Khamis, Julai 16, 2009

Anwar : Cakap Tak Serupa Bikin!



























Ekoran dari tuduhan Anwar terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Tangkap Muhyidin Kerana Janji Palsu !

KUALA KRAI — Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuat siasatan berhubung janji Muhyidin itu. Anwar merujuk kepada kenyataan Muhyidin Yasin, yang menawarkan untuk membina jambatan baru bernilai RM7 hingga RM10 juta di Manek Urai Lama sekiranya pengundi memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

“Dari sudut undang-undang ia adalah salah, dan saya cabar kalau SPRM betul-betul amanah, tangkap dan siasat Muhyidin kerana buat janji palsu.

“Kalau dia beranilah…Mana boleh kalau hendak jambatan pangkah Umno-BN. Pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan, begitu? Dia ingat bapak dia punya negeri,” katanya lantang disambut sorakan gemuruh penyokong yang hadir dalam ceramahnya pada 12 Julai. Sebelum itu Malaysian Insider melaporkan, PAS telah membuat satu laporan polis terhadap Tan Sri Muhyidin Yassin.

Pasukan peguam Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan di Balai Polis Laloh dan mendakwa Muhyidin telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954.

“Laporan itu dibuat berhubung dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi merentangi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

“Selain itu Muhyiddin juga menjanjikan Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai 2009,”kata Penasihat Jentera pilihan raya PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam sidang malam 13 Julai. Manek Urai Lama terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Ia bersempadan dengan Manek Urai Lama, yang dihubungkan dengan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300.

TETAPI ANWAR SUDAH LUPA :

Anwar buat janji selesaikan isu Kampung Buah Pala - DAP!

Bukan DAP tetapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji untuk menyelesaikan kemelut tanah di Kampung Buah Pala.

Itu penjelasan Timbalan Pengerusi Pemuda Sosialis DAP negeri, R.S.N Rayer berhubung isu berkenaan apabila Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C. Tharmaraj berterusan menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Katanya, DAP memang ada membuat janji menyelamatkan Kampung Buah Pala pada pilihan raya umum tahun lalu, namun pihak pertama yang berbuat demikian adalah Anwar sendiri.
''Kenyataannya kebelakangan ini seolah- olah menghentam pakatan pembangkang tetapi beliau harus faham bahawa salah seorang pemimpin dan antara yang pertama pergi ke situ menabur janji untuk cuba selamatkan kampung tersebut adalah Anwar,'' ujarnya.

Beliau turut membidas tindakan Tharmaraj yang berhasrat mengedarkan lebih 20,000 cakera video digital (DVD) mengandungi rakaman janji yang dibuat oleh pemimpin pakatan pembangkang. Menurutnya, beliau difahamkan Tharmaraj merupakan Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, justeru sebagai seorang yang menyandang jawatan dalam parti dia seharusnya perlu lebih faham, sekali gus bersama-sama bertanggungjawab atas masalah itu.

Rayer yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima berkata, tindakan serta kenyataan Tharmaraj kebelakangan ini dilihat seolah-olah mempersoal dan mencabar pucuk pimpinan partinya sendiri iaitu PKR. ''Memang diakui janji dibuat, tetapi adakah Tharmaraj selaku Bendahari AMK telah bertindak sebagai ahli parti yang bertanggungjawab, adakah beliau mempersoal pucuk pimpinan PKR sendiri dan tindakannya ini juga macam mencabar serta tohmahan kepada pakatan pembangkang.

''Saya berasakan PKR perlu melihat isu ini sebagai masalah pakatan, jadi mengapa tiada sebarang tindakan diambil kerana sepatutnya beliau perlu diberi amaran dan kalau boleh saya bagi pihak DAP meminta dia dikeluarkan daripada PKR," katanya. Beliau ditemui selepas mengiringi Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang yang juga ADUN Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan berhubung isu pemberian milik tanah lot 698 Bandar Gelugor atau lebih dikenali sebagai Kampung Buah Pala di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rayer menegaskan, beliau bukan meminta Tharmaraj supaya menutup mulut berhubung isu tersebut tetapi mahu dia lebih bertanggungjawab semasa membuat kenyataan sekiranya ia dibuat atas pakatan pembangkang. ''Saya dukacita kerana kita dapati ada kalangan ahli pakatan pembangkang bertindak sebaliknya dan cuba membuat masalah ini sebagai isu perkauman, ini adalah sesuatu yang memalukan pakatan pembangkang terutama PKR," tegasnya.

Sementara itu, Wei Aik yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, dalam laporan polis tersebut pihaknya mempersoalkan proses pemberian kelulusan tanah kampung diberikan walaupun terdapat dua permohonan awal telah ditolak oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum itu.

Komen : Nak berpolitik, tapi tak pandai. Masing-masing saling menuduh antara satu sama lain. Masing-masing tak mengaku berak ditengah jalan, ni....siapa nak basuk taik korang ni???
Kepada penduduk Pulau Pinang, fikir-fikirkanlah pada PRU-Ke13 nanti...masih nak kekalkan pemerintah yang ada sekarang ni ke...Itulah kalau nak menuding jari kepada orang lain, jangan lupa tiga jari lain menuding kepada diri sendiri. Mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

6 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

JANJI TERBAHARU NUAR DI MANIK URAI ADALAH HARI INI PAS MENANG DIMU ...2 HARI SELEPAS ITU DIA DAN KIT SIANG AKAN MEMPERJUANGKAN ISU ROYALTI MINYAK NEGERI KELANTAN DIKELANTAN....

KAH KAH KAH...PENYOKONG PAS YANG BANGANG MENYAHUT JANJI TU DENGAN TERIAKAN TAKBIRRR...TETAPI MEREKA TAK SEDAR BAHAWA MEREKA TELAH DITIPU IDUP2 OLEH SINUAR...APA TAK NYA..PERSIDANGAN PARLIMEN TELAH PUN TAMAT SO DIA NAK BAWAK ISU PE DALAM TEMPOH 2 HARI SELEPAS 14/7/09 TU...
BEGINI LAH CARA HIDUP SIPENIPU BESAR...JANJI 16/9 ENTAH KEMANA..SEBENARNYA DIA DAH BETUL2 GILA MEROYAN SEBAB NAK KAN KUASA..DAN SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA..DAN PENYOKONG PULAK SANGGUP MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI..

SERATAH berkata...

Salam.
Dah lama dah Anwar cakap tak serupa bikin,
Kalau nak tau lebih banyak Anwar cakap tak serupa bikin, layari blog seratah dah sebelas siri tulis tentang apa Anwar kata,semasa dalam kerjaan dulu.
http://seratah.blogspot.com

sekupangdua berkata...

mua hahahaha ... takut jugak si aljubri ni, cerita pasal janji ni sekupang kalau nak cerita habis penuh colum belantan ni

mana taknya... ada ker dia bising tapi dia sendiri yang paling banyak buat janji sehinggalah satu dunia dia janji tak ingat, nak bagi malaysia kat yahudi... pun janji dia, yang paling kelakor orang PAS, DAP, PKR pun dia dah janji... yang peliknya dema ni dah kutup kena kencing dan hancing masih percaya lagi.... yang terbaru dan amat nyata janjinya kalau tak ingat.. tahun lepas 16 september na ke putera jaya TARIKH KERAMATNYA BERJANJI NAK TAAN PUTERA JAYA.. MUA HAHAHAHA, lepas tu reniew date janji baru lagi, lepas reniew lagi sampai la sekarang dah diam yang berjanji kencing, dan yang sibodo pun dah basah...jadi bila lagi THE NEXT OF THE JANJI?,

pada yang bodo tak pulak nak pegi report kat balai kata kami bodo dah kena KENCING sampai kuyup buat di anuar ni... hehehehehe tau lak malu.. bodo BODO, memang BODO

Arif Omar berkata...

Saya ingin mengulas sedikit berkenaan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri seperti yang dilaporkan di dalam akhbar-akhbar utama (main stream newspaper) terutamanya akhbar Utusan Malaysia hari ini. Di dalam akhbar Utusan Malaysia, di mukasurat hadapan, dilaporkan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Manek Urai akan menjadi kota agropolitan (termasuklah mendapat jambatan baru Manek Urai Lama dan Baru).
Awal pagi tadi saya telah menerima panggilan talipon daripada beberapa pemimpin kanan UMNO bertanya berkenaan 'legality' kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri dan juga memaklumkan kepada saya bahawa Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, di dalam ceramahnya semalam telah mengatakan ianya salah dan berbaur rasuah serta mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Saya tidak mahu memberi komen berkenaan kenyataan politik yang dibawa oleh pakatan pembangkang tetapi akan hanya menjurus kepada isu 'legality' kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri sahaja.
Saya berpendapat bahawa kenyataan tersebut tidak menyalahi mana-mana Seksyen samada Seksyen 1o(a), 11 ataupun 32(c) di dalam Akta Kesalahan Pilhanraya, 1954 malah ianya bersesuaian dengan nas undang-undang terlapor di dalam kes Re Pengkalan Kota Bye-Election Teoh Teik Huat v. Lim Kean Siew & Anor [Penang -Election Petition No. 1 of 1981] dimana keputusannya telah diberikan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang sangat disegani dan dihormati di kalangan Hakim-Hakim negara Komanwel iaitu Yang Arif Abdoolcader J. Kes tersebut telah menyandar kepada 2 otoriti undang-undang di negara India iaitu kes Mahkamah Agung India iaitu Gahsi Ram v Dal Singh AIR 1968 SC 1191 dan Om Prabha Jain v Abnash Chand AIR 1968 SC 1083.
Di dalam Re Pengkalan Kota Bye-Election, supra YBM Tengku Razaleigh Hamzah, sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan, di dalam siri ceramah kempennya telah berkata "if we (meaning the Barisan Nasional) win, we shall make allocation (in the Malay version using the words "plenty of money") to bring more development for the benefit of the people in the area". YA Abdoolcader telah memutuskan, dengan ringkasnya bahawa: "Did not perforce pose or constitute a promise or pre-engagement by him in his personal capacity with any corrupt intention of any designated sum of money or valuable consideration to or for any one or more particular elector or voter for corrupt inducement to exert his or her personal predilection at the polls in favour of the 1st respondent but were in effect and in intention no more than a broad political articulation in his office as Minister of Finance of the party in power's potential pull on the public purse-strings to pursue promises, propitiate pleas and propel and promote projects and programmes for amelioration and development in the constituency for the benefit and progress of that locality and all its commorants generally if the ruling party gained the seat in contest and that he was personally in a position within the pale of his portfolio as the Minister to sanction schemes and endorse expenses on behalf of the government to this end. To hold otherwise in the circumtances of this case would be to effectuate and sanction a spurious conversion of political proclamations and catchwords manifested as a promise of public action into an inflexible electoral offence with criminal connotations berefet of the essential prerequisities therefor".

Arif Omar berkata...

Justeru itu, untuk faedah pembaca-pembaca blog saya yang tidak ada latarbelakang undang-undang, ianya bermaksud bahawa apajua janji pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan yang berkuasa tidaklah bermaksud perbuatan rasuah seperti maksud Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Saya masih ingat lagi, sewaktu pilihanraya kecil Pengkalan Pasir lewat tahun 2004 (jika saya tidak silap), Kerajaan Pas Negeri Kelantan telah menaikkan suatu 'billboard' yang besar di sekitar bandar Pasir Mas (terutamanya di sekitar stesyen keretapi Pasir Mas) bahawa suatu jambatan bertingkat akan dibina jika kerusi Pengkalan Pasir kekal dengan PAS. Saya tidak bermaksud untuk berkata bahawa '2 wrongs make 1 right' tetapi prinsipnya adalah sama iaitu, jika Kerajaan yang berkuasa ingin membawa perubahan kepada rakyatnya ianya tidak menyalahi undang-undang. Begitulah juga sewaktu manifesto pakatan pembangkang di negeri Selangor di pilihanraya yang lalu, iaitu diskaun terhadap bil air dsb.
Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa tiada apa yang salah disebabkan oleh kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri termasuklah janji beliau, selaku pemimpin No 2 Negara, jika BN menang di Manek Urai, jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru akan direalisasikan serta-merta. YAB Timbalan Perdana Menetri adalah seorang yang luas pengalamannya di dalam politik, malah sewaktu beliau menjawat jawatan Naib Presiden UMNO beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pindaan Perlembagaan dan Peraturan Parti (dimana saya adalah jurudraf), tentulah beliau sangat mementingkan kepatuhan undang-undang. Oleh itu, saranan saya adalah jangan terpedaya dengan taktik pakatan pembangkang yang hanya ingin memutar-belit fakta.
Sekian, terima kasih.
Read more!
Posted by hafarizam at 6:29 PM 13 comments
http://puu-umno.blogspot.com/

Taminsari berkata...

Salam buat Anak Lenggong,Seratah,sekupangdua dan arif omar. Terima kasih diatas ulasan bernas yang diberikan. Mudah -mudahan Allah memberi petunjuk kepada kita siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Wallahuallam.

Salam perjuangan