Jumaat, Julai 03, 2009

Isu Kedah : Memang Patutpun DAP Memarahi PAS!

Artikel ini pernah di tulis ketika Pakatan Rakyat mula-mula melangkah kaki untuk menguasai negeri jelapang padi iaitu Kedah. DAP ada hak untuk mengemukakan bantahan terhadap MB Azizan kerana MB Azizan pernah berjanji kepada kaum bukan Melayu untuk membenarkan " pasar terbuka " bagi penjualan daging babi. DAP menganggap PAS tidak mengotakan janji-janji mereka kepada kaum bukan Melayu. Mungkin bagi DAP, MB Azizan cakap tak serupa bikin?

Pas Semakin Hilang Arah Perjuangan

Kalau nak dibandingkan dengan Selangor, Perak dan Pulau Pinang kedudukan Pas adalah selesa di Kedah dan Kelantan. Di negeri Kedah misalnya kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR adalah sangat sedikit. Walaupun sedikit tetapi cengkaman DAP terhadap negeri itu boleh dikatakan agak kuat juga. Dapat dilihat DAP semakin cuba untuk menguatkan kedudukannya di semua negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Terbaru apabila DAP yang tidak mempunyai kuasa di Kedah telah berjaya untuk mempengaruhi keputusan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. Dalam satu sidang akhbar, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.

Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah “.

Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya.

Nampak gayanya sekarang cara bagaimana BN mengatasi perkara ini adalah lebih baik daripada apa yang hendak dilakukan oleh Pas Kedah. Sekurang-kurangnya kerajaan BN mengasingkan tempat halal dan bukan halal dipasar-pasar besar bagi memudahkan orang Islam dan bukan Islam berniaga dan membeli-belah. Apa dah jadi kepada kerajaan Pas Kedah sekarang? Definasi “ secara terbuka “ ada banyak maknanya. Secara terbuka ditempat awam ataupun secara terbuka ditempat yang dikhaskan ( tertutup ).

Jika dilihat dari lapuran tersebut mungkin ramai orang Islam terutamanya di Kedah akan marah dan kecewa dengan apa yang akan berlaku. Mereka mungkin kecewa dengan Perjuangan Islam yang selama ini dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Kadang-kadang terfikir juga, apakah sebenarnya yang Pas hendak tonjolkan di dalam pemerintahannya. Kalau dilihat sejak kebelakangan ini dimana DAP semakin agresif menekan rakan-rakan mereka didalam Pakatan Rakyat, adalah tidak salah jika saya mengatakan pemimpin Pas Kedah telah di cucuk hidungnya.

Pas nampaknya lebih tunduk kepada DAP daripada hukum Allah SWT. Sepatutnya Pas mampu melaksanakan banyak hukum Allah SWT di bumi jelapang padi ini kerana ianya bukan kerajaan campuran seperti di Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Mungkin penyokong-penyokong Pas kini terpaksa melupakan hasrat atau impian menubuhkan Kerajaan Islam di Kedah kerana perkara-perkara yang sekecil inipun gagal dilaksanakan oleh pemimpin Pas.

Sepatutnya ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan BN yang terdahulu, tetapi kini lain pula jadinya. Bertambah buruk? Mungkin kita gagal memahami tindakan yang telah diambil oleh Menteri Besar Kedah ini dan berkemungkinan juga penyokong-penyokong Pas sekarang bertambah keliru.

Kita tahu memang agak sukar untuk menghapuskan penjualan arak dan pusat perjudian yang telah lama bertapak tetapi sepatutnya MB Azizan perlu menekankan bahawa pentadbirannya akan cuba mengurangkan jumlahnya bukan mengekalkan. Rakyat Kedah benar-benar berharap pemimpin PAS tidak akan menambah jumlah lesen sekiranya diminta berbuat demikian oleh DAP, tetapi ini disebaliknya.

Rakyat juga tidak faham dengan tindakan MB Azizan yang hendak membenarkan penjualan daging babi secara terbuka. Apakah ini bermaksud, taukeh-taukeh babi boleh menjual daging babi bersebelahan dengan peniaga-peniaga ayam dan lembu?
Bayangkan lah jika ia benar-benar berlaku, sanggupkah kita dengan terpaksa melalui kedai-kedai menjual daging babi dahulu apabila hendak membeli ayam dan daging dipasar-pasar besar di Kedah. Sudah tentunya ia adalah sesuatu yang menjijikkan.

Jangan terkejut jika di Pasar Rabu, Alor Setar kelak akan ada kedai menjual daging babi, pusat snuker, kedai nombor ekor dan rumah urut ! Masih berbaloi kah rakyat Kedah memilih Pakatan Rakyat? Sama-samalah kita fikirkan untuk kebaikan umat Islam di Kedah.

Dan sekarang mungkin MB Azizan telah sedar apa yang dijanjikan kepada bukan Islam sebenarnya memberikan satu imej yang buruk kepada kerajaan PR Pas yang memerintah negeri Kedah. Apa yang boleh dikatakan adalah nasi sudah menjadi bubur dan bersedialah menghadapi risiko nya sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Suara politik
Taminsari

5 ulasan:

Anak Perelih berkata...

Bila pulak Ustaz azizan kata nak tambah lesen pusat jualan arak, judi macam hang kata???? hang ni putaq belit la... auta lebih... dia kata dia tak nak ganggu lagi yg sedia ada.. yg kerajaan UMNO luluskan.. dia tau nanti rakyat terkejut.... dia nak kukuh akidah dulu baru pengurangan dilakukan....

Bukan macam Najib... jadi menteri keewangan saja, terus tambah cabutan khas sport toto dan magnum... ni nak tambah lagi cabutan khas... sampai bukan Islam pun komplen. di parlimen.. banyak sangat cabutan khas judi ek oq ni....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam bro Taminsari,

Kita tengok tindakan semasa Azizan. Tindakan ini baik. Sama ada ianya ikhlas atau kerana PRK Manek Urai atau kerana wayang Anwar Ibrahim yang panjang akal itu kita akan tunggu perkembangannya. Apa-apa hal pun Azizan kelihatan lebih baik dari Nik Aziz. hehehe

YANG GAMBI berkata...

Kita akan tengok nanti, bila PAS terasa takut hilang penyokong kaum DAP, lebih banyak benda-benda yang dulu dia kata kat UMNO akan berbelik kepada PAS...........

Biasanya cakap orang munafik akan disegerakan pembalasanya.....

megat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Gerakan Gesa MB Kedah Siasat Dakwaan Kuil Dan Tokong Akan Diroboh


ALOR SETAR, 6 Julai (Bernama) -- Pemuda Gerakan Kedah menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan sebuah badan bebas bagi menyiasat dakwaan DAP kononnya kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina di negeri itu.

Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang berkata Azizan harus mengambil langkah segera untuk menyiasat dakwaan itu yang dianggap sangat serius dan hasil siasatan itu haruslah diumumkan.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su mengulangi dakwaannya yang beliau mempunyai maklumat mengenai keputusan kerajaan negeri untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina setelah Azizan mengatakan bahawa sebagai Menteri Besar beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai keputusan itu.

Tan berkata Menteri Besar sepatutnya mengambil serius perkara itu dan bukannya menuduh DAP sengaja menimbulkan kebencian pelbagai kaum apabila membangkitkan isu itu.

-- BERNAMA