tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post3041101011132145403..comments2023-12-15T05:00:53.858+08:00Comments on Belantan: Al-Fatihah Buat DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan IsmailTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-32512018656273703992010-01-24T15:41:01.538+08:002010-01-24T15:41:01.538+08:00Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkash...Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempunyai kenangan istimewa bersama Almarhum Sultan Iskandar yang tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat.

''Semasa perasmian pusat pertadbiran baru kerajaan negeri Johor, Kota Iskandar di Nusajaya tahun lalu, baginda telah menegur rakan di sebelah saya yang membuat isyarat menyembah terhadap baginda.

''Lalu baginda menegur 'apa sembah-sembah, aku pun manusia juga macam engkau' Moralnya, baginda tidak mementingkan darjat dan kedudukan sebagai sultan yang berjiwa rakyat," katanya apabila ditanya kenangan yang tidak mampu dilupakan bersama Almarhum Sultan Iskandar yang mangkat semalam.

Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, seluruh rakyat Johor sebenarnya telah kehilangan seorang sultan yang berjiwa rakyat.

Menurutnya, walaupun baginda nampak tegas, namun keprihatinan terhadap rakyat dan pembangunan negeri menjadi keutamaan sehingga meletakkan pembangunan Johor berada di tahap yang kukuh dan mampu berdaya saing dengan Singapura.

Bagi Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, pemergian Sultan Iskandar amat dirasai kerana baginda sentiasa mengambil tahu mengenai rakyat jelatanya.

''Saya punya kenangan manis bersama baginda semasa menjadi Ketua Puteri UMNO apabila berpeluang makan bersama baginda dan tetamu kenamaan lain di Istana Besar.

''Pada pertemuan itu baginda menunjukkan mood gembira sambil bercerita dengan gaya penyampaian yang cukup menarik,'' katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil merafakkan sekalung takziah kepada seluruh kerabat diraja Johor atas pemergian baginda dan menganggap ia satu kehilangan besar bukan sahaja kepada warga Johor malah seluruh rakyat di negara ini.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, baginda merupakan legenda kesultanan di negara ini kerana mempunyai gaya dan cara tersendiri semasa menjadi Sultan Johor.

"Hakikatnya, era kesultanan baginda amat dikagumi dan diikuti serta kedaulatannya menaungi seluruh rakyat jelata secara adil tidak ada tolok banding.

''Selaku Ketua Wanita UMNO saya telah meminta Wanita UMNO Johor di peringkat cawangan dan bahagian mengadakan bacaan tahlil bagi memohon roh baginda dicucuri rahmat," katanya.Juragan Malawatihttps://www.blogger.com/profile/15593167640392470425noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-22288154251858969442010-01-24T15:39:22.995+08:002010-01-24T15:39:22.995+08:00Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk N...Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot menyifatkan Almarhum Sultan Iskandar merupakan seorang insan yang cukup istimewa kerana baginda merupakan satu-satunya Sultan atau Raja di negara ini yang pernah menyampaikan khutbah di masjid-masjid.

''Semasa sihat baginda akan mengutuskan untuk menunaikan sembahyang Jumaat di masjid utama di daerah-daerah dan atas kesediaan, baginda menzahirkan hasrat untuk menyampaikan khutbah di masjid terbabit.

''Ini menjadi satu kebanggaan bagi rakyat khasnya masyarakat Islam di negeri ini,'' katanya.

Beliau yang pernah menjadi Timbalan Mufti dan Mufti Johor selama 10 tahun berkata, itulah keunikan dan kelebihan yang ada pada baginda.

Nooh berkata, pada dasarnya baginda seorang Sultan yang mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya terutamanya mengenai agama Islam.

Menurutnya, semasa menjadi mufti beliau dikurniakan darjah kebesaran antaranya Pingat Ibrahim Sultan (PIS), Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ), Setia Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Pingat Lama Dalam Perkhidmatan (PLP).

''Sebagai tanda kasih dan sayang saya terhadap baginda, malam tadi saya bersama Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Kiyai Shamsuddin serta beberapa imam dan pegawai Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) tidak tidur hinggalah ke saat pemakaman baginda.

''Kami bersama kerabat diraja Johor hinggalah saat baginda menghembuskan nafas terakhir telah menguruskan upacara pemakaman baginda dengan harapan berjalan lancar. Ini merupakan sumbangan terakhir saya untuk Almarhum yang amat dikasihi,'' katanya.

Nooh berkata, Istana Besar akan mengadakan bacaan tahlil selama tiga hari berturut mulai malam ini, manakala masjid-masjid di daerah-daerah akan mengadakan perkara sama untuk tempoh berkenaan.

''Sama-samalah kita berdoa agar roh baginda ditempatkan bersama roh-roh orang yang soleh dan mendapat keampunan, rahmat daripada Allah SWT," katanya.Juragan Malawatihttps://www.blogger.com/profile/15593167640392470425noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-8220301344758054522010-01-24T10:55:08.180+08:002010-01-24T10:55:08.180+08:00Satu catatan yang boleh mengamit kerinduan kepada ...Satu catatan yang boleh mengamit kerinduan kepada baginda. Kemangkatan baginda satu kehilangan besar kepada negeri dan negara.

Johor berkabung seperti mana pilu dan sayunya ketika kemangkatan Sultan Ibrahim, Sultan Johor Moden yang ke 2 dahulu......Saya mohon copy tulisan ini buat kenang-kenangan.

Al-Fatihah.amirhamzah64/ 64أمير حمزهhttps://www.blogger.com/profile/03511726406932739134noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-26903924821084621052010-01-24T09:53:57.737+08:002010-01-24T09:53:57.737+08:00Sultan Iskandar selamat disemadi
Jenazah Almarhum...Sultan Iskandar selamat disemadi

Jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini pukul 4.10 petang.

Lebih 2,000 orang menghadiri majlis pemakaman itu sebagai tanda penghormatan terakhir mereka kepada Sultan Iskandar.

Jenazah baginda dibawa menggunakan pedati yang ditarik oleh Pasukan Istiadat dan Pegawai Badan Istiadat Istana dengan diiringi 77 das tembakan meriam.

Turut menaiki pedati mengiringi jenazah Almarhum ialah Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar dan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Pedati membawa keranda jenazah Almarhum yang ditutupi dengan bendera diraja berlambang bulan dan bintang berwarna biru diarak dari Istana Besar tiba di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah yang terletak kira-kira tiga kilometer, pukul 2.45 petang untuk istiadat pemakaman.

Jenazah Almarhum dimasukkan ke liang lahad oleh Raja Muda Johor dan beberapa cucunda baginda yang lain.

Bacaan doa dan talkin dipimpin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot mulai pukul 3.25 petang.

Ketika itu, suasana pilu mula menyelubungi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah apabila kelihatan ramai hadirin terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menitiskan air mata tatkala doa dan talkin dibacakan.

Pelbagai pihak turut menyampaikan kalungan bunga sebagai tanda ucapan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Johor yang diletakkan di satu sudut di pekarangan makam berkenaan.

Selesai bacaan doa, Sultanah Zanariah kemudian menabur bunga dan menyiram air mawar ke pusara Almarhum, diikuti Sultan Ibrahim Ismail yang kemudiannya disusuli Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

Sejurus itu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menabur bunga dan menyiram air mawar ke pusara Almarhum yang disusuli Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Beberapa ahli kerabat yang lain turut menabur bunga dan menyiram air mawar di atas pusara baginda.

Antara yang turut menabur bunga dan menyiram air mawar ke pusara Almarhum Sultan Iskandar ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Ahli kerabat, pembesar negeri dan orang kenamaan mula meninggalkan Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pukul 4.30 petang.

Sultan Iskandar yang memerintah negeri Johor dari 11 Mei 1981 mangkat pukul 7.15 malam semalam di Hospital Pakar Puteri.

Almarhum berusia 77 tahun.Juragan Malawatihttps://www.blogger.com/profile/15593167640392470425noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-65324316891970503532010-01-24T09:49:11.227+08:002010-01-24T09:49:11.227+08:00Negara kehilangan Sultan yang tegas
Almarhum Sul...Negara kehilangan Sultan yang tegas

Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail merupakan seorang Sultan yang tegas dan berani dalam aspek pentadbiran selain amat dekat dengan rakyat.

Beberapa pemimpin politik yang merafak sembah takziah menyifatkan kemangkatan baginda sebagai satu kehilangan besar kepada negara dan rakyat jelata.

Pada masa yang sama, mereka melahirkan keyakinan Tuanku Ibrahim Ismail yang baru dimasyhurkan sebagai Sultan Johor ke lima hari ini mampu meneruskan legasi kepimpinan baginda.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Almarhum merupakan seorang pemerintah yang berhati mulia dan terkenal dengan sikap tegas.

"Kita berharap Tuanku Ibrahim dapat mewarisi apa yang telah Almarhum lakukan dengan meneruskan aktiviti mendekati rakyat melalui aktiviti seperti Kembara Mahkota Johor.

"Melalui program sedemikian, rakyat berpeluang menatap wajah Tuanku dan dapat menyembah salam sekali gus menterjemahkan konsep raja berjiwa rakyat kerana kualiti itu sebenarnya sudah ada dalam diri baginda," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, jasa baginda bukan sahaja terpahat dalam lipatan sejarah Johor bahkan turut tercatat di peringkat nasional sewaktu menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong.

"Saya mengucapkan takziah di atas pemergian baginda dan mendoakan semoga roh baginda dicucuri rahmat.

"Peranan baginda sewaktu bergelar Yang di-Pertuan Agong pada masa itu juga berjaya membantu meredakan beberapa isu, jasa baginda akan terus dikenang," katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, seluruh rakyat berdukacita dengan kemangkatan seorang Sultan yang mempunyai aura dan keistimewaan tersendiri.

"Baginda ada aura khusus, malah apabila disebut Sultan Johor terbit rasa gerun dan ini menunjukkan baginda berjaya memainkan peranan sebagai seorang Sultan dengan berkesan dan rakyat pula akan mengambil berat titah baginda.

"Saya sendiri sering mendengar bagaimana mesranya baginda dengan rakyat dan apabila mereka dipanggil menghadap di istana, baginda dikatakan akan memastikan mereka menjamu selera terlebih dahulu," katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, walaupun baginda telah tiada, namun jasa-jasanya kepada negara tetap akan dikenang.

"Bagi pihak UMNO Selangor, saya ucapkan takziah kepada seluruh kaum kerabat baginda, walaupun baginda bersikap tegas ia dilakukan dengan cara tersendiri dan amat mementingkan kebajikan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja dan rakyat Johor.

"Takziah kepada rakyat Johor atas kemangkatan Almarhum. Semoga roh baginda dicucuri rahmat," katanya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, seluruh rakyat jelata khususnya rakyat Johor kehilangan seorang Sultan yang berani dan amat sangat prihatin kepada nasib rakyat.

"Baginda juga sanggup mengetepikan soal protokol dan itu menggambarkan sikap baginda sebagai seorang Sultan yang mudah didekati rakyat," katanya.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin turut merafak sembah takziah ke atas kemangkatan Almarhum.

"Almarhum pergi pada saat umat Islam khususnya berhadapan dengan kemelut dan masalah serangan terhadap agama Islam yang tidak berkesudahan, dan mengharapkan pembelaan seorang raja yang tegas dan berani," katanya.Juragan Malawatihttps://www.blogger.com/profile/15593167640392470425noreply@blogger.com