Khamis, Mac 08, 2012

Siasatan skandal lombong pasir di Selangor hanya sandiwara!


Kerajaan negeri Selangor hanya bersandiwara dengan meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) untuk menyiasat skandal perlombongan pasir negeri kata MCA Selangor.

Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri, Wong Koon Mun berkata, tidak mempunyai kuasa dan siasatan terhadap skandal itu tidak akan menyelesaikan masalah.

"Memandangkan kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan isu kecurian pasir, mereka hanya bersandiwara dengan meminta Selcat, yang tidak mempunyai kuasa, untuk menyiasat supaya orang ramai akan berfikir bahawa mereka serius dalam isu ini.

"Selain itu, mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada saksi dengan mendakwa bahawa mereka tidak hadir dan enggan membantu pendengaran Selcat dan kemudiannya menggunakan alasan bahawa mereka tidak mempunyai bukti sebagai satu usaha untuk menutup perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Kubu Baru juga berkata, kerajaan negeri tidak menyiasat isu itu malah selepas mereka menerima aduan.

"Laporan Ketua Audit Negara 2009, melaporkan bahawa kes kecurian pasir menjadi serius dan selepas Kuala Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) mengambil alih, satu juta tan pasir dicuri.

"Ini bersamaan dengan RM1.82 juta dalam bentuk cukai,”katanya.

Sementera itu : PKR Selangor memberi pelbagai alasan bagi mengelak isu siasatan Selcat mengenai skandal pasir dibentangkan di DUN!

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Datuk Teng Chang Khim berkata, jawatankuasa itu tidak akan dapat membentangkan keputusan siasatan awamnya mengenai tiga syarikat milik negeri di Dewan Undangan Negeri yang dijadual bermula 19 Mac ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu memerlukan masa untuk memberi perhatian teliti kepada pelbagai isu yang rumit dan teknikal yang dibangkitkan semasa pendengaran terhadap syarikat-syarikat terbabit.

"Pihak jawatankuasa memerlukan masa yang lebih panjang untuk meneliti setiap maklumat yang diberikan daripada pelbagai aspek selain bagi memberi keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan pendengaran Selcat mengenai anak-anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, hari ini.

Selain PKPS, Selcat juga mengadakan siasatan terhadap Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan pemegang konsesi melombong pasir dan sayap pendidikan negeri, Yayasan Selangor, masing-masing pada Isnin dan Selasa.

Chang Khim berkata, pendengaran awam yang tamat hari ini akan disambung semula jika wujud keperluan.

Nampak sangat mereka takut perkara sebenar akan terbongkar jika isu siasatan skandal pasir ini dibawa ke sidang DUN! Jadi pelbagai alasan diberikan bagi mengelak ianya dari dibahaskan! Jadi apa fungsi sebenarnya Selcat ini? Adakah ianya hanya sandiwara semata-mata! Fikir-fikirkan lah...!!!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: