Sabtu, November 30, 2013

Hanya di Selangor...!!! Patutlah kerajaan negeri ada 'rizab simpanan berlebihan', rupa-rupanya...?


Mungkin ramai yang tidak tahu yang kerajaan Selangor menggunakan duit kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji Menteri Besar. Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran TS Khalid Ibrahim sering mendabik dada bahawa mereka berjaya mengumpul rizab yang tinggi.

Oleh sebab itulah mereka menganggap apa yang mereka lakukan itu berjaya, maka gaji Menteri Besar dan kuncu-kuncunya perlu dinaikkan. Tahukah anda bahawa sebenarnya Kerajaan Negeri menggunakan dana Kerajaan persekutuan untuk meningkatkan rizab negeri?

Kalau tak tak percaya? Ini buktinya!

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan peruntukkan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang disalurkan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri boleh disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang dan tidak semestinya perlu dihabiskan mengikut jangka masa tertentu.

"Kita boleh memasukkan lebihan peruntukkan ini ke dalam tabung penyelenggaraan jalan, ia boleh. Jika ia tak habis (digunakan) ia boleh dimasukkan dan boleh digunakan pada tahun hadapan.

"Atau boleh juga dimasukkan atau disimpan sebagai rizab negeri dan boleh juga digunakan pada masa hadapan. Jadi duit itu ada, tak hilang. Maknanya kegunaannya akan dipantau," jelasnya ketika sesi pertanyaan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

MARRIS merupakan peruntukkan penyelenggaraan tahunan jalan raya bagi tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di setiap negeri.


Sebelum ini, kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat (Pakatan) didakwa menyalahgunakan peruntukkan MARRIS berjumlah RM320 juta untuk dijadikan simpanan dan membayar gaji pekerja serta perkara lain yang tidak sepatutnya dibelanjakan.

Jadi sepatutnya Kerajaan Negeri membelanjakan pendapatan termasuk dana dari Kerajaan Pusat untuk tujuan pembangunan. Bukannya simpan dalam rizab. Bila rizab dah penuh, gunakan alasan tersebut untuk menaikkan gaji Menteri Besar.

Lihatlah betapa punya pandai Khalid Ibrahim menipu rakyat Selangor sebagaimana beliau berjaya untuk tidak perlu membayar semula wang pinjaman bagi membeli saham Gutrie sebanyak lebih 60juta! Sudah ada peruntukkan pun masih 'kedekut' untuk dibelanjakan bagi kemudahan dan kesenangan rakyat (jalan raya dibaiki). Fikir dan renongkan lah..!!!













Sementara itu : Pejabat MB Selangor mengesahkan tuntutan yang dituntut oleh Penasihat Ekonomi Selangor tahun 2012 berjumlah RM 15 juta. Ianya merangkumi tuntutan elaun perjalanan,elaun keraian dan beberapa lagi elaun lain - Selangorkini

Suara Politik
Belantan

Jumaat, November 29, 2013

Pakatan Haram ibarat 'ludah ke langit, terkena muka sendiri'?


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam telah menyaksikan meluluskan kenaikan mendadak gaji termasuk elaun Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker DUN serta wakil rakyat di antara 80 peratus hingga hampir 400 peratus yang mana pembayarannya akan dibuat mulai Januari tahun depan.

Kenaikan itu mengundang kritikan pelbagai pihak yang mana ada di antara mereka tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut yang dilihat tidak setara dengan keperluan rakyat Selangor yang dikatakan masih lagi menagih janji-janji manifesto kerajaan negeri.

Malah, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak puas hati dengan kenaikan gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri termasuk Menteri Besar sendiri.

Menurut Anwar, meskipun beliau bersetuju dengan kenaikan gaji itu, beliau bagaimanapun menyifatkan kadar kenaikan yang dibuat adalah terlalu tinggi selain meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menilai semula kadar yang telah diputuskan itu.

Berdasarkan keputusan DUN Selangor semalam, ia menyaksikan gaji dan elaun bulanan Menteri Besar naik pada kadar 106 peratus iaitu daripada RM14,175.15 sebulan kepada RM29,250 sebulan manakala gaji dan elaun Speaker DUN turut naik daripada RM6,109.29 kepada RM22,500 sebulan iaitu pada kadar 268 peratus.

Kenaikan itu turut memperlihatkan Timbalan Speaker DUN menerima peratusan kenaikan gaji dan elaun tertinggi iaitu 373 peratus bersamaan RM15,750 sebulan berbanding RM3,327.50 sebelum ini.

Selain itu, Exco kerajaan negeri pula menikmati kenaikan gaji dan elaun sebanyak RM20,250 sebulan iaitu kenaikan 231 peratus daripada RM6,109.29 sebelum ini manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerima kenaikan gaji dan elaun 87.5 peratus iaitu RM6,000 sebelum ini kepada RM11,250.

Bagaimanapun, melihat daripada keputusan kerajaan negeri itu, tindakan tersebut boleh dianggap sebagai 'meludah ke langit, terkena muka sendiri' apabila pakatan pembangkang pada Oktober 2011 membantah cadangan Kerajaan Pusat untuk menaikkan elaun dan elaun 222 Ahli Parlimen menerusi peruntukan Bajet 2012.

Berdasarkan laporan media tempatan, antara pemimpin pakatan yang kuat membantah cadangan tersebut ketika itu ialah Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub termasuklah Anwar sendiri yang merupakan Ketua Pembangkang Parlimen.

Sungguhpun begitu, keputusan kenaikan gaji dan elaun bulanan anggota pentadbiran Selangor itu dikatakan tidak munasabah terutamanya melibatkan Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker DUn memandangkan peratusan kenaikannya adalah terlalu tinggi sehingga hampir 400 peratus.

Maka tidak hairanlan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Datuk Abdul Shukor Idrus menempelak kerajaan negeri yang sepatutnya mengkaji secara mendalam kenaikan gaji serta elaun bulanan Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker terlebih dahulu sebelum mendapat persetujuan DUN semalam.

"Kenaikan gaji dan elaun (Menteri Besar, Exco-exco, Speaker dan Timbalan Speaker) ini tidak mengambil kira denyut nadi rakyat di peringkat bawahan yang masih memerlukan lebih pembelaan daripada kerajaan negeri apatah lagi di saat-saat kenaikan kos hidup yang ditanggung rakyat Selangor hari ini," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

United Kingdom sahkan wanita jadi hamba di London warganegara M'sia!


Pihak berkuasa United Kingdom hari ini mengesahkan status wanita yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London adalah warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan bertarikh lahir 27 Mei 1944.

Menurut Kementerian Luar memandangkan kes itu masih di peringkat siasatan, akses bagi mendapatkan maklumat lanjut adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data 1998 di bawah undang-undang tempatan United Kingdom.

Pihak berkuasa tempatan masih belum memberikan akses terus kepada mangsa setakat ini.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) akan menghulurkan kerjasama sepenuhnya kepada pihak-pihak terlibat dalam membantu urusan penyiasatan," kata Kementerian Luar dalam kenyataan di sini. Kementerian Luar melalui STM di London memantau rapi status wanita itu yang sebelum ini dijadikan hamba selama 30 tahun di Selatan London.

Kenyataan itu menyebut STM juga akan mengambil langkah susulan bagi menentukan status mangsa tersebut dari segi undang-undang.

"Sekiranya beliau secara tidak disedari telah kehilangan kewarganegaraan Malaysia serta tidak mempunyai sebarang kerakyatan dalam tempoh 30 tahun yang lalu di bawah keadaan daif, STM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi mengembalikan semula kerakyatan beliau.

"Bantuan konsular selanjutnya akan dihulurkan kepada mangsa dan ahli keluarga, sebagaimana sesuai dan perlu," kata Kementerian Luar. Sabtu lepas, media melaporkan wanita berusia 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan daripada perhambaan pada 25 Okt lepas di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.

Aishah yang sebelum ini dikenali dengan nama Siti Aisyah, berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.

Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan identiti wanita itu sebagai Siti Aishah Abdul Wahab dan merupakan individu yang dikehendaki pada 1970-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri.

Suara Politik
Belantan

Khamis, November 28, 2013

Siti Aishah 'bekas hamba abdi' pernah diburu polis?


Wanita dijadikan hamba domestik oleh sepasang suami isteri di London sejak 30 tahun lalu disahkan merupakan individu yang dikehendaki polis pada 1970-an kerana terlibat dalam aktiviti radikal dan pelampau berhaluan kiri serta persatuan menyokong perjuangan komunis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita itu, Siti Aishah Abdul Wahab, 69, bersama beberapa rakan seangkatannya berpindah ke London memandangkan di negara berkenaan pada masa tersebut lebih bebas dan tidak menyekat aktiviti berhaluan kiri.

"Saya mengesahkan wanita ini (Siti Aishah) pernah menjadi warganegara kita satu ketika dahulu dan merupakan pelajar berhaluan kiri serta menyertai banyak kegiatan pelampau berhaluan kiri di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, pada Februari lepas.

Khalid seterusnya memberitahu, selepas melanjutkan pelajaran ke London, pihak polis negara ini masih memantau segala aktiviti berhaluan kiri yang disertai Siti Aishah tetapi tidak akan menahannya sekiranya pulang ke Malaysia.

"Kita sudah tidak nampak lagi keperluan untuk menangkap dia memandangkan perkara itu sudah lama berlalu malah rakan-rakannya yang dahulunya turut bersama-sama dengan Siti Aishah telah pulang ke negara kita," tambahnya.

Mengenai kewarganegaraan Siti Aishah, Khalid berkata, beliau perlu mendapatkan laporan lengkap terlebih dahulu sama ada wanita itu masih lagi memegang status warganegara Malaysia.

POTRET Siti Aishah Abdul Wahab semasa remaja.

Sementara itu, sumber memberitahu , Siti Aishah mula hilang daripada jejak polis pada sekitar tahun 80-an selepas dia dikhabarkan ke China untuk tempoh waktu tertentu.

"Sebelum itu, iaitu pada 1979, dia dikesan berada di Brixton, London, malah pekerjaan terakhirnya adalah sebagai seorang pembantu kedai.

"Abangnya bergelar Datuk pernah berusaha mencari Siti Aishah dengan meminta bantuan Kedutaan Malaysia di Beijing tetapi gagal dan maklumat yang pernah diterima, dia dilihat kali terakhir berjumpa salah seorang abangnya yang merupakan bekas pengurus besar bank di London pada 1970 dan selepas itu tiada lagi berhubung dengan ahli keluarganya," katanya.

Kata sumber itu lagi, Siti Aishah yang menyertai pelbagai aktiviti radikal semasa di London telah menyertai beberapa badan berhaluan kiri antaranya Institute of Marxism Leninism Mao Tse Tung (WIMLMTT), Democratic Right in Malaya malah juga pernah menyertai beberapa demonstrasi anjuran parti komunis yang berpusat di London.

Siti Aishah kemudian bergerak lebih agresif dan pernah menyertai demonstrasi Anti-Tun Hussein Onn semasa lawatan bekas Perdana Menteri itu ke London.

Kata sumber lagi, pada 1982, dia berdamping rapat dengan Aravindan Balakrishnan yang merupakan bekas pelajar Singapura dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung WIMLMTT.

Suara Politik
Belantan

Rabu, November 27, 2013

Campur tangan melampau tahap gaban PKR Pusat punca keluar?

Datuk Jelani Hamdan (duduk, tengah) bersama bekas ketua-ketua Cabang PKR Sabah pada sidang media pengumuman keluar parti di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini.

Terlalu banyak campur tangan kepimpinan di peringkat pusat dalam urusan parti di Sabah merupakan antara faktor pemimpin dari 11 cabang PKR keluar parti.

Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan berkata soal autonomi yang dicanangkan pemimpin PKR di peringkat Pusat sebenarnya tidak langsung dipraktikkan, termasuk dalam urusan melantik ketua pembangkang negeri dan Majlis Pimpinan Negeri parti itu.

"Bukan soal pembangunan semata-mata. Tapi kita hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR khususnya di peringkat pusat dan negeri. Soal autonomi...beri kuasa kepada Sabah pilih pemimpin tapi authority datang dari seorang individu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keluar parti pemimpin cabang PKR Sabah dan menyokong Barisan Nasional (BN) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Jelani dan Adun Kadamaian Jeremy Malajad, kedua-duanya, telah terlebih dahulu keluar parti pada 4 Nov, turut hadir pada sidang media itu.

Jelani yang mewakili pemimpin dari 11 cabang parti itu turut mendedahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang terlibat campur tangan dalam urusan pentadbiran parti di Sabah.

Mengulas mengenai gelombang kedua pemimpin cabang PKR negeri yang akan keluar parti selepas ini, Jelani mendakwa jumlah keseluruhan yang terlibat tidak kurang 20 cabang.

Di Sabah terdapat 25 cabang (bahagian) PKR, katanya sambil menambah keputusan mereka meninggalkan parti telah dibuat sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

Beliau turut menafikan bekas pemimpin cabang PKR yang keluar parti itu telah 'dibeli' oleh BN memandangkan parti itu (BN) telah menguasai dua pertiga kerusi Dun.

Mengenai maklum balas Anwar berhubung tindakan keluar parti, Jelani berkata: "Dalam SMS, memang kecewa...memang normallah dia (Anwar) kata kami dapat tawaran lebih baik daripada pihak lain."

Dalam pada itu, Jelani turut menyatakan komitmen kesemua mereka untuk memberi sokongan 100 peratus kepada BN, tetapi masih belum membuat keputusan sama ada mahu menyertai komponen parti itu atau membentuk satu kumpulan baharu.

Ditanya pindaan perlembagaan PKR pada konvensyen parti itu Ahad lepas yang akan melantik seorang wakil negeri Sabah dan Sarawak mengisi jawatan naib presiden, Jelani berkata: "Anda boleh pinda apa juga artikel, tapi dari segi pelaksanaan, sama ada ikut atau tidak. Mungkin hanya atas kertas sahaja.

"Ini terjadi dalam keputusan-keputusan yang dibuat di peringkat negeri."

Bekas ketua cabang Kota Marudu Anthony Mandiau pula berkata kegagalan pucuk pimpinan parti mendengar suara rakyat di Sabah adalah punca mereka hilang kepercayaan dan beralih menyokong BN.

Beliau mendakwa presiden dan timbalan presiden parti itu turut mencampuri urusan parti di Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) mengumumkan Adun dan Ketua-ketua Cabang Pakatan Rakyat (PKR) Sabah keluar parti pada sidang media di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu, Pemimpin 11 cabang PKR Sabar keluar parti!

Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti hari ini dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini berkata mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri.

Beliau berkata gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

"Dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katannya.

Mereka yang hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).

Hanya wakil Beluran tidak hadir. Turut serta ialah dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengisytiharkan keluar parti pada 4 Nov lepas iaitu Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan dan Adun Kedamaian Jeremy Malajad.


Najib berkata turut sama mengisytiharkan keluar parti pada hari ini ialah bekas anggota Parlimen Bandau Henry Madatang dan calon PKR Parlimen Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Jomi Kamadan.

Beliau telah dimaklumkan banyak lagi dalam kalangan penyokong pemimpin-pemimpin PKR itu akan turut serta keluar parti dan memberi sokongan kepada BN.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka atas keyakinan untuk mengalih sokongan kepada BN dan ini menggambarkan usaha kita untuk melakukan perubahan dan transformasi kepada negara khususnya Sabah, mendapat kepercayaan dan keyakinan mereka.

"Mudah-mudahan dengan ini BN akan dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat Sabah," katanya.

Najib berkata tindakan mereka keluar parti tidak sekali-kali dipengaruhi BN.

"Tak mungkin, sebab mereka sudah hilang kepercayaan (kepada parti PKR), itu pokoknya," katanya.

Ditanya sama ada PKR akan terus lumpuh dengan perkembangan itu, beliau berkata PKR akan cuba mengumpulkan semula kepimpinan parti itu di Sabah tetapi kekuatan sebenar parti terletak kepada pemimpin yang keluar PKR hari ini dan mereka yang bakal keluar parti. - Bernama

Suara Politik
Belantan

Isu 'kucing kurap' : Rakan PR bidas Jeff Ooi?


Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membidas tindakan rakannya dalam PR, Jeff Ooi Chuan Aun berhubung isu 'kucing kurap'.

Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Nik Nazmi berkata, "tak patut seorang ahli Parlimen seperti Jeff Ooi menggunakan istilah 'kucing kurap' terhadap pegawai kerajaan”.

Nik Nazmi turut menambah dalam 'tweet'nya itu "sakit kot", merujuk kepada perbuatan Ooi.

Dalam insiden berkenaan, ahli Parlimen Jelutong - DAP itu mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada kepada beberapa pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di kawasannya.


Beliau juga tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," Ooi dipetik sebagai berkata.

Kelmarin, ketika lawatannya ke Pasar Jelutong dekat Georgetown, keadaan turut bertukar kecoh apabila seorang pekerja MPPP mendatangi Ooi dan menggesanya menggugurkan label 'kucing kurap' yang ditujukan kepada kakitangan bawahan MPPP.


Ooi bagaimanapun beredar daripada sidang media selepas diminta berbuat demikian dan menyerahkan majlis kepada Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah.

Mohd Rofi Osman, 58, yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun dengan MPPP berkata, beliau kesal dengan sikap Ooi yang seolah-olah tidak berasa bersalah dan memandang remeh permintaannya itu untuk menarik balik kenyataan itu.

Sementara itu, Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang hari ini turut tampil di Parlimen membidas kebiadapan Ooi terhadap penjawat awam berpangkat rendah dan MPPP.

Suara Politik
Belantan

Selasa, November 26, 2013

Sudah lepas 'waktu amaran' 5 hari, namun tiada pun tindakan diambil oleh Dewan Pemuda Pas terhadap Karpal?


Dewan Pemuda Pas Pusat diminta supaya membuktikan bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap Karpal Singh selepas tempoh lima hari yang diberikan agar Pengerusi DAP itu menarik balik kenyataan supaya parti berasaskan agama termasuk Pas dibatalkan, berakhir semalam.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, sehingga hari ini Karpal tidak menarik balik kenyataan supaya pendaftaran Pas dibatalkan.

Beliau berkata, sekiranya Dewan Pemuda Pas gagal untuk mengambil tindakan, membuktikan sayap parti itu pengecut dan hanya berani 'berkokok'.

"Saya menunggu untuk melihat adakah ini hanya akan menjadi drama bersiri yang menghidangkan khayalan atau hanya dentuman berdepan pemilihan parti.

"Bukti jelas hari ini, Karpal tidak berganjak walau seinci dengan pendirian beliau dalam isu penghinaan terhadap rakan sekutunya itu. Saya mahu melihat siapa yang akan hilang wadah perjuangan sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai tempoh lima hari yang diberikan oleh Dewan Pemuda Pas kepada Karpal supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu.

Sayap kanan Pas itu sebelum ini memberi tempoh lima hari kepada Karpal bermula 17 November lalu supaya berbuat demikian kerana mereka mempunyai bukti Karpal berbohong ketika menafikan kenyataannya yang mendesak supaya pendaftaran Pas dibatalkan.

Sekiranya Karpal gagal berbuat demikian, Dewan Pemuda Pas akan mengambil tindakan susulan termasuk kemungkinan memanjangkan perkara itu kepada Majlis Syura Ulama untuk tindakan selanjutnya.

Wan Khairul Ihsan yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan berkata, sejak beberapa tahun lalu, Pas hanya bercakap berdegar-degar apabila pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membangkitkan isu mengenai Islam, tetapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil.

"Kita hendak tahu apa pendirian Pas yang sebenarnya, sebagai contoh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya menyelar Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) tetapi berakhir begitu sahaja kerana tidak ada sebarang tindakan diambil.

"Maka, selepas ini akan berulang lagi siri yang menghina Islam kerana tidak ada sebarang tindakan yang diambil. Begitu juga dengan Karpal, beliau tidak akan berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang jelik disebabkan pemimpin Pas penakut," katanya.

Tambahnya, apa yang berlaku sekarang jelas menunjukkan Pas sudah tidak ada hala tuju melainkan 'mabuk' untuk berkuasa.

Suara Politik
Belantan

Jeff Ooi didesak mohon maaf?

Mohd Rosi (kiri) ditahan beberapa lelaki ketika ingin bertemu Chuan Aun mengenai isu ‘kucing kurap’ di Pasar Jelutong, semalam.

Lawatan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun ke Pasar Jelutong semalam, kecoh apabila didesak memohon maaf secara terbuka, berhubung kenyataannya melabelkan kakitangan bawahan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai kucing kurap.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi, apabila Pegawai Bahagian Kesihatan Vektor MPPP, Mohd Rofi Osman, mendekati Chuan Aun sebelum dengan suara lantang memintanya memohon maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.

Mohd Rofi berkata, beliau terkilan dengan sikap Ahli Parlimen pembangkang itu disifatkan semakin bongkak apabila sesuka hati menghina kakitangan awam.

Mahu jaga populariti

Katanya, Chuan Aun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang begitu hina dan kurang ajar bagi menjaga popularitinya dalam kalangan penyokongnya.

“Mungkin sebab pakatan pembangkang sudah dua penggal memegang tampuk pemerintahan negeri ini hingga beliau lupa bahawa dalam kalangan ‘kucing kurap’ ini yang membantu dia menjadi Ahli Parlimen.

“Chuan Aun perlu menarik balik kenyataan itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui media di negara ini.


Satu penghinaan

“Siapa beliau untuk melabelkan kakitangan MPPP seperti kami dengan penghinaan yang kurang ajar terbabit,” katanya yang berkhidmat dengan MPPP selama lebih 30 tahun.

Chuan Aun yang kelihatan gelisah ekoran sergahan itu, segera beredar dari lokasi terbabit sambil diiringi beberapa pegawainya dengan sebahagian daripada mereka menghalang Mohd Rofi dari mengekorinya.

Rabu lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Chuan Aun menggelar kakitangan bawahan MPPP sebagai kucing kurap dan enggan bercakap dengan pegawai terbabit kerana beranggapan tindakan MPPP itu seolah-olah menghinanya sebagai Ahli Parlimen.

Mohd Rofi yang juga bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP bertegas akan mengekori pergerakan Chuan Aun bagi mendapatkan penjelasan dan permohonan maaf daripada Ahli Parlimen itusecara terbuka demi mengembalikan maruah MPPP.

“Baru menjadi Ahli Parlimen sudah berani menghina penjawat awam dengan ungkapan kurang ajar, cuba bayangkan apabila pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Pusat dan menawan Putrajaya?... sudah pasti ramai lagi akan dihina,” tegasnya.

Suara Politik
Belantan

Apabila Sang Kaki Putar Kritik Sang Skru Longgar?


Di sebalik ucapan Ketua Umum PKR yang juga Sang Kaki Putar Alam, Anwar Ibrahim yang meminta pemimpin membuat teguran secara tertutup, Anwar juga telah mengkritik Menteri Besar Selangor yang juga Sang Skru Longgar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar mengulangi teguran kepada Abdul Khalid terhadap pelaksanaan yang lambat untuk digerakkan walaupun mendengar teguran.

Beliau berkata, tegurannya itu dilakukan sebagai seorang sahabat terhadap menteri besar itu.

"Saya banyak mendengar masalah daripada sahabat saya yang lain seperti Azmin Ali, Tian Chua tapi Tan Sri Khalid paling banyak mendengar.

"Cuma paling lambat laksanakannya, tapi ini semangat kita, ini cara kita menegur.


"Saya menegur sebagai seorang sahabat, saya tegur dengan memujuknya, tetapi saya tegur untuk dia terus memperbaiki beberapa skru longgar yang patut diperketatkan," katanya pada ucapan pergulungan Kongres Nasional 2013 PKR, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu telah mengkritik Abdul Khalid dan memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng.

Anwar mendakwa setakat ini Pulau Pinang di bawah Tokong Guan Eng menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding Menteri Besar Selangor, ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi pentadbiran Abdul Khalid.

Suara Politik
Belantan

Isnin, November 25, 2013

Dewan Ulama PAS disaran tubuh Parti Baru?

Harun Taib berucap dalam Muktamar Dewan Ulama Pas di Shah Alam Khamis lalu.

Apabila kumpulan pro ulama dikatakan membuat kesepakatan untuk meletakkan seorang calon sahaja bagi kerusi Timbalan Presiden, ramai yang meramalkan penyandang jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan tumbang.

Andaian yang dibuat ialah pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 ini tidak akan berlaku pecahan undi bagi golongan pro ulama seperti tahun 2011 apabila Mat Sabu menduduki jawatan itu selepas menewaskan dua calon ulama iaitu, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun jangkaan itu ternyata meleset, Mat Sabu kekal sebagai orang nombor dua Pas apabila berjaya mengetepikan pencabar tunggalnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi.

Populariti ternyata memberi kelebihan kepada Mat Sabu memandangkan Mohd.Amar dilihat pemimpin di peringkat negeri sahaja.

Biar pun 'diserang' habis-habisan dalam blog dan media sosial sehingga beliau menganggap inilah kali pertama beliau melihat kempen pemilihan paling buruk dalam Pas namun semua itu tidak menghalang Mat Sabu untuk mencapai kemenangan.

Sama ada Mat Sabu menang 98 undi atau 21 undi seperti mana tahun 2011, beliau tetap pemenang dan berhak menjadi Timbalan Presiden Pas, tidak kira berapa pun jumlah undi yang diperolehi Mohd.Amar.

Bagi Mohd.Amar pula, ini merupakan kekalahan ketiga dalam usahanya untuk menduduki salah satu jawatan tertinggi dalam Pas. Sebelum ini, beliau pernah mencuba sebanyak dua kali untuk kerusi Naib Presiden tetapi tewas.

Sebab itulah, ada yang melihat Mohd.Amar memasuki gelanggang merebut jawatan Timbalan Presiden dalam keadaan rekod yang tercalar berbanding Mat Sabu.

Harapan penyokong golongan ulama sebenarnya kepada Tuan Ibrahim tetapi beliau mengambil keputusan untuk bertanding Naib Presiden sahaja biar pun dikatakan memperolehi pencalonan lebih banyak berbanding Mohd.Amar bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara Tuan Ibrahim tidak menghadapi masalah untuk menduduki salah satu kerusi Naib Presiden yang diumumkan, sebaliknya ramai yang tertanya-tanya apa akan berlaku kepada perjuangan ulama dalam Pas.

Ia memandangkan perwakilan dan ahli Pas ternyata mempunyai pertimbangan tersendiri dalam soal perjuangan politik parti itu.

Sebab itulah, dalam senarai Ahli Jawatankuasa Pas pusat yang terpilih, kumpulan ulama tidak sampai 10 orang. Antara yang terpilih termasuklah dua bekas pemimpin Dewan Pemuda Pas pusat iaitu Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Walaupun barisan kepimpinan yang terpilih tidak akan meminggirkan golongan ulama namun apa yang menjadi persoalan ke manakah haluan golongan itu selepas ini?

Ia memandangkan mereka tidak mempunyai kekuatan politik yang begitu jitu bagi menentukan hala tuju perjuangan Pas selepas ini. Sebaliknya, agenda politik parti tersebut ini dilihat akan ditentukan sepenuhnya oleh golongan profesional atau lebih popular digelar 'Anwarinas'.

Situasi ini juga akan memungkinkan peranan Dewan Ulama dan Majlis Syura Pas dilihat tidak lebih daripada pelengkap organisasi sahaja.

Kenyataan tegas golongan ulama sebelum ini yang mahu tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikaji semula dikatakan turut menjadi punca calon golongan ulama gagal mencapai kejayaan diharapkan.


Tindakan Dewan Ulama itu dikatakan mengecewakan banyak pihak dalam Pas yang berpendapat jika mahu menawan Putrajaya mereka perlu meneruskan kerjasama dengan kedua-dua parti tersebut.

Malah ada antara mereka begitu bangga menganggap melalui tahaluf siyasi, Pas mampu menawan Kedah dan Perak pada tahun 2008, mempertahankan Kelantan dan berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang sehingga ke hari ini.

Selain itu, mereka juga berhujah bahawa Pas semakin diterima oleh bukan Islam kerana kerjasama tersebut, justeru kenapa golongan ulama memadai-madai mahukan ia dikaji semula?

Ternyata, biar pun dilayan seperti pak turut dan melukut di tepi gantang dalam pakatan pembangkang, namun sebahagian ahli-ahli Pas tidak peduli, apa yang penting mereka mahu meneruskan keterujaan untuk bersama PKR dan DAP bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Mungkin atas sebab itu jugalah, Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib telah dikecam dan dicerca dalam laman-laman sosial sehingga ada ahli Pas tergamak menuduh golongan ulama 'gila kuasa'.

Golongan ulama turut dikaitkan dengan usaha mengadakan kerjasama dengan UMNO biar pun Dewan Ulama sudah menegaskan bahawa seruan supaya tahaluf siyasi disemak adalah bertujuan untuk menilai apakah keuntungan secara keseluruhan terutamanya kepada Islam.

Bagaimanapun niat murni golongan ulama ini tidak dipertimbangkan dengan telus dan ia terbukti apabila dalam sesi perbahasan majoriti perwakilan seolah-olah tidak berani untuk mengkritik layanan PKR dan DAP terhadap Pas.

Sebaliknya, semua lebih selesa mahu ia diperteguhkan dengan andaian sudah banyak keuntungan politik yang Pas perolehi.

Berikutan keputusan dalam pemilihan Pas kali ini, mana-mana pihak juga tidak boleh mengharapkan apa-apa lagi kepada perjuangan golongan ulama dalam parti itu.

Tambahan pula, sebelum ini usul Dewan Ulama yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamarnya pada Khamis lalu iaitu memasukkan satu fasal yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya salah seorang Naib Presiden terdiri daripada ulama, tidak mendapat sambutan mana-mana pihak dalam Pas.

Ia secara langsung memberi isyarat kepada golongan ulama bahawa suara mereka semakin terpinggir dalam parti itu biarpun golongan itulah selama ini yang bertanggungjawab memperkasakan Pas. Apa pun, kita harus menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan dan mengakui keterujaan ahli-ahli Pas untuk menampilkan satu barisan kepimpinan yang akan mampu memenuhi impian mereka untuk bersama-sama PKR dan DAP menawan Putrajaya.

Kalau selepas ini Pas akan terus dilayan sebagai 'penumpang' dalam pakatan pembangkang terima sahajalah kerana itu kehendak ahli-ahli parti tersebut. Oleh itu tidak keterlaluan untuk kita menyatakan tidak payahlah Pas bermimpi melaksanakan hukum hudud termasuklah di Kelantan kerana ia akhirnya akan menjadi retorik politik semata-mata dan sekadar 'hiburan' untuk berbahas di muktamar parti tersebut.

Ini kerana kita percaya dan yakin DAP serta PKR tidak akan memberi laluan mudah kepada Pas untuk berbuat demikian. Setakat ini apa yang kita saksikan, hanya Pas yang ibarat 'syok sendiri' dalam soal hukum hudud dan lebih selesa untuk menuding jari kepada UMNO dan kerajaan BN jika ia tidak dapat dilaksanakan.

Dengan semakin kurangnya suara golongan ulama dalam penentu agenda politik Pas berikutan keputusan pemilihan semalam, maka apa juga agenda parti tersebut selepas ini sudah pasti memerlukan restu daripada PKR dan DAP. Tetapi tidak mengapalah kerana pemimpin, ahli dan penyokong Pas tidak mahu menerima pandangan orang di luar parti tersebut termasuklah media.

Bagi mereka, orang luar hanya bertujuan untuk mengkucar-kacirkan parti itu dan cuba memecah belahkan perpaduan pakatan pembangkang. Oleh itu, berilah peluang dan ruang kepada barisan baru kepimpinan Pas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Apa yang pasti, keputusan pemilihan kali ini sudah jelas membuktikan bahawa suara golongan ulama semakin dan akan terus 'terhakis' di dalam Pas.

Bagaimanapun sebagai salah seorang yang bertanggungjawab mencetuskan idea kepimpinan ulama dalam Pas, Mat Sabu tentulah memahami sentimen yang wujud berikutan apa yang berlaku. Tambahan pula beliau sudah berjanji, pihaknya akan meneruskan usaha mengukuhkan pakatan pembangkang berdasarkan usul-usul yang diluluskan dalam muktamar tersebut.

Dan untuk rekod, antara usul yang diluluskan tanpa bahas ialah, ''Dewan Ulama Pas Pusat mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas pusat mewujudkan khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syariah dengan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU-14.''

Adakah ini akan dilaksanakan? Terserahlah kepada barisan baru kepimpinan Pas menentukannya. Yang pasti orang Melayu di luar Pas sedang memerhati dan sebahagian besar mereka percaya keputusan pemilihan kali ini memungkinkan bak kata seorang teman dalam parti itu selepas keputusan diumumkan, ''Orang Pas memilih, ahli PKR dan DAP yang bertepuk gembira.' 'Apakah maksudnya, fikirlah sendiri.

Daripada 'melukut ditepi gantang di dalam parti' alangkah baiknya jika Dewan Ulama terus mengambil pendirian untuk 'keluar dari Pas' dan bermula dengan sebuah Parti baru bagi menentukan hala tuju perjuangan yang terus memperjuangankan syiar ISLAM! Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Pak Stoppa kata, Sabah dan Sarawak anak emas Pas...Betoi ka?



Tapi yang ini Pak Stoppa, anak angkat siapa ya? Nampak macam sama, tapi tak serupa kot? Besaq spenda tu Pak Stoppa?


Betoi ka Pak Stopa sakit lutut?


Kadang-kadang dok tergelak jugalah mengenangkan betapa bodoh dan dunggunya para pengikut Pas yang tak boleh berfikir secara waras! Katanya ramai cerdik pandai dalam Pas, tapi semuanya hamPAS..!!!

Suara Politik
Belantan

Tahniah lah PAS Kerana Sajikan Konsert Black Metal Ketika Muktamar?




Bersempena dengan Muktamar PAS 2013, Karnival PAS for ALL telah menyajikan hidangan HALAL Konsert METAL. Kalau dahulunya orang PAS sanggup membantah malah mengharamkan hiburan, tetapi PAS kini sudah berubah 180 darjah. Apa-apapun tahniahlah hamPAS..!!!

Tahniah..PAS for ALL...?

Biasalah PAS buat semua OK dan HALAL...orang lain buat semua tak boleh ...HARAM..!!! Mana perginya Dewan Pemuda PAS...???

Suara Politik
Belantan

Ahad, November 24, 2013

Wakil Pas Wilayah Persekutuan 'ada telur'..!!! Pas umpama barua dan macai DAP?

Kamaruzaman Mohamad

Seorang perwakilan hari ini menarik perhatian Muktamar Tahunan Pas Ke- 59 apabila beliau membangkitkan isu berhubung Pas sebagai barua DAP dan pembonceng kepada pakatan pembangkang.

Ketika membangkitkan isu itu wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera.

Jika perkara itu tidak dilakukan beliau berkata, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.

"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya, " katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Stadium Malawati di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.

"Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.

"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.


Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd. Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.

Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan.

"Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Polemik cukai taksiran cadangan DBKL!


Media perdana mahupun alternatif, banyak membangkitkan isu mengenai cukai taksiran yang dicadangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kebanyakan komen dan maklum balas, melihat kenaikan ini sebagai sesuatu yang bakal membebankan pengguna dan pemilik aset di dalam kawasan Kuala Lumpur.

Penulis juga terbabit sama. Pemberitahuan tentang kenaikan diterima baru-baru ini sahaja. Memang benar, sebagai pemilik kita dibenarkan membuat bantahan kepada DBKL. Kita juga diminta menghubungi talian yang disediakan, sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kenaikan tersebut.

Sayangnya, panggilan penulis kepada talian yang dimaklumkan tidak pernah berjawab. Hampir separuh hari mencuba. Penulis membuat kesimpulan bahawa DBKL hanya bergurau dan tidak bersungguh-sungguh mendengar keluhan warga kota seperti penulis. Makna kata, pemberitahuan cukai taksiran DBKL sudah hampir pasti berlaku.

Kiriman khidmat pesanan ringkas penulis kepada seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional juga tidak dibalas. Mungkin nombor penulis tidak dimasukkan dalam daftar ‘rakyat’ yang layak dibantu dan diberikan perhatian, namun ia adalah satu hakikat yang mengecewakan.

Sebarang perubahan yang menambah beban pengguna, seharusnya diperkukuh dengan agenda komunikasi dan pemerolehan maklum balas yang jelas dan bersungguh. Bukan main hentam keromo. Bukannya sekadar membuat pengumuman dan menghantar makluman mengikut sedap dan jalur kuasa yang ada.

Apakah DBKL sudah berasa terlalu angkuh untuk mendengar rayuan dan harapan pemilik aset kalangan warga kota? Lebih malang lagi jika keangkuhan sama turut diangkat sebagai modal politik baru kepada jentera kerajaan.

Kenaikan yang dikenakan bukan sedikit. Jika merujuk kepada laporan sebuah akhbar, kadar tahunan sebelum kenaikan sekitar RM500. Jika cadangan kenaikan cukai taksiran ini diterima, pemilik aset sama perlu membayar hampir RM2,000!

Soalnya, rakyat perlu dimaklumkan tentang perencanaan komprehensif di sebalik kenaikan ini. Mesti ada komitmen khidmat yang jelas. Perlu ada kesungguhan dan iltizam kekuasaan untuk merubah tatakelola dan tadbir urus DBKL agar lebih telus dan responsif. Perlu ada penjelasan mengenai formula kenaikan yang dicadangkan.

Penulis cuba melihat ucapan belanjawan DBKL tahun lalu, yang mungkin ada menyelitkan frasa ‘berkemungkinan menaikkan kadar cukai taksiran dalam masa yang terdekat ini’. Paling hampir pun, ucapan Datuk Bandar yang merintih kerana cukai taksiran tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1992.

Malah pada perenggan 10, ucapan belanjawan 2013, Datuk Bandar menegaskan bahawa walaupun tanpa kenaikan cukai taksiran, DBKL masih lagi mencatatkan peningkatan pendapatan kerana bertambahnya bilangan hartanah yang dikenakan cukai taksiran.

Dari sudut akauntabiliti, mungkin Datuk Bandar mempunyai kelebihan kerana tidak perlu mempertahan belanjawan secara bersungguh dalam sidang yang terbuka. Belanjawan lebih kepada formaliti tatakelola yang tidak memerlukan Datuk Bandar memberikan jawapan kepada rakyat.

Pernah penulis nyatakan di dalam akhbar sebelum ini, Datuk Bandar dan pimpinan DBKL mestilah menjiwai semangat transparensi dan reaksi spontan media baru. Hanya dengan mewujudkan platform yang sesuai, pimpinan DBKL dapat benar-benar merasai denyut nadi dan keluhan rakyat.

Kalaupun kenaikan ini dirasakan perlu, ia perlu didahului dengan agenda komunikasi yang strategik. Kalangan wakil rakyat, persatuan penduduk, pemimpin masyarakat mestilah dibawa dalam diskusi dan perbincangan. Maklum balas mesti tepat.

Ia mesti didahului dengan komitmen jelas DBKL untuk mengurus bajet dengan berkesan dan bertanggungjawab. Rakyat berhak terlebih dahulu dimaklumkan pencapaian belanjawan 2013. Masih adakah projek yang sakit? Masih wujudkah projek gajah putih?

Apakah peruntukan pembangunan lebih RM700 juta dalam belanjawan 2013 dibelanjakan dengan efisien dan berkesan? Hanya 60 peratus (%) peruntukan pembangunan dibiayai sendiri oleh DBKL; sementara baki dibantu oleh kerajaan pusat.

Datuk Bandar perlu faham bahawa tidak ditegur oleh Ketua Audit Negara itu memang satu pencapaian yang baik; namun kepuasan hati dan penerimaan baik rakyat dan warga kota secara umumnya, juga perlu diberikan perhatian.

Ada sepuluh aspek asas perkhidmatan yang dinyatakan dalam belanjawan DBKL tahun 2013, antaranya; kebersihan bandar, penyelenggaraan infrastruktur, kesihatan awam, pengindahan taman, perumahan awam dan perumahan rakyat, penjaja dan peniaga kecil.

Pernahkah DBKL membuat kajian mengenai indeks kepuasan hati warga kota dalam aspek-aspek yang dijadikan keutamaan ini? Apakah ia pernah dikongsi dengan masyarakat umum?

Polemik dan politik cukai taksiran ini boleh dikendalikan dengan lebih baik sekiranya pimpinan DBKL lebih rela untuk berkomunikasi dengan warga kota dengan lebih kerap dan tuntas. ‘Komunikasi’ ini tidak hanya merujuk kepada rancangan berkala yang dijayakan di dalam radio.

Komunikasi yang bersifat ‘sudah terhantuk baru nak tengadah’ memang menjemput lebih banyak masalah. Kalau facebook Datuk Bandar hanya sekadar mempunyai '776' pengikut, apa harapan jutaan warga kota dapat dihargai dan dilayani dengan efektif dan berkesan.

Kepada mereka yang menunggu sahaja ruang dan peluang untuk ‘menjaringkan gol’ pengaruh politik - cukai taksiran ini satu hadiah paling bermakna. Mereka kelihatan bersungguh memihak kepada rakyat; dan kita terus bersungguh mempertahan dasar dan keputusan yang diambil di atas kerusi empuk. -UMO

Suara Politik
Belantan

Sabtu, November 23, 2013

Kes liwat : Anwar tak puas hati Shafee kekal ketuai pendakwaan?


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan pelantikan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya bagi kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim, sah di sisi undang-undang.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian selepas menolak rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Sehubungan itu, rayuan pendakwa raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, akan didengar di Mahkamah Rayuan selama dua hari bermula pada 11 dan 12 Disember ini.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.

Mahkamah Rayuan pada 18 September lalu mengekalkan pelantikan Muhammad Shafee mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan tersebut selepas menolak permohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan peguam terkemuka itu.

Hakim Md. Raus dalam keputusannya menyatakan, Mahkamah Rayuan betul ketika memutuskan pelantikan Muhammad Shafee mengendalikan rayuan tersebut adalah sah di sisi undang-undang.


Pelantikan Muhammad Shafee selaku pendakwa raya dalam rayuan itu dibuat berdasarkan peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah (CPC) iaitu Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 serta Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Kuorum itu bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 378 CPC yang menyatakan hanya pendakwa raya, timbalan pendakwa raya kanan atau timbalan pendakwa raya boleh bertindak dalam rayuan jenayah, tidak harus dipencilkan daripada Seksyen 376(3) dan Seksyen 379.

Seksyen-seksyen itu melengkapi antara satu sama lain kerana Seksyen 379 memberi kuasa kepada pendakwa raya melantik seorang peguam mengendalikan kes jenayah.

Seksyen 376(3) menyatakan pendakwa raya boleh melantik mereka yang layak sebagai timbalan pendakwa raya.

Sehubungan itu, panel tersebut berpuas hati bahawa persoalan pertama yang dibangkitkan oleh Anwar berhubung kesahihan pelantikan Muhammad Shafee berdasarkan peruntukan berkenaan, tiada merit.

Kuorum berkenaan turut mendengar penghujahan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar berhubung kedudukan Muhammad Shafee sebagai saksi yang berpotensi dalam kes itu kerana keterangannya pernah direkodkan oleh polis ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi.

Karpal dalam hujahnya menyatakan, Muhammad Shafee merupakan saksi material dalam kes liwat kerana beliau berada di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Mohd. Saiful Bukhari datang menemui Perdana Menteri (ketika itu Timbalan Perdana Menteri).

Walau bagaimanapun, panel tersebut tidak bersetuju dengan hujah peguam bela kerana Muhammad Shafee tidak pernah dipanggil sebagai saksi sehingga perbicaraan selesai walaupun beliau pernah ditawarkan sebagai saksi pembelaan.

Oleh yang demikian, mahkamah berpuas hati tiada bukti bagi menyokong hujah pembelaan bahawa pelantikannya sebagai pendakwa raya dalam rayuan itu akan mewujudkan konflik kepentingan.

Pada 9 Januari tahun lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah melepas dan membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.-UMO

Suara Politik
Belantan

Jumaat, November 22, 2013

Rakyat Malaysia malu dapat Ketua Pembangkang yang SEWEL macam Anwar?


Anwar terus cetus kontroversi

Selepas menafikan pembangkang pernah membuat kenyataan sebanyak 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencetuskan kontroversi selepas mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mendaftarkan 500,000 warga negara itu.

Dakwaan terbaharu Anwar itu boleh ditonton menerusi video bertajuk Parliament heats up as deputy minister accuses Anwar of lying di laman sosial YouTube.

Video berdurasi 3 minit 26 saat itu menyaksikan Anwar mencelah ketika Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin sedang berucap di Dewan Rakyat.

Menerusi video itu, Anwar dipetik berkata: "Soalnya saya faham hubungan baik antara Malaysia dengan Bangladesh, hingga nak bawa 500,000 Bangla bekerja sehingga mengetepikan penganggur di Malaysia.

"Itu soal lain. Mungkin akan didaftarkan oleh SPR, itu soal lainlah."

Menurut Hamzah, dakwaan Anwar itu berniat jahat kepada SPR dan mengelirukan rakyat.

"Saya bangkitkan perkara ini kerana beliau telah membuat tuduhan terhadap SPR di Dewan Rakyat. Beliau mendakwa SPR mungkin mendaftarkan 500,000 warga Bangladesh, ini berniat jahat," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Semalam, Anwar menafikan pembangkang pernah membuat kenyataan mendakwa kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi warga Bangladesh, sebaliknya memberitahu pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar dari Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, penafian Anwar itu disifatkan sebagai pelik dan jelas membohongi rakyat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Abdul Aziz memberitahu, pembangkang sejak sebelum pilihan raya umum lalu berkali-kali mendakwa kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membawa masuk kira-kira 40,000 pengundi luar walaupun perkara tersebut telah dinafikan SPR.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan dakwaan Anwar tersebut sebagai pembohongan yang boleh merosakkan minda rakyat Malaysia.

"Mengenai dakwaan Anwar warga asing dibawa masuk untuk undi awal polis dan tentera, saya ingin tegaskan kita sudah semak dan mendapati tiada pun warga asing mengundi awal seperti didakwa," katanya.

Suara Politik
Belantan

Soksek-soksek akhbar Cina : Sejak bila pula orang Cina suka pada kesusasteraan Melayu?


Suburkan semangat Usman Awang?

Isu mengenai perpaduan nasional turut disentuh oleh akhbar Nanyang Siang Pau dalam artikel bertarikh 17 November 2013.

Artikel yang ditulis oleh Pengarah Urusan Hai-O yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) Kluang, Tan Khai Hee bertajuk ‘Tumbangkan tembok rasis’ disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C8.

Usman Awang adalah sasterawan Melayu terkenal di seluruh tanah air. Beliau seorang sasterawan yang dikenali ramai oleh pelajar dan cendekiawan.

Hua Zong melihat perjuangan Usman Awang seperti sebutir mutiara yang tidak akan luntur keindahan warnanya, sinar cahaya yang dikeluarkan itu menyinar di seluruh negara ini.

Ayat-ayat dalam sajak Usman Awang telah merentasi benteng dan dinding kaum. Beliau adalah seorang pejuang dan pahlawan. Dalam keadaan tidak membezakan antara kaum, agama, kasta, keturunan dan kepercayaan politik, beliau mempertahankan hak asasi kemanusiaan, kebebasan dan keadilan.


Usman Awang bukan seorang pejuang satu kaum sahaja, sebaliknya beliau menolak fahaman kasta dan keturunan.

Dalam keadaan zaman bergelora, Usman Awang sentiasa menggunakan bahasa yang lembut bagi meluahkan hasratnya yang mahu melihat wujudnya perpaduan. Sajak beliau dengan jelas menyatakan perlunya dibina dunia yang penuh dengan perpaduan, aman dan sentosa.

Sehubungan itu, Hua Zong telah mewujudkan piala pertandingan bertajuk Perpaduan Rakyat Usman Awang. Pertandingan ini boleh menggalakkan orang ramai berjuang bersama Usman Awang bagi mencipta satu bangsa Malaysia.

Kita perlu mencipta bangsa Malaysia sebenar yang dapat mencampak sejauh-jauhnya fahaman cauvinis dan rasis. Langkah ini dilakukan kerana Hua Zong melihat keadaan politik di negara kita semakin hari semakin merisaukan.

Kita perlu mula bertindak dari sekarang. Tubuhkan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang untuk mewujudkan nilai-nilai murni.

Kumpulan intelektual dan bijak pandai perlu memainkan peranan ini, begitu juga kumpulan agama kerana tiada satu pun agama yang tidak mengajak kita untuk melakukan perkara baik seperti mewujudkan keadilan dan keamanan.

Suara Politik
Belantan

Khamis, November 21, 2013

MCA dan DAP sepakat langgar titah Sultan Selangor!


1.Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah, menitahkan kepada seluruh rakyat Selangor baik Islam dan juga bukan Islam bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif kepada orang Islam dan bukan Islam harus mengelak daripada menggunakannya. Sultan Selangor berkata ini untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan Islam dan bukan Islam. Oleh itu, baginda menyeru rakyat Selangor untuk menghormati dan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Selangor mengenai perkara itu.

2.Sejurus selepas Fatwa Selangor dan Titah Sultan dikeluarkan, Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dengan tiba-tiba membantah titah Sultan Selangor dan menyatakan pendiriannya adalah sama seperti DAP iaitu seperti mana DAP mahu kalimah 'Allah' digunakan, seperti itu juga MCA mahu kalimah 'Allah' diguna oleh mereka dalam bible bahasa Melayu untuk digantikan dengan God. Mereka tidak God digantikan dengan Tuhan, tetapi God perlu digantikan dengan Allah. MCA seperti memberi bayangan bahawa tidak mengapa jika parti cina iaitu MCA dan DAP adalah berlainan, tetapi dalam isu ini kami boleh besama sama bersatu dalam menentang Sultan Selangor.

3.Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong berkata:
"Saya rasa ianya adalah okay. Sultan Selangor seharusnya perlu membenarkan orang-orang bukan Islam di Selangor untuk menggunakan perkataan itu. Mengapa tidak? Kerana kami telah memberi penjelasan sebanyak dua muka surat. Asalkan sudah ada penjelasan jadi terima sahaja lah" katanya Ketua Pemuda MCA yang menyokong perjuangan DAP dalam isu kalimah Allah.

4.Naib Presiden MCA pula Gan Peng Sieu menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai "jahil tentang kepentingan negara "

5.Ahli jawatankuasa MCA Loh Seng Kok pula berkata:
"Allah tidak "dimonopoli" oleh mana-mana kaum atau agama, kerana orang Kristian di Timur Tengah dan negara-negara Arab juga menggunakannya"

6.Barisan peguam DAP pula menambah:
"Apabila anda bercakap tentang penggunaan perkataan ' Allah ', ia adalah satu bentuk ungkapan. Jadi ia adalah satu sebab bahawa titah Sultan bukan diikat oleh perlembagaan atau undang undang tetapi sebenarnya kuasa perlembagaan dan undang undang adalah suatu kuasa yang dimiliki oleh Parlimen sahaja, jadi tidak ada masalah untuk melanggar titah Sultan"

7.Disekitar laman sosial, beberapa pemerhatian terhadap pengguna cina menyatakan tidak ada masalah untuk menggunakan perkataan Allah didalam bible Melayu, asalkan cukai sudah dibayar jadi ia tidak melanggar peraturan. Kerana ini adalah hak sesorang apabila sudah membayarnya.

Sumber Sultan Selangor titah larangthemalaysianinsider
Sumber MCA langgar titahfreemalaysiatoday
Sumber Peguam DAP sokong langgar titah : themalaymailonline

Suara Politik
Belantan

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi : Rasuah Dalam Pengambilan Pekerja Asing Harus Didedahkan?


Kita seharus berani membuat analisis yang boleh membuka minda rakyat dalam isu atau peristiwa yang berimpak besar dan mendalam terhadap pemikiran masyarakat dan membabitkan kepentingan awam.

Sebagai contoh isu rasuah dan kes hukuman penjara yang dijatuhkan kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen baru-baru ini atas kesalahan menerima rasuah. Masyarakat tidak harus melihat kes ini hanya kepada apa yang tersurat (tuduhan, perbicaraan, hukuman dan sebagainya) bahkan lebih penting lagi melihat kepada apa yang tersirat yang mesti dibongkar dan dinilai.

Perbuatan rasuah adalah salah di sisi undang-undang dan siapa didapati melakukannya mesti dijatuhkan hukuman. Inilah yang tersurat. Yang tersirat pula adalah suasana persekitarannya yang menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah.

Dalam kes ini misalnya, apa yang mendorong kejadian ini berlaku dan pasti berlaku hendaklah dikaji dan dinilai secara objektif dan ilmiah dan ceritanya disiarkan untuk tatapan umum. Bahkan dengan mendalami kefahaman isu-isu dan keadaan persekitaran di sebalik kejadian rasuah ini, pihak berwajib boleh menjadi lebih celik, arif dan proaktif dan tidak reaktif dalam tindakannya membanteras gejala rasuah.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program transformasi sosialnya mahu rasuah menjadi fenomena yang telah berlalu atau 'a thing of the past' di negara ini.

Sebagai usaha ke arah ini, pihak media mesti memainkan peranan yang cukup penting bagi memangkin fikiran rakyat atas dasar dan prinsip profesionalisme, ketelusan dan integriti mereka.

Sejak kita mula membawa masuk pekerja asing ke negara ini, kegiatan itu telah menjadi satu 'perniagaan'. Ada juga pihak yang menamakan kegiatan ini sebagai 'human trade' atau memperdagangkan manusia, walaupun istilah ini dikecam hebat oleh banyak pihak.

Pada mulanya ia berjalan pada skala yang kecil melibatkan segelintir bilangan ejen sahaja. Dengan bertambahnya bilangan pekerja dibawa masuk tahun demi tahun bagi memenuhi permintaan yang mendadak dan disertai pula dengan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) bilangan pekerja asing mencecah jutaan orang. Dalam masa singkat pengambilan pekerja asing menjadi 'multi million business' melibatkan ratusan juta ringgit, bahkan berbilion ringgit perolehan daripadanya.


Perniagaan ini cukup lumayan tanpa risiko yang tinggi. Siapa yang dapat menjadi ejen dan mempunyai hubungan baik dan akrab dengan pihak-pihak yang berwajib memang memiliki lombong emas dan ramai sudah menjadi kaya-raya daripada perniagaan ini. Sama seperti mereka yang mendapat permit import (AP). Ini semua orang tahu. Bahkan bukan semua orang yang berkebolehan dan berkeupayaan dalam perniagaan ini akan dapat memperolehi lesen.

Maka tidak hairanlah pada satu ketika dulu ejen-ejen pengambilan pekerja asing ini sebelum kerajaan bertindak menyekat bilangannya dan mengenakan syarat-syarat yang ketat, tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Namun tindakan untuk mengawal dan menyelaras fenomena ini agak terlewat diambil kerana sekian lama pengambilan pekerja asing ini berjalan secara bebas di mana berjuta-juta ringgit wang telah mengalir dan bertukar tangan di sana sini untuk 'melariskan' sistem yang sedia ada.

Beberapa 'vested interest' sudah berkuku kuat 'entrenched' dalam sistem pengambilan pekerja luar ini. Mereka yang terlibat dalam kalangan pihak swasta (ejen-ejen dan majikan-majikan) dan jabatan kerajaan seperti imigresen, polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan sebagainya sudah cukup arif tentang selok-belok dan cara sistem tersebut dilaksanakan.


Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa perbuatan rasuah berlaku di tiap-tiap fasa dalam sistem ini sebagai satu perkara yang lumrah. Ini diakui oleh mereka yang terlibat dari yang tertinggi hingga yang terendah atau dari A hingga Z mendapat bahagian habuan masing-masing, maka semuanya berjalan lancar atas keadaan 'menang-menang'.

Apabila keadaan telah sampai ke tahap ini, maka amat sukar bagi yang berwajib untuk mengesan perbuatan rasuah kerana ia dijaga dengan begitu rapi oleh pihak-pihak yang terlibat. Melainkan ada pihak dalam rangkaian sistem ini yang belot atau berpaling tadah.

Bak kata peribahasa Inggeris 'until someone spills the beans'. Lagipun yang selalu tertangkap adalah yang menerima rasuah. Mereka yang memberi, kebanyakannya lepas begitu sahaja.

Kenapa sekarang baru penangkapan berprofil tinggi dibuat? Mungkin ini berlaku secara kebetulan. Jika benar, kita harus terima hakikat ini. Kita tidak boleh membuat sebarang andaian liar sebaliknya.

Tidak berlakunya penangkapan yang berprofil tinggi sebelum ini mungkin atas sebab-sebab berikut:


Pertama, mereka yang berkenaan memang mempunyai integriti dan ketelusan yang cukup tinggi yang tidak boleh dikompromi dan ditundukkan dengan apa jua bentuk rasuah. Mereka betul-betul menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur serta komitmen yang tinggi kepada negara.

Kedua, mereka mungkin pernah melakukannya tetapi bernasib baik kerana licik dan bijak menutup jejak-jejak mereka daripada dikesan oleh pihak yang berwajib.

Ketiga, walaupun mereka melakukannya, mereka mungkin mendapat perlindungan daripada pihak-pihak tertentu atas sebab yang hanya mereka ketahui sendiri.

Namun pada hakikatnya perbuatan rasuah tetap wujud dalam sistem pengambilan pekerja asing dulu dan sekarang. Ini mungkin tidak dapat dibuktikan di mahkamah duniawi kerana sebab-sebab tertentu seperti kekurangan bukti, saksi tidak mahu bekerjasama atau berpaling tadah dan sebagainya. Selain daripada tidak kesempurnaan manusia itu sendiri.

Namun di mahkamah akhirat nanti, semuanya akan terdedah dan tiada yang tersembunyi walaupun sebesar zarah. Siapa yang terlibat dalam kesalahan ini akan mendapat hukuman pada hari itu walaupun mereka terlepas di dunia ini.

Amaran ini hanya boleh difahami oleh orang yang beragama Islam sahaja. Itu pun jika mereka mahu percaya.

Adalah diharapkan bahawa pihak media selain menghidangkan berita-berita yang penting dan memuji-muji secara berlebihan hingga ke tahap mendewa-dewakan personaliti atau individu-individu dalam siarannya, ia patut berani memuatkan bahan analisis dan ilmiah walaupun 'controversial' yang berpaksikan perspektif seperti kes ini bagi kes-kes lain yang telah berlalu atau mungkin timbul di masa hadapan untuk menjadi pemangkin kepada fikiran rakyat.-UMO

Untuk rujukan kes sebelum ini, sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Anwar nafi tuduh kerajaan 'import' warga Bangladesh undi PRU13?


Anwar Ibrahim, kaki kaki putar belit hari ini menafikan pernah menuduh kerajaan membawa 40 ribu pengundi haram warga Bangladesh yang mengundi dalam Pilihan Raya Ke-13 (PRU13) lalu.

Anwar berkata, pihaknya tidak pernah langsung menuduh kerajaan membawa 40,000 warga Bangladesh, sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal.

"Saya hendak jelaskan sedikit sahaja bersabit Datuk Seri Najib Razak sebenarnya mengelirukan Dewan Rakyat, dalam ucapan belanjawan, beliau kata kerajaan Pakatan Rakyat menuduh SPR mendaftar 40,000 Bangladesh.

"Kita sudah jelaskan dan kita sudah buat 'pencarian di dalam internet' sama ada tak kenyataan sebegini? Dalam penelitian kita buat, kita tidak ada kenyataan sebegini, yang ada adalah bahawa pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar daripada Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina baru-baru ini, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13.

Artikel di blog pro-pakatan

Susulan daripada kenyataan Najib, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata kenyataannya yang sebelum ini bersabit pengundi luar hanya menyentuh beberapa pengundi awal yang mempunyai rekod warganegara luar.

"Yang kedua kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz ada 62 ribu pengundi yang diragui yang masuk dalam daftar pemilih.

"Ketiga kenyataan saya ialah selepas undi awal dengan bukti, nama, kad pengenalan dan warganegara, warganegara itu termasuk India, Bangladesh, Indonesia dan Filipina, soalan saya ialah bagaimana orang dalam kategori warganegara ini boleh masuk dalam sebagai pengundi awal di bawah tentera dan polis?," katanya.

Malah beliau dilihat tidak berpuas hati dengan penafian Perdana Menteri Bangladesh yang menafikan wujudnya rakyatnya menjadi pengundi haram di Malaysia, Anwar kemudiannya menyifatkan Sheikh Hasina tidak mengetahui lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut.

"Tetapi sekarang ini dia lemparkan dan dia (Najib) minta bantuan Perdana Menteri Bangladesh untuk mengatakan pengundi Bangladesh, mana menteri Bangladesh tahu?

"Ini urusan dalam negara Malaysia, ini urusan patut dipantau oleh SPR dan SPR terbukti berat sebelah dan tidak wibawa, tidak boleh dipercayai lagi," katanya.

Ujarnya lagi, dakwaan wujudnya 40 ribu pengundi haram itu hanya dimainkan oleh 'bloggers' Umno dan bukannya dakwaan dari Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya menyerahkan kepada satu pasukan atau suruhanjaya bebas untuk tentukan dan jadi saya hendak jelaskan perkara ini saja diputarkan oleh bloggers Umno sampai 40 ribu orang. Sila lihat video ini.

"Siapa kata 40 ribu orang? yang menyatakan 40 ribu itu rupanya dibawa oleh bloggers Umno, sementara kenyataan kita pula ialah memang ada pengundi luar dan kita buktikan nama dengan kewarganegaraan dalam daftar pemilih dan kita rujuk kenyataan SPR dan disahkan oleh Suruhanjaya RCI," katanya.

Untuk rekod, pada PRU13, pakatan pembangkang mendakwa BN menggunakan 40,000 rakyat Bangladesh untuk mengundi parti gabungan berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan 2014 peringkat dasar di Dewan Rakyat menyelar dakwaan tersebut dan mendedahkan bahawa dalam tempoh 10 tahun yang lepas, hanya 12 orang Bangladesh yang telah mendapat kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia.


Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang!

Persoalannya disini adalah, benarkah dakwaan wujudnya 40 ribu pengundi haram itu hanya dimainkan oleh 'bloggers' Umno dan bukannya dakwaan dari Pakatan Rakyat?

Anwar mungkin lupa atau buat-buat lupa apabila orang yang paling kuat melalak menyahut kempen bangang beliau adalah Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR. Dan sudah tentulah Rafizi Ramli bukannya orang atau blogger UMNO sebaliknya orang harapan Anwar Ibrahim yang sentiasa disuruh menyalak untuk kesemua isu yang dibangkitkan atau mencetuskan isu agar memberi kelebihan kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

Rafizi Ramli telah dicabar untuk membuktikan tuduhannya tentang 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh di Parlimen. Rafizi Ramli telah bersetuju untuk berbuat demikian kerana kononnya dia mempunyai pelbagai bukti bergambar, video, statistik dan sebagainya. Namun apa yang berlaku selepas itu ialah, Rafizi Ramli langsung tidak bersuara. Sial baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Rabu, November 20, 2013

Perlu waspada 'taktik' Surendran?


Lama sudah kita tak lihat atau dengar kelibat anggota pembangkang yang tindak tanduknya agak pelik dan celupar, siap sekali dengan aksinya yang kali terakhir dilakukan oleh Tian Chua.

Sampai 'popularlah' dia dengan lagak hero berbaring di hadapan trak FRU ketika rusuhan reformasi di Dataran Merdeka dahulu. Itu belum lagi isu memfitnah pemimpin negara melalui gambar bersama seorang wanita melalui teknik photoshop.

Tapi kini 'gaya' serupa Tian Chua seakan-akan muncul kembali. Kali ini dipaparkan pula oleh Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran.

Minggu lalu, Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat. Ini ekoran perbuatannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan Speaker bersifat bias.

Dalam isu penggantungannya, sebenarnya Selasa lepas lagi, dia telah diarahkan keluar dari Dewan Rakyat selama dua hari oleh Pandikar Amin kerana mencabar keputusan Speaker menolak usulnya untuk membahas isu perobohan struktur tambahan di kawasan luar kuil Sri Maneswarar Kaliyaman, di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.

Padahal, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang mewakili kaum India di negara ini pada Isnin lepas menjelaskan kerja perobohan hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil itu manakala bangunan rumah ibadat itu tidak diusik dalam operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur tambahan di kuil itu pada Ahad lepas.

Tapi seperti biasalah, Surendran tetap tidak puas hati, kemudiannya membuat sidang akhbar di luar dewan dan menuduh Pandikar Amin bersikap berat sebelah dan menyamakan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Zimbabwe yang dimiliki Presiden Robert Mugabe.

Sebenarnya dalam beberapa bulan ini kalau rakyat perhatikan, Surendran memang gemar mencetuskan kontroversi.

Cuba kita renung-renungkan kelibatnya:

1. Isu pengawal keselamatan tembak mati pegawai operasi AmBank.

-Bulan lalu, Surendran dikatakan akan mempertahankan tindakan suspek berkenaan sekiranya ditangkap. Lantas, dibalas oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin:

"Dia boleh cakap apa saja, saya enggan ulas, tapi bagi saya itu adalah komen bodoh."

2. 'Gangster lakukan jenayah biasa?

-Pada 23 Oktober lalu, ketika dia membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013, Surendran mempertikaikan tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang itu kerana kumpulan gangster yang melakukan kekacauan tersebut hanya melakukan jenayah biasa.

Selain itu, beliau turut mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 hanya menyekat dan mengetepikan hak asasi rakyat.

Bagaimanapun, ini dibidas oleh wakil-wakil Barisan Nasional (BN) yang menjelaskan, rang undang-undang yang dikemukakan itu bertujuan bagi kebaikan dan melindungi ketenteraman awam.

3. Hendak atau tak nak sertai operasi polis?

Dia mendakwa polis dengan sengaja melepaskan tembakan bagi membunuh (shoot-to-kill) para penjenayah ketika menjalankan operasi. Surendran turut mendakwa polis gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Dia juga mempertikaikan tindakan polis menangkap dan menembak penjenayah berbangsa India sebagai profail berdasarkan kaum (racial profiling) sangat berbahaya. Dalam kenyataannya kepada portal pro pembangkang, kata Surendran, hampir 70 peratus penjenayah yang ditangkap dan terbabit dalam kejadian tembakan adalah dari kaum India.

Ekoran dari kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 11 Oktober mempelawa Surendran untuk turut serta dalam operasi membanteras penjenayah bersenjata yang bakal diadakan nanti.

Pelawaan itu bertujuan membolehkan Surendran melihat sendiri cara dan pendekatan yang diambil oleh pihak polis ketika berdepan dengan saat getir yang boleh meragut nyawa pada bila-bila masa.

Walaupun Surendran telah pun menyatakan kesudian untuk turut serta dalam operasi yang bakal diadakan, namun sehingga kini dia masih gagal untuk menandatangani surat perjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis.

Surat perjanjian itu bertujuan membebaskan polis daripada memikul sebarang tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam erti kata lain, dia tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia, pihak polis, Ketua Polis Negara, atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu.

Paling menarik, apabila meneliti kandungan surat perjanjian indemniti itu, penasihat undang-undangnya R. Sivarasa menasihatinya agar membatalkan hasratnya untuk menyertai operasi berbahaya itu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

4. Agenda bumiputera pun dijadikan isu

Sekali lagi dia dilihat sengaja mencetuskan kemarahan orang Melayu dan bumiputera selepas mempertikai agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pertengahan September lalu.

Dalam kenyataannya kepada sebuah portal berita didakwa cuba mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan kemarahan golongan bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri menyentuh kebebasan hak asasi rakyat.

Kenyataan Surendran dibidas banyak pihak yang mengingatkan ia bukan bertujuan merampas kemewahan atau kesenangan dinikmati kaum lain sebaliknya kejayaan pelaksanaannya akan turut dirasai keseluruhan masyarakat di negara ini.

5. Dimarahi Zahid

Awal September lalu, Surendran dalam sebuah akhbar mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap bagi menarik perhatian ahli UMNO menjelang pemilihan parti itu Oktober ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menyelar sikap tidak bertanggungjawab ahli pembangkang ini yang terus mempolitikkan usaha kerajaan itu.

"Jangan politikkan isu yang serius ini dengan mendakwa apa yang dilakukan oleh KDN hanya 'hangat-hangat tahi ayam' untuk Perhimpunan Agung UMNO.

"Saya tidak perlukan publisiti murahan sebegini sebab itu pengumuman nama-nama kongsi gelap ini bukan diumumkan oleh saya, tetapi oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar." - UMO

Suara Politik
Belantan