Jumaat, Mei 31, 2013

`Red Bean Army' dibayar gaji besar untuk tabur fitnah?


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tentera siber DAP atau dikenali sebagai `Red Bean Army' dibayar dengan gaji besar untuk menabur fitnah tanpa henti.

Tunku Abdul Aziz berkata, kumpulan berkenaan sekitar 200 orang menabur fitnah 24 jam sehari bagi mempengaruhi pemikiran orang ramai dan mereka bergerak di sebuah hotel.

"Kerajaan memang menyedari kewujudan kumpulan berkenaan, tetapi lambat bertindak, sehingga kumpulan itu berjaya membentuk persepsi negatif terhadap kerajaan dan pemimpin tertentu, walaupun belum pasti kebenarannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas kepada kumpulan berkenaan yang ternyata telah menjejaskan keharmonian negara ini dengan memainkan isu perkauman dan menanam kebencian terhadap kerajaan.

"Kerajaan tidak harus takut untuk bertindak kerana ia bukan bertujuan menyekat kebebasan hak bersuara, tetapi mereka yang menabur fitnah perlu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka," ujar beliau.

Sepatutnya, kata beliau, sebaik sahaja menyedari kewujudan kumpulan berkenaan, kerajaan terus mengambil tindakan kerana ia berkait dengan keselamatan negara dan kepentingan majoriti rakyat negara ini.


Dalam pada itu ketika mengulas tentang demonstrasi jalanan yang terus diadakan oleh Anwar Ibrahim, Tunku Abdul Aziz menggesa pemimpin pembangkang itu supaya menerima keputusan pilihan raya yang lalu, di mana majoriti rakyat negara ini menolak beliau.

"Jadilah seorang yang matang dan belajar menerima keputusan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat," katanya.

Tunku Abdul Aziz juga mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Pas dan DAP kerana mengambil tindakan berani dengan tidak lagi menyokong demonstrasi jalanan bertujuan menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. - UMO

Suara Politik
Belantan

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Akhbar rasis Nanyang Siangpau bangga dengan kebangkitan kaum Cina dalam PRU ke-13?


PERLU TERUS AGRESIF DEMI KAUM CINA

Akhbar Nanyang Siangpau bertarikh 23 Mei 2013 memaparkan tulisan Loh Han Chew melalui ruangan Pendapat Yuan Lun berkenaan meneruskan perjuangan agresif kaum Cina.

Pilihan raya umum (PRU) kali ini terzahir keadaan yang membanggakan. Masyarakat Cina akhirnya melihat diri mereka sebagai bukan kaum yang dikatakan dingin terhadap politik.

Dahulu ada yang kata orang Cina hanya pandai cari duit, tidak berminat, dingin terhadap politik dan dingin membuang undi di musim pilihan raya. Tetapi daripada keputusan PRU kali ini, rupa-rupanya sebelum ini orang Cina rasa kecewa terhadap politik, keadaan struktur politik sedia ada serta garis sempadan kawasan yang tidak seimbang.

Orang Cina menganggap kalah terlebih dahulu sebelum pilihan raya diadakan, sebab itu mereka tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap PRU kerana tidak kira macam mana PRU dilaksanakan, kemenangan tetap akan memihak kepada parti pemerintah. Tiket undi yang ada di tangan tiada kesan, sebab itu tidak ramai orang Cina yang turun mengundi, malah ada yang tidak mendaftar sebagai pengundi.


Sebaliknya, PRU kali ini orang Cina secara agresif turun mengundi, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini. Ramai pengundi yang berusia 20-an sehingga usia 60 dan 70 tahun turun mengundi. Sikap mereka berbeza dengan dahulu. Kini mereka bertukar menjadi “tidak boleh kurang walaupun satu undi dari saya". Diharap orang Cina terus mengekalkan sikap agresif sedemikian pada masa akan datang.

Perlu diingat, kawasan sempadan di kerusi Parlimen pembangkang ditambah dengan bilangan orang Melayu yang banyak, kesedaran mereka terhadap politik tidak kurang hebatnya daripada kaum Cina. Pendidikan mereka, bahasa mereka dan kesedaran mereka begitu terbuka, ilmu pengetahuan tentang politik orang Melayu ini telah ditarik dan dipengaruhi oleh sebahagian daripada orang Cina. Ini bermakna orang Cina boleh gabungkan kekuatan politik bersama mereka, sebab itu orang Cina jangan lagi memperkecilkan dan memandang rendah terhadap kekuatan satu tiket undi yang ada di tangan.

Fenomena baharu yang berlaku termasuk rakyat kita dari luar negara secara agresif kembali membuang undi, sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Ada yang sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk kembali ke tanah air melalui kapal terbang sementara pekerja di Singapura mengambil cuti dua hari lebih awal kembali ke kampung halaman untuk membuang undi. Semua ini menunjukkan mereka sudah ada kesedaran “tidak boleh kurang walaupun satu tiket undi dari saya".


Orang yang dari luar negara ini, termasuk yang balik dari Singapura, ramai daripada mereka adalah orang Cina. Menampakkan orang Cina tidak kira mereka tinggal di mana sahaja, walaupun sejauh beribu batu mereka langsung tidak gentar, setiap saat mereka ingat negara kesayangan mereka ini, jiwa mereka di Malaysia. Orang yang menggelarkan orang Cina pendatang, orang yang mahu orang Cina balik ke China, apa pula anda hendak katakan?

Satu lagi fenomena yang berlaku iaitu dalam pertubuhan-pertubuhan Cina termasuk bidang seni dan bidang profesional, mereka telah secara terbuka mengumumkan mereka sokong dwikuasa, menyeru orang ramai memperkukuhkan dwikuasa.

Yang tidak disangka-sangka, ahli-ahli korporat, ahli-ahli sains juga secara terbuka mengemukakan pandangan politik mereka. Pengerusi merangkap Ketua Eksekutif Supermax Corporation Berhad, Tay Kim Soon juga, walaupun saham syarikat itu jatuh, beliau tetap tidak berganjak terus menyokong penuh dan berkempen untuk pakatan pembangkang.

Ada sesetengah ahli korporat walaupun tidak berani berterus terang ikut cara beliau tetapi mereka juga menguatkan semangat memberi sokongan. Selain itu, ahli korporat Taiwan, Pua kian Seng, kembali semula ke tanah air melabur, juga memberi sokongan.


Dalam perbualan antara gabungan Tay dan Pua, kedua-dua mereka ini ada tujuan yang sama, mereka berdiri semata-mata untuk bangsa dan negara ini. Walaupun besar kemungkinan industri dan pelaburan mereka akan terjejas dan rugi, mereka lebih pentingkan bangsa dan negara diletakkan di hadapan. Mereka sudah tidak mahu berkira apa-apa, di dalam jiwa mereka semata-mata mahu berjuang untuk bangsa dan negara, mereka tidak hiraukan kepentingan diri sendiri, menyebabkan orang lain rasa kagum.

Orang yang kembali melabur di tanah air, mereka ini juga ada yang berusia 30-an, pertama kali mengundi. Mereka juga sayangkan tanah air, mereka mengundi kerana sayangkan negara ini dan rakyat di negara ini.

Kami percaya ramai dalam kalangan orang Cina rasa kecewa terhadap keputusan PRU tetapi kita kena ingat kota Rom bukan disiapkan dalam masa satu hari dan orang Melayu golongan pertengahan juga telah memberi sokongan kepada pakatan pembangkang, sebab itu pakatan peroleh kemenangan lebih daripada separuh tiket undi. Kini, dwikuasa telahpun terbentuk, orang Cina perlu terus kekalkan sikap sebegini, mengambil bahagian secara agresif setiap sesi PRU yang diadakan, pasti kita akan menemui masa depan yang indah.

Yang mendapat lebih separuh undi di luar kerajaan, yang memperoleh tidak sampai separuh pula memerintah, bukankah kerana masalah sistem PRU yang melucukan? Sedangkan Amerika Syarikat kata, sistem PRU di negara kita boleh dipercayai. Bukankah semua orang telah membuat kita penat sahaja?

Suara Politik
Belantan

'Red Bean Army' cuba cabar kesabaran polis?


Ugut demonstrasi pertikai keputusan PRU-13

Keazaman Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk memerangi segala bentuk jenayah amat dinantikan kerana sebelum ini persepsi orang ramai ialah polis seolah-olah buntu untuk menanganinya.

Satu usaha baru polis sebagai mana diumumkan Khalid ialah menubuhkan sebuah Jabatan Pencegah Jenayah bermula di ibu pejabat polis di Bukit Aman dan disusuli di semua kontingen polis negeri dan di setiap daerah untuk berganding bahu dengan Jabatan Siasatan Jenayah.

Ketika mengumumkan penubuhan jabatan baru itu, Khalid memberi jaminan ia adalah satu komitmen polis untuk mencegah jenayah sejajar kehendak masyarakat yang mahu melihat polis berperanan lebih efektif memerangi jenayah.


Malah kolum ini pernah menyorot satu daripada sebab kenapa hampir keseluruhan pengundi bandar tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu juga berkaitan dengan berleluasanya jenayah di bandar.

Begitu buruknya keadaan atau setidak-tidaknya persepsi umum terhadap perlakuan jenayah hinggakan ramai penghuni dan pengunjung berasakan mereka tidak selamat apabila berada di bandar walau pun pada siang hari.

Penjenayah warga luar

Sesungguhnya, terlalu banyak kejadian ragut, rompakan dan pecah rumah berlaku di Kuala Lumpur dan bandar sekitarnya. Keadaan begitu serius hingga terpaksa diadakan papan tanda mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati di kawasan jenayah ragut. Jenayah pecah rumah juga sering berlaku dan polis dilihat begitu tidak bermaya untuk menangkap penjenayah terbabit dan menghadapkan mereka ke mahkamah.

Kes pecah rumah begitu berleluasa hinggakan penghuni sesuatu kawasan perumahan terpaksa pula menyediakan pasukan keselamatan untuk mengesan orang yang keluar masuk di kawasan mereka.

Malah, ada pihak menyatakan kalangan penjenayah ialah warga negara Amerika Selatan seperti Columbia dan Peru serta negara Afrika seperti Nigeria dan Kenya dikatakan datang ke negara ini untuk melakukan pelbagai jenayah serta penipuan melalui internet.

Gerakan ‘Red Bean Army’

Malangnya, ketika pihak polis berusaha memerangi jenayah sedemikian, ia terpaksa pula berdepan dengan perbuatan puak yang digelar ‘Red Bean Army’ yang berterusan menghasut orang ramai membenci kerajaan serta kumpulan yang tidak henti mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13.


Mereka yang diketuai Anwar Ibrahim itu berterusan mendakwa berlaku penipuan ketara dalam PRU-13, termasuk ketika pengiraan undi. Walaupun peruntukan sedia ada membolehkan sesiapa saya yang mempertikaikan keputusan pilihan raya itu mengemukakan petisyen ke mahkamah sebagai mana yang akan dilakukan parti pembangkang sendiri, mereka tetap meneruskan perhimpunan haram itu.

Malah, mereka dengan selamba mengumumkan akan melakukan demonstrasi jalanan besar-besaran, iaitu BERSIH 4.0 jika kepemimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melepaskan jawatan seperti yang dituntut.

Rakyat mahukan keamanan

Sememangnya, puak tidak bertanggungjawab itu mahu mewujudkan keadaan cemas yang memberi tekanan hebat kepada pihak polis untuk memastikan perhimpunan sedemikian tidak mencetuskan kacau-bilau. Mereka seolah-olah mencabar kesabaran pihak polis serta berharap tindakan tegas pihak berkuasa akan mencetus huru-hara.


Bukankah perlakuan itu suatu usaha Anwar untuk namanya terus dipaparkan media? Justeru, apa yang perlu dilakukan media arus perdana ialah berhenti memberikan ruang publisiti kepada ketua pembangkang itu. Media arus perdana harus bersikap seolah-olah beliau sudah tidak lagi bermakna dalam politik tanah air.

Sekali pun pelbagai perhimpunan itu dapat diadakan secara aman, orang ramai tetap cemas kerana suasana tegang diwujudkan pihak pembangkang itu boleh mencetuskan kekacauan. Majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan tidak merestui tindak-tanduk sedemikian. Apa yang diingini rakyat ialah suasana aman dan tenteram untuk negara terus bergerak maju.-BH

Suara Politik
Belantan

Parti tunggal - Siapa yang untung, siapa yang melopong?


Ura-ura mahukan satu parti politik sahaja, perlu dibuat kajian yang amat teliti, mendalam dan serius. Cadangan ini telah kita ketahui telah lama disarankan oleh parti Gerakan setelah mereka kalah dalam PRU-12.

Kita sebagai orang Melayu dan parti UMNO khasnya haruslah memikirkan dari segi untung ruginya jika satu parti sahaja diwujudkan iaitu Barisan Nasional (BN).

Sudah tentu tiada lagi UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak! Parti-parti ini umumnya berjuang dan berpaksikan kepada satu kaum atau bangsa dan aspirasi perjuangan bangsa sejak sebelum dan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Berdasarkan masyarakat majmuk di Malaysia, adakah cadangan ini baik atau menguntungkan orang Melayu dan Islam? Jika kita mahu mengambil contoh negara lain atau negara jiran terdekat seperti Thailand dan Filipina, mereka terdiri daripada kaum sama atau setidak-tidaknya mereka berfahaman dan menganut agama sama.

Di negara kita amat berbeza sekali kerana majoriti penduduk yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, manakala kaum minoriti orang Cina dan India pula yang berfahaman dan menganut agama yang berbeza.

Keputusan PRU-13 yang lepas kita telah menyaksikan berlaku tsunami orang Cina mengundi pembangkang terutama DAP. Parti komponen BN terutamanya MCA dan Gerakan telah kalah teruk. Jika tanpa sokongan orang Melayu yang menjadi majoriti senyap, maka parti UMNO pun sudah lama 'bungkus'.


BN pun pasti rebah dan tumbang menyembah bumi jika tanpa bantuan orang Melayu, bumiputra Sabah/Sarawak dan segelintir orang India. Jadi kita rasa jika sistem satu parti atau parti tunggal dipersetujui, maka yang untung bukanlah orang Melayu tetapi orang bukan Melayu atau orang Cina dan India!

Sejak PRU pertama selepas Merdeka, UMNOlah yang mempunyai calon ADUN dan Parlimen yang ramai kerana mewakili majoriti penduduk Malaysia. Wakil UMNO yang menjadi majoriti dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Wakil UMNO yang menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan majoriti menteri-menteri kerajaan BN.

UMNO mendominasi dan menjadi tulang belakang parti Perikatan atau Barisan Nasional sekarang! Jika hanya ada parti tunggal adakah perkara ini akan diteruskan? Platfom manakah mereka mahu berkumpul dan bincang hal agenda Melayu seperti persidangan tahunan UMNO?

Adakah kita sudah menganggap agenda bumiputra sudah selesai? Cukup setakat ini sahaja kita tolong orang Melayu? Tahap ekonomi Melayu sudahkah mencapai 30 peratus? Sudah tertubuhkah universiti berteknologi tinggi untuk anak-anak Melayu atau universiti UMNO?

Kita jangan lupa MCA dan MIC telah lama ada universiti dan institusi pengajian tinggi mereka sendiri! Agenda mereka mungkin sudah selesai, kerana hampir keseluruhan perniagaan di negara ini telah dikuasai mereka! Apakah kita sudah mahu mentalkinkan UMNO sebagaimana yang ditunggu-tunggu oleh DAP?

Tanpa UMNO, adakah orang Melayu perlu pergi mengadu kepada Perkasa atau NGO-NGO Melayu lain? Atau orang Melayu akan kecewa dan beralih angin ke parti lain seperti Pas pula atau menubuhkan sebuah parti Melayu baru?

Persoalan-persoalan inilah yang perlu dijawab oleh pemimpin politik kita sebelum keputusan muktamad diambil. Beberapa tabung uji perlu dikaji dan diselidik dalam makmal yang akan ditubuhkan.


Patut diingat dengan adanya satu parti, maka pihak yang kalah dan minoriti akan sentiasa terselamat dan menjadi penumpang kepada parti lain lebih dominan iaitu UMNO! Sekiranya wakil kaum ini tidak menang, tiada siapa pun boleh mempertikaikan kerana yang kalah adalah calon parti sama?

Jadi, apabila susunan Kabinet jemaah menteri dibuat, maka orang Cina dan India akan juga dilantik mengikut kouta yang dipersetujui walaupun mereka kalah teruk!

Bagaimanakah pula jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Jika telah dalam satu parti, maka orang Cina dan India juga berminat jawatan-jawatan tersebut. Apa alasan kita jika mengatakan mereka tidak layak?

Sedangkan mereka juga berada dalam parti sama? Apakah Perlembagaan Malaysia juga nanti perlu dipinda? Kita juga harus ingat adakah telah terjamin jika kita adakan parti tunggal, orang Cina akan mengundi BN nanti pada PRU-14?

Begitu juga orang Melayu, adakah mereka akan terus menyokong BN jika bukan lagi atas nama UMNO?

Suara Politik
Belantan

Khamis, Mei 30, 2013

Hasut rakyat ubah kerajaan cara tidak sah?


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan empat aktivis propembangkang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramah yang diadakan dua minggu lalu.

Selain Tian Chua atau Chua Tian Chiang, 50, turut didakwa ialah Hishamuddin Md. Rais, 62; ahli Pas, Mohd. Tamrin Abdul Ghafar, 63; peguam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 54, dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Safwan Awang @ Talib, 24.

Kelima-lima tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Norsharidah Awang. Ini bermakna enam tertuduh setakat ini telah didakwa atas tuduhan serupa dengan tertuduh pertama iaitu aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim, 24, dihadapkan ke mahkamah pada 23 Mei lalu.

Pada prosiding hari ini, kelima-lima tertuduh didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya diubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang, dengan sebarang cara yang tidak sah.

Mengikut kertas pertuduhan, dakwaan kata-kata hasutan dalam ucapan setiap tertuduh dinyatakan dalam Lampiran A bagi pertuduhan masing-masing. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, No. 1, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. Ketika pertuduhan selesai dibacakan terhadap Tian Chua, lelaki itu dilihat tersenyum malah berkata, pertuduhan tersebut berunsur politik menyebabkan Norsharidah mengarahkannya hanya menyatakan pengakuan sama ada bersalah atau tidak.

Perkara yang sama juga berlaku apabila Muhammad Safwan menyifatkan tuduhan tersebut berniat jahat dan sekali lagi Norsharidah mengeluarkan arahan yang sama. Kesemua tertuduh ditahan oleh pihak polis semalam kecuali Hishamuddin yang menyerah diri kepada pihak polis di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pagi ini.

Hishamuddin yang memakai kemeja dan kot hitam serta seluar pendek paras betis didakwa di mahkamah sama kira-kira sejam selepas selesai prosiding pertuduhan terhadap keempat-empat tertuduh yang lain. Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abas yang mengetuai pasukan pendakwaan, menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris dan menyebut bagi pihak peguam tertuduh-tertuduh lain bersetuju dengan jumlah jaminan yang ditawarkan tanpa sebarang rayuan bagi mengurangkan jumlah jaminan. Norsharidah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh sementara menunggu sebutan kes pada 2 Julai ini.

Sementara itu, peguam N. Surendran yang mewakili Tian Chua memaklumkan bahawa kesemua tertuduh akan memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan berkenaan atas alasan ia tidak berasas dan salah guna kuasa mahkamah.

Beliau turut memohon supaya pihak pendakwaan mengembalikan telefon bimbit anak guamnya serta tertuduh-tertuduh lain yang dirampas semasa ditahan pada 23 Mei lalu sebelum dibebaskan sehari kemudian.

Bagaimanapun Mohamad Abazafree berkata, telefon berkenaan telah dihantar kepada CyberSecurity Malaysia untuk pemeriksaan dan akan dikembalikan kepada pemilik masing-masing selewat-lewatnya esok. Mahkamah kemudian mengarahkan pihak pendakwaan mengembalikan telefon berkenaan seperti yang dimohon oleh pihak peguam.

Sementara itu, kesemua tertuduh kecuali Muhammad Safwan, dibebaskan selepas membayar wang jaminan masing-masing.

Muhammad Safwan dan Mohd. Tamrin, masing-masing diwakili empat peguam diketuai Ariff Azami Hussein sementara Gobind mengetuai barisan sembilan peguam mewakili Haris dan Tian Chua diwakili dua peguam termasuk Surendran. Peguam, Murnie Hidayah Anuar mewakili Hishamuddin.

Suara Politik
Belantan

Penduduk selar Ahli Parlimen Pas?

Penduduk mengadakan demonstrasi secara aman menyelar sikap pilih kasih Nasruddin Hassan berhubung bantuan mangsa ribut di Temerloh, semalam.

TEMERLOH  - Seramai 30 penduduk rumah pangsa Taman Sri Kemuning di sini hari ini, mengadakan demonstrasi secara aman menyelar tindakan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei lalu.

Beberapa penduduk mendakwa, Nasruddin melalui wakilnya hanya memberikan bantuan kepada ahli Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penduduk yang tidak menyokong parti tersebut diketepikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Megat Segama, Mohd. Nordin Mohd. Sham memberitahu, tindakan mengagihkan bantuan kepada penyokong sendiri sahaja menunjukkan mereka tidak berpegang pada slogan Negara Berkebajikan yang dilaungkan.


“Sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed juga daripada Pas sepatutnya mengetepikan soal parti dalam memberi bantuan kepada semua mangsa tanpa mengira fahaman politik mereka.

“Ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Saifuddin Abdullah dan penyelaras Barisan Nasional (BN) Kuala Semantan mengagihkan semua bantuan kepada penduduk yang ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut, pesakit kronik dan sebagainya tanpa mengira ahli parti mana," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Seorang lagi mangsa, T. Sangamalam, 73, berkata, sebelum ini, ada pihak datang membuat bancian penduduk yang mengalami kerosakan rumah ekoran kejadian ribut itu dan meminta beliau hadir pada majlis menerima bantuan daripada ahli Parlimen.


“Apabila saya hadir pada majlis itu 22 Mei lalu, mereka memberitahu nama saya sudah dipotong daripada senarai penerima bantuan.

“Saya berasa cukup kecewa kerana bantuan itu diharap dapat digunakan untuk membaiki beberapa bahagian rumah yang rosak akibat bencana tersebut," katanya.

Bagi Roslaini Mohd. Amin, 54, Nasruddin sepatutnya tidak lagi berpegang pada kedudukan parti dalam mengagihkan bantuan kerana beliau kini wakil rakyat untuk seluruh penduduk di Parlimen Temerloh sama ada yang menyokong beliau atau pun BN.

“Beliau sepatutnya tidak boleh mengambil sikap sedemikian, sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, menjadi tugas beliau membantu semua penduduk yang dilanda bencana alam," katanya.

Suara Politik
Belantan

Bila hati Melayu mati?


Ketegasan Menteri Pendidikan mengenai kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), beberapa hari lalu menarik perhatian saya. Kerajaan berpendirian, jika UEC mahu diiktiraf, mereka mesti melakukan pengubahsuaian dan perubahan selaras dengan dasar pendidikan negara dan berpandukan kepada undang-undang dalam Akta Pendidikan Negara. Ini keputusan yang tepat, adil dan sangat bertoleransi. Jika ada tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju.

Beginilah sepatutnya cara seseorang negarawan bertindak. Tanpa rasa takut. Cukuplah kita menjadi ahli politik hebat menjelang dan ketika pilihan raya. Apabila telah menang, tibalah masanya bertindak sebagai negarawan. Melihat kepada kepentingan semua, berbanding bangsa, dengan berpaksikan kepada perlembagaan.


Isu pendidikan Cina acap kali dan telah lama dibangkitkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan sekutunya yang lain seperti seperti Jiao Zong, Dong Jiao Zong, Hua Zong dan berbagai Zong lagi. Nasihat saya, tidak perlu layan permintaan mereka lagi. Sudahlah. Kita sudah beri lebih daripada mencukupi. Apa balasannya?

Memahami

Tidak keterlaluan saya katakan, selagi kita tidak penuhi permintaan mereka, sehingga kucing bertanduk pun mereka akan terus desak dan tuntut. Segelintir Cina tidak akan berpuas hati selagi mana kita tidak memenuhi segala tuntutan kecinaannya. Mungkin tulisan ini terlalu ekstrem, tetapi inilah hakikatnya untuk memahami budaya politik Cina.


Kita selalu mengajak orang lain keluar daripada kepompong rasis. Persoalannya, adakah orang Melayu sahaja yang perlu keluar dari sikap rasis? Kalau Melayu tidak fikir untuk Melayu, adakah orang lain yang diharapkan berfikir untuk masa depan Melayu. Adakah kita mengharapkan orang Cina berfikir untuk Melayu? Jika ada Alhamdulillah. Ia baik untuk pembinaan negara bangsa.

Realiti yang ada, pantang ada sedikit dikaitkan dengan Melayu, akan ditentang habis. Jika diasimilasikan atau disekutukan dengan orang putih, tidak mengapa? Dengan Melayu pantang sekali. Inilah sikap rasis ultra kiasu.

Sebab itulah, ketika majlis angkat sumpah Exco, pembukaan Sidang Parlimen atau DUN, atau apa jua majlis rasmi yang melibatkan raja, tidak ada seorang pun yang memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu). Rata-ratanya memakaikan blazer dan tali leher. Sehingga pakai songkok pun mereka tidak mahu.

Seolah-olah memakai pakaian kebangsaan ini satu penghinaan. Walhal, apa salah, ‘berkorban’ seketika, bukannya tiap-tiap hari, lima tahun sekali atau mungkin setiap kali penggal persidangan Parlimen atau DUN. Hina sangatkah memakai pakaian ini? Sudah sampainya kita wajibkan pemakaian tersebut. Jangan terlalu memberi kebebasan atas nama demokrasi, kita juga yang akan rugi nanti.


Bayangkan jika pakaian etnik masing-masing dibenarkan dalam majlis-majlis sebegini, maka meriahlah, berwarna-warnilah majlis rasmi tersebut seolah-olah pesta pakaian, bukan majlis rasmi. Tidak ada seorang pun kalangan mereka yang akan memakai pakaian kebangsaan. Sedangkan pakaian kebangsaan adalah untuk semua, bukan untuk orang Melayu. Samalah juga pemahaman sekolah kebangsaan untuk semua, bukan untuk orang Melayu.

Saya yakin selepas ini, untuk meraikan orang lain atau memastikan lebih ramai bukan Melayu menyertai, sekolah kebangsaan akan menjadi lebih liberal dan terbuka. Tidak mustahil, ada identiti penting Melayu akan tercabut.

Ini tidak termasuk menunaikan janji-janji PRU-13 baru-baru ini untuk menambah sekolah, memberikan tanah dan banyak lagi tawaran sebagai alasan untuk memancing undi mereka kononnya.

Apakah akan berlaku suatu hari, demi untuk meraikan semua, kita yang berubah menjadi mereka, bukannya mereka yang sepatutnya berubah menjadi kita. Semua dasar mesti disesuaikan untuk mereka, bukan mereka menyesuaikan dengan sesuatu dasar kebangsaan.


Kita mempunyai dasar yang baik, seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Bila tiba kepada pelaksanaan, selagi sesuatu bangsa itu tidak diraikan, selagi itulah dasar tersebut tidak diterima.

Ultra kiasu selalu berhujah, UEC telah diiktiraf di seluruh dunia, kenapa tidak di Malaysia? Jawapannya, kerana diiktiraf dunialah, menjadikan perangai mereka sanggup menterbalikkan jalur gemilang sebagai protes kepada kemenangan UMNO BN dalam PRU-13 baru-baru ini. Kebanyakan mereka adalah lulusan UEC. Apakah jenis manusia sebegini yang ingin kita lahirkan.

Hidup mati

Banyak negara lain yang tidak tahu berbahasa Cina, negara tersebut tetap maju dan urusan dengan negara China berjalan seperti biasa. Pendek kata, isu bahasa bukan isu hidup mati kemajuan sesebuah negara. Iran begitu aktif berhubung dengan negara China, tidak pula kedengaran, kerajaan Iran mewajibkan rakyat belajar bahasa Cina.


Sebelum PRU-13, Perdana Menteri buat pertama kalinya dalam sejarah telah menjemput Dong Zong untuk berbincang tentang pengiktirafan UEC. PM menyarankan keperluan pelajar dari sekolah aliran Cina untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu kredit kertas Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta dengan UEC, sebagai satu syarat untuk memohon memasuki IPTA. Tawaran sebegini pun sukar diterima? Apa lagi yang Cina mahu? Saya fikir persoalan ini tidak keterlaluan. Ketika kerajaan mula berlembut, adakah budi dibalas?

Permintaan PM ini terlampau kecil jika dilihat kelulusan membenarkan sekolah vernakular beroperasi secina-cinanya. Kenapa tidak dihargai toleransi ini? Mereka tetap bersangka buruk. Pada mereka, jika diberikan penekanan kepada BM, ia akan meninggalkan kesan kepada Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Cina. Pendek kata, mereka mahu penguasaan Mandarin secina-cinanya.

Kehendak mereka tidak mengapa gagal BM, asalnya lulus mata pelajaran lain yang semua diajar dalam Mandarin sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA.


Sekarang ini pun, kesan daripada sekolah vernakular, berlaku polarisasi di kampus yang amat ketara. Pergilah ke IPTA. Jangan banding dengan IPTS, kerana majoriti mereka begitu ramai. Pergilah melihat Kolej New Era Kajang yang dipunyai sendiri oleh Dong Jiao Zong dan lulusan UEC mereka. Itupun kerajaan dalam kempen baru-baru ini mahu memberikan pengiktirafan sebagai universiti penuh beberapa kolej Cina di Pulau Pinang. Dengan tawaran ini, adakah mereka simpati dengan kerajaan?

Saya mohon kepada kerajaan sebelum memberikan apa jua kelulusan kepada sekolah atau universiti perkauman ini, buatlah kajian terlebih dahulu. Beri kami geran untuk membuat kajian seperti ini. Ini tidak, sudah kajian tidak dibuat, asyik menyerang orang lain.

Misalnya, kontroversi kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, menyeru kerajaan agar menghapuskan sekolah vernakular atas alasan ia menggugat perpaduan dan punca sokongan kepada pembangkang meningkat, harus dilihat secara positif.

Kedua tokoh ini bersependapat sekolah vernakular menjadi punca perkauman semakin meluas di kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam negara. Mereka turut mencadangkan kerajaan mengikut langkah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka.


Sehingga kini, parti pembangkang dan ultra kiasu tidak habis-habis mengecam kenyataan yang dikatakan tidak bertanggungjawab kedua-dua tokoh tersebut dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

Kenapa harus mangsakan tokoh ini? Buatlah penyelidikan terlebih dahulu untuk melihat kebenarannya. Fikirkan agenda nasional, daripada agenda bangsa. Ultra kiasu menyuruh kita berhenti bercakap soal rasis. Tindak-tanduk mereka lebih rasis daripada orang rasis.

Tidakkah kita sedar kerajaan telah membantu SJKC sehingga menenggelamkan sekolah agama. Persoalannya, adakah guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi UMNO BN? SJKC sebenarnya menjadi lubuk melahirkan lebih ramai ultra kiasu, jika tidak dipantau daripada sekarang.

Bersekongkol

Ingatan saya kepada orang Melayu, jangan menjadi terlalu liberal dan bersekongkol dengan ultra kiasu. Misalnya, pendirian seorang Ketua Pegawai Eksekutif Melayu. Beliau dengan lantang berkata “I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah itu. Tidak perlu campur perkara di luar bidang. Kalau tak tahu lebih baik diam. Fikirkan bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada pramugari Melayu di syarikat penerbangan murah itu.

Baru-baru ini saya naik muak melihat layanan mereka terhadap Sir Richard Branson, pengasas/pengerusi Virgin Group, yang terpaksa berpakaian pramugari perempuan, anjuran syarikat penerbangan tersebut. Pramugari Melayu dipaksa melayan beliau termasuk mencukur bulu kakinya. Tertanya-tanya saya ke mana hala tuju anak-anak Melayu yang bekerja di sini. Apakah mereka akan menjadi Melayu atau apa?


Sebahagian pramugari Melayu disuruh berlakon seperti kartun mencelup rambut dengan warna putih dan berpakaian seksi semata-mata meraikan orang putih tersebut. Nasihat saya kepada Melayu celup ini, selamatkanlah Melayu-Melayu di sini daripada hancur dan hilang identiti. Majlis tersebut diakhiri dengan mandi arak. Cuba lihat YouTube mereka.

Saya menyeru agar orang Pas menonton sama, kerana dalam Harakah online, saya terbaca Pas begitu memuji Melayu celup ini hanya kerana bermusuh dengan Utusan dan UMNO BN. Nasihat saya kepada Pas, berhati-hati, nanti makan diri. Sokong seseorang bukan kerana marah kepada UMNO. Sokongan hendaklah berasaskan kepada apa yang benar, apa yang salah. Itu baru nama perjuangan Islam. Jika tidak, Pas sama sahaja dengan yang lain.

Ingatlah! Tatkala orang lain semakin kuat Cinanya (atau Indianya), adakah orang Melayu perlu menjadi semakin menjadi liberal atau cair bagi menunjukkan bahawa kita tidak rasis. Jika ini berlaku, Melayu tidak berlaku adil kepada bangsanya sendiri. Melayu telah menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri. Jangan biarkan hati Melayu mati kerana terlalu meraikan orang lain.

Oleh : Ridhuan Tee Abdullah

Suara Politik
Belantan

Pas bergolak, Hadi tertekan?


Isu rakaman video seks yang memaparkan wajah lelaki mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dikatakan bukan sahaja mencetuskan pergolakan dalam Pas malah memberi tekanan kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengambil tindakan tegas bagi memelihara maruah Pas.

Sumber dalaman memberitahu, ahli-ahli Pas kini berada dalam keresahan berikutan sikap Abdul Hadi yang dilihat begitu mempertahankan Mustafa tanpa membuat siasatan lanjut berhubung kesahihan rakaman video tersebut.

''Kami hairan kenapa Abdul Hadi bermati-matian mempertahankan Mustafa, soalnya sudahkah beliau menonton video tersebut. Ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat tindakan tegas bukannya terus membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku adalah satu fitnah," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber itu berkata, dalam menghadapi isu yang dianggap cukup serius dan boleh memberi kesan yang amat buruk kepada Pas dan Abdul Hadi sepatutnya mengambil tindakan tegas termasuklah memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu itu.


''Sebelum ini Abdul Hadi sendiri sering berhujah dengan menggunakan maksud surah Al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud "Wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa suatu berita, maka selidikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang- orang yang menyesal."

''Dalam ayat ini Allah SWT mahu kita menyiasat kesahihan berita yang tersebar tetapi kenapakah dalam kes yang dikaitkan dengan Mustapa, Abdul Hadi cepat-cepat membuat andaian bahawa itu semua tohmahan dan fitnah," katanya.

Sumber itu menegaskan, sikap Abdul Hadi itu amat menghairankan kerana beliau membuat kesimpulan tanpa terlebih dahulu mengarahkan siasatan dijalankan bagi menentukan sama ada apa yang berlaku satu fitnah atau tidak.

''Saya difahamkan Abdul Hadi telah dikunjungi oleh ramai ahli-ahli Pas akar umbi yang menerima rakaman video itu menuntut Presiden Pas tersebut menyatakan pendirian dan membuat tindakan.

''Keadaan ini memang meletakkan Abdul Hadi dalam keadaan tertekan tetapi apa yang mengejutkan beliau masih belum mahu berbuat apa-apa dan ini boleh memberi kesan tidak baik kepada politik Pas," kata sumber itu lagi.


Selain itu, kata sumber tersebut lagi, ahli-ahli Pas juga mahukan Mustafa melakukan sumpah atas nama Allah bagi menafikan bahawa individu dalam video berkenaan bukan beliau.

''Ini penting kerana umum mengaitkan beliau dengan isu itu, sekadar penafian atas pentas ceramah sahaja belum mencukupi kerana sekarang apa yang berlaku turut menyeret maruah Pas," kata sumber itu lagi.

Sumber itu juga menegaskan, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan merupakan orang kanan dalam kepimpinan parti, Mustafa perlu meletakkan jawatan sekarang.

''Tindakan itu bukan bermakna beliau bersalah atau kita menuduh beliau terlibat tetapi bagi mengelakkan nama Pas terus dikaitkan serta membolehkan siasatan terperinci dijalankan," katanya.

Ditanya apa reaksi golongan ulama dalam Pas berhubung kejadian itu, sumber itu menjelaskan, mereka berada dalam keadaan terkejut kerana tidak menyangka boleh berlaku kepada Pas.

''Selama ini, mereka berasa mustahil Pas akan dikaitkan dengan rakaman video seumpama itu, sebab itulah mereka tergamam dan tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi," kata sumber berkenaan.

Sumber itu juga bersetuju dengan pandangan bahawa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulama perlu membuat pendirian dalam kes tersebut.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Mei 29, 2013

Jadikan KPI peribadi Menteri bantu bumiputera!


Singapura merupakan satu negara yang boleh dijadikan contoh bagaimana bangsa boleh dilenyapkan dari muka buminya sendiri.

Bangsa dan Bahasa hanya menjadi simbol sejarah dan tidak lama lagi sejarah ini juga akan hilang akibat dari perancangan strategik kaum Cina yang memerintah Singapura.

Taktik mengambil hati Orang Melayu apabila mengambil Yang Dipertua Negara seorang Melayu berjaya meredakan hati sanubari orang Melayu ketika Singapura diperintah oleh parti PAP satu ketika dahulu.

Apa yang kita lihat hari ini, bahasa Melayu hanyalah dijadikan papan tanda di Metro dan bukan lagi sebutan, mereka menggunakan cara ambil hati orang Melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu di kenderaan awam, namun kita tahu hakikatnya, tidak ada Cina yang tahu membaca dan memahami ayat-ayat itu.

Bukan sahaja bahasa Melayu yang sudah ditinggalkan dengan sistematik, namun bahasa Hindi juga mengalami perkara yang sama, hanya ditulis namun tiada makna.

Orang Cina sememangnya tidak akan bertolak ansur dengan Bahasa, Budaya, Pendidikan dan Ekonomi. Dan ia sudah menjadi satu pegangan hidup mereka beratus-ratus tahun dahulu.

Dalam PRU-13, jelas menunjukkan lagu yang mereka mainkan adalah untuk memperjuangkan Bahasa, Budaya, Pendidikan dan Ekonomi hanya untuk Cina.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah terus menerus memberi bukti dan jaminan untuk menjaga kepentingan Cina, namum ia tidak cukup untuk emosi menakluk Tanah Melayu.


Apa lagi yang Cina Mahu?

Sepatutnya ayat itu tidak perlu diutarakan oleh Utusan Melaysia... Sepatutya tajuk yang ditulis "Malaysia untuk Orang Cina?"

Ramai orang Cina memainkan lagu 'rasuah' di pihak BN dan apabila kita utarakan rasuah yang terjadi di Pulau Pinang dan Selangor, mereka tidak akan menjawab.

Rasuah dijadikan modal untuk menjatuhkan kerajaan BN, padahal kita tahu banyak tindakan kerajaan BN sudah dilaksanakan di dalam membanteras rasuah. Tidak adakah rasuah dalam kehidupan orang Cina?

Kita amat arif rasuah adalah makan dan minum masyarakat Cina untuk mendapatkan perniagaan, rasuah juga merupakan jalan keluar untuk peniaga Cina mendapatkan projek-projek kerajaan.

Rasuah adalah kehidupan peniaga Cina apabila membeli kontrak-kontrak kerajaan yang dikhaskan oleh bumiputera.

Di sektor swasta, rasuah berleluasa dalam perniagaan yang majoritinya dimiliki oleh orang Cina dan ini bukan hanya di dalam sektor kerajaan.

Justeru sudah-sudahlah orang Melayu mengekalkan budaya lembut dan menghormati hati orang lain, kita sudah tidak mampu untuk menjadi lilin yang sering kali menerangi bangsa Cina sedangkan yang diterangi itu tidak langsung mahu membalas budi si pemberi cahaya.

Sudah-sudahlah kita menjadi bangsa yang lembut, demi survival bangsa Melayu, pimpinan UMNO harus tegas melaksanakan dasar pentingkan bangsa Melayu secara betul dan bukan khayalan.

Projek-projek mega, harus ditinggalkan sekiranya Melayu belum cukup mahir atau belum cukup modal, dan janganlah ada pengerusi yang berkata Melayu hanya layak untuk Kelas F sahaja!

Penstrukturan semula GLC dan KSU mesti dilakukan demi survival orang Melayu.

Satu pertanyaan akhir untuk bapak-bapak menteri penggal yang lepas.

Apabila anda perjuangkan bajet untuk kementerian, dan apabila diluluskan, berapa ramai PENIAGA MELAYU yang kamu bantu? Berapa ramai Melayu yang kamu pastikan dilahirkan sepanjang pemerintahan kamu?

Suara Politik
Belantan

Perjuangan hak Melayu tak abai bangsa lain!


Dewasa ini makin ramai golongan profesional Melayu dalam bidang korporat yang semacam rasa bersalah atau apologetik apabila bercakap mengenai hak dan kepentingan Melayu sebagai mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan ada juga yang sudah berjaya menjadi CEO syarikat korporat melalui dasar afirmatif, tergamak memperlekeh dan mempertikaikan mereka yang memperjuangkan agenda itu. Seolah-olah agenda memartabatkan bangsa Melayu dan Bumiputera sebagaimana peruntukan Perlembagaan itu adalah cukup hina dan bersifat rasis. Sedangkan bangsa lain yang berjuang menegakkan hak dan kepentingan mereka sehingga melangkaui Perlembagaan tidak pula dianggap rasis.

Jika dirujuk kamus Oxford antarabangsa, rasis ialah satu kefahaman bahawa sesuatu bangsa itu lebih mulia berbanding bangsa lain hingga menebal nilai prejudis yang membawa kepada perlakuan diskriminasi, menafikan hak bangsa lain kerana dianggap lebih rendah martabatnya berbanding mereka.


Persoalannya benarkah pejuang Melayu bersikap rasis sebagai mana definisi ini? Apakah agenda memartabatkan bangsa Melayu ini bertentangan dengan prinsip Islam? Atau apakah benar tanggapan segelintir yang berpandangan bahawa ia tidak ubah seperti konsep assabiyah jahiliah yang sesat lagi menyesatkan?

Hakikatnya, mereka yang sering memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputera tidak pernah mendakwa Melayu itu lebih mulia berbanding bangsa lain. Mereka juga tidak sesekali mendesak kerajaan melakukan diskriminasi hingga menafikan hak dan kepentingan bangsa lain.

Sikap ekstremes kaum

Perjuangan memartabatkan agenda Melayu hanya menegaskan kembali dasar afirmatif yang menzahirkan semangat dan aspirasi Perlembagaan agar terus dipertahankan. Desakan sedemikian lahir atas rasa khuatir dengan sikap segelintir ekstremes kaum yang mulai berani mencabar Perlembagaan yang menerasi keharmonian kaum di negara ini selama lebih 55 tahun.


Agenda Melayu bukanlah nasionalisme sekular Barat yang terpisah daripada prinsip dan aturan agama hingga mewujudkan gejala perkauman sempit yang membinasakan. Semangat kebangsaan juga tidak sama sekali berintikan kesombongan dan kefanatikan melulu hingga tercerna nilai materialistik yang mengancam kemanusiaan.

Sebaliknya, agenda Melayu mencakupi makna kebangsaan yang luas dan subur nilai keislaman sejati yang hakikatnya begitu kental menerasi jiwa dan jatidiri pejuang Melayu Islam.

Berpaksi nilai Islam

Bagi menyuburkan semangat kebangsaan dan patriotisme, bekas pemimpin PAS yang juga tokoh nasionalis terkenal, Dr Burhanuddin al-Hilmy dalam makalah bertajuk Perjuangan Kita, merungkaikan makna perjuangan nasionalisme Melayu yang berpaksikan nilai keislaman sejati bersifat akomodatif, menjunjung prinsip keadilan, kemanusiaan dan persaudaraan sejagat.

Katanya, prinsip keadilan dan kebenaran sahajalah yang mampu menjelmakan semangat kebangsaan luhur dan tidak mudah terjerat dalam kerangka assabiyah jahiliah atau fanatik kesukuan melulu sebagai mana yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah sebelum Islam. Pemikiran beliau itu seiring dengan firasat ahli falsafah Islam tersohor, Ibn Khaldun yang lahir pada zaman kegemilangan kerajaan Islam Andalusia.


Melalui kitabnya yang masyhur Muqaddimah, Ibn Khaldun menyingkap fahaman kebangsaan berteraskan dua dimensi assabiyah yang menurutnya boleh menjadi positif atau negatif. Beliau mentakrifkan assabiyah yang positif sebagai semangat permuafakatan dan persefahaman yang terbentuk dalam struktur sosial masyarakat hingga membudaya sikap tolong menolong dan kerjasama.

Sebaliknya sesebuah tamadun akan terdedah kepada kebinasaan sekiranya assabiyah jahiliah yang berlandaskan sentimen perkauman sempit lebih mendominasi sesuatu bangsa.

Justeru, tidak timbul isu rasis bagi sebuah perjuangan memartabatkan agenda bangsa kiranya yang diperjuangkan itu selaras dengan prinsip keadilan Islam yang tidak sesekali merelakan perlakuan diskriminasi mahupun penafian hak dan kepentingan kaum lain sebagai mana yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.-BH

Suara Politik
Belantan

Bahaya jika 'hantu raya tak bertuan'?


Seorang mangsa yang didakwa pengundi hantu oleh sebuah laman sesawang propembangkang, Raja Mohd. Nazrul Azwqan Raja Baini (tengah) menunjukkan salinan kad pengenalannya bagi membuktikan dia rakyat Malaysia dan bukan 'pengundi hantu' warga Bangladesh di Perak, baru-baru ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan parti itu mempunyai apa-apa kaitan dengan tentera siber, Red Bean Army.

Kata Kit Siang dalam blognya, parti itu tidak mempunyai kekuatan sebanyak 200 tentera siber Red Bean Army yang didakwa memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) sejak enam tahun lalu.

Seperti biasa Ahli Parlimen Gelang Patah ini menuduh UMNO membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi menganjurkan konvensyen media sosial di seluruh negara semata-mata untuk membentuk 10,000 tentera siber pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tidak apalah itu penafian Kit Siang, maklumlah sebagai sebuah parti yang sentiasa menjunjung demokrasi, berjuang menegakkan keadilan dan menentang perkauman sudah pastilah DAP tidak akan bersetuju dengan Red Bean Army.

Kita 'percaya' DAP juga tidak akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan BN melalui cara tidak betul khususnya melalui fitnah dan hasutan.

Ia memandangkan Red Bean Army adalah sebuah pasukan tentera siber yang diwujudkan semata-mata bagi menyerang BN habis-habisan dengan matlamat meranapkan kerajaan yang ditunjangi oleh orang Melayu iaitu UMNO.

Selain itu, Red Bean Army juga bertanggungjawab menyebarkan pelbagai dakyah, fitnah dan tohmahan kepada pemimpin-pemimpin UMNO serta BN bagi mempengaruhi masyarakat Cina menolak parti itu dalam PRU-13.

Berikutan tindakan jahat Red Bean Army itu maka berlaku apa yang dipanggil tsunami Cina biar pun ia cuba dinafikan oleh pakatan pembangkang.

BN gagal memperolehi majoriti dua pertiga kerana perolehan undi daripada masyarakat Cina dikatakan di bawah 10 peratus. Inilah fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

Pencapaian itu berikutan ketidakmampuan pasukan media baru UMNO dan BN untuk menangkis serangan bertubi-tubi daripada Red Bean Army yang bersedia melakukan apa sahaja demi memastikan pengundi tidak memihak kepada BN.

Kesudahannya, yang paling untung ialah DAP kerana selain menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan memperolehi 38 kerusi Parlimen, parti itu juga terus mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, dalam satu pilihan raya yang mereka dakwa penuh dengan penipuan.

Mungkin DAP tidak mahu dilihat terhutang budi dengan Red Bean Army memandangkan apa yang dilakukan oleh tentera siber itu 'bertentangan' dengan prinsip perjuangan parti tersebut.


Namun kewujudan Red Bean Army ini 'amat mengagumkan', maklumlah bukan senang hendak mewujudkan 'satu kesedaran luar biasa' daripada satu kelompok manusia untuk melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas kerajaan BN tanpa mempedulikan sama ada ia satu kebenaran atau kepalsuan.

Mereka juga 'dikagumi' kerana tanpa dinaungi oleh mana-mana parti politik (berikutan penafian Kit Siang) 'kilang fitnah' mereka beroperasi 24 jam tanpa mengenal penat dan lelah serta 'tidak mendapat sebarang upah'. Difahamkan mereka beroperasi di sebuah tempat yang selesa di ibu negara dan bekerja secara syif.

Bagaimanapun ini bukan bermakna perbuatan Red Bean Army ini harus dibiarkan. Mereka kini 'sudah sah' ibarat 'hantu raya tidak bertuan' memandangkan DAP pun menafikan kaitan parti itu dengan tentera siber yang biadab tersebut.

Oleh itu adalah wajar, kewujudan siber tidak beretika seperti Red Bean Army ini dikecam oleh pakatan pembangkang khususnya DAP jika benar mereka memperjuangkan demokrasi, menegakkan keadilan dan menolak politik perkauman.

DAP juga perlu mengeluarkan kenyataan rasmi menggesa masyarakat Cina supaya tidak mempercayai apa yang disebarkan oleh Red Bean Army dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menyalurkan maklumat bagi menghapuskan tentera siber tersebut.

Ia memandangkan corak serangan dan pendekatan politik yang dilakukan oleh Red Bean Army amat bahaya kepada keutuhan kaum dan keselamatan negara.

Kita sudah saksikan beribu-ribu fitnah ditaburkan oleh kelompok tersebut sehingga pada hari pengundian hampir tercetus kekecohan.

Keadaan itu berlaku kerana sejak awal lagi Red Bean Army menguar-uarkan dakwat kekal yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan tertanggal sebelum tempohnya dan ada warga Bangladesh yang akan digunakan oleh BN untuk mengundi parti itu.

Tetapi kesudahannya, semua itu hanyalah fitnah termasuklah juga tohmahan kononnya bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan 'lari ke luar negara' pada malam pengundian kerana bimbang BN kalah.

Apa yang lebih bahaya, ketika pakatan pembangkang lebih selesa menuduh media arus perdana khususnya Utusan Malaysia bersikap rasis, tindak-tanduk Red Bean Army lebih dahsyat lagi.


Dengan penafian Kit Siang, kita kini tertanya-tanya siapakah dalang di sebalik kewujudan Red Bean Army ini. Apakah mungkin ada kuasa asing yang menyalurkan dana bagi membolehkan Red Bean Army beroperasi dengan begitu hebat sekali?

Tanpa sumber kewangan yang kukuh sudah pasti mereka tidak akan mampu beroperasi dengan begitu efisien.

Sebab itulah, sudah tiba masanya, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjalankan siasatan rapi bagi 'melumpuhkan' operasi Red Bean Army ini.

Tindakan tegas yang diambil bukanlah bermaksud kita bimbang 'hantu raya tak bertuan' itu mendedahkan kepincangan kerajaan BN, sebaliknya kita tidak mahu wujudnya satu kelompok tentera siber yang tidak bertanggungjawab dan sanggup mempertaruhkan segala-galanya demi mencapai cita-cita politik mereka.

Kita percaya pakatan pembangkang khususnya DAP akan menyokong usaha tegas pihak berkuasa untuk menghapuskan Red Bean Army ini.

Sebagai sebuah parti yang sering menggambarkan mereka menjunjung demokrasi dan menegakkan keadilan serta membenci perkauman, kita percaya DAP akan memberi sokongan paling padu untuk memastikan Red Bean Army tidak terus menjadi 'hantu raya' yang mengganggu rakyat Malaysia dan keselamatan negara.

Apa yang kita bimbang Red Bean Army ini adalah terdiri daripada kelompok yang diupah oleh pihak asing untuk mengkhianati negara sendiri? dan bagaimana pula kalau Red Bean Army ini sememangnya dilatih untuk memastikan negara kita menjadi huru-hara melalui fitnah dan tohmahan yang mereka lemparkan kepada kerajaan BN?

Tambahan pula kita juga sudah menyaksikan Red Bean Army ini meletakkan diri mereka seolah-olah begitu istimewa apabila sesiapa sahaja yang cuba membongkar atau menyerang perbuatan haram mereka akan diserang habis-habisan seperti mana berlaku kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh itu, kita tidak boleh membiarkan kewujudan sebuah tentera siber yang merasakan diri mereka 'kebal' daripada undang-undang dan beroperasi di sebuah lokasi yang kononnya rahsia, semata-mata untuk memporak-perandakan negara ini.

Sekarang adalah masa untuk bertindak kerana dengan penafian Kit Siang sudah jelas kini kita tidak tahu siapakah 'tuan-tuan' kepada 'hantu raya Red Bean Army' ini.

Kerajaan tidak harus gentar untuk 'mengunyah' Red Bean Army ini dengan memastikan kelompok ini dihapuskan sama sekali dari bumi Malaysia.

Sekarang adalah masa bertindak kerana kewujudan kumpulan berkenaan tidak boleh dianggap sebagai satu kebebasan media sebaliknya satu ancaman yang boleh membawa petaka kepada negara.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

Terimalah kenyataan - Sudah kalah, kalahlah...!!!


PRU-13 sudah beberapa minggu berlalu. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi berdentung-dentang di sana sini. Soalnya apa yang pakatan pembangkang yang lebih dimaklumi sebagai Pakatan Rakyat (PR) mahu lagi. Negeri Selangor mereka menang besar dengan kemenangan 44 kerusi.

Jumlah kerusi itu lebih dua pertiga. Barisan Nasional (BN) yang kalah tidak pula mengatakan calon PR menipu untuk menang. Sesuai dengan konsep beragama, calon BN menerima kekalahan atas faktor takdir. Di Pulau Pinang PR menang, di Kelantan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih boleh tersenyum lebar sebelum bersara kerana BN masih gagal merampas kembali negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Apa yang menyedihkan sejak pengumuman keputusan PRU-13 pemimpin pembangkang dalam dua nada menerima kemenangan dalam protes.

Protes yang diadakan di seluruh negara bermula dengan perhimpunan puluhan ribu penyokong di Stadium Kelana Jaya memberi impak negatif kepada PR sebagai kerajaan di Kelantan, Pulau Pinang di Selangor.


Pemimpin-pemimpin pembangkang selesa membelasah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak dari 2008 hingga kini. Sepatutnya jika PR memprotes, tidak perlulah Menteri Besar Selangor paling berbakat dalam bidang ekonomi, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang tombak sambil membacakan 10 aku janji.

Begitu juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob tidak perlu mereka mengangkat sumpah jawatan jika PR yang menjadi payung parti mereka masih melalak hingga kini.

Jika rakyat sudah memutuskan, maka terimalah kekalahan dengan hati reda dan jangan sesekali berputus asa dengan segala yang tersurat dan hayatilah yang tersirat.

Sabtu lalu di Amcorp Mall, Petaling Jaya perhimpunan protes terus berjalan, maka buat selamanya rakyat yang telah memilih BN sebagai kerajaan pusat akan melabel, inilah parti yang tidak mahu menghadam keputusan rakyat yang dibuat dengan penuh rasional. Bukan mudah seseorang calon dipilih tidak kira apa sahaja tagline seperti Ini Kalilah atau Saya Akan Undi Parti XXX yang dibuat oleh PR.


BN sendiri membuat pelbagai kempen PRU-13 di Selangor tetapi jelas orang Selangor yang ada masalah rumah tidak mahukan rumah-rumah itu. Malahan ada yang menolak mentah-mentah segala janji yang diberikan BN kerana taksub dengan slogan Ini Kalilah.

Sehingga sekarang selepas BN mendapat 133 kerusi dari 222 kerusi berbanding PRU-12 ,140 kerusi, penulis masih tidak faham mengapa slogan mengikut slanga Cina bercakap Bahasa Malaysia itu digunapakai oleh komponen PR seperti PKR dan Pas yang majoritinya berbangsa Melayu. Adakah benar selama ini DAP menunggang PKR dan Pas untuk berjaya hingga slogan ringkas itu dilihat menunjukkan parti yang dominan adalah parti tersebut.

Sewajarnya umat Islam dan Melayu dalam kedua parti bertanya diri sendiri, apakah motif jelas pemimpin-pemimpin mereka memilih untuk bersatu dan cuba menghancurkan BN yang begitu berjasa hingga syarikat yang menjual nasi lemak bungkus dalam kapal terbang boleh wujud di negara ini.


Begitu mudah orang Cina memilih calon PR dan menolak calon BN, sehingga calon seperti Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang merupakan pemimpin hebat dan senior di dalam kepimpinan negeri ditolak mentah-mentah. Apakah jasa pemimpin seperti Lim Kit Siang atau Shamsul Iskandar Md.Akin (Giant-Killer) hingga mereka terpilih. Soalnya bukan apa yang PR mahu kali ini, tetapi apa yang penyokong dan pengundi mereka mahu.

Dalam demokrasi semuanya boleh berlaku kerana pemimpin menyumbat persepsi ke minda pengundi tetapi adakah apa yang disumbat masuk ke minda sedar mereka mampu diterjemah menjadi satu pilihan muktamad?

Apa yang pasti SPR telah dengan telus melaksanakan tugas mereka hingga segalanya berjalan dengan lancar. Kepada pemimpin PR, masa masih panjang untuk kita terus ke depan. Terimalah kekalahan dengan 'gentleman'. 89 kerusi Parlimen bukan suatu yang teruk, tetapi apa yang teruk adalah bagaimana kita berurusan dengan keputusan rakyat.

Terimalah ketentuan kerana mungkin slogan Ini Kalilah boleh ditukar menjadi Ini Kuasa Allahlah! Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang lebih arif soal ini. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Mei 28, 2013

Tsunami politik Cina adalah satu kebenaran!


Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak pada 5 Mei lalu menyifatkan kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah disebabkan tsunami politik pengundi Cina yang dibuat berasaskan polarisasi kaum - ramai pihak khususnya pembangkang menolak andaian itu.

Tetapi jika kita merenung wajah-wajah yang menghadiri perhimpunan haram anjuran pembangkang yang semakin galak diadakan sejak kebelakangan ini, istilah tsunami Cina ada kebenarannya.

Lihat sahaja siapakah yang paling ramai hadir? Di mana-mana sahaja kecuali di Kuala Ibai, Terengganu, hampir 80 peratus yang hadir adalah terdiri daripada kaum Cina.

Mungkin sekali lagi, apa yang penulis katakan ini akan dianggap rasis atau berbaur perkauman, tetapi inilah fakta yang tidak boleh dinafikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.


Jika suatu ketika dulu, kaum Cina dilihat tidak mahu membuang masa menghadiri perhimpunan haram apatah lagi demonstrasi jalanan tetapi sejak selepas pilihan raya umum lalu senario sudah berbeza.

Malahan mereka juga turut berhimpun bagi membantah penahanan aktivis mahasiswa dan pemimpin pembangkang.

Berdasarkan maklumat yang diterima ada dalam kalangan mereka ini mempunyai keberanian luar biasa apabila sanggup memaki hamun pihak polis dan melemparkan kata-kata berbaur perkauman.

Situasi ini menunjukkan dengan jelas bahawa pembangkang berjaya memainkan peranan mereka untuk mempengaruhi golongan tersebut bagi melakukan bantahan.

Terpedaya

Tambahan pula sebelum pilihan raya, pembangkang sudah menguar-uarkan mereka akan menang pilihan raya kali ini dan menanam keyakinan itu dalam kalangan pengundi Cina. Bagi pembangkang, kalau mereka kalah juga ia bukan kerana kelemahan mereka tetapi disebabkan penipuan oleh BN.

Keadaan inilah yang memungkinkan jumlah kehadiran masyarakat Cina dalam perhimpunan haram pembangkang begitu ramai kerana mereka sudah terpedaya dengan taktik politik kotor pembangkang.


Ia sama seperti mana dikatakan oleh Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong sebelum ini bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berjaya memperkudakan masyarakat Cina menerusi retorik kosong beliau iaitu ‘Ubah’ dan ‘Ini Kalilah’ dalam PRU-13.

Menurut beliau, dengan bantuan parti cauvinis, DAP, masyarakat itu akhirnya termakan janji Ketua Pembangkang tersebut yang kononnya akan melakukan perubahan besar terhadap kehidupan mereka.

“Najib telah melakukan pelbagai perubahan untuk kaum Cina seperti menaikkan taraf empat buah kolej ke universiti termasuk Kolej Han Chiang.

“Najib juga memansuhkan akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi kenapa hanya lapan peratus kaum itu yang mengundi Barisan Nasional (BN)," soalnya.

Malah menurut Lum Yong, tidak cukup dengan itu, pembangkang melalui tentera siber telah bergiat aktif menaburkan penipuan terhadap masyarakat Cina yang rata-rata merupakan pengguna Internet tegar.

Sememangnya perkembangan ini bukanlah sesuatu yang sihat kepada politik negara kerana ia boleh menjurus kepada politik berasaskan polarisasi kaum. Apatah lagi keputusan pilihan raya umum lalu menunjukkan dengan jelas bagaimana yang meraih keuntungan ialah DAP.


MCA yang bertanding di 37 kerusi Parlimen hanya menang lima kerusi sahaja. DAP pula menjadi dominan dalam pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Pas apabila memperolehi 38 kerusi meningkat 10 kerusi daripada pilihan raya umum lalu. PKR pula 30 kerusi dan Pas 21 kerusi.

DAP dan pembangkang cuba menafikan ia ada kaitan dengan tsunami Cina yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri tetapi semua orang tahu siapa yang menjadi sasaran pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN yang UMNO menjadi tunjangnya.

Dan jika kita melihat wajah-wajah yang hadir dalam perhimpunan haram anjuran pembangkang, kita pasti tahu jawapannya.

Mungkin hak mereka untuk menyokong sesiapa sahaja tetapi dalam masa yang sama jangan kerana keghairahan terpengaruh dengan politik kemaruk kuasa pembangkang, keharmonian kaum yang kita bina sejak berpuluh tahun lalu menjadi taruhan.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

Memahami pola kecenderungan pengundian!


Penganalisis politik menemui tiga pola utama kecenderungan pengundian rakyat Malaysia pada setiap musim pilihan raya umum.

Pola pertama ialah kecenderungan memilih parti politik. Kecenderungan ini boleh dikategorikan sebagai kelompok yang bersikap ideal dalam berpolitik. Pola ini amat besar dan berpengaruh. Ia adalah penentu kemenangan sesebuah parti yang bertanding.

Kecenderungan ini lahir daripada pemikiran yang menanggapi kegiatan berpolitik sebagai satu kegiatan berkumpulan atau berjemaah. Agenda dan cita-cita besar politik tidak akan dapat direncanakan dalam bentuk dasar dan amalan tanpa dukungan dan sokongan secara berkumpulan.

Apatah lagi dalam konteks amalan demokrasi moden hari ini. Ketua negara, iaitu Yang di-Pertuan Agong hanya akan memberikan izin penubuhan kerajaan kepada parti yang mendapat persetujuan umum atau majoriti. Bagaimana ketua negara akan menentukan parti yang mana mendapat persetujuan umum? Ia berasaskan jumlah perolehan atau kemenangan yang dicapai oleh sesebuah parti dalam proses pilihan raya yang sudah dijalankan.

Oleh itu, pemilihan parti harus lebih diutamakan berbanding faktor yang lain bagi memastikan perkumpulan atau jemaah politik yang didukung memperoleh keabsahan kepemimpinan secara meyakinkan untuk menubuhkan kerajaan.

Pilih calon berbanding parti

Pola kedua ialah kecenderungan bagi memilih calon berbanding parti politik. Kecenderungan ini lahir dari pandangan yang melihat politik sebagai wasilah bagi menjalankan perkhidmatan setempat. Kelompok ini boleh dikategorikan sebagai golongan yang pragmatis. Kebergantungan mereka kepada calon melebihi kepada parti politik.


Pada mereka, calon yang berkesan dalam menjalankan perkhidmatannya, memiliki kualiti ilmu dan pentadbiran serta bersikap mesra dan senang dihubungi lebih diperlukan demi kebaikan masyarakat setempat.

Kecenderungan ini amat berpengaruh juga. Dalam sejarah pengundian di Malaysia, pola ini tergambar secara jelas dalam kemenangan calon yang bertanding di atas tiket parti Bebas. Ini menunjukkan sebahagian rakyat akan memberikan keutamaan dan peluang kepada calon yang mampu memenuhi inspirasi dan imaginasi mereka sebagai wakil rakyat yang baik dan berkualiti.

Kebiasaannya, rekod perkhidmatan yang baik, hubungan kekeluargaan yang akrab serta kualiti ilmu dan akhlak seseorang calon itu adalah antara faktor yang mendorong kelahiran pola kecenderungan ini.

Pola bercorak strategik

Pola ketiga pula ialah kecenderungan yang tidak memihak kepada parti atau calon tetapi berasaskan penilaian bagi memenuhi kepentingan dan keperluan politik setempat dan nasional secara menyeluruh. Kecenderungan politik ini sering dirujuk sebagai pola bercorak strategik. Pola ini lahir daripada tanggapan mengenai kepentingan mewujudkan keseimbangan dalam sistem dan amalan politik negara.


Pada pandangan pola ini, sesebuah parti tidak boleh diberikan kelebihan politik secara keterlaluan kerana ia akan membawa kepada monopoli yang tidak sihat. Oleh itu, realiti politik yang saling mengimbangi antara parti politik penting diwujudkan.

Pola ini sering didorong oleh perkumpulan rakyat yang tidak berparti tetapi memiliki kesedaran dan kematangan politik yang tersendiri. Pola kecenderungan politik ini tergambar dalam kemenangan calon secara tidak sekata dari segi parti di sesebuah kawasan Parlimen. Misalnya, ada rekod pengundian yang mana calon daripada parti tertentu kalah dalam pertandingan pada peringkat Dewan Undangan Negeri tetapi menang pula pada peringkat Parlimen. Begitu juga sebaliknya.

Wujud keseimbangan demokrasi

Hasil pengundian berbentuk ini didorong oleh kecenderungan yang dibentuk oleh pola politik ketiga ini. Mewujudkan keseimbangan demokrasi adalah keutamaan terpenting dalam pengundian. Oleh itu, tindakan politik yang perlu dilakukan ialah memberikan undi yang berbeza kepada calon dan parti yang bertanding pada peringkat DUN dan Parlimen.


Baru-baru ini, terjadi debat yang meluas mengenai apakah bentuk pola pengundian yang harus diutamakan oleh masyarakat Muslim di Malaysia pada pilihan raya kali ini. Ada satu perkumpulan politik yang menganjurkan supaya calon yang berwibawa diutamakan dan tidak melihat kepada parti yang diwakilinya.

Alasannya demi memastikan jumlah Ahli Parlimen daripada kalangan Muslim lebih ramai dan ini akan dapat menjamin kepentingan agama dan ummah terpelihara di negara ini.

Pandangan ini disanggah oleh pendapat yang melihat keutamaan pada masa kini harus diberikan kepada parti berbanding calon. Alasannya, isu kewibawaan calon suatu yang bersifat subjektif atau terdedah kepada penilaian yang pelbagai.

Suara Politik
Belantan