendapat harta karun. Apakah betul pembangunan akhirat yang mereka laung-laungkan selama ini? Cara memomok-momokkan pembangunan akhirat oleh PAS adalah bertujuan untuk menuduh kerajaan dengan terang-terang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Ketika terlalu ghairah mereka bukan sahaja menuduh kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum hudud, tetapi menuduh kerajaan juga tidak mahu melaksanakan hukum Islam secara keseluruhannya. Namun yang pasti PAS lah yang sebenarnya yang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia menolak pendidikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan dituduh sebagai sekular dan tidak Islamik.
Hakikatnya pendidikan dan pembangunan adalah merupakan di antara persiapan-persiapan awal yang diperlukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang bersifat hukum hakam termasuklah hudud. Maka oleh kerana PAS tidak mengiktiraf pendidikan dan pembangunan, bererti ia sendiri yang menolak pelaksanaan hukum hudud atau sekurang-kurangnya meletakkan halangan supaya tidak melaksanakannya.
PAS menganggap pendidikan yang seimbang antara dunia dan agama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sekular. Bagi PAS, pendidikan mestilah pendidikan agama sahaja yang dianggap pendidikan yang Islamik. Dengan itu tidak hairanlah jika ada ustaz dan ulama PAS sering mengulit para pengikut dan penyokong mereka dengan dendangan? PAS mengutamakan pembangunan akhirat daripada pembangunan duniawi yang dilaksanakan oleh kerajaan?
Sekarang siapa yang tidak Islam iaitu tidak menuntut atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah?
Jampi Adunan Mistik, Politik dan Agama
Melihat politik yang dibawa oleh golongan PAS lazimnya akan menemui jawapan yang sedikit berlainan berbanding pandangan sesetengah penceramah politik biasa. Faktor kemistikan dan pengaruh agama diambil kira dalam berpolitik oleh golongan PAS. Ada beberapa penceramah PAS yang berkempen terpaksa membahagikan masa antara ceramah agama, cerita politik dan keahliannya dalam bidang perubatan.
Orang yang datang mendengar kempen turut datang membawa bersama botol-botol air. Selepas selesai berceramah, terpaksa melayani permintaan orang ramai yang mengadu pelbagai masalah diri mereka, daripada masalah kesihatan hinggalah kepada kekusutan jiwa. Ada kalanya bilangan mereka yang menunggu lazimnya tidak dihampakan mereka dalam membacakan doa-doa untuk memohon kepada Allah bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dialami oleh orang yang bertemunya. Selepas mendengar dan berdoa menyelesaikan masalah orang, kadangkala bertanya orang yang menemuinya sama ada "sudah menjadi ahli PAS ke belum?"
"Jika sudah, alhamdulillah. Kalau belum, kena jadi ahli PASlah". Habis sesi ceramah itu, orang yang menemuinya akan pulang membawa bersama botol-botol air tadi. Cerita doa-doa bukan terpencil dalam politik orang Melayu. Di Kelantan, sejak menjadi Menteri Besar pada tahun 1990, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang ahli politik PAS, lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir, juga terpaksa berhadapan dengan fenomena yang sama.
Sejak bertahun lalu, Nik Aziz meluangkan masa di pejabatnya di Kota Bharu untuk menerima orang ramai yang hendak berjumpanya. Terdapat orang yang berjumpa untuk mengadu mengenai hal-hal pentadbiran, dan ada masa-masanya Nik Aziz terpaksa mendengar rungutan-rungutan mereka selama berjam-jam.
Di kalangan mereka, ada juga yang datang dari luar Kelantan semata-mata untuk meminta Nik Aziz membacakan doa air penerang hati untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan. Nik Aziz yang lemah lembut jarang menghampakan orang. Dia akan membacakan doa-doa, dan orang tadi biasanya balik ke rumah dengan buah tangan daripada Menteri Besar. Anak-anaknya mungkin dapat meminum air penerang hati yang dibacakan oleh Tok Guru Nik Aziz.
Apabila anak-anak mereka ini lulus peperiksaan, maka sibapa menjaja akan keberkesanan air penerang-hati kepada ahli-ahli keluarga lainnya dan ahli jemaah PAS lainnya bahawa kemujaraban air penawar Nik Aziz. Maka secara tidak langsung tergadailah AQIDAH kerana mempercayai air penawar hati Nik Aziz dan bukannya ALLAH. Begitu mudah ahli, penyokong PAS terpesong aqidah mereka.
Apa yang ditawarkan Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS lain tidak dapat dilakukan oleh para pemimpin UMNO. Penyelesaian masalah kehidupan dalam UMNO ialah jika rakyat sakit, mereka perlu pergi ke klinik-klinik dan hospital; kalau anda ingin anak anda berjaya, pastikan dia rajin belajar, menerima pendidikan agama dan diasuh oleh guru-guru diiktiraf dan berkelayakan yang baik di sekolah-sekolah.
Jika anak-anak anda mempunyai masalah untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman pelajaran, wakil-wakil rakyat atau Ketua Bahagian UMNO, bersedia menulis surat cadangan atau rayuan kepada Menteri dan institusi tertentu.
PAS menawarkan satu perjuangan politik yang sekali-sekala bertaut dengan unsur-unsur keghaiban dan mistik manakala UMNO memberikan satu dimensi kemodenen.
Pemimpin UMNO berkempen ke kampung-kampung bercakap mengenai wajah-wajah Islam moden, pembangunan, kestabilan, kemakmuran, cabaran globalisasi, tuntutan perindustrian, kemerdekaan, perpaduan dan seribu lagi perkataan-perkataan yang membawa kemakmuran masa depan bagi negara ini.
PAS berkempen atas isu-isu murtad, kafir-mengkafir, pembangunan akhirat, taksiran Islam secara tradisional, kuasa dari langit, keadilan peribadi, pembaziran pembangunan, keyakinan kepada ulamak dan pengaruh syaitan.
Dalam beberapa kes, strategi PAS di negeri-negeri itu dibantu oleh gambaran umum kononnya pemimpin seperti Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS lain mempunyai kekuatan spiritual.
Bagaimana UMNO hendak berhadapan dengan orang ramai yang percaya bahawa pemimpin PAS yang berceramah juga pada masa yang sama boleh membantu mendoakan supaya penyakit yang mereka hadapi sembuh dan anak-anak menjadi cerdik.
Keyakinan itu menjadikan telinga dan mata sesetengah mereka tertutup dan ini dipagarkan lagi oleh tafsiran-tafsiran ortodoks tentang definisi ulamak, peranan golongan intelektual agama dan konsep politik Islam tradisional.
Politik pembangunan UMNO tidak membawa makna besar kepada golongan ini terutama yang ekstrim.
Susah untuk berhujah dengan mereka mengenai rasionaliti. Amalan dan fahaman ini banyak dikalangan pengikut fahaman Syiah dimana mereka akan berhujah dalam mempertikaikan hal-ehwal Islam walaupun ada kalanya hujah-hujah mereka bertentangan daripada Al-Quran dan Hadith sahih. Mereka akan membuka kitab-kitab Syiah dalam menyangkal apa sahaja yang dipersoalkan oleh ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Para pemimpin UMNO mempunyai tugas berat untuk membetulkan interpretasi-interpretasi tersebut yang berakar daripada perbezaan system nilai dan pandangan hidup kelompok Melayu-Islam di negara ini.
Jika diletak ke tepi segala emosi dan sandiwara yang dilihat dalam kempen dan ceramah PAS, UMNO tetap mewakili suara politik sederhana yang membawa harapan kestabilan, perpaduan kaum dan kemajuan di Malaysia ke sempadan yang lebih jauh.
UMNO menjanjikan kemakmuran bangsa, ketinggian martabat dan kekukuhan kuasa Melayu-Islam yang nilainya tidak sekali-kali setaraf dengan sebotol air penerang hati.
Suara Politik
Hudud adalah undang2 islam...namun PAS kena minta kelulusan daripada DAP...jadi PAS nak solat pun kena minta dari DAP dulu ke? atau kena berunding?
BalasPadamIslam apa tu?
aku ni walaupun xbelajar tinggi macam tuan punya blog ni tapi aku tau juga fasal agama...
BalasPadamjangan kau sesekali menghina ulama.
kalau PAS bukan islam sejati... kenapa semua ustaz2 imam2 besar hafiz dan hafizah menyokong perjuangan PAS??
fikir2kan lah...
betul abe mie sebab dap adalah tuhan pas sekarang......
BalasPadamsetuju dengan kau belatan sebab otai pernah terlibat dalam menjelaskan hudud pas ni dulu. memang hudud ni adalah politik.
pas dah gagal buat negara kebajikan di trg 1999-2004 dulu. sekarang nak jual hudud lah pulak......
kenapa pas semua ulamak sokong dia?
BalasPadamhmmm guess who... kenapa hamas dan fatah di plestin tak boleh bersatu halau israel dari bumi plestin....adakah hamas dan fatah yang berbahasa arab ni lebih jahil islam dari pas?
arab saudi dll tempat tak ada pon pas....adakah tak sempurna islam dia?
otai sekolah atap ajeerrrr
maknanya orang agama kita ada masaalah lah tuuuuu
Taminsari dan rakan2 lain...
BalasPadamSalam Maal Hijrah 1430 hijriyyah and happy new year - 2009...
CJ
Salam kepada Guess Who..saya pun tak mendapat pelajaran tinggi semasa zaman kecil saya kerana kedaifan keluarga saya. Sampai LCE sahaja. Tetapi alhamdulillah saya dikurniakan akal untuk berfikir. Berfikir untuk menentukan yang mana baik dan yang mana buruk, betul dan salah. Di beri akal untuk berfikir, mengkaji dan membuat keputusan. Tiada niat dihati untuk saya menghina " ulama " lebih-lebih lagi menjatuhkan martabat mereka. Saya lebih menghormati seorang ulama yang tidak mencampur adukkan politik dengan ugama dan jika ugama dipolitikkan untuk kepentingan mendapat kuasa semata-mata, saya rasa eloklah dihentikan.
BalasPadamSaya hairan mengapa penyokong2 PAS begitu taksub dengan " ulama-ulama mereka" ? Segala apa yang dikatakan oleh " ulama " mereka walaupun ianya boleh dipertikaikan, tetapi mengiakannya tanpa bantahan. Tidak kah kamu berasa bersalah mengkafirkan saudara se-Islam dengan kamu dengan sesuka hati kamu. Tidak kah " fatwa " in datang dari " ulama " PAS dan sehingga sekarang " ulama " PAS itu tidak menafikannya.
Setiap hari saudara se-Islam kamu mengucap dua kalimah shahadat apabila mereka menunaikan tanggungjawab kepada Allah setiap hari selama 5 kali dan tidakkah kamu fikirkan perasaan mereka apabila kamu mengatakan mereka itu kafir. Adakah PAS yang akan menentukan "Islamnya" seseorang yang bernama muslim dan muslimat?
Mengapa penyokong2 fanatik PAS tidak pernah mempersoalkan " fatwa-fatwa songsang daripada ulama-ulama mereka ". Adakah kerana kamu semua takut untuk bersuara walaupun didalam hati kamu semua mengakui fatwa itu tidak betul? Mengapa kamu tidak mahu mengakui kesilapan kamu dan pada masa yang sama menghentam saudara se-Islam kamu dari UMNO? Adakah kamu rasa tidak bersalah apabila seorang yang dikatakan " ulama " oleh PAS mengeluarkan kenyataan MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA dan banyak lagi yang saya akan terangkan dalam Siri-2 nanti. Jadi nasihat untuk "Guess Who" dan juga penyokong-penyokong PAS diluar sana, berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat atau menyokong sesuatu keputusan. Gunakanlah akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah untuk membuat perbedaan yang mana betul dan yang mana salah. Yang mana baik dan yang mana buruk. Sama-samalah kita fikirkan. Insya-Allah.
Rasanya Guess Who terkeliru..mana ulama dan mana umarak. Apa yang ditulis adalah sikap dan kegiatan Nik Abdul Aziz sebagai umarak. Memang tak dapat dinafikan Nik Aziz tahu hal hukum hakam ugama..tapi Nik Aziz terpesong yang amat jauh dalam hal-hal politik kepartian. Sebab itulah barang dilihat dalam komen2 politik beliau akhir2 ini banyak sekali membawa kerosakan. Inilah yang ditentang. Niak Aziz di sanggah bukan kerana Nik Aziz itu ustaz yg arif hukum hakam tetapi Nik Aziz yang ber"politik" keterlaluan..seolah hanya beliau sorang di Malaysia yang tahu serba serbi.
BalasPadamJadi bezakan dulu antara Nik Aziz yang tahu hukum hakam ugama dengan Nik Aziz yang berpolitik membabi buta tanpa fakta dan bukti... Yang mana satu wajib kita tentang???
Salam Abe Mie,Otai, Jack dan Pok Nik Klate.
BalasPadamTerima kasih diatas ulasan yang diberikan. Apabila membuka cerita Hudud, PAS berapi-rapi mempertahankannya. Di kala baginda Rasulullah s.a.w dihina sebegitu rupa didalam blog yang kurang ajar, dimanakah pemimpin-pemimpin Pas yang dikatakan "alim ulama" itu. Dimanakah suara-suara mereka didalam mempertahankan maruah Islam.
Adakah mereka sibuk berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawab mempertahankan maruah Islam. Ataupun selepas ini mereka akan menyalahkan kerajaan kerana membiarkan laman web dan blog berluasa dialam siber. Inilah yang dikatakan menyalahgunakan ugama demi kepentingan politik sempit mereka. Menghalalkan cara untuk mendapatkan kuasa. MasyaAllah.
Sedarlah wahai pemimpin2 Pas, musuh Islam sudah berada disekeliling kita. Mereka melakukan perang saraf untuk melemahkan orang Melayu dan Islam. Mengapakah kamu masih lalai? Dikala kamu sedang asyik berpolitik untuk mendapat kuasa, musuh-musuh kamu sudah menjalar masuk kedalam komuniti kamu.
Yang di kejar nanti tidak tentu dapat, yang dikendong pula akan berciciran. Sedarlah dan kembalilah kejalan yang benar dan diredhai. InsyaAllah.
Salam perjuangan