Ahad, Disember 14, 2008

Artikel Pilihan : Menilai makna slogan Demokrasi Anwar Ibrahim!

Sejarah adalah suatu fenomena yang terjadi di masa lalu. Ketika dibawa dalam kehidupan sekarang manusia membacanya sebagai sejarah. Memang secara tertulis ianya merupakan cerita tentang semua aktiviti manusia di masa yang silam, sehingga ketika seorang yang membaca sejarah akan tahu apa yang terjadi dengan kehidupan manusia di masa yang lampau.

Tetapi ketika manusia memikirkan apa yang terjadi di dalam sejarah tersebut ia tidak akan hanya berupa cerita yang kuno tetapi juga pelajaran yang besar dari perjalanan manusia.Ramai orang berusaha untuk mempelajari sejarah sehingga mengetahui apa yang sebenarnya terjadi di masa lampau, kerana inilah sebahagian orang yang takut terbuka cela dan keburukan yang ada maka mereka berusaha untuk menutupi sejarah dan lebih jauh lagi mereka menutupi kenyataan yang sesungguhnya terjadi.

Tidak hairan pula banyak terjadi pengurangan dan penambahan atau lebih dari itu, iaitu adanya usaha merubah sejarah dengan memotong peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi seolah-olah tidak pernah ada, sehingga kemudian orang hanya melihat hanya sebahagian yang dibawa oleh pembuat sejarah tersebut.Dengan kerja-kerja ini orang akan salah membuat penilaian, sekalipun benar dalam membaca sejarah kerana dia hanya membaca sekerat dan sebahagian dan kehilangan keratan dan bahagian lain, maka kalau tidak berhati-hati ianya akan kehilangan nilai sebenar dari fenomena yang dibacanya.

Apalagi kalau dia hendak berfikir dengan itu, maka tentu akan kehilangan premis susunan logiknya, yang tentu akan membuat hasil berfikirnya menjadi salah.Sebagai contoh sejarah kehidupan bangsa yang dikenal sebagai super-power sekarang Amerika Syarikat. Kalau kita hendak membaca sejarah Amerika, maka tentu kita tidak hanya sekadar membaca keberadaan Amerika setelah mereka mengikrarkan terbentuknya negara Amerika.

Tetapi tentu perlu membaca sejarah sebelum itu disebabkan Amerika berada di satu benua yang ada penduduknya (baca: penduduk asli). Benua Amerika tidak lepas daripada keberadaan Red-Indian yang pernah hidup di sana, sehingga kalaupun sekarang kita lihat apa pun yang ada di Amerika tentu tanpa memutuskan makna dan erti keberadaan suku-suku Red Indian yang pernah hidup sebelum mereka, kerana hakikatnya mereka sekarang berada di tanah orang-orang Red Indian itu.

Maka, sekarang dapat kita lihat dengan baik, siapa orang Amerika dan bagaimana orang Amerika tumbuh, dan lebih penting lagi manusia perlu membaca dengan baik dengan menjawab pertanyaan di mana orang asli Amerika itu sekarang. Tanpa menjawab ini maka semua makna dari bacaan sejarah akan tidak bernilai apatah lagi kalau hendak menilai sesuatu yang dinisbahkan kepada keberadaan sekarang.

Kalau konsep yang hendak dibawa bangsa Amerika adalah keadilan, maka perlu kita bertanya dulu bagaimana keadilan di Amerika, dan bagaimana keadilan itu tubuh di benua itu, adakah konsep itu tumbuh dengan memperhatikan semua keberadaan -termasuk keberadaan bangsa Red Indian ,atau konsep itu hanya untuk setelah usaha-usaha menghapuskan nilai keberadaan orang Red Indian. Begitu juga dengan demokrasi, adakah demokrasi di Amerika merupakan konsep yang telah memasukkan penduduk asli dari bangsa itu (Red Indian) atau hanya cerita tentang demokrasi dari orang-orang yang datang dan berhasil membunuh bangsa Red Indian tersebut.

Jadi, kalau kita hendak membaca sejarah dan kemudian menjadikannya contoh hidup sekarang, maka kita perlu membaca dengan baik. Kalau keadilan dan demokrasi selalu dinisbahkan kepada Amerika ( US the champion of democracy seperti kata DSAI), maka adakah nilai-nilai itu juga sudah mencakup nilai yang tersebut di atas. Apakah makna keadilan yang ada di Amerika sudah memang cukup patut dijadikan standard keadilan ketika penduduk aslinya pernah dibantai habis oleh bangsa yang sekarang merasa memiliki tanah orang-orang yang mereka bantai sekian abad yang lalu?.

Adakah keadilan itu telah menghukumi bangsa pembantai yang sekarang menduduki tanah yang dirampasnya, atau adakah bangsa yang menduduki akan mengembalikan tanah rampasan itu kepada penduduk asli ketika mengetahui konsep keadilan yang dibuatnya?. Adakah penduduk asli benua Amerika akan membaca keadilan dan demokrasi sama makna dan nilainya dengan bangsa yang menggunakan slogan ini di atas tanah yang pernah dirampas dari penduduk aslinya itu?.

Begitu juga demokrasi, adakah konsep demokrasi tersebut telah menjadikan Amerika menjadi bangsa yang meletakkan orang asli benua Amerika sebagai seorang yang ada dalam pesta demokrasi tersebut. Adakah bangsa pemilik asli dari benua Amerika akan berperanan dalam demokrasi yang mereka buat?. Atau yang lebih penting adalah apakah konsep demokrasi yang hendak dijalankan juga mencakup nilai kepemilikan yang telah dirampas dari bangsa pembuat demokrasi itu?.

Bagaimana kita harus membacanya sehingga kita dapat dengan objektif menilai hakikat keadilan dan demokrasi ala Amerika ini?. Apatah lagi kalau kita hendak melihat kehidupan sekarang yang merupakan bukti kehidupan yang dapat kita lihat pada hari ini. Kalau orang merasa susah untuk melihat dan membaca sejarah maka lihatlah hari ini. Makna keadilan yang dislogankan oleh Amerika. Apa makna keadilan dan demokrasi bagi bangsa Iraq dengan kehadiran Amerika di tanah air bangsa itu.

Bagaimana manusia hendak membaca makna demokrasi dan keadilan di Afghanistan dengan kehadiran Amerika dan semua sekutunya di negara itu?!. Bagaimana pula aplikasi keadilan dan demokrasi dari negara yang didukung Amerika atas pendudukan tanah milik bangsa Palestin. Adakah nilai keadilan dan demokrasi akan dapat dibaca bangsa Palestin sama dengan sebagaimana bangsa Israel membacanya?. Mungkin pertanyaannya adakah bangsa Palestin dapat membaca makna dan erti keadilan dan demokrasi?. Tentu tidak!!!.Bagaimana di Malaysia?.

Adakah kita harus membaca keadilan dengan menoleh pada Amerika yang keberadaan keadilan dan demokrasinya berdiri di atas darah pemilik benua itu!. Bagaimana hendak kita hendak menjalankan nilai keadilan dan demokrasi ala Amerika kalau Amerika sendiri masih belum lepas dari nilai yang ada dalam makna kata yang ada di dalam kata keadilan dan demokrasi. Bagaimana bangsa Malaysia hendak menggunakan keadilan dan demokrasi ala Amerika kalau negara Amerika sendiri belum dapat menggunakan keadilan dan demokrasi bagi tanah air yang sekarang mereka akui sebagai miliknya?!.

Adakah keadilan dan demokrasi hanya bagi bangsa yang datang atau juga harus mendudukkan bangsa pemilik dari tempat itu sehingga terjaga hak -haknya. Adakah mereka yang datang kemudian merasa memiliki kerana sudah berbuat atas tanah yang didudukinya tanpa melihat kembali siapa pemilik asli tanah air tersebut?.
Adakah akan dapat bermakna kata keadilan dan demokrasi kalau digunakan tanpa melihat kedudukan setiap orang yang ada di suatu tempat tanpa melihat dan membaca sejarah dengan baik?. Di sini perlu membaca dan berfikir dengan baik untuk menjawab pertanyaan. Adakah bangsa Melayu Malaysia harus seperti Red Indian di Amerika dengan slogan keadilan dan demokrasi?!.
Jawabnya : Tidak!.


purehadharist

5 ulasan:

  1. Salam Tamin...

    Dalam Gambar tu nampak sangat anwar tu tali barut Yahudi... pemimpin macam ni.. tak layak jadi Pemimpin no 1 kat Malaysia ni... Jack angin betul ngan dia ni...

    Tengoklah apa yang dah dia buat kat Selangor... sampai ada orang yang sanggup membogelkan dirinya kerana Pak Nuar ni... Patutnya Pak Nuar ni yang dia orang bogelkan...

    Tp nanti takut pulak nampak kesan liwat yang pernah di lakukan...

    Salam Perjuangan


    CJS

    BalasPadam
  2. Salam Jack..inilah yang dikatakan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong..muka tak tahu malu minta bantuan dan bersubahat dengan kuasa asing..tak tahulah apa akan terjadi kalau Sri Ram ni jadi pemimpin..talibarut Uncle Sam..alamat tergadailah negara macam di Iraq dan Afganistan. Semalam di TV ada ditayangkan Bush di baling dengan kasut semasa dia melawat Iraq..macam cerita katun aje..dua kali dia mengelak..terbayang pulak jika Sri Ram ni dan Lim Kim Park di baling dengan kasut dalam parlimen..termasuklah " A.soh " bocor tu...

    Salam perjuangan

    BalasPadam
  3. Wah tapi si Bush tu buat selamba aja kan?

    BalasPadam
  4. Muka Bush memang muka tebal 10 inchi.. tak tahu malu..tak tahu malu ke..atau tak ada kemaluan..

    BalasPadam