Jumaat, September 30, 2011

Sampai bila PAS nak menipu : Benarkah Karpal Sudah Faham Hudud!




PAS dan Pemimpinnya sudah lama menipu rakyat!

Kenyataan Karpal Singh pada 10 Januari 2008, menyangkal kembali kenyataan Haji Hadi. "Kenyataan oleh Abdul Hadi berhubung perlaksanaan hukum hudud, kononnya DAP sudah jelas dan faham dengan apa yang sedang bermain difikiran Pas, sebenarnya tersimpang jauh daripada kebenaran.Pas tidak pernah menjelaskan isu berhubung perlaksanaan hukum hudud kepada DAP.

DAP sudah tentu ada masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara," kata Karpal Singh. Nampak benar PAS sebenarnya telah menipu DAP dan rakyat dengan menyatakan bahawa penjelasan hudud sudah diberikan kepada DAP. Mengapa PAS buat begitu? Lebih baik rasanya Karpal saman Haji Hadi kerana kenyataan tersebut.

Sehari sebelum itu, iaitu pada 9 Januari 2008, Haji Hadi Awang (Presiden PAS) memberikan kenyataan bahawa "Kita dah pernah buat seminar dan berbincang pasal benda ini (hudud dan qisas) kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Saya rasa tak perlu lagi saya nak jelaskan kepada DAP kerana saya rasa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dah faham," . Haji Hadi menyatakan bahawa saya "rasa" Karpal sudah faham. Rasa sahaja?

Jika kita teliti, dua dua kenyataan ini, nampak benar Tuan Guru Haji Hadi telah berbohong kepada rakyat. Sewajarnya Haji Hadi dan pimpinan PAS perlu panggil Karpal Singh turun ke Kuala Terengganu dan meminta Karpal membuat pengakuan mahu terima negara Islam dan hudud di hadapan pemimpin-pemimpin PAS. Sanggupkah PAS buat begitu? Kalau tidak mengapa masih mahu lagi bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat?

Masih belum terlambat untuk orang PAS dengar pengakuan Karpal. Tidak perlu lagi Haji Hadi berbohong dan berdolak dalih lagi kepada rakyat tentang hudud. Dulu Haji Hadi sendiri akui bahawa hudud hanyalah 0.0001 peratus, tetapi mengapa sekarang PAS berjanji hendak buat kembali?

Tidakkah ini hanya umpan untuk Pilihanraya semata-mata? Karpal sudah berani lawan Anwar dan Haji Hadi. Tertanya-tanya juga kita, siapakah sebenarnya Ketua Pakatan Rakyat? Anwar atau Karpal Singh? Anwar pun tidak berani tegur dan nasihatkan Karpal, oleh itu siapa yang lebih berkuasa?

Angin Perubahan

Suara Politik
Taminsari

Khamis, September 29, 2011

Sekadar renungan : Tumpuan kepada kuasa, parti politik Islam bergolak!

Pergolakan politik dalam dunia Islam masa kini sukar untuk diatasi kerana umat Islam sudah jauh terpesong daripada garis panduan Islam. Politik jika tidak didasarkan kepada prinsip dan konsep perjuangan menegakkan keamanan, keadilan dan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi adalah mudah terpesong kepada perjuangan politik berteraskan kekuasaan dan kebendaan.

Prinsip dan konsep perjuangan yang berteraskan kepentingan rakyat dan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap ahli politik dalam negara Islam. Apabila pemikiran dan jiwa pemimpin politik disematkan dengan semangat memperjuangkan nasib bangsa dan agama maka mereka akan bertolak ansur dalam pelbagai aspek berkaitan dengan kepentingan negara dan agama tanpa menghiraukan kepentingan peribadi.

Kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab dan nasib yang akan menimpa anak bangsa pada masa akan datang boleh membangkitkan semangat wira dalam jiwa setiap ahli politik beragama Islam. Apabila jiwa mereka telah dibangkitkan dengan semangat wira maka mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada objektif perjuangan mereka dalam arena politik. Kesedaran begini kurang wujud dalam jiwa dan pemikiran kebanyakan pemimpin politik dalam dunia Islam.

Politik dalam dunia Islam semakin hari kian bergolak kerana dalam pertarungan politik konsep 'menang' merupakan matlamat perjuangan. Apabila konsep ini dijadikan sebagai matlamat perjuangan ahli-ahli politik maka mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapat kemenangan tanpa melihat kepada kesan dan risiko yang akan mereka hadapi apabila kuasa berada dalam tangan.

Konsep 'menang atau berjaya dalam pertarungan' sepatutnya dilihat dalam perspektif yang boleh menguntungkan bangsa, agama dan negara. Realiti yang jelas kelihatan masa kini ialah kemenangan yang dicapai oleh parti-parti politik Islam lebih menjurus kepada penghakisan kuasa dan kewibawaan umat Islam dan bangsa. Setiap parti politik lebih menumpukan perhatian kepada kemenangan yang hanya dapat bertahan dalam jangka masa singkat.

Ini disebabkan ahli-ahli politik beragama Islam kurang menumpukan perhatian kepada pergolakan dan pertelingkahan sesama umat Islam. Pergolakan dalam politik umat Islam bukan sahaja memusnahkan kewibawaan bangsa dan agama malah ia juga membangkitkan semangat pergaduhan dan dendam kesumat sehingga ke tahap yang boleh memporak-perandakan parti politik mereka sendiri.

Paling memalukan ialah ahli-ahli politik yang memperjuangkan objektif parti yang sama bertarung untuk mendapat kemenangan sehingga ke tahap yang paling serius. Keadaan ini melambangkan bahawa ahli-ahli politik umat Islam kurang peka terhadap akhlak dan budaya berpolitik. Ini merupakan salah satu faktor yang boleh memusnahkan sebuah parti politik yang berwibawa.

Perselisihan ketika berebut jawatan tertentu dalam parti politik boleh diibaratkan seperti orang lapar berebut makanan ketika berada dalam suasana negara ditimpa bencana alam. Apabila suasana begini dipertontonkan kepada rakyat maka timbul persoalan, apakah yang diperjuangkan oleh ahli-ahli politik Islam dalam negara mereka?

Jika sikap dan mentaliti begini dipertontonkan kepada rakyat maka secara spontan mereka boleh menilai dan memahami matlamat perjuangan ahli-ahli politik bukan lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara, tetapi untuk kepentingan diri dan kebendaan. Sikap perjuangan begini menyebabkan umat Islam hilang arus ketika bertarung untuk mendapat kuasa. Mereka tidak menghiraukan tentang hakikat kelemahan diri mereka dalam soal kepimpinan dan pentadbiran negara.

Pemikiran mereka disemat dengan ideologi kekuasaan yang dianggap sebagai satu kenikmatan yang berbentuk syurga dunia dan mampu menyumbang kekayaan dan kemewahan dalam sekelip mata. Ideologi begini menghumban ahli-ahli politik Islam dalam kancah permusuhan yang berkekalan. Perasaan dendam kesumat menjadi sebati dalam pemikiran dan hati nurani mereka.

Kejahilan dan kelemahan diri dalam kepimpinan tidak pernah dijadikan sebagai satu cara untuk menundukkan diri supaya menginsafi bahawa diri mereka tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana kewibawaan mereka dalam soal ini adalah terlalu tipis dan tidak berkemampuan.

Apabila perkara ini menjadi lumrah hidup ahli-ahli politik maka kepimpinan dalam negara Islam menjadi semakin pudar dan sistem kepimpinan dan pentadbiran negara menjadi kian lemah. Akhirnya negara boleh dikuasai oleh orang asing akibat kurang matang dalam arena politik.

Oleh itu ahli-ahli politik Islam perlu bermuhasabah dan memperakui kelemahan diri ketika berjuang dalam parti politik. Penilaian dan kehebatan dalam kepimpinan dan pentadbiran hanya dapat dinilai oleh Allah kerana Dia mengetahui isi hati manusia dan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan kewibawaan agama, bangsa dan negara. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, September 27, 2011

Hudud: Pas dicabar tinggalkan DAP!

Pas dicabar supaya meninggalkan pakatan dengan DAP sekiranya parti pembangkang itu mahu meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Pas sepatutnya tidak perlu tunduk dengan ugutan DAP yang mahu meletakkan jawatan mereka beramai-ramai sekiranya Pas tetap dengan pendirian mahu melaksanakan perkara itu.

"Kenapa Pas perlu takut ugutan DAP jika mereka mahu laksanakan undang-undang hudud. Apa yang jelas kita lihat ialah DAP menentang agenda Pas dan ini bermakna tidak wujud kesepakatan dalam pakatan pembangkang itu sendiri.

"Justeru, jika Pas ini ada prinsip serta maruah, mereka sepatutnya keluar daripada pakatan pembangkang, bukannya tunduk kepada ugutan DAP," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dan menyampaikan sumbangan kepada 128 orang bakal haji kawasan Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Menurut Guan Eng, penegasan itu dibuat sebagai mengulangi pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang bagaimanapun yakin bahawa Pas tetap akan tunduk kepada ugutan DAP dengan melupakan hasrat mereka untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Mengambil contoh di Selangor, Pas sebenarnya amat bergantung kepada DAP untuk membolehkan parti itu terus menjadi kerajaan negeri pada hari ini.

Ini kerana katanya, bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki Pas sebenarnya tidak cukup untuk parti itu mewujudkan kerajaan pimpinannya sendiri kerana hanya mempunyai lapan kerusi DUN dan bergantung kepada DAP yang mempunyai 13 kerusi dan 14 kerusi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Maka sebab itu saya yakin isu hudud Pas ini hanya gimik politik untuk pilihan raya, begitu juga dengan ugutan DAP yang bersifat retorik semata-mata.

"Pas, DAP dan PKR masing-masing bergantung kepada kerusi yang dimenangi mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri kerana tiga parti pembangkang ini masing-masing tidak mempunyai kerusi majoriti.

"Saya yakin Pas akan tunduk juga kepada ugutan DAP ini. Begitu juga dengan DAP yang bergantung harap kepada Pas untuk membolehkan mereka berkuasa," ujarnya.-UM.

Suara Politik
Taminsari

Presiden ACCCIM Tan Sri William Cheng sepatutnya kritik DAP dan bukannya Kedai 1Malaysia!



















Jika kita masih ingat inilah propaganda yang dimainkan sebelum PRU ke-12 yang lalu. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu supaya ketika pilihanraya diadakan, rakyat bangun membantah dan membuat undi protes terhadap BN. Dan ianya telah berjaya sehingga Pakatan Rakyat menang di lima buah negeri. Mungkin kebanyakkan rakyat tidak mengetahui sangat siapa yang sebenarnya mengawal harga barangan jika tidak peniaga-peniaga Cina yang didalangi oleh DAP! Sebab itu mereka kerap memainkan isu harga barang ini supaya pengundi dapat menyebelahi mereka!

Dan ketika kerajaan cuba membantu rakyat yang berpendapatan rendah mengurangkan beban belanja harian mereka, timbul pula seorang manusia bernama Tan Sri William Cheng iaitu Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) bersuara mengkritik kedai 1Malaysia.

Sebagai seorang Presiden ACCCIM, sepatutnya beliau bertindak menegur DAP dan bukannya mengkritik kerajaan dengan projek kedai 1Malaysia! Cheng mendakwa kedai 1Malaysia menjejas peruncit biasa, yang mungkin ditujukan kepada peruncit berbangsa Cina.

Cheng dipetik sebagai berkata, langkah kerajaan mewujudkan kedai-kedai 1Malaysia itu sedikit sebanyak menjejaskan operasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan ACCCIM. Dakwa Cheng, kerajaan perlu berlaku adil dengan membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada supaya mereka mampu bersaing.

Pertanyaan penulis kepada Cheng pula adalah jika kerajaan berlaku adil kepada 30,000 kedai dibawah payung ACCCIM, adakah ianya dapat memenuhi tuntutan DAP dan Pakatan Pembangkang supaya harga barangan harian dapat diturunkan! Adakah mereka akan menjual barangan yang dibekalkan mengikut harga kedai 1Malaysia?

Dan satu lagi pertanyaan kepada Cheng adalah bagaimanakah harga barang-barang yang dikenakan kepada peruncit-peruncit ACCCIM dari pemborong-pemborong sedia ada berbanding dengan harga yang dikenakan kepada peruncit-peruncit melayu! Adakah ianya sama? Buat pengetahuan Cheng peruncit-peruncit kecil Melayu peniaga kecil Melayu sebenarnya bergelut kerana keuntungan diboloti oleh pemborong yang kebanyakan mereka berbangsa Cina.

Buat pengetahuan, pekedai-pekedai yang cuba dilindungi oleh Cheng itu sebenarnya menjual barangan dengan harga yang ada kalanya tidak masuk akal, sehingga ada yang berani menyorok bagi memberi tekanan supaya kerajaan menaikkan harga barangan tertentu.

Malah ada peruncit-peruncit kecil Melayu mengadu, harga borong yang diperoleh mereka berbeza harga dengan pekedai lain yang sebangsa dengan pemborong itu. Jadi, peruncit Melayu hanya akan untung kecil saja atau tak untung langsung jika harganya terpaksa diselaraskan dengan kedai pesaing tadi. Mungkin William Cheng tidak menyedari akan berlakunya hal-hal seperti ini? Ataupun tahu, tetapi buat-buat tak tahu?

Cuba bayangkan jika kedai 1Malaysia dapat menjual barangan 30~40% yang jauh lebih murah dari harga pasaran sekarang, berapakah keuntungan yang didapati oleh peruncit-peruncit dibawah naugan ACCCIM jika menjual barangan yang sama?

Penulis amat bersetuju agar kedai 1Malaysia ini dapat diperluaskan keseluruh negara dengan seberapa segera yang dapat. Maklum balas yang penulis terima dari kedai 1Malaysia ini memang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat. Harga berpatutan dengan barangan yang berkualiti.

Malah berita terkini yang baru penulis terima mengatakan bahawa lebih banyak Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara termasuk di daerah-daerah bagi membolehkan orang ramai mendapat bekalan barang-barang keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi mewujudkan kedai-kedai tersebut. Sebanyak 60 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan di seluruh negara tahun depan. Sebanyak 25 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan sebelum akhir tahun ini.

Yang pasti Kedai 1Malaysia ini dilihat dapat memberi pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan barang-barang keperluan mereka dengan harga lebih berpatutan!

AWAS!!! INI ADALAH CONTOH PROPAGANDA POLITIK MURAHAN YANG DIGUNAKAN OLEH DAP DAN PAKATAN PEMBANGKANG UNTUK MERAIH UNDI BAGI MENDAPATKAN KUASA. MEREKA SEBENARNYA BERSEMBUNYI DISEBALIK KEKUATAN EKONOMI YANG MEREKA KUASAI!!

Suara Politik
Taminsari

Ahad, September 25, 2011

Soalan yang sering ditanyakan kebanyakan orang, mengapa kerajaan tidak melaksanakan hukum HUDUD!

Sudah dinyatakan bahawa tidak semestinya hudud itu perlu dilaksanakan sekaligus atau secara terus. Perlu ada perancangan dan perencanaan yang teliti dan rapi dibuat sebelum kita mahu melaksanakannya secara total di negara kita. Tidak boleh kalau kita perintah hari ni, terus laksana hudud sedangkan masih ramai lagi yang jahil dan belum memahami sepenuhnya mengenai hukum Allah yang maha adil ini.

Pelaksanaannya bukan boleh main-main atau untuk dijadikan modal politik. Ia berkaitan dengan pandangan masyarakat terhadap Islam itu sendiri. Jika pelaksanaannya gagal, maka tidak dapat tidak akan timbul salah faham di kalangan masyarakat bukan Islam dan Islam sendiri. Mereka mungkin beranggapan bahawa undang-undang Islam itu tidak adil dan kacau. Padahal hukum Islam itu memang perfect tetapi disebabkan implementasinya lemah dan tidak bijaksana maka ia akan mencacatkan matlamat perundangannya.

Pelaksanaan hudud bukan soal kewajipan seperti solat dan puasa. Ia berkenaan istitho‘ah, kemampuan pemerintah melaksanakannya mengikut kesesuaian zaman dan tempat, sama seperti kewajipan ibadat haji. Suasana persekitaran yang tidak sesuai tidak memungkinkan pelaksanaan sesuatu undang-undang hudud. Ini pernah disebutkan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Shukri Mohamed.

Memang menjadi kewajipan pemerintah melaksanakan hudud sama seperti kewajipan ibadat haji itu sendiri. Menolak kewajipannya bererti kita terkeluar daripada akidah Islam dan dengan sendirinya dihukum murtad. Tidak melaksanakannya atau menangguhkannya itu lain cerita. Kalau ada pemerintah yang tak mahu laksana tapi tak mempertikaikan kewajipannya walaupun dilihat mampu melaksanakan sepenuhnya hukum tersebut, ia tak boleh dihukum murtad. Ia samalah dengan orang yang sudah mampu mengerjakan haji tetapi masih belum mahu menunaikannya, hukumnya berdosa besar.

Adapun mengenai menangguhkan atau melakukan pemeringkatan dalam pelaksanaan undang-undang Islam, ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Jika sesebuah negara itu masih belum mampu melaksanakannya ia tidak mengapa sama seperti hukum mengerjakan haji terbabit. Bahkan mengikut kaedah fiqh yang masyhur, “Setiap perkara yang membawa kepada suatu kesempurnaan suatu kewajipan, maka perkara tersebut menjadi wajib pula dihukumnya.” Wajib bagi pemerintah menerapkan pemahaman secara berperingkat dan membuat perencanaan sebelum melaksanakan hukum hudud itu.

Ini telah pun dilaksanakan oleh kerajaan kita dan ianya terbukti apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana beliau mengakui bahawa kerajaan telah pun menghubungi kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan satu model yang boleh dijadikan contoh untuk pelaksanaan hudud. Bagaimanapun, masih belum diterima sebarang respon daripada Arab Saudi. Melalui pendidikan, kita boleh lihat melalui matapelajaran Tamadun Islam yang diperkenalkan di peringkat pengajian tinggi dan penyusunan semula sukatan Pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah.

Berkaitan pemeringkatan dalam pelaksanaan hudud ini, Dr. Yusuf Al Qardhawi ada membincangkan di dalam tulisan beliau. Kata beliau, pemeringkatan itu merupakan salah satu sunnah Allah di alam semesta dan di dalam syariah. Allah telah menentukan pelbagai perintah dan mengharamkan perkara yang haram secara berperingkat sebagaimana diwajibkan puasa, diharamkan arak dan seumpamanya.

Alangkah baiknya di sini apa yang dinyatakan oleh para ahli sejarah tentang Umar bin Abdul Aziz sewaktu beliau menjadi Khalifah, setelah manusia menyeleweng daripada manhaj al Khulafa’ ar Rasyidin, melakukan kezaliman, mencuaikan hak manusia dan melampaui hudud Allah.

Anaknya yang beriman lagi bertakwa bernama Abdul Malik datang menemui beliau dan berkata dengan penuh semangat, “Wahai ayahku, kenapa kamu lambat melaksanakan semua perkara ini? Demi Allah, saya tidak akan peduli sekiranya saya dan ayah mengelegak pada jalan Allah ini.”

Lalu bapa yang bijaksana ini menjawab, “Wahai anakku, sesungguhnya Allah telah mencela arak pada dan ayat dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya aku bimbang untuk membawa manusia kepada kebenaran secara sekaligus lalu mereka menolaknya secara sekaligus juga.”

Jelas beliau berpandangan bahawa adalah suatu kebijaksanaan bersikap lemah lembut dan berperingkat dengan manusia sehinggalah mereka menerima kebenaran yang sepatutnya diterima.

Dalam masalah yang sama, Umar Abdul Aziz juga pernah berkata, “Sesungguhnya kaum kamu (Bani Umaiyah) telah mengikatkan perkara ini satu ikat demi satu ikat. Apabila kamu mahu memaksa mereka untuk menarik balik apa yang ada pada tangan mereka , maka saya tidak jamin mereka tidak akan menentang saya yang akan membanyakkan lagi pertumpahan darah. Demi Allah, runtuhnya dunia ini adalah lebih ringan bagi saya daripada ditumpahkan darah kerana saya! Tidakkah kamu redha sekiranya kamu datang pada setiap satu hari mendatangi ayah kamu melainkan kamu ini telah mematikan satu bidaah dan menghidupkan satu sunnah?”

Inilah dia pandangan realiti yang bijaksana yang diyakini, tetapi hendaklah difahami bahawa pemeringkatan (beransur-ansur) dalam pelaksanaan syariah bukanlah bererti membatalkan pelaksanaan hukum syariah atau menggantungkan pelaksanaannya hingga ke tempoh yang tidak ditetapkan. Bahkan ia sebenarnya bererti meletakkan perancangan rapi yang mempunyai peringkat yang telah ditetapkan bagi memindahkan masyarakat kepada Islam yang sebenar dengan memberikan keutamaan bagi sudut pendidikan, media massa dan thaqafah yang bekerja secara bekerjasama dan saling melengkapkan bagi membina manusia yang dikehendaki oleh Islam dan menyediakan suasana yang patut bagi memastikan seluruh syariat Islam itu dilaksanakan dengan jayanya.

Permulaan bagi itu semua ialah menghapuskan halangan di hadapan para pendokong Islam yang benar dalam bentuk individu dan kumpulan dan memberikan jaminan kebebasan yang perlu untuk mereka, supaya mereka dapat melaksanakan tugas mereka untuk berdakwah, memberikan kesedaran, pendidikan dan pembentukan diri. Ini semua adalah perkara yang paling utama.

Pemeringkatan yang perlu menurut Dr. Yusuf Al Qardhawi ialah dengan meletakkan matlamat di hadapan mata, berusaha keras untuk sampai kepadanya, tidak berlalu satu hari, sebagaimana yang dinyatakan oleh Umar bin Abdul Aziz, melainkan dia telah mematikan satu bidaah jahiliyah dan menghidupkan satu sunnah Islam.

Ziad bin Hudair meriwayatkan bahawa Umar r.a. telah berkata kepadanya: Apakah engkau ketahui apa yang akan meruntuhkan Islam? Kata Ziad: Aku menjawab: Tidak! Beliau berkata: Islam diruntuhkan oleh kesalahan alim ulama dan perdebatan orang munafiq dengan al Kitab dan pemerintahan imam-imam yang menyesatkan.” (H/R Ad Darimi : Sahih)

Janganlah seseorang itu menuduh seseorang yang lain dengan tuduhan kafir atau fasik, maka perbuatan itu akan kembali kepadanya sekiranya orang yang dituduh itu bukan seperti itu (bukan golongan kafir atau fasik).” [H/R Muslim dan Ahmad].

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, September 23, 2011

HUDUD sebenarnya hanyalah senjata politik PAS!

Bagi orang-orang Melayu amat sukar untuk membezakan antara UMNO dan PAS, kalau PAS mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, UMNO juga boleh mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, demikian juga kalau PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, UMNO juga mendakwa ianya memperjuangkan Islam, bahkan dalam Perlembagaan UMNO sendiri tertulis dengan jelas matlamat Islam dalam perjuangannya.

Oleh itu untuk menunjukkan yang PAS itu lebih Islam dari UMNO, maka PAS telah membangkitkan hukum hudud yang belum lagi dibangkitkan oleh UMNO dan menggunakan hukum itu sebagai isu politik, supaya dengan demikian penonjolan Islam yang ada pada PAS itu dapat menenggelamkan Islam yang ada pada UMNO.

Isu-isu lain seperti mengkafirkan UMNO, UMNO parti asabiah, UMNO mengasingkan agama daripada politik dan sebagainya dianggap sudah lapok sukar untuk dijadikan sebagai umpan untuk memancing undi. Justeru itu semasa kempen Pilihanraya Umum 1990, PAS telah membesar-besarkan isu hudud dan berjanji kepada rakyat, khasnya di Kelantan sekiranya parti itu berkuasa mereka akan melaksanakan hukum tersebut.

Setelah PAS berjaya memerintah Negeri Kelantan, maka janji yang dibuat oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu hanya tinggal janji, kerana sebelum itu tidak ada apa-apa persediaan yang dibuat bagi melaksanakan hukum tersebut. Tetapi apabila Pilihanraya Umum yang baru heboh diperkatakan yang ianya akan diadakan tidak lama lagi, maka mahu tak mahu janji itu harus diselesaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kalau tidak ianya akan mengancam kedudukan parti yang membuat janji itu.

Justeru itu dalam tempoh yang singkat, secara tiba-tiba pada 24 dan 25hb November 1993, maka bergemalah suara-suara yang lantang dan bersemangat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, menandakan lahirnya hukum Hudud untuk dilaksanakan di negeri itu. Oleh kerana hudud itu sudah dan diluluskan berdasarkan kepentingan politik dan bukan berdasarkan kebenaran serta perancangan yang rapi dan menyeluruh, maka banyaklah kelemahan dan kelonggaran yang tidak mencerminkan Hudud Islam tetapi lebih mencerminkan Hudud PAS.

Antara kelemahan-kelemahan dan kelonggaran yang terdapat dalam Hudud PAS itu menurut mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana hukum tersebut tidak dibuat melalui proses mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan akidah feqah yang syaamil.

Kajiannya amat terhad tidak boleh ditafsirkan sebagai selari dengan kaedah feqah untuk mencapai muslihat ummah. Undang-undang itu juga hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam dikenakan mengikut Undang-undang Jenayah Biasa, perbezaan antara kedua-duanya amat ketara, tidak mencerminkan keadilan dalam apa jua sistem nilai dan agama. Justeru itu maka Hukum Hudud yang ditaja oleh PAS itu terpaksa ditolak dan dikaji semula.

Walaupun hukum itu ditolak, tetapi bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS bukanlah merupakan masalah pokok yang perlu dikesali, yang penting mereka dapat melepaskan diri daripada ikatan janjinya terhadap rakyat Kelantan, kalau tidak janji itu akan mengancam kedudukan mereka dalam pilihanraya yang akan datang, sekarang mereka telah terselamat dari ancaman itu bahkan mereka juga telah mendapat modal baru untuk memancing undi dan modal itu sekarang telahpun kedengaran di sana-sini terkeluar dari lidah-lidah PAS yang panas dan membakar, kononnya UMNO menentang Hukum Hudud, UMNO membuat tipu helah untuk melaksanakan hukum hudud, UMNO menggunakan ulamak ala Amerika untuk menolak Hukum Hudud dan bermacam-macam tuduhan lagi dibuat.

Walau apa pun diperkatakan, UMNO tetap berpegang kepada aqidah dan kepercayaan bahawa Hukum Hudud itu adalah Hukum Allah yang jelas termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, ianya tidak boleh ditolak dan diingkari kebenaran dan kesempurnaannya, sesiapa yang menolak dan mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran dan kepada sesiapa yang menuduh orang lain menolak dan mengingkari Hukum Hudud itu seperti juga ia menuduh orang lain kafir, sekiranya tuduhan itu tidak benar maka tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh itu sendiri.

Ini berdasarkan Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Abu Zar dalam Kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim yang bermaksud;

"Barangsiapa yang menuduh fasik dan kafir, terhadap seseorang yang lain, maka ia sendiri akan menjadi fasik atau kafir, jika tuduhan itu tidak benar".

Tidak melaksanakan Hukum Hudud itu bukanlah beerti menolak atau tidak mempercayai hukum tersebut, kerana soal perlaksanaan adalah berbeza dengan soal kewajipan mempercayainya. Mempercayainya tidak ada syarat, tetapi melaksanakan hukum itu perlu kepada banyak syarat.

UMNO tetap berpegang kepada prinsip perjuangannya dalam menegak dan mengembangkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Dan undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, “ Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam”.

UMNO juga tidak akan mencemarkan Hukum Hudud yang lebih sempurna dan agung itu di mata orang-orang bukan Islam lantaran kepentingan politik, sedangkan kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya belum lagi mengizinkan.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, September 20, 2011

Alahai Hudud Ala-PAS!




















Mungkin sudah ketandusan idea dan terdesak untuk mendapatkan atau mengekalkan undi maka Nik Aziz sudah tiada jalan lain terpaksa memainkan “lagu lama” beliau berjudul “Hudud” bagi mengabui mata rakyat atas kepincangan kepimpinan mereka sekarang.

Lebih-lebih lagi bagi menutup pekong yang semakin “menghangit” akibat bala mulut celupar Timbalan Presidennya, Mat Sabu yang mempertahankan perjuangan komunis PKM sebagai pejuang kemerdekaan!

Nik Aziz dalam kenyataan terbaru menyebut yang beliau berhasrat untuk terus melaksanakan hudud di Kelantan biarpun ditentang oleh rakan sekutu dalam Pakatan Haram Pembangkang. Ini bermakna PAS hendak berbincang semula tentang hukum hudud di Kelantan walaupun sebenarnya ianya sudah lama diluluskan?

Sebelum itu mungkin lebih baik jika kita buka semula cerita lama tentang “lagu Hudud” ini sebelum Nik Aziz "menyanyikan lagu lama" beliau bagi mandapatkan simpati dari rakyat Kelantan yang selama ini begitu taksub terhadap kepimpinan beliau.

Sepertimana yang kita tahu Nik Aziz menggelarkan dirinya sebagai Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. PAS pula mengakui beliau sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah berabad Tok Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan.

Sebagai Menteri Besar, beliau tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri.

Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai "Ulama dan Tok Guru", yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

Dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan. ( Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk Program PAS Negeri Kelantan 1990 )

"Hendak melaksanakan hukum hudud di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak." ( Utusan Malaysia, 11 Februari 1998 )

Sehingga kini, walau apapun alasan, hakikatnya PAS belum lagi menunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Sudah lama rakyat Kelantan menunggu namun segala-galanya hanya tinggal janji sahaja. Diberitakan kerajaan PAS ketika itu terpaksa membayar sebanyak RM250,000 untuk membuat draf , akan tetapi ianya tak boleh dilaksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum.

Kerajaan PAS tidak mempunyai kemampuan dan tenaga pakar perundangan yang mencukupi. Hakim Syarie yang ada sekarang pun tidak mampu menepati 15 syarat yang perlu sebelum boleh membicarakan kes-kes Hudud ala-PAS, bukan Hudud Allah.

Aziz Nik Mat yang dianggap 'Tok Guru' sebenarnya tidak mempunyai ilmu untuk menghasilkan draf hukum hudud yang ingin dilaksanakan parti itu di Kelantan. Ini adalah kerana Menteri Besar Kelantan itu bukan pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang merangkumi undang-undang syariah, usuluddin, baitulmal dan zakat, fikah dan hadis.

Sebenarnya, Nik Aziz hanya pakar dalam bahasa Arab dan kerana faktor itu Draf Perundangan Hukum Hudud Kerajaan Pas Kelantan 1990 tidak dirangka sendiri oleh ulama-ulama PAS sebaliknya terpaksa meminta bantuan ulama dari Asia Barat yang mana kredibiliti mereka kurang diyakini oleh kerajaan negara mereka sendiri. Jika Nik Abdul Aziz mengatakan beliau seorang Tok Guru, jadi kenapa beliau tidak merangka sendiri draf perundangan tersebut dan terpaksa meminta bantuan luar!

PAS tak boleh pinda hukum hudud asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Aziz mula menuduh orang lain, mula-mula beliau tuduh Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri pula. Akhirnya menuduh pula Islam Melayu, UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Guru ini yang hanya mencari "skapegoat" supaya tuduhan diletak keatas bahu orang lain bertujuan menyuci tangan yang penuh dengan najis.

Pendedahan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa Sultan Kelantan telah menandatangani pindaan hukum hudud jelas menunjukkan bahawa PAS bukan sahaja berbohong malah apa yang tersirat sebenarnya ialah mereka hanya menjadikan "Hudud" sebagai propaganda politik - agar PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam.

Selain dari itu, "Hudud" juga dijadikan umpan oleh PAS ! Umpan untuk pancing undi, umpan untuk mendapat kuasa lagi dan umpan supaya dengan kuasa itu, mereka boleh hidup mewah dan mengaut kekayaan negeri Kelantan.

"Sejarah hidup" PAS selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Oleh sebab kononnya "baju" mereka adalah "baju Islam", maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah "fatwa" yang boleh dipercayai.

Sikap totok kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong PAS ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Jika bukan kerana pendedahan Ku Li, mungkin ramai yang mempercayai dakwaan pemimpin PAS bahawa tidak adanya perkenan dari Sultan Kelantan adalah antara penyebab kenapa hudud masih belum terlaksana di Kelantan.

Apa lagi iktibar yang boleh didapati dari pendedahan ini selain dari pembuktian bahawa PAS memang tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum Hudud! Ini semua hanyalah omongan dan nawaitu tidak ikhlas pemimpin PAS untuk menunjukkan kehebatan tidak bertempat kepada rakyat setelah mereka mabuk kuasa!

Lebih menghairankan, PAS yang mendakwa mereka tidak pernah membazir telah menggunakan dana sejumlah lebih RM200,000 wang rakyat, diperuntukkan kepada sebuah syarikat guaman, semata-mata untuk membuat undang-undang yang masih belum terlaksana ini!

Dan lebih menghairankan lagi dalam muktamar PAS baru-baru ini sudah tidak ada cita-cita bagi PAS untuk penubuhan sebuah negara Islam yang diwar-warkan sebelum ini. Yang ada hanyalah negara BERKEBAJIKAN ala-PAS yang mana telah dipelupori oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun dahulu sehinggalah sekarang!

Adalah lebih baik jika PAS benar-benar mahu melaksanakan hukum Hudud, maka pelaksanaan undang-undang hudud itu juga harus dikuatkuasakan di semua negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan tidak terhad di Kelantan sahaja. PAS ada berani ka? Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, September 16, 2011

Berehat buat sementara waktu!


Belantan.blogspot.com mengambil keputusan untuk berehat buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Sekian. Terima kasih.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, September 15, 2011

Alahai Mat Sabu, Bukit Kepong dan DAP!

Seperti rakyat Malaysia lain yang tidak buta sejarah negaranya, Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim walaupun berada dalam parti pembangkang, mempunyai sebab yang sama untuk merasa marah dan kesal dengan kenyataan pemimpin Pas, Mohamad Sabu mengenai tragedi serangan terhadap sekumpulan anggota polis di Balai Polis, Bukit Kepong, Johor.

Tidak seperti Mohamad Sabu atau Mat Sabu, Tunku Abdul Aziz jelas menegaskan, bahawa pejuang-pejuang kemerdekaan yang dicatat dalam sejarah negara sebagai wira negara, walau apa jua pegangan politiknya. Ternyata dalam memperkatakan tentang lipatan sejarah negara, sekutu Pas ini, tidak bersekongkol, berkompromi dan menyokong membuta-tuli apa sahaja yang dikatakan oleh Mat Sabu.

Dalam surat beliau kepada akhbar New Straits Times (NST) baru-baru ini, Tunku Abdul Aziz menyifatkan Timbalan Presiden Pas itu, sebagai 'pelawak politik' yang memang 'mahir' membuat orang ketawa dalam ucapan-ucapannya, tetapi cetek dengan isi.

Bagaimanapun tidak semua lawak Mat Sabu menghiburkan, dan boleh diterima akal walaupun kepada budak-budak sekolah.

Pada saya, kali ini beliau tertembak dengan lawaknya sendiri, apabila mempercayai bahawa 180 hingga 200 penyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari, 1950 termasuk lelaki Melayu Muhammad Indera yang menyerang dan membunuh anggota polis dan keluarga mereka itu sebagai hero dan pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Adalah amat pelik apabila ada pemimpin seperti Mat Sabu boleh menilai dan mengangkat penyerang yang ramai jumlahnya berbanding anggota polis itu, menembak mati anggota keselamatan terbabit termasuk keluarga mereka dan menghumbankan mayat dalam bangunan yang terbakar sebagai hero dan wira sebenar negara? Bukankah tindakan seperti itu hanya dilakukan oleh seorang pengganas?

Tunku Abdul Aziz berkata, Mat Sabu telah memutarbelitkan dan mengusutkan fakta mengenai tragedi itu dengan cara yang tidak bijak, tidak berperasaan dan tidak sensitif dengan mendakwa pengganas-pengganas yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah wira-wira negara yang sebenar.

Menurut beliau, walaupun Mat Sabu tidak menyatakan bahawa penyerang tersebut adalah komunis, tetapi hakikat dan faktanya, penyerang termasuk Muhammad Indera itu adalah komunis.

''Saya mengakui haknya dalam pendapat beliau, tetapi apabila Mat Sabu berada dalam hierarki Pas dan juga seorang pemimpin dalam sebuah gabungan parti pakatan rakyat yang tidak sabar menunggu untuk memerintah negara, maka beliau tidak boleh bercakap seperti seorang pelawak. Dia tidak lagi menghiburkan," tegas Tunku Abdul Aziz yang juga datangnya daripada keluarga polis itu.

Tunku Abdul Aziz turut mempersoalkan sama ada Mohamad mempunyai keberanian moral dan integriti untuk memuliakan wira kemerdekaan yang sebenar.

"Saya tertanya-tanya sama ada Mohamad mempunyai keberanian moral dan integriti untuk berpaling arah di atas hakikat ini, tahap kebinatangan dan kebaculan pihak yang dia sedang cuba muliakan sebagai wira sebenar Merdeka," kata beliau.

Pun begitu, tidaklah menghairankan kenyataan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz ini tidak memberikan kesan kepada Mat Sabu.

Sedangkan desakan Karpal Singh sebelum ini yang mahu beliau menarik semula kenyataan kontroversinya itu pun tidak diendahkan langsung. Sebaliknya, Mat Sabu hanya menyifatkan reaksi pemimpin DAP itu adalah peribadi mereka.

DAP tentu sedar, kenyataan Mat Sabu itu pastinya merugikan Pas, tetapi itu bukan merisaukan mereka, yang paling membimbangkan, ia akan memberi kesan kepada pakatan pembangkang sendiri kerana sememangnya sejarah merekodkan betapa ramainya anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara daripada pengganas komunis. Yang ini bukan satu pembohongan.

Karpal juga sebelum ini menegaskan, rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) setakat ini lebih selesa mengambil pendekatan mendiamkan diri, mungkin bersetuju atau mungkin juga tidak kerana tidak mahu terbabit dalam kedangkalan Mat Sabu.

Atau sekurang-kurangnya kontroversi yang dicetuskan oleh rakan sekapalnya itu, dapat mengalihkan perhatian umum terhadap kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jangka masa yang agak lama juga.

Seperti biasa segala kenyataan merapu serta meraban Mat Sabu, sentiasa disokong oleh pemimpin Pas lain. Pendirian para pemimpin Pas mengenai perkara ini, tidak akan memberi kesan kepada penyokong fanatik parti itu sungguhpun Pas telah menggugurkan perjuangan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam serta melupakan hasrat melaksanakan hukum hudud.

Seperti biasa juga, memperlekehkan polis bukan satu tindakan luar biasa Pas kerana pemimpin-pemimpin mereka sudah terbiasa dengannya.

Dan kenyataan kontroversi mengenai Bukit Kepong ini memasuki fasa paling buruk parti itu dalam memperlekehkan pasukan keselamatan tersebut dengan membawa niat bersama menafsir semula sejarah negara melalui kepercayaan mereka.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, September 12, 2011

Anwar Ibrahim : Penyingkirannya selamatkan bangsa!

Mungkin ini satu rahmat tersembunyi yang ramai orang tidak tahu jika tidak menghayati perjuangan sebenar orang Melayu khususnya UMNO. Penyingkiran Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO adalah tindakan yang tepat kerana ia mengetepikan satu anasir yang boleh mengharu-birukan bangsa Melayu dalam menghadapi alaf akan datang. Tindakan itu juga menyelamatkan UMNO dari dirosakkan oleh orang yang bukan berjiwa UMNO.

Sejarah yang terjadi pada 1982 ketika Anwar menyertai kabinet cukup pahit buat perjuangan UMNO. Pada tahun itu turun seorang lelaki seolah-olah seperti Kaladewata dari langit ketujuh untuk duduk di singgahsana selama 16 tahun. Dengan kedudukan itu, lelaki tersebut telah memasang beberapa mentol lampu di setiap pelosok dan di mana sahaja tempat yang difikirkan perlu. Jelas, lelaki ini telah memasang niat yang tertentu di awal kehadirannya.

Justeru, apabila berlakunya peristiwa penyingkirannya, maka dipetiklah suis mentol lampu itu dan berduyunlah manusia turun ke Kampung Bharu dan sebagainya untuk melaungkan reformasi. Satu budaya yang bukan menjadi amalan UMNO.

Terbuktilah selama ini siapakah dalang yang sebenarnya yang pakar dalam melakukan konspirasi. Siapa yang sebenarnya zalim dan siapa yang mempunyai hati yang busuk serta niat yang jahat.

Selama 16 tahun dalam kerajaan, Anwar Ibrahim begitu licik melakukan pelbagai strategi bagi merealisasikan tujuan asalnya. Dia begitu bijak menutup kezaliman yang dilakukannya. Pernah suatu ketika, seorang wanita di kawasan Permatang Pauh meminta jasa baik TV3 untuk menyiarkan kemiskinan keluarganya dengan kesengsaraan menanggung seorang anaknya yang cacat untuk mendapatkan sumbangan namun Anwar Ibrahim telah mengeluarkan arahan agar TV3 tidak melayan permintaan wanita itu. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga imejnya selaku ahli Parlimen di kawasan itu. Tambahan pula pada waktu itu hampir ke semua media dikawal oleh kroni-kroninya. Ini cerita benar.

Sesungguhnya Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang betul-betul hipokrit. Di waktu di luar kerajaan dahulu Anwar menjerit-jerit untuk membela orang miskin, tetapi sepanjang 16 tahun dalam kerajaan beliau menumpukan perhatian kepada memperkayakan keluarga dan kawan-kawannya sahaja. Membantu orang miskin hanya secara simbolik dan tidak bersungguh-sungguh seperti mengumpul harta.

Seperkara yang amat menyedihkan ialah ketika tidak bersama kerajaan beliau begitu lantang menyuarakan pembelaan ke atas umat Islam di Filipina yang berjuang melalui MORO tetapi apabila duduk di kerusi empuk dalam kerajaan beliau hanya bergaul mesra dengan bekas bintang filem Filipina yang anti-Islam yang semasa itu menjadi Presiden, Estrada. Lebih dahsyat merestui anaknya Nurul Izzah menyembah Estrada si bangsat kaki betina ini.

Ketika melancarkan reformasinya, Anwar Ibrahim memang seorang pelakon yang baik, tidak segan silu menyatakan akan membela rakyat miskin dan mengajak rakyat bersama menentang kerajaan yang dituduhnya suka membuat pembaziran. Namun, dia lupa, semua rakyat dah tahu pe’elnya yang suka memperagakan pakaian yang bernilai puluhan ribu. Hinggakan Anwar Ibrahim digelar pemimpin paling bergaya yang pernah dilahirkan UMNO.

Lebih kejam lagi yang hingga kini, orang Islam Pulau Pinang tidak akan lupa ialah rancangan merobohkan Masjid Jamek, Wakaf Hj.Abdul Wahab di Simpang Enam bagi memenuhi hasratnya untuk membinan bangunan baru bertingkat yang lebih menguntungkan. Masya’ Allah.

Ini adalah sebahagian dari rentetan peristiwa manusia hipokrit yang sentiasa hidup bertopengkan malaikat. Dosa-dosanya selama ini sentiasa berada di pekung dadanya. Negara bersyukur, akibat balasan tuhan manusia seperti ini telah pun mendapat hukuman. Sehingga kini walaupun sudah menjalani hukuman dan dibebaskan, namun 'nafsu serakah' untuk menjadi Perdana Menteri masih belum terpadam? Masih berusaha untuk memecahbelahkan perpaduan Melayu demi mencapai cita-citanya.

Orang Melayu khususnya umat Islam sebenarnya terselamat daripada kemusnahan angkara manusia durjana ini andainya dia terus berkuasa. Dengan mengetahui rahsia sebenar manusia yang bernama ANWAR BIN IBRAHIM ini dengan lebih mendalam lagi, nescaya semua orang akan mengakui betapa ketiadaannya satu rahmat. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Khalid cari populariti murahan - Noh Omar!

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad disifatkan seorang pemimpin yang 'bodoh sombong' apabila menuduh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan UMNO mengadakan konspirasi setelah beliau disiasat mengadakan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Klang, Ogos lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, tuduhan Khalid itu tidak sepatutnya dikeluarkan sebagai seorang pemimpin politik kerana ia menunjukkan sikap tidak matang Ahli Parlimen itu dan tidak menghormati undang-undang.

Beliau berkata, Khalid tidak seharusnya menuding jari kepada pihak lain apatah lagi UMNO yang tidak ada kena mengena dalam kes tersebut kerana mengadakan ceramah agama tanpa tauliah di masjid dan surau di negeri ini merupakan satu kesalahan dan ia termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Beliau mahu mencari populariti murahan dengan membuat tuduhan sedemikian. Kenapa beliau dan pemimpin Pas lain mahu menggunakan masjid dan surau di Selangor untuk mengadakan ceramah, bercakap mengenai politik, dah tak ada tempat lain nak buat.

"Sultan Selangor sebelum ini telah menitahkan supaya masjid dan surau di negeri ini dijadikan gelanggang untuk berpolitik. Khalid adalah pemimpin politik di negeri ini, beliau sepatutnya menghormati titah Sultan Selangor, bukan menunjukkan sikap bodoh sombong dan tidak cerdik," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Khalid pada 7 September lalu yang menyerang pegawai JAIS setelah tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa agama itu mengambil tindakan kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang, bulan lalu.

Menurut Khalid, JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas manakala para pegawai yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 itu mempunyai pemikiran jumud selain mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menempelak Khalid yang sebelum ini menyifatkan peraturan tauliah bagi mereka yang ingin mengajar, ceramah dan tazkirah mengenai agama Islam di surau dan masjid di negeri ini sebagai ketinggalan zaman.

Kata beliau, Ahli Parliman Shah Alam itu sepatutnya sedar bahawa parti yang diwakilinya, Pas adalah yang mentadbir kerajaan negeri ketika ini bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Beliau berkata, sekiranya Khalid mengatakan peraturan itu sudah lapuk, beliau sepatutnya mengemukan pandangannya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sama ada ia perlu digubal atau tidak.

"Kenapa Khalid tidak beritahu kepada Menteri Besar atau Hasan Ali mengenai hal ini. Kenapa beliau nak main politik dengan menuduh dan menunding jari kepada orang lain. Adakah Khalid yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor takut kepada PKR dan DAP," tegasnya.

Sementara itu : Fitnah jatuhkan MB Selangor - MAIS akan saman Khalid

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang majlis itu mengadakan perjumpaan untuk menjatuhkan menteri besar Selangor. Sehubungan itu, MAIS akan merujuk kepada peguam untuk menentukan sama ada satu tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Khalid Samad berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad meminta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjelaskan sama ada mesyuarat majlis itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan beberapa NGO Islam - yang didakwa cuba menjatuhkan menteri besar - bersifat rasmi.

Khalid juga mencabar Pengerusi MAIS Mohd Adzib Isa mendedahkan agenda dan minit mesyuarat, senarai jemputan dan tujuan mesyuarat itu diadakan, sekiranya bersifat rasmi. Khalid Samad turut mendesak Mohd Adzib mendedahkan memorandum yang dihasilkan dalam mesyuarat itu yang didakwa berniat menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebaliknya, tegas Mohd Adzib Isa, perjumpaan dengan 45 NGO Islam pada 5 Ogos lalu bertujuan untuk memberi penerangan dan penjelasan berhubung isu pemeriksaan Geraja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"MAIS tidak menafikan bahawa antara NGO Islam yang hadir pada perjumpaan tersebut terdiri daripada kakitangan kerajaan, tetapi kehadiran mereka bukanlah mewakili jabatan sebaliknya mewakili NGO yang disertainya.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, September 09, 2011

Khalid Samad persenda perkenan Sultan Selangor!

Nampaknya Khalid Samad ini masih tidak berpijak dibumi yang nyata. Kalau sudah datang bertandang ketempat orang, buatlah cara bertandang. Jangan bila masuk kekandang kerbau, nak mengembek pula! Hormatlah sikit adat ditempat kita menumpang dan jangan jadi macam orang kurang ajar.

Khalid Samad sepatutnya sudah tahu iaitu mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, beliau tidak boleh membuat apa-apa penyampaian agama termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Selangor ekoran ketiadaan tauliah daripada MAIS.

Dan ianya selaras dengan perkenan Sultan Selangor untuk tidak memberikan tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik di masjid dan surau di Selangor. Adakah Khalid Samad dan para pemimpin lain tahu akan hal dan peraturan ini!

Jadi tidak perlulah Khalid Samad membuat kecoh cuba menyerang pihak berkuasa agama dengan mengaitkannya dengan UMNO ekoran tidak berpuas hati dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengambil tindakan terhadapnya kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau bulan lalu.

Malah, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu turut mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menyatakan tauliah penceramah tidak perlu, selain mendakwa JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan menyifatkan keperluan tauliah mengajar adalah peraturan lama yang digubal semasa pentadbiran negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dulu.

Beliau juga mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.

“Mereka (para pegawai JAIS) masih mempunyai pemikiran lama. Mereka dengan UMNO menggunakan peraturan tauliah untuk menyekat pergerakan Pas mengadakan ceramah di masjid dan surau.

“Pas dilihat lebih mendekati masyarakat melalui aktiviti ceramah di masjid dan surau. Mereka tidak mahu perkara ini berlaku atas kepentingan politik, maka mereka ambil tindakan menggunakan larangan ceramah tanpa tauliah.

“Kita (pemimpin Pas) mengadakan ceramah di masjid dan surau. Pas sebagai sebuah parti Islam, sudah tentukah kita selitkan hal-hal yang berkaitan tentang agama Islam dalam ceramah,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Khalid menyatakan akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau pada Ogos lalu. Dalam kenyataannya semalam, beliau menyatakan, pihaknya tidak menyatakan tauliah mengajar tidak perlu sebaliknya kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja.

Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi semalam untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Berdasarkan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Khalid berkata, meskipun JAIS ketika ini di bawah pentadbiran parti-parti pembangkang, masih ramai pegawai pihak berkuasa agama itu merupakan orang yang sama ketika pentadbiran BN sebelum tahun 2008.

“Pegawai-pegawai JAIS yang ada adalah orang yang sama seperti sebelum ini (pentadbiran BN) kita tidak pecat mereka kerana kita tidak mahu bertindak zalim. Kita tidak boleh pecat mereka,” ujarnya.

Apa yang dapat dilihat adalah reaksi Khalid Samad terhadap JAIS kerana bertindak ke atas beliau yang memberi ceramah agama tanpa tauliah amat tidak wajar. Seperti apa yang penulis nyata sebelum ini diatas, nampaknya Khalid Samad perlu lebih banyak 'belajar' lagi untuk mengenali adat ditempat orang. Jangan nak serang orang tak tentu pasal kerana itu akan menyerlahkan lagi kebodohan anda sebagai wakil rakyat.

Dalam apa keadaan sekalipun, semua pihak perlu mengambil semangat daripada titah nasihat Sultan Selangor berkaitan isu-isu agama Islam di negeri tersebut. Jangan cuba perlekeh atau persenda perkenan baginda Tuanku Sultan Selangor sebagai ketua Ugama Islam negeri. Janganlah memalitkan isu-isu politik ke dalam institusi agama Islam demi perpaduan umat Islam. Jangan perlekehkan institusi-institusi tersebut tetapi perkasakanlah mereka.

Justeru, apa juga kritikan terhadap apa juga isu berkaitan agama Islam, ambillah pendekatan yang bijaksana supaya kelangsungan syiar Islam tetap terpelihara. Dalam hal ini, sebarang pandangan yang mempunyai niat tersembunyi, apa lagi jika ia penuh dengan matlamat yang tidak relevan daripada kepentingan Islam, tidak sepatutnya timbul terutama daripada kalangan yang mempunyai pengaruh.

Jika itu berlaku, tiada siapa yang beroleh untung sebenarnya. Oleh itu, semua pihak terutama kalangan umat Islam di Selangor, berpeganglah kepada titah nasihat Sultan sebagai pedoman. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, September 08, 2011

Pemimpin PAS sudah terdesak - Terus pertahan Mat Indera!















Seperti yang diduga beberapa pemimpin PAS terus mempertahankan Muhammad Indera iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang kemerdekaan negara walaupun pada hakikatnya mereka tahu itu bukan cerita sebenarnya.

Akibat sudah terdesak PAS melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, apa yang disebut Timbalan Presiden, Mohamad Sabu bahawa Muhammad Indera atau Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan sememangnya benar, tepat dan tidak boleh dipertikai.

"Apa disebut Mat Sabu itu benar dan ia dapat dibuktikan menerusi buku Pengukir Nama Johor yang diakui oleh ahli sejarah, diakui secara rasmi oleh kerajaan negeri Johor," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Pas di sini semalam.

Selain Mohamad, turut hadir Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Mohamad dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu mencetuskan kontroversi apabila menganggap komunis adalah hero sebenar dan bukannya 25 anggota keselamatan dan keluarga mereka yang dibunuh dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya turut menyebut bahawa Mat Indera dan rakan seperjuangan dalam PKM yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, UMNO yang seharusnya dipersalahkan kerana telah melakukan satu jenayah apabila menyatakan Mat Indera sebagai komunis.

"Apa disebut oleh Mat Sabu dalam kenyataannya, sedikit pun tidak ada kenyataan yang membela komunis, tidak ada, sebab perjuangan kita (PAS) menolak ideologi komunis dan menolak perjuangan komunis.

"Apa yang penting kita nak betulkan balik perspektif sejarah itu, mereka yang betul-betul berjuang perlulah diakui dan diiktiraf," katanya.

Mungkin kerana terlalu 'gairah' untuk 'back-up'atau 'membela' Mat Sabu, sehinggakan beliau terlupa nak membaca kesemua isi kandungan buku tersebut yang tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.

Sehinggakan Editor buku terbabit, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid membidas kenyataan kontroversi itu menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.

"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.

Menurut Prof. Datuk Abu Bakar lagi," Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?".

Dan mungkin buku ini juga boleh membantu Mustafa Ali dan rakan-rakan PAS yang lain untuk mengenali Mat Indera dengan lebih dekat lagi! Jika Mustafa Ali dan para pemimpin PAS bekesempatan, cuba cari, beli dan baca. Buku berjudul Memoir Abdullah CD. (Bahagian Kedua)

Rasanya elok kita sama-sama membaca buku Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua) - Penaja Dan Pemimpin Rejimen Ke-10 ini. Mungkin sebelum itu kita bertanya siapakah Abdullah CD ini sebenarnya? Dan didalam buku ini menerangkan yang Abdullah CD adalah orang kanan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan seangkatan dengan Shamsiah Fakeh. Apa pula yang dikatakan oleh Abdullah CD?

Pada muka surat 112 - 120, Abdullah CD ada menulis siapa Mat Indera. Menurut beliau, Mat Indera adalah Ketua Rejimen Komunis Melayu Johor. Jelas, bukan UMNO yang berkata akan hakikat yang sebenar! Tetapi KOMUNIS sendiri yang mengaku. Buku ini diterbitkan pada tahun 2007 oleh syarikat pro pembangkang SIRD.

Dan nasihat buat Mustafa Ali dan rakan-rakan PAS yang lain..! Kalau dah baca dan tak faham juga, cubalah bertanya kepada yang arif tentang sejarah negara dan jangan cuba buat andaian sendiri! Buruk padahnya. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, September 07, 2011

Editor buku tempelak Mat Sabu Bintang 3 putar belitkan " Pengukir Nama Johor"!

Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu @ Mat Sabu Bintang 3 cuba 'mengukuhkan' kenyataannya bahawa Muhammad Indera dan rakan seperjuangan dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan nyata memakan diri.

Apa yang pasti, pemimpin nombor dua Pas itu perlu kembali 'semula' ke sekolah untuk belajar sejarah dengan lebih mendalam kerana dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataannya, sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.

Editor buku tersebut, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.

"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.

"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu pada sidang akhbar di sebelum ini, Mohamad Sabu yang kini lebih dikenali sebagai Mat Sabu Bintang 3 dengan 'yakin' mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

"Berdasarkan buku itu dari awal lagi saya yakin saya menang mengenai isu (Mat Indera) dan keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan bukti bahawa Penaung YWJ ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, malah bersama ahli akademik berwibawa yang dengan jelas menyatakan Mat Indera seorang pejuang dan bukannya komunis," katanya.

Yang pastinya kalau editor buku itu sendiri sudah bersuara menegaskan bahawa Mat Sabu tak layak bercakap untuk menentukan siapa pejuang kemerdekaan, kita boleh nilai sendiri tahap mentaliti penyokong komunis yang sedang tengah tersepit ini!

Penulis buku ini sebenarnya mengajak pembaca untuk berfikir sejenak siapa Mat Indera ini sebenarnya. Samada beliau layak digelar hero atau pengkhianat negara atas penglibatan beliau dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong 1950. Bukannya buku ini iktiraf Mat Indera sebagai pejuang dan bukan komunis.

Nampaknya blog-blog Pakatan Rakyat yang begitu asyik menayangkan bukti ini dan mempertahankan bahawa Mat Indera adalah pejuang sebenar melalui bukti buku ini dan bukan pengganas komunis nampaknya sudah 'terkantoi' sekarang dengan 'game' mereka!

Sama jugalah sebagaimana PAS selalu menggunakan petikan hadis yang sekerat dalam mempertahankan hujah-hujah fitnah mereka semasa 'menghentam' UMNO. Dalam kes ini mereka mengulangi perkara yang sama, hanya mengambil petikan yang boleh membantu mempertahankan hujah mereka tanpa memahami perkara atau cerita sebenar!

Nasihat untuk Mat Sabu Bintang 3, baca dan faham betul-betul isi kandungan buku tersebut sebelum nak putarbelitkan keadaan sebenar! Tak payahlah nak menegakkan benang yang basah kalau inilah tahap mentaliti anda. Tepuk dada, tanya selera! Wallahuallam.

Suara politik
Taminsari

Isnin, September 05, 2011

Sememangnya Mat Sabu berfikiran kontot dan dangkal tafsiran!



Setelah meneliti ucapan Mohamad Sabu atau Mat Sabu dalam YouTube, sememangnya beliau adalah seorang tokoh penglipur lara politik yang sifatnya menghibur. Soal benar atau tidak fakta yang dibawanya, tidak diambil kira. Yang penting pendengar akan tidak kering gusi dengan gelak ketawa kerana cerita yang dibawanya.

Dalam menanggapi Mohd Indera yang bersubahat dengan komunis sebagai hero dan sebaliknya anggota polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong sebagai pengkhianat, terdapat elemen anarki yang tinggi dan tafsir yang songsang. Mana mungkin pendekatan membunuh manusia dianggap sebagai hero. Mana mungkin fahaman komunis yang tidak selari dengan Islam diletakkan dalam martabat tinggi.

Tidak ada alasan syarie atau syarak yang membolehkan perjuangan komunis diiktiraf sebagai perjuangan yang sah. Kafir harbi pun secara syarienya ada kedudukan dalam hukum fiqah Islam. Ini pula fahaman komunis yang menentang agama dan melakukan kekejaman dan kezaliman terhadap orang lain.

Meneliti kecenderungan Mat Sabu dalam ucapannya itu, maka elemen-elemen radikal dan revolusioner amat nyata. Apakah Mat Sabu yang mengkagumi Revolusi Iran dan Imam Khomeini ingin membawa faham dan cara tersebut ke Malaysia. Sekiranya hal ini benar ianya amat bahaya.

Semua orang Islam tahu bahawa fahaman komunis adalah bercanggah dengan Islam. Pendekatan komunis terhadap orang Islam di mana-mana amat zalim dan penuh dengan sejarah hitam. Atas rasional apa Mat Sabu mengangkat orang komunis sebagai wira sebenar. Komunisme dan pergerakan komunis mempunyai rangkaian di seluruh dunia dan bercita-cita menjadikan komunis suatu fahaman politik dan ingin menguasai dunia.

Apakah Mat Sabu pernah terbaca sejarah perjuangan Chandra Bosh di India memperjuangkan fahaman komunisnya. Apakah Mat Sabu terlupa dengan Stalin dan Lenin di Rusia dan Mao Tse Tong di China semuanya ingin membawa fahaman komunis ke seluruh dunia. Tidakkah dengan mentafsir Mohd Indera sebagai hero menyebabkan Chandra Bosh, Stalin dan Lenin serta Mao Tse Tong juga dianggap sebagai hero antarabangsa.

Di sinilah kontotnya pemikiran Mat Sabu dan dangkal tafsirnya semata-mata niat politiknya untuk memenangi hati golongan tertentu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Kenyataan Mat Sabu itu adalah suatu penghinaan yang amat jijik kerana ia berlaku ketika umat Islam berada di sepuluh hari terakhir Ramadan yang besar ertinya dalam mengukuhkan akidah dan ibadah umat. Tiba-tiba lahir suatu kenyataan yang menyatakan komunis itu sebagai pejuang sebenar. Tidakkah kenyataan ini bercanggah dengan akidah tauhid kerana fahaman komunis bercanggah dengan Islam.

Kedua, ia berlaku pada saat Malaysia sedang menghadapi ulang tahun kemerdekaan. Kenyataan itu seolah-olah menafikan sama sekali pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu seperti Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman dan pasukan keselamatan negara bahawa mereka adalah pengkhianat dan bukan hero yang sebenarnya.

Kita percaya tidak semua orang Cina atau Melayu atau India yang percaya kepada fahaman dan perjuangan komunis. Pengalaman menentang komunis di Malaya (kemudian Malaysia) adalah perjuangan semua pihak khususnya orang Melayu yang beragama Islam. Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh orang Melayu tidak saja pada zaman penjajah tetapi selepas merdeka dalam menentang angkara komunis di Malaysia.

Kalau zaman penjajah Mat Sabu mengatakan polis dan tentera adalah alat penjajah. Kalau selepas merdeka dan komunis masih ada - mereka itu alat siapa pula?

Mat Sabu akan menjawab mereka alat kepada kerajaan. Maksud Mat Sabu ialah mengajak orang ramai menentang kerajaan atau menentang UMNO. Inilah inti penglipur lara Mat Sabu sebenarnya. Tetapi mengapa nak bandingkan dengan komunis. Apakah sampai begitu kebenciannya terhadap kerajaan dan UMNO?

Apakah tidak cukup dengan label-label taghut, kafir, sekular, liberal sehingga perlu dilabel komunis pula kerana pada hemat Mat Sabu, komunis adalah hero dan orang lain adalah pengkhianat.

Kalau Mat Sabu berjaya menumbangkan kerajaan yang ada kerana mereka adalah pengkhianat, apakah Mat Sabu bila memerintah nanti akan mendukung faham komunis kerana mereka adalah hero dan bagaimana pula dengan perjuangan Islamnya sekian lama.

Mat Sabu harus mampu meneliti jejak-jejak sejarah secara waras. Mat Sabu mungkin tak pernah dengar kisah kekosongan sewaktu Jepun menyerah kalah selama 13 hari sebelum pentadbiran Tentera British sampai dari India. Ramai orang Melayu dibunuh dengan kejam dan komunis secara paksa cuba menguasai tempat-tempat strategik dalam negara ini.

Kedatangan Jepun ke Malaya sebenarnya ingin menentang penjajah British juga disamping membawa kesedaran baru "Asia untuk Orang Asia." Apakah Jepun juga boleh dianggap sebagai hero kerana Jepun menentang British dan melakukan kezaliman yang luar biasa terhadap masyarakat Tanah Melayu khususnya orang Islam.

Oleh itu pandangan Mat Sabu terhadap isu ini amat dangkal dan tafsirannya amat cetek sekali. Mengapa dikatakan begitu kerana Mat Sabu tidak meletakkan sejarah dan tafsirannya dalam perspektif yang betul. Datuk Sagor, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan lain-lain dalam buku-buku teks sejarah Malaysia dilihat sebagai pejuang. Sumbangan tokoh-tokoh ini dan yang seumpamanya diletakkan dalam perspektif yang betul.

Begitu juga banyak kajian ilmiah dibuat terhadap Abu Bakar Bakir, Burhanuddin al Helmi dan lain-lainnya mempunyai sumbangan dalam perjuangan kemerdekaan seperti juga peranan yang dimainkan oleh Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman.

Malah tokoh seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan ada juga peranannya dalam perjuangan kemerdekaan. Sejarah adalah cerminan kisah silam dan boleh diberi dengan pelbagai tafsiran. Tetapi tafsiran biarlah munasabah dan tidak mengambil pendekatan yang ekstrem.

Yang hairannya kenyataan Mat Sabu itu tidak diberi reaksi oleh pemimipin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Karpal Singh ada membuat kenyataan yang tidak bersetuju dengan Mat Sabu. Apakah dengan Pas dan PKR mendiamkan diri itu menyatakan dua perkara. Pertama, bersetuju dengan kenyataan Mat Sabu itu atau kedua, tidak bersetuju tetapi tidak mahu berbeza dengan Mat Sabu dibimbangi ia sesuatu yang tidak bijaksana.

Yang pastinya bekas-bekas anggota polis dan tentera dalam Pas akan merasa tidak senang dengan kenyataan Mat Sabu itu. Ia tidak baik bagi Pas dan PKR. Orang bukan Melayu pun rasanya tidak akan berasa selesa dengan kenyataan Mat Sabu itu. Sebahagian besar orang Cina senang dengan sistem kapitalis laizzerfaire atau pasaran bebas yang bercanggah dengan sistem komunis. Apakah kenyataan Mat Sabu itu menemui nasib seperti kata pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran."

Mat Sabu kena faham bahawa orang Malaysia tidaklah sebodoh yang beliau sangka. Sebahagian besar orang Malaysia ada ilmu dan sebahagiannya lagi adalah pengamat kritis tetapi ada etika dan tanggungjawab. Sekiranya Mat Sabu membuat justifikasi yang cetek dan dangkal dalam analisisnya, ia memperlihatkan integriti yang rendah terhadap pemimpin nombor dua Pas itu.

Dan sekiranya pendapat Mat Sabu dianggap benar maka seluruh tradisi akademik atau pun ilmiah dianggap tidak mempunyai nilai apa-apa. Dan sekiranya seluruh tafsiran sejarah akan diubah apabila Mat Sabu dan sekutunya berkuasa nanti (minta dijauhkan Allah) perjalanan sejarah akan menjadi kacau dan perspektif perjuangan komunis dianggap sesuatu yang unggul - pastinya bercanggah dengan Islam itu sendiri.

Apakah ini membawa petanda Mat Sabu dan kawan-kawannya akan bertukar ke arah konsep negara berkebajikan kepada liberal, pluralis, sosialis dan komunis? -UM.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, September 04, 2011

Najib sifatkan Noramfaizul wira Malaysia sebenar!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi di Somalia, semalam, sebagai seorang wira Malaysia sebenar “yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan”.

Sambil melahirkan rasa sedih berhubung apa yang berlaku, Najib berkata: “Kita telah kehilangan seorang rakyat Malaysia sangat mulia dan benar-benar berdedikasi.

“Beliau bersedia mengambil risiko untuk memberikan liputan meluas mengenai misi kita membantu orang lain di banyak tempat di dunia.”

Bercakap kepada Bernama hari ini, Najib berkata, lawatannya ke Perth disingkatkan dan akan pulang ke Kuala Lumpur bagi membolehkan beliau berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk ketibaan jenazah Noramfaizul dari Mogadishu.


Ini adalah gambar terakhir Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang dirakamkan oleh rakan setugasnya ( Minaq Jinggo ) beberapa jam sebelum jurukamera BernamaTV itu terbunuh setelah terkena tembakan curi ketika menyertai misi bantuan di Somalia, kelmarin.

Noramfaizul, 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di di Somalia.


Noramfaizul telah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Malaysia di seberang laut yang bertujuan untuk menolong mereka yang amat memerlukan bantuan.

“Beliau seorang yang berdedikasi dan individu yang tidak mementingkan diri yang bersedia untuk bertugas di kawasan persekitaran yang mencabar dan ganas seperti di Gaza dan Pakistan,” kata Najib.

Beliau berkata, malahan jurukamera BernamaTV itu bersedia untuk pergi ke Somalia selepas beliau menyedari ia mungkin merupakan misi berbahaya. Sudah tentu beliau mahu berada di tempat itu bagi merekodkan satu misi kemanusiaan. Anda boleh kata bahawa kematiannya akibat kebinasaan lingkungan.

“Bagaimanapun, kita telah kehilangan seorang yang sangat baik, rakyat Malaysia yang sebenar, seorang wira yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan,” katanya.

Kematian Noramfaizul menyentak perasaan rakyat – Muhyiddin

Sementara itu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pula merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat di Mogadishu, Somalia, semalam.


Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri ketika bertemu dengan keluarga Allahyarham

Timbalan Perdana Menteri berkata, berita menyedihkan itu tentunya menyentak perasaan rakyat Malaysia khususnya fraterniti media tempatan yang tidak pernah menghadapi situasi seperti ini di dalam negara.

“Saya yakin pemergian Noramfaizul bukan sahaja dirasai kaum keluarga Allahyarham, bahkan industri kewartawanan media yang kehilangan seorang rakan yang dedikasi, tekun serta berani menghadapi cabaran dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan,” katanya dalam kenyataan.

Muhyiddin berkata, selain anggota keselamatan, pengamal media juga banyak berkorban demi tugas tanpa mengira hari dan waktu terutamanya ketika musim perayaan, berjauhan daripada kaum keluarga dan orang tersayang.

“Seringkali pengorbanan mereka terbabit dipandang ringan. Sudah tiba masanya kita tunjukkan penghargaan dengan mendoakan keselamatan mereka,” katanya.

Noramfaizul, 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

“Kami berharap anggota keluarga Allahyarham Noramfaizul sabar menghadapi kehilangan insan tersayang. Doa kami semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin,” kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri meminta semua yang terlibat dalam misi kemanusiaan di Somalia lebih berhati-hati memandangkan keadaan yang membahayakan di negara benua Afrika itu.

"Saya reda atas pemergiannya" - Isteri Allahyarham Noramfaizul

Norazrina Jaafar, isteri kepada jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terbunuh di Somalia pula berkata beliau reda dengan pemergian Allahyarham.

"Saya reda terhadap kehilangan Allahyarham, Ia adalah qada dan qadar Allah S.W.T. Saya menerimanya,” katanya di sini.


Norazrina, 37, berkata, suaminya pernah mengikuti beberapa tugasan yang berisiko tinggi sebelum ini dengan Allahyarham menganggap ia adalah sebahagian daripada tugasnya sebagai jurukamera berita.

"Sebelum ini, Allahyarham turut mengikuti penghantaran misi bantuan kemanusiaan di kawasan gempa bumi di New Zealand. Tugasan dianggapnya sebagai arahan yang perlu dipatuhi,” katanya.

Rakan karib Allahyarham, Ahmad Azmai Awang yang juga Ketua Jurukamera BernamaTV berkata, sejurus selepas menerima maklumat mengenai tragedi itu, beliau terus menghubungi isteri Allahyarham semalam.

Beliau berkata, Noramfaizul merupakan jurukamera yang berdedikasi serta berpengalaman luas membuat liputan di beberapa kawasan konflik dan bencana dunia seperti di Gaza, Pakistan dan New Zealand.

"Tahun ini merupakan kali kedua Allahyarham tidak dapat berhari raya bersama keluarganya kerana tahun lepas beliau turut membuat liputan misi kemanusiaan di Pakistan,” katanya.

Ahmad Azmai yang mula mengenali Allahyarham sejak awal 90-an menyifatkan beliau sebagai seorang yang amat ceria dan memiliki komitmen yang tinggi terhadap tugas yang amat diminatinya sebagai jurukamera.

"Beliau adalah seorang yang amat ceria, walaupun ketika menghadapi masalah tetapi beliau akan tetap ceria seolah-olah tiada masalah. Kehilangan Allahyarham amat dirasai oleh rakan setugasnya,” katanya.

Anak Noramfaizul akan diurus kerajaan - Shahrizat

Manakala Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula akan menguruskan perbelanjaan anak-anak Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia akan dibuat menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu meringankan beban keluarga Noramfaizul.

"Saya difahamkan Allahyarham adalah anak lelaki tunggal serta soleh dan merupakan seorang petugas yang begitu baik sekali di Bernama, bagi pihak kerajaan saya nak maklumkan bahawa kami akan menghulurkan bantuan.

"Buat masa ini kami akan membantu persekolahan anak-anaknya iaitu akan mengambil alih perbelanjaan mereka nanti, dan pihak YKN juga akan memberi sumbangan sebanyak RM5,000 untuk persekolahan anak-anaknya,” katanya kepada pemberita ketika melawat rumah keluarga Noramfaizul di sini, hari ini. Noramfaizul meninggalkan isteri, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki — Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.


Tepat pukul 10.05 pagi tadi jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia, selamat tiba di Pengkalan Udara TUDM Subang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib bersama rakyat menyambut jenazah allahyarham sebaik sahaja diturunkan dari pesawat Charlie-130 TUDM sebelum dibawa ke masjid TUDM untuk dimandi, dikapankan dan juga sembahyang jenazah. Selepas itu jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan berhampiran UPM untuk dikebumikan disana selepas waktu zohor.







Sungguh syahdu menyayat hati...!! Menitis airmata tanpa disedari....YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin menatap wajah jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor selepas upacara solat jenazah pagi tadi di Masjid TUDM Subang.


Jenazah Noramfaizul Mohd. Nor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) petang tadi. Jenazah Noramfaizul juga diberikan penghormatan tertinggi apabila kerandanya diletakkan dengan bendera Jalur Gemilang sebagai tanda penghargaan terhadap keberanian serta kesungguhannya menjalankan tugas untuk negara walaupun sedar risiko yang harus dihadapinya.

Sebelum itu keranda jenazah juga disambut oleh sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengusungnya sehingga ke dalam van sebelum dibawa ke masjid Pangkalan Udara TUDM untuk disembahyangkan. Semuga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham. Al-fatihah.

Suara Politik
Taminsari