tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post4484304387552677859..comments2023-12-15T05:00:53.858+08:00Comments on Belantan: PAS rela dipijak kepala demi POLITIK!Taminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comBlogger12125tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-771488945700114592009-08-16T17:44:36.037+08:002009-08-16T17:44:36.037+08:00Nik Aziz liabiliti Pas?
Kenyataan Mursyidul Am Pa...Nik Aziz liabiliti Pas?

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bahawa DAP boleh menghina Islam, mengundang bantahan pelbagai pihak dari kalangan orang Islam.

Setelah dikritik hebat kerana menentang perbincangan idea kerajaan perpaduan dan menghina UMNO (“pergi jahanam dengan UMNO” dan “UMNO lebih buruk daripada komunis”), sekali lagi masyarakat Islam membidas Menteri Besar Kelantan itu.

Rumusan yang dibuat oleh kalangan orang Islam ialah Nik Aziz tidak lagi boleh menjadi sandaran dalam menjaga kesucian agama Islam serta perpaduan ummah.

Kenyataan beliau lebih menjurus menjaga kepentingan politik dan bukan kepentingan Islam. Sudah menjadi bahan sinikal termasuk di kalangan ahli Pas, Nik Aziz dikatakan rela mengutamakan kepentingan DAP daripada menjaga kepentingan Islam. DAP dulu, Islam kemudian.

Sebab itu, tiada pemimpin Pas tampil mempertahankan kenyataan beliau kerana sedar apa yang dinyatakan oleh Nik Aziz berhubung isu itu adalah salah. Awang turut menerima panggilan daripada seorang profesional yang menjadi aktivis Pas bahawa komen Nik Aziz dikhuatiri menjadi liabiliti kepada parti itu.

“Kami tidak mahu Tok Guru dilihat membawa malu kepada Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Ayah Pin (pengamal ajaran sesat yang sedang diburu pihak berkuasa),” katanya lagi.

Lalu aktivis itu menyatakan kenyataan Nik Aziz tidak mencerminkan pemikiran seluruh pemimpin dan ahli parti itu. Katanya, Nik Aziz juga manusia biasa dan tidak terlepas daripada kesilapan. Dari satu segi Awang setuju. Tetapi persoalannya sudah terlalu banyak kesilapan yang beliau lakukan, yang dikhuatiri boleh membawa mudarat kepada umat Islam dan kesucian agama.

Adakalanya Awang pelik hujah Nik Aziz selalu berbelit-belit dan tidak konsisten, dulu haram sekarang tidak. Dulu kafir tetapi kini sahabat politik. Bukan Islam luar negara tidak boleh hina Islam, anehnya DAP boleh. Memang banyak kenyataannya yang meragukan termasuk boleh bekerjasama dengan syaitan dan memperlekehkan sesama orang Islam. Sesungguhnya umat Islam mengharapkan walaupun Tok Guru adalah orang politik tetapi dapat mempertahankan kepentingan Islam mengatasi pertimbangan politik. Itulah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru (PKR) Zulkifli Nordin, yang tidak gentar mendahulukan kepentingan Islam. Beberapa pemimpin Pas yang lain juga setidak-tidaknya berdiam dan tidak akan menyokong DAP jika menghina Islam.

Persoalannya sekarang adalah dibimbangkan , lagi banyak Nik Aziz bersuara makin banyak kesilapan yang beliau lakukan, yang bukan sahaja merugikan umat Islam malah juga Pas. Mungkinkan beliau perlu berdiam untuk menyelamatkan imej Pas?torashahhttps://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-90649244259024545422009-08-16T00:25:47.874+08:002009-08-16T00:25:47.874+08:00Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat ...Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempertahankan DAP yang menghina Islam dikhuatiri akan membuka ruang yang lebih luas kepada orang bukan Islam untuk terus mempersenda kesucian agama itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, Menteri Besar Kelantan itu sepatutnya menasihati ahli-ahli DAP supaya berhati-hati bercakap mengenai Islam.

Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila tindakan Nik Aziz itu mendedahkan lagi agama Islam kepada penghinaan dan cacian oleh mereka yang tidak memahami ajaran agama tersebut.

"Walaupun ahli-ahli DAP tidak memahami Islam tetapi mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mencaci dan menghina Islam.

"Orang Melayu dan Islam sendiri pun ramai yang tidak memahami agama Hindu, Kristian dan Buddha tetapi kita tidak pernah mencaci dan menghina agama tersebut.

"Sebaliknya kita bersikap toleransi dan menghormati hak serta kebebasan mereka untuk beragama, malah dalam Islam sendiri kita dilarang untuk menghina agama yang bukan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Shahirudin, disebabkan kepentingan politik, Mursyidul Am Pas itu sanggup mempertahankan orang yang menghina dan mencaci Islam.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat menegaskan, tindakan Nik Aziz itu tidak mencerminkan kewibawaan beliau sebagai ulama dan pemimpin Islam.

"Alasan itu tidak dapat diterima kerana kalau mereka jahil, mereka boleh merujuk kepada Pas dan Nik Aziz sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengguris perasaan dan hati umat Islam,'' katanya.torashahhttps://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-91672017087273785492009-08-16T00:24:36.737+08:002009-08-16T00:24:36.737+08:00Forum Penyelarasan Umat (Forum) terus mendesak Ahl...Forum Penyelarasan Umat (Forum) terus mendesak Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi meminta maaf berhubung kenyataannya mengaitkan syariah Islam dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis.

Ahli Jawatankuasa Forum, Muhammad Hafiz Nordin berkata, pihaknya amat kesal kerana Ooi terus bersikap angkuh dan enggan mengakui kesalahannya yang menyinggung perasaan umat Islam.

''Kami kesal kerana beliau enggan meminta maaf sebaliknya cuba mengelak dengan isu ini. Penarikan kenyataannya tanpa permohonan maaf menggambarkan seolah-olah tidak mahu mengakui kesilapannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini

Pada 2 Ogos lalu, dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremisme

Ooi juga mendakwa Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Razali Abdullah yang juga ahli JIM mempunyai misi membentuk Malaysia sebagai negara yang akan menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya menjelang 2020 hanya kerana menjadi ahli JIM.

Tindakan Ooi itu menyebabkan pelbagai pihak menghantar memorandum mendesak beliau meletak jawatan dan meminta maaf.

Bagaimanapun, pada 9 Ogos lalu Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu dalam sidang akhbarnya tetap dengan pendiriannya tidak akan meminta maaf, sebaliknya beliau hanya mahu menarik balik kenyataannya itu.

Menurut Ooi, tindakannya untuk menarik balik kenyataannya itu juga atas nasihat daripada Guan Eng yang mahu dia bertindak demikian.torashahhttps://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-24581399087219964192009-08-16T00:22:48.870+08:002009-08-16T00:22:48.870+08:00Pas halalkan tindakan DAP ...
Pas terpaksa membis...Pas halalkan tindakan DAP ...

Pas terpaksa membisu apabila pemimpin DAP menghina Islam demi menjaga hubungan mereka dalam pakatan pembangkang, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu dengan sinis berkata, apabila seseorang mahu berkawan, mereka mestilah mencari alasan untuk menghalalkan tindakan rakan mereka.

"Datuk Nik Aziz Nik Mat kata tidak apa kerana dia (DAP) bukan orang Islam, jadi orang bukan Islam boleh hina Islam dan hanya orang Islam yang tak boleh hina.

"Kalau kita nak berkawan dengan orang, kita kena cari alasanlah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran 1Malaysia Lat di Bangsar Shopping Centre di sini hari ini.

Kelmarin, Nik Aziz tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beranggapan parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.torashahhttps://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-13199910360931951592009-08-15T00:43:00.038+08:002009-08-15T00:43:00.038+08:00sambungan..
Kenapa Nik Abdul Aziz dan pemimpin Pa...sambungan..

Kenapa Nik Abdul Aziz dan pemimpin Pas yang lain tidak boleh menjadi seberani Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Bukankah menegakkan kebenaran itu tuntutan agama? Jika salah perlu dikatakan salah, bukan sebaliknya. Ketepikan soal "menjaga hati", ini soal maruah Islam.

Harussani nampaknya sentiasa konsisten dalam semua kenyataannya. Tegas dan tidak pernah beralah pada desakan biar pun kedudukannya mungkin menjadi taruhan. Pastinya bagi beliau, yang penting adalah agama dan apa yang bakal dijawab olehnya di hadapan Tuhan nanti. Maka kenyataannya tidak pernah berunsur "menjaga batang leher sendiri".

Ketegasan Harussani boleh dilihat apabila beliau kelmarin menegaskan bahawa mereka yang tidak menghormati institusi raja dan agama Islam boleh keluar dari negara ini. Katanya, kedua-dua perkara termaktub di dalam Perlembagaan.

Seperti kata Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agama daripada dihina. Malah umat Islam tidak boleh menyokong penghinaan itu dengan apa pun alasan. Maka hujah bahawa orang bukan Islam boleh menghina Islam hanya kerana dia tidak memahami Islam tentu merupakan hujah yang tidak masuk akal.

Jadi, apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz untuk membetulkan keadaan ini? Beliau sekadar menegaskan Pas akan berusaha meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam.

Katanya, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

Jika kenyataan itu boleh diterima, maka maknanya Pas cuba memberi kefahaman tentang Islam kepada rakan-rakan bukan Islam di dalam pakatan dengan mendekati mereka melalui "forum, wacana dan perbincangan".

Namun rasanya Pas tidak melakukannya. Sekiranya ia mengambil pendekatan-pendekatan tersebut, sudah pasti apa yang dilakukan oleh Pas itu telah menemui kegagalan. Bayangkan pakatan Pas dengan PKR dan DAP telah pun dijalin sejak sekian lama.

Adakah tempoh tersebut masih belum cukup untuk Pas memahamkan pemimpin DAP mengenai Islam?

Atau mungkinkah pendekatan Pas itu tidak mendapat sambutan? Maka, rakan-rakan di dalam pakatan itu masih terus jahil tentang Islam dan akhirnya bebas menghina Islam hanya semata-mata kerana mereka 'tidak faham'.

Sepatutnya Nik Abdul Aziz telah memberitahu rakan-rakan di dalam pakatan bahawa lebih baik untuk mereka berdiam diri sekiranya mereka tidak arif mengenai Islam.

Tuan Guru ini sepatutnya memberitahu rakan-rakannya bahawa sikap bodoh sombong tidak menguntungkan sesiapa.

Namun nampaknya Nik Abdul Aziz dan Pas gagal berbuat demikian. Mungkin mereka tidak berani bersuara kerana bimbang tidak dapat merasai kuasa yang dijanjikan oleh DAP dan PKR.

Jadi, apa lagi yang boleh diharapkan daripada Mursyidul Am Pas ini jika beliau menganggap isu serangan terhadap Islam hanya melibatkan serangan ke atas kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO.

Beliau sendiripun sejak awal-awal lagi telah menyatakan keengganan untuk campur tangan dalam isu kontroversi rakan-rakan sepakatannya sama ada di Selangor mahu pun di Pulau Pinang.

Mungkin umat Islam dan rumpun Melayu yang tercalar hati akibat penghinaan oleh segelintir pemimpin DAP ini hanya boleh mengharap tindakan undang-undang seperti yang disyorkan oleh Polis Diraja Malaysia.

Apa yang pasti, kita tidak lagi memerlukan permohonan maaf kerana ia pasti akan berulang jika tiada tindakan tegas dikenakan ke atas puak-puak yang biadap terhadap Islam ini.

Salam perjuangantorashahhttps://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-55986125635974817782009-08-15T00:42:21.557+08:002009-08-15T00:42:21.557+08:00Salam..
KENYATAAN Mursyidul Am Pas kelmarin mungk...Salam..

KENYATAAN Mursyidul Am Pas kelmarin mungkin boleh ditafsirkan begini: Kita bebas berkata apa sahaja jika kita jahil mengenai sesuatu perkara. Dan mungkin memang begitulah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Jika dibaca secara tersurat mahupun tersirat, maknanya tetap sama.Pemimpin yang digelar Tuan Guru itu mengeluarkan kenyataan mengelirukan. Tetapi ia pasti dapat diterima oleh pakatan pembangkang.

Mengelirukan kerana beliau menegaskan, tidak salah sekiranya pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan menghina Islam. Alasannya mudah. DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,'' tegasnya.

Jika kenyataan pembelaan oleh Nik Abdul Aziz terhadap DAP itu dijadikan pegangan, maka, maknanya kita juga boleh menghina agama lain. Jika ada yang melenting, berikan sahaja jawapan mudah. Kita jahil mengenai agama tersebut.

Sekiranya kenyataan Nik Abdul Aziz itu diterima pakai, maka "kejahilan" boleh menjadi alasan kuat untuk kita bebas menghina mana-mana agama.

Itu adalah hujah yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan itu ketika cuba menangkis kritikan hebat orang Melayu dan umat Islam terhadap sikap segelintir pemimpin DAP kebelakangan ini.

Bayangkan jika kenyataan tidak bertanggungjawab itu dipersetujui oleh semua orang. Soal sensitiviti akan diketepikan. Maka tidak akan ada lagi sebarang usaha untuk "menjaga hati". Kita bebas mengkritik apa sahaja walaupun sehingga ke tahap menghina.

Jika ada yang marah, jawab sahaja kita tidak faham tentang agama itu. Tidak perlu pun untuk mengeluarkan permohonan maaf.

Tetapi bayangkan sekiranya seorang pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan menghina agama Kristian, Buddha, Hindu atau Sikh.

Adakah Nik Abdul Aziz akan mengeluarkan kenyataan yang sama? Adakah beliau akan membela pemimpin UMNO tersebut dan memberitahu rakan satu pakatannya bahawa pemimpin UMNO itu boleh berbuat demikian kerana beliau tidak faham mengenai agama tersebut?

Adakah pembelaan itu akan dilakukan oleh Nik Abdul Aziz. Rasanya tidak mungkin. Jauh panggang dari api.

Penulis tidak faham apa sebenarnya yang dirasai oleh Nik Abdul Aziz. Adakah beliau tidak sensitif walaupun agama suci anutannya ini diperlekehkan dan dirujuk dalam ayat berbentuk makian dan carutan sekali pun? Adakah beliau tidak sedar kesan buruk yang sedang menanti?

Seperti biasa apabila timbul sesuatu isu membabitkan sensitiviti agama, Tuan Guru ini akan menempelak pemimpin UMNO. Dalam kenyataannya kelmarin, beliau menyalahkan sikap "pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam". Dan yang dimaksudkannya itu pastinya pemimpin dari UMNO. Menurutnya sikap itu menyebabkan agama itu tercemar dan telah disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Tidak sedarkan beliau bahawa pemimpin yang dikatakannya menolak Islam itulah, yang kini tampil mendesak tindakan tegas agar Islam tidak lagi dihina?

Namun apakah peranan Pas dalam soal ini? Ke mana perginya ulama-ulama dalam parti itu? Adakah fenomena menjaga hati rakan satu pakatan membuatkan mereka terus menjadi seperti harimau kehilangan taring? Sampai bilakah mereka akan terus diibaratkan seperti kucing yang telah dikembiri?

Sanggupkah mereka membiarkan penghinaan itu dibuat dari semasa ke semasa tanpa berani bersuara hanya kerana ingin menjaga perpaduan di dalam pakatan?

Sampai bila lagi ulama-ulama di dalam Pas akan terus berdiam diri? Adakah menjaga hati rakan di dalam pakatan lebih penting daripada mempertahankan maruah agama?

bersambungtorashahhttps://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-15354446518006596402009-08-14T18:08:38.563+08:002009-08-14T18:08:38.563+08:00pas mmg bacul tara teloq cuma ada pungkoq yg amat ...pas mmg bacul tara teloq cuma ada pungkoq yg amat digilai oleh anwar aljub
www.antihero2009.blogspot.comAntiHerohttps://www.blogger.com/profile/02950637403951014356noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-31730251287513725452009-08-14T15:23:43.749+08:002009-08-14T15:23:43.749+08:00Salam tuan blog.. itu hanya pandangan tuan blog be...Salam tuan blog.. itu hanya pandangan tuan blog berdasarkan pengamatan tuan blog terhadap arus perdana.. Tuan blog tidak harus menyokong media BN yang sanggup memper'guna'kan mufti dalam sesuatu isu untuk memcahbelahkan para cendekiawan islam.

Bagi saya, mufti perak ini tidak mempunyai pengamatan ilmu dalam bidang haraki yakni gerakan Islam dan berpengalaman luas ttg siasah (politik) berbanding tok guru nik aziz yang berpendidikan di Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut. Universiti Deoband India. Universiti Lahore Pakistan. Universiti Al Azhar. Berkelulusan Sarjana Muda bahasa Arab dan juga Sarjana Perundangan Islam..

Perjuangan PAS juga merujuk kepada al-quran dan al-hadis. Kalo dirujuk dalam kitab fiqh ad-daulah (kefahaman bernegara)karangan dr. yusuf al-qaradhawi, banyak ilmu yang kita boleh dapat.. saya harap tuan blog dapat mencari kitab ini untuk lebih memahami.. tidak salah rasanya mencari ilmu demi kebenarankan? syukran..Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/00893541769918745659noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-14720702817942780322009-08-14T11:45:26.563+08:002009-08-14T11:45:26.563+08:00SLM BRO...ARTIKEL MMG CUN ABIS!!..PAK AJIS DH GILE...SLM BRO...ARTIKEL MMG CUN ABIS!!..PAK AJIS DH GILER ISIM!..TERLEBIH AJARAN SAMPAI KPALA DIA PUN DH BUNTU X BLH BEZAKAN MANA HALAL HARAM KEHKEHKEHAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-87002547880776641712009-08-14T11:02:53.781+08:002009-08-14T11:02:53.781+08:00dr hassan dah telan balik segala ludah dan kahakny...dr hassan dah telan balik segala ludah dan kahaknya. inilah pelacur islam dan pelacur politikArif Omarhttps://www.blogger.com/profile/13330577334441617756noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-79616942844371250192009-08-14T10:18:18.612+08:002009-08-14T10:18:18.612+08:00salam satu malaysia,
PAS rela dipijak kepala demi ...salam satu malaysia,
PAS rela dipijak kepala demi POLITIK! Memang teruk PAS dan penyokongnya. Sekali pandang memamng begitu. Tapi bila dikaji balik, itu adalah yang ditulis oleh UMNO totok yang menulis hanya berdasarkan pandangan mata kasar serta momokan akhbar arus perdana.
Saya juga akan menulis berdasarkan pemerhatian yang samalah.
Kalau diperhatikan, UMNO juga dibiarkan dipijak oleh MCA dan MIC dan lain-lain parti terutama di sabah dan sarawak. Cuba diperhalusi bebetul tuan.
Terkini dikatakan Nik Aziz benar DAP kutuk Islam. Mmg kalau sekali imbas dilihat begitu. Tapi klu dibaca betul, Nik Aziz kata, DAP dia kutuk Islam kerana pengetahuannya kurang dan akan ditarbiahkan melalui dalaman PR. Akan diberi pemahaman secara dalaman PR. Tapi UMNO, lagi teruk. Pemimpinnya (yg beragama Islam) boleh hina Islam ikut dan. Mana lebih teruk. Orang Islam Hina Islam atau Orang bukan Islam hina Islam. Tak ingat ke tentang isu janggut Nabi, isu perubatan Islam, ratu cantik, isu ppuan islam kena rotan kerana minum arak.
Lagi UMNO dipijak, cthnya: universiti ikut kaum, MCAnyer, MICnyer... sbb takut hilang pengaruh. Cuba tengok tanah-tanah rizab melayu.... sapa byk control? Ladang-ladang milik UMNO.... berapa byak terlepas ke cina... itu kalu kita nak ikut perkaumanlahkan. Tapi oleh kerana 1 malaysia, apa saja bolee.... TQUnknownhttps://www.blogger.com/profile/03152955614869578561noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-12699012632831050412009-08-14T10:16:34.947+08:002009-08-14T10:16:34.947+08:00PAS memang dah teruk!!!PAS memang dah teruk!!!red roosterhttps://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com