Kalau takutkan dilambung ombak, janganlah berumah ditepian pantai. Itulah kata perumpamaan orang Melayu yang senang untuk difahami. Tak tahulah kalau YB Teresa Kok tak faham dengan bahasa simbolik ini. Kalau tak faham juga rajin-rajinlah bertanya kepada rakan-rakan sepejuangan didalam Pakatan Rakyat yang berbangsa Melayu. Itulah asam garam politik. Untuk menjadi seorang ahli politik, janganlah takut dengan kritikan. Kalau tak boleh menerima kritikan, eloklah berhenti dari menjadi ahli politik dan duduk sahaja dirumah.
Teresa Kok perlu tahu peranan akhbar. Sama juga dengan laman blog Teresa Kok yang suka menjaja cerita-cerita mencari kesalahan kerajaan. Tak perlu menyalahkan Utusan Malaysia yang menyiar berita-berita yang mengkritik anda. Peranan Utusan Malaysia sebagai akhbar “penyebar fikiran rakyat” tidak boleh dinafikan. Bagaimana pula dengan peranan-peranan akhbar-akhbar lain dipihak pembangkang yang sering menyiarkan berita-berita yang menghentam kerajaan. Kami sebagai rakyat berhak juga menyampaikan bantahan atau rasa tidak puas hati kami melalui saluran media seperti akhbar Utusan Malaysia.
Teresa Kok berkata semenjak isu kandang babi diSelangor hebat diperkatakan, berita-berita yang telah disiarkan yang mengaitkan nama beliau di akhbar-akhbar telah sedikit sebanyak mencalar imejnya sebagai wakil rakyat. Sebenarnya imej anda sebagai wakil rakyat telah lama tercemar gara-gara anda menjaja cerita klip video seorang wanita yang dipercayai pada mulanya warga China semasa ditahanan polis tidak lama dulu. Anda telah menjaja video klip dari Dewan Parlimen sehinggalah keseluruh negara seolah-olah anda adalah seorang pejuang golongan wanita dinegara ini sehinggakan memaksa kerajaan Malaysia terpaksa memohon maaf kepada kerajaan China. Rakyat tidak akan lupa.
Cerita ini telah mendapat liputan yang meluas diakhbar-akhbar Negara China pada ketika itu. Tetapi sebaliknya setelah siasatan dijalankan dan didapati tahanan wanita itu adalah warga tempatan berbangsa Melayu pula. Anda telah mendahului pihak polis ketika siasatan sedang dijalankan. Saya nak tanya pada Teresa Kok, pernahkah anda memohon maaf kepada rakyat dan kerajaan Malaysia berhubung peristiwa ini. Apakah tujuan sebenar Teresa Kok dalam laman blognya menyiarkan gambar “ lima ekor babi panggang “ setelah diumumkan yang parti pembangkang berjaya menguasai lima negeri dalam pilihanraya yang lepas. Mengapa anda padamkan gambar tersebut dilaman blog anda sekarang. Adakah anda takut rakyat akan membantah ataupun anda takut dengan bayang-bayang sendiri. Sebenarnya banyak lagi cerita-cerita yang telah di sensasikan oleh anda dan DAP dalam mencari publisiti murahan untuk mendapat simpati dari rakyat. Rakyat boleh paparkan cerita-cerita anda dan rakan-rakan anda didalam DAP, tetapi biarlah dahulu. Ikut pada keadaan semasa. Nanti tak sensasi pula.
Anda sebagai wakil rakyat DAP mungkin ada sebab berasa berbangga dengan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan baru negeri Selangor kerana itu adalah yang diperjuangkan selama ini. Tetapi jangan lupa semasa kerajaan BN memerintah sebelum ini projek itu baru dikenal pasti seperti memperkenalkan teknologi yang akan digunakkan dan mencari kawasan yang sesuai untuk ladang baru babi yang berskala kecil sahaja. Dan sebelum PRU-12 yang lepas dilihat pihak pembangkang ketika itu ( Pas dan PKR ) beria-ria membantah cadangan mendirikan ladang ternakan babi yang baru. DAP pada masa itu mungkin tidak ikut sekali dalam bantahan rakyat sebelum pilihanraya kerana itulah yang mereka perjuangkan. Cuma berlakon sahaja untuk mengambil hati Pas dan PKR.Masa berkempen mereka ( Pas dan PKR ) dengan lantang menolak dan menuduh BN menyokong projek ternakan babi yang baru dicadangkan itu.
Berikut adalah risalah yang digunakkan oleh Pas dan PKR semasa PRU-ke 12 yang lepas. Antara lain isi risalah yang diedarkan ada menyebut : Teknologi dari Jerman, yang terbesar di Asia Tenggara, bau tak ada tetapi babi tetap babi!, babi tetap najis!. Buat apa ternak babi disini. Tempat lain tak ada ke? Tempat yang tak ada orang duduk.
Tetapi setelah berjaya memerintah negeri Selangor lain pula jadinya. Ianya menjadi agenda utama kerajaan baru untuk meluluskan projek mega ladang babi dengan segera. Sebab itulah Teresa Kok berasa amat berbangga dengan kelulusan cepat ini. Pelik tapi benar. Pas dan PKR seperti talam dua muka. Semasa menjadi pembangkang mereka membantah, tapi semasa memerintah mereka menyokong pula. Ini adalah kenyataan yang harus ditelan oleh penyokong-penyokong Pas dan PKR selama ini membantah projek tersebut. Bantahan anda selama ini adalah macam anjing menyalak bukit. Sia-sia sahaja.
Nasihat saya kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat agar teruskan usaha murni anda semua untuk membantah kerajaan yang anda semua pilih sama seperti anda semua membantah kerajaan BN yang terdahulu dari terus menjadikan projek ladang babi ini menjadi kenyataan.
Sepatutnya selepas berjaya memerintah Menteri Besar Khalid Ibrahim ada kuasa untuk membatalkan cadangan projek tersebut demi menjaga hati penduduk-penduduk Sepang dan juga penyokong-penyokong Pas dan PKR yang bertungkus lumus membantah projek tersebut. Yang menjadi kemusykilan sekarang mengapa Menteri Besar tetap dengan keputusan ahli Exco meneruskan projek ini. Macam ada udang disebalik batu. Tanpa kita sedari Teresa Kok dan DAP tanpa bekerja keras telah berjaya mencapai apa yang diidam-idamkan. Seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal.
Kepada tiga ahli Exco Selangor dari parti Pas yang turut sama menyokong meluluskan ladang ternakan babi mungkin anda boleh memberi pelbagai alasan untuk meredakan perasaan marah penduduk Melayu Selangor. Tetapi yang penting sekali apakah yang anda akan jawab semasa diakhirat nanti. Mungkin Tok Guru Nik Aziz boleh mengampunkan segala kesalahan anda didunia ini kerana Tok Guru selalu berkata, undi Pas akan masuk syurga. Janganlah ianya dijadikan lesen untuk bersubahat dan menghalalkan apa yang sebenarnya haram.
Diharap Teresa Kok dapat sampaikan pesanan ini pada Exco wakil rakyat Melayu PKR yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan babi-babi di Selangor supaya berhati-hati sedikit mengeluarkan kenyataan yang “ daging babi dihalalkan bagi orang Islam semasa darurat “. Nak tanya sikit pada wakil rakyat PKR itu, nak sangat ke negara ini dalam darurat. Seteruk manapun keadaan negara jika tiada makanan sekalipun ataupun dalam peperangan, tidak ada keturunan orang Melayu yang beragama Islam dinegara ini yang sanggup makan daging babi. Tak tahulah pula penyelaras babi Selangor ini ada cita-cita nak makan daging babi.
Jadi ingatlah Teresa Kok. Jangan takut pada kritikan kerana ianya adalah asam garam kehidupan kepada anda sebagai seorang ahli politik. Jadilah kritikan sebagai cermin untuk anda melihat dan mengenali diri anda sendiri dengan lebih dekat dan mendalam. Ianya akan menjadikan anda lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa akan datang. Jangan salahkan akhbar jika mereka mengkritik anda kerana tugas mereka hanya menyampai dan menyuarakan keresahan rakyat tentang isu ini. Akhir sekali jangan menafikan yang mata pena itu kadang-kadang lebih tajam dari mata pedang. Anda tentu faham akan maksudnya.
TAMINSARI
Shah Alam. Selangor.
FORUM UTUSAN MALAYSIA 15-4-2008
BalasPadam‘Seperti talam dua muka’ - Surat 1
KALAU takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Itulah kata perumpamaan orang Melayu yang senang untuk difahami. Untuk menjadi seorang ahli politik, janganlah takut dengan kritikan.
YB Teresa Kok perlu tahu peranan akhbar. Sama juga dengan laman blog Teresa Kok yang memuatkan cerita-cerita mencari kesalahan kerajaan.
Tak perlu menyalahkan Utusan Malaysia yang menyiar berita-berita yang mengkritik anda. Peranan Utusan Malaysia sebagai akhbar ‘penyebar fikiran rakyat’ tidak boleh dinafikan. Bagaimana pula dengan peranan-peranan akhbar-akhbar lain di pihak pembangkang yang sering menyiarkan berita-berita yang menghentam kerajaan. Kami sebagai rakyat berhak juga menyampaikan bantahan atau rasa tidak puas hati kami melalui saluran media seperti akhbar Utusan Malaysia.
Teresa berkata, sejak isu kandang babi di Selangor hebat diperkatakan, berita-berita yang telah disiarkan yang mengaitkan nama beliau di akhbar-akhbar telah sedikit sebanyak mencalar imejnya sebagai wakil rakyat. Sebenarnya imej anda sebagai wakil rakyat telah lama ‘tercemar’ gara-gara anda menjaja cerita klip video seorang wanita yang dipercayai pada mulanya warga China semasa di tahanan polis tidak lama dulu. Anda telah menjaja klip video termasuk di Dewan Rakyat yang akhirnya membawa kepada kerajaan Malaysia terpaksa memohon maaf kepada kerajaan China. Rakyat tidak akan lupa.
Cerita ini telah mendapat liputan yang meluas di akhbar-akhbar di China pada ketika itu. Tetapi sebaliknya setelah siasatan dijalankan dan didapati tahanan wanita itu adalah warga tempatan berketurunan Melayu. Anda nampaknya telah mendahului pihak polis ketika siasatan dijalankan. Saya nak tanya pada Teresa, pernahkah anda memohon maaf kepada rakyat dan kerajaan Malaysia berhubung peristiwa ini?
Apakah pula tujuan sebenar Teresa dalam laman blognya menyiarkan gambar ‘lima ekor babi panggang’ setelah diumumkan yang parti pembangkang berjaya menguasai lima negeri dalam pilihan raya yang lepas? Mengapa anda padamkan gambar tersebut di laman blog anda sekarang? Adakah anda takut rakyat akan membantah atau- pun anda takut dengan bayang-bayang sendiri? Anda sebagai wakil rakyat DAP mungkin ada sebab berasa bangga dengan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan baru negeri Selangor.
Tetapi jangan lupa semasa kerajaan BN memerintah sebelum ini, projek itu baru dikenal pasti seperti memperkenalkan teknologi yang akan digunakan dan mencari kawasan yang sesuai untuk ladang baru babi yang berskala kecil sahaja. Dan sebelum pilihan raya lepas dilihat pihak pembangkang ketika itu (Pas dan PKR) beria-ia membantah cadangan mendirikan ladang ternakan babi yang baru. Masa berkempen mereka dengan lantang menolak dan menuduh BN menyokong projek ternakan babi yang baru dicadangkan itu. Tetapi setelah berjaya memerintah negeri Selangor lain pula jadinya. Ia menjadi agenda utama kerajaan baru untuk meluluskan projek mega ladang babi dengan segera.
Sebab itulah rasanya Teresa berasa amat berbangga dengan kelulusan cepat ini. Pelik tapi benar. Pas dan PKR seperti talam dua muka. Semasa menjadi pembangkang mereka membantah, tetapi semasa memerintah mereka menyokong pula. Ini adalah kenyataan yang harus ditelan oleh penyokong-penyokong Pas dan PKR yang selama ini membantah projek tersebut. Bantahan anda selama ini adalah macam anjing menyalak bukit. Sia-sia sahaja.
Nasihat saya kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat agar teruskan usaha murni anda semua untuk membantah kerajaan yang anda semua pilih sama seperti anda semua membantah kerajaan BN yang terdahulu daripada terus menjadikan pro- jek ladang babi ini menjadi kenyataan. Sepatutnya selepas berjaya memerintah, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ada kuasa untuk membatalkan cadangan projek tersebut demi menjaga hati penduduk Sepang dan juga penyokong Pas dan PKR yang bertungkus-lumus membantah projek tersebut.
Yang menjadi kemusykilan sekarang mengapa Menteri Besar tetap dengan keputusan ahli Exco meneruskan projek ini. Macam ada udang di sebalik batu. Kepada tiga ahli Exco Selangor daripada Pas yang turut sama menyokong meluluskan ladang ternakan babi, mungkin anda boleh memberi pelbagai alasan untuk meredakan perasaan marah penduduk Melayu Selangor. Jadi, ingatlah Teresa. Jangan takut pada kritikan kerana ia adalah asam garam kehidupan kepada anda sebagai seorang ahli politik.
Jadilah kritikan sebagai cermin untuk anda melihat dan mengenali diri anda sendiri dengan lebih dekat dan mendalam. Ia akan menjadikan anda lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa akan datang. Jangan salahkan akhbar jika mereka mengkritik anda kerana tugas mereka hanya menyampai dan menyuarakan keresahan rakyat tentang isu ini.
TAMINSARI
Shah Alam