Jumaat, Ogos 03, 2012

Kerajaan Regim MB Khalid Terus Bohongi Rakyat Selangor?



Amat malang bagi rakyat Selangor apabila kerajaan negeri di bawah kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa terus melakukan penipuan dan pembohongan kepada rakyat berhubung isu Talam Corporation Bhd. (Talam) dan terbaru membabitkan isu perjanjian penyelesaian hutang syarikat berkenaan dengan kerajaan negeri terbabit.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, dalam isu tersebut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini mendakwa kerajaan sedia ada terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani antara Talam dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor terdahulu.

Menurutnya, berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani antara Talam dengan kerajaan Selangor terdahulu yang bertarikh 8 Mac 2007 sah laku perjanjian tersebut adalah sehingga 8 Mac 2008.

''Ini bermakna ketika kerajaan PKR Selangor dan Talam menandatangani satu perjanjian baru pada tahun 2010, mereka tidak terikat dengan perjanjian bertarikh 8 Mac 2007.

''Atas asas ini juga saya minta Teresa mendedahkan butir-butir tiga perjanjian yang pernah ditandatangani antara kerajaan Selangor terdahulu dengan Talam bagi membuktikan bahawa perjanjian-perjanjian tersebut masih sah apabila kerajaan negeri sekarang menandatangani perjanjian baru dengan Talam pada tahun 2010,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Tee Yong berkata, tiga perjanjian yang dimaksudkannya itu bertarikh 29 Julai 2005, 12 Mac 2006 dan 8 Mac 2007.

''Setiap butir-butir perjanjian ini hendaklah didedahkan kepada umum,'' katanya lagi.


Dalam pada itu Tee Yong berkata, sehingga kini kerajaan PKR Selangor gagal menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan antaranya penilaian yang lebih tinggi untuk tanah di Bestari Jaya; tanah Danau Putra di dalam kolam lombong; unit pejabat yang sukar dijual di Menara Pandan serta Ukay Perdana.

''Bagi kami pendedahan tentang perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan BN dahulu adalah satu tindakan terdesak oleh Kerajaan PKR Selangor. Tujuannya adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat dengan menjadikan BN sebagai kambing hitam,'' katanya.

Tee Yong dalam sidang akhbarnya turut menjangkakan kenyataannya hari ini akan diputar belit oleh pihak pembangkang terutama pihak DAP.

''Walau apa pun saya ingin menasihatkan mereka agar menyemak kenyataan mereka terlebih dahulu supaya mereka tidak terperangkap dengan kenyataan bercanggah antara satu sama lain atau berbohong,'' ujarnya.

Jawap Khalid dan Teresa, jangan tak jawap..sampai bila nak menipu rakyat...!!!

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Aliffnajmi berkata...

Terima kasih Chua Tee Yong.
Hrp MCA akan ada ramai lagi pemimpin berkarisma mcm ni.