Sabtu, Julai 05, 2014

Adakah Malaysia sudah jadi sarang gerakan pengganas antarabangsa....? Lagi 4 disyaki pengganas LTTE ditahan...!!!

Salah seorang yang disyaki ahli kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam yang diberkas oleh anggota Cawangan Khas, Bukit Aman, kelmarin.

Setelah enam tahun bersembunyi di dalam negara, empat lelaki termasuk seorang pakar membuat bahan letupan yang disyaki ahli kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ditangkap Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman dalam tiga serbuan di Lembah Klang, semalam.

Kesemua warganegara asing berusia 30-an itu ditangkap dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Selangor, kira-kira pukul 11 pagi dan 8 malam.

Tangkapan itu adalah yang kedua pada tahun ini selepas penahanan tiga warganegara asing dipercayai dari kumpulan sama di Petaling Jaya dan Klang, Selangor, pada 14 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keempat-empat suspek terbaharu itu dipercayai adalah anggota kanan LTTE yang terlibat dalam melancarkan serangan di Sri Lanka.

Katanya, suspek juga dikatakan merancang untuk mengaktifkan semula kumpulan pengganas itu dengan cuba menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi mereka.

"Suspek pertama yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) adalah seorang pakar membuat bahan letupan.

"Suspek kedua, dipercayai individu yang terlibat dalam cubaan membunuh bekas Presiden Sri Lanka, Chandirka Kumaratunga pada 18 Disember 1999, yang dalam kejadian itu, melibatkan penyerang berani mati wa-nita.

"Selain itu, suspek ketiga didapati bersubahat dengan seorang suspek warganegara Sri Lanka yang ditangkap oleh pasukan tersebut pada 14 Mei lalu kerana dipercayai merancang untuk menyerang pejabat konsulat asing di Chennai dan Bangalore, India.

"Siasatan mendapati suspek turut disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen perjalanan, pas pelajar warga asing dan aktiviti penyeludupan manusia. Suspek keempat pula terlibat dalam pengumpulan dan penyaluran maklumat kepada LTTE bagi merancang serangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khalid memberitahu, berikutan penahanan itu, polis turut merampas sejumlah pasport palsu pelbagai negara bersama cop rasmi palsu Jabatan Imigresen serta kedutaan-kedutaan asing.

Jelasnya, polis memandang serius aktiviti anasir pengganas asing yang cuba menjadikan negara ini sebagai transit, tempat perlindungan dan pangkalan operasi.

"Kita tidak menolak kemungkinan perkara-perkara ini terjadi akibat ada segelintir pihak yang mengeksploitasi kad UNCHR untuk mengelak ditangkap pihak berkuasa.

"Ini terbukti apabila sejak 2009, seramai tujuh daripada 14 anasir LTTE yang ditangkap adalah pemegang kad UNHCR," katanya yang memberitahu kesemua ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, sumber menjelaskan, suspek pertama merupakan seorang individu berbahaya kerana berkemampuan untuk mencipta pelbagai bahan letupan untuk digunakan dalam serangan berani mati.

Kata sumber, sebahagian besar yang ditangkap semalam telah lama menetap di negara ini dan disyaki masuk ke Malaysia sejak 2009 lagi.

"Mereka menyeludup masuk ke negara ini dan menyamar menjadi sebahagian masyarakat asing di sini dengan melakukan aktiviti-aktiviti seharian termasuk menjalankan perniagaan serta berkahwin bagi menutup kegiatan sebenar mereka.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

PUTRA CHUBADAK berkata...

Masalahnya, pasukan beruniform terutama PDRM mana mahu terima "maklumat" orang awam kalau tak ada buat report kat balai. Cuba buka minda mereka dengan mengunakan konsep pro aktif bila terima maklumat orng awam. Walau tak ada report, lazimnya maklumat orang awam adalah "TIPS OF AN ICE BERGUE". Jalankan risikan segera. Nak tunggu report buat apa? Dari risikkanlah kita boleh perolehi maklumat lanjut mengenai sesuatu jenayah. Prevention is better than cure! Betul tak Tan Sri KPN (IGP)?