tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post2016803325769056135..comments2023-12-15T05:00:53.858+08:00Comments on Belantan: PAS Wajar Akui Kelemahan Di Kelantan!Taminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-16171782431909444802012-06-28T12:05:56.366+08:002012-06-28T12:05:56.366+08:00Saudara PMG, ikhlaslah dengan diri sendiri. Jangan...Saudara PMG, ikhlaslah dengan diri sendiri. Janganlah berfikiran sempit, menidakkan yang benar. Jika saudara selesa dengan apa yang sedia ada, alhamdulillah. Tetapi janganlah fikir orang lain pun begitu juga.

Bagi saya, tak semestinya mengubah pemerintah satu2nya tindakan untuk merasa perubahan. Tak perlu gulingkan pemerintah yang ada. Beri kesedaran kepada mereka yang rakyat mahu perubahan pun sudah merupakan satu usaha yang baik ke arah itu. Buka minda biar lebih luas. Melakukan perubahan tidak semestinya membawa kemusnahan jika kita yang mengawalnya. Demokrasi tidak semestinya kita berhak menuntut segala jenis kebebasan yang ada. Sebab itulah Kerajaan Malaysia mahu mengawal demonstrasi jalanan, LBGT dan sebagainya. Kita pilih apa yang terbaik untuk negara kita. Tetapi apa usaha baik yang ingin dibuat tidak akan berjaya jika kita tidak sehaluan, membantu dan menyokong.

PAS sebagai parti yang berteraskan Islam tidak perlu menjadi UMNO, malah tidak perlu pun keluar dari Pakatan Rakyat untuk menyatakan pendirian mereka mengenai LBGT. Tetapi sayang, kerana lorong perjuangan yang sempit, mereka mengangguk saja setiap apa yang diperkatakan DAP dan PKR. Kenapa DAP berani pertikai mengenai ‘negara Islam’ tetapi PAS tidak berani bersuara mengenai LBGT? Kenapa PAS tidak berani bersuara mengenai kelab malam dan kilang arak di negeri2 pemerintahan Pakatan? Adakah PAS sudah menghalalkan itu semua untuk menjadi rakan kongsi Pakatan. Adakah PAS akan terus menjadi juru angguk sekiranya Pakatan dapat memerintah Malaysia nanti?

Saudara dan juga pemimpin PAS perlu ikhlas dalam memperjuangkan Islam. Yang baik harus disokong, yang mungkar harus disanggah, tidak kira siapa yang melakukannya. Kelemahan harus diperbetulkan, dan banyak cara untuk lakukannya. Fikir dan pilihlah cara yang terbaik supaya labu yang hendak dibaiki tidak hancur.QalamQabuthttps://www.blogger.com/profile/17425908888912147624noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-39938998487129501232012-06-28T01:55:16.643+08:002012-06-28T01:55:16.643+08:00wak luuuu hina kelantan. Keturunan ape mung niiiwak luuuu hina kelantan. Keturunan ape mung niiiPusing Gasing Musinghttps://www.blogger.com/profile/04576126313860067615noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-66337569756422979382012-06-27T23:02:21.158+08:002012-06-27T23:02:21.158+08:00Negeri Kelantan sebenarnya malang kerana mempunyai...Negeri Kelantan sebenarnya malang kerana mempunyai pentadbir yang tidak ikhlas.

Jika Nik Aziz ikhlas dengan dirinya, tentu sudah dia mengundur diri dan biarkan Kelantan ditadbir oleh mereka yang lebih berkebolehan untuk bangunkan negeri tumpah darahnya. Dia boleh berganding bahu sebagai ulama dengan umara. Aku percaya dia akan lebih disanjung tinggi bukan saja oleh pengikutnya dan penyokong PAS tetapi juga oleh umat Islam yang lain.

Jika Husam Musa juga ikhlas, beliau juga seharusnya mengundur diri. Tidak cukup sekadar berbangga dengan projek hayalan yang bernilai berbilion ringgit jika tidak mampu diterjemahkan kepada kenyataan. Cukup sedih bila keperluan asas seperti air pun tidak dapat ditadbir dengan sempurna untuk kesejahteraan rakyat.

Malang juga kerana majoriti rakyat Kelantan taksub dengan ketua yang bertaraf nabi hingga tidak boleh berfikir dengan jelas dan waras. Mereka bukan saja menzalimi diri sendiri tetapi juga anak cucu dan generasi akan datang. Mungkin tidak salah kalau aku kata mereka ini kolot tegar, tidak mahu berubah.QalamQabuthttps://www.blogger.com/profile/17425908888912147624noreply@blogger.com