Selasa, April 20, 2010

P94 : Siri 1 - Pembohongan, Kepincangan Dan Kezaliman PR di Selangor!


Isu 1 (16 September)

DSAI - Penasihat PKR dan Penasihat Ekonomi Selangor melakukan pembohongan terbesar kepada rakyat dalam sejarah Malaysia,
dengan mengatakan bakal berlaku peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008:

* Pada 16 September 2008, Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ, Kelana Jaya kononnya tarikh pembentukan “kerajaan baru Malaysia”. Tetapi tidak berlaku apa-apa pada tarikh tersebut.

* Terbaru Dato’ Seri Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas) menyatakan:

1. ”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh (Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”.

2. Mereka juga diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi membolehkan pihak pembangkang membentuk kerajaan.

* Hakikatnya, tiada 30 ahli Parlimen melompat parti, Panglima Angkatan Tentera Malaysia menafikan pembabitan mereka dan Yang Dipertuan Agong turut menafikan dakwaan itu bila ditanya oleh YAB Perdana Menteri.

Isu 2 (Pasir)

Kerajaan negeri gagal menunai janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009:

* Janji sasaran kutipan RM 150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan bajet 2009 Dato’ Menteri Besar

* Namun ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, YAB MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84.

* Ini hanya 3 % sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.


Isu 3 (Hutang Talam)

Kerajaan Selangor tidak bermoral dan tidak beretika kerana "membeli" hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan / duit rakyat.

* Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli hutang Talam Corp

* Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan / “duit rakyat” untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.

* Yang pelik, pada masa yang sama kerajaan menekan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) yang berjunag untuk membasmi kemiskinan sehingga mahu merampas tanah milik YBK.

* Strategi pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu “syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain, dan pada masa yang sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama”.

* Memetik kata-kata Mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai “Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak- penyangak di dalam sektor korporat” (dengan izin - "This is an old trick used by the crooks in the corporate sector.")


Isu 4 (YBK)

Kerajaan negeri berdendam, berniat jahat, zalim dan menindas organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan di Selangor :

* YAB Menteri Besar menggugut untuk tidak meluluskan Pembangunan Kampus Cawangan UiTM di Serendah jika permintaan melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi dan memberi tiga kerusi Lembaga Pemegang Amanah tidak dipenuhi.

* Akibat penolakan itu, YAB Menteri Besar menyalahgunakan kuasa dengan merampas aset tanah YBK dan memulangkan bayaran cukai tunggakan cukai RM 5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor sebelumnya.

* Tindakan ini nyata luar biasa, zalim dan tidak berbudi bicara kerana Akta Kanun Tanah Negara membenarkan 4 pihak termasuk bukan pemilik tanah untuk membayar apa-apa cukai bagi pihak pemilik tanah.

* Keseluruhan jumlah cukai dipulangkan RM 6.9 juta (RM 5.7 juta + RM 1.2 juta) RM 1.2 juta adalah cukai yang telah dibayar dan diterima oleh kerajaan negeri sebelum ini.

* Ini adalah salah guna kuasa dan menyalahi amanah kerana sebagai sebuah kerajaan, mengutip cukai adalah tanggungjawab dan cukai yang telah dikutip adalah wang rakyat. Kenapa ia dipulangkan sedangkan ia boleh digunakan untuk manfaat rakyat.

* Kerajaan menindas organisasi membantu orang miskin tetapi sanggup mengeluarkan wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corp.

Isu 5 (Manifesto)

Manifesto Pilihan Raya 2008 Pakatan Rakyat Gagal Ditunaikan.

* Rata-rata manifesto Pakatan Rakyat Selangor gagal ditunaikan kerana mereka membuat janji tanpa mengetahui perkiraan sebenarnya.

* Antaranya kegagalan kerajaan negeri menurunkan cukai taksiran 20% seperti yang terkandung dalam manifasto atas alasan keadaan ekonomi tidak mengizinkan.

* Ini mendorong seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Shaid Rosli, 25 dari Simpang Tiga, Ijok membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu berikutan kegagalan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya.

ISU EKONOMI / KEWANGAN

6. Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Tidak Realistik

* Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta

* Jumlah pelaburan itu tinggal anggaran dan lima inisiatif tersebut tinggal perancangan tanpa ada kepastian bagaimana kerajaan negeri hendak mencapainya kerana sehingga kini tidak ada sebarang angka yang pasti berapa jumlah wang yang sudah dapat.

7. Kerajaan Negeri Mewujudkan Monopoli Dalam Industri Pasir

* Pewujudan syarikat tunggal Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menguruskan pasir dari tanah-tanah kerajaan menjadi KSSB tidak kompetitif, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.

* KSSB tidak takut hilang perniagaan kerana mereka tidak mempunyai pesaing dalam industri ini.

* Lebih memburukkan, KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu dibuat oleh pejabat tanah daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ini lebih mendedahkan pada amalan rasuah dan penyelewengan

8. Kerajaan Negeri Melalui KSBB Gagal Menguruskan Hasil Pasir

* Dato’ Menteri Besar mendakwa pewujudan hanya satu syarikat boleh membendung aktiviti mencuri pasir. Persoalan mengapa masalah kecurian pasir masih berleluasa dan kerap dilaporkan?

* Antaranya dakwaan kegiatan curi pasir di belakang kampus Unisel, Lembangan Sungai Langat di Kuala Langat dan Dengkil, Sepang.

* Malah ada laporan polis dan dakwaan kecurian pasir menggunakan lori KSSB di mana KSSB merayu atas kompaun akibat “kesalahan mengeluar bahan batuan tanpa wibawa yang sah” misalnya di Kuala Selangor

* SPRM turut menahan setiausaha sulit seorang Exco kerajaan negeri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan kelulusan kontrak perlombongan pasir dan lawatan ke China 9. Industri Pasir Menyebabkan Pencemaran

* Kawasan tahan air negeri ini diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan aktiviti pengorekan atau mencuri pasir, misalnya di Sungai Baranang yang mengakibatkan pencemaran di muka sauk Sungai Semenyih yang terpaksa ditutup beberapa bulan lalu.

* Julai 2009, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah mengarahkan lombong di Sunway Semenyih ditutup serta-merta kerana mengakibatkan pencemaran di Sungai Medang, Hulu Langat.

10. Pengambilalihan Hutang Talam Corp Meragukan

* Kerajaan negeri menggunakan mekanisme yang tidak ada semak dan imbang (dengan izin check and balance) dengan pembelian hutang oleh Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd (SIC) yang tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan untuk membuat pinjaman dari CIMB Bank yang membiayai pembelian hutang.

* Adalah pelik tiada kos konsultansi dalam proses pengambilalihan dan penebusan hutang Talam Corp ini seperti yang diakui oleh YAB Menteri Besar.

* Mesti ada dokumen perjanjian dan yuran guaman. Difahamkan SIC perlu menanggung kos guaman dan konsultasi sebanyak RM 700 ribu.

11. ”Industri Babi”, Hadiah Pertama Untuk Rakyat Selangor

* Baru sahaja berkuasa, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui YB Teresa Kok mengumumkan kelulusan pembinaan kandang babi moden dengan bajet RM 100 juta.

* Ia menjadi hadiah pertama mereka untuk rakyat.

* Bila wujud tentangan rakyat kerana ia sensitif, kerajaan sekarang ’cuci tangan’ dengan mengatakan kelulusan dibuat kerajaan terdahulu.

* YB Mantan Menteri Besar menjelaskan kerajaan dahulu bersetuju untuk dilakukan kajian pengenalpastian “modern pig farming” yang sesuai dengan pengecilan jumlah ternakan kerana mahu untuk kegunaan tempatan dan bukan sebuah industri serta tanpa komitmen pemberian
tanah dan kewangan.

12. Program Pertanian Bandar Urban Agriculture Tersalah Konsep.

* Kerajaan negeri mencadangkan program Program Pertanian Bandar (urban agriculture) yang membantu masyarakat bandar mengusahakan pertanian keliling rumah dan meringankan kos sara hidup dengan mendapatkan bekalan sayur-sayuran melalui usaha sendiri

* Konsep ini salah, yang sebenarnya ialah ediable landscape di mana individu dan suri rumah menanam sayuran serta herba di pasu atau taman.

* Pertanian bererti memerlukan skala besar dan hasil ekonomi impak tinggi.

* Jika dikatakan pertanian di bandar maka automatik kawasan itu menjadi luar bandar kerana definisi bandar ialah kawasan di mana aktiviti ekonominya tidak berteraskan pertanian.

13. Penternak Lembu, Kambing Diabaikan

* Sept. 09 - 100 penternak lembu di Selangor dari Persatuan Penternak Ruminan Selangor berhimpun aman dengan ternakan mereka di hadapan pejabat SUK sebagai bantahan kegagalan kerajaan negeri membantu 2 penternak yang mengalami kerugian – kematian hampir 300 ekor lembu kambing akibat empangan pecah di Lembah Sungai Tua Ulu Yam

* Malah mereka turut ’ditunding jari’ dan didakwa menternak secara haram sedangkan ia mempunyai permit serta membayar cukai kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

* Ini memperlihatkan ketidakcekapan dan sikap kurang prihatin pimpinan Pakatan Rakyat terhadap masalah rakyat ketika mereka mendakwa kononnya sebagai jaguh mengatasi isu rakyat. Penternak meluahkan ”kalau lembu pun tak boleh jaga, bagaimana nak jaga rakyat.”

Bersambung ke Siri 2...

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN ).



Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

mudz berkata...

50 tahun UMNO di Selangor...apa jasa UMNO???

* Ini memperlihatkan ketidakcekapan dan sikap kurang prihatin pimpinan UMNO terhadap masalah rakyat ketika mereka mendakwa kononnya sebagai jaguh mengatasi isu rakyat. Melayu meluahkan ”kalau UMNO pun tak boleh jaga, bagaimana MIC nak jaga rakyat.”

Tanpa Nama berkata...

ahaha ni laie klaka..

hasil pasir...??berapo tan metrik pasir dah dijual woi?? wakak satu je fakta ko tak jolas..sah2 semua pun ekau tipu jang.. ahahaha