Ahad, November 01, 2009

Artikel Pilihan : Terselamatkah penyokong Hadi?

RAMALAN ketua pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa UMNO akan tumbang sebaik sahaja selepas pilihan raya umum ke-12, ternyata meleset. Sebaliknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinnya kini bergelut dengan krisis. Seorang demi seorang pemimpin keluar parti dan ada yang melepaskan jawatan. Sebahagian mereka sudah hilang keyakinan terhadap Anwar termasuk dalam isu moralnya.

Bagaimana dengan Pas? Parti itu juga diambang perpecahan. Doa pemimpin tertentu Pas agar UMNO dimusnahkan nampaknya seakan menimpa parti itu. Sedangkan UMNO masih bertahan. Malah sokongan orang Melayu kepada UMNO meningkat, menandakan pemulihan kepada parti itu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Gesaan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang mahu diadakan Muktamar Agung Khas agar beberapa pemimpin yang pro Presiden, Hadi Awang 'dibersihkan' mendedahkan lagi gelora dalam parti tersebut. Gesaan Tok Guru itu bagaimanapun ditolak dan digantikan dengan seminar, yang dilihat tamparan kepada beliau. Cerita apa yang berlaku dalam mesyuarat tersebut sudah tersebar luas. Panas. Ada yang mencabar mahu meletakkan jawatan. Maknanya, mesyuarat tersebut tidak pun mengatasi kebuntuan sebaliknya mencetuskan lagi banyak persoalan dan kebimbangan?

Apakah terselamat kedudukan pemimpin yang mahu disingkirkan oleh Nik Aziz? Antaranya Timbalan Presiden, Nasharudin Mohd. Isa, Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr. Hassan Ali.

Awang tidak fikir kedudukan mereka terjamin selamat kerana puak yang menyokong Nik Aziz khabarnya tidak mahu berdiam diri. Maka desas-desus Pas sudah terbelah dua semakin jelas. Satu kelompok menyokong Hadi dan mereka pernah menyokong idea pro kerajaan perpaduan dengan UMNO yang diilhamkan oleh Presiden Pas itu. Antara pemimpin yang pro Hadi selain Nasharudin, Mustafa dan Hassan ialah Harun Taib, Haron Din, Azizan Razak, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin Hassan Tantawi.

Satu lagi memihak kepada Nik Aziz yang lebih condong kepada aspirasi PKR dan DAP sehingga memperlihatkan Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang. Nama yang selalu dikaitkan menyokong Nik Aziz ialah Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Mahfuz Omar dan Hatta Ramli. Kelompok ini juga dikatakan pro Anwar atau apa yang dilabel sebagai puak Erdogan. Mereka lebih simpati kepada Anwar dan sanggup mempertahankan beliau di sebalik isu moralnya sedangkan penyokong Hadi agak dingin kerana tidak mahu parti itu dijadikan alat kepentingan peribadi.

Dengan tindakan pre-emtif Nik Aziz menyerang beberapa pemimpin pro Hadi, beliau nampaknya mahu memperkasakan lagi puak Erdogan. Awang melihat ini sebagai tindak balas Nik Aziz setelah beberapa orang kanannya tewas pada pemilihan lalu termasuk Husam yang dikalahkan oleh Nasharudin. Mengaitkan dan menyalahkan UMNO adalah strategi pihak yang mendalangi gerakan Nik Aziz.

UMNO hanya menjadi kambing hitam kepada muslihat puak Erdogan mahu menguasai Pas. Nampaknya Hadi memperlihatkan kematangannya dengan tidak melatah. Beliau masih bertenang dan belum bertindak balas. Tetapi adalah silap bagi sesiapa untuk mengambil mudah beliau. Jangan lupa Hadi masih Presiden.- UM

Suara Politik
Taminsari

6 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, bukan semua dalam PAS memihak kepada erdogan-erdogan PAS walau pun mendapat sokongan Nik Aziz, kalau tidak masakan banyak PAS negeri-negeri yang memandang sepi kepada Nik Aziz......

Nik Aziz dan erdogan PAS akan tersingkir juga akhirnay....

SABAHKITA berkata...

Salam Ziarah.
Memang sukar bagi penyokong PAS membuat pilihan kerana pengaruh dan keperibadian TGNA sudah lama berakar umbi dalam jiwa penyokong PAS. Permusuhan yg telam memakan masa yg lama dengan BN khasnya UMNO di kalangan orang Melayu juga tidak mudah dilenyapkan begitu sahaja, seperti delete rekod dlm komputer. Kerjasama PAS dengan DAP-PKR pula ditentang ramai dan tidak mudah diterima. Realitinya telah lebih banyak menyimpangkan/memesongkan perjuangan asal PAS yang sebenarnya. Walaupun sebilangan PAS menafikannya tetapi tidaklah semudah menutupi "kemahuan politik" mereka yang tidak sehaluan/selari dengan ideologi sebenar PAS. Inilah dilema PAS masakini...Mampukah PAS bertahan dalam Pakatan Rakyat? Adalah persoalan yang sukar dirungkai. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. TGNA dan penyokong tegarnya perlu memikirkan "idelogi perjuangan PAS" dari "pangkat, kedudukan, undi dan hatrabenda yang tidak mampu dibawa ke alam lain. Apakah kelebihan PR (DAP dan PKR)berbanding UMNO dalam konteks "idelogi asal" Perjuangan PAS? Tergelincir dari ideologi inilah yang membawa PAS ke kancah krisis dan kemelut kini. Allhuwallam.

Senjaliza berkata...

Salam Sdr. Belantan,
Sebahagian penyokong fanatik TGNA sudah tidak dapat mengenali antara "kawan dan lawan", "antara jamaah dengan bukan jamaah". Setuju denga Sdr. Sabahkita bahawa "menebalnya" pengaruh TGNA dalam jiwa sesetengah penyokong PAS sehingga "menafikan kebenaran yang nyata" jika TGNA menolaknya atas tekanan "luar" dan "kehendak politik".

Jika TGHH, Ustaz Nasha, Mustapha Ali, Hassan Ali dan Nasaruddin H.Tantawi dan pemimpin PAS dari kumpulan ulamak sendiri tega ditentang penyokong fanatik TGNA, siapalah PM dan TPM dan orang-orang UMNO. Cuma yg menghairankan; Siapalah DAP dan Pakatan Rakyat kepada pengikut TGNA yg fanatik ini?

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..YG PASTI APA YG NIK AJIS MAHUKAN IALAH KEDUDUKANNYA SEBAGAI MUR'SHIT'DOL TIDAK DI GANGGU GUGAT OLEH AHLI SENDIRI. DAN UTK MEMASTIKAN TIADA SAPE YG BERANI MENENTANG BELIAU IALAH DGN MENCANTAS PUAK2 YG X SEPENDAPAT DGN BELIAU DAN ERDOGEN

C L J berkata...

Anuar akan hilang dari suasana politik Malaysia tak lama lagi. Dia yang ketakutan sekarang sedang mencari helah. Namun dia tidak terlepas kerana sudah terlalu engkar kepada Allah.

Erdogan erdogan tu akan terkapai menggapai.

Taminsari berkata...

Salam. Terima kasih semua diatas ulasan-ulasan menarik yang telah diberikan.

Apa yang kita pasti adalah Anwar Ibrahim telah berjaya mempergunakan Pas demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Anwar merasakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong pembentukan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, adalah penghalang besar kepada cita-citanya itu. Sebenarnya pendapat bahawa idea kerajaan perpaduan Pas-UMNO bukan isu utama mengakibatkan kemelut dalam Pas.

Sebaliknya ia peranan Anwar di belakang tabir Pas yang menjadi punca krisis ini. Ia alasan mengetepikan kewujudan Abdul Hadi yang dilihat mampu menenggelamkan kredibiliti Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Permasalahan dalam Pas bukan saja melibatkan golongan pro-UMNO tetapi juga anti-Anwar. Pemimpin Pas prokerajaan perpaduan seperti Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali yang dilabel pemimpin bermasalah oleh mursyidul am parti itu, Nik Aziz Nik Mat sebelum ini, juga menjadi kerisauan kepada Anwar.

Anwar memang resah dengan cara Hassan di Selangor yang susah berkompromi dengan banyak tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR itu. Ia salah satu sebab Anwar melaga-lagakan Pas. Ramai ahli Pas belum sedar permainan Anwar kerana mereka masih mempercayai ikrar Pas untuk tetap bersama pakatan pembangkang. Anwar juga dilihat mahu mengalihkan perhatian daripada masalah dalaman PKR kepada masalah dalam Pas.

Pemimpin PKR tidak henti-henti terlibat dengan masalah moral dan peribadi, jadi Anwar cuba mengalihkan perhatian rakyat mengenai ini dan menjadikan ia masalah Pas. Sepatutnya Pas sedar bahawa Anwar sedang resah jika dia tidak dapat menghapuskan Abdul Hadi, maka cita-citanya akan tertutup.Wallahuallam.