Selasa, Disember 31, 2013

Ancaman bom : Rafizi 'anak ikan' belaan Anwar dipanggil beri keterangan, Surendran sewel beri amaran kepada polis?


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan emel mengaitkan beliau dengan ancaman bom pada 31 Disember ini.

Beliau yang diiringi peguamnya, N.Surendran dan Latheefa Loya kelihatan memasuki pekarangan balai polis tersebut kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Rafizi yang ditemui sebelum diambil keterangan mengulangi pendiriannya bahawa emel tersebu sengaja direka dan mendakwa ia didalangi oleh blogger pro-Umno.

"Saya agak terkejut apabila polis agak berminat menyiasat khabar angin yang disebarkan dalam media dan blogger pro-Umno yang mengancam ketenteraman awam dengan mendakwa bom ditanam di beberapa kawasan umum.

"Saya kecewa dengan sikap 'double standard' yang diamalkan polis kerana tidak menahan blogger terbabit atau memanggil media pro-Umno memberikan keterangan seperti yang dikenakan kepada saya," katanya di pekarangan IPD Dang Wangi, di sini, hari ini.



Semalam, Pengarah Strategi PKR itu menggesa pihak polis menyiasat satu entri blog pro-Umno yang mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan rakan karibnya didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Rafizi menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.

Sementara itu, Surendran yang menemani anak guamnya mendakwa penyebaran fitnah luar biasa itu dilakukan bertujuan untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di Dataran Merdeka bagi membantah kenaikan harga pada hujung bulan ini.

Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak mencampuri dan menafikan hak rakyat daripada menyertai himpunan aman tersebut.

"Apa jua perhimpunan aman adalah dibenarkan dalam Perlembagaan negara, jika polis cuba menghalangnya, tindakan itu tidak sah," katanya.

Beliau juga menyifatkan tuduhan ke atas anak guamnya itu sebagai 'mengarut' dan Surendran memberi amaran jika blogger terbabit tidak menarik semula dakwaan tersebut, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah kerana tuduhan memfitnah.

"Jumpa kami di mahkamah jika ketua polis negara dan timbalannya tidak menarik balik dakwaan tersebut," katanya lagi.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Disember 29, 2013

Paderi Langgar Titah Sultan Selangor?

Paderi Lawrence Andrew

Perkasa Selangor bantah kenyataan paderi

Seramai 70 anggota dan pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, yang diketuai Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya, membuat bantahan secara aman di depan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Tunjuk perasaan itu berlangsung selepas Perkasa Selangor membuat laporan polis pada 2.30 petang terhadap Pengarang Mingguan Katolik The Herald Paderi Lawrence Andrew berhubung satu kenyataan yang dikeluarkannya dalam portal berita themalaysianinsider.com Jumaat lepas.

Andrew dipetik sebagai berkata Gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah 'Allah' dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Abu Bakar Yahya

Malah baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini juga bertitah dan mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah di dalam `Bible’ dan penerbitan ‘The Herald’ versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta. Sila baca di sini.

Perkasa, dalam laporannya, meminta siasatan terperinci dan tindakan tegas diambil oleh pihak polis dan JAIS terhadap paderi itu serta The Herald agar penggunaan kalimah Allah di gereja dalam negeri Selangor tidak diteruskan.

Polis mengesahkan menerima laporan Perkasa petang tadi. - Bernama

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Disember 27, 2013

Menjelang 2014: Selagi ada kuasa, gunakanlah...?


Tidak sampai seminggu lagi kita akan menyambut Tahun Baru 2014. Setahun lagi umur kita akan meningkat, setahun lagi cabaran akan mendatang, setahun lagi dosa pahala terus dihitung. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu cabaran tetap mendatang.

Si pemakan rasuah pula akan terus makan rasuah, waima sedar majikannya sedang seksa berjuang untuk hidup. Si pejuang akan terus berjuang dan si pendemostran akan terus berdemostrasi.

Namun, negara akan tetap berdiri. Malaysia bukanlah sebuah rumah yang sedang terbakar dan kapal sedang karam. Ia masih lagi berlayar, walaupun badai terus melanda.

Semua pihak mahukan Malaysia ini milik mereka. Pembangkang amat dahagakan negara ini. Hanya orang bodoh sahaja yang tidak mahu merebut negara yang makmur ini.

Negara asing pun melihat Malaysia dengan cemburunya. Walaupun, pihak pembangkang terus-menerus membangkang, mereka masih lagi hidup dengan mewahnya. Jangan tipulah.


Jangan tipu rakyat mengatakan negara ini penuh dengan kezaliman. Kakitangan kerajaan menikmati segala kesenangan mengatasi pekerja swasta, tetapi ada antara mereka tetap tidak bersyukur. Malah ada yang bercita-cita mahu mengebom di malam Tahun Baru ini. Memang taksub gila penjawat awam itu.

Tapi kasihan, mereka ini jadi begitu kerana terlalu taksub dengan pemimpin mereka. Di belakang mereka, para pemimpin itu cakap tak serupa bikin.

Saya tidak pasti, apakah ada ramai lagi yang berfikiran macam itu?

Jadi, selagi ada kuasa jika tidak digunakan kuasa itu, maka tunggulah akibatnya kelak.

Tahun 2014 akan diharungi dengan penuh mencabar. Harga barangan dan perkhidmatan akan terus naik. Satu demi satu diumumkan serentak. Rakyat cukup tersentak. Tak pasti kita, siapa yang mengatur semua itu. Alahai, ada kuasa pun tak pandai atur.

Kini harga teh 'O' kurang manis di KL ada tempat sudah pun berharga RM2.80! Jangan disebut yang lain-lain lagi. Pihak berkuasa pergilah tengok-tengok apa yang patut dilakukan. Selagi ada kuasa lakukanlah apa yang patut.

Siapa yang menerajui kuasa, tolonglah pastikan harga itu dan harga ini tidak dinaikkan satu demi satu. Jika sayangkan kuasa, tadbirlah dengan baik-baik.


Pihak politik yang berkuasa jangan terus berangan-angan untuk menjadi kaya-raya. Kaya boleh, tapi janganlah berlebih-lebih. Rakyat memerhati anda sekalian. Selagi ada kuasa, gunakanlah secara bijak. Berhemahlah. Jangan anggap di zaman siber ini rakyat itu bodoh. Jika anda beranggap sebegitu, maka tunggulah masanya nanti.

Jangan ditunjuk-tunjuk kemewahan itu kepada rakyat yang terkial-kial untuk membayar bil itu dan bil ini setiap bulan. Jika dulu ada ISA tapi sudah dibungkus, gunalah undang-undang baru dengan setegas mungkin. Jangan nanti menyesal di kemudian hari.

Jika dah tahu ada yang nak berdemo di malam Tahun Baru, pergilah bertindak. Bukan kita tidak mahu kebebasan bersuara, tetapi biarlah ia dengan niat yang baik dan murni, bukan untuk memenuhi kehendak politik peribadi pihak-pihak tertentu.

Selagi ada kuasa gunakanlah setegas-tegasnya. Jangan biarkan kepala kita dipijak- pijak.

Bagi negeri yang dirampas balik daripada tangan pembangkang, jaga negeri itu baik- baik. Jika semasa mereka memerintah dulu, kita lihat betapa gelojohnya mereka mengondolkan gunung-ganang. Oleh itu jangan diulangi perangai seperti itu.


Jadi betullah, politik itu bukan untuk tujuan keredaan Allah semata-mata, tetapi duitan juga matlamat akhirnya.

Selagi ada kuasa, jangan dipinggirkan mana-mana rakyat yang terpinggir. Orang Melayu, India dan Cina yang miskin harus dibantu. Bantu mereka seadil-adilnya mengikut apa yang diperaku dan ditetapkan oleh Perlembagaan negara.

Kaum yang kaya, jangan menganiayai kaum lain yang miskin. Jangan cakap tak serupa bikin. Jangan tuduh Malaysia mengamalkan Aparteid, sedangkan di negara ini minoriti yang menguasai kekayaan dan kemewahan.

Malaysia ialah negara berbilang kaum, jagalah rakyat supaya hidup sayang-menyayang dan hormat-menghormati.

Jadikan 2014 ini tahun Perpaduan dan Rukun Tetangga. Sengketa tidak akan membawa ke mana-mana. Malah musuh akan lebih seronok untuk menangguk di air keruh.

Yang majoriti dan minoriti teruslah bermuhasabah. Lancarkan Tahun 2014 tahun Bahasa Kebangsaan, supaya semua bangsa bercakap satu bahasa.

Amat malu jika ada rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa negara sendiri. Nak cakap Melayu pun terkial-kial. Namun, kita juga kena menguasai bahasa-bahasa lain supaya kita boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa dunia lain.


Jangan biarkan orang Melayu merasa terpinggir apabila berada di Ipoh atau di Butterworth.

Ingatlah orang Melayu ini pemurah. Orang Cina boleh hidup selesa dan mewah di kampung Melayu, jangan pula biarkan orang Melayu tercicir dan tersisih di pekan-pekan besar milik anda.

Bagi orang Melayu pula, selagi ada kuasa bersatulah.

Seorang rakan menghantar SMS Tahun Barunya "hati UMNO sudah lama terbuka luas, hati Hadi Awang sudah terbuka untuk muzakarah dengan UMNO. Ayuh bangsaku Melayu demi maruah bangsa dan agama bersatulah demi kelangsungan kuasa di bumi sendiri. Kita diherdik dicaci....sedarlah jika kita lemah layulah Melayu... tiada harapan untuk bangkit lagi."

Oleh itu menjelang tahun baru ini, gunakanlah kuasa yang ada sebaik-baik mungkin - sebelum semuanya terlambat!

Oleh : Zaini Hasan

Suara Politik
Belantan

Khamis, Disember 26, 2013

Satu lagi kesan dari slogan 'Pas For All' - Abdul Rani anggap guna rostrum salib bukan isu besar?


Sebelum ini tiga orang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad, Dr.Zulkili Ahmad dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, dan kini tersebar pula gambar bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Abdul Rani bin Osman masuk gereja.

Yang menariknya Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini, Dr. Abdul Rani Osman menganggap guna rostum bukanlah masalah besar! Beliau mempertahankan tindakannya hadir dalam sebuah majlis anjuran sebuah pertubuhan agama Kristian di Meru malam semalam.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru mengakui pihaknya menyedari rostrum yang disediakan ketika berucap dalam majlis itu mempunyai lambang salib namun perkara itu bukan satu isu besar.

Sebaliknya Abdul Rani menjelaskan, majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 penganut Kristian itu adalah melibatkan pemberian bantuan dan bukannya upacara keagamaan bukan Islam.

''Saya rasa tidak ada masalah (hadir pada majlis tersebut). Saya wakil rakyat di kawasan DUN Meru dan saya mewakili semua rakyat daripada pelbagai kaum dan agama bukannya Islam sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambarnya menerusi laman-laman blog yang menunjukkan ADUN Meru itu berdiri di sebuah rostrum yang tertera lambang salib dan memberikan ucapan dalam satu majlis yang dikatakan dianjurkan oleh sebuah persatuan Kristian di kawasan DUN berkenaan.

Merujuk kepada laman Facebook Abdul Rani, beliau didapati turut memuatkan gambar-gambarnya dalam majlis tersebut selain menceritakan pandangan Pastor Moses Savari yang turut hadir pada majlis berkenaan yang memuji kehadiran beliau.

Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Abdul Rani mengakui dalam majlis itu beliau memberikan ucapan antara lain menjelaskan pandangan Islam terhadap agama Kristian kepada para hadirin.

''Saya beritahu mereka (kepada hadirin), nama Nabi Isa disebut sebanyak 25 kali di dalam al-Quran. Selain itu saya turut menerangkan ayat al-Quran dalam surah Hujurat bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya manusia dapat kenal mengenal di antara satu sama lain," katanya.

Suara Politik
Belantan

Kesan dari slogan 'Pas For All' - Keranda India dibalut bendera PAS?


Tak tahulah apa yang nak dicakapkan lagi! Hebat betul tarbiyah Pas terhadap bukan Islam. Dikatakan ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Cawangan Kota Raja telah meninggal dunia semalam.

Kerandanya telah dibaluti dengan bendera Pas. Mungkin UMNO dan BN wajib belajar bagaimana PAS dan DAP menyalurkan propaganda mereka sehingga konsep 'PAS For All' begitu terkesan sekali di kalangan orang-orang India.

Selanjutnya sila baca sini.

Terima kasih Cucu Tok Selampit.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Disember 25, 2013

Sandiwara dalam Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor?


Benarkah ahli Parlimen Pas tidak setuju kerajaan negeri naik kadar lesen niaga atau nak menunjukkan yang mereka buat kerja untuk rakyat dan tak makan gaji buta?

Langkah kerajaan negeri melalui Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) menaikkan kadar lesen perniagaan dan perindustrian dibantah oleh ahli Parlimen daripada pakatan pembangkang sendiri yang menyifatkannya sebagai terlalu tinggi dan tidak munasabah.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, kenaikan tersebut tidak sepatutnya dilakukan ketika rakyat dibebani dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.

Sehubungan itu beliau mendesak MBSA menarik balik keputusan menaikkan kadar lesen berkenaan dan mendapatkan maklum balas daripada rakyat terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.

''MBSA perlu mengadakan perbincangan yang teliti dan tersusun, kita berharap MBSA dan Datuk Bandar Shah Alam dapat menarik balik pelaksanaan kenaikan itu.

''Sebagai pihak berkuasa tempatan yang telus dan berkesan dalam melaksanakan tugas, MBSA perlu memberikan perkhidmatan terbaik dan bukannya bertindak menindas rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khalid berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang peniaga yang tidak berpuas hati dengan kadar baru lesen perniagaan yang meningkat sebanyak 300 peratus.

''Ini amat membebankan peniaga apatah lagi notis yang diberikan terlalu singkat iaitu pada 9 Disember lalu dan perlu dilunaskan pada 31 Disember, jika gagal, denda sebanyak 10 peratus daripada kadar lesen pula dikenakan," katanya.


Khalid turut mempertikaikan keputusan MBSA mengenakan tiga jenis cukai bagi satu premis dan menyifatkannya sebagai tidak wajar.

Kata beliau, pengadu yang sebelum ini hanya dikenakan bayaran sebanyak RM360 setahun bagi industri kraftangan namun bagi 2014 kadar tersebut telah meningkat apabila dikenakan bayaran lesen industri kraftangan (membuat/proses) sebanyak RM360, industri kraftangan (borong/simpan) pula sejumlah RM400 serta patil (RM7) menjadikan keseluruhannya sebanyak RM1,127.

''Kita mahu MBSA meneliti kembali cara pengiraan kadar tersebut. Bagi saya adalah tidak wajar tiga jenis cukai dikenakan pada satu premis yang sama, cara pengiraan perlu dibincangkan dan dijelaskan mengapa.

''Apa rasionalnya kadar ditetapkan sedemikian, sudah pasti setiap industri mempunyai ruang menyimpan, proses serta menjualnya. Saya harap ini dapat diselesaikan segera untuk kebaikan peniagaan dan penduduk Shah Alam," katanya.

Khalid turut menggesa MBSA mengambil tindakan segera kerana keputusan tersebut bukan sahaja membebankan peniaga malah kenaikan lesen perniagaan mungkin memberikan kesan terhadap pengguna.

Sebelum ini, MBSA menafikan sengaja menaikkan kadar atau yuran lesen perniagaan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu secara mendadak.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan dipetik sebagai berkata, pihaknya hanya membuat pelarasan kadar tersebut yang sepatutnya dinaikkan enam tahun lalu, selaras dengan pelaksanaan Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007.

''Kami tidak menaikkan kadar fi (lesen perniagaan) sewenang-wenangnya dan kadar itu sepatutnya sudah dinaikkan enam tahun lalu, cuma pada tahun 2014 dapat dikuatkuasakan," katanya.

Mengenai fi lesen perniagaan penjaja, MBSA dilaporkan tidak akan menguatkuasakan Undang-undang Kecil Penjaja 2007 yang bermakna tidak akan berlaku kenaikan kadar fi lesen bagi perniagaan berkenaan.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Disember 24, 2013

Cubalah bersusah bersama rakyat?


Kesilapan paling besar mana-mana pihak adalah anggap orang ramai tak peduli atau tak tahu. Sekarang bukan macam dulu lagi. Dulu banyak orang buta huruf, saluran maklumat tak banyak dan kalau berjalan pun dekat-dekat saja. Jadi tak banyak berita dan cara nak bertukar-tukar fikiran pun terhad.

Sekarang kita belum habis bercakap, orang sebelah kita dah ‘tweet’ kenyataan kita. Kita belum habis menguap, orang sebelah kita dah ‘instagram’ gambar kita. Dalam masa beberapa saat satu dunia tahu.

Silap besar kalau ada pemimpin dan pembesar, parti politik dan kerajaan masih sangka rakyat jelata dan orang ramai tak tahu atau tak peduli.

Ambil contoh kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat pengurangan subsidi sekarang. Rakyat mungkin tak tahu butir kenaikan, tapi oleh sebab mereka yang kena tanggung, mereka buat macam-macam andaian dan kesimpulan. Kalau media massa arus perdana tak bincang, mereka cari dan guna saluran lain.


Pengguna kita dah biasa dengan naik turun harga barang ikut musim dan perayaan. Yang mereka tak puas hati ialah pihak yang jaga hal ehwal pengguna nampak macam tak peduli dan tak bermaya. Kalau pantau pun macam hangat-hangat tahi ayam.

Mereka lagilah marah bila dua tiga subsidi dikurangkan serentak, cukai pintu naik lepas pilihan raya umum 5 Mei lalu dan rakyat dengar macam-macam cerita yang tak sedap.

Bila subsidi dikurangkan serentak, harga pun naik serentak juga. Lepas tu, ada pula yang jawab keluhan rakyat dengan cara kasar dan menyindir. Jangankan orang susah, orang senang pun ada masalah. Harga naik bila ibu bapa tengah pening fikir belanja sekolah anak. Sekolah buka dua minggu lagi. Maaf cakaplah kalau penulis kata, ‘timing’ tak berapa kena.

Penulis dah sebut yang subsidi bukanlah baik kepada ekonomi dan tak ada negara yang boleh tanggung subsidi selama-lamanya.

Beri pemahaman kepada rakyat

Tapi kenalah cerita kepada rakyat dengan cara yang mereka faham. Dulu kita boleh bagi macam-macam subsidi pasal bilangan rakyat kita tak ramai. Hasil negara banyak. Harga dan permintaan barang pengguna tak tinggi. Jadi belanja subsidi tak berapa banyak.


Sekarang rakyat kita makin ramai. Tak cukup dengan itu, kita tampung pula berjuta-juta pendatang asing. Permintaan makin bertambah, tapi hasil negara macam petroleum dan gas makin kurang. Harga eksport utama macam minyak sawit jatuh. Harga getah pun jatuh juga. Peneroka dan penoreh getah susah.

Jadi kalau kita tak mahu berhutang sampai muflis dan nak simpan sikit sumber petroleum dan gas untuk anak cucu kita, kita kenalah kurangkan subsidi. Kalau tidak, hasil bumi kita habis, hutang bertimbun dan anak cucu kita kena tanggung pada masa depan. Tak patutlah macam tu.

Lagipun cara kita bagi subsidi tak adil. Pengguna miskin yang pakai motosikal 75cc dapat subsidi petrol. Tan Sri yang pakai kereta 5,000cc pun dapat juga.

Tuan motor pakai 100 liter sebulan dapat subsidi RM53. Tan Sri pakai 100 liter sehari dapat subsidi RM1,590 sebulan. Orang susah dapat subsidi gula, jutawan dan syarikat minuman pun dapat juga.

Ada baiknya kita kurangkan subsidi berperingkat-peringkat, tapi jangan sampai harga barang dan perkhidmatan melambung.

Duit yang dijimatkan itu boleh kita guna dengan cara yang lebih adil macam tambah BR1M, tambah bantuan pelajaran, bina rumah murah untuk rakyat miskin dan bantu mereka menabung.

Kena sama-sama susah


Kalau pemimpin tahu rakyat susah akibat kenaikan harga, mereka pun kenalah sama-sama susah.

Tak perlulah terbang 1st Class dalam dan luar negara. Tak payahlah buat majlis rasmi mahal-mahal. Tak perlu bilik menanti, meja VVIP dan hidangan khas. Hiduplah macam rakyat bila di depan rakyat. Rakyat pun janganlah layan pemimpin seolah-olah mereka anak raja. Mereka wakil kita. Kita yang undi mereka.

Duduk dan makan dengan rakyat jelata sekali-sekala tak boleh ke? Sedap mata memandang, sedap lagi telinga mendengar. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya.

Wallahua’lam.

Suara Politik
Belantan

Hadi kata GST konsep zalim dalam Islam...!!! Betul ke?


Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan pada April 2015 merupakan satu konsep yang zalim mengikut Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini berikutan GST akan dikenakan kepada semua golongan rakyat, tanpa mengira kaya atau miskin.

"Konsep adil dalam Islam ialah bukan semua orang akan kena. Kalau cukai, kena ikut kemampuan masing-masing.

"Tapi GST semua kena bayar.. ini konsep yang salah. Ini konsep yang zalim dalam Islam," katanya ketika berucap di majlis perasmian kempen Faham GST Tolak GST anjuran PR, di sini.

Beliau berkata, selain GST yang bakal diperkenalkan, beberapa siri kenaikan harga yang diumumkan jelas menunjukkan kerajaan tidak mampu mengurus sumber yang ada dengan baik.

"Kewangan tak cukup sebab sumber yang ada bocor dengan projek mewah. Bocor dengan rasuah dan pelbagai salah laku.

"Maka kerajaan terpaksa ambil duit rakyat untuk bayar hutang yang akhirnya membebankan semua rakyat," katanya.

Persoalanya adalah adakah Hadi benar-benar faham dengan GST? Kalau tak faham jangan cakap banyak, buat malu kaum aja! Elok juga kalau Hadi baca kenyataan ini.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Disember 23, 2013

Isu GST - Kit Siang patut ajar Cina DAP jangan suka beri rasuah?


Ibarat menuding jari ke orang lain tanpa menyedari empat jari lagi balik menuding ke diri sendiri! Masalah rasuah adalah punca utama sesebuah negara bankrap, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan dapat mengelakkan negara daripada bankrap, bukanlah penyelesaian utama.

“Ada yang kata kalau tak laksanakan GST, negara akan bankrap. Tapi kita lihat negara lain yang tak amalkan GST tidak pula bankrap, begitu juga sebaliknya.

“Ini kerana cukai sama ada GST atau bukan GST bukan faktor utama. Sebaliknya masalah korupsi, pemborosan dan pengurusan kerajaan yang tidak cekap adalah punca negara bankrap,” katanya di majlis perasmian kempen Faham GST Tolak GST anjuran PR, di sini, kelmarin.

Mengenai aspek pendidikan, Kit Siang berkata, kerajaan perlu memandang serius laporan kedudukan sistem pendidikan negara di peringkat antarabangsa.

“Baru-baru ini, kita dapat keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tapi, kita tidak boleh hanya berbangga dengan laporan pelajar yang dapat semua A.

“Sedangkan kedudukan kita tercorot daripada 65 sekolah di peringkat dunia. Ini menunjukkan kita ada krisis dalam kualiti pendidikan,” katanya.

Kalau tidak ada yang 'memberi', maka tidak ada yang 'menerima'! Siapa yang suka 'memberi rasuah'? Tepuk dada tanya selera!

Suara Politik
Belantan

Amaran Ibrahim Ali kepada Najib : Syed Ali nasihatkan Perkasa jangan mendabik dada?


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan amaran Perkasa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'amat' keterlaluan.

Katanya, amaran berupa ugutan disuarakan oleh Presiden Perkara, Datuk Ibrahim Ali supaya Najib mengotakan janji membela nasib Melayu dan umat Islam ternyata tidak berasas. Beliau kesal amaran Perkasa seolah-olah Najib yang juga Presiden UMNO tidak melakukan sesuatu untuk kepentingan dan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"UMNO pimpinan Najib tidak pernah mengabaikan kepentingan Melayu," tegasnya.

Katanya, amaran Perkasa juga menunjukkan pertubuhan itu langsung tidak menghormati Najib sebagai Perdana Menteri.

"Amat tidak wajar bagi Ibrahim untuk memberi amaran kepada Najib atas isu kepentingan Melayu," tegasnya.

Beliau mengulas ucapan Ibrahim pada majlis persidangan agung Perkasa di Kuala Lumpur hari ini yang dirasmikan oleh tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

Ibrahim dalam ucapannya turut berkata jika Perdana Menteri tidak melakukan sesuatu untuk kepentingan Melayu, Perkasa akan menarik sokongan seperti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 5 Mei lalu.

Beliau mendakwa, Barisan Nasional (BN) menang kerana sokongan Perkasa termasuk juga di Perak dengan majoriti tiga kerusi.

“Perkasa akan menilai prestasi (KPI) Najib dan menteri kabinet yang lain. Kita tidak mahu Najib retorik kerana kita dah muak dengan retorik, rakyat dah muak dengan retorik,” .

Menurut Presiden Perkasa itu, beliau dan pertubuhannya menyokong BN kerana parti alternatif satu lagi tidak boleh membela Melayu dan agama Islam seperti BN.

Jangan mendabik dada

Bagaimanapun, Perkasa katanya sama sekali tidak akan menjadi perkakas atau barua kepada UMNO.

"Perkasa sedia mengambil alih peranan UMNO jika parti itu gagal melakukannya," kata Ibrahim lagi.


Mengulas lanjut, Syed Ali berkata amaran itu menggambarkan Perkasa seperti angkuh dengan mendabik dada sebagai juara memperjuangkan kepentingan Melayu. Perkasa kata beliau, sepatutnya lebih berhemah mengemukakan teguran dan pandangan bersesuaian dengan sifatnya sebagai sebuah Ngo bebas.

"Kita menghormati Perkasa yang turut memperjuangkan kepentingan orang Melayu tetapi cara presidennya memberi amaran berbau ugutan kepada Najib amat keterlaluan," tegasnya.

Syed Ali menjelaskan, UMNO tidak pernah menjadikan Perkasa sebagai perkakas atau barua sepertimana dakwaan Ibrahim.

Katanya, selama ini UMNO menghormati sokongan Perkasa dan menyifatkan sokongannya terhadap UMNO dianggap sebagai ikhlas.

"Tetapi apabila sokongan itu diungkit semula, seolah-olah ianya seperti mahukan balasan setimpal di atas sokongan tersebut. Tambah beliau, perkembangan itu menampakkan Perkasa tidak ikhlas.

"Jangan terlalu mendabik dada kononnya Perkasa sebagai kuasa penentu kemenangan UMNO dan BN pada PRU ke-13 yang lalu," tambahnya.

Beliau bimbang kenyataan Ibrahim itu akan menimbulkan anggapan kononnya beliau terlalu kecewa kerana tidak mendapat sesuatu yang dihajatinya sehingga tergamak mengeluarkan amaran seperti itu.

Menurut beliau lagi, UMNO merupakan parti teras yang tetap akan memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Katanya, Najib selaku Presiden UMNO tidak pernah mengenepikan kepentingan Melayu adalam agenda perjuangan parti.

"Kita tidak berterorik berhubung kepentingan Melayu, oleh sebab itu pentadbiran Najib tidajk dilihat popular.

Katanya, UMNO tidak sama sekali akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat kepentingan Melayu.- UBC

Suara Politik
Belantan

Benarkah Muzakarah Pas-UMNO hanya satu mimpi sahaja?


Beberapa penulis melihat usul Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bermuzakarah dengan UMNO sebagai satu yang baik dan positif kepada perpaduan umat Islam di Malaysia. Di samping itu terdapat juga penulis yang memandang usul itu tidak merubah keadaan yang ada kerana ia hanya satu retorika politik seorang pemimpin politik yang lemah untuk berusaha merealisasikan usulnya itu sendiri.

Dr. Ismail Ibrahim dalam akhbar Utusan Malaysia pada 13 Disember lalu bertanyakan, untuk apa UMNO dan Pas bermuzakarah?

Jawapan kepada soalan itu menyatakan bahawa kedua-dua parti politik itu perlu bermuzakarah untuk mendapatkan persefahaman tentang perlunya kesatuan pemikiran dan agenda umat Islam sebagai umat yang komited dalam mengamalkan Islam dan membangun Islam dalam perspektifnya yang betul di negara kita.

Pada pendapat beliau, Pas dan UMNO adalah dua parti Melayu Islam. Walaupun pada fahaman Pas pula UMNO bukanlah parti Islam kerana dalam nama UMNO tidak ada perkataan Islam tetapi ada perkataan Melayu. Tiga tunggak perjuangan UMNO merangkumi agama, bangsa dan negara atau tanah air Malaysia. Agama yang diperjuangkan UMNO adalah Islam. Istilah Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1957-1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, 1963 seterusnya, dijelaskan bahawa Melayu beragama Islam.


Perlembagaan-perlembagaan negeri-negeri yang beraja di Malaysia menyatakan bahawa Sultan adalah ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sementara itu, negeri-negeri di Malaysia yang tidak bersultan seperti Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak, ketua agama Islam kepadanya adalah Yang di-Pertuan Agong. Demikianlah undang-undang di Malaysia yang melibatkan Islam dan bidang kuasa negeri-negeri yang bersultan dan wilayah dan negeri yang tidak bersultan.

Adakah pemimpin Pas dan UMNO dapat menerima tujuan muzakarah Pas-UMNO seperti yang diketengahkan oleh Dr. Ismail? Saya berpendapat kalau mereka berpendapat sama seperti Dr. Ismail, maka muzakarah akan diadakan untuk tujuan demikian. Tetapi setakat ini tiada usaha untuk bertemu dan bermuzakarah di antara pemimpin UMNO dan Pas. Yang ada Mat Sabu mahu memusnahkan UMNO dengan mengalah UMNO di kubu kuatnya iaitu Johor. Mengikut pendapat Mat Sabu, jika UMNO Johor dapat dikalahkan, maka UMNO dapat dihapuskan kerana Johor dianggap kubu UMNO yang kebal sehingga kini.

Pas telah melantik seorang lulusan bidang pengajian bernama Dr. Mahfuz untuk mengetuai Pas Johor. Dalam PRU-13, bekas Menteri Besar Johor dikalahkan oleh Lim Kit Siang dari parti DAP, satu perkembangan politik menolak calon UMNO di situ kerana dalam PRU-12 calon MCA yang menang di kawasan parlimen berkenaan. Oleh kerana calon MCA sakit, maka digantikan calon UMNO dan DAP berjaya kalahkan calon UMNO dalam PRU-13.


Datuk Ahmad Faris Abdul Halim (Utusan Malaysia 17/12/13) menyatakan, penyatuan UMNO-Pas suatu realiti berdasarkan keadaan politik semasa di Malaysia dan keputusan PRU- 13) dari sudut jumlah ahli parlimen Melayu/bumiputera dan bukan bumiputera. Semua 21 ahli parlimen Pas adalah Melayu/bumiputera; 38 ahli parlimen DAP terdiri daripada 1 Melayu/bumiputera, 3 India dan 34 Cina; 30 ahli parlimen PKR terdiri daripada 5 India, 9 Cina dan 16Melayu/bumiputera. Sementara itu, 133 ahli parlimen BN terdiri daripada 4 India, 7Cina dan 122 Melayu/bumiputera.

Ahmad Faris merumuskan mengundi pakatan pembangkang akan menguatkan lagi suara bukan Islam dalam Parlimen. Justeru, umat islam harus sedar, ke manakah haluan negara ini bakal dibawa jika pengundian hanya dilakukan tanpa asas matematik yang kukuh tentang realiti umat Islam di Malaysia.

Beliau menyandarkan harapan untuk penyatuan dua parti Melayu ini kepada Salahuddin Ayub, Takiyuddin Hassan dan Kamaruddin Jaafar dalam Pas. Beliau mengakui masih terdapat dalam Pas, yang masih berfikiran ekstrem dan taksub membabi buta. Terlalu ke kiri, hendak tegakkan ideologi sendiri. Mereka ini tidak mahu Pas dan UMNO bersatu.


Dua perkembangan baru dalam Pas yang membuatkan Ahmad Faris optimistik mengenai penyatuan Pas-UMNO adalah pengurangan atau penurunan pengaruh Mursyidul Am Pas yang tidak lagi menjadi Menteri Besar di Kelantan selepas PRU-13 dan sokongannya dan rayuannya supaya perwakilan Pas memilih Nik Amar, bukan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas tidak menjadi. Mat Sabu dapat mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas, jawatan nombor 2 dalam Pas.

Pendapat Ahmad Faris mengenai penurunan pengaruh politik Mursyidul Am Pas mungkin tepat tetapi dalam isu penyatuan UMNO dan Pas belum tentu pengaruhnya menurun dalam kalangan ahli dan penyokong Pas. Beliau bersama Mat Sabu telah berjaya menyahkan Nasharuddin Mat Isa yang berjawatan Timbalan Presiden kerana Nasharuddin memberanikan diri bertemu dengan Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam konteks muzakarah UMNO-Pas. Presiden Pas tidak mempertahankan tindakan Nasharuddin yang dilondeh oleh kalangan Pas yang menentang muzakarah UMNO-Pas pada zaman itu.

Mat Sabu dapat mengekalkan jawatannya sebagai pemimpin nombor 2 Pas dilihat positif oleh Ahmad Faris untuk perpaduan UMNO-Pas, tetapi berdasarkan ucapan-ucapan Mat Sabu yang mahu kekal dalam Pakatan Rakyat, maka ia menentang sebarang usaha oleh mana-mana pihak dalam Pas untuk bermuzakarah dengan UMNO.


Usul muzakarah Pas-UMNO bukanlah usul tahun 2013 ini. Ia sudah menjadi usul pada tahun-tahun sebelumnya dan ia tidak pernah menjadi realiti kerana pengemuka usul itu sendiri tidak mempertahankan Nasharuddin yang dihentam dan ditolak oleh segolongan besar dalam Pas yang menentang usul muzakarah atau kerjasama Pas-UMNO semasa UMNO diketuai oleh Abdullah.

Nasharuddin masa itu Timbalan Presiden yang memberanikan diri bertemu dengan Presiden UMNO dalam konteks kerjasama Pas-UMNO. Implikasinya beliau kalah dalam mempertahankan jawatannya dan Mat Sabu dipilih oleh perwakilan Pas menggantikan Nasharuddin.

Nasib Nasharuddin kemudiannya terpaksa tidak bersama Pas lagi senasib dengan Datuk Dr. Hasan Ali yang berjuang dalam Pas beberapa lama tetapi kerana tidak diterima oleh kumpulan tertentu dalam Pas mengenai pendapat-pendapat Hasan perkatakan, maka dia dipecat oleh Pas dan kini menjadi Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati). Dalam samannya terhadap seorang pemimpin Khalid Samad, Hasan memenangi kes berkenaan kerana mahkamah mendapati Khalid memfitnah Hasan.


Berdasar sejarah politik Pas yang tidak berusaha untuk merealisasikan usul Presidennya sendiri dan Timbalannya mahu Pas kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan hubungan baiknya dengan Lim Guan Eng sejak dalam penjara di Kemunting dan hubungan baru baik dengan Anwar Ibrahim selepas dipecat dari UMNO, maka saya berpendapat usul muzakarah Pas-UMNO tidak akan menjadi realiti.

Usul penyatuan Pas dan UMNO amat jauh dari realiti politik di Malaysia kerana setiap parti mahu mengalahkan parti lawan untuk mendapat kuasa politik dan wang elaun wakil rakyat peringkat negeri (DUN) dan peringkat parlimen.

Politik untuk kuasa dan wang mengalahkan politik untuk bangsa dan agama dalam konteks politik kepartian di Malaysia. Mat Sabu menegaskan demi untuk mendapat kerusi dalam pilihan raya di Malaysia, Pas perlu berada dalam PR. Calon Pas disokong oleh Cina dan India setelah Pas berada dalam PR. Untuk Pas berada di Putrajaya memerintah Malaysia Pas mesti berada dalam PR.-UMO

Suara Politik
Belantan

Ahad, Disember 22, 2013

Beri penjelasan berhemah kenaikan tol?


Isu kenaikan tol adalah salah satu daripada proses rasionalisasi subsidi yang telah dimulakan oleh kerajaan sejak September lepas. Beban kenaikan bahan dan perkhidmatan itu semestinya ditanggung oleh rakyat dan pengguna.

Mengapakah kerajaan perlu menaikkan kadar tol? Apakah yang akan terjadi sekiranya kerajaan tidak memenuhi perjanjian yang telah dibuat dan tidak menaikkan kadar tol lebuh raya?

Mengapakah kerajaan tidak menaikkan kadar tol ini sebelum pilihan raya lalu? Mengapakah ia perlu dinaikkan selepas pilihan raya?

Sewaktu kerajaan menganugerahkan konsesi tersebut kepada syarikat konsesi, beberapa perkara yang kita perlu fahami bahawa terdapat beberapa perkara yang dibincangkan oleh wakil Majlis Ekonomi dengan syarikat konsesi seperti:

a. Tempoh konsesi - Tempoh yang diberi oleh kerajaan kepada syarikat untuk mengutip dan menyelenggara lebuh raya.

b. Kadar tol yang dikenakan - Kadar tol yang dipersetujui perlulah mengambil kira pertumbuhan pengguna lebuh raya dan juga tempoh konsesi.

Kadar tol juga perlu mengambil kira kadar keuntungan yang sesuai dengan tempoh dan risiko yang telah diambil oleh pihak syarikat konsesi.

Pihak syarikat perlu memberi sebab yang kukuh untuk meletakkan kadar tersebut kepada pihak Majlis Ekonomi supaya ia tidak mengaut keuntungan yang banyak dan menindas pengguna.


Untuk sebuah syarikat swasta menerima sesebuah projek, ia harus memastikan pulangan yang bakal diterimanya setimpal dengan risiko yang perlu diambil. Antara risiko yang perlu dihadapi oleh mereka adalah risiko pembinaan, risiko pertumbuhan pengguna lebuh raya, interest rate risk, force majeure, dan risiko-risiko lain.

Dalam pengiraan kadar pulangan yang sesuai, carta aliran tunai yang disediakan oleh pihak syarikat dalam siri rundingan dengan Majlis Ekonomi telah mengambil kira kenaikan kadar tol yang sesuai dan dikira tidak membebankan para pengguna dan akan disemak mengikut sela masa yang telah ditentukan.

Semasa proses semakan dijalankan, wakil Majlis Ekonomi akan meminta pihak syarikat konsesi untuk menyediakan laporan terkini dan proposal yang munasabah untuk menaikkan kadar tol. Laporan tersebut perlulah disertakan sekali dengan kajian trafik di lebuh raya berkenaan.

Sekiranya laporan tersebut munasabah dengan kadar kenaikan yang diminta, pihak kerajaan perlu mengumumkan kenaikan kadar tol tersebut.

Sekiranya kerajaan tidak menaikkan kadar tol, maka pihak kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi dengan bayaran tunai atau memanjangkan lagi tempoh konsesi.

Seperti negara-negara lain, contractionary fiscal policy bukanlah sesuatu yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan menjelang pilihan raya. Ini bukanlah sesuatu yang asing dan sering menjadi praktis kepada kebanyakan kerajaan lain di seluruh dunia menjelang pilihan raya.

Jadi adakah wajar tindakan kerajaan menaikkan kadar tol di 13 lebuh raya serentak?

Soalan yang sepatutnya ditanya adalah mengapakah kerajaan menangguhkan kenaikan kesemua kadar tol tersebut dan mengakibatkan kenaikan mendadak untuk kesemua lebuh raya tersebut.

Sekiranya kerajaan akur dan membuat kenaikan tol tersebut mengikut sela masa yang telah ditentukan, kemungkinan besar kadar kenaikan tidaklah setinggi kali ini dan tidak terasa terlalu membebankan rakyat.

Kadar kenaikan kali ini terlalu tinggi dan sangat membebankan rakyat kerana beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilakukan oleh kerajaan sejak September yang lalu.

Kenaikan ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada pengguna lebuh raya tetapi juga kepada harga barang-barang. Lori kontena yang menggunakan lebuh raya yang dikenakan caj tol pada kadar yang baru sudah pasti akan meningkatkan kos pengangkutan dan seterusnya kenaikan harga barangan di pasaran.

Benarkah kerajaan berupaya mengawal kenaikan kadar tol? Ada yang berpendapat bahawa kerajaan berupaya untuk mengawal kenaikan kadar tol kerana kebanyakan pemegang saham syarikat konsesi adalah GLC. Adakah ini benar?

Syarikat konsesi adalah entiti yang berbeza dengan pemegang saham. Walaupun KWSP, PNB dan Khazanah adalah pemegang saham terbesar di dalam sesetengah syarikat konsesi, harus diingat mengapakah kesemua entiti ini melabur sejumlah wang simpanan rakyat ke dalam syarikat konsesi ini?

KWSP dan PNB adalah entiti bisnes yang menjamin pulangan tetap kepada pencarum jadi ia memerlukan sebuah pelaburan yang stabil dan menjamin pulangan yang konsisten seperti lebuh raya.


Pulangan yang sepatutnya diperolehi oleh pemegang saham (KWSP, PNB) ini bergantung kepada projected cashflow yang telah dikira dengan mengambil kira kadar kenaikan tol pada setiap sela masa yang ditetapkan.

Apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu ini?

Kerajaan boleh memberi penerangan yang jauh lebih baik daripada sekadar mengarahkan rakyat untuk menggunakan jalan raya biasa yang tidak bertol.

Dalam usaha kita menjadi negara berpendapatan tinggi yang berkepakaran dalam pelbagai bidang, rakyat tidak sepatutnya dimomokkan dan dibodohkan dengan alasan-alasan yang sangat tidak munasabah sebaliknya rakyat perlu dididik dan dijelaskan dengan baik serta alasan yang boleh diterima akal.

Selain itu, pihak kerajaan juga perlu menangani masalah ketirisan dan keborosan melampau dalam penggunaan dana awam (seperti yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara 2012 dan tahun-tahun sebelumnya).

Isu kenaikan yang tidak dapat dielakkan seperti tol ini tidak akan menjadi isu yang besar sekiranya kerajaan sudah mula cermat dalam menguruskan perbendaharaan negara sejak awal lagi.

Namun perkara ini tidak berlaku. Kerajaan tetap berbelanja dengan cara yang tidak cermat dan sebaliknya meminta rakyat untuk berjimat. Sekiranya isu ketirisan melampau ini dapat ditangani oleh kerajaan, nescaya kenaikan tol ini dapat dirasionalisasikan oleh rakyat dengan lebih mudah.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Disember 21, 2013

Singapura bertindak usir 53 perusuh?



SINGAPURA - Kerajaan Singapura semalam mula mengusir 53 pekerja Asia Selatan yang terlibat dalam rusuhan pada 8 Disember lalu, kejadian rusuhan paling buruk melanda negara tersebut sejak 40 tahun.

Seorang pegawai berkata kelmarin, mereka akan mengusir 52 orang warga India dan seorang warga Bangladesh atas tuduhan melakukan kesalahan jenayah bersama 28 yang lain atas perbuatan yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.


Rusuhan itu mengakibatkan 39 anggota polis mengalami kecederaan, selain memusnahkan 25 buah kenderaan.

Dalam perkembangan lain, polis memberi amaran dan menasihatkan lebih daripada 200 orang pekerja asing Asia Selatan yang berada di tempat rusuhan itu berlaku supaya mematuhi peraturan bagi membolehkan mereka menetap serta bekerja di negara ini.

Sementara itu, Elak usir suspek perusuh Little India!

Pihak berkuasa Singapura perlu mengelak daripada sewenang-wenangnya mengusir sebanyak 53 warga asing ke negara masing-masing kerana pembabitan mereka dalam satu rusuhan di sini baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International, Isabelle Arradon berkata, republik ini membuat keputusan terlalu cepat dengan mengusir warga asing itu sedangkan mereka mempunyai hak untuk melalui proses undang-undang.

"Mereka yang didakwa sepatutnya boleh mengambil seorang peguam dan disediakan dengan penterjemah sekiranya diperlukan.

"Hak-hak mereka untuk mendapat perbicaraan yang adil perlu dihormati dan sekiranya didapati bersalah, mereka tidak patut dikenakan sebatan kerana ia agak kejam dan tidak berperikemanusiaan hukuman,'' katanya dalam satu kenyataan. - AGENSI

Suara Politik
Belantan

Raja Putar Alam Semakin Tertekan...!!! Mahkamah Tolak Permohonan Anwar gugurkan Shafee?


Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan kali kedua Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam rayuan kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan Anwar itu ditolak kerana dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan, lapor Utusan Online.

Semalam, Muhammad Shafee berhujah dalam mahkamah menyatakan bahawa permohonan Anwar yang berpandukan kepada akuan berkanun yang diikrarkan oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mengandungi banyak pertikaian dan tidak sepatutnya dilayan.

Muhammad Shafee dilaporkan Utusan berhujah, akuan bersumpah bekas pegawai polis itu yang mengaitkan beliau dengan pelbagai pihak berhubung beberapa isu sensitif melibatkan Peguam Negara, tidak wajar dipercayai kerana kesahihannya tidak dapat dibuktikan di mahkamah.


Bolehkah panel ini menerima afidavit Anwar dan membenarkan permohonannya berdasarkan kepada akuan berkanun Mat Zain sedangkan kredibiliti bekas pegawai polis itu penuh keraguan?’’ hujah beliau.

Muhammad Shafee selanjutnya menghujahkan, beberapa semakan yang dibuat terhadap status Mat Zain menunjukkan dia seorang muflis kerana gagal membayar hutang bernilai ratusan ribu ringgit yang dipinjam daripada seorang ahli perniagaan.

Menurut beliau, semakan dengan Jabatan Insolvensi berhubung status itu pada mulanya menghadapi kesukaran kerana Mat Zain didapati menggunakan beberapa kad pengenalan dengan pelbagai nombor yang berbeza.

Hujahnya, Mat Zain malah bersikap tidak jujur kerana tidak menggunakan nombor kad pengenalannya yang betul ketika mengikrarkan akuan berkanun yang kemudian digunakan oleh Ketua Pembangkang itu sebagai asas dalam permohonan hari ini.


Sehubungan itu, Muhammad Shafee meminta agar permohonan baharu untuk menggugurkannya daripada mengetuai rayuan kes liwat Anwar ditolak atas alasan tindakan itu hanya melengahkan-lengahkan pendengaran rayuan tersebut.

Mahkamah turut menetapkan 12 dan 13 Februari tahun depan bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pendakwa raya tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 9 Januari tahun lalu yang melepas dan membebaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.

Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. -UMO

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Disember 20, 2013

Orang Cina mahu hak mengundi mereka dihormati...!!! Tetapi kalau tak sedar diri, kuat menipu dan sakitkan hati 'rakan' bagaimana pula?


Akhbar Nanyang Siangpau bertarikh 12 Disember 2013 memaparkan tulisan Li Liang Shi berkenaan apa orang Cina mahu melalui ruangan Pendapat YuanLun.

Selepas tamatnya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, aktivis kaum mula mengeluarkan kenyataan yang fanatik terhadap masyarakat Cina kerana tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini termasuk mengatakan orang Cina tidak tahu berterima kasih, apakah sebenarnya yang orang Cina mahukan dan sebagainya.

Sejak zaman Dinasti Song sudah ada orang Cina berhijrah ke Selatan untuk mencari kehidupan baharu dan pada pertengahan Dinasti Ching bermulanya orang Cina berhijrah beramai-ramai ke Selatan menjadi rakyat Malaya.

Dari situ sehingga selepas peperangan dunia kedua mereka hidup dan mati di bumi ini, menganggap di sinilah kampung halaman mereka terutama sekali generasi kedua, ketiga dan keempat, kampung halaman mereka adalah Malaysia. Mereka mempunyai saudara-mara dan sudah biasa dengan keadaan dan suasana tinggal di sini. Negara China yang jauh itu dianggap sebagai kampung asal tradisi dan kebudayaan di sana bagi mereka tidak biasa dan tidak mesra dengan China.


Negara kita telah separuh abad merdeka, sistem politik kita mengikut susur galur dari sistem politik British, kita juga telah mengharungi 13 kali PRU tetapi masih ada ramai orang yang tidak capai kualiti demokrasi. Sebuah masyarakat demokrasi dan bebas selain berhak mengundi, kita juga ada hak untuk memilih mana-mana calon dan mana mana parti, kita perlu menghormati pilihan setiap orang.

Hari ini kebanyakan orang Cina berubah kepada mengundi parti pembangkang, BN sebagai kerajaan yang memerintah tidak boleh pandang dan bersikap sinis terhadap perkara ini.

Selepas PRU sepatutnya mengambil berat perkara ini, redakan fikiran dan dendam, dengar suara masyarakat Cina dan hentikan perosak-perosak dalam parti yang sering mengeluarkan kenyataan yang merosakkan hubungan antara kaum.

Bawa negara ini ke arah perpaduan dan kemajuan, mengkritik dan bermusuh-musuhan hanya akan membawa padah kepada perpaduan negara. Penulis yakin pemimpin yang bijaksana faham dan mengerti ke mana hala tuju yang akan dibawa.


Orang Cina sebagai keluarga besar di sini, mereka cintakan negara ini, jasa dan usaha yang mereka gembleng banyak dan tidak terbilang besarnya. Jasa masyarakat Cina kepada negara ini pasti tidak kurang daripada kaum lain, orang Cina bersama-sama kaum lain berusaha, yang penting mereka mahu negara ini menuju kepada sebuah masyarakat bersatu padu dan stabil. Hari ini ada orang tanya apakah yang orang Cina mahu?

Orang yang mengeluarkan kenyataan seperti ini perlu tanya pada diri mereka sendiri sama ada kualiti pemikiran mereka dan dada mereka terbuka luas untuk demokrasi ataupun tidak, kata-kata seperti ini bukan sahaja menyakitkan hati ramai orang Cina yang cintakan negara ini, malah merosakkan perhubungan dan perpaduan antara kaum negara ini yang selama ini wujud.

Jika masih ada orang yang bertanyakan apakah yang orang Cina mahu, pasti orang Cina akan bertegang urat berteriak kuat, kami mahukan sebuah masyarakat yang bersatu padu, jika terlaksana keadilan, kebenaran dan ketelusan.


Orang Cina tidak akan menentang negara ini, kerana mereka amat cintakan negara ini, mereka sanjung tinggi demokrasi, mereka juga tidak menentang kerajaan kerana kerajaan tidak semestinya kerajaan BN, mereka mengundi hanya mahu pilih kerajaan.

Secara ikhlas mereka berharap semua pihak lihat keputusan PRU secara rasional, bersama-sama bertungkus lumus untuk negara ini, jangan hancurkan dan koyakkan lagi perpaduan dan hubungan antara kaum.

Persoalannya disini adalah, benarkah orang Cina sebagai keluarga besar di sini, mereka cintakan negara ini? Kalau mereka benar-benar sayang dan cintakan negara ini, apakah sumbangan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara ini dari ancaman musuh! Ambil contoh pencerobohan di Lahat Datu, Sabah! Kalau meraka sayangkan negara, mengapa mereka sering mempersoalkan aset-aset dan bajet untuk angkatan tentera yang menjadi rahsia kerajaan?


Berapa ramai diantara mereka yang mahu menjadi anggota tentera dan polis? Berapa ramai diantara mereka yang sanggup tinggal anak bini untuk masuk kehutan demi menjaga keselamatan dan keamanan negara? Yang mereka tahu hanyalah mencari duit...duit dan duit...!!! Siapa yang kuat memberi rasuah? Ya, mereka sudah menguasai ekonomi dan sekarang nafsu besar mereka adalah untuk menghapuskan KUASA orang Melayu. Fikir dan renongkanlah!

Suara Politik
Belantan

Kenaikan kadar TOL di Selangor?


Mari kita berfikir sejenak pada 5 FAKTA ini.

(1) Mengapa Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang kenaikan kadar tol terutama sekali di KESAS walaupun Kerajaan Negeri Selangor adalah pemegang saham terbesar dalam konsesi berkenaan?

(2) Mengapa Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang tidak membayar pampasan di semua tol dalam negeri masing-masing di sebalik menaikkan gaji dan elaun ADUN mereka sebanyak 300%, bagi mengelakkan konsesi menaikkan tol?

(3) Mengapa semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan Pulau Pinang, Kerajaan Negeri langsung tidak berusaha untuk mengawal harga hartanah melalui Skim Perumahan Mampu Milik yang agresif seandainya benar mereka benar-benar mengambil berat tentang kebajikan rakyat sebagaimana yang didakwa?

(4) Mengapa Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang serta Kelantan langsung tidak berusaha untuk menurunkan harga petrol seperti dalam Manifesto dengan menggunakan kaedah-kaedah yang mereka banggakan dalam setiap kempen atau melaksanakannya menggunakan mekanisme air percuma 20 meter padu di Selangor?

(5) Di sebalik seruan untuk mengajak rakyat berdemonstrasi dan seterusnya menggulingkan kerajaan, mengapa agaknya Pakatan Rakyat tidak pernah dapat menjawab keempat-empat isu berkenaan?


Malangnya Pakatan Rakyat sebenarnya hanya berminat untuk menggunakan isu kenaikan harga bagi mendapatkan populariti. Hakikatnya, mereka juga sebenarnya tidak lebih baik daripada Kerajaan yang mereka cuba gulingkan bahkan mereka akan melebihkan syarikat-syarikat konsesi mahupun taukeh-taukeh kapitalis yang berada di belakang mereka.

Rakyat hanyalah dijadikan isu dan alasan. Hakikatnya yang dikejar adalah kuasa dan apabila berkuasa, seperti yang kita dapat lihat di Pulau Pinang dan Selangor, itulah juga yang akan berlaku. Bahkan rakyat akan lebih tertekan menerusi kenaikan cukai dan premium tanah serta cukai-cukai yang lain di bawah kuasa Kerajaan Negeri.


Sementara itu, SAH, TIADA KENAIKAN TOL PLUS

Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.

Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Disember 19, 2013

PAS melenting jika kena tegur?


Marah orang PAS kepada Ustaz Kazim Elias bukan bermula dua minggu lalu apabila beliau ditawarkan menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNO. Pemimpin dan penyokong PAS sudah berbuku hati dengan beliau sudah lama. Puncanya, Ustaz Kazim suka bercakap benar. Ketika masih menjadi ahli PAS, beliau sering dan berani mengeluarkan pandangan mengenai pelbagai isu agama, termasuk menyentuh politik semasa dalam ceramahnya.

Banyak kali pandangannya bercanggah dengan pendapat pemimpin PAS. Bagi orang PAS pandangan yang menyakiti telinga dan hati tidak boleh diterima, walaupun benar. Jika teguran Ustaz Kazim terkena kepada pemimpin PAS melentinglah mereka. Jika teguran terkena kepada orang lain, diam dan senang hatilah mereka. Maknanya, bagi orang PAS, kebenaran adalah sesuatu yang subjektif, bukan mutlak.

Ustaz Kazim tegas menolak tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR kerana dibuat atas dasar dendam kesumat kepada Muslimin lain. Katanya, PAS tidak konsisten dengan perjuangan sendiri dan gagal mempertahan konsep Negara Islam apabila bersekongkol dengan parti dipimpin orang yang terang-terang menolak Islam, anti-Melayu serta menyokong pluralisme dan homoseksualiti.

Manakala PAS hanya bercakap, kerajaan pimpinan UMNO sudah lama melaksanakan dasar Islam dalam kehidupan umat meliputi sistem kehakiman, perundangan, pendidikan, kewangan, pentadbiran dan ekonomi. “Busuk-busuk orang UMNO, mereka jaga Islam dan boleh laksana dasar Islam. Tapi busuk-busuk orang PAS, mereka rela bersekongkol dengan puak anti-Islam, penentang sekolah agama dan pendukung liberalisme semata-mata nak ke Putrajaya,” katanya dalam satu ceramah pada 2012.

PAS sanggup jual agama

Pandangan begini tentulah tidak popular dalam kalangan orang PAS. Pemikiran popular dalam PAS ialah menjatuhkan kerajaan UMNO-BN (Barisan Nasional) dengan apa cara sekali pun. Yang utama ialah mendapat kuasa, nilai dan ajaran agama boleh diketepikan dulu. Justeru, PAS sanggup menjual agama dan berkompromi dasar perjuangan sendiri.


“Bila PAS tukar negara Islam kepada negara berkebajikan, ahli sendiri jadi keliru. Kalimah Allah juga tidak dipertahan. Bila ada pemimpin PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kata kalimah Allah boleh diguna orang bukan Islam selagi mereka tidak salah guna, bagaimanakah cara dia nak kawal? PAS lebih rela menjaga hati DAP dan PKR daripada menjaga hati umat Islam dan martabat agama.” Sila baca di sini.

Padahal, dalam kalangan pemimpin DAP dan PKR, ramai yang rasis, pembohong, pemfitnah dan pengamal pluralisme agama.

Ustaz Kazim juga mengkritik sikap hipokrit PAS. “Dalam soal hudud, orang PAS cepat hukum Kerajaan Pusat sekular dan kafir kerana belum laksanakannya. Padahal negeri yang diperintah PAS puluhan tahun pun tak laksana juga. Belum laksana hudud bukan bermakna tolak Islam. Samalah apabila seseorang belum pergi haji tidak bermakna dia tolak haji, justeru, boleh dilabel kafir.”

PAS tak patut musuhi kerajaan

PAS sepatutnya berperanan melengkapkan pelaksanaan dasar dan perundangan Islam dalam negara ini, bukan memusuhi kerajaan yang diterajui pemimpin Melayu-Islam atau membuang dasar dan prasarana yang terbina selama ini. “Ibarat karpet atau sejadah di rumah kita. Jika setompok saja terkena air kencing anak kecil, kita perlu basuh di tompok itu saja. Tidak perlulah kita basuh semua tempat atau buang kar-pet itu. Kita ikutlah cara Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukan cara Syiah atau Khawarij.”


Malah, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga tidak terkecuali daripada tegurannya. Ustaz Kazim menganggap Nik Aziz menghina Nabi Muhammad kerana berpandangan Baginda hanya mendapat rahmat Allah apabila dilantik menjadi Nabi pada umur 40 tahun. Menurut Nik Aziz, sebelum itu, Nabi Muhammad ‘sama seperti mamat-mamat lain’ malah ibu Baginda, Aminah, tidak tahu beliau mengandungkan seorang nabi. “Orang yang berkata begini fahaman apa ni?

Tidakkah dia tahu mamat-mamat lain di Makkah ketika itu masih jahiliah, minum arak dan sembah berhala? Nabi Muhammad macam itukah?” Menurut Ustaz Kazim, banyak hadis sahih menegaskan kerasulan Nabi Muhammad. Dalam satu ceramahnya, pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus berkata Nik Aziz sudah ‘terbatal akidahnya’ kerana merendahkan martabat Rasulullah.

Menurut Ustaz Kazim, agama menjadi bercelaru apabila pemimpin politik mengambil alih peranan Majlis Fatwa dan mengeluarkan fatwa sesuka hati. Sikap Nik Aziz yang celupar dan tidak berhati-hati mendorong ramai pengikut seacuan, tidak terkecuali beberapa artis yang baru masuk PAS dan terus menjadi ustaz dan ustazah. “Baru dua hari pakai tudung dah jadi ustazah. Mana boleh beri ceramah agama kepada orang tanpa ilmu, tanpa belajar?”

Oleh kerana ketegasan dan atas nama kebenaran dalam memberi pandangan, Ustaz Kazim sering difitnah dan dipanggil pelbagai nama buruk seperti Ustaz Khinzir.

Kepada mereka, beliau memberi amaran. “Ada orang beritahu anak saya yang belajar di Darjah 6 bahawa bapanya adalah anjing. Mereka pakai serban dan jubah tapi mulut tak jaga. Islam tak ajar kita fitnah atau maki orang. Ini perbuatan fasik dan haram. Ingatlah, seburuk-buruk fasik ialah memberi gelaran buruk dan hina kepada orang lain.”

Suara Politik
Belantan

Perbuatan biadap..!!! Puluhan al-Quran dibuang di Arab Saudi?

Puluhan al-Quran ini ditemui di dalam saluran sistem pembetungan di bandar Taif.

RIYADH - ARAB SAUDI. Lebih 50 al-Quran ditemui di dalam sistem pembetungan di bandar Taif dalam satu insiden menggemparkan di Arab Saudi.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pelajar tempatan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Al-Salama.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa bertindak segera menghubungi bomba untuk membuka saluran sistem pembetungan tersebut sebelum menemui puluhan al-Quran terbabit.

Media tempatan melaporkan gambar penemuan al-Quran yang telah dikoyakkan sebelum dibuang ke dalam sistem saliran itu turut menjadi perbualan hangat di kebanyakan laman sosial dan ia disifatkan sebagai perbuatan biadab individu tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, laporan dipetik dari Press TV, insiden sama pernah dilaporkan pernah berlaku pada awal tahun lalu dan ia telah mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah negara Islam.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Disember 18, 2013

Nasib para pekerja swasta yang tiada siapa pedulikan?


Ramai yang mengeluh gaji pendapatan mereka tidak setimpal dengan kenaikan kos hidup, terutamanya di bandar. Sekarang Kerajaan Pusat mengurangkan subsidi. Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula menaikkan harga tarif utiliti. Menjelang 2015, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula akan diperkenalkan. Mana nak cari duit? Gaji banyak itu juga.

Kita perlu ingat bahawa sektor awam hanya menggajikan 1.2 juta penduduk negara ini. Selebihnya majikan sektor swasta. Pihak swasta pula terbahagi kepada dua - GLC dan swasta 100% yang di miliki oleh orang perseorangan yang kaya raya.

Bagi syarikat-syarikat GLC, gaji yang dibayar mereka adalah secara purata bernilai tinggi jika dibandingkan dengan harga pasaran.


Kerajaan hendak menguatkuasakan gaji minimum tetapi bantahan dari pihak swasta 100% adalah kuat dan lantang. Selain melaksanakan gaji minimum secara undang-undang, kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana perikatan kontrak pekerjaan menentukan gaji swasta adalah hak mutlak antara pihak majikan dengan pekerja itu sendiri.

Jadi apakah strategi jangka pertengahan dan panjang kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini?

Untuk jangka panjang, kerajaan berusaha meningkatkan ekonomi kita kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Tetapi kalau pekerja tidak meningkatkan kemahiran dan pengetahuannya, susah juga nak menjadi sebahagian daripada ekonomi ini. Ini adalah kenyataan.

Untuk jangka pertengahan, terlintas di fikiran - mungkinkah wujud suatu strategi "squeeze them till they squeal" - "picit mereka hingga mereka menjerit"?


Apa maknanya ini?

Kerajaan secara beransur akan menaikkan harga kos kehidupan (tetapi juga menurunkan sedikit peratusan cukai pendapatan dan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada yang memerlukan) sehingga pekerja-pekerja akan menuntut gaji yang lebih tinggi.

Pemangkin yang boleh memulakan putaran tuntutan ini adalah syarikat-syarikat swasta yang berani dan mampu membayar gaji yang lebih kompetitif.

Dengan cara ini, akan terdapat perpindahan pekerja-pekerja dari syarikat-syarikat yang membayar gaji rendah ke gaji yang lebih tinggi. Ini pun sudah berlaku tetapi belum berleluasa sangat.

Syarikat-syarikat yang membayar gaji kecil semakin lama akan sedar untuk membayar gaji berkompetitif kerana ia kehilangan pekerja-pekerjanya yang bijak dan berkemahiran.


Dalam tahun-tahun akan datang, ekonomi kita akan berganjak ke arah ekonomi perkhidmatan dan bukan ekonomi pembuatan. Sekarang ekonomi perkhidmatan sudah pun menyumbangkan 54% daripada KDNK negara. Kadar ini dijangka meningkat kepada 65% hingga 70% menjelang tahun 2020.

Dalam suasana ekonomi perkhidmatan, yang paling utama adalah kemahiran pekerja-pekerja itu sendiri. Maka, permintaan untuk pekerja bijak dan mahir akan semakin naik dan mungkin juga mendadak dalam beberapa bidang tertentu.

Tambah pula, dengan kenaikan harga komoditi dan barang mentah, sektor pembuatan terpaksa memanjat talian nilai dalam pembuatan barangannya. Kenalah lebih canggih. Kalau nak lebih canggih, mereka perlulah pekerja mahir. Jadi, mereka terpaksa juga celik mata, gigit jari dan membayar gaji yang lebih dari yang ada sekarang.


Hendak menaikkan gaji keseluruhan ekonomi bukan senang. Strategi picit hingga jerit ini mungkin satu-satunya cara untuk memujuk syarikat-syarikat 100% swasta supaya membayar gaji yang lebih setimpal dengan kos kehidupan.

Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Jika kita sendiri tidak menerima manfaat daripada pengorbanan ini, insya-Allah, anak cucu kita akan menikmatinya, dengan izin Allah SWT jua. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan