tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post8134754522934026819..comments2023-12-15T05:00:53.858+08:00Comments on Belantan: Artikel Pilihan : Siapa sebenarnya penjahat?Taminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comBlogger8125tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-63859175905030278562009-12-27T21:45:40.200+08:002009-12-27T21:45:40.200+08:00sambungan..
Mengapa ini pula yang terjadi? Apakah...sambungan..

Mengapa ini pula yang terjadi? Apakah wujud sikap "double standart" didalam peraturan KDN? Ataupun semua ini hanya untuk menunjukkan bahawa sikap belas kasihan kepada bangsa minoriti itu di negara ini didalam soal penyebaran maklumat?

Tindakan memberi kebebasan total kepada akhbar berbahasa cina sebeginilah yang mendorong pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng menghentam akhbar berbahasa melayu seperti Utusan.

Begitu juga kesempatan sama yang diambil oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang lainnya didalam turut sama memperlekehkan medium rakyat ini.

Mereka melihat bahawa akhbar berbahasa melayu seperti Utusan ini tidak mempunyai "pelindung" sepertimana akhbar-akhbar berbahasa cina mereka. Mereka juga berasakan tulisan-tulisan perkauman didalam akhbar mereka itu "kebal" kerana selama ini tidak pernah pun ada tindakan yang diambil kepada mereka.

Ingatkah lagi semua perihal wartawan yang menulis didalam sebuah akhbar berbahasa cina tentang isu ucapan "pendatang" oleh Dtuk Ahmad Ismail? Lihat sahaja betapa wartawan cina ini dijaga dan diberi perlindungan diatas permainan perkauman yang dibuat sewaktu kes ini heboh diseluruh negara.

Cuba jika isu yang sama ditulis pula oleh wartawan akhbar berbahasa melayu. Tentunya dia akan diambil tindakan dan akhbar itu akan di cop sebagi RASIS dan juga menyampaikan berita bersifat subversif kepada rakyat.

Inilah sebenarnya yang membezakan kebebasan media berbahasa melayu dengan lain-lain media dinegara ini. Kita hanya disarankan untuk tidak mencalarkan hati bangsa lain sedangkan secara tak sedar sentimen perkauman lebih rancak dimainkan dikalangan akhbar bukan melayu.

Dipihak kita, akhbar dan media semasa harus menjaga hati semua kaum. Tetapi yang diamalkan dipihak mereka hanyalah berpaksi kepada kepentingan serta kehendak bangsa mereka sahaja.

Sampai bilakah ini harus dibiarkan berterusan? Siapa pula harus dipersalahkan.

WallahuallamTaminsarihttps://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-86719135301227790222009-12-27T21:45:12.165+08:002009-12-27T21:45:12.165+08:00Kita semakin didendangkan dengan irama RASIS sejak...Kita semakin didendangkan dengan irama RASIS sejak kebelakangan ini. Pihak-pihak pembangkang terutamanya DAP seringkali menuduh bahawa parti Umno telah menyemai fahaman RASIS didalam media arus perdana seperti Utusan dan sewaktu dengannya.

Manakala dipihak Pas pula seringkali mengaitkan semangat kebangsaan yang diungguli oleh Umno adalah merupakan sifat Assobiyah yang mempunyai sama makna dengan RASIS juga. Umno dituduh mengamalkan sifat perkauman sempit yang menindas kaum lain didalam negara ini melalui media semasa.

Apakah semua ini benar ataupun ianya merupakan satu lagi agenda percaturan politik pihak pembangkang untuk memburukkan persepsi masyarakat terhadap Umno?

Didalam negara ini, jika mahu dibandingkan RASISnya akhbar-akhbar berbahasa cina dengan media yang berbahasa melayu adalah seperti langit dengan bumi. Jika siapa yang boleh berbahasa cina pasti akan dapat melihat betapa hasutan dan juga pemainan perkauman adalah lebih teruk didalamnya berbanding dengan akhbar-akhbar melayu.

Baru-baru ini Lim GE telah menuduh akhbar Utusan menyampaikan agenda RASIS didalam memberi maklumat kepada rakyat. Ini disahut pula oleh kelompok melayu-melayu didalam Pas dan PKR yang selama ini tidak menyenangi berita kebenaran yang disampaikan didalam akhbar tersebut.

Tetapi tiada siapa pun yang berani mendedahkan dan mengungkapkan sentimen perkauman yang galak dimainkan didalam akhbar cina.

Sikap RASIS yang dimainkan didalam akhbar-akhbar utama cina tidak pernah berubah dari dahulu hinggalah sekarang. Sentimen memperjuangkan kebudayaan cina dan juga identiti bangsa cina amat tebal didalam setiap penulisan mereka sejak dari merdeka lagi.

Apakah fungsi sebenar Kementerian Dalam negeri tentang isu ini? Jika akhbar berbahasa melayu yang memainkan isu yang disifatkan perkauman, begitu cepat sekali mereka bertindak. Tetapi didalam kes akhbar berbahasa cina ini, nampak seperti mereka hanya menutup sebelah mata sahaja.

Apakah tidak cukup penterjemah dan juga pakar bahasa didalam KDN hingga membiarkan ketidak adilan ini berlaku? Jika didalam penerbitan akhbar berbahasa melayu, bukan main pantas lagi mereka mengambil tindakan menggantung permit dan dikenakan ancaman penjara dan denda kerana menyalahi peraturan. Tetapi sebaliknya pula berlaku kepada akhbar cina.

bersambung...Taminsarihttps://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-16877361087528274252009-12-27T18:30:30.310+08:002009-12-27T18:30:30.310+08:00sambungan 2...
Bacaan
Saya katakan kepada beliau...sambungan 2...

Bacaan

Saya katakan kepada beliau, bacalah kitab masing-masing ketika itu, lagipun bacaan yasin dan solat jumaat bukanlah 'kelas agama' ia adalah tanggungjawab individu Islam. Kalau ada kelas agamapun untuk orang Islam, tidak semesti orang bukan Islam sama keadaannya. Tambahan pula, bilangan pelajar Kristian atau bukan Islam amat sedikit bilangannya, cukup dengan kemudahan yang telah disediakan selama ini. Profesor ultra kiasu ini dengan nada beremosi mengatakan itulah adalah hak mereka yang mesti ditunaikan. Saya jawab, apakah hak mereka selama ini tidak ditunaikan? Apakah kita pernah menghalang mereka untuk ke gereja setiap hari ahad? Jangan bandingkan dengan umat Islam kerana cara ibadat kita berbeza. Keperluan kita berbeza. Begitu juga dengan keperluan sembahyang jamaah.

Justeru, konsep sama rata dan sama rasa hendaklah berasaskan formula yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan pecahan kaum (agama). Marilah kita melakukan perubahan sebelum terlambat. Jangan akhirnya nanti agama kita merempat di bumi sendiri. Ketika itu sudah terlambat.

Lihat pula dalam toleransi politik. Terbaru, Gerakan begitu marah dengan cadangan UMNO agar kerusi pengerusi BN digilirkan di Pulau Pinang kerana UMNO mempunyai kerusi majoriti. Pengerusi Gerakan dan BN Pulau Pinang berkata, kerusi pengerusi BN telah disandang selama 35 tahun. Kenapa perlu diserahkan kepada orang lain? Persoalan saya, jika UMNO boleh korbankan kerusi parlimen Gerik, kenapa tidak Gerakan? Siapakah yang lebih bertoleransi dan bersifat memberi?

Saya masih ingat, setelah sekian lama UMNO bertanding di parlimen Gerik, kawasan majoriti Melayu, tiba-tiba kerusi itu diserahkan kepada Gerakan. Bekas Menteri Besar Perak ketika itu sedih untuk melepaskan kerusi tersebut. Tetapi disebabkan oleh semangat setiakawan dan kerjasama dalam BN, UMNO terpaksa tunduk dan patuh dengan menyerahkan kerusi Gerik kepada Gerakan. Majoriti Melayu terpaksa mengundi bukan Melayu (Gerakan) walaupun pahit. Inilah sifat mulia Melayu Islam. Adakah toleransi ini dihargai? Ibarat anjing menggigit tuannya, masihkah kita ingat bahawa Ahli Parlimen Grik Gerakan inilah yang mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu itu juga adalah pendatang?

Kenapa Gerakan terlalu kuat menentang? Mereka takut selepas ini kerusi Ketua Menteri akan terlepas kepada UMNO jika ditakdirkan BN memerintah semula. Pokok pangkalnya semua kuasa, kuasa, kuasa dan sikap ultra kiasu. Semua meletakkan kepentingan bangsa di hadapan bukannya kepentingan nasional. Kalau inilah cara pembawaannya, saya fikir, gagasan 1Malaysia terlalu jauh untuk dicapai. Ia hanya akan diperalatkan oleh mereka bersikap musang berbulu ayam dan gunting dalam lipatan. Pada mereka kuasa bangsa mesti dipertahankan walaupun apa jua alasan dan cabaran mendatang. Persoalan saya, siapakah yang sebenar penjahat dan lebih jahat?

Dr.Mohd Ridhuan Tee

Salam perjuanganTaminsarihttps://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-66313030743081119932009-12-27T18:28:15.662+08:002009-12-27T18:28:15.662+08:00sambungan 1...
Sebagai rakyat Malaysia, kita mest...sambungan 1...

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti tahu bahawa konsep sama rata dan sama rasa tidak menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan, walaupun konsep Malaysian Malaysia yang selalu dilaung dan didesak oleh parti ultra kiasu. Ingat, agama Islam agama majoriti masyarakat negara ini. Jika ada 'kelebihan' pada agama Islam, ia bukanlah satu diskriminasi kerana selaku majoriti, Melayu Islam berhak, apatah lagi ia telah dipersetujui melalui kontrak sosial. Tidak perlu dipertikaikan atau dituduh tidak adil.

Untuk mengelakkan daripada parti ultra kiasu ini menjadi bertambah jahat, setidak-tidaknya kita mesti menggariskan formula bagi menyelesaikan kejahatan ini. Formula saya adalah berasaskan kepada pecahan statistik agama dan bangsa di negara ini. Mengikut bancian tahun 2000, anutan agama rakyat Malaysia adalah seperti berikut 60.4 peratus Islam, 40 peratus bukan Melayu (12 peratus-Buddha-Taoisme- Konfusius, 9 peratus Kristian, 6 peratus Hindu, 3 peratus lain-lain). Formula ini boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan bernegara termasuk hak-hak beragama dan sambutan perayaan setiap kaum, bagi mendapatkan keadilan. Formula ini menepati sebahagian maksud keadilan dalam Islam yang membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya walaupun tidak sepenuhnya.

Atas dasar toleransi, formula ini boleh dikatakan langsung tidak diterima pakai, sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial.

Saya fikir, umat Islam di negara ini amat berlembut dan bertoleransi tinggi. Upacara perayaan keagamaan dan kematian begitu beradab serta mudah. Jalan raya tidak sesak. Kuburnya begitu kecil.

Formula yang saya sebutkan perlu dijadikan panduan. Adakah adil bila mana bilangan orang bukan Islam tidak ramai, tetapi kubur mereka menenggelamkan kubur orang Islam. Pernahkah kita bertanya pandangan orang Islam dan sensitiviti mereka? Mereka yang mempunyai wang akan membina kubur setinggi-tinggi dan seluas-luas serta secantik-cantik kubur dengan patung-patungnya yang didirikan saujana mata memandang. Sedangkan kubur orang Islam, apa jua kedudukannya, kuburnya amat sederhana kerana Islam tidak percaya kepada reka bentuk kubur. Tiada kubur pun tidak ada masalah. Apa yang penting ialah iman dan takwa yang dibawa ke alam kubur atau barzakh.

Contoh lain, seorang profesor Kristian di tempat kerja saya berhujah dengan saya baru-baru ini. Katanya, hak beragama mesti berasaskan formula sama rata sama rasa. Antara contoh yang diketengahkan ialah jika ada kelas baca yasin dan solat Jumaat untuk pelajar-pelajar Islam, maka pelajar Kristian mesti diberikan hak yang sama untuk mempelajari agama mereka dan membawa paderi masuk.

bersambung 2...Taminsarihttps://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-77045616541279070172009-12-27T18:26:27.185+08:002009-12-27T18:26:27.185+08:00Utusan Malaysia dituduh akhbar yang mengapi-apikan...Utusan Malaysia dituduh akhbar yang mengapi-apikan sentimen perkauman yang boleh menggugat keharmonian kaum. Lebih ekstrem lagi, akhbar ini dilabelkan sebagai penjahat. Jika akhbar itu penjahat bermakna wartawan, kolumnis dan juga penulis akhbar ini juga penjahat.

Persoalan saya, apakah akhbar tabloid parti ultra kiasu dan parti-parti politik perkauman lain dan mereka yang bersekongkol tidak jahat?

Parti ultra kiasu dan kuncu-kuncunya bukan sahaja jahat, tetapi terang dan nyata lagi berniat jahat dengan menolak kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan serta mencabar perkara-perkara sensitif yang telah dipersetujui bersama. Rakan sekutu parti ultra kiasu langsung tidak berani bersuara kerana takut hilang sokongan.

Bila mereka tidak dapat apa yang dihajatkan maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah mendapatkan simpati. Rakan-rakan perkauman mereka dalam komponen Barisan Nasional (BN) sebenarnya mempunyai pendirian yang sama. Mereka pandai berstrategi. Ultra kiasu menyalak di luar, di dalam rakan-rakan mereka menjalankan kerja. Mereka sebenarnya senada. Cuma kita masih terlepas pandang.

Saya tidaklah menyatakan bahawa Utusan Malaysia semuanya baik. Tidak ada sesuatu yang sempurna di dunia, kecuali Allah SWT dan Rasul-Nya. Ingatan saya kepada ultra kiasu, janganlah gajah depan mata tidak nampak, kuman seberang laut jelas kelihatan. Berpada-padalah dalam memberikan pandangan. Jangan asyik nampak kesalahan orang lain, tanpa muhasabah diri.

Dalam memahami politik Malaysia, isu-isu perkauman dibangkitkan untuk mendapatkan sokongan politik dan menyedarkan kaum masing-masing siapa mereka dan apa yang sepatutnya diperolehi. Manakala isu-isu sensitif dibangkitkan untuk mendapatkan hak sama rata dan sama rasa bagi kumpulan ultra kiasu. Mereka tahu perkara ini tidak boleh dibangkitkan secara terbuka kerana ia boleh dikenakan tindakan di bawah akta hasutan. Mereka sengaja mahu menguji UMNO yang ketika ini berada dalam keadaan agak tertekan disebabkan tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan perpecahan Melayu Islam.

bersambung 1....Taminsarihttps://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-58826754155721540342009-12-25T01:20:08.336+08:002009-12-25T01:20:08.336+08:00Salam Ziarah dan Salam perjuangan,
Tahniah atas p...Salam Ziarah dan Salam perjuangan,

Tahniah atas paparan ini.

DAPlah yang paling bangga selepas Konvensyen Pakatan Rakyat. Kisah dan sejarah mentalak PAS dalam Barisan Alternatif selepas PRU 2004, padam dan hangus.

Konvensyen PR 19 Dec yg lalu menyebut TWO Parti System secara halus atau "delicate" yang tidak disedari oleh PAS akan menyapu bersih idelogi PAS ke dalam Tong Sampah.

Bayangkan Israel dan Amerika berunding dengan Fatah dan Hamas dengan mengenepikan MASALAH POKOK IATU BAITULMAKDIS DAN MASJID AL AQSA. Rundingan Kem David berulang kali gagal kerana penafiah masalah pokok.

Begitulah Konvensyen PR ala Kem David. PKR dan DAP mengenepikan ideologi dan idealisma PAS yang ingin menegakkan "Sistem Kerajaan Islam" . Pas mengiya dan menuruti saja segala kehendak DAP dan PKR. Paling DAP gemari ialah statment TGNA yg mengatakan dia "terlalu jijik menghampiri UMNO" dan "Di dada Karpal ada Bulan". Berdentum dewan konvensyen PR.

Tidak cukupkan iktibar dari Palestine dalam rindingan Kem David dan pelbagai rundingan lagi, Perundingan Muawiayah dengan Khalifah Ali (AS) atau nak ditayangkan semula kehidupan Omar Mokhtar slepas kecundang dalam meja rundingan... PAS terlalu lemah dan vulnerable dari segi kuasa negosiasi dalam Pakatan rakyat. Semua tandatangan saja..walaupun mereka mempunyai kekuatan idealisma dalam politik negara, mereka kelihatan seperti "Pak Turut" kepada gagasan yg bertentangan dengan idealisma Parti mereka. Kalu ini bukan diperalat saya tak tahu apa lagi.

Sampai bila PAS menyedari keadaan ini? Bila leher mereka terjerut?Senjalizahttps://www.blogger.com/profile/18108885566154379033noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-6183195413936840922009-12-23T22:09:36.253+08:002009-12-23T22:09:36.253+08:00Kewartawanan arus perdana di Malaysia belum lagi m...Kewartawanan arus perdana di Malaysia belum lagi mati, walaupun ada cubaan mahu membunuhnya. Walaupun ada cubaan mahu membunuh Utusan Malaysia, akhbar berpengaruh rakyat Malaysia yang mahu disenyapkan terus.

Di Malaysia sesiapa yang berpengaruh akan dibunuh sehingga mati. Istilah sains politiknya disebut pembunuhan karekter. Tun Mahathir Mohamad pernah dicap sebagai Maha Firaun dan bermacam lagi panggilan nista yang membunuh. Pembunuhan jenis ini bukan sahaja dilakukan ke atas manusia, tapi juga kepada organisasi.

Itulah niat orang tertentu apabila menuduh akhbar keramat ini sebagai akhbar rasis. Orang ramai yang tidak tahu peranan sebenar akhbar berusia 71 tahun ini akan menerima masak-masak tuduhan itu. Itulah yang dinamakan pembunuhan karekter. Akhbar ini diharamkan memasuki Singapura sekian lama kerana republik itu tidak mahu orang Melayunya terpengaruh dengan pengaruh akhbar itu. Kini di Pulau Pinang akhbar ini diharamkan dibaca oleh kakitangan kerajaannya. Begitu juga di negeri Selangor. Bagaimanapun, terima kasih Kedah dan Kelantan yang tidak mengambil pendekatan ala cauvanis itu.

Bagi orang yang tidak faham dengan sepak terajang politik, itulah politik. Permainan perang psikologi untuk menundukkan musuh.

Salam perjuanganTaminsarihttps://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-6439784787425860302009-12-23T00:04:33.367+08:002009-12-23T00:04:33.367+08:00Salam,
Kalau surat khabar Melayu tak ada salahnya ...Salam,
Kalau surat khabar Melayu tak ada salahnya tulis mengenai kepentingan Melayu. Kalu surat khabar Melayu tak tulis surat khabar Tamil dan berbahsa cina ke mahu tulis?. DAP ini dari dulu hingga kini perangai rasis tak ubah, dah jadi darh daging mereka. Tengok sajalah pakaian parti mereka sama dengan parti PAP tak ada ciri malaysian pun tapi kata Malaysian malaysia...hahahha!.Parti DAP ini sepatutnya diharamkan selepas peristiwa 13 Mei dulu. Kita ini amat berlembut sangat. Kadang kala kena belajar cara LKY Singapura mendidik mereka ini dengan cara paksa terima perubahan. Fahaman rasis yang asas adalah sekiranya "sesuatu kaum memikirkan merekalah yang terpandai dari kaum-kaum yang lain" sudah jadi rasis. Kita tanya siapa yang rasis sebenarnya di negara ini...jawapannya DAP!Mohammad Roslanhttps://www.blogger.com/profile/03748159118835933349noreply@blogger.com