Rabu, Oktober 22, 2008

Tuntutan Pertama IFC Berjaya Di Selangor

Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini diantara tuntutan-tuntutan Interfaith Commission ( IFC ) ada menyatakan bahawa “ Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid-masjid .“ Dan pada 9 Jun 2008 yang lepas, tuntutan IFC ini telah berjaya dan akan dilaksanakan di Negeri Selangor.

IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain.

Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat ( PR ) negeri Selangor yang terdiri daripada PKR,DAP dan Pas telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan menghadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)

Xavier ketika mula mula angkat sumpah jadi YB di Selangor menjanjikan tapak yang lebih luas berbanding sekarang ini iaitu 0.4 hektar sahaja. Xavier turut berjanji menambah peruntukan tahunan sejumlah RM3 juta kepada rumah ibadat bukan Islam. Bukankah perkara ini ada didalam salah satu daripada tuntutan IFC ? Di Selangor jumlah penduduk Islam adalah lebih kurang 4 juta orang dengan jumlah masjidnya adalah sebanyak 380 buah. Manakala penduduk yang beragama Hindu ialah berjumlah 700,000 orang dengan jumlah kuilnya sebanyak 1,000 buah. Apakah pula pendirian orang orang Melayu dalam PAS dan PKR tentang perkara ini ?

Biarpun Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim seorang yang beragama Islam tetapi dia tidak mempunyai kuasa apa-apa untuk menegur atau menghalang tindakan Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu. Sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu sendiri. Siapakah MB sebenarnya ? Sama juga dengan kes beliau meluluskan ladang mega ternakan babi di Sepang, Selangor. Adakah jawatan Menteri Besar semata-mata sebagai “ Pak Turut “ dengan mengikuti segala kehendak DAP tanpa ada hak untuk mempertikaikannya?. Mereka juga menuntut supaya keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan. Sebab itulah Ronnie Liu juga mencadangkan agar diadakan pilihanraya di peringkat PBT.

Apakah Anwar Ibrahim yang menjadi Penasihat kepada pakatan Pakatan Rakyat tidak dirujuk tentang cadangan Xavier ini ? Kalau Anwar Ibrahim tahu sekalipun apakah Anwar akan menegur Xavier dan Ronnie Liu agar jangan berbuat sedemikian. Atau Anwar lebih percaya kepada Guan Eng berbanding Khalid Ibrahim ? Sama juga dengan sikap tidak ambil peduli Anwar Ibrahim ketika menghadiri satu jamuan makan malam sempena menyambut hari Krismas di sebuah restoran di Bandar Di Raja Kelang hujung tahun lalu. Ketika Irene Fernandes mempertikaikan kenapa pihak Gereja Katolik tidak boleh menggunakan perkataan “ Allah “ dan bahasa Malaysia didalam buletin dan bible mereka, Anwar Ibrahim cuma buat-buat tak tahu sahaja seolah-olah tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Irene Fernandes. Sebagai seorang Islam, penulis tak tahu mana nak letak muka jika Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin melayu Islam boleh bersikap sedemikian.

Baru-baru ini dikhabarkan, Dr Dzulkefly ( Ahli Parlimen Kuala Selangor ) juga telah membaca ayat Al Quran di sebuah gereja di Selangor. Dr Dzulkefly menyatakan bahawa Islam memelihara hak semua orang tanpa mengira kaum. Hassan Ali nyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap di sebuah gereja di Shah Alam menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut untuk menggunakan terjemahan “ Allah “ untuk merujuk kepada kalimah “ God “ dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan “ Allah “ hanya terjemahan kepada perkataan “ God “. Beliau juga mendakwa pihak gereja di Negara Arab juga menggunakan perkataan “ Allah “.

Apakah pula pendirian Hassan Ali, Dr Dzulkefly dan Khalid Samad sebagai mewakili Pas dengan keputusan Xavier ini ? Kelu tak berkata-kata. Inilah padahnya membiarkan Pakatan Rakyat memerintah Selangor, selepas membuat kandang babi di Sepang, mereka membenarkan pula agenda IFC dilaksanakan di Selangor. Mana yang lebih utama, antara haramkan Islam Hadhari dan membiarkan rumah ibadat orang bukan Islam tersergam indah dan besar ketinggiannya di negeri Selangor ? Belum sampai 100 hari perintah Selangor sudah berbagai-bagai perkara dibuatnya. Esok lusa entah apa lagi yang akan diminta. Jangan terkejut selepas ini sebuah gereja yang besar akan dibangunkan di Putrajaya . Sama-samalah kita tunggu dan lihat? Menang sorak, kampung tergadai. Siapa pengkhianat bangsa dan ugama.

Taminsari
Shah Alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan