Jumaat, November 30, 2012

Benarkah UMNO dikatakan tolak Islam dan zalim?



Puncak terdesaknya Pas terhadap UMNO ialah mendoakan UMNO/Barisan Nasional (BN) K.O atau tumbang. Pas menganggap UMNO parti zalim. Kempen sekian lama ialah UMNO itu taghut atau perosak, rasis dan lebih dahsyat lagi kafir dan terhubung dengan Firaun.

Mengapa Pas yang dikatakan parti Islam tidak ikut kaedah Islam dalam perjuangan politiknya dan dalam membuat sesuatu kesimpulan terhadap pihak yang dibencinya.

Sejak revolusi Iran, Pas mengambil pendekatan radikal dan pelampau. Lalu apa saja yang dilakukan oleh pihak lain tidak Islamik. Rasa taksubnya terhadap perjuangan parti dan terhadap tokoh luar biasa. Seolah- olah Paslah satu-satunya perjuangan Islam sehingga kadang-kadang menganggap Pas dan Islam itu seolah-olah sama pada hal parti politik dan Islam itu sendiri ada bezanya.

Orang Pas fikirannya tidak terbuka. Fikirnya satu hala dan tidak boleh dikritik akan apa saja yang dilakukannya. Lalu terbina rasa kebencian yang tinggi dan dendam kesumat yang tidak berkesudahan terhadap orang lain.

Cara Pas mentakrifkan zalim terhadap kerajaan Pas Kelantan dan zalim terhadap umat Islam di Malaysia adalah lebih bersifat emosi dan tidak jujur.


Penulis cuba meneliti Apa Kata Anwar yang tersiar dalam Utusan Malaysia 23 November 2012. "Kalau tak beri kat Kelantan ni pitih (wang peruntukan) mampus lamo dah, jadi kecek (cakap) benar sikit, jangan jadi pelawak (bohong). Kita beri, tapi dia (Pas) cakap tak beri.

Sebenarnya kita (Kerajaan Persekutuan) bukan beri RM10 juta, bukan RM100 juta, bukan RM200 juta, bukan RM700 juta, tapi lebih RM1,000 juta untuk pengurusan dan pembangunan negeri Kelantan." Kata Anwar ketika itu Menteri Kewangan di Jeli, Kelantan pada 4 November 1994.

Sebenarnya amat banyak bantuan Kerajaan Pusat kepada negeri Kelantan. Hatta Sultan Kelantan baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat terhadap usaha bantuan yang diberi.

Apakah kenyataan Anwar Ibrahim dan pihak Sultan membayangkan Kerajaan Pusat zalim sehingga tanggapan dahsyat Pas mengatakan UMNO zalim. Kalau Pas tidak mampu berdiri atas kenyataan, fakta dan kebenaran sikap zalim yang dilakukan akan memakan balik diri sendiri.


Hal yang sama juga apabila Pas menuduh UMNO tolak Islam. Apakah tolak Islam itu tolak syahadah dan jadi kafir. Pas tidak ada bukti orang UMNO murtad atau meninggalkan agama.

Kalau maksud tolak Islam ialah UMNO tidak buat kerja Islam membayangkan sangat sempitnya pemikiran orang Pas tentang makna Islam itu sendiri. Islam bukan sekadar bukti luaran retorika yang menyedap telinga yang dilaung-laungkan dalam ceramah dan khutbah.

Harus ada fakta yang jelas dan konkrit menghujahkan UMNO tolak Islam. Pada hemat penulis, perubahan ke arah Islam dalam sistem yang dilakukan oleh UMNO dan kerajaan adalah nyata dan terbentang luas.

Apakah melaksanakan pematuhan syariah oleh pihak kerajaan dalam perbankan, institusi kewangan, pelaksanaan sukuk dan wakaf, binaan Tabung Haji, membantu golongan miskin oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, membina Pusat Pengajian Tinggi Islam, menyuburkan industri halal secara besar-besaran, membiaya anak-anak Islam belajar di dalam dan luar negara, menubuhkan Radio IKIM dan TV Hijrah dan banyak lagi sebagai bukti UMNO dan kerajaan menolak Islam.

Mengapa Pas tidak menerima hakikat ini dan masih lagi menggunakan cara lama untuk memancing undi dan pengaruh. Pas selalu lupa bahawa propaganda murahan itu akhirnya tidak mampu bertahan lama. Kebenaran berasaskan fakta akhirnya akan tegak.


Faktor ini yang menyebabkan Pas semakin ekstrem kerana enggan menerima kenyataan bahawa UMNO tidak tolak Islam.

Kalau ukuran lain bahawa UMNO tolak negara Islam dan hukum hudud, Pas sendiri sudah ingkar dengan janjinya terhadap orang Islam kerana terima Negara Berkebajikan. Buku Jingga tidak lagi memberi peruntukan kepada Negara Islam dan hukuman hudud.

Karpal Singh dan DAP terang-terang menolak Negara Islam dan hudud. UMNO tidak pernah mengatakan demikian. Tetapi mengapa UMNO dibenci sehingga mahu dihancurkan dan menggelarnya kafir, taghut, syaitan dan Firaun.

Penulis bimbang seperti hadis Rasulullah SAW menyebutkan - "Jangan mengkafirkan orang lain bimbang kekafiran itu akan kembali kepada diri kita balik". Seperti jangan doakan sesama Islam hancur bimbang kehancuran itu akan mengenai diri sendiri.

Suara Politik
Belantan

Isu banjir Selangor : Minta selesai masalah banjir di Kg. Sungai Kertas?


Mangsa banjir, Zul Akmal Ali melakukan kerja-kerja pembersihan di hadapan rumahnya daripada lumpur selepas kejadian banjir malam kelmarin, di Kampung Sungai Kertas, Selangor, semalam.

Mangsa banjir di Kampung Sungai Kertas, Gombak di sini meminta pihak berwajib segera mencari jalan penyelesaian masalah banjir lumpur yang melanda kawasan itu malam, semalam.

Seorang mangsa yang juga Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sungai Kertas, Abdul Wahab Sulaiman berkata, kejadian banjir itu telah meninggalkan kesan kepada mereka sekeluarga kerana ia merupakan kejadian kedua terburuk dalam tempoh empat tahun.

"Banjir semalam telah menyebabkan semua peralatan elektrik kami rosak.

"Tanah lumpurnya bukan tanah biasa tetapi tanah liat," katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, kejadian tersebut berkemungkinan berlaku disebabkan paras air sungai di Empangan Batu meningkat dan tanah yang datang daripada projek perumahan berdekatan kediaman mereka.

"Tanah-tanah yang terdapat di kawasan projek itu mengalir bersama limpahan air sungai lalu mengakibatkan banjir lumpur,"katanya.

Bagi Siti Khadijah Sulaiman, 58, pula berkata, sebelum ini kampung mereka pernah beberapa kali dilanda banjir kilat.

"Apa yang mengejutkan kali ini banjir disertai lumpur dan ia amat menyulitkan kami untuk melakukan kerja-kerja pembersihan,"katanya.

Peniaga kedai runcit, Siti Khamimah Jamil, 50 pula memanjatkan rasa syukur kerana kejadian banjir semalam tidak banyak merosakkan barang-barang perniagaannya.

"Kami berharap kejadian banjir kilat bersama lumpur biarlah yang terakhir dan berharap pihak bertanggungjawab mencari jalan agar tidak berulang,"katanya.

Tinjauan di Kampung Sungai Kertas di sini mendapati penduduk sibuk membersihkan kediaman masing-masing daripada lumpur yang dibawa banjir semalam.

Semalam, hujan lebat pada lewat petang telah mengakibatkan banjir kilat berlaku di beberapa kampung berhampiran.

Antaranya, Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Sungai Tua Gantian dan Kampung Ulu Yam Bharu.

Suara Politik
Belantan

Khamis, November 29, 2012

Merisik hubungan Anwar dan Israel?



Anwar telah menyatakan dalam The Wall Street Journal yang berbunyi, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" ("Saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan Negara Israel.")

Sejak Israel didirikan di atas wilayah milik orang Palestin, Israel menjelaskan dan mempertahankan segala tindakannya ke atas rakyat Palestin dan wilayah Palestin sebagai usaha untuk melindungi keselamatan Israel.

Antara tindakan Israel yang didakwa olehnya sebagai melindungi, mempertahan dan menyelamatkan Israel ialah:

* Membunuh beramai-ramai Arab Palestin seperti di Deir Yassin supaya Arab Palestin keluar dari wilayah yang dihadiah oleh British kepada Zionis untuk menjadi negara mereka.

* Tidak membenar orang Palestin yang dihalau keluar ini kembali ke wilayah yang dikuasai Israel.

* Menembak dan membunuh penyertaan intifada yang membaling batu, termasuk kanak-kanak.

* Memperluaskan wilayah Israel melalui serangan ketenteraan.

* Membina beratus settlement (penempatan) Yahudi di atas wilayah Palestin.

* Membekal pemastautin Yahudi dalam settlement ini dengan senjata untuk mempertahan settlement.

* Mengadakan beratus road block untuk menghalang perjalanan orang Palestin dalam kawasan orang Palestin.

* Melambatkan proses membenar rakyat Palestin berjalan sehingga yang sakit tidak sempat ke hospital dan yang mengandung melahirkan anak di road block. Anak kerap mati dan ibu berdarah sehingga meninggal dunia.

* Membedil kawasan Palestin tanpa sebab supaya Arab Palestin tinggalkan wilayah mereka dan Palestin, kemudian dimiliki sepenuhnya oleh Israel.

* Menembak roket untuk membunuh seorang pesakit di atas kerusi roda dan seorang pemimpin Hamas di Gaza.

* Mengepung kem pelarian Shatilla di Lebanon dan mengarah tentera selatan Lebanon yang terdiri daripada orang Kristian untuk membunuh 2,500 pelarian Palestin. Satu daripada pelarian Palestin yang terselamat menceritakan kepada Suruhanjaya Pengadilan Palestin yang diadakan di Kuala Lumpur pada 21 November 2012 bagaimana askar memasukkan semua ahli keluarganya ke dalam rumah, kemudian mengarah orang lelaki keluar dan berdiri menghadap dinding rumah dan mereka ditembak mati, termasuk bapanya dan suaminya. 28 ahli keluarganya ditembak mati sebegini.

* Menghancurkan kampung Jenin dengan serangan bersenjata dan jentolak untuk robohkan rumah dengan penduduk masih berada di dalam.

* Membedil dan menyerang Genting Gaza sehingga musnah hospital dan sekolah pada 2006. Seorang wanita Amerika yang menghalang jentolak daripada memusnahkan sebuah rumah, dilanggar dan digelek hingga mati wanita berkenaan. Mahkamah Israel mendapati askar yang memandu jentolak itu tidak bersalah.

* Menyekat kapal-kapal yang membawa ubat, makanan dan bahan binaan daripada menghampiri Gaza. Dua kapal milik Perdana Global Peace Foundation dan sebuah kapal Turki diserang di perairan antarabangsa. Sembilan orang pekerja amal Turki yang berada di atas kapal Mavi Marmara ditembak mati.

* Sekatan ke atas Gaza dikenakan sehingga sekarang walaupun ia haram dari segi undang-undang antarabangsa.

* Baru-baru ini Israel melancar roket untuk membunuh seorang ketua Hamas. Apabila Gaza melancar serangan balas dengan roket, Israel membalas dengan melancar roket dan bom ke atas Gaza. Seramai 160 orang terbunuh kerana tindakan Israel.

Semua ini dan keganasan lain lagi didakwa oleh Kerajaan Israel adalah untuk keselamatan (sekuriti) Israel.

Di mana Anwar Ibrahim ketika umat Islam negara ini mengadakan demonstrasi secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza baru-baru ini?

Semua ini, mengikut Anwar Ibrahim disokong olehnya kerana semua ini adalah "efforts to protect the security of Israel" (usaha untuk melindungi keselamatan Israel).

Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh ahli Parti Keadilan Rakyat dan Pas untuk tidak mempercayai yang Anwar Ibrahim adalah penyokong Israel.

Menyokong Anwar samalah dengan menyokong Israel. Orang ini berlagak sebagai pejuang Islam untuk sokongan penyokong Pas.

Tetapi untuk menjadi Perdana Menteri, menyertai UMNO dan mengutuk Pas. Kemudian apabila digugur oleh UMNO, menyokong Pas semula.

Orang yang mudah melompat dari parti ke parti, tidak sukar lompat dari Palestin ke Israel, dari Islam ke Yahudi.

Suara Politik
Belantan

Siapa Islam, siapa tidak?



DI Muktamar Pas ke-58 Nik Aziz Nik Mat berkata UMNO tolak Islam dan UMNO Murtad.

Hairan di mana logiknya?

Sewaktu memperjuangkan penggubalan Perlembagaan Negara, pejuang UMNO berjaya memasukkan perenggan Agama Islam Agama Rasmi Negara. Selepas memerintah, kerajaan pimpinan UMNO luluskan banyak bajet untuk buat masjid dan surau. Hari kebesaran Islam seperti Maal Hijrah diisytihar cuti umum, begitu juga Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa.

Selain itu, kerajaan UMNO biayai penubuhan banyak Sekolah Agama Islam, Kolej Islam dan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa. Bagi memartabatkan amalan membaca al-Quran, UMNO tidak henti-henti menganjurkan tilawah al-Quran sehingga kini.

Kerajaan pimpinan UMNO antara pendiri yang mengasaskan OIC. Apabila Palestin diserang, kerajaan UMNO tidak pernah gagal mengutuk Israel. Pemimpin UMNO sentiasa lantang kutuk Amerika yang berat sebelah kepada Israel.

Yang UMNO tidak buat ialah perjuangkan hudud kerana UMNO sedar bahawa dalam masyarakat majmuk, hudud belum boleh dilaksanakan. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Nik Aziz bahawa UMNO tolak Islam?

Kalau itulah asasnya, bagaimana pula pendirian Pas dalam Muktamar Pas baru-baru ini?


Pas pun nampaknya sudah berlembut dan terima hakikat bahawa hudud tidak dapat dilaksanakan secara total merangkumi muslim dan bukan muslim.

Maka, samalah Pas dengan UMNO. Pas kini mengakui realiti kehidupan masyarakat majmuk dan seperti UMNO, Pas kini sudah faham bahawa Pas seperti juga UMNO perlu berhemah dalam memperjuangkan dan melaksanakan hudud.

Nik Aziz berkata lagi, UMNO tolak ulamak. Persoalannya, berapa ribu guru agama di sekolah digaji oleh kerajaan UMNO? Bukankah mereka ini sudah bertaraf ulama atau akan menjadi ulama? Di setiap sekolah kebangsaan, ada minimum satu guru agama untuk pelajar Islam.

Berapa ramai ulama hari ini yang sudah terima biasiswa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pimpinan UMNO untuk mereka belajar di Al-Azhar dan Universiti Islam lain di Timur Tengah?

Lihat sahajalah Anugerah Tokoh Maal Hijrah- keterampilan ulama diiktiraf dan diberikan penghargaan.


Dari segi institusi, Lembaga Urusan Tabung Haji, Bank Islam, pusat zakat, Syarikat Takaful untuk Insurans Islam, Hospital Islam PUSRAWI, PERKIM, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah - semuanya ditubuhkan oleh kerajaan UMNO.

Terkini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut meneruskan agenda Islam UMNO dengan mengorak langkah mengumumkan penubuhan Yayasan Pembangunan Wakaf dan Skim Wakaf Korporat untuk memperkukuh Institusi Wakaf.

Juga, di peringkat global, Najib sudah memulakan gerakan Global Movement of Moderates yang disasarkan kepada Dunia Islam.

Sebagai perbandingan, Pas dari sejak merdeka hingga kini hanya fokus untuk tegakkan hudud. Setelah perintah Kelantan, Kedah dan Terengganu, kerajaan Pas masih tidak laksanakan hudud di negeri tersebut.

Terkini Pas 'serah kalah' dan akui hudud tidak dapat dilaksanakan terhadap bukan muslim. Dalam erti kata lain, perjuangan hudud hanya lunak dibaca dalam perlembagaan Pas semata-mata.

Agar tidak menolak seratus peratus kata-kata, Nik Aziz dalam Muktamar Pas, satu perkara yang perlu direnungkan, mungkin Nik Aziz merujuk kepada ketiadaan klausa yang jelas dalam perlembagaan UMNO yang menerima kedudukan Islam sebagai agama yang UMNO perjuangkan.


Kalau itu maksudnya, maka ia perlu UMNO renungkan sebab 'Nik Aziz nak tengok pada perlembagaan UMNO' Nik Aziz nampaknya tidak mengiktiraf hakikat action speaks louder than words dalam konteks kejayaan kerajaan pimpinan UMNO melaksanakan kesemua agenda Islam sejak merdeka hingga kini.

Seperkara lagi berkaitan UMNO tolak ulama. Walaupun ia tidak benar, mungkin Nik Aziz mahu gambaran jelas. Mungkin yang dimaksudkan adalah agar sayap ulama yang pernah wujud sebelum Pas ditubuhkan dulu perlu UMNO hidupkan semula.

Mungkin Pas nak tengok, Ketua Sayap Ulama UMNO secara automatik menyandang jawatan Naib Presiden seperti sayap Pemuda dan Wanita UMNO?

Kalau itulah yang Nik Aziz nak tengok, agaknya tidaklah sukar untuk UMNO memikirkan perkara itu serta memberi respons sewajarnya?

Sekadar berjenaka, setelah UMNO laksanakan dua perkara di atas, apakah doa Pas, apakah bertukar kepada UMNO OK, BN OK. UMNO OK OK, BN OK OK?

Akhir kata, kalau kita ukur dan nilai sumbangan dan agenda kerajaan UMNO untuk kemajuan Islam, maka sukar nak setuju dengan Nik Aziz bahawa UMNO sudah murtad dan tolak Islam.

Suara Politik
Belantan

Isu Selangor : Rakyat tak sanggup tanggung seksa, MB Khalid buat apa?


Kenderaan berat menjadi faktor utama berlaku kerosakan teruk jalan di Perumahan Jalan Ros, Bukit Sentosa, Hulu Selangor sejak lebih tiga tahun lalu.

Penduduk di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung resah gara-gara dihantui dengan masalah jalan rosak dan berlubang yang berlarutan sejak sekian lama.

Penduduk mendakwa kerosakan itu disebabkan kenderaan berat milik kilang berhampiran sering keluar masuk melalui jalan itu.

Tinjauan di Jalan Ros di sini mendapati kebimbangan penduduk itu berasas. Sepanjang pemerhatian, kerosakan jalan di situ sangat kritikal dan boleh mengancam keselamatan pengguna.

Lubang sedalam satu kaki dan selebar lebih dua kaki itu cukup membimbangkan lebih-lebih jalan itu merupakan laluan utama penduduk ke pekan berhampiran.

Rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa kesal kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil pihak bertanggungjawab bagi mengatasi masalah itu.

Bekas Pengerusi Persatuan Perumahan Penduduk Jalan Ros Dua, Ahmad Daud Alwi, 52, berkata, pihak berkuasa tempatan perlu memikirkan penyelesaian jangka panjang terhadap masalah itu.

Katanya, kerja-kerja penurapan yang dilakukan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sebelum ini tidak mampu bertahan lama apabila kenderaan berat kembali menggunakan laluan di situ.

"Jika tidak mahu kerosakan jalan berulang, cara terbaik tidak membenarkan terus kenderaan berat melalui jalan di sini.

"Pemilik kilang di kawasan berhampiran juga sepatutnya bertanggungjawab membantu MDHS melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan,"katanya.

Dia turut berharap Ahli Parlimen kawasan berkenaan turun padang bagi melihat sendiri dan menyelesaikan masalah jalan itu dengan segera.

Seorang peniaga, Alim @ Halim Husain, 47, berkata, masalah jalan itu semakin membimbangkan apabila kemalangan banyak berlaku sejak akhir-akhir ini terutama melibatkan penunggang motosikal.

"Apabila hujan, penunggang kerap terbabas gara-gara mahu mengelak lubang," katanya.

Suri rumah, Sarina Hassan, 42, berkata, selain kerosakan jalan, lampu jalan yang tidak berfungsi sejak setahun lalu menambah lagi kesengsaraan penduduk di situ.

Katanya, keadaan itu amat berbahaya terutama kepada penduduk yang mahu pulang ke rumah pada waktu malam.

Suara politik
Belantan

Rabu, November 28, 2012

Doa tutup isu pluralisme, LGBT, air kotor, Lembah Sireh...?



Tindakan Pas berdoa supaya UMNO dan Barisan Nasional hancur adalah tindakan terdesak untuk menutup segala salah laku mereka selama ini.

Kezaliman mereka membiarkan air kotor dihidangkan kepada rakyat tanpa ada tindakan berkesan dan kegagalan beberapa projek dan pelaburan mereka seperti projek Lembah Sireh di Kelantan dan Kedah serta kerjasama mereka dengan DAP sebuah parti yang menentang keras hudud dan PKR yang menyokong fahaman pluralisme, liberalisme agama seperti amalan LGBT, menimbulkan keraguan terhadap keupayaan Pas memerintah dengan penuh integriti bagi menandingi kerajaan BN.

Doa telah digunakan sebagai senjata politik mereka untuk terus berkuasa bagi mempertahankan kezaliman dan ketidakupayaan mereka memerintah dengan penuh integriti, cekap dan amanah.

Harapan mereka ialah supaya dengan doa menghancurkan UMNO boleh dieksploitasi supaya pengikut Pas khususnya terpedaya dengan niat jahat di sebalik doa tersebut.

Mereka ingin menanam kebencian rakyat terhadap UMNO kerana UMNO berjaya memimpin Barisan Nasional dengan baik berbanding mereka yang gagal memimpin pakatan pembangkang sebaliknya hanya menjadi keldai tunggangan.

Mereka cuba menipu pengikut mereka kononnya hudud diterima pakatan sebaliknya DAP melalui Karpal Singh tetap teguh menolak hudud yang disifatkannya sebagai tidak adil.

Lantaran itu, doa menghancurkan UMNO dibuat sedangkan UMNO adalah satu-satunya parti Melayu Islam yang berjaya memimpin Barisan Nasional tanpa cuba merosakkan Islam.


Justifikasi mereka seperti dakwaan Nik Aziz dan Haji Hadi ialah kononnya UMNO menolak Islam, khurafat, murtad dan kafir iaitu satu tuduhan yang amat jahat.

Hakikatnya Paslah yang menolak Islam, menyokong murtad, menyokong orang kafir menghina Islam seperti membenarkan orang kafir masuk masjid sehingga ke mimbar masjid memberikan ucapan dan berbagai lagi.

Dr. Hasan Ali pula dipecat hanya kerana membela Islam. Nasharudin Mat Isa dipinggirkan kerana mengajak perpaduan seperti dituntut oleh Islam.

Pas sebenarnya yang menolak Islam kerana menolak perpaduan seperti yang dituntut oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Kesimpulannya, Allah SWT lebih mengetahui akan kejahatan Pas kerana memperalatkan doa, agama-Nya, demi menegakkan fahaman taksub politik mereka yang lebih condong berfahaman syiah dan khawarij yang tidak diterima oleh Allah SWT.

Mendoakan UMNO hancur samalah seperti membunuh saudara seagama. Membunuh dengan niat adalah berdosa besar. Neraka adalah tempatnya.

Suara Politik
Belantan

Isu Selangor : NRW tidak turun, kerajaan negeri salahkan Syabas?



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu menangani masalah kegagalan menurunkan peratus kehilangan air tidak berhasil (NRW) di negeri ini secara berhemah dan bukannya menuduh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) tidak mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Razak berkata, kegagalan penurunan peratusan NRW yang kini berjumlah 32.6 peratus sebenarnya berpunca daripada tindakan kerajaan negeri sendiri yang membekukan perbelanjaan modal (Capex) syarikat konsesi air itu.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu berkata, pembekuan Capex secara tidak langsung menyebabkan Syabas tidak berupaya meneruskan kerja-kerja penggantian paip lama dan paip yang telah rosak.

Syabas pada 12 November lalu telah menerima satu surat arahan pembekuan Capex daripada kerajaan negeri. Surat berkenaan terkandung maklumat menyatakan Syabas hanya boleh menjalankan kerja-kerja yang kritikal sahaja.

Surat tersebut berkuat kuasa bermula 2012 hingga 2014 dan sebelum itu Syabas juga turut menerima surat yang sama bagi arahan 2009 hingga 2012," katanya kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.


Terdahulu DUN hari ini hangat apabila soalan membabitkan isu arahan kerajaan negeri supaya Capex dihentikan dijawab Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar berkata, jika perbelanjaan itu datang daripada kerajaan negeri, adalah lebih baik kerja menaik taraf paip air dijalankan sendiri tanpa pihak lain.

Katanya, jika peruntukan itu datang dari kerajaan negeri, Syabas sudah tentu mahu mendapatkan komisen.

Siapa yang akan tanggung (komisen)? Rakyat Selangor yang akan menanggungnya dan kalau Syabas tidak boleh buat lebih baik, berikan kepada Unit Perancang Ekonomi," katanya.

Suasana tegang seketika apabila Abdul Khalid menyatakan wakil rakyat BN itu boleh mendapatkan surat daripada Syabas berkenaan isu tersebut kerana mendakwa Sulaiman adalah wakil Syabas’.

Tindakan Abdul Khalid yang menyatakan Sulaiman sepatutnya menjadi wakil rakyat dan bukan wakil kepada Syabas, menyebabkan ADUN Permatang itu bangun membantah dan mendesak Menteri Besar menjawab soalan dan mahu menggunakan peraturan mesyuarat DUN dengan mengatakan dakwaan itu satu tuduhan jahat terhadapnya.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker DUN, Haniza Talha tidak membenarkan permohonan itu dan mengarahkan Sulaiman duduk.

Suara Politik
Belantan

Isyarat UMNO sudah berubah!



"Yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang betul, yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang haq. Kitalah, UMNO, satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan mampu meneroka masa depan penuh gilang-gemilang."

Walau apa pun dugaan, walau apa pun rintangan, bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan, bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan, setitik dijadikan laut, segumpal dijadikan gunung. (2009)

''Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" (2010)

Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita. Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti. (2011)

Apa yang dipaparkan ialah petikan terakhir kandungan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh tiga tahun sejak diberikan amanat menerajui parti orang Melayu itu.

Sesungguhnya sempena Perhimpunan Agung UMNO kali ini adalah wajar jika ahli-ahli parti itu merenung kembali petikan-petikan berkenaan kerana daripada situ mereka memahami betapa tingginya harapan pucuk pimpinan parti itu kepada mereka dalam memastikan kejayaan cemerlang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Perwakilan dan ahli UMNO yang akan memenuhi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehingga Sabtu ini perlu memahami kehadiran mereka bukan sekadar memenuhi sebuah acara tahunan tetapi jauh lebih daripada itu, ia adalah medan untuk mereka bermuhasabah, mengatur strategi dan memantapkan misi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Jangan biarlah pesanan dan amanat barisan kepimpinan terutamanya daripada Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekadar menjadi halwa telinga apatah lagi sekadar salah satu program dalam sebuah perhimpunan agung.

Sebaliknya, mereka perlu menggenggam erat dan menyematkan di dalam hati untuk memastikan maruah UMNO yang sedikit tercalar dalam pilihan raya umum lalu mampu ditebus kembali. Sesungguhnya perhimpunan agung kali ini amat penting ia bukan medan retorik apatah lagi untuk berpolitik sesama sendiri.

Hakikatnya, perhimpunan agung tersebut adalah gelanggang terbaik untuk memberi isyarat dan petunjuk kepada rakyat khususnya orang Melayu bahawa UMNO yang suatu ketika dahulu sebahagian daripada mereka tolak dalam pilihan raya kini sudah benar-benar berubah.

Berubah bukan semata-mata untuk mempertahankan kuasa politik atau kemaruk kuasa tetapi demi memastikan orang Melayu terus dimartabatkan, agama Islam terus dipertahankan dan nasib rakyat Malaysia terus diperjuangkan.

Oleh itu ahli-ahli UMNO perlu memastikan tiada apa-apa tindakan atau tingkah laku yang boleh memberikan gambaran UMNO yang kini berusia 66 tahun masih belum berubah, sebaliknya mereka perlu menunjukkan UMNO adalah sebuah parti yang sentiasa pro aktif mendengar segala keluh kesah rakyat dan sentiasa bersedia berubah demi kesejahteraan rakyat, bangsa, agama dan negara.

Langkah itu bertepatan dengan seruan Najib ketika menyampaikan ucapan sulung beliau sebagai Presiden UMNO pada 2009 apabila antara lain beliau menegaskan, ''…Ahli-ahli UMNO, baik di peringkat kepimpinan tertinggi mahu pun ahli biasa, perlu kerap melakukan muhasabah. Kita perlu bersedia untuk menilik ke dalam diri, melihat kelemahan dan memperbetulkan kekhilafan. Seterusnya, mengambil langkah untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan tersebut. Apa yang penting, ahli-ahli UMNO perlu mewajahkan peri laku mulia dan nilai-nilai murni sebagai asas jati diri dan kekuatan parti."

Sememangnya, langkah untuk berubah dan bersedia berubah serta bermuhasabah adalah penawar yang paling mujarab dalam usaha UMNO memperkukuhkan kembali kedudukan parti itu dalam arena politik negara.

Dan sudah pastilan rakyat akan melihat apakah dalam perhimpunan agung kali ini, UMNO sudah benar-benar berubah.

Selain itu, ahli-ahli UMNO juga perlu menunjukkan bahawa mereka kini telah bersedia untuk turun ke gelanggang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dalam soal ini, ahli-ahli UMNO tidak boleh memandang remeh dan 'menyambut' kehadiran pilihan raya itu seperti mana pilihan raya sebelum ini.

Sebaliknya pilihan raya umum kali ini dianggap paling getir dan paling sengit dalam sejarah berikutan corak politik pakatan pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja demi menawan Putrajaya.

Ahli-ahli UMNO sudah saksikan bagaimana buruk telatah pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas dalam usaha mereka untuk meyakinkan rakyat untuk menyokong mereka.

Apa yang lebih mendukacitakan dalam mencapai impian mereka itu, pemimpin-pemimpin pembangkang sanggup menggugat orang Melayu, mencemarkan kedudukan agama Islam dan memecah belahkan rakyat Malaysia.

Tiada gunanya, jika ahli-ahli UMNO hanya berdegar-degar di dalam Dewan Merdeka dan bersandiwara mendengar pesanan pemimpin tetapi apabila pulang ke kawasan masing-masing bahaya yang menanti dalam pilihan raya umum nanti dilupakan.

Oleh itu ahli-ahli UMNO tidak ada pilihan, selain memastikan kemenangan parti itu dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Apabila mereka pulang ke kawasan-kawasan apabila tamatnya perhimpunan agung tersebut, bermulalah misi getir mereka untuk menyahut cabaran dalam pilihan raya umum nanti.

Janganlah ada lagi sikap mahu berpolitik sesama sendiri, hapuskan budaya cah keting hanya semata-mata tidak terpilih sebagai calon.

Ahli-ahli UMNO harus ingat mereka sudah berjanji dan berbaih untuk menyokong sesiapa sahaja yang menjadi calon. Oleh itu janganlah ada di antara mereka bersikap hipokrit dan lebih burk menjadi pengkhianat kepada parti sendiri.

Ingatlah pertarungan dalam pilihan raya umum kali ini bukanlah pertarungan biasa. Ia pertempuran yang bakal menentukan sama ada ahli-ahli UMNO akan hadir semula ke Dewan Merdeka tahun depan dengan wajah mendongak atau tunduk menahan perasaan malu.

Semua itu hanyalah boleh ditentukan berdasarkan kesungguhan mereka dalam pilihan raya umum nanti. Sesungguhnya mana-mana individu tidak penting, bukan siapa menjadi calon yang harus jadi perhitungan sebaliknya kemenangan parti yang harus diberi keutamaan.

Semoga perhimpunan agung kali ini akan menyuntik semangat pemimpin dan ahli UMNO untuk memastikan parti itu dan BN terus berdiri gah dalam persada politik tanah air.

Sama ada UMNO dan BN akan berjaya atau tidak, tewas atau menang, segala-galanya ditentukan oleh ahli-ahli UMNO sendiri.

Dan mereka boleh memberi isyarat awal mengenai kesediaan mereka untuk terus memartabatkan UMNO dan BN dalam pilihan raya umum akan datang melalui perhimpunan agung yang bakal berlangsung.

Suara Politik
Belantan

Selasa, November 27, 2012

Isu sampah Selangor tiada kesudahan, Bandar Baru Selayang kotor?



Terlalu kerap keluar di dalam dada-dada akhbar ataupun media mengenai masalah sampah di Selangor. Sampai naik jelak rasanya.

Tetapi bagi yang mengalaminya ia merupakan rungutan-rungutan yang perlu disuarakan secara berterusan kerana mahukan tindakan diambil oleh pihak yang bersangkutan. Kebersihan kawasan persekitaran harus dijaga supaya kesejahteraan hidup rakyat dapat dicapai .

Selagi tiada tindakan yang boleh mengembalikan kesejahteraan hidup rakyat sememangnya rakyat akan terus bising. Kebersihan kawasan sekitar ini adalah hak rakyat. Rakyat hanya menuntut haknya supaya fikiran menjadi lapang dan hidung mereka tidak kembang dek bau busuk sampah.

Sampah sarap bertaburan boleh dilihat di Bandar Baru Selayang yang menjadi pusat pentadbiran kawasan Gombak. Longkang-longkang dipenuhi dengan sampah. Tikus sudah sebesar kucing. Lipas-lipas berkeliaran di luar dan memasuki serta mengotori premis-premis.

Laluan belakang bangunan yang sepatutnya merupakan laluan untuk kegunaan servis dibiarkan menjadi tempat pengusahaan mencuci kereta atau tempat mencuci pinggan mangkuk kotor di bahagian belakang restoran.


Tiada satu kenderaan pun yang dapat lalu di laluan servis ini. Mengapa ini dibiarkan berlaku di depan mata? Bertahun-tahun lamanya inilah yang berlaku dan sehingga sekarang masih kekal begitu.

Bandar Baru Selayang merupakan kawasan sesak di hari bekerja. Sebagai contoh nyata Jalan 2/16 merupakan tempat memunggah barangan kerana laluan servis tertutup tidak dapat digunakan.

Bandar Baru Selayang merupakan kawasan kotor, longkang penuh sampah sarap. Di tepi-tepi jalan dan di dalam longkang merupakan tempat longgokan sampah. Hari demi hari dinanti untuk perubahan berlaku.

Dan apa yang lebih menjengkelkan adalah Bandar Baru Selayang adalah merupakan kawasan yang diisytiharkan sebagai Zon Bersih!

Cakap tak serupa bikin. Buang papan tanda Zon Bersih. Kotor pun kawasan itu sakit hati rakyat kerdil ini mungkin tidak sesakit begini. Entahlah mungkin benar orang kata hanya sekadar kerajaan papan tanda!

Suara Politik
Belantan

PAS Kelantan sanggah Karpal Singh?



Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila kerajaan PAS Kelantan menyanggah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung pelaksanaan perundangan Islam kepada orang bukan Islam di negeri berkenaan.

Sebelum ini kedua-dua parti berkenaan turut bertelagah siapa yang harus menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memerintah negara ini.

DAP mahukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim memegang jawatan itu manakala PAS pula mahu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Cuba bayangkan dalam soal sedemikian pun sudah wujud pertelagahan sesama mereka, apa pula yang akan terjadi jika mereka berjaya membentuk kerajaan.


Sebenarnya rakyat tidak hairan dengan konflik yang berlaku antara DAP dan PAS kerana mereka bukannya ikhlas bekerjasama bagi membentuk satu pakatan politik bagi membangunkan negara.

Sebaliknya, mereka berbuat demikian hanya semata-mata mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), dalam bahasa mudah mereka bersatu demi merebut kuasa - tidak lebih daripada itu.

Keadaan ini berbeza dengan kesepakatan dalam BN yang dilakukan atas dasar untuk membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat.

Oleh itu diharap rakyat akan menilai sikap pakatan pembangkang ini supaya tidak terpedaya dengan puak yang bersatu hanya kerana kemaruk kuasa. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan


Isnin, November 26, 2012

MB Khalid cuba main silap mata lagi - Kertas putih air Selangor tanpa cadangan konkrit?



Baru-baru ini kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah membentangkan kertas putih bagi memperjelas isu status penstrukturan semula air di negeri itu.

Kertas putih 'Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya' yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi Selangor diedarkan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Langkah untuk memperjelaskan isu itu nampaknya telah mencetuskan lebih banyak persoalan apabila ia tidak menjelaskan secara terperinci langkah-langkah yang akan diambil bagi membolehkan penstrukturan itu dilaksanakan walaupun tiga kali tawaran pengambilalihan kepada syarikat pemegang konsesi telah ditolak.

Keempat-empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH), Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (ABASS) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Di muka surat 12 kertas putih itu jelas tertera jadual yang menunjukkan rundingan-rundingan di antara kerajaan PKR Selangor dengan keempat-empat syarikat konsesi air itu.


Rundingan pertama telah berlangsung pada 13 Februari 2009 dengan penawaran harga sebanyak RM5.709 bilion bagi mengambil alih keempat-empat syarikat tersebut dan ia ditolak mentah-mentah oleh syarikat terbabit.

Rundingan kedua pula berlaku pada 25 Jun 2009, di mana sebanyak RM9.218 bilion telah ditawarkan kepada syarikat-syarikat itu.

Dalam penawaran itu, dua daripada syarikat tersebut iaitu ABASS dan SPLASH telah bersetuju menerima tawaran itu, manakala PNSB dan Syabas menolak.

Mengejutkan! Kesemua syarikat konsesi berkenaan menolak tawaran ketiga yang dibuat pada 31 Januari 2010 meskipun mereka ditawarkan dengan harga lebih tinggi bernilai RM9.227 bilion.

Persoalannya, mengapa ABASS dan SPLASH yang bersetuju dengan tawaran kali kedua mengubah fikiran mereka.

Sudah tentu ada yang tidak wajar dalam tawaran tersebut dan bukannya seperti didakwa kerajaan PKR Selangor dalam kertas putih itu iaitu syarikat konsesi menuntut nilai pampasan yang lebih tinggi daripada pulangan keuntungan 12 peratus yang ditawarkan.

Sebagai seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang 'tersohor'; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sepatutnya asyik menceritakan apa yang telah dibuat dan 'kesusahan' yang ditempuhinya, sebaliknya perlu menggunakan kepakaran dan kehebatannya bagi menjelaskan kepada rakyat, bagaimana beliau ingin menjayakan usaha mengambil alih syarikat konsesi terbabit yang melibatkan urus niaga berbilion ringgit.


Satu lagi yang dikesalkan, apabila kerajaan negeri dalam kertas putih berkenaan telah menyalahkan Kerajaan Pusat yang didakwa enggan turut serta dalam pengambilalihan syarikat konsesi itu.

Persoalannya, apakah benar Kerajaan Pusat enggan bekerjasama sedangkan di muka surat 18 kertas putih tertulis mengenai surat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong penuh penstrukturan semula tersebut.

Mengulas perkara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, isu utama yang sepatutnya dijelaskan kerajaan Selangor - adakah penstrukturan itu akan membolehkan masalah kekurangan air di negeri itu selesai walaupun jika kerajaan negeri tetap menolak pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Beliau berkata, loji baru itu adalah penting berikutan terdapat kes rizab simpanan air di Lembah Klang dilaporkan menurun kepada 2.4 peratus iaitu jauh lebih rendah daripada 20 peratus rizab simpanan air ideal.

Jelas beliau, rizab simpanan air merujuk kepada margin simpanan air terawat dan bukannya margin simpanan air mentah di negeri itu.

"Berdasarkan kenyataan Abdul Khalid sebelum ini, mungkin beliau tidak faham atau diberikan nasihat salah.

"Sekarang air mentah memang mencukupi tetapi jika Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dibina, di mana kerajaan negeri nak cari rizab simpanan air baru jika permintaan air bersih tiba-tiba meningkat.

"Setiap loji ada kapasiti sendiri. Kalau empangan itu penuh pun, kita tak boleh ambil semua air dari kawasan itu bagi menampung peningkatan permintaan," katanya.


Abdul Khalid dilaporkan berkata rizab simpanan air yang tinggal 2.4 peratus tidak akan menjadi isu, jika air tidak berhasil (NRW) dapat dikurangkan sehingga 10 peratus.

Piarapakaran berkata, isu lain yang sepatutnya dijelaskan oleh kerajaan negeri adalah bagaimana ia hendak meningkatkan kecekapan pengurusan syarikat konsesi dan mengurangkan kehilangan NRW.

"Sebelum ini, kerajaan Selangor berkata rizab simpanan air tidak menjadi isu jika NRW dapat dikurangkan 10 peratus, tapi nak turun akan ambil masa lama. Tidak mungkin dalam masa setahun dua, sebab banyak paip perlu ditukar selain bergantung kepada sumber kewangan untuk tukar paip ini," ujarnya.

Setelah meneliti kertas putih 32 muka surat itu, apa yang dapat disimpulkan, ia adalah terlalu ringkas tanpa sebarang cadangan yang konkrit.

Ia juga tidak menjelaskan sekiranya penstrukturan semula air berjaya dilaksanakan, apakah krisis air yang bakal melanda rakyat Selangor dan kawasan sekitar Lembah Klang diselesaikan?

Jika Abdul Khalid beranggapan bahawa penstrukturan semula air itu penting bagi kerajaan negeri, beliau juga perlu tahu bahawa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 lebih penting bagi setiap rakyat negeri itu dan kawasan sekitarnya bagi memastikan krisis air serius tidak berlaku pada 2014.

Janganlah disebabkan berlainan fahaman politik dan ingin mengambil kesempatan meraih undi menjelang pilihan raya, rakyat Selangor yang menjadi mangsa mainan politik.

Suara Politik
Belantan

Pas angkuh, bernafsu besar demi meraih kuasa?



Mengikuti perjuangan Pas sejak awal sehingga kini nampak jelas perubahan ketara dalam hala tuju perjuangan.

Pada zaman Abu Bakar Bakir, Burhanuddin Al-Helmi dan Zulkifli Muhammad perjuangan Pas adalah untuk agama, bangsa dan negara. Moto ini kalau digunakan sekarang Nik Abdul Aziz akan menganggapnya sebagai moto asabiyah, kaumiyah dan rasis.

Ketika zaman revolusi Iran memuncak Pas mengambil pendekatan radikal sehingga ramai pengikutnya ke Iran untuk meniru cara revolusi Iran terjadi. Ramai orang Pas dan pengikutnya termasuk dikatakan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu juga pendukung faham Syiah.

Pada zaman pakatan pembangkang, Pas menjadi lebih berkecamuk kerana antara kuasa politik dan agama, ghairah ke Putrajaya ternyata lebih unggul. Kalau dulu Abdul Hadi Awang pernah mengkafirkan UMNO kini DAP yang jelas kafirnya menjadi rakan sekutu Pas. Ibarat ludah ke langit tertimpa semula ke muka sendiri.

Oleh kerana ghairah ke Putrajaya, Pas sudah tidak peduli lagi isu pokok dalam perjuangan Islam. Tahalluf siasi yang sepatutnya berlaku dalam kalangan sesama Islam tersongsang kepada kelompok yang bukan Islam iaitu DAP.


Lalu justifikasi diberi untuk meyakinkan khalayak bahawa DAP adalah lebih baik kerana UMNO adalah syaitan dan Firaun seperti kata Abdul Hadi.

Keghairahan itu semakin terangsang dengan tampilnya Anwar Ibrahim sebagai tokoh utama. Karpal Singh dalam Parlimen pernah menyatakan Anwar "kaki liwat" dan dia punya cukup bukti. Mat Sabu menyebut Anwar sebagai "al-Juburi" kerana Anwar semasa dalam kerajaan memiliki kaset perbualan Mat Sabu-Normah.

Atas pertimbangan apa Pas boleh menerima DAP sebagai rakan sepasukan sedangkan Karpal Singh secara terang-terangan menolak gagasan Negara Islam dan hudud.

Atas pertimbangan apa pula Pas boleh menerima Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedangkan integriti Anwar tercemar kerana kenyataan Karpal Singh, Mat Sabu dan dakwaan banyak pihak terhadap isu moralnya.

Kerana terlalu bencikan UMNO dan ingin ke Putrajaya menyebabkan Pas membina "nafsul amarah" yang luar biasa sehingga membelakangkan prinsip kebenaran.


Sikap benci dan dendam ini bukanlah ajaran Islam. Ia adalah penyakit "nafsul amarah" yang membuak-buak sehingga rasa taksub yang tinggi terpancar dalam doa untuk menghancurkan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Seperti yang berlaku pada masa lalu, solat hajat digunakan secara tidak adil untuk membela pemimpin terjadi dan bercanggah dengan syariat. Akibatnya semakin banyak rahsia terbongkar. Apakah Allah tidak mendengar permintaan mereka?

Kalaulah doa yang angkuh dan bernafsu besar itu tidak diizinkan Allah, malah UMNO/BN menang besar apakah ia petanda doa mereka tidak makbul? Pas jangan cakap sombong kepada UMNO dan UMNO tidak pernah mendoakan Pas supaya hancur.

Menyatakan UMNO macam firaun, zalim dan syaitan adalah ungkapan yang terlalu ekstrem dan sukar diterima kerana ia bercanggah dengan fakta. Ia adalah dorongan sifat angkuh akibat gila kuasa yang luar biasa.

Pas kena ingat politik bukan segala-gala. Sewaktu membina impian ke Putrajaya dengan DAP dan PKR, musuhnya UMNO dikecam habis dengan gelaran yang tidak berlapik. Dalam politik tidak ada kawan yang kekal.

Keadaan boleh berubah. Apakah Pas akan menjilat balik apa yang dicakapkannya atau kuasa politik umat Melayu bakal hancur.


Pas amat memahami, golongan hardcore atau kelompok yang bakar tak hangus dan direndam tak basah tidaklah ramai. Dalam politik pengundi terdiri daripada simpatisan dan orang atas pagar.

Khalayak ramai, baik simpatisan dan orang atas pagar menilai. Orang Melayu dan UMNO lebih-lebih lagi rasa tersinggung dengan kenyataan UMNO syaitan, firaun dan zalim. Kenyataan ini amat menyinggung banyak pihak dan mendoakan pula supaya UMNO/BN hancur.

Perhimpunan Agung UMNO akan datang diharap jangan jadi medan balas dendam. UMNO harus berjiwa besar. Sultan Kelantan baru-baru ini bertitah dan menyatakan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan. Baginda juga meminta supaya isu air di Kelantan diselesaikan segera.

UMNO/BN harus gagah menyatakan bahawa program pembangunan di Malaysia selari dengan kehendak Islam. Anak-anak pembangkang diberi biasiswa dan biaya untuk belajar dalam negara dan luar negara dengan adil dan banyak lagi. Sampai hati Abdul Hadi dengan angkuh menuduh UMNO firaun, syaitan dan zalim sedang orang luar menganggap Malaysia negara Islam contoh.

Suara Politik
Belantan

40 rumah dilanda banjir kilat di Meru!



Hujan lebat selama beberapa jam sejak pukul 3 pagi ini mengakibatkan kira-kira 40 buah rumah di Jalan Persiaran Hamzah Alang, Meru di sini dilanda banjir kilat.

Menurut penduduk, rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter dan banjir itu merupakan antara yang terburuk tahun ini selepas kejadian serupa beberapa minggu lalu.

Tinjauan mendapati, selain rumah kediaman, beberapa premis perniagaan juga turut dinaiki air sehingga memaksa pemiliknya menutup perniagaan lebih awal.

Banjir kilat tersebut turut menyebabkan beberapa laluan masuk ke beberapa majlis perkahwinan dan cukur jambul yang dirancang penduduk sekitar terjejas.

Seorang penduduk, Abdul Rahman Kasmiran, 60, mendakwa, banjir kilat itu berpunca daripada masalah kerja-kerja mendalamkan parit yang tidak seimbang.

"Daripada pemerhatian saya, pihak berkuasa hanya memfokuskan kerja-kerja mendalamkan parit di saliran yang menghala ke Meru manakala saliran ke Kapar pula sering dibiarkan.

"Ini merupakan kali ketiga kawasan rumah saya dilanda banjir kilat dan kali ini merupakan yang terburuk," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.


Selain itu, dua laluan masuk utama Masjid As-Shariff di sini juga terjejas teruk apabila ditenggelami air setinggi paras lutut.

Seorang peniaga durian, Mali Ahmad, 60, berkata, kejadian yang telah beberapa kali terjadi sepanjang tahun ini menyukarkan jemaah untuk datang ke masjid berkenaan.

Yang peliknya tidak pula kelihatan kelibat Adun Meru datang melawat, padahal begitu banyak bendera PAS dipasang disekitar Pekan Meru! Kemana perginya Dr.Rani ya? Indah khabar dari rupa..hamPAS..!!!

Suara Politik
Belantan

Ahad, November 25, 2012

Isu Selangor : Data rumah kos rendah yang dikeluar mengelirukan?



Kerajaan regim Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor digesa mendedahkan jumlah sebenar rumah kos rendah dan sederhana yang dibina di negeri ini sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) sejak 2008.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi berkata, desakan tersebut ditimbulkan kerana kerajaan negeri dilihat mengeluarkan data bilangan rumah kos rendah yang berbeza hingga boleh mengelirukan rakyat.

Beliau berkata, pada 30 Oktober lalu kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad telah mengeluarkan iklan di salah sebuah akhbar dengan menyatakan jumlah rumah kos rendah dan sederhana serta mampu milik yang dibina sejak 2008. Sila klik di sini.

''Bagaimanapun, angka-angka yang diiklankan itu lebih bertujuan untuk mengaburi mata rakyat Selangor, selain memberikan tanggapan bahawa mereka kononnya selama ini berusaha menyediakan rumah mampu milik kepada anak muda di negeri ini.

''Apa yang dinyatakan dalam iklan itu amat bercanggah dengan ulasan yang diberikan dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 26 Mac lalu," katanya dalam sidang akhbar bagi mengulas tentang isu perumahan anak muda di Selangor di sini hari ini.

Menurut Budiman, statistik jawapan yang diberikan dalam sidang DUN dengan iklan yang dikeluarkan adalah tidak konsisten dan sangat berbeza sama sekali. Beliau mempersoalkan bagaimana terdapat kawasan yang diumumkan mengalami pertambahan mendadak, malah ada juga kawasan menunjukkan penurunan jumlah rumah yang dibina.

''Sebagai contoh di daerah Klang, terdapat 132 bilangan unit sedang dibina ketika Exco memberikan jawapan dalam sidang DUN, namun pada iklan dalam sebuah akhbar, data tersebut adalah kosong dan tiada seunit pun rumah dibina di kawasan tersebut.

''Data juga begitu mencurigakan bagi kawasan Petaling apabila iklan dalam akhbar menunjukkan sejumlah 4,242 rumah kos rendah telah dibina sedangkan tujuh bulan sebelumnya tiada sebarang rumah dibina di situ," katanya.

Selain itu kata beliau, mustahil jika kerajaan negeri menyatakan rumah berkenaan masih dalam perancangan dan belum dibina kerana mereka turut mengeluarkan data-data bagi rumah kos rendah yang baharu dan masih belum dibina.

Budiman mendakwa, perbezaan antara bilangan unit yang disebut dalam sidang DUN dengan iklan yang dikeluarkan begitu ketara sekali.

''Persoalannya yang mana satukah benar, adakah kerajaan negeri sengaja memanipulasikan angka-angka tersebut untuk mengaburi mata rakyat dan bermain wayang semata-mata?'' katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya memberikan masa seminggu agar kerajaan negeri membuat penjelasan sebenarnya tentang perkara tersebut. Sementara itu, beliau mahu kerajaan negeri menyatakan bagaimana prosedur pendaftaran kepada penduduk Selangor jika ingin memiliki rumah kos rendah yang kononnya telah dibina.

Dalam pada itu katanya, anak muda di Selangor yang berhasrat untuk memiliki rumah kos rendah rendah dialu-alukan menelefon talian Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor di talian 1300-22-2626 dan memberikan butiran terperinci bagi membantu mereka menyelesaikan kemelut perumahan di negeri ini.

Suara Politik
Belantan

Pok Nik Aziz pertahan doa 'UMNO K.O.'?



Mursyidul Am Pas, Pok Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa doa 'UMNO K.O.' yang dibacakan adiknya Nik Razi baru-baru ini bermaksud supaya parti itu atau lebih tepat Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum.

Beliau mendakwa, ramai pihak khususnya pemimpin UMNO tersilap sangka kerana tidak faham ajaran Islam serta tidak membaca dan menghayati al-Quran.

"Sekarang orang sibuk memperkatakan doa UMNO K.O., mereka ingat kita berdoa supaya Allah turunkan bala macam banjir dan sebagainya.

"Kalau minta turun bala begitu, bukan mereka sahaja yang mati, kita pun akan mati juga, maksud doa itu agar rakyat tidak beri undi mereka (kepada BN), maka akan selesai, habislah UMNO.

"Kita mahu rakyat pilih dan pangkah gerakan Islam, inilah yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW, bukan (fahaman) kebangsaan, bukannya kita nak suruh turun bala, tapi puak-puak ini tidak faham kerana dia tidak baca al-Quran," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah pagi di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.

Nik Razi sebelum ini membaca doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhammad IV sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini.

Dalam masa sama, Nik Abdul Aziz turut menafikan mendakwa UMNO murtad sebaliknya menjelaskan tuduhan itu sengaja dibuat akhbar Utusan Malaysia.

"Minggu lepas kata Nik Aziz kata UMNO murtad, ini bukan Nik Aziz yang kata, tapi Utusan Melayu (Malaysia) yang kata, puak-puak ini hanya kira nak menang (pilihan raya) sahaja," katanya.

Akhbar ini pada Isnin lalu melaporkan Nik Abdul Aziz telah memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Laporan tersebut yang merupakan hasil sidang akhbar bersama Nik Abdul Aziz pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 turut dilaporkan akhbar arus perdana lain serta portal berita internet namun hanya Utusan Malaysia yang ditempelak Pas sebagai menyiar berita 'bohong'.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, November 24, 2012

MB Khalid dah kepanasan - Cabar bawa isu TALAM ke mahkamah?



Regim Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang diketuai oleh MB Khalid mencabar MCA terutama Ketua Biro Pemuda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyaman Kerajaan Negeri berhubung isu penstrukturan hutang Talam Corporation Bhd (Talam).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cabaran kepada Barisan Nasional (BN) terutama MCA atau Umno itu bukan sahaja membawa perkara terbabit ke mahkamah malah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kerajaan Negeri membuat penilaian itu berasaskan nilai komersial bukan nilai pertanian. Itu sebab saya galakkan MCA pergi ke mahkamah saman Kerajaan Negeri. Ini merupakan cabaran PR Selangor,” katanya selepas diprovokasi oleh Sulaiman Razak (BN-Permatang) ketika perbahasan kertas putih Talam di Sidang Dun Selangor di sini semalam.


Cabaran tercetus susulan tindakan Sulaiman mempertikaikan usaha Kerajaan Negeri mengutip semula hutang Talam RM392 juta selain membuat perbandingan penilaian harga tanah di Bukit Beruntung oleh Sulaiman & Co dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Terdahulu, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menyelesaikan RM4 juta pembayaran untuk caruman perparitan pada 2010 bagi membolehkan penjualan tanah kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) selepas Talam membuat permohonan menukarkan ‘pertanian’ kepada ‘pembangunan bercampur’ pada 1994.

“Kerajaan Negeri berpandangan bahawa nilaian yang dibuat oleh Sulaiman & Co adalah lebih menepati nilai sebenar tanah Bukit Beruntung itu,” katanya.

Abdul Khalid berkata, penilaian oleh Sulaiman & Co itu menetapkan nilai tanah tersebut pada RM375 juta manakala penilaian oleh JPPH menetapkan nilai tanah pada RM113 juta.

“Perbezaan itu kerana Jabatan Penilaian mengambil kira status kategori kegunaan tanah sebagai ‘pertanian’ manakala nilaian Sulaiman & Co mengambil kira kategori kegunaannya tanah terbabit sebagai ‘pembangunan bercampur’,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Nik Aziz dicabar berdebat?



Para pemimpin agama tempatan terdiri daripada guru pondok, golongan tahfiz, tabligh dan ustaz di negeri ini hari ini bangkit menyatakan bantahan terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berikutan kenyataan beliau yang memurtadkan sesama Islam serta doa Pas yang memohon kehancuran UMNO.

Mereka yang bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan, Minda Pondok turut membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana mendakwa kenyataannya bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah merosakkan akidah ummah.

Ahli Jawatankuasa pertubuhan itu, Mohamad Zainal Abidin Awang yang juga Ketua Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor berkata, beliau mencabar Nik Abdul Aziz untuk tampil bersama saf kepimpinannya berdebat dengan Minda Politik mengenai Islam.

"Ini satu perkara yang tidak boleh dibiarkan dan kami di Minda Pondok dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan supaya rakyat tidak tertipu dan supaya perkara songsang ini dapat disucikan dengan izin Allah SWT.

"Kami amat berdukacita di atas apa yang berlaku sewaktu perhimpunan Pas di stadium di mana Pas telah mendoakan supaya Barisan Nasional (BN) hancur," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian di sini hari ini.

Selain itu, Minda Pondok yang memiliki kira-kira 300 ahli turut membuat dua lagi laporan polis iaitu terhadap adik Nik Abdul Aziz iaitu Nik Razi Nik Mat dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar atas tindakan mereka yang menghina Islam.

Pemimpin agama tempatan berhimpun membuat laporan polis membantah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nurul Izzah Anwar dan Nik Razi Nik Mat di Balai Polis Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.

Nurul Izzah dalam kenyataannya baru-baru ini seperti dilaporkan media menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu perlu diberi hak dan kebebasan beragama.

Sementara itu Jumaat lalu, Nik Razi dalam satu perhimpunan Pas di Stadium Sultan Muhammad IV di sini ketika memimpin doa memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala serta menyamakan parti itu dengan Firaun.

Nik Abdul Aziz dalam satu sidang akhbar ketika Muktamar Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) mendakwa UMNO sebagai murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, doa tersebut tidak salah memandangkan UMNO adalah sebuah parti murtad yang memperlekehkan Islam dan menyamakan situasi itu dengan kisah Nabi Noh.

Sementara itu, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff, 34, yang juga guru agama di Kubang Kerian meminta Pas dan Nik Abdul Aziz menarik balik kenyataan itu serta meminta maaf kepada tiga juta ahli UMNO.

"Minta maaf secara terbuka sebab mereka sepatutnya tahu mana-mana umat di dunia ini yang mengucap dua kalimah syahadah adalah orang Islam, jangan memurtadkan sesama Islam," katanya.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, November 23, 2012

Isu Selangor : Lagi desak PKNS ambil alih hutang?


Penduduk Bandar Baru Bangi berkumpul di hadapan pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Laman Seri, Seksyen 13 untuk mengadakan demonstrasi aman dan menyerahkan tuntutan mengambil alih hutang kediaman mereka.

Para pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak berputus asa apabila terus mendesak perbadanan itu mengambil alih hutang perumahan mereka.

Dengan tuntutan yang sama seperti ribuan pembeli rumah PKNS lain sebelum ini, sekumpulan 70 pembeli rumah yang rata-ratanya rakyat kurang berkemampuan mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat anak syarikat kerajaan negeri itu hari ini.

Mereka mendesak supaya perbadanan tersebut membantu mengambil alih hutang perumahan mereka selain mahu kerajaan negeri membantu mengelakkan kediaman mereka dilelong pihak bank.

Penduduk terlibat yang hadir menaiki dua buah bas mengadakan demonstrasi aman selama 20 minit di hadapan pejabat PKNS di Laman Seri, Seksyen 13 turut menyerahkan tuntutan mengambil alih hutang kediaman mereka kepada Pengurus Komunikasi dan Korporat PKNS, Ishak Hashim kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Salah seorang wakil penduduk, Hadijah Mohd, 62, berkata, pihaknya akan tetap hadir dan menyerahkan tuntutan mengambil alih hutang kepada PKNS sehingga perbadanan itu bersetuju membantu menyelamatkan rumah mereka daripada dilelong.

"Kami mohon kepada PKNS supaya segera mengambil alih hutang kediaman kami. Jika PKNS boleh melangsaikan hutang Talam Corporation yang berjumlah RM392 juta, maka tidak timbul isu jika perbadanan tersebut membantu pembeli rumah yang majoritinya berasal dari keluarga susah.

"Kami meminta supaya PKNS dapat menyerahkan tuntutan hutang ini kepada kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengotakan janjinya untuk membantu rakyat miskin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hadijah yang tinggal di kawasan perumahan PKNS Council Home, Bandar Baru Bangi sejak 12 tahun lalu berkata, penduduk sentiasa menunggu kerajaan negeri dan PKNS tampil menyelesaikan masalah yang menimpa mereka semua.

Sementara itu, Ishak ketika ditemui pemberita bagi mengulas mengenai demonstrasi tersebut berkata, selain membuat laporan polis pada 17 Oktober lepas, PKNS mengedarkan risalah mengenai perkara tersebut kepada pembeli rumah terlibat sejak dua minggu lalu.

"Kita telah mengedarkan sebanyak 5,000 risalah kepada setiap kediaman yang mengadakan demonstrasi dan antara kandungan risalah tersebut ialah penerangan mengenai isu Talam.

"Risalah ini menjelaskan bahawa PKNS langsung tidak terlibat dengan pengambil alihan hutang Talam seperti yang didakwa oleh mereka," katanya.

Tambah Ishak, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang para pembeli rumah PKNS jika mereka tetap mahu mengadakan demonstrasi aman menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang kediaman mereka.

Suara Politik
Belantan

Nurul Izzah: Insafi apa yang diucap, jangan ulas luar konteks?



Reaksi khalayak terhadap pendapat Nurul Izzah Anwar sebagai panel forum di sebuah gereja amat luar biasa sekali.

Yang masih bercelaru dan enggan menyatakan kebenaran ialah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan sekutunya lantaran politik menjaga hati Anwar Ibrahim. Yang Pas perjuangkan kini bukan sangat Islamnya tetapi kerusi dan kuasa.

Ucapan Nurul Izzah harus dilihat dalam konteksnya, bukan penjelasan di luar konteks. Rakaman ucapannya, skrip ucapannya yang disiarkan oleh Malaysiakini, I Christians blog-spot dan media utama yang lain, penjelasan ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim amat jelas bukan dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Nurul Izzah seperti juga ayahnya cuba mencari madah berhelah (defence mechanism) untuk memberi justifikasi bahawa ia tidak bermaksud demikian bagi mengawal kerosakan (damage control). Isu akidah dan murtad pada hemat penulis tidak boleh dipolitikkan.

Kalau politik mengatasi isu akidah dan murtad, ia sesuatu yang amat malang. Pas umumnya menganggap kenyataan Nurul Izzah itu sesuatu yang remeh. Yang lebih utama ialah Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mahu segera ke Putrajaya. Apakah isu murtad dan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) remeh?


Kalaulah isu akidah dan murtad dianggap remeh, penulis tidak tahu apa lagi yang patut diperjuangkan oleh Pas sebagai sebuah organisasi politik Islam terhadap Islam dan umat manusia khususnya yang menyangkut isu yang amat asas dalam Islam.

Nurul Izzah harus menginsafi, dia tahu apa yang diucapkannya itu. Kalau tidak masakan hadirin di forum itu bertepuk tangan seperti yang terlihat dalam rakaman video. Sudah tentu ada perkara yang menggembirakan mereka kerana kenyataan Nurul Izzah itu adalah secocok dengan kehendak mereka.

Nurul Izzah tahu dia bukan ulama. Tidak pula pernah mengikuti pusat pengajian Islam di mana-mana. Pengetahuan mengenai al-Quran dan As Sunnahnya sudah tentu terbatas. Dia patut insaf implikasi kenyataan yang kontroversial itu.

Khalayak sedang menunggu saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia supaya cerita sebenar akan terbongkar. Khalayak juga sedang menunggu penafian beliau terhadap dakwaan Siti Zabedah.

Siti Zabedah patut disaman kerana menempelak Nurul Izzah berputar 180 darjah. Ia boleh menjadi saksi utama sekiranya Utusan Malaysia disaman.

Nurul Izzah tidak sebut pun kenyataannya itu dalam konteks Perlembagaan Malaysia. Anwar Ibrahim, ayahnya dalam kempen politiknya di Terengganu mengatakan kenyataan anaknya itu telah disalahtafsirkan kerana dimanipulasi oleh pihak lain.


Siapakah yang sebenarnya memanipulasi isu ini. Kita bercakap dalam konteks selepas melihat bukti-bukti. Nurul Izzah melakukan justifikasi di luar konteks untuk menyedapkan hati penyokongnya.

Hatta kalau ditafsirkan dalam konteks Perlembagaan Malaysia pun, tafsirnya salah apalagi kalau dirujuk maksud sebenar Surah al-Baqarah ayat 256, jumhur ulama tafsir memberikan tafsir yang serupa dan bercanggah dengan ucapan Nurul Izzah itu.

Kesilapan demi kesilapan yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sekarang anaknya pula. Apakah ini petanda "Anugerah Tuhan" kepada hambanya supaya semakin terserlah perbuatannya. Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Seperti yang selalu disebut oleh Anwar, "Manusia melakukan tipu daya tetapi Allah mengatasi tipu daya mereka" (al-Quran).

Kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyiasat terus kenyataan Nurul Izzah itu adalah amat tepat sekali. Pada hemat penulis JAIS harus bertindak segera dengan adil, profesional dan berasaskan hukum syarak supaya isu ini dapat ditangani dengan berkesan.

Dulu dalam isu 3 Ogos 2011 di DUMC tidak ada keputusan yang konkrit dapat diambil. Kini peristiwa 3 November 2012 di Gereja Subang Jaya sesuatu patut ditentukan supaya suatu keputusan yang berwibawa diambil untuk memberi pengajaran kepada yang lain.

Hal ini sangat penting kerana isu akidah dan murtad jangan jadi wabak yang sukar diatasi nanti. Fahaman liberalisme yang berkembang di mana cara berfikir tercabut daripada akar agama dan pluralisme agama yang semakin menjadi-jadi untuk menyamakan Islam setara dengan agama yang lain dari sudut akidah dapat dibendung.

Jangan sampai kata pepatah " nasi sudah menjadi bubur," "sudah terhantuk baru hendak tengadah," "sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna" akibat kecuaian kita semua dan bersikap apologetik terhadap isu yang amat utama. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Isu Selangor : Tiga tahun hidu bau busuk?



Pusat pelupusan sampah yang dibuka berhampiran Kampung Sijangkang, Kuala Langat didakwa menyebabkan kehidupan seharian penduduk terganggu sejak tiga tahun lalu.

Menghidu udara berbau busuk setiap hari bukanlah sebuah kehidupan yang diingini oleh penduduk Kampung Batu Lapan, Sijangkang di sini. Namun masalah itulah yang terpaksa dilalui oleh mereka sejak tiga tahun lalu.

Penduduk mendakwa masalah itu berpunca daripada tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membuka pusat pelupusan sampah berdekatan kawasan perkampungan tersebut. Keadaan ini mengakibatkan mereka yang sudah 24 tahun menetap di situ terpaksa menghidu bau busuk sepanjang kerja memproses sampah dijalankan.

Bukan itu saja, penduduk juga terpaksa berhadapan masalah keselamatan di jalan raya apabila berpuluh lori keluar masuk ke pusat pelupusan melalui kawasan penempatan setiap hari.

Tinjauan ke lokasi terlibat mendapati dakwaan penduduk ada benarnya.

Selain bau busuk dan memualkan, keadaan pusat pelupusan sampah yang tidak diuruskan dengan baik itu turut mencemarkan pemandangan kepada sesiapa sahaja yang melalui perkampungan itu.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Lizah, 35, berkata, kehidupan mereka sekeluarga bagaikan tidak bererti sejak tiga tahun lalu kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap hari.

Walaupun berada di dalam rumah dan menutup tingkap dan pintu rumah, bau busuk dari tempat pelupusan sampah itu tetap menusuk dalam hidung.

Bau busuk itu bertambah teruk pada sebelah petang kerana tiupan angin dari sungai atau ketika lori-lori sampah datang memunggah sisa buang dan sampah basah dari kilang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Lizah, baru-baru ini penduduk dikejutkan dengan kehadiran jumlah lebah dan tebuan yang banyak berhampiran pusat pelupusan sampah itu. Kami bimbangkan keselamatan lebih-lebih lagi selepas kejadian anak saudara saya berusia dua tahun disengat lebah yang datang daripada guni sampah berisi manisan.

Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat tampil membantu penduduk yang sememangnya berasa terbeban dengan masalah ini,"katanya.

Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Ajis, 40-an, berkata, penduduk pernah mengemukakan aduan kepada pihak bertanggungjawab agar membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut.

Pihak berkenaan ada membuat lawatan ke lokasi, namun apa yang dikesalkan tiada sebarang tindakan diambil. Sedangkan para penduduk di sini terdedah kepada risiko yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan," katanya.

Tambahnya, waktu operasi pusat pelupusan sampah yang tidak tetap itu turut menimbulkan gangguan bunyi terutama ketika pekerja syarikat terlibat menurunkan sampah.

Penduduk tidak menghalang sebarang kegiatan sekiranya ia dijalankan secara sah dan menetapi undang-undang termasuk memikirkan soal keselesaan dan keselamatan penduduk setempat,"katanya lagi.

Suara Politik
Belantan

Khamis, November 22, 2012

Kondominium berhampiran Batu Caves dilulus ahli majlis pakatan pembangkang - Abdul Shukor?



Barisan Nasional (BN) mendakwa projek pembinaan kondominium berhampiran kuil di Batu Caves, Gombak diluluskan ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang dilantik pakatan pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus berkata, beliau dimaklumkan bahawa kelulusan projek tersebut dibuat pada 24 Jun 2008 dan ketika itu tiada lagi ahli majlis yang dilantik semasa pentadbiran BN berada dalam MPS.

''Sehubungan itu, dakwaan pakatan pembangkang bahawa BN bertanggungjawab memberikan kelulusan projek itu adalah berniat jahat dan cuba memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan rakyat kerana ahli MPS yang dilantik oleh BN tidak lagi hadir mesyuarat selepas 8 Mac tahun yang sama.

"Oleh itu, mereka (pembangkang) yang bertanggungjawab terhadap kelulusan projek tersebut. Walaupun sebelum itu, ahli MPS yang dilantik BN ada membincangkan tentang pembinaan kondominium tetapi selepas itu, perkara berkenaan terhenti di situ saja.

''Selepas ahli MPS yang baharu dilantik, mereka meneruskan perbincangan tentang cadangan pembinaan kondominium ini dan seterusnya meluluskan projek tersebut. Jadi, saya ingin bertanya siapa yang bertanggungjawab meluluskannya kerana mereka ada kuasa membatalkan jika tidak bersetuju?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi perbahasan Bajet Selangor 2013 di sini hari ini.

Isu pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat di sekitar Batu Caves terus menjadi perhatian masyarakat India tempatan apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam, Swamy Devasthanam Batu Caves membantah pembinaan kondominium itu yang didakwa akan menjejaskan pemandangan dan struktur kuil.


Malah, dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan mencabar Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu meletak jawatan sekiranya gagal membatalkan projek pembinaan kondominium tersebut.

Dalam pada itu, ditanya tentang cabaran Manoharan itu, Abdul Shukor berkata, gesaan itu datang daripada kalangan pemimpin pembangkang sendiri, sekali gus membuktikan ketidakyakinan pemimpin mereka terhadap kredibiliti Ronnie selaku Exco Hal Ehwal Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri.

Suara Politik
Belantan