Isnin, Januari 04, 2016

Di manakah ruginya 1MDB?

1MDB adalah sebuah syarikat kerajaan yang menyasarkan perolehan berganda daripada aset yang tidak nampak boleh dikomersialkan oleh pihak swasta.

Seperti lima janakuasa IPP yg dibeli oleh 1MDB adalah legasi Tun Mahathir yang hampir tamat tempoh lesen operasinya. Namun kerajaan melalui 1MDB telah membelinya agar dapat mengurangkan tarif letrik bagi semenanjung serta menstabilkan GRID KEBANGSAAN.

Oleh kerana 1MDB adalah milik penuh kerajaan melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan, maka jika tempoh lesen operasi TAMAT sekalipun, ia akan diperbaharui.

Ia tidak sama dgn 2 janakuasa YTL yg tidak disambungkan lesen operasinya. Itu hak kerajaan utk sambung atau tidak, kerana ia adalah milik swasta. Tambahan pula YTL adalah kroni Tun Mahatihir yang selalu mempertikaikan pentadbiran kerajaan DS Najib.

Maka lima buah janakuasa di bawah 1MDB yang dikenali sebagai EDRA itu mempunyai nilai yang tinggi, walaupun Tun Mahathir pernah melabelkan sebagai “membeli besi buruk”.Saya diberitahu bahawa pembelian IPP tesebut melibatkan wang sejumlah RM12 billion.

Dari manakah 1MDB boleh memperolehi wang yang sebanyak itu utk membeli IPP sedangkan ia adalah sebuah syarikat bermodalkan RM1 juta serta jaminan kerajaan sejumlah RM970 juta.

Maka 1MDB terpaksa meminjam wang dari dalam dan luar negara bagi membeli aset IPP. Manakala pihak kerajaan menjadi “penjamin” terhadap pinjaman itu.

Sebab itulah 1MDB lebih mudah memperolehi pinjaman sama ada secara bersidiket atau kepada satu-satu institusi kewangan antarabangsa.

Inilah permulaan HUTANG yang dipegang oleh 1MDB. Ia adalah suatu urusan perniagaan, tidak ada kaitan langsung dengan WANG RAKYAT atau WANG NEGARA.

Ia adalah sama kaedahnya dengan mana-mana syarikat yang membuat pinjaman dari institusi kewangan dalam dan luar negara.

Yang berbeza ialah 1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.Maka setiap pinjaman harus dibayar hutangnya.

Inilah yang dilakukan oleh 1MDB dengan membayar balik HUTANGnya, ia tidak melibatkan wang kerajaan.

Apakah pemilikan lima IPP dalam negara serta beberapa IPP di luar negara seperti Mesir, Bangladesh dan Pakistan yg dikenali sebagai EDRA ini mendatangkan keuntungan kepada 1MDB ?

Cuba lihat perbandingan ini :

Jualan Edra kepada syarikat Cina berjumlah RM9.83 bilion

Jumlah liability yang diambil oleh syarikat Cina ialah RM8 bilion

Dalam tempoh pemilikan 1MDB, ia memperolehi RM2 bilion dari segi dividen (rujuk temubual Arul Kanda)

Maka dalam tempoh pemilikan 1MDB terhadap EDRA, ia memperolehi (RM9.83 + RM8 + RM2) billion = RM19.83 bilion.

Setelah ditolak kos belian sejumlah RM12 billion, (RM19.83 – RM12) billion = RM7.83 bilion

Ini bermakna dalam tempoh yg singkat, 1MDB telah memperolehi KEUNTUNGAN RM7.83 bilion

Wang sebanyak RM7.83 bilion ini digunakan pula untuk mengurangkan HUTANG yang lain pula.

Setelah proses rasionalisasi 1MDB yg terbahagi kpd 3 bahagian :

Bahagian Pertama : Penjualan Edra sebannyak RM9.83 bilion dalam bentuk tunai dan saham serta RM8 bilion dalam bentuk liability

Bahagian kedua : Pertukaran aset dengan IPIC dan 1MDB dapat mengurangkan hutang sebanyak 16 bilion

Bahagian ketiga : Penjualan 60% kepentingan dalam Bandar Malaysia kepada Konsortium Inskandar Water Front dgn Syarikat Cina.

Kesemua rasionalisasi ini melibatkan pemansuhan HUTANG sebangayk RM40 bilion.

Kini 1MDB hanya menanggung RM2 bilion HUTANG

Apa yang tinggal pada 1MDB ?

Ia masih memiliki 40% kepentingkan dalam Bandar Malaysia

Memiliki aset di Tun Razak Excahange (TRX)

Masih memiliki aset tanah di Pualau Pinang dan di Pulau Indah

Sudah sah sekarang, ASET 1MDB adalah lebih besar daripada hutang RM2 bilion

Maka selepas ini, sudah tentu 1MDB akan membangunkan lagi tanah-tanah di TRX dan Bandar Malaysia serta menjana lebih banyak keuntungan.

Jadi dI manakah RUGInya 1MDB ?

Suara Politik
Belantan

7 ulasan:

KZSO berkata...

Tidak rugi. Hanya aset dalam erti kata lain harta hak milik negara dijual kepada negara asing. Buat business untuk langsaikan harta milik negara. Contoh, buat pinjaman rumah. Kemudiannya tidak boleh bayar sebab hutang dan riba yang besar. Akhirnya bukan sahaja rumah digadai tapi harta benda dalam rumah digadai seperti sofa, katil,mej, wardrobe, kitchen cabinet dll dan dijual juga...sebab asal nya adalah membeli (set-up kan 1mdb) rumah dan jual aset (hartabenda dalam rumah)...itulah analogi mudah. Walaupun jual semua hartabenda dan rumah, masih ada lagi hutang tertunggak..

Madey Kutty Ngok berkata...

'Cerdik' juga KZSO ni putar belit isu 1mdb.. tak habis2 lagi menipu hal 1mdb.. belum kenyang gamaknya makan dedak ditabur ke tanah. Kalau tak kerana 1mdb sudha banyak harta negara dijual melalui taukeh2 penyamun cinapek DAPig. Tapi bila join fitnah untuk jahanamkan perniagaan kerajaan mmg crowd itu ramailah sahut menyahut. Harta berbillion di Penang di jual kpd TEMASIK Group ade lanc*** Melayoo ini menyalak ke? takde kan? ye sbb xde dedak ditabur.

So u tak payah lah nk buat analogi bodoh utk tegakkan fitnah. Yg pasti 1mdb gagal keluarkan IPO disbbkan kecelakaan politik idiot dlm negara ini. Juga yg pasti 1mDB tidak MENYENTUh sesen pun dana wang awam milik rakyat spt KWSP, Tabung Haji, FELDA, PETRONAS atau bank2 utama bail out masalah yg dicipta. Tanya PR kes Yayasan Selangor hancur lebur wang rakyat selangor.. zaman Madey bail out projek2 kroni macam wang negara ini mak bapak dia yang punya..

Zaman berlalu tapi sejarah tak boleh dibohongi.. kebaikan tetap kekal baik wpun dihina berjuta manusia!

Mohamed noor berkata...

Mohon pencerahan sikit dimana untungnya 1MDB?

I think therefore I am... berkata...

Itu lah pemikiran orang yang kurang cerdik (simple minded person). Hutang 42B, bayar balik 40B, tinggal 2B. Ini bukan hutang dengan mak bapak sendiri. Faedah tk ambil kira? Tukaran wang asing yang amat merugikan sekarang tak ambil kira? Itu belum lagi dilihat dari penyata kewangan yang betul, yang sampai hari ini tak keluar-keluar, siapa pun tak tahu berapa jumlah sebanar dan nilai semasa hutang 1MDB.Yang kita tahu, apa pun business 1MDB, ia memang merugikan sebab tak mampu bayar balik hutang kecuali dengan menjual segala harta yang ada. Kalau betul ada asset IPP di negara asing, kenapa jual IPP dalam Malaysia? Bumi dipijak milik orang, hasil kerja siapa? Meh kita nyanyi lagu anak kecil main api (Warisan) kuat-kuat. Agaknya admin dah lama tak nyanyi dan dengar lagu ni.

kitosanplus berkata...

dari awal lagi kita nampak kebahalolan admin

1MDB adalah sebuah syarikat kerajaan yang menyasarkan perolehan berganda daripada aset yang tidak nampak boleh dikomersialkan oleh pihak swasta. <<<< ellooo mamat ... yang beli asset bernilai lebih 5000-6000 sekaki persegi dengan harga rm600 kaki persegi tu ... AsSET YG TAK BOLEH DIKOMERCIALKAN ke ? ... si luncai lunchai 1mdb yang mana signatory adalah PM kamu sendiri tu memang dari awal lagi adalah geng perompak harta negara ... nak niaga pun macham niaga budak budak .. tanah airport sg besi tu nilai dia rm600 se ekar ke bro ? .. kalau betul you setuju itulah harga yang adil yang dibeli oleh 1MDB daripade Kerajaan .. lu ni sama bahalol dengan lu punya PM bro ...

akmy berkata...

Tak tepatlah nak dibandingkan 1MDB dengan beli rumah kerana sememangnya dari awal 1MDB adalah syarikat perniagaan...macam orang ada duit sekarang ni yang dah ada rumah tapi beli rumah lain sebagai aset perniagaan, bayar deposit kemudian tunggu harga naik, juallah untuk dapat untung, beniaga maa...yang jadi isu sekarang ni sebab ada yang hendak menjatuhkan kerajaan terutamanya melalui fitnah dan tohmahan keatas PM...mereka tembak jee walau pun peluru kosong janji bunyi...sampai sanggup kata bagi duit kat rakyat pun dikata rasuah, cukai GST 6 peratus menggantikan dua cukai dahulu 16 peratus juga dah tak reti nak banding yang mana lebih baik... akhirnya terdedah niat jahat disebalik segala pembohongan...bagusnya 1MDB ni jadi isu boleh dapat tahu musuh dalam selimut dan luar selimut...dapat tahu siapa yang tiada kekuatan mental untuk menilai antara perkara fitnah dengan kebenaran...lagi pun berniaga dan urusan perbankan, jarang sangat syarikat nak menghebahkan kepada umum, strategi perniagaan, untunglah dapat penerangan dari kerajaan BN kalau macam DAP Pulau Pinang dan Selangor, tau-tau dah kena jual dah...pulak tu sistem berparti DAP sangat ganjil, kata demokratik tapi yang dapat sokongan kurang pulak yang boleh jadi Ketua Menteri dan Pengerusi negeri...jadi boleh pakai kee mereka yang begini kita nak jadikan rujukan dalam apa hal pun...janji nak hapus tol 50 sen tapi kini dah naik berkali ganda dan elok juga ada yang tolong menjawab lapuran yang dibuat mengenai bantuan duit yahudi kepada DAP...Razali siap kata duit itu boleh dibawa masuk ke Malaysia tanpa diketahui oleh kerajaan...ini sudah bahaya kerana ada pengkhianat dalam agensi penguatkuasa.