tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post3013569911554687559..comments2023-12-15T05:00:53.858+08:00Comments on Belantan: Siapa Anwar, siapa Asghar Ali?Taminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-27952758754792718102010-03-16T00:18:55.497+08:002010-03-16T00:18:55.497+08:00sambungan...
Bagi mencapai dan menunaikan fitrah ...sambungan...

Bagi mencapai dan menunaikan fitrah kerohanian wanita perlu merujuk kepada hukum- hukum berkaitan dengan ibadah. Jika hukum-hukum berkaitan dengan kerohanian tidak pernah dipelajari dan difahami, maka usah mempertikaikan perkara ibadah.

Disiplin kerohanian bukan sahaja dianuti oleh umat Islam, malah ia juga merupakan pengajaran kepada agama lain. Pemisahan lelaki dan wanita dalam sembahyang bukan merupakan simbol kepada penghinaan wanita. Ini adalah disiplin orang yang menganut agama wahyu. Agama
Kristian bermazhab Katolik pun tidak benarkan wanita menjadi paderi, begitu juga dengan agama Ortodoks Yahudi.

Wanita yang telah mencapai tahap kerohanian yang tinggi tidak akan mempersoalkan lelaki menjadi imam di dalam sembahyang kerana kesempurnaan kerohanian menghapuskan perasaan ingin berlumba dengan lelaki dalam soal merebut jawatan imam. Jawatan tersebut tidak
penting kerana kesempurnaan kerohanian merupakan satu kemanisan orang yang beriman.

Oleh itu sebarang hukum yang diwahyukan oleh Allah dijadikan amalan kerana setiap undang-undang Allah itu dianggap sebagai nilai yang paling ideal. Tidak kesemua hukum Islam boleh menggunakan ijtihad. Perkara berurusan dengan ibadah seperti sembahyang diajar sendiri oleh Jibrail kepada Rasulullah s.a.w.

Jika hukum Islam tidak difahami secara terperinci, wanita Islam perlu berhati-hati ketika berhujah dan mengeluarkan fatwa. Kesilapan dalam memberi fatwa bukan sahaja boleh mengheret umat Islam menjadi sesat, malah ia juga merupakan virus yang boleh meruntuhkan keseluruhan aspek ilmu wahyu.

Perkara berkaitan dengan ibadah hanya dapat difahami secara terperinci oleh individu yang diasuh dan dididik berdasarkan kepada disiplin dan etika yang digariskan oleh Rasul dan para ulama. Ini disebabkan ilmu-ilmu wahyu diturunkan khusus oleh Allah kepada para rasul dan nabi.

Manusia biasa yang tidak pernah melihat peristiwa penurunan wahyu perlu merujuk kepada pendapat dan pandangan para sahabat Rasulullah dan juga ulama yang berwibawa.

Salah faham dan penyelewengan terhadap ajaran Islam masa kini adalah dilakukan oleh umat Islam sendiri. Ini disebabkan oleh kecuaian umat Islam dalam aspek keilmuan. Sifat dan sikap umat Islam dalam menuntut
ilmu pengetahuan lebih menjurus kepada keangkuhan bukan berdasarkan kepada keadaan zuhud dan ketenangan jiwa.

Oleh itu dalam menuntut ilmu dan juga meletakkan diri sebagai ahli ilmu, mereka tidak pernah bermuhasabah dan menilai diri sendiri dengan persoalan, sejauh mana ilmu Islam yang telah dimiliki oleh mereka dapat melayakkan mereka mengeluarkan fatwa atau pandangan berdasarkan kepada konteks ajaran Islam.

Wallahuallam...Taminsarihttps://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-63520721681674081452010-03-16T00:18:26.280+08:002010-03-16T00:18:26.280+08:00Salam Acah aje...terima kasih diatas ulasan saudar...Salam Acah aje...terima kasih diatas ulasan saudara. Memang benar jika kita lihat sekarang wanita berjaya menjadi PM termasuklah dinagara Islam. Saya cuma mengambil contoh yang paling mudah untuk dikongsi bersama.

Kalau kita masih ingat dimana peristiwa wanita Islam menjadi imam sembahyang Jumaat kepada lelaki dan wanita di Amerika Syarikat (AS) merupakan satu isu yang dibangkitkan oleh masyarakat Islam di dunia hari ini.

Tuntutan hak yang dilaungkan oleh wanita Islam perlu berdasarkan kepada hukum syariah dan konsep kehidupan Islam. Islam memberi hak kepada wanita dalam hal ehwal kemasyarakatan dan negara berdasarkan kepada kebolehan dan keperluan wanita dalam perkhidmatan negara.

Hak dan kebebasan wanita yang diperuntukkan oleh Islam adalah berdasarkan kepada fitrah ciptaan wanita itu sendiri. Wanita diberi hak yang sama dengan lelaki dalam hal ehwal menuntut ilmu pengetahuan dan ibadah.

Apabila seseorang wanita ingin meletakkan dirinya setanding atau melebihi lelaki dalam aspek kerohanian serta keagamaan maka beliau perlu memahami secara mendalam hal ehwal hukum-hukum dan ibadah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Islam membenarkan wanita menjadi imam kepada wanita dalam sembahyang. Oleh itu hak tersebut perlu difahami jika ingin mencapai tahap kerohanian setanding dengan lelaki. Jika Islam tidak membenarkan wanita menjadi imam kepada lelaki dalam sembahyang Jumaat, wanita tidak akan menghadapi sebarang kerugian dan kehilangan hak mereka.

Peruntukan yang lebih besar seperti menuntut ilmu pengetahuan sehingga boleh meletakkan wanita setanding atau melebihi lelaki dalam hal ehwal perkhidmatan masyarakat dan negara perlu diperoleh wanita.

Hak persamaan untuk menjadi imam di masjid jika dituntut oleh wanita adalah merupakan satu tuntutan yang tidak boleh diterima. Tugas-tugas seperti imam di masjid terletak di bahu lelaki. Perkara begini tidak boleh dipertikaikan oleh wanita Islam.

Dalam hal ehwal ibadah ia terikat dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul. Sembahyang Jumaat tidak diwajibkan kepada wanita. Ini adalah berdasarkan kepada tugas hakiki wanita iaitu memelihara anak dan memastikan ahli-ahli keluarga hidup dalam keadaan sempurna.

Persoalannya apakah matlamat wanita menuntut hak sehingga sanggup melakukan sesuatu yang boleh mengheret mereka ke neraka? Adakah kehidupan dan kesempurnaan kerohanian wanita tidak tercapai jika mereka tidak berdamping sesama lelaki ketika bersembahyang?

Sembahyang dan ibadah di dalam Islam berkaitan dengan ketakwaan dan proses untuk mencapai kesempurnaan serta kebahagiaan kerohanian. Wanita Islam seperti Maryam, ibu kepada Nabi Isa mencapai tahap kerohanian yang tinggi walaupun berkurung di dalam mihrab dan tidak pernah disentuh oleh lelaki.

Jika wanita Islam berbicara mengenai ibadah dan amal ibadah, mereka perlu menumpukan perhatian kepada fitrah kerohanian.

bersambung...Taminsarihttps://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-78099872415929579022010-03-15T20:40:38.725+08:002010-03-15T20:40:38.725+08:00Sebenarnya Ijtihad Asghar Ali itu tak salah, dizam...Sebenarnya Ijtihad Asghar Ali itu tak salah, dizaman dahulu, para ulamak telah berlaku tidak adil kepada kaum wanita.

Ini semua berlaku kerana pada masa tersebut hanya kaum lelaki sahaja yang berpendidikan tinggi sementara kaum wanita hanya dianggap layak berada didapur sahaja.

Sekarang semuanya telah berubah, wanita telah pun berjaya menjadi Pendana Menteri.

Didalam keadaan sedemikian rupa, takkan lah wanita nak jadi kadi pun tak boleh.

Wanita sekarang sudah pandai dan bijak, tak kan nak jadi saksi pun tak boleh...

Ulamak dulu sudah silap buat ijtihad, menganggap wanita tidak layak menjadi itu dan ini adalah pandangan kolot.

Akan sampai satu masa nanti, semua ijtihad kolot seperti itu akan dinilai semula.acah aje...https://www.blogger.com/profile/15736158397902472218noreply@blogger.com