Isnin, Oktober 20, 2008

Jadikan Isu Istana Kampung Glam Singapura Sebagai Iktibar

Pembangkang Pro-Singapura. Masih ingatkah lagi kita dengan isu Istana Kampung Glam apabila parti pembangkang cuba membangkitkan mengapa perlu ahli parlimen UMNO mempertahankan berita yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan mengenai isu Istana Kampong Glam. Menurut pandangan parti pembangkang yang sempit ini isu berkenaan akan membangkitkan kemarahan kerajaan dan rakyat Singapura serta rakyat berbangsa Cina di negara ini. Mereka juga berpendapat bahawa pihak kerajaan cuba mencampuri hal-ehwal politik negara jiran itu.

Bagi menangkis pemikiran sempit ini ternyata pihak parti pembangkang tidak bijak menilai motif sebenar isu berkenaan dibangkitkan. Kerajaan Malaysia seseungguhnya tidak berminat untuk mencampuri urusan dalaman negara-negara jiran. Tidak seperti Presiden Filipina yang pendek akal fikirannya apabila cuba bertindak menjadi ‘pembela’di dalam kes Anwar Ibrahim sepuluh tahun yang lalu..

Begitu juga ahli parlimen UMNO yang masih mempunyai maruah dan tidak sewenang-wenangnya dipergunakan oleh anasir luar. Tidak seperti beberapa penyokong Barisan Alternatif (BA) ketika itu yang bacul sanggup menggadaikan maruah bangsa dan negara dengan sanggup memburuk-burukkan negara sendiri demi kepentingan peribadi.

Begitu juga halnya dengan Wan Azizah yang sanggup menjualkan maruah bangsa Melayu dengan mengunjungi Estrada yang sememang seorang manusia yang tidak mempunyai keperibadian yang baik. Wan Azizah juga sanggup merestui kunjungan anaknya bertemu dengan manusia pemabuk, bapa segala pelacuran sehingga rakyat tertanya-tanya bagaimana boleh terjalinnya hubungan yang akrab mereka dengan manusia yang bernama Estrada itu. Ini menimbulkan kembali tanda tanya keakraban Anwar Ibrahim di samping Nallakaruppan.

Siapakah sebenarnya Estrada di mata Wan Azizah dan juga keistimewaan Nallakaruppan di mata Anwar Ibrahim. Mungkin inilah yang cuba digambarkan oleh simbol mata pada bendera Keadilan kerana dari mata datangnya cinta dan demi cinta kuserahkan segalanya.
Berbalik kepada isu Istana Kg Glam yang cuba dikaitkan oleh pembangkang ketika itu dengan tindakan kerajaan yang cuba mencampuri urusan dalam negara jiran. Kerajaan Malaysia sentiasa mengamalkan sikap toleransi dalam pelbagai masalah hinggakan ada pihak melabelkan negara kita terlalu lembut dalam menangani sesuatu isu. Ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Kerajaan juga tidak pernah cuba membuat sebarang kontroversi melainkan pihak yang lain memulakannya.

Isu Istana Kg Glam adalah satu episod yang perlu kita renungi. Di situlah tinggalnya pewaris Sultan Hussein Shah iaitu Raja yang pernah menjadi pemerintah di Singapura. UMNO sejak dari dahulu kewujudannya sentiasa memegang kepada prinsip mempertahankan dan mendaulatkan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, harus direnungi kembali bagaimanakah boleh terjadi kehilangan hak pewaris tersebut ke atas Istana Kg Glam dan kawasan sekitarnya yang menjadi harta keluarga mereka secara turun temurun?

Istana Kg Glam mungkin hanya secebis peninggalan namun perkara yang perlu diinsafi adalah betapa sejarah ketuanan Melayu di pulau tersebut kian terhapus. Di manakah hilangnya suara orang Melayu di pulau tersebut. Apakah benar bangsa Melayu di pulau tersebut makin terhimpit dan tertindas? Jika benar, mengapakah nasib orang Melayu di pulau tersebut menjadi sedemikian rupa?

Pembangkang tidak seharusnya memperbodohkan diri sendiri bagi mencari jawapan terhadap persoalan itu. Orang Melayu di pulau itu menjadi sedemikian kerana mereka telah ketinggalan dalam kemajuan berbanding bangsa lain. Mereka ketinggalan kerana mereka tidak mampu bersaing. Dalam negara yang mengamalkan konsep meritokrasi setiap bangsa diberi peluang sama rata tanpa mengira sama ada bangsa itu perlu dibantu atau sebaliknya.

Oleh itu, pembinaan bangsa perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum bangsa tersebut mampu bersaing. Inilah yang sedang dilakukan oleh UMNO yang memimpin kerajaan di negara ini. Pemimpin-pemimpin UMNO sedar bahawa bangsa Melayu perlu diberikan peluang untuk bersaing dengan bangsa lain tetapi perlu mempersiapkan diri dahulu dalam proses pembinaan bangsa itu sendiri. Kesedaran pemimpin UMNO dalam kemampuan daya saing orang Melayu ini bertitik tolak dari kejadian 13 Mei 1969.

UMNO tidak mahu melihat bangsanya terus ketinggalan. Oleh itu, kerajaan menyediakan ruang secukupnya bagi membantu orang Melayu agar terus mampu berdaya saing dalam arus pembangunan. Justeru itu, HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU terus sentiasa dipertahankan. Ini tidaklah bermakna orang Melayu akan ditatang, dimanjakan selamanya. Segalanya ini tidak akan dikecapi jika pemimpin UMNO tidak bijak dan mendapat sokongan padu dari masyarakat sepenuhnya. Inilah sebenar yang perlu direnungi oleh orang Melayu iaitu kesedaran dalam memperjuangkan nasib bangsa.

Istana Kg Glam mungkin hanya secebis kenangan namun episod memilukan mengenai ketuanan Melayu di pulau itu sebenarnya memberi gambaran bagaimana kuasa seharusnya sentiasa berada di tangan orang Melayu. Inilah hasrat yang ingin disampaikan oleh ahli Parlimen UMNO bukannya ingin mencampuri urusan dalaman negara tersebut. Walau bagaimanapun sedikit sebanyak ia mungkin mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pemimpin di republik itu. Keadaan ini tidak boleh dielakkan kerana sejarah kedua-dua buah negara mempunyai kaitan yang rapat.

Pihak pembangkang tidak wajar memutarbelitkan isu ini dengan pandangan politik yang sempit. Rakyat sememangnya tidak memberi ruang kepada parti yang mana pemimpinnya mempunyai pemikiran yang dangkal dan sempit. Rakyat juga sentiasa menolak parti yang hanya menang sorak. Rakyat juga matang dan bijak menilaikan sesuatu perkara kerana bagi mereka nasib bangsa itu sebenarnya terletak di tangan bangsa itu sendiri. Bagi pihak parti pembangkang hentikanlah segera sandiwara politik yang menjijikkan ini atau rakyat sendiri akan memberikan hukuman terhadap mereka.

Taminsari
Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan