Jumaat, Februari 28, 2014

MoU Air, Khalid Mula Menerima Tekanan Dan Serangan Dari ‘Dalam’?


Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang membelakangkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung keputusannya yang menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Persekutuan terus mendapat kecaman.

Terbaru bekas ahli parlimen Pas dari kumpulan ‘Anwarista’, Dzulkefly Ahmad mempersoalkan keputusan mengejut itu dan meminta Khalid untuk tampil memberikan penjelasan.

Sehubungan dengan itu, dia meminta Kerajaan Negeri Selangor memberikan penjelasan berhubung syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani itu dan meminta agar semua terma tersebut dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dia yang juga merupakan ahli jawatankuasa Pas Pusat, seolah-olah tidak berpuas hati dan mempertikaikan rational di sebalik langkah itu sambil menyifatkan ia berkemungkinan akan dibatalkan sejurus selepas pilihan raya (PRK) Kajang tamat.

Terdahulu apabila diasak berulang kali oleh pihak media, terpaksa menjelaskan, dia dan parti langsung tidak dimaklumkan mengenai keputusan Khalid. Malah menurut penasihat ekonomi Selangor itu lagi, dia masih mengkaji tindakan tersebut dan enggan memberikan sebarang komen mengenainya.


Selain Anwar Timbalan Presiden PKR, Azmin turut dilihat seperti mempertikaikan keputusan tersebut apabila ‘bersetuju’ dengan pandangan bekas Presiden, Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan yang meminta agar keseluruhan terma MoU itu didedahkan.

Azmin melalui laman twitternya semalam, menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Ambiga itu.

Bercakap kepada pemberita semalam, Khalid menjelaskan dia tidak memberitahu Anwar dan partinya berikutan beberapa sebab untuk memastikan bahawa pelaksanaan perjanjian itu adalah wajar dan mematuhi tadbir urus korporat yang betul.

Khalid berkata, terdapat juga kebimbangan bahawa sekiranya terdapat maklumat yang disalahgunakan, keseluruhan transaksi akan dianggap sebagai tidak sah. Menurutnya lagi, dia mengambil langkah ke hadapan untuk menandatangani MoU itu atas kapasiti sebagai pemimpin PKR yang sudah mengetahui mengenai perjanjian itu sejak 2012 dan parameter transaksi itu tidak pernah berubah.

Persoalannya, mengapakah Anwar dan para ‘pengikutnya’ begitu marah dengan tindakan Khalid itu? Sedangkan mereka sebelum ini sering menggunakan isu ini untuk menekan Khalid dan menyalahkan kerajaan bagi menimbulkan kemarahan rakyat.

Kesimpulannya mudah, Anwar sebenarnya sedar tindakan Khalid yang ‘terburu-buru’ ingin menyelesaikan masalah rakyat Selangor itu telah menyebabkan dia kehabisan modal untuk terus menghasut masyarakat khususnya pengundi di Kajang agar membenci kerajaan.

Di masa yang sama, tindakan populis Khalid ini bakal ‘merosakkan’ peluangnya untuk memaksa Menteri Besar itu meletakkan jawatan sekiranya dia berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.

Sedangkan sebagai seorang pemimpin yang kononnya ‘suci’, Anwar sepatutnya bersetuju dengan keputusan Khalid yang mahu isu air diselesaikan dengan segera. Bukankah ini membuktikan, Anwar sebenarnya hanya mementingkan kepentingan politiknya semata-mata, dan bukannya meletakkan kepentingan rakyat seperti yang sering di dakwa sebelum ini.

Fikir dan renongkan lah...!!!

Suara Politik
Belantan

Waythamoorthy khianati masyarakat India?

R.S Thanenthiran (duduk, tiga dari kiri) bersama sebahagian ahli menunjukan sokongan terhadap pimpinan Najib Tun Razak dalam sidang akhbar di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy dibidas kerana tidak tahu menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membangunkan masyarakat India.

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R.S Thanenthiran berkata, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga mengkhianati masyarakat India kerana mensia-siakan peluang keemasan yang dipertanggungjawabkan kepada beliau.

"Perdana Menteri telah menaruh kepercayaan terhadap Waythamoorthy, sebaliknya beliau langsung tidak mempedulikan niat baik apabila melepaskan jawatan tersebut sewenang-wenangnya," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Thanenthiran juga berkata, Waythamoorthy juga bertindak melampau apabila melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan.

"Beliau tiada hak untuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan. Saya pasti masyarakat India tidak termakan dengan tuduhan-tuduhan melulu yang dilemparkan Waythamoorthy," katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri K. K. Eswaran berkata, Waythamoorthy tidak sepatutnya mendesak kerajaan meluluskan dana khas bagi kaum India diletakkan di bawah penyeliaannya.

Katanya, tuntutan itu adalah tidak praktikal dan tidak telus.

Menurut beliau, Waythamoorthy seharusnya sedar kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak memberi sumbangan kepada kaum India.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Februari 27, 2014

Sudah terantuk baru tengadah : Akhirnya MB Khalid terima hakikat tidak boleh harapkan air hujan dan lombong untuk selesaikan krisis air Selangor?


Akhirnya Kerajaan Negeri Selangor menerima hakikat bahawa wujud keperluan mendesak untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2), yang dapat menampung keperluan air untuk industri serta domestik di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Terima kasih kerana memeterai MoU dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di Selangor yang rundingannya berlarutan sejak 2008 lagi.

Melalui MoU tersebut, kebenaran diperoleh daripada kerajaan negeri itu bagi merancang pembinaan LRAL2 yang dikenal pasti antara komponen penting untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di Lembah Klang.

Satu pengajaran daripada isu terbabit ialah penyediaan kemudahan asas termasuk bekalan air bersih perlu mengutamakan kepentingan pengguna dan rakyat serta keperluan pembangunan, tanpa sekelumit pun menyimpang daripada pertimbangan itu.

Kita yakin, jika pertimbangan yang dimuktamadkan hari ini dipersetujui lebih awal iaitu pada 2008, mungkin sekali permasalahan bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di Selangor sekarang tidak berbangkit.


Untuk pengetahuan, kajian mengenai krisis air telah dibuat sejak 1980-an lagi dan mendapati Selangor, setelah mengambil kira kadar pertumbuhan penduduk dan pembangunan, kekurangan sumber air dan alternatifnya adalah menyalurkan bekalan air dari Pahang. Justeru kapasiti LRAL2 dirancang bagi merawat hampir dua bilion liter air mentah untuk pengguna domestik dan industri sehingga tahun 2020.

Apa pun, kita berharap projek LRAL2 berjalan lancar selaras dengan pertumbuhan penduduk dan pembangunan ekonomi di Lembah Klang.

Walaupun kita berterima kasih dengan TS Khalid Ibrahim di atas keberaniannya tidak mengikut kata nasihat Penasihat Ekonomi RM1 Kerajaan Selangor, Anwar Ibrahim namun kita tidak boleh melupakan kata-kata sombong dan bongkak Menteri Besar Selangor pada tahun-tahun 2010 hingga 2012, sehinggakan beliau sanggup menyarankan Rakyat Selangor meminum air lombong!

Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim, yang pada ketika ini masih berada di Jepun, pastinya terduduk dan terkedu kerana Menteri Besar Selangor tidak meminta nasihat beliau sebelum perjanjian ini dibuat dengan Kerajaaan Pusat!

Sesungguhnya ia adalah satu 'tamparan' yang hebat buat Anwar apabila diketepikan oleh Khalid dalam membuat keputusan tersebut dan menunjukkan dengan jelas kepada rakyat bahawa sememangnya terdapat krisis dalaman yang parah di dalam PKR!

Suara Politik
Belantan

Rabu, Februari 26, 2014

Projek Loji Langat 2 : Khalid Ibrahim Sabotaj Berbilion Ringgit Duit Rakyat?


Isu Air di Lembah Klang tidak akan selesai selagi kerajaan Negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Kenyataan demi kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 menunjukkan kesungguhan beliau dan Pakatan untuk mempolitikkan isu ini.

Kita tidak pasti mengapa Khalid begitu bersungguh-sungguh melengahkan dua isu besar air di Lembah Klang ini iaitu Penstrukturan Semula Air Selangor dan juga Pembinaan Loji Pembersih Air Langat 2 (Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor).

Pelbagai alasan, rundingan dan kenyataan dibuat oleh kerajaan negeri Selangor. Sehingga kini belum ada satu idea yang lebih baik datang daripada kerajaan negeri kecuali idea-idea lawak jenaka seperti ingin menggunakan air lombong sebagai sumber air minuman.

Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan termasuk mendapatkan air di Perak, namun akhirnya kos mendapatkan air dari Pahang yang paling murah.


Tidak perlu lagi ditulis sebahagian dari latar belakang industri air Selangor. Tidak perlu kita ulangi lagi penjelasan panjang lebar ini. Yang kita perlu fikir ialah rakyat lihat dan perhatikan tindak tanduk Khalid ini akan menyebabkan kita akan menanggung beban kewangan yang lebih besar pada masa akan datang.

Dengan menangguhkan projek Loji Air Langat 2, Khalid akan menyebabkan kos pembinaannya akan meningkat dengan lebih tinggi. Ini adalah kerana kos pembinaan sentiasa meningkat naik dari tahun ke tahun. Seterusnya, kerajaan Persekutuan juga akan menanggung beban kewangan yang besar apabila terpaksa membayar faedah dan hutang kepada Japan International Cooperation Agency (JICA) yang berjumlah berbilion ringgit.

Alasan Khalid untuk mencari kaedah lain yang lebih murah dan sebagainya adalah tidak masuk akal kerana Kerajaan telah pun membina laluan air dari sungai Pahang ke Selangor. Yang tinggal sekarang ialah untuk membina Loji Air Langat 2 bagi menyelesaikan isu air di lembah klang. Malahan pembinaan empangan ini langsung tidak mengambil wang kerajaan negeri.

Jadi mengapa Khalid yang tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ini begitu beria-ia ingin menghalang pembinaan empangan ini. Politik! Khalid ingin mempolitikkan keadaan ini sepenuhnya seolah-olah beliau berjuang untuk memberi air yang murah kepada rakyat.


Beliau membuat pelbagai kenyataan bagi menghalang pembinaan Loji Air Langat 2 ini seolah-olah jika dibina loji air ini maka tarif air akan naik, rakyat akan dibebani kos yang tinggi. Ini semua tidak lebih daripada manipulasi politik ala sosialis yang menguar-uarkan mantera perjuangan untuk rakyat menentang kerakusan kapitalis.

Hakikatnya, pembinaan Loji Air Langat 2 tiada kena mengena dengan tarif air. Ia merupakan projek kerajaan Persekutuan untuk memastikan Lembah Klang tidak berhadapan dengan krisis air yang serius pada masa hadapan.

Hanya Khalid dan pimimpin utama Pakatan yang mengetahui mengapa mereka begitu menentang pembinaan Loji Langat 2. Namun realitinya, sikap Khalid ini mencerminkan sikap busuk hati dan khianat seorang pemimpin yang rela memperjudikan keadaan ekonomi dan keperluan asas rakyat untuk percaturan politiknya.


Khalid boleh terus berbahas sama ada akan berlaku krisis air atau tidak pada 2014 ini jika rancangan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor tidak dilaksanakan. Khalid boleh sahaja mengutarakan pandangan pakar-pakar yang beliau dakwa berkata sebaliknya, biarpun sehingga kini tidak satu kajian dikemukakan kepada rakyat.

Namun apakah perlu Khalid memperjudikan keadaan ini sedangkan sebahagian rancangan ini telah dilaksanakan di sebelah Pahang? Jika Khalid berterusan menghalang pembinaan loji ini bermakna sebahagian besar pelaburan musnah tanpa hasil. Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung hutang berbilion ringgit akibat disabotaj oleh kerajaan negeri Selangor.

Justeru tindakan Khalid menghalang pembinaan loji air Langat 2 ini merupakan tindakan sabotaj kepada ekonomi dan kewangan negara. Mungkin Kerajaan Persekutuan perlu menyerahkan projek pembinaan Loji Langat 2 ini kepada kroni-kroni kerajaan negeri untuk mendapat kebenaran pembinaan ini. Mungkin itulah yang mereka mahukan pun.

Dalam sistem demokrasi, kerajaan yang mengambil alih harus menghormati perjanjian dan persetujuan kerajaan sebelumnya kecuali terdapat isu-isu besar seperti penyalahgunaan kuasa dan rasuah.


Namun dalam konteks ini kerajaan negeri tidak bertindak secara profesional sehingga menjejaskan kepentingan rakyat, kewangan negara dan imej negeri di mata pelabur asing. Projek yang dipersetujui dibatalkan sesuka hati hanya kerana ego politik kepartian.

Apakah pelabur asing dan tempatan bersedia membuat komitmen jangka panjang dengan kerajaan jika mengetahui persetujuan dan perjanjian mereka akan sewenang-wenangnya dihalang atau dimungkiri oleh parti yang lain yang mungkin menang dalam pilihan raya?

Ada orang yang kerana yang benci kepada Barisan Nasional dan pemimpin tertentu sanggup menerima apa sahaja tohmahan kerajaan negeri tanpa berfikir dengan rasional dan melihat fakta yang ada.

Hakikatnya kos menguruskan air bersih di Lembah Klang sangat tinggi hingga mencecah berbilion ringgit. Dan ia perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati agar rakyat tidak terbeban dengan kos yang tinggi sama ada melalui tarif air mahu pun melalui subsidi kerajaan yang akhirnya merupakan wang rakyat juga.


Kerajaan Selangor hari ini yang kononnya memberi air percuma hanya masuk dalam keadaan segala-galanya telah tersedia, seperti kata orang hanya "cuci kaki sahaja". Selama lebih lima tahun ini mereka tidak membina apa-apa pun kecuali meneruskan apa yang telah kerajaan sebelum ini bina.

Sekarang, mereka masih mahu menghalang usaha kerajaan Persekutuan mengatasi isu air di Lembah Klang. Adakah ini pemimpin yang baik? Adakah ini kerajaan negeri yang baik? Mereka mungkin menang dari segi promosi menaikkan imej sendiri dan memburukkan pemimpin BN.

Tapi adakah ini yang rakyat mahu pilih, Kerajaan propaganda dan papan tanda dengan bekas penasihat ekonominya yang bergaji seringgit sebulan? Malah akibat tidak puas hati dengan pentadbiran Khalid, bekas penasihat ekonomi ini pula mahu bertanding dalam PRK Kajang tidak lama lagi untuk merebut kerusi Menteri Besar?

Suara Politik
Belantan

Selasa, Februari 25, 2014

Mana perginya suara Islam Pas?

Suasana Malam Mahabbatur Rasul Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah anjuran kerajaan negeri baru-baru ini yang dipertikaikan oleh pemimpin Pas negeri itu.

"Kalau tidak mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam, mengapa buat komen pasal Islam? Kalau ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan kita berpecah belah. Negara kita belum cukup kukuh, itu patut menjadi matlamat kita sebagai bangsa Malaysia. Dahulu kalau ulama mengeluarkan fatwa, bangsa lain tak sentuh kerana itu adalah fatwa untuk orang Islam. Jadi mengapa pula ada orang bukan Islam nak komen pasal agama Islam.’’

Demikian penegasan yang dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Haniff Omar di Muar, kelmarin yang menunjukkan betapa kecewanya beliau dengan perkembangan berkaitan tindakan pihak-pihak tertentu termasuklah ahli politik bukan Islam mencampuri urusan hal ehwal Islam.

Haniff bukanlah individu pertama yang melahirkan kekesalan tersebut, sebelum ini sudah banyak pihak mempunyai pandangan serupa dan tertanya-tanya kenapakah wujud keberanian luar biasa dalam kalangan pihak tertentu termasuklah ahli politik pembangkang.

Apa yang dikesalkan, biar pun wujudnya parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam iaitu Pas tetapi parti itu lebih banyak mendiamkan diri. Suara Islam Pas seolah-olah tenggelam atau ditenggelamkan sejak menjalin tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pas langsung tidak tampil mempertahankan institusi ulama mahu pun Majlis Fatwa Kebangsaan apabila sekutu mereka mengkritik pihak tersebut.

Keadaan itulah yang menyebabkan sesetengah pemimpin pembangkang khususnya DAP begitu biadab seperti mana dilakukan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung larangan menyambut Hari Kekasih dalam kalangan umat Islam.

Sejak tercetusnya kenyataan kontroversi itu, tiada seorang pun pemimpin Pas yang bersuara, biar pun Tony mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh sebuah badan yang cukup tinggi dalam institusi Islam di Malaysia. Sama ada Dewan Ulama, Dewan Pemuda Pas Pusat mahupun pemimpin-pemimpin Pas di semua peringkat, tiada suara bantahan bagi mengecam kebiadaban Tony.

Tidak cukup dengan itu, Pas juga `membisu’ apabila seorang pemimpin kanan DAP mempertikaikan khutbah Jumaat yang mengandungi firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 111. Walaupun perbuatan ini sudah dilihat keterlaluan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara, namun Pas tidak memprotes kenyataan biadab tersebut. Pas mengamalkan sikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Sedangkan tindakan pemimpin kanan DAP itu menunjukkan mereka semakin hilang perasaan gerun untuk menghormati agama Islam.

Sebelum ini Pas juga dilihat ‘menikus’ dalam isu penggunaan kalimah Allah, biarpun wujudnya bantahan keras daripada umat Islam di seluruh negara. Pas terus berpegang dengan perjanjian awal dengan sekutunya bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan ia tidak disalah gunakan.

Tetapi bagi isu di Selangor, Sultan Selangor sudah mengeluarkan titah bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah namun Pas tidak berkongsi sentimen yang sama biar pun mereka mempunyai wakil dalam kerajaan negeri.

Lebih mengecewakan, sejak awal isu kalimah Allah ini tercetus termasuklah apabila ia diputuskan di mahkamah, Pas tidak memberikan sebarang reaksi, biar pun ketika itu ada seruan supaya seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik bersatu mempertahankan kalimah suci itu.

Hakikatnya, kalau mahu disenaraikan terlalu banyak bukti yang menunjukkan Pas semakin hilang suara Islamnya, biar pun sering mendabik dada mereka memperjuangkan Islam jauh lebih baik daripada UMNO.

Bagaimanapun apa yang kita saksikan suara dan perjuangan Islam setakat ini hanyalah retorik akibat terlalu menjaga hubungan dengan PKR dan DAP.

Dan tidak keterlaluan jika dikatakan perjuangan Islam Pas hanya sekadar untuk meraih sokongan politik khususnya dalam memancing undi daripada kalangan umat Islam.

Ini jelas apabila dalam bab-bab berkaitan politik Pas paling ke hadapan. Mereka bersedia mengadakan solat hajat bagi mengekalkan pemerintahan parti itu di Kelantan tetapi tidak bersedia mengadakan solat hajat bagi mempertahankan kalimah Allah.

Pas juga paling ghairah mengerahkan penyokong-penyokongnya turun ke jalanan bagi membantah keputusan pilihan raya atau menuntut pilihan raya bersih dan adil tetapi tiada seruan meminta mereka turun mengadakan demonstrasi bagi mempertahankan kesucian Islam.

Selain itu, pemimpin-pemimpin Pas juga begitu lantang mengkritik kepimpinan UMNO termasuklah dalam hal ehwal Islam tetapi apabila pemimpin DAP dan PKR membuat kenyataan bertentangan dengan Islam, Pas `kecut perut’.

Dalam soal sikap Pas ini, penulis bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin apabila pemimpin Pas negeri itu mempertikaikan majlis selawat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan Barisan Nasional (BN) yang dihadiri oleh 40,000 orang.

"Majlis selawat ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan negeri untuk mendidik umat Islam khususnya di Kedah dengan nilai-nilai murni yang di ajar oleh Nabi Muhammad SAW malahan program sebegini jauh lebih baik daripada Pas yang menganjurkan solat hajat bagi tujuan politik dan lebih teruk lagi mendoakan kehancuran sesama umat Islam,’’ katanya ketika dihubungi.

Sememangnya itulah sikap Pas, mereka sentiasa sahaja memperkecil dan memperlekehkan apa juga program Islam yang dianjurkan oleh UMNO seolah-olah program berlandaskan Islam itu hanya eksklusif untuk Pas.

Tidak cukup dengan itu, sehingga ke hari ini Pas terus menjaja kononnya UMNO tidak mempertahan atau memperjuangkan Islam dan dalam soal ini, Shaiful Hazizy menegaskan, tuduhan itu sangat dangkal.

"Ini kerana mereka buta mata hati untuk melihat bahawa UMNO meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, seperti tercatat dalam Perlembagaan, yang jauh lebih tinggi kedudukannya daripada sekadar sebagai agama rasmi. Wajar dilihat satu persatu usaha UMNO mempertahan Islam secara berterusan sejak merdeka selama 55 tahun dahulu, dan bukannya hanya baru-baru ini sahaja,’’ tegasnya.

Tetapi apakah fakta ini dikaji dan dinilai oleh Pas secara ikhlas sebagai pihak yang kononnya mahu melihat pemerintahan Islam dimartabatkan di negara ini, sudah pasti tidak. Apa yang berlaku seperti mana kata Shaiful Hazizy, setiap kali pilihan raya Pas tidak pernah melepaskan peluang menggunakan agama sebagai alat untuk meraih undi.

Bagaimanapun kita yakin perjuangan Pas tidak akan ke mana selagi mereka terus bersekongkol dengan PKR dan DAP. Semoga pemimpin dan pengikut Pas akan diberi hidayah bagi memahami fakta ini.

Oleh : Zulkifli Bakar

Suara Politik
Belantan

Isnin, Februari 24, 2014

Antara BR1M, sikap pembangkang?

Penerima-penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 menyerbu meja urusetia pada majlis penyampaian BR1M Daerah Kuching di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Kuching, Sarawak kelmarin.

Kelmarin, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.00) 2014 yang memberi manfaat kepada 7.9 juta isi rumah dengan nilai peruntukan sejumlah RM4.5 bilion.

BR1M diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira apa juga fahaman politik, agama mahupun latar belakang keturunan mereka. Walaupun sejak BR1M pertama kita sering menyaksikan program ini tidak terlepas daripada dipolitikkan oleh pakatan pembangkang namun kerajaan BN tidak menghiraukannya.

Apa yang lebih penting bagi kerajaan ialah berusaha sedaya upaya mencari apa juga jalan yang boleh mengurangkan beban rakyat dan memberikan kesejahteraan kepada mereka.

Sebab itulah ketika berucap di Pekan, semalam, Najib berkata, ‘‘Tak apalah orang tuduh kita, itu soal politik. Kalau dia kata kita baik susahlah dia. Memang pembangkang akan tuduh kita, apa kita buat tak akan dia nak kata baik. Dia akan cari jalan kutuk kita. Tapi tak apa, kuatkan iman kita, peganglah kepada ajaran Islam....insya-Allah akan diredai."

Sememangnya Najib sudah masak dengan perangai pembangkang yang tidak akan menyokong apatah lagi memuji sebarang usaha kerajaan bagi membantu rakyat. Bagi pembangkang jika rakyat gembira dengan dasar dan program kerajaan ia ibarat mengundang bencana politik kepada mereka.

Justeru kita tidak perlu terkejut jika pakatan pembangkang akan terus konsisten untuk memburuk-burukkan pemberian BR1M ini termasuklah berhujah bahawa ia hasil daripada kutipan cukai rakyat.

Fakta ini kita tidak nafikan tetapi apa salahnya jika kerajaan mengembalikan ia kepada rakyat, kenapa pembangkang mahu meracuni fikiran rakyat dengan politik songsang mereka?

Pembangkang sebenarnya sudah banyak mengajar rakyat negara ini supaya tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur dengan apa yang dinikmati. Mereka akan berhujah sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kerajaan meningkatkan taraf hidup dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat

Tetapi apa yang anehnya apabila kerajaan melaksanakan program bagi membantu rakyat termasuklah BR1M, mereka menuduh pula ia bermotif politik dan kerajaan BN ingin mencari sokongan politik. Dalam kata mudah, buatlah apa sahaja, semua tidak akan dipandang positif oleh pembangkang.

Mungkin disebabkan ‘ajaran’ inilah ada antara penyokong pembangkang yang langsung tidak berterima kasih kepada kerajaan sebaliknya mengeluarkan pelbagai hujah untuk ‘menghalalkan’ langkah mereka untuk menerima BR1M, biar pun kelompok inilah yang selalu mengecam kerajaan dengan menuduh BN zalim dan sebagainya.

Dalam keghairahan pembangkang mengkritik segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban hidup rakyat, mereka sendiri tidak pernah tampil dengan sebarang cadangan atau pandangan bagi tujuan itu.

Sebelum ini, kita melihat bagaimana pembangkang begitu ghairah menyalahkan kerajaan berhubung kenaikan harga barang. Pelbagai tuduhan mereka lemparkan tetapi di negeri yang mereka perintah seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan tidak ada satu usaha pun yang dilakukan bagi membantu rakyat.

Ini berbeza dengan kerajaan yang menyusun pelbagai strategi bagi menangani permasalahan itu termasuklah mengwujudkan Jawatankuasa Kuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga mengerahkan seluruh kementerian khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencari mekanisme bagi membolehkan rakyat mendapat keperluan asas dengan harga lebih murah.

Ia disusuli pula dengan gerakan turun padang bagi memantau harga barang tetapi persoalannya pernahkah kita mendengar pakatan pembangkang memuji usaha kerajaan itu? Sudah pasti tidak!

Sebaliknya, apa yang kerap kita saksikan, pembangkang akan mempolitikkan segala-galanya.

Apa yang lebih malang, turut bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP ialah Pas sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan sudah pasti memahami keperluan untuk berterima kasih kepada orang yang berbuat kepada kita serta bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah melalui usaha kerajaan BN.

Bagaimanapun setakat ini, kita melihat kerajaan BN tidak pernah tergugat atau terganggu dengan mainan politik pembangkang. BN yang diberi mandat untuk memerintah negara ini terus menyusun pelbagai program demi kepentingan rakyat.

Inilah selaras dengan penegasan yang dibuat oleh Najib dalam ucapan beliau ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013 yang antara lain beliau menegaskan:

‘‘Satu demi satu tohmah dilontar, beraneka domba dituduh kepada kita. Namun, kita bukanlah barisan yang mudah mengaku kalah, apatah lagi tidak mungkin duduk bersimpuh dan berdiam diri.

‘‘BN mengambil resminya padi, makin merunduk makin berisi. Bulan demi bulan, tahun demi tahun, dari masa hingga masa, kita terus bangun, bangkit dan berjuang demi rakyat, demi negara."

Oleh itu biarlah pembangkang terus dengan mainan politik mereka demi memburu cita-cita untuk menguasai Putrajaya. Berdasarkan tindak tanduk mereka selama ini sudah terbukti pembangkang bukanlah kelompok yang diwujudkan untuk membela nasib rakyat tetapi hadir ke persada politik tanah air hanya untuk merebut kuasa.

Mereka cuba memaparkan bahawa mampu melakukan jauh lebih baik daripada kerajaan BN jika memerintah negara tetapi saksikanlah keadaan di negeri-negeri di bawah takluk mereka. Terlalu banyak dan kemelut yang berlaku sehingga jawatan Menteri Besar pun menjadi rebutan sehingga memaksa sebuah pilihan raya kecil diadakan.

Kita harus mengakui bahawa bukan mudah untuk memberi penjelasan kepada kelompok yang sudah terhasut dengan mainan politik pembangkang tetapi kerajaan BN sudah membuktikan tidak akan berputus asa apatah lagi mengalah.

Kerajaan BN mempunyai tanggungjawab untuk memakmurkan negara ini dan memberi kesejahteraan kepada rakyatnya. Kalau mahu ikut rentak pembangkang mungkin sampai kiamat pun belum tentu mereka akan menyokong apa yang kerajaan lakukan.

Apa yang lebih penting ialah kerajaan BN memahami bahawa segala yang dilakukan adalah atas niat yang ikhlas demi rakyat, biarlah pembangkang dengan sandiwara politiknya kerana akhirnya bak kata Najib;

‘‘Apa pun kebaikan yang kita perbuat, apa pun amal kebaikan yang kita lakukan, ada saja yang tidak kena, ada saja yang tidak betul di mata kawan-kawan di seberang sana. Namun biarlah, kata orang, kebenaran depan mata kadang-kadang kita tak nampak. Yang batil itu akhirnya akan terpasung jua."

Oleh : Zulkifli Bakar

Suara Politik
Belantan

Ahad, Februari 23, 2014

Kaji selidik yang merobek-robek wibawa MB dan Pas?


Ada penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) barangkali sudah meniupkan trumpet berikutan hasil kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang yang menyebelahi parti itu, yang meramalkan kemenangan kepada calon mereka, Anwar Ibrahim.

Hasil dapatan kaji selidik memberi pengabsahan bahawa apa yang dilakukan oleh PKR mengosongkan kerusi N25 untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding dan kemudian melantiknya sebagai Menteri Besar Selangor adalah tepat.

Kaji selidik itu mendapati 59 peratus daripada 576 responden menjawab "ya" apabila ditanya soalan 'adakah munasabah Pilihan Raya Kecil Kajang diadakan untuk membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor'.

Apakah maksudnya? Kaji selidik ini hanya memberi persepsi baik kepada Anwar selaku calon. Kaji selidik ini menjelaskan dengan terang-benderang hajat sebenar Langkah Kajang atau yang disebut Manipulasi Kajang walaupun cuba disembunyikan oleh strategis PKR dan Anwar.

Pengundi Kajang, yang sejak ADUN Lim Chin Cheh diumumkan meletakkan jawatan telah dibebani dengan kempen politik PKR siang dan malam, digambarkan begitu sayangkan PKR dan Anwar yang bukan sekadar sebagai penyelamat Kerajaan Negeri Selangor bahkan negara.

Hal ini kerana mengikut kaji selidik tersebut, kebanyakan yang ditinjau menyatakan pilihan raya kecil yang dicipta PKR itu adalah munasabah (56 peratus), tidak membazirkan wang (53 peratus) dan perlu diadakan untuk menyelesaikan isu-isu dalaman PKR Selangor (42 peratus).

Lihatlah bagaimana kini Anwar begitu diagung-agungkan. Tidakkah kita belajar bagaimana dulu mereka berdegar-degar akan menggegar Dewan Rakyat dengan kehadiran ramai wakil rakyat ‘cerdik’ pakatan pembangkang? Sehingga kini kita masih menanti-nanti 'keluarbiasaan' pemimpin ini.


Kaji selidik Umcedel itu dari sisi lain sebaliknya telah merobek-robek wibawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang digambarkan sebagai dungu, hanya menjadi pak pacak di kerusi Menteri Besar. Bagi pengundi Kajang mengikut kaji selidik itu, Abdul Khalid tidak layak menjadi Menteri Besar. Beliau perlu segera ditukarkan termasuk untuk menyelesaikan kemelut dalaman PKR.

Yang layak menerajui Selangor hanya seorang iaitu yang sekarang menjadi calon PKR DUN Kajang itu.

Kemudian, di luar kaji selidik yang selalu menyebelahi pakatan pembangkang itu, semacam ada gerakan terancang untuk menampilkan semula bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang kini ahli Pas untuk membantu Anwar nanti.

Secara tersirat, Abdul Khalid pula terus diserang dengan bermacam konspirasi daripada isu PKNS sehingga hal berkaitan hutang beliau dengan bank. Beliau pun tidak semena-mena dikaitkan dengan orang UMNO.

Kasihanlah Abdul Khalid yang digambarkan ‘super’ hebat sebelum ini sehingga dipilih semula untuk menjadi Menteri Besar buat penggal kedua, dihina sebegitu sekali. Tetapi hal ini bukan baharu dalam permainan politik Anwar.

Entah berapa banyak sahabat baik dan orang kanan Anwar dihina sebegitu rupa, lantas secara terhormat memilih meninggalkan beliau walaupun sedang memegang jawatan dan kekuasaan.

Daripada rakan seperjuangan politik, agamawan, cendekiawan, sahabat sepermainan hingga staf sendiri, jumlahnya sudah tak terhitung. Pernahkah kita melihat pemimpin lain yang ditinggalkan sebegitu banyak rakan baiknya?

Yang sepatutnya paling terasa getah kaji selidik ini ialah Pas. Kaji selidik ini memburaikan keputusan Pas bahawa 'isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit' dalam pilihan raya kecil ini.

Ketegasan Pas yang dinyatakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mesyuarat lujnah politik dan pilihan raya pada 3 Februari lalu hanya sia-sia belaka.


Itulah gambaran permainannya, PRK DUN Kajang ini untuk membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor. Pengundi Kajang percaya itu yang akan berlaku. Naifnya Pas yang boleh tertipu di siang hari.

Kebimbangan pemimpin akar umbi Pas terutamanya golongan agamawan menjadi nyata dalam kaji selidik ini. Barangkali atas sebab itu, ada strategis Pas awal-awal meletakkan syarat akan mencalonkan nama daripada parti itu jika Abdul Khalid disingkirkan.

Tetapi Pas yang sedang dihina ini mempunyai rekod mudah terbuai dengan kegilaan Anwar. Walaupun Pas mengancam akan menamakan calon lain, sejarah menunjukkan mereka akhirnya akan termakan dengan perangkap permainan Anwar.

Anwar dan jenteranya tidak pun peduli dengan pengorbanan Pas yang akhirnya memutuskan untuk menyertai jentera pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil ini. Mereka ambil mudah kesukaran Pas yang terpaksa mengetepikan suara ahli-ahlinya sendiri.

Demokrasi kita nampaknya sudah bersimpang siur. Demokrasi yang sepatutnya melahirkan pemimpin bercirikan negarawan sebaliknya hanya melahirkan pemimpin rakus dan pentingkan diri sendiri.

Hasrat untuk melihat wakil rakyat daripada kalangan mereka yang terbaik kian jauh panggang dari api. Dewan yang mulia di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang sepatutnya menempatkan orang-orang terhormat untuk mengabdi kepada rakyat justeru diisi oleh mereka yang belum selesai dengan dirinya sendiri.-UMO

Suara Politik
Belantan

Rabu, Februari 19, 2014

Antara sebab mengapa Waythamoorthy letak jawatan - 'Mahu kawal bajet kaum India'?


Pengerusi Barisan Bertindak Hak- Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy dibidas berikutan tindakannya menuding jari kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya gagal melakukan perubahan terhadap masyarakat India di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Waythamoorthy sebaliknya perlu menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal bekerja sebagai satu pasukan dan tidak efektif dalam membawa perjuangannya ketika diberi peluang menganggotai Kabinet.

Khairy mendedahkan, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertindak menuntut kesemua bajet kerajaan melibatkan masyarakat India untuk diletakkan di bawah kawalannya.

"Waythamoorthy ingin mengawal semua transaksi kewangan dan membelakangi kementerian-kementerian dan agensi kerajaan. Kerajaan tidak beroperasi sebegini. Apabila beliau tidak mendapat perkara tersebut, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," katanya dalam akaun Twitternya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Waythamoorthy hari ini yang mengambil jalan mudah menyalahkan kerajaan terhadap kemunduran masyarakat India di negara ini.

Meskipun pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini disifatkan pelbagai pihak sebagai sia-sia, Waythamoorthy tetap berusaha menegakkan benang basah apabila mendesak Perdana Menteri pula meletakkan jawatan.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan, semua perkara yang dikemukakan Waythamoorthy kepada Perdana Menteri selama ini telah diselesaikan termasuk isu perumahan masyarakat India.

Beliau menambah, walaupun tanpa Waythamoorthy, kerajaan tetap komited dalam memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu-isu kaum tersebut termasuk pendidikan dan kemiskinan.

"Saya tahu Waythamoorthy tidak mahu perkara ini didedahkan tetapi apabila dia menyalahkan Perdana Menteri secara tidak adil, saya tiada pilihan. Ini adalah tanggungjawab bersama Kabinet," katanya.

Dalam sidang akhbar di sini, Waythamoorthy terus memainkan sentimen kononnya Najib enggan bekerjasama dengannya dalam usaha meningkatkan kebajikan kaum India, namun pada masa sama mengakui Perdana Menteri memberi peluang kepadanya mengutarakan cadangan sejak lapan bulan lalu melalui lebih 16 siri pertemuan.

Apa yang menimbulkan tanda tanya, Waythamoorthy seolah-olah 'baling batu sembunyi tangan' apabila menegah pemberita daripada bertanya sebarang soalan menyebabkan sidang akhbar itu menjadi berat sebelah dan 'syok sendiri'.

Tindakan yang tidak demokratik itu memaksa beberapa pemberita mendapatkan beliau selepas sidang akhbar tersebut namun kecewa apabila Waythamoorthy tetap enggan menjawab sebarang soalan.

Suara Politik
Belantan

Benarkah Dr M 'takut' Anwar jadi MB?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana perjuangan Anwar hanyalah untuk menjadi perdana menteri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir dia (Anwar) tak layak (jadi Menteri Besar), dia tubuh satu parti semata-mata untuk nak tentukan dia jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

"Di mana-mana dia berjuang pun cuma untuk jadi perdana menteri, masuk dalam Umno (dulu) pun pasal nak jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir, yang juga Presiden PGPF, berkata beliau juga 'takut' rakyat Selangor tidak akan selamat jika Anwar menjadi Menteri Besar negeri itu.

"Sudah tentulah saya berasa takut sebab rakyat tidak akan selamat, kakitangan tidak akan selamat dengan kehadirannya, anda lihat apa yang berlaku kepada kakitangannya? Dia akan lebih dipengaruhi kebebasan untuk berbuat apa yang disukainya.

"Dia fikir sebagai perdana menteri, mungkin dia tidak dapat disentuh undang-undang, anda bukan tidak dapat disentuh undang-undang, jika anda melakukan perbuatan yang salah, (atau jika) anda tidak bermoral, kerajaan akan mengambil tindakan ke atas anda," katanya.

Anwar yang mengumumkan bertanding pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini - dikatakan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor jika memenangi PRK itu.

Sementara itu, Dr Mahathir menafikan dakwaan bahawa beliau bersifat anti-hadis hanya kerana beliau merasmikan sebuah seminar berkaitan karyawan dan bekas aktivis politik, Kassim Ahmad, yang sering dilabel sebagai orang yang tidak percaya kepada hadis.

"Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis dan macam-macam walaupun saya berkata perkara yang benar. Jadi inilah apa yang dialami Kassim, apa saja dia perjelas pun (dianggap) anti-hadis.

"Saya tak fikir Kassim anti-hadis, dia macam orang Islam lain," katanya.

Ditanya tentang permintaan kerajaan negeri Johor supaya kerajaan Pusat membincangkan tentang harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura dalam mesyuarat bersama kedua-dua negara pada masa depan, Dr Mahathir berkata harga air mentah itu patut dinaikkan.

"Jika mereka tidak menaikkan harga air, maka mereka sudah tentu begitu rugi sekali, sebab mereka tidak memperoleh apa-apa pun," katanya.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1961 dan 1962, Public Utilities Board (PUB) Singapura membeli air mentah daripada Johor pada kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Singapura sebaliknya menjual air terawat kepada Johor pada kadar harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Terdahulu, Rais yang melancarkan Kursi Keamanan Global Tun Mahathir, berkata Kursi itu akan menyediakan wadah untuk memperluaskan pengetahuan, pengalaman amali dan kecekapan bagi cendekiawan serta pengamal, yang terlibat dalam pembinaan keamanan dan bantuan kemanusiaan.

"Kursi itu akan turut memberi tumpuan kepada penyelidikan khusus ke atas keamanan global merangkumi aspek dasar dan perundangan, selain isu berkaitan jenayah perang," katanya.

Profesor Johan Galtung, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai 'bapa Kajian Keamanan' diumumkan sebagai penyandang pertama Kursi itu pada majlis berkenaan. - Bernama

Suara Politik
Belantan

Selasa, Februari 18, 2014

PRK Kajang : Jangan terkejut ahli PAS akan undi BN?


Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini bakal memperlihatkan senario luar biasa sekiranya ahli atau penyokong Pas mengundi calon Barisan Nasional (BN).

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Samsul Adabi Mamat berkata, keadaan itu tidak mustahil bakal berlaku bagi menunjukkan mereka hilang kepercayaan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Malah, menurut beliau, sebahagian ahli dan penyokong pakatan pembangkang mungkin mengundi calon BN sebagai tanda protes terhadap keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi DUN Kajang pada 27 Januari lalu.

"Ahli Pas terutama berpendirian sederhana kini dalam keadaan berbelah-bahagi, mereka hilang kepercayaan terhadap Anwar.

"Mereka akan mengundi calon Bebas atau dalam keadaan luar biasa, mereka akan mengundi calon BN," katanya di sini hari ini.


Samsul Adabi mengulas tentang peluang Anwar untuk memenangi pilihan raya kecil tersebut dalam situasi Penasihat PKR itu mungkin terpaksa menghadapi tentangan empat calon bertanding atas tiket BN dan Bebas.

Setakat ini, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan; bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar menawarkan diri untuk bertanding menentang Anwar.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Naib Presiden MCA, Datuk Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon merupakan antara nama yang diramalkan sebagai calon BN.

Dalam perkembangan sama, Samsul Adabi menambah, Anwar boleh ditewaskan sekiranya BN menggunakan strategi yang betul dalam mendekati kira-kira 6,000 pengundi atas pagar di kawasan berkenaan.

Beliau memberitahu, secara rasional, terdapat kemungkinan kumpulan pengundi terbabit memihak kepada BN kerana membantah tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

"Saya menjangkakan DUN Kajang bakal menjadi medan pertarungan yang sengit antara BN dan pakatan pembangkang seperti yang lazimnya berlaku dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya umum di negara ini," ujarnya.

Jelas beliau, walaupun terdapat tokoh yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas, peluang mereka menang agak tipis.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Februari 17, 2014

MB Selangor bukan milik eksklusif PKR?


Pas seolah-olah memberi isyarat bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh sewenang-wenangnya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ia terbukti apabila Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang rancangan pemilihan atau pertukaran bagi jawatan Menteri Besar Selangor hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan semua parti dalam pakatan pembangkang.

Oleh itu beliau menegaskan, jawatan itu bukan hak eksklusif atau menjadi milik automatik mana-mana parti sebaliknya ditentukan menerusi kesepakatan.

"Soal Menteri Besar perlu kepada muafakat, bukan hak eksklusif," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pas turut enggan menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung ura-ura PKR mahu menggantikan Tan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.


Kedudukan Abdul Khalid dikatakan tergugat berikutan langkah PKR meminta penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Anwar turut membayangkan beliau akan menggantikan Abdul Khalid walaupun Pas dikatakan lebih berhak memandangkan menguasai 15 kerusi di DUN Selangor berbanding PKR (14 kerusi).

Pendirian Pas yang dilihat seolah-olah tidak merestui Anwar menggantikan Abdul Khalid semakin jelas apabila pada Isnin lalu, Pas Selangor menegaskan belum menetapkan sebarang persetujuan berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Yang Dipertua Pas Kuala Langat, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, Pas Selangor masih berpegang pada keputusan Pas Pusat sebelum ini iaitu isu perubahan jawatan Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan.

Sebelum itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat juga secara terbuka menolak Anwar sebagai Menteri Besar Selangor selain menyifatkan polemik DUN Kajang itu tidak perlu mengheret pakatan pembangkang bagi membincangkan jawatan tersebut.

Suara Politik
Belantan

Melayu PAS sepatutnya malu dengan Kumpulan Profesional Cina ini?


Sekumpulan lima individu yang menggelarkan diri mereka Kumpulan Profesional Cina hari ini membidas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ekoran penghasilan video 'ONEderfull Malaysia CNY 2014' yang mencetuskan kontroversi semasa sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar di sini, mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya meminta Teresa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan bertanggungjawab atas pelbagai kesan buruk kepada masyarakat ekoran penghasilan video tersebut, walaupun video itu mungkin tidak menyalahi undang-undang.

Mereka juga kesal kerana video tersebut memberikan gambaran negatif kepada kaum-kaum lain bahawa perbuatan memburuk-burukkan dan menghina orang adalah sebahagian daripada tradisi sambutan Tahun Baharu Cina sedangkan ia tidak benar sama sekali.



Ahli Persatuan Psikologi Amerika Syarikat (APA), Dr. Wong Kok Fye berkata, kandungan klip video berkenaan jelas memaparkan 'keganasan halus' yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi masyarakat khususnya generasi muda.

"Teknik psikologi yang digunakan dalam video itu boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat seperti menyampaikan mesej kepada generasi muda bahawa tidak salah untuk menghina dan membuat serangan karakter terhadap seseorang individu," katanya.

Seorang peguam, Ryan Ng Chun Yie pula mempersoalkan mesej yang cuba disampaikan Teresa dalam klip video yang jelas 'menghentam' seteru politiknya.

Beliau berkata, daripada menghasilkan video yang mempersenda individu lain, adalah lebih baik Ahli Parlimen itu menghasilkan video yang menunjukkan sumbangan beliau kepada masyarakat.


"Itu yang orang ingin lihat kerana mereka mempunyai harapan tinggi terhadap wakil rakyat yang dipilih. Saya cadangkan semua wakil rakyat tidak kira daripada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat supaya mengelak daripada melakukan perkara yang boleh mencetuskan kontroversi dan menggugat perpaduan yang sekian lama wujud dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya.

Seorang pekerja sosial, Alex Lee Keat Woon yang telah membantu lebih 100 pesakit buah pinggang dan kanser di negara ini meminta Teresa mengaku kesalahannya dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

"Bak kata peribahasa, jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. Jangan hanya berani bercakap kuat di belakang tetapi takut untuk mengaku.

"Tindakan mengkritik pemimpin dan negara, kalau dibiarkan akan menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia," katanya.

Seorang pendidik Loh Wei Jing berkata, tindakan menghasilkan klip video berbaur sindiran dan fitnah terutama ketika sambutan Tahun Baharu Cina bukan sebahagian budaya kaum Cina.

Beliau berkata, tindakan menghasilkan klip video itu merupakan satu propaganda murahan daripada Teresa demi kepentingan politiknya.

Guan Eng meminta Unit Amal PAS melalui Mat Sabu supaya mempertahankan Teresa

"Kita mempercayai serta memegang teguh Rukun Negara kita dan apa yang dilakukan Teresa dalam klip video itu 100 peratus bercanggah dengan Rukun Negara. Perbuatannya menghasilkan klip video itu ketika sambutan Tahun Baharu Cina tidak boleh diterima dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya dengan tegasnya menggesa Teresa untuk meminta maaf terhadap kerosakan yang telah dia lakukan," katanya.

Jurulatih korporat, Phoenix Low Kai Lay berkata, Ahli Parlimen terbabit tidak sepatutnya menghasilkan klip video yang menggalakkan orang ramai supaya mempersenda kekurangan orang lain.

Sebagai jurulatih, Phoenix berkata, beliau sering menggalakkan orang ramai berfikiran positif serta tidak menyerang kelemahan orang lain.

"Teresa sepatutnya menyampaikan mesej yang menekankan perpaduan antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan menyebarkan pemikiran positif bukan menyindir kekurangan orang lain," katanya.

Sebaliknya apa yang berlaku adalah dimana tindakan pemimpin PAS yang mempertahankan tindakan Teresa tersebut?


Suara Politik
Belantan

Ahad, Februari 16, 2014

Apabila Pas terus dipermainkan?


Dalam dua tulisannya berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, seorang ulama Pas, Dr. Mohd. Abdul Rahman Kajani mengkritik keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi tersebut.

Melalui tulisan pertamanya, Dr. Mohd. Abdul Rahman mengemukakan persoalan berikut:

* Kenapa rakyat perlu mengorbankan masa dan wang mereka untuk melunaskan maksud PKR ini? Sucikah perjuangan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar?

* Adakah Abdul Khalid terbabit dengan salah laku sebagai Menteri Besar yang menjadi teras perjuangan PKR dan PR (Pakatan Rakyat)?

* Adakah Abdul Khalid gagal menerajui kerajaan negeri Selangor?

* Adakah Abdul Khalid 5 tahun dulu berjaya mengurus Selangor sehingga PR menang besar PRU-13 (Pilihan Raya Umum Ke-13), tetapi gagal lapan bulan terakhir ini selepas PRU-13?

Dr. Mohd. Abdul Rahman turut menjawab persoalan itu dengan berkata, ''Sebenarnya tidak. Abdul Khalid tidak gagal. Tetapi yang gagal ialah sebahagian kepimpinan PKR yang gagal mendapat apa yang mereka mahukan daripada Abdul Khalid.

''Abdul Khalid di mata rakyat telah berjaya mentadbir Selangor. Kerana itu rakyat memberi mandat kali kedua kepada PR untuk mentadbir Selangor. Abdul Khalid dilihat sangat berhati-hati dengan pengurusan kewangan negeri. Ketelusan pentadbiran kewangan beliau tidak dipertikaikan dan gagal digugat oleh UMNO/BN."

Dalam tulisan keduanya bertajuk, ''Projek Kajang bakal meranapkan kejayaan PR.' Dr. Mohd. Abdul Rahman berhujah;''Projek Kajang digerakkan oleh Anwar Ibrahim dengan matlamat menjatuhkan Khalid sebagai MB.

''Walaupun pelbagai alasan dan hujah direka oleh Rafizi Ramli bagi mewajarkan PRK Kajang hakikatnya tetap satu iaitu menurunkan Abdul Khalid daripada jawatan MB Selangor.''

''Rafizi boleh berhujah kononnya "gerak kajang penentu kejayaan menawan Putrajaya" tapi hakikatnya ialah pintu kepada kemusnahan PR dan hancurnya impian PR ke Putrajaya."


Persoalannya, apakah yang dinyatakan oleh Dr. Mohd. Abdul Rahman dikongsi oleh kepimpinan Pas yang sudah pun membuat keputusan untuk membantu PKR dalam PRK tersebut? Kenapa Pas sejak mengadakan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP terus dilihat sekadar 'pak turut' sehingga ia memberikan keberanian luar biasa kepada kedua-dua parti itu untuk membuat percaturan politik?

Hakikatnya ini bukanlah kali pertama Pas tidak dibawa berunding dalam sebarang percaturan politik yang dilakukan oleh kedua-dua parti itu, sudah acap kali tetapi ia masih belum menyedarkan kepimpinan Pas biar pun ada tekanan dalam parti itu sendiri yang mahu tahaluf siyasi dikaji semula.

Pas terlalu ghairah untuk terus bersama pakatan pembangkang bagi menawan Putrajaya sehinggakan apa sahaja yang dilakukan oleh PKR atau DAP, Pas hanya ikut sahaja. Di manakah jati diri Pas sebagai parti Islam? Sepatutnya kalau Pas benar-benar memperjuangkan Islam mereka hanya akan mengikut rentak politik PKR dan DAP kalau tindakan itu betul.

Tetapi apa yang kita saksikan Pas hanya berperanan sebagai 'pak turut', sebab itulah PKR dan DAP tidak pernah mempedulikan pandangan Pas. Begitulah juga untuk PRK Kajang, PKR yakin Pas bukan sahaja bersetuju dengan tindakan PKR tetapi juga akan mengerahkan jentera dan penyokongnya memastikan kemenangan Anwar.

Biar pun sebelum ini keputusan yang dibuat oleh PKR sama sekali tidak dirunding terlebih dahulu dengan Pas, tetapi Pas akur kononnya atas semangat pakatan pembangkang. Oleh itu adalah satu mimpi kalau kita mengharapkan Pas akan menentang jika Abdul Khalid disingkirkan daripada kerusi Menteri Besar. Sudah terbukti keberanian Pas bertempat, kelantangan Pas terhad.

Kalau dengan BN atau UMNO, Pas paling lantang sehingga di Kedah, majlis selawat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan dihadiri oleh berpuluh-puluh ribu orang diperlekehkan oleh salah seorang pemimpin Pas negeri itu dengan menganggap ia retorik politik, sedangkan Pas sendiri tidak pernah mengadakan majlis seumpama itu.

Tetapi apakah pemimpin-pemimpin Pas mempunyai keberanian untuk menyanggah politik kotor PKR di Kajang? Apakah tindakan PKR itu selaras dengan ajaran Islam apabila amanah rakyat dikhianati dan janji kepada rakyat dimungkiri? Kalau berani sangat kritiklah tindakan Anwar dan PKR? Namun itu tidak berlaku kerana sudah adat kepimpinan Pas hanya berani menentang BN dan UMNO tetapi kecut perut bila berhadapan dengan PKR dan DAP.


Selain itu dalam satu majlis di Kajang, seorang pemimpin Pas bukan sahaja memperlekehkan slogan ketuanan Melayu dan 'Hidup Melayu' tetapi juga mempersoalkan sampai bilakah Melayu hendak menolak meritokrasi dan sampai bila orang Melayu harus berlindung di sebalik keistimewaan.

Begitulah wajah sebahagian pemimpin Pas yang terikut-ikut dengan perangai sesumpah sesetengah pemimpin PKR sehingga sanggup memperlekehkan bangsa sendiri semata-mata untuk memastikan kemenangan PKR di Kajang.

Politik kebencian dan melihat BN khususnya UMNO sebagai 'musuh kamu yang paling nyata' telah menyebabkan Pas semakin terhakis maruahnya bukan sahaja sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi sebuah parti yang suatu ketika dahulu dikagumi oleh kawan dan lawan.

Berikutan keadaan itulah, Pas diperkotak-katikkan oleh PKR, dipermainkan oleh DAP dan kedua-dua parti itu berasa gembira kerana apa pun mereka lakukan Pas akan menyokong dan penyokong mereka akan mengikut arahan kepimpinan untuk terus bersama pakatan pembangkang.

'Kelemahan' Pas ialah apabila Anwar terus mencadangkan impian ke Putrajaya sehinggakan pengikut-pengikut juga menjadi teruja. 'Putrajaya' seolah-olah 'magic word' yang melemahkan Pas untuk menentang apa juga kehendak PKR dan DAP.

Sebab itulah biarpun dari segi moral politiknya, PKR tidak patut membenarkan PRK Kajang diadakan tetapi Pas hanya membantah seketika, kemudian terus akur apabila Anwar menyatakan Kajang penting dalam usaha pakatan pembangkang mengaturkan langkah Ke Putrajaya.

Secara logiknya, apa kena mengena DUN Kajang dengan Putrajaya, kenapakah semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, PKR tidak menyusun sejak awal lagi hendak menjadikan Selangor sebagai perintis ke Putrajaya? Atau kenapa ketika itu Anwar tidak memilih kerusi Parlimen Putrajaya untuk beliau bertanding supaya ia benar-benar dilihat sebagai pembuka jalan?

Fakta ini tidak pernah difikirkan oleh Pas dan mungkin kalau pun terfikir mereka tidak akan mengendahkannya. Oleh itu timbul persoalan bilakah Pas akan sedar bahawa mereka hanya menjadi 'alat' dan 'pak turut' dalam pakatan pembangkang?

Sebab itulah muncul insan-insan seperti Dr. Mohd. Abdul Rahman yang bersedia memberi pandangan dan kritikan kerana mungkin beliau sudah bosan dengan permainan politik PKR, mual dengan sandiwara politik DAP dan muak apabila Pas terus dipermainkan!

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Februari 15, 2014

Guan Eng jangan lepas tangan?


Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta tidak bersikap lepas tangan berhubung tindakan sebuah syarikat pemaju di negeri ini yang mengenakan bayaran tambahan terlalu tinggi kepada pembeli rumah pangsa kos rendah di Jalan Permai, Bukit Gambir di sini.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, Guan Eng perlu campur tangan kerana pemaju berkenaan secara terang-terangan telah mencabuli polisi perumahan kos rendah yang digubal Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.

"Dalam hal ini, pembeli yang majoritinya orang Melayu dan golongan berpendapatan rendah menjadi mangsa sikap rakus pemaju berkenaan dan setakat ini Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya berdiam diri.

"Pembeli dikejutkan pada saat-saat akhir apabila mereka diminta membuat bayaran tambahan untuk kos pengubahsuaian rumah yang dilakukan tanpa pengetahuan dan tidak mengikut pelan serta perjanjian asal yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Rahmad mengulas bebanan yang terpaksa ditanggung kira-kira 150 pembeli projek perumahan berkenaan selepas MPPP meluluskan pelan pengubahsuaian yang dibuat pemaju ke atas rumah itu yang harga asal ditawarkan dan dipersetujui adalah RM72,500.

Pelan pengubahsuaian yang diluluskan itu sebanyak RM59,000, diikuti caj lot tempat letak kereta serta lain-lain caj tambahan sehingga RM50,000 menyebabkan harga rumah berkenaan mencecah RM180,000.


Kumpulan pembeli berkenaan yang tidak berpuas hati kemudian membuat aduan dan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo, namun menemui jalan buntu.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, beliau berasa pelik bagaimana MPPP boleh meluluskan permohonan pemaju untuk membuat pengubahsuaian sehingga status kos rendah bertukar menjadi kos sederhana.

"Saya difahamkan kumpulan pembeli berkenaan telah membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Oleh itu, saya berharap satu siasatan terperinci dapat dilakukan," katanya.

Dalam hal ini Rahmad menegaskan, seolah-olah wujud satu gerakan untuk menafikan hak pembeli berkenaan memiliki rumah apabila bayaran tambahan yang dikenakan terlalu tinggi.

"Kumpulan pembeli terbabit terpaksa menanggung pelbagai kesan antaranya mungkin berhadapan dengan masalah pinjaman kewangan daripada pihak bank kerana ada yang bekerja kilang dan terdiri daripada warga emas.

"Ini semua berada di luar kemampuan kewangan mereka dan tidak patut dibiarkan berlaku oleh kerajaan negeri," katanya.

Suara Politik
Belantan

Betina andartu DAP ini 'public figure' ke...!!! Degil dan masih enggan mohon maaf?


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok @ mangkok hayun berkeras tidak akan memohon maaf kepada rakyat Malaysia meskipun terdapat pihak yang mungkin tersinggung dengan penerbitan klip video ONEderfull Malaysia CNY 2014.

"Buat apa saya nak minta maaf? Saya nak minta maaf pada siapa? Video saya telah diputar-belit oleh pihak tertentu, jadi mereka yang patut minta maaf pada saya.

"Saya rasa tiada apa-apa masalah dengan klip video itu," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Teresa ditanya sama ada akan memohon maaf secara terbuka atas tindakannya menerbitkan klip video itu yang mencetuskan kemarahan rakyat, selain menyinggung perasaan pihak tertentu.


Walaupun jelas klip video itu mempersendakan pemimpin tertinggi negara dan kerajaan serta menyindir mengenai isu keselamatan di Sabah, Teresa sekali lagi menegaskan, ia dihasilkan hanya untuk 'bergurau.'

"Memanglah saya bergurau. Ini adalah sejenis satira politik dan tidak ditujukan pada sesiapa. Satira politik dipentaskan oleh pelakon-pelakon komedi di banyak tempat.

"Selagi kita merupakan tokoh yang dikenali (public figure), kita perlulah bersedia untuk dikritik dan di tertawa," katanya lagi.

Teresa bersama peguamnya, S. Nair, sebelum itu, hadir ke IPK kira-kira pukul 3 petang kerana dipanggil untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 504 (c) Kanun Keseksaan berhubung kandungan video tersebut yang mungkin boleh memecah belahkan kaum.


Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi di sini hari ini berkata, proses mengambil keterangan itu berjalan lancar dan mengambil masa kira-kira sejam.

Kata beliau, siasatan kes itu sudah lengkap dan akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP) esok.

Setakat ini, polis menerima hampir 500 laporan polis di seluruh negara terhadap pemimpin DAP itu bagi menggesa siasatan disegerakan ke atas beliau.

Laporan turut dibuat bagi menuntut permohonan maaf Teresa kepada seluruh rakyat Malaysia dan pihak-pihak yang disindir di dalam video tersebut.

Artikel sebelum ini provokasi-teresa!

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Februari 14, 2014

Cubaan untuk tangguhkan lagi perbicaraan - Anwar fail notis rayuan?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak permohonannya untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat dalam kes liwat membabitkan dirinya, Supritendan Judy Blacious Pereira.

Peguam Ramkarpal Singh ketika dihubungi pihak media berkata, notis tersebut difailkan sekitar pukul 11 pagi di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Persekutuan di sini. Tarikh pendengaran rayuan tersebut masih belum ditetapkan.

Berikutan rayuan terbaharu dikemukakan oleh Anwar itu, rayuan utama pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terpaksa ditangguhkan lagi sehingga mendapat teguran oleh hakim Mahkamah Rayuan.

Semalam, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali menolak permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk memanggil semula Judy selepas mendapati Anwar gagal memenuhi kesemua syarat yang diperlukan bagi membolehkan bukti atau keterangan baharu dimasukkan sebagai bahan bukti dalam kes tersebut.


Anwar memfailkan notis usul untuk memanggil semula Judy bagi membolehkan beliau mencabar kredibiliti saksi pendakwaan dalam kes liwatnya itu berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Januari lalu yang membatalkan petisyen Judy untuk menjadi peguam bela dan peguam cara.

Hakim Datuk Zaleha Yusuf memutuskan demikian berdasarkan laporan inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam kes penahanan lima peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kerana terlibat dalam perhimpunan haram.

Inkuiri pada 2009 itu yang dipengerusikan oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang kini mengetuai pasukan pendakwaan, mendapati Judy merupakan saksi yang tidak boleh dipercayai kerana 'secara sedar atau tidak telah tidak bercakap benar atau menghidap penyakit hilang ingatan yang serius.

Suara Politik
Belantan

Gadis UIA jurusan Usulludin mengaku imam mahadi mati ditembak?


Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhdalena Ahmad memberitahu Mahkamah Seksyen di sini semalam bahawa dia percaya lelaki yang ditembak mati dalam kejadian amuk bersenjatakan pedang samurai di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua tahun lepas, adalah 'Imam Mahadi'.

Muhdalena, 29, turut mengaku membawa pedang samurai dalam kejadian itu seperti mana diarahkan oleh 'Imam Mahadi' kerana percaya lelaki itu adalah pahlawan yang diutuskan Tuhan.

"Saya benar-benar percaya beliau adalah 'Imam Mahadi' dan perlu mematuhi arahannya kerana dia adalah seorang pahlawan yang dihantar oleh Tuhan untuk menyelamatkan umat manusia," jelas Muhdalena ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh.

Beliau berkata demikian ketika membela diri terhadap empat tuduhan yang dihadapinya berhubung kejadian amuk di Kompleks B. JPM, Presint 1 di sini, pada kira-kira 2.30 petang, 9 Julai 2012.


Dalam kejadian itu, Khalil Afendi Abdul Hahamid, 47, yang mengaku dirinya 'Imam Mahadi' terbunuh selepas terkena tembakan di bahagian ari-ari dan tangan kiri manakala Muhdalena cedera pada paha kanannya.

Wanita itu menghadapi tuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah, membawa senjata berbahaya, tidak mematuhi perintah polis agar meletakkan senjata yang dibawanya dan berada di premis itu yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan tanpa kebenaran.

Muhdalena memberitahu mahkamah beliau mula mengenali lelaki itu melalui blog 'Abu Bakar' yang dapat memberikan penjelasan berhubung pelbagai persoalan mengenai umat manusia bermula sebulan sebelum kejadian.

Lulusan bidang Perbandingan Agama dan Usulludin itu berkata lelaki berkenaan turut menulis dalam blog 'Arif Effendi' dan kemudiannya dalam 'Jaya Negara'.


Muhdalena berkata dia kemudiannya berpindah ke rumah 'Imam Mahadi' tiga atau empat hari sebelum kejadian itu di Seri kembangan, sebelum lelaki itu mendedahkan identiti sebenarnya sebagai Khalil Afendi Abd Hamid.

Katanya dia berpindah ke rumah 'Imam Mahadi' bersama suami dengan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Muhdalena, yang berpakaian serba hitam dengan seluar, tudung serta kot, sepanjang prosiding, berada dalam keadaan tenang, melainkan ketika menceritakan semula saat-saat dia ditembak dan menerima rawatan di hospital.

"Dengan perasaan marah, saya telah menjerit kepada semua yang berada di pekarangan kompleks untuk beredar. Saya ada mendengar bunyi tembakan tetapi tidak sedar saya telah cedera ketika itu.

"Saya melihat darah pancut daripada tangan Khalil Afendi dan terus berjalan ke arah kaki lima kompleks berkenaan sebelum sedar saya pun cedera di kaki akibat ditembak," katanya.


Dia berkata ramai orang telah berkerumun sekelilingnya dan salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa Khalil Afendi telahpun meninggal dunia.

Sebelum itu, ketika pemeriksaan utama oleh peguam M.Visvanathan, Muhdalena berkata dia telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan untuk kecederaannya dan beberapa hari kemudian telah dirujuk kepada pakar psikiatri yang telah mengesahkan bahawa dia telah mengalami penyakit kemurungan ketika kejadian.

Muhdalena berkata dia turut mendapat rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, di Tanjung Rambutan, Perak, yang turut mengesahkan beliau memang ada sindrom sebagai pesakit mental.

Hakim Mohamed Kamil Nizam menetapkan 24 dan 25 Feb ini untuk mendengar keterangan dua pakar psikiatri iaitu Dr Umi Adzlin Silim dari Hospital Putrajaya dan Pengarah dan Perunding Psikiatri Forensik, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Februari 13, 2014

Benarkah Pas pernah pujuk Khalid keluar PKR?


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa pernah dipujuk oleh beberapa pemimpin Pas untuk menyertai parti itu sekali gus keluar daripada parti yang diwakilinya, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut sumber, perkara itu dikatakan pernah dibangkitkan dalam satu pertemuan di antara pemimpin tertinggi Pas dengan Abdul Khalid sebelum ini susulan daripada kemelut dalaman PKR Selangor termasuk perebutan jawatan Menteri Besar.

"Memang ada pertemuan itu sebelum ini yang membincangkan kedudukan Abdul Khalid di Selangor ekoran daripada masalah politik yang dihadapi dalam pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor.

"Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak memberikan sebarang persetujuan mengenai perkara itu kerana dikatakan tidak mahu dianggap sebagai 'mengejar jawatan Menteri Besar' sekiranya bertindak keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Pas mahupun wakil rakyat bebas," kata sumber itu di sini baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, sumber berkenaan tidak menyatakan tarikh sebenar dan lokasi pertemuan tersebut diadakan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai pergolakan PKR di Selangor ekoran tindakan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali mengkritik pentadbiran Abdul Khalid membabitkan isu-isu tertentu termasuk pemecatan 23 kakitangan PKNS Holdings Berhad (PNHB) pada 4 Februari lalu.

Malah Azmin juga dilaporkan pada 7 Februari lalu secara terbuka mengecam tindakan pemecatan kakitangan PHSB itu selain mendakwa Abdul Khalid menggunakan anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata untuk menentang musuh-musuh politiknya.


Selain kritikan serta kecaman terhadap pentadbirannya, Abdul Khalid turut dikaitkan dengan desakan kuat daripada PKR sendiri yang mahu beliau berundur dan jawatan Menteri Besar digantikan dengan individu lain daripada kalangan pemimpin PKR.

Berdasarkan kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid pada 5 Februari lalu, Ahli Parlimen Kuala Langat itu sendiri mengakui PKR telah menetapkan pendirian supaya Abdul Khalid perlu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar dan digantikan dengan pemimpin lain dalam kalangan parti berkenaan.

Menurut Abdullah Sani, pendirian itu adalah satu keputusan yang telah diperakui oleh semua kepimpinan PKR sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Pada masa sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam satu laporan akhbar pada 8 Februari lalu membayangkan Abdul Khalid akan mengambil alih jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya Penasihat PKR itu menjadi Menteri Besar negeri ini.

Anwar dilaporkan membuat kenyataan sedemikian menerusi temuramah dengan saluran televisyen Australia, Newsline pada Khamis lalu yang mana Ketua Pembangkang itu turut menyatakan perkara tersebut sedang dibincangkan dengan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, kenyataan Anwar itu dilihat mendapat reaksi 'kurang selesa' Pas Selangor apabila Setiausahanya, Mohd. Khairuddin Othman dalam satu laporan sebuah portal berita, mstar.com.my hari ini mengingatkan PKR supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Mac depan.

Menurut Khairuddin, pihaknya menyifatkan PRK DUN Kajang dan jawatan Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kaitan langsung selain meminta PKR tidak membangkitkan perkara itu di saat Pas telah menggerakkan jentera membantu PKR di DUN berkenaan.

Suara Politik
Belantan