Masih teringat lagi dengan ulasan yang diberikan oleh Pengerusi Barisan Nasional ( BN ) yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut, Datuk Dr.Zambry Abdul Kadir, berkata sebelum pilihanraya Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.
Beliau berkata, dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin.
Katanya, risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S Vasan daripada MIC yang mewakili BN. "Tetapi, bila sudah berjaya menjadi kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka.
Bagaimana pula undi bukan Islam kepada Pas? Halal ke Haram ? Bagi penulis persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata Pas? Bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi Pas? Adakah bagi Pas, hendak masuk syurga begitu mudah, hanya perlu menyokong atau mengundi Pas sahaja? Jadi apa sebenarnya tujuan Pas menubuhkan Kelab Penyokong Pas yang mana rata-ratanya bukan orang Islam.
Ustaz Abdul Hadi dengan bangganya melancarkan Kelab Penyokong Pas sebelum pilihanraya ( PRU – 12 ) tidak lama dahulu dengan harapan untuk menarik undi bukan Islam. Tidak haram ke? Bila UMNO buat dituduh kafir, tapi bila Pas buat tak apa asalkan dapat undi. Dah tak kira halal ke haram ke, janji dapat undi . Hina sangat ke UMNO kepada Pas yang mana rata-ratanya beragama Islam. Bangga sangat ke Pas dengan Kelab Penyokong Pas mereka yang rata-ratanya bukan Islam. Adakah ini mengikut kehendak Islam.
Sebenarnya, bukan hanya ahli Pas yang keliru dengan fatwa politik sebegini, malah para pemimpin Pas sendiri sudah berkecamuk kerana terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula oleh ahli. Tetapi dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam, khususnya para pengikut Pas yang tidak mampu berfikir dan bersikap `apa yang dikatakan oleh tok guru adalah betul,' maka Pas – Ustaz Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz perlu menjawab persoalan yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC sebagai kafir.
Persoalan ini menjadi lebih penting dijawab hari ini apabila dalam tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat yang menyebut seorang pemimpin Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. ``Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,'' kata laporan itu.
Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: ``Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara Pas, Keadilan dan DAP sekarang ini? Dan bagaimana pula dengan usaha Pas sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina? Bagaimana pula dengan Kelab Penyokong Pas yang mana rata-rata ahli nya bukan beragama Islam. Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal. Jadi siapakah yang sebenarnya menghalalkan yang haram. Pas atau UMNO.
Adakah hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sahaja termasuk dalam kategori tuduhan Pas iaitu kafir tetapi Pas yang mengadakan kerjasama dengan DAP dan Keadilan dalam Pakatan Rakyat dikecualikan? Mungkin itu sebabnya Ustaz Abdul Hadi boleh berpelukan dengan Lim Kit Siang, pemimpin yang secara terbuka menentang penubuhan negara Islam Pas.
Adalah malang bagi pengikut parti itu yang mempercayai fatwa seperti ini, yang hanya bermatlamatkan politik dan kejayaan dalam pilihan raya. Orang kampung boleh dianggap sebagai kumpulan yang tertutup minda kerana sikap percayakan tok guru sahaja, tidak baca akhbar atau majalah dan mengehadkan pergaulan kepada kelompok mereka sahaja, tetapi bagaimana pula dengan cerdik pandai dan golongan profesional yang menyokong Pas?Adakah mereka juga menjadi golongan taksub sehingga tidak mampu berfikir? Mereka mungkin menyokong sebagai satu eskapisme akibat persoalan hati - mungkin merajuk, mungkin marah, mungkin kecewa dan mungkin juga gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati - tetapi tidakkah boleh mereka fikirkan soal percanggahan dan keanehan fatwa yang dibawa oleh Pas?
Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan.Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Ustaz Abdul Hadi pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai `sudah luput masa' dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding dalam pilihan raya lalu.
``Kita anggap dia ( Kit Siang dan Karpal Singh ) tokoh yang sudah luput masa, macam ubat yang habis tempoh,'' adalah ayat yang disuarakan. Tetapi apabila Karpal Singh dan Lim Kit Siang menang di tempat masing-masing keadaan berubah. Sekarang kedua-duanya adalah kawan baik Abdul Hadi. Satu soalan kepada pemimpin-pemimpin Pas yang menganggap diri mereka terlalu Islam. Apakah hukumnya bekerjasama dengan DAP dan PKR. Halal ke Haram ?
Ingatlah PKR tidak memperjuangkan Islam. Lihatlah barisan pemimpin-pemimpin mereka. Perjuangan mereka sebenarnya tak jelas. Banyak kepada politik berdendam dan perjuangan individu. Salahkah Pas bergabung dengan UMNO yang telah lama berjuang dan terang-terang mempertingkatkan syiar Islam itu sendiri daripada bersekongkol dengan DAP dan PKR yang jelas menolak negara Islam di Malaysia. Jangan disebabkan ketamakkan hendak berkuasa, hingga sanggup menjual maruah agama Islam itu sendiri.
Slogan undi Pas masuk syurga tidak akan membolehkan parti itu menyaingi UMNO yang diterima oleh semua kaum kerana pendekatannya yang adil dalam soal agama dan dinamik dalam membangunkan negara. Malah Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah diiktiraf pula oleh negara-negara Islam dan bukan Islam di persada antarabangsa sebagai negara Islam contoh. UMNO bukan sahaja berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara paling pesat membangun, tetapi turut menjadi pemimpin dalam perbankan Islam, takaful dan kini sedang merobah sistem kewangan antarabangsa ke arah sistem Islam melalui penggunaan dinar emas.
Pada penyokong-penyokong Pas yang fanatik dan para profesional mereka yang masih keliru itu berfikirlah dengan rasional. Tuhan memberi kita akal untuk berfikir dan gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Siapa yang sebenarnya yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara kalau bukan UMNO itu sendiri. Nik Aziz bukan tuhan yang boleh menjanjikan seseorang yang masuk Pas itu akan masuk syurga kerana beliau sendiri pun tiada kepastian. Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan neraka kerana tak masuk Pas. Adakah dengan mengundi Pas akan dapat tiket masuk ke syurga? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kecuali yang maha esa.
Mudah-mudahan Allah Taala memberi petunjuk kepada mereka yang semakin keliru itu kembali kepanggal jalan. Insya Allah.
Amin.
Sumber terbaru :
KOTA BAHARU 3 Dis — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi melontarkan cadangan membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam walaupun ia tidak dipersetujui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya Pas perlu memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam yang mulai menerima baik parti itu sehingga ada yang telah menubuhkan Kelab Penyokong Pas serta turut berkempen untuk calon parti itu pada pilihan raya umum lalu. “Bukan Islam pun dah mula undi Pas, kenapa kita tak boleh beri peluang kepada mereka. Politik ini untuk semua,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Negeri di sini hari ini.
Pada muktamar Pas yang lepas, Abdul Hadi menolak cadangan berkenaan dan berkata penerimaan golongan bukan Islam untuk menyertai Pas mungkin mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan perlembagaan parti yang antaranya menetapkan syarat keanggotaan seperti beragama Islam, berakal dan akil baligh.
Mungkin rakyat tertanya-tanya mengapa sebelum pilihanraya dahulu Uztaz Abdul Hadi yang melancarkan Kelab Penyokong Pas, tetapi sekarang beliau sendiri tidak bersetuju pula. Adakah semata-mata sebelum pilihanraya Pas menggunakan Kelab Penyokong Pas ini sebagai umpan untuk memancing undi bukan Melayu? Menghalalkan cara untuk berkuasa. Adakah undi dari bukan Islam ini halal? Harap dapat Pas melalui Presidennya Ustaz Abdul Hadi dapat menerangkan hal ini kepada rakyat. Undi bukan Melayu halal atau haram?
TAMINSARI
Shah Alam.
Wey, Pas la ni, dah kapiak dah. Lebih kapiak berkali ganda lagi dari Umno. Awat taknya? Sanggup bersekongkol dengan parti yang terang-terang memusuhi islam. ha, tu tak berkali ganda kapiakkah tu encik?
BalasPadamItulah masalahnya. Apa yang UMNO buat semuanya haram bagi Pas, tapi mereka buat tak apa...kemudian dalam senyap-senyap mereka guna juga perkhidmatan Bank Islam, Tabung Haji, Takaful dan lain-lain sistem Islam yang dirangka oleh UMNO. Itupun masih berburuk sangka dengan UMNO...ada apa-apa sistem Islam yang Pas dah rangka dan tonjolkan? Saya rasa yang ada cuma mereka merangka sistem bagaimana hendak menghentam UMNO dan bagaimana hendak menjatuhkan UMNO. Tak tahulah kenapa mereka begitu berdendam dengan saudara se-Islam mereka sedangkan sanggup bersekongkol dengan orang-orang yang dah terang-terang kafir dan menolak Islam. Mereka sanggup mangadaikan maruah Islam untuk berkuasa...kalau benar apa yang dikatakan yang undi bukan Islam itu haram, maka kuasa yang Pas dapat sekarang secara tidal langsung juga adalah HARAM!
BalasPadamYa betul dan tepat apa encik kata. mereka buat yang haram, sah akan halal. Itulah masalahnya dengan Pas.
BalasPadamTaminsari
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Dimanakah Fatwa Pas Untuk Undi Bukan Islam Kepada ...":
Itulah masalahnya. Apa yang UMNO buat semuanya haram bagi Pas, tapi mereka buat tak apa...kemudian dalam senyap-senyap mereka guna juga perkhidmatan Bank
Islam, Tabung Haji, Takaful dan lain-lain sistem Islam yang dirangka oleh UMNO. Itupun masih berburuk sangka dengan UMNO...ada apa-apa sistem Islam yang
Pas dah rangka dan tonjolkan? Saya rasa yang ada cuma mereka merangka sistem bagaimana hendak menghentam UMNO dan bagaimana hendak menjatuhkan UMNO. Tak
tahulah kenapa mereka begitu berdendam dengan saudara se-Islam mereka sedangkan sanggup bersekongkol dengan orang-orang yang dah terang-terang kafir dan
menolak Islam. Mereka sanggup mangadaikan maruah Islam untuk berkuasa...kalau benar apa yang dikatakan yang undi bukan Islam itu haram, maka kuasa yang
Pas dapat sekarang secara tidal langsung juga adalah HARAM!
Assqlamualaikum Tamingsari,
BalasPadamIni pendapat peribadi Lekir bukannya mewakili BPN
BPN dilihat orang sebagai pro UMNO dan pro BN
GGMM dilihat oleh orang bukan Melayu sebagai mengamalkan perkauman melampau
Jika letak lambang GGMM di blog saudara maka bukan Melayu akan benci BPN dan mengundi Pkr dan Pas
Ini akan beri keuntungan kepada Anwar
Maaf salah taip beri salam dan ayat di atas sepatutnya bukan Melayu akan mengundi Pkr dan Dap
BalasPadamHanya mereka yang buta sejarah saja yang undi PKR dan DAP tu.
BalasPadamTerima kasih Lekir atas pandangan yang diberikan. Saya pun ada memikirkan perkara yang sama. InsyaAllah saya akan bincang dengan Panglima nanti.
BalasPadamArtikel yang sama telah disiarkan diruangan forum Utusan Malaysia pada 16-4-2008 bertajuk : Hairan sikap Pas berubah
BalasPadamTERTARIK dengan ulasan yang diberikan oleh Ketua Bahagian UMNO Lumut, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bahawa sebelum pilihan raya umum, Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.
Beliau berkata, dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin.
Katanya, risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr. S Vasan daripada MIC yang mewakili BN.
Tetapi, apabila sudah berjaya menjadi kerajaan, Mohammad Nizar mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka. Bagaimana pula undi bukan Islam kepada Pas? Halal ke haram?
Bagi saya persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata Pas? Bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi Pas?
Adakah bagi Pas, hendak masuk syurga begitu mudah, hanya perlu menyokong atau mengundi Pas sahaja? Jadi apa sebenarnya tujuan Pas menubuhkan Kelab Penyokong Pas yang mana rata-ratanya bukan orang Islam. Abdul Hadi dengan bangganya melancarkan Kelab Penyokong Pas sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 dengan harapan untuk menarik undi bukan Islam. Tidak haram ke?
Bila UMNO buat dituduh kafir tetapi bila Pas buat tidak mengapa asalkan dapat undi. Hina sangat ke UMNO kepada Pas yang mana rata-ratanya beragama Islam. Bangga sangat ke Pas dengan Kelab Penyokong Pas mereka yang rata-ratanya bukan Islam.
Adakah ini mengikut kehendak Islam? Sebenarnya, bukan hanya ahli Pas yang keliru dengan fatwa politik sebegini, malah para pemimpin Pas sendiri sudah berkecamuk kerana terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula oleh ahli.
Tuduhan
Tetapi dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam, khususnya para pengikut Pas yang tidak mampu berfikir dan bersikap ‘apa yang dikatakan oleh tok guru adalah betul’, maka Abdul Hadi dan Nik Aziz perlu menjawab persoalan berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC sebagai kafir.
Persoalan ini menjadi lebih penting dijawab hari ini apabila dalam tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat, Kelantan yang menyebut seorang pemimpin Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam.
‘‘Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,” kata laporan itu.
Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: ‘‘Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara Pas, Keadilan dan DAP sebelum ini? Dan bagaimana pula dengan usaha Pas terutama di Kelantan dan Terengganu yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina?
Adakah hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sahaja termasuk dalam kategori tuduhan Pas iaitu kafir tetapi Pas yang mengadakan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang dikecualikan?
Mungkin itu sebabnya Abdul Hadi boleh berpelukan dengan Lim Kit Siang, pemimpin yang secara terbuka menentang penubuhan negara Islam Pas. Adalah malang bagi pengikut parti itu yang mempercayai fatwa seperti ini, yang hanya bermatlamatkan politik dan kejayaan dalam pilihan raya.
Orang kampung boleh dianggap sebagai kumpulan yang tertutup minda kerana sikap percayakan tok guru sahaja, tidak baca akhbar atau majalah dan mengehadkan pergaulan kepada kelompok mereka sahaja, tetapi bagaimana pula dengan cerdik pandai dan golongan profesional yang menyokong Pas?
Adakah mereka juga menjadi golongan taksub sehingga tidak mampu berfikir? Mereka mungkin menyokong sebagai satu eskapisme akibat persoalan hati - mungkin merajuk, mungkin marah, mungkin kecewa dan mungkin juga gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati - tetapi tidakkah boleh mereka fikirkan soal percanggahan dan keanehan fatwa yang dibawa oleh Pas? Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas.
Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan.
Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Abdul Hadi pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai ‘sudah luput masa’ dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding dalam pilihan raya lalu.
Tetapi apabila Karpal Singh dan Lim Kit Siang menang keadaan berubah dan kini kedua-duanya adalah kawan baik Abdul Hadi.
Satu soalan kepada pemimpin-pemimpin Pas yang menganggap diri mereka terlalu Islam. Apakah hukumnya bekerjasama dengan DAP dan PKR. Halal ke haram? Ingatlah PKR tidak memperjuangkan Islam. Lihatlah barisan pemimpin-pemimpin mereka.
Perjuangan mereka sebenarnya tidak jelas. Banyak kepada politik berdendam dan perjuangan individu. Jangan disebabkan ketamakan hendak berkuasa hingga sanggup menjual maruah agama Islam itu sendiri.
– TAMINGSARI,
Shah Alam.