Hari Khamis, Obama menjadi contoh kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang bagaimana senario politik negara ini seharusnya sudah mengalami perubahan. Tee Kiat mengaitkan Obama dengan soal perlantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). "Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks.
Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih. "Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Khamis. Presiden Transparensi Antarabangsa Tan Sri Ramon Navaratnam berkata pemilihan Obama boleh menjadi contoh dan pengajaran penting untuk rakyat Malaysia.
Beliau berkata bahawa adalah menjadi satu keistimewaan bagi seorang berketurunan Afrika dan Amerika mampu memenangi pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS). "AS telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti dan malah untuk mengatasi halangan besar dan bagi memenangi jawatan tertinggi negara.
"Kita hendaklah membuang pandangan keagungan tanpa mengira bangsa dan berusaha mempromosikan kepimpinan terbaik, bagi mempromosikan pemimpin paling baik sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.Nada yang hampir sama disuarakan oleh Kit Siang tetapi contoh yang diambil bukan Pemangku Pengurus Besar PKNS tetapi mendakwa UMNO menafikan peruntukan Perlembagaan yang membenarkan sesiapa sahaja warganegara Malasyia untuk menjadi Perdana Menteri.
Katanya, kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat, seharusnya mengubah sikap kalangan pemimpin UMNO agar menerima hakikat Perlembagaan membenarkan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri negara ini. Beliau menghujahkan perkara itu semasa membahasakan rang Undang-Undang Perbekalan 2009 di peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat Khamis.
Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Kit Siang itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz menafikan UMNO tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. “Amerika Syartikat tunggu lebih 200 tahun baru boleh dapat seorang Presdien kulit hitam. Di Malaysia sejak merdeka (1957), Ketua Menteri Pulau Pinang terdiri daripada orang Cina walaupun pernah UMNO menjadi parti majoriti di Dewan Undangan Pulau Pinang.
“Jadi mana bukti UMNO menafikan hak kaum lain. Saya nak tanya di Perak, DAP adalah majoriti tetapi kenapa Menteri Besar Perak tidak dilantik di kalangan orang DAP. Adakah rakan-rakan DAP iaitu PAS dan PKR tidak setuju wakil DAP jadi Menteri Besar negeri itu,” katanya. Tidak puashati dengan sindiran dan penjelasan Nazri itu, Kit Siang terus membangkitkan isu tersebut dan berulang kali mengaitkan undang-undang tubuh negeri sebagai halangan.
Nazri dengan tenang bangun dan menjawab : Apakah Ipoh Timur (Kit Siang) mencadangkan bahawa Sultan Perak tidak setuju dengan perlantikan bukan Melayu sebagai Menteri Besar negeri itu”. Mendengar jawapan itu, Kit Siang terus menafikannnya.
Siapa Sebenarnya Obama?
Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam? Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew.
Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?
Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah".
Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?
Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts. Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama.
Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel."My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007.
Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?
Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008.
"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007.
Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan “makan dalam”. Musuh yang “silent killer” lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama. Berhati-hatilah kita.
Angin Perubahan
Sebarang percubaan untuk membandingkan atau menyamakan kemenangan Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dengan sentimen politik Malaysia bukan sesuatu yang logik dan ia di luar realiti. Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau hairan dengan tindak tanduk pihak terbabit yang cuba 'tumpang semangkuk' kemenangan Obama agar dapat dikaitkan dengan senario politik negara.
BalasPadamTegas beliau, hakikatnya banyak sangat perbezaan antara AS dan Malaysia termasuk struktur pentadbirannya yang berbeza.
"Mereka (AS) tidak ada peruntukan yang berkait dengan pelbagai kaum. Politik dan masyarakat kita berbeza dengan negara itu walaupun nilai demokrasi serba sedikit boleh dikaitkan.
"Malah AS sudah menjadi negara bebas sejak tahun 1777 sedangkan kita, 1957," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kolum Bisik-Bisik Awang Selamat Utusan Malaysia hari ini yang tidak selesa dengan analisis tertentu mengaitkan pemilihan Obama yang juga warga kulit hitam pertama sebagai Presiden AS dengan politik Malaysia.
Menurut kolum itu, sudah kedengaran suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri.
Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka dari belenggu isu perkauman.
Dengan mengambil Obama sebagai contoh, Tee Keat berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)."
Tindakan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS dipersoalkan banyak pihak kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.