Ahad, Julai 04, 2010

Adakah PAS Juga Penjahanam Agama Dan Bangsa!



























Banyak perkara berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan. Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.

Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.

Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.

Perkara (8) diubah kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam sebagai ganti kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam.

Perkara (9) memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dalam usaha mencapai cita-cita keharmonian antara kaum dalam pindaan 1987 diubahkan kepada memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.

Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.

Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.

Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia.

Adakah rakyat masih ingat gara-gara bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad mengumumkan untuk berundur keluar dari UMNO, seolah-olah ianya memberi satu rahmat kepada Pakatan Rakyat terutamanya Pas. Mereka mula memasang angan-angan untuk menubuhkan kerajaan baru jika Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang. Mereka berharap UMNO akan terus bergolak dengan masalah dalaman mereka.

Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara. Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas. Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.

Pelik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial? Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu. Tidakkah semuanya ini bercanggah dengan perlembagaan parti Pas yang dipinda oleh mereka sendiri?

Adakah kita telah lupa semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004.

Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum".

Inilah sebenarnya perjuangan kabur Pas yang hanya pandai berkata-kata. Mereka begitu bijak menutupi segala kelemahan yang ada di samping sering menuding jari mencari kesalahan orang lain. Rakyat tidak seharusnya terus membiarkan diri terperangkap dengan helah politik Pas ini. Jika rakyat dari sekarang terus leka dan tidak berhati-hati ketuanan Melayu akan hancur dan agama Islam sukar dipertahankan.

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

Abu Faiq berkata...

Salam,

1 "..Pas 'JUGA"..". Knapa ada prkataan "JUGA?" di stu? Krana ada parti orang Melayu [lslam] slain Pas pun mnjhanamkn orang Melayu & agama bngsa Melayu [lslam].

2 Apabla printah2 Allah dicemoh & diprlekeh, smentra lrangan2-Nya pula dlnggar & dilanyak, itulah prilaku mnjahnmkan agama & bngsa yg mnganut agama itu. Betapa bnyak printah2 Allah yg dprlekeh olh parti politk orang Melayu, baik Pas, Umno atau Pkr dsb, antranya:

i "Hak mnetapkn hukum [undang2] hanyalah bagi Allah" [al-An'am:57]

Tapi ttap juga terus mmbuat hukum sndiri di dwan lagislalif di DUN & parlimen.

ii "Brangsiapa yg tidak brhukum dgn apa yg tlah diturnkan olh Allah [syariat], maka mreka itulah orang2 yg kafir" [al-Ma'idah:44], atau "...yg zalim" [al-Ma'dah:45], atau "...yg fasiq" [al-Mai'dah 47]

Namun, hukum2 [undang2] buatan manusia juga, hukum thaghut, yg dgubal & digunapakai, dlaksanakan dlm pmerintahan.

iii] "Demi Tuhnmu, [wahai Muhamad]
mreka pda hakiiktnya tidak briman sehnggalh mreka mnjadikn kamu hakim dlm prkara2 yg mreka prslisihkan, kmudian mreka tdak mrasa kberatan dlm hati mreka trhadap apa yg kamu putuskan, & mreka mnerimanya dgn spenuhnya [taat]" [an-Nisa':65]

Yg djadikan hakim [hukum/pmutus] dlm sluruh intraksi brtatanegera & pmerntahan ttap sstem hukum Sivil-Sekular juga. Hukum2 lslam hanya ddukung oleh & scara individu, tdak dibnarkan campur tangan dlm urusan pmrintahan & negara.

3 ltu saja sudah cukup utk mmbktikan btapa ingkarnya mreka kpd printah2 Allah dlm brpolitk & brmerintahn. Blum lagi yg lain2 yg sngat banyak.

4 Apakah ini smua hnya trkena pada Pas? Semak fikrah & kaedah, misi & visi parti2 politik orang Mlayu yg lain: Apakah brjlan di atas fikrah & kaedah lslam? Apakah ideologi yg mreka dukung demi mmprjuangkn bangsa & agama, atau mnjahanamkan agama dgn mmesong & mnjahnamkan cara sbnar orang Mlayu memahami & mngamalkan agama mreka'
lslam? Apakh mreka mnepati printah Allah, mksdunya';

"Wahai orng2 yg briman, masuklah kamu sekalian ke dlm lslam scara kaffah [total]".

Wallahu a'lam.

Abu Faiq berkata...

Salam,

5 Betapa bnyak pula laranan Allah yng diprlekeh & dilanyak, antaranya;

i] "Wahai orng2 yg briman, jnganlah kamu mnyebut ra'ina, ttapi sebutlah unzurna". al-Baqarah: 104]

Tapi istlah2, konsep2 & ideolgi yg tdak brsumbrkan wahyu [al-Quran] & tiada dlm as-sunnah juga yg diusung, spt Sekular-Demokrsai-Kapitslie, kontrak sosial, libralisme, dsb.

ii] "Janganlh orng2 yg briman mngambil orang2 kafir mnjadi aulia' [pmimpin, tman kpercayaan] dgn mninggalkn orng yg briman. Ssiapa yg mlakukan yg dmikian [mlnggar larangan] itu, mka tiadalh
dia [mndapat prlindungan/
prtolongn] drp Allah dlm suatu apa pun..." {Ali lmran:28]

Bukankah sgala parti politik orang Malayu yg ada tlah mlanyak larangn Allah ini?

6 "Ssiapa yg mncari agama [sstem kehidpan] slain lslam, maka
tdak akan dtrima drpnya [agama itu]. Di Hari Akirat klak dia trmasuk drp orng yg rigi" [Ali lmran:65]

Dlarang, dharamkan sstem2 yg slain sstem hukum syariat. Krana itu Nabi saw mmbina cntoh-tladan bgaimana brnegara dgn sstem syariat lslm dlm Negara lslam di Madinah.

7 Kcuali hnya parti politk yg brjuang utkn mengakkan Daulah Khilafah yg dgannya dterapkan syariah scara kaffah, kaedah apa pun yg slainnya pasti tdak mampu mnzahirkan lslam rahmat[an] lil 'alamin.

Wallahu a'lam.

Taminsari berkata...

Salam..

Mohon maaf kerana saya tak pasti mengapa komen-komen yang dihantarkan ke artikal ini tidak dapat disiarkan..wallahuallam