Rabu, November 05, 2008

Pas Bantah & Pas Sokong!

Pas bantah yang ini :

Pas membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam mengadakan forum awam 'Memeluk Islam' Sabtu ini kerana ia boleh mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara umat Islam dan penganut agama lain di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata jika Majlis Peguam masih meneruskan tindakannya itu, ia akan merugikan semua pihak. “Sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa kerana Islam berdiri berteraskan sumbernya sendiri,” katanya dalam laman web parti itu.

Abdul Hadi berkata Majlis Peguam perlu membatalkan forum itu demi menjamin kestabilan dan keharmonian hubungan antara agama dan kaum di negara ini. Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub berkata forum awam itu tidak sepatutnya diadakan secara terbuka. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata forum yang akan diadakan dalam tempoh yang singkat akan menimbulkan prasangka dan prejudis di kalangan umat Islam di negara ini.

Akan tetapi,

Pas sokong yang ini :

YB Khalid Samad ( Ahli Parlimen PAS Shah Alam ) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.
Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez ( Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR ) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez.
Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah 'Allah'. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid?
Kenapa yang ini lagi penting tapi Pas tak membantah? Ini soal aqidah..mengapa Pas menyokongnya...Jangan sesatkan lagi umat Islam di Malaysia....

Taminsari
Shah Alam

2 ulasan:

HANG LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Kalau dibenarkan perkataan Allah dlm menterjemahkan god dlm kristian maka ditakuti akan ramailah remaja Melayu yg terkeliru dan mengikuti ajaran kristian.

Sebenarnya ini adalah taktik orang kristian utk menyebarkan kristian kepada orang Melayu

Taminsari berkata...

Yang paling ditakuti, jika Anwar berjaya memerintah maka akan ramai orang Melayu akan mengistiharkan diri mereka murtad. Mufti Perak ada semua info ini. Ini yang mendukacitakan saya kerana orang Islam sendiri yang sanggup menjadi talibarut bersubahat dengan kafir untuk melihat kemungkaran besar akan berlaku. Dan yang amat menyedihkan ianya datang dari Parti yang dikatakan memperjuangkan Islam. Menghalalkan cara demi untuk mendapatkan kuasa.