Isnin, Mac 29, 2010

YB Zahrain dan Zulkifli Dah ‘Londehkan’ Anwar Dan PKR, Mat Sabu Tunggu Bila Lagi!

Baru-baru ini dua orang YB bebas iaitu Datuk Seri Zahrain dan Yb Zulkifli telah ‘melondehkan’ Anwar Ibrahim didalam persidangan Parlimen sehingga membuatkan ‘suhu’ didalam Dewan agak kepanasan. Anwar yang kelihatan seperti cacing kepanasan dan tergamam dengan tindakan dua orang bekas pengikutnya terpaksa ‘lari’ keluar negara untuk mendapatkan talian hayat bagi membantu beliau!

Kalau kita masih ingat dalam ‘kes liwat 1’ Anwar, Mat Sabu iaitu salah seorang kawan baik Anwar kerana mereka sekampung tahu akan cerita liwat Anwar bersama Karpal Singh sehinggakan Karpal menjaja kes liwat 1 ketika itu di Sidang Parlimen. Kes liwat 1 telah dibawa ke mahkamah dan Anwar didapati bersalah di mahkamah Tinggi. Setelah membuat rayauan akhirnya Anwar terlepas di sebabkan kesalahan teknikal!

Jadi untuk kali keduanya, penulis nak tahu kenapa sampai sekarang Mat Sabu masih berdiam diri tidak mahu menceritakan hal yang sebenarnya ( kes liwat 1 ) kepada umum tentang salahlaku sex luar tabii Anwar! Mat Sabu tidak seharusnya memejamkan mata dalam kes liwat Anwar Ibrahim ini. Jika sebelum ini, dia begitu lantang mencerca Anwar Ibrahim sepatutnya dia lebih lantang lagi melakukan cercaan itu kerana ini adalah masa yang terbaik untuk Mat Sabu membuktikan apa yang dikatakan dahulu walaupun Anwar sudah terlepas dari dijatuhkan hukuman.

Adakah oleh kerana Anwar sudah ‘ sekapal ‘ dengan mat Sabu sekarang, maka Mat Sabu harus menyembunyikan kemungkaran yang telah dilakukan oleh Anwar. Bukankah dia orang pertama memberi gelaran Anwar Ibrahim Al-Juburi dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini. Rakyat tidak seharusnya tertipu dengan sandiwara Pas ini. Mat Sabu telah lama pukul canang dan menggelar Anwar dengan nama Pak Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi kerana beliau kenal siapa Anwar , orang kampungnya.

Dia sendiri telah maklum dengan salah laku Anwar sebelum ini. Tentu banyak lagi rahsia tentang Anwar ini diketahuinya. Namun mengapakah Mat Sabu tidak mahu membongkarnya lagi? Bukankah ini satu usaha murni menerangkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar Ibrahim agar rakyat tidak terus tertipu di sebalik watak kepura-puraan Anwar ? Inilah yang menjadi persoalannya.



















Bukan setakat Mat Sabu sahaja yang tahu perangai sebenar Anwar ini malah seluruh pemimpin PAS juga mengetahuinya. Tetapi mengapakah pemimpin-pemimpin Pas ini hanya membisu? Dalam soal ini PAS tidak mampu lagi untuk berdalih bahawa PAS sendiri mempunyai agenda politik tersembunyi. PAS yang gila kuasa menggunakan kesempatan dalam kes Anwar ini untuk memikat pengikut setia Anwar ini untuk menyokong PAS. Malah PAS juga cuba menangguk di air yang keruh dengan memfitnah Kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya untuk mendapat sokongan rakyat.

Seandainya Anwar Ibrahim tidak disingkirkan dalam UMNO dan Wan Azizah bersama parti Keadilannya tidak bekerjasama dengan PAS, pasti pembongkaran demi pembongkaran terhadap siapa Anwar Ibrahim sebenarnya akan lantang dihebahkan kepada rakyat. Inilah wajah politik PAS yang sebenarnya. Kepentingan peribadi diletakkan di atas segala-galanya manakala kehendak sebenar rakyat diketepikan. Yang penting KUASA, KUASA….KUASA.

Mat Sabu juga pernah mencabar Anwar untuk bersumpah di Masjid Permatang Pauh bahawa Anwar tidak mengambil wang RM60 juta dari tauke judi Magnum – Datuk Nalla. Anwar Ibrahim tidak berani untuk menyahut cabaran tersebut dan juga tidak berani berdepan dengan Mat Sabu di atas pentas yang sama sehingga hari ini. Alangkah baiknya jika Mat Sabu terus membuka topeng yang melindungi Anwar selama ini agar rakyat dapat menilai siapakah sebenarnya PENGKHIANAT BANGSA. Namun ini semua tidak mungkin berlaku kerana percaturan politik PAS yang ketagih kuasa dan atas sifat inilah maka PAS akan terus menyembunyikan perkara sebenar dengan harapan rakyat beralih sokongan kepadanya.

Namun percayalah Allah s.w.t Maha Berkuasa. Allah s.w.t tetap akan menaikkan yang hak dan menjatuhkan yang bathil. Liwat itu adalah kerja bathil, zina adalah kerja bathil, menyalah guna kuasa juga adalah kerja bathil. Yang paling bathil dan hina adalah menggunakan agama sebagai topeng untuk menduduki takhta kuasa dan selanjutnya menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kebathilan yang lain. Mat Sabu dan Anwar Ibrahim mungkin serupa tapi tak sama. Wallauallam.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Mac 27, 2010

Sidang Akhbar berkenaan Konvensyen Barisan Nasional Selangor


Satu Sidang Akhbar berkenaan Konvensyen Barisan Nasional Selangor akan diadakan pada tarikh dan masa seperti dibawah

Tarikah: 29 / 3/ 2010
Masa: 12.30 Tengahari
Tempat: Bangunan UMNO Selangor
Sidang Akhbar akan diadakan oleh Dato Seri Zain dan Dato Satim Diman

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA!

Sebenarnya Anwar telah merancang komplot menembusi dan merampas kepimpinan UMNO melalui ‘projek usrah’ bersama kroni dan kuncu-kuncunya dalam ABIM dan PKPIM serta badan belia dan pelajar di UM, UTM, USM dan IPT lain yang disokong oleh pensyarah-pensyarah anti-establisment, anti-kerajaan, yang bersedia bersekongkol dan diperalatkannya, sejak tahun 70-an lagi.

Pengisytiharan jihadnya menentang rasuah, kezaliman, melalui demonstrasi di UM, di Baling, di Kedutaan Amerika Syarikat, dengan slogan dan retorik anti-establishment, anti-kerajaan dan anti-UMNOnya serta mengecam ‘social decadence’ dan budaya kuning, isu penindasan kaum Muslim di Pattani oleh Kerajaan Tun Thanum Titikachorn sekitar awal tahun 70-an adalah sebagai strategi pancingan semata-mata untuk mengabui mata pemimpin Kerajaan ketika itu.

Dalam hati nuraninya Anwar menyedari dirinya sendiri seorang psuodo-Islamik dan psuodo-Nasionalis – Melayu celup, ulamak celup, kerana beliau sendiri tidak pernah pergi sekolah agama bagaimana mahu menjadi ulamak.

Beliau mengetahui beliau adalah lebih rakus lagi dari orang yang dituduhnya rakus, mampu bertindak lebih rasuah dari mereka yang dikecamnya rasuah. Cuma jauhari kenal manikam dan bila beliau didakwa di mahkamah, maka diulanglah semula episod retorik fitnah, kezaliman, kronisme dan nepotisme, walhal beliaulah semuanya itu seperti yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran (2:10) "Dalam hati-hati mereka ada penyakit, dan Allah tambah penyakit mereka itu. Bagi mereka itu adalah seksaan yang amat pedih, dengan sebab mereka telah berdusta".

RASIONALNYA: Anwar telah memulakan komplot mencabar kepimpinan Kerajaan melalui pengisytiharan ‘jihadnya’ dengan kroni NGOnya (ABIM, PKPIM dan lain-lain) menentang establishment melalui program ‘usrahnya’ adalah disebabkan beliau tidak ‘dapat’ (habuan material-cake) semata-mata.

Beliau berselindung di belakang isu-isu agama dan kebangsaan, kerana beliau sendiri sedar beliau ialah ulamak-celup dan Melayu-celup berlakon pura-pura alim dan memperjuangkan kemiskinan orang Melayu di Baling… cuma Nalla saja kenal Nalla dalam Anwar, maka berlakulah episod ‘solid grip’ Tivoli Villa.

Bila sudah ‘dapat’, beliau yang selama ini memakai baju malaikat, terbukti menjadi lebih terus dari mangsa yang ditentangnya. ‘Mengata orang, akulah yang lebih’, terbukti telah mewujud dan melahirkan kroninya sejak sebelum menjadi Menteri, kerana itu bersungguh-sungguh mahu menjadi Menteri Kewangan walhal di Universiti Malaya, sekadar lulus Ijazah Sarjana Muda Sastera sahaja, tapi berlagak pandai dalam ekonomi dan kewangan.

Seperti firman Allah s.w.t.: ‘Jangan mengata orang lain kerana belum tentu kita lebih baik dari orang yang kita caci’, dan firmanNya lagi, ‘kalau diberikan satu tanggungjawab kepada yang bukan pakar mengenainya, tunggulah musibahnya’.

Bahawa orang ramai dan negara yang menanggung bencana akibat kezaliman, kerakusan dan tamak haloba kepimpinan kroni Uncle Sam yang ‘menentang’ kerana hendak dapat jadi ‘Agong’, hendak jadi Perdana Menteri, jadi Peguam Negara, jadi Menteri Dalam Negeri, jadi Ketua Polis Negara, jadi Menteri Kewangan, mengaut harta melalui kroni tajaannya.

Bila gagal dalam komplot merebut ‘kuasa’ tersebut, maka Anwar kembali dalam sarung ‘malaikatnya’dan Tun Dr. Mahathir jadi sasaran hati dan niat jahatnya yang luar biasa. Pemimpin semacam ini serta kroninya adalah amat bahaya, bukan saja kepada umat Islam di Malaysia tapi kepada tamadun Islam seluruh dunia, maka wajar ditolak dan dibuang dari UMNO.

Apakah Pas masih sanggup bermutaah dengan KeADILan yang tetap dibayangi oleh pengaruh Anwar? Tapi masalahnya Pas-KeADILan itu 2X5, sama-sama pengamal budaya politik " MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Mac 26, 2010

Al-Fatihah Buat Ahli Parlimen Hulu Selangor


MP Hulu Selangor meninggal dunia

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak. Dr. Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Taminsari : Salam takziah buat keluarga allahyarham. Al Fatihah. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Mac 24, 2010

SURAT TERBUKA UNTUK KHALID IBRAHIM !




*Klik pada gambar untuk bacaan jelas.

Sumber : Informer PKR

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Mac 21, 2010

Kata Anwar di London : In Umno, they don’t even want to understand what Islam is about!

Agak pelik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Parlimen, Anwar sanggup meninggalkan persidangan semata-mata hendak memenuhi undangan satu persidangan lain di London?

Adakah sikap Anwar ini memenuhi kriteria beliau sebagai Wakil Rakyat di Parlimen. Lebih pentingkan undangan dari menghadiri persidangan? Adakah Anwar faham akan fungsi beliau sebagai Ketua Pembangkang Di Dewan Parlimen. Ataupun hanya sekadar hendak menunjukkan muka pada hari pembukaan persidangan sahaja disebabkan akan kehadiran DYMM Yang DiPertuan Agong. Kalau di lihat " trend " Anwar, hampir setiap persidangan Parlimen, beliau akan " lari " ke luar negara? Kenapa ya!

Agak malang bagi rakyat Permatang Pauh yang mempunyai wakil rakyat mereka di dewan Parlimen, tetapi seringkali mengabaikan tanggungjawapnya. Berbaloikah elaun Ahli Parlimen di bayar kepada Anwar. Lebih-lebih lagi selepas " dimalukan " oleh bekas orang kuat beliau Datuk Seri Zahrain di Parlimen baru-baru ini. Adakah disebabkan " panas punggung " lalu Anwar bergegas ke London meninggalkan persidangan untuk " menyejukkan diri " disamping menagih simpati dengan masyarakat disana?

Seorang wanita yang kudung kedua belah kaki mendakwa kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengabaikan kebajikan orang kurang upaya (OKU) sepertinya. Beliau yang berasal dari Permatang Janggus, Permatang Pauh di sini turut mendakwa Ahli Parlimen kawasan tersebut, Anwar Ibrahim juga tidak pernah datang menjenguk atau menghulurkan bantuan.

Berikutan perasaan tidak puas hati tersebut, Fauziah Abdul Kadir, 48 tahun, yang berkerusi roda, berkunjung ke Komtar untuk menyerahkan kek hari jadi sempena dua tahun pentadbiran pakatan pembangkang di sini kepada Guan Eng.

Fauziah berkata, dia bukan marah tetapi terkilan dan kecil hati kerana tiada siapa pun daripada pihak kerajaan negeri atau wakil rakyat tempatnya menghulurkan bantuan. ‘‘Saya kecewa kerana mereka langsung tidak mengambil tahu dan menolong OKU seperti saya, malah Anwar pun selama ini tidak pernah datang, bukan dia tidak kenal dan tidak tahu masalah saya,” katanya.

Selepas rahsia Anwar terbongkar dan mendapat " malu besar " di Parlimen, dengan peluang yang beliau dapat ke London tanpa rasa segan silu Anwar cuba memburukkan UMNO dan juga kerajaan Malaysia! Lebih-lebih lagi dengan sokongan yang beliau dapat dari kumpulan haram Hindraf yang dilihat begitu aktif melobi ahli-ahli Parlimen British.

Berikut adalah kenyataan Anwar yang disiarkan oleh The MalaysianInsider yang mana dilihat beliau cuba menghentam UMNO dan juga kerajaan Malaysia seolah-olah beliau sahaja yang betul dan pandai dalam serba-serbi:

Anwar Ibrahim has slammed as “ridiculous” the idea that Muslims in Malaysia were under threat from Christians, and instead accused Umno of sanctioning racism. “In this Allah issue, the idea that Muslims are under threat from Christians is ridiculous to say the least,” he said at a press conference, after his talk at the London School of Economics here yesterday.

“They are playing with fire,” he said and added that the prime minister’s 1 Malaysia slogan, based on a united Malaysia, was not consistent with what was happening on the ground. “Malaysia is not a Muslim state, or... well, I’m not sure now,” he joked. “But it is not secular either because there is not a total separation of religion and state.”

He explained that while countries like the United States are seen as secular, they were in fact built on religious principles. Earlier in his talk, which saw hundreds being turned away, he accused Umno of simply feigning interest in Islamic values. “What Umno has done is not about Islamic issues at all. If you find a committed Muslim, you can argue with him, but in Umno, they don’t even want to understand what Islam is about.

“It is just political expediency and a crude blend of politics. It is distasteful, the way they abuse the Chinese,” he added, in seeming reference to a recent racist statement by Datuk Nasir Safar, made when he was still an aide to the prime minister.

“There should be freedom not just for an ex-deputy prime minister,” he said in reference to the overturning of his sodomy conviction in 2004, “but all Malaysians.”Anwar went on to explain that the basic issue was one of governance, and added that the strength of Islam in South East Asia was in its inclusivity and moderate position, which took into consideration the interests of other religions.

“The moment Syariah courts can compel non-Muslims, it transgresses fundamentals of the Constitution. It becomes contentious when you deny the rights of non-Muslims or use obscure Syariah interpretation to impose on non-Muslims. “We need to educate Umno leaders,” said the former deputy president of the Malay party, drawing laughs from the 400-strong audience of mostly Malaysian students at the talk.


Terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk menilai apa yang telah diperkatakan oleh Anwar. Cerita sebenar 16 Sep. iaitu " rampasan kuasa cara Anwar " telah di ketahui ramai. Anwar tanpa rasa bersalah masih cuba untuk " menegakkan benang yang basah " dengan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia di luar negara!

Pernahkah Anwar cuba untuk mengetahui akan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengundi-pengundi beliau di Permatang Pauh? Pesan penulis kepada Anwar : Jangan anggap diri anda itu terlalu baik, kerana ada orang yang lebih baik dari anda. Cukuplah dengan ' kerosakkan ' yang anda telah lakukan selama ini terhadap orang Melayu semata-mata hendak memenuhi hajat anda untuk menjadi Perdana Menteri! Seperti apa yang Karpal Singh katakan sebelum ini, BERTAUBAT lah.

Rakyat sedang menanti dengan penuh minat akan kepulangan Anwar ke tanahair untuk mengetahui lebih banyak lagi pembohongan yang telah dilakukan oleh Anwar! Ianya bakal dibongkarkan lagi oleh bekas-bekas ahli Parlimen PKR nanti. Apakah kita perlukan seorang pengkhianat bangsa dan negara ini dijadikan pemimpin kita. Sama-samalah kita fikirkan sebelum nasi manjadi bubur! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Mac 19, 2010

Tengku Razaleigh kecewa jasanya tidak dikenang !

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau kecewa kerana jasanya menubuhkan agensi itu tidak dikenang bahkan “dimarahi” disebabkan pendiriannya menyokong kerajaan PAS Kelantan menuntut isu royalti minyak.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata beliau menyokong tuntutan itu kerana menganggap pemberian wang ihsan (bukan royalti) oleh kerajaan pusat satu tindakan yang tidak tepat seolah-olah mengambarkan sebagai “peminta sedekah”. “Mengikut undang-undang yang saya rangka dan masih dipakai sehingga sekarang Kelantan patut mendapat royalti minyak,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Agama Saniah di sini.

Tengku Razaleigh berkata beliau menubuhkan Petronas kira-kira 37 tahun lalu atas arahan bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak mempunyai telaga minyak.

Katanya Razak mahukan beliau merangka satu draf undang-undang supaya negeri-negeri itu akan mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus sekiranya telaga minyak dijumpai berhampiran dengan sesebuah negeri itu tanpa menyebut jarak dari pantai. Menurutnya hasil penubuhan itu Petronas menyumbangkan RM75 bilion setahun kepada kerajaan pusat iaitu 42 peratus daripada pendapatan punca hasil negara.

Umno-BN terjejas jika lawan arus dalam isu royalti

Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan kedudukan Umno-BN akan terjejas pada pilihan raya umum ke-13 jika rakyat Kelantan terus dinafikan hak dapatkan royalti. “Susahlah sikit kalau tidak bersama dengan apa yang menjadi harapan rakyat. Orang panggil menentang arus. “Apapun kena tengok pada pilihan raya nanti, sebab saya bukan tok nujum,” kata beliau.

Hampir dua bulan lalu Tengku Razaleigh menyampaikan ceramah yang sama di Kota Baru dengan menegaskan Kelantan berhak menerima wang royalti lima peratus. Dalam pertemuan singkat itu beliau sekali lagi mempersoalkan kredibiliti kerajaan Umno yang terus mempertikaikan hak Kelantan dalam isu royalti dengan menganggap sebagai berfikiran sempit.

“Saya rasa sempit sangat pemikiran kita, kalau Umno pun kenapa tak mahu bagi kepada rakyat Kelantan? Apa kerana PAS menang, tak mahu bagi? “Kalau begitu silap, minyak ini hak rakyat seluruhnya. Soal politik soal lain. Ini soal kehidupan, soal kemajuan rakyat bersama. “Masalah orang (rakyat) hendak kepada Umno atau PAS itu hak dia (rakyat) masing-masing.

“Duk bercakap 1 Malaysia… 1 Malaysia… tapi macam mana 1 Malaysia kalau sebelah sini ‘rebeh’ (tidak diberi keadilan),” katanya. Menjawab usaha NGO yang bertindak akan menyerahkan memorandum bersabit isu tuntutan royalti minyak kepada Yang di-Pertuan Agong Sabtu ini, Tengku Razaleigh menyifatkan ia satu tindakan yang baik. “Baguslah kalau hendak bawa memorandum kepada Agong supaya Agong lebih maklum. “Tambahan dulu rakyat Terengganu dapat royalti tapi dinafikan selepas ia diperintah PAS,” katanya.

Semalam Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengumumkan dua memorandum melibatkan Kelantan dan Terengganu berkaitan tuntutan royalti akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong sempena keberangkatan baginda ke Terengganu Sabtu ini. Bulan ini genap 10 tahun Terengganu dinafikan hak royalti oleh kerajaan pusat.

Sementara itu : Musa Hitam - Wang ihsan atau royalti biar kerajaan negeri uruskan!

Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas.

Justeru seolah-olah senada dengan pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah, Musa memberitahu, berdasarkan pengalamannya itu beliau lebih “arif” dalam isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat sekarang.

Musa berkata pembayaran wang itu biar apapun istilahnya mesti dibuat kepada kerajaan negeri kerana matlamatnya adalah untuk pembangunan rakyat. “Sama ada wang ihsan ke royalti, itu tak mustahak. Asalkan mereka menggunakannya untuk pembangunan rakyat. “Kita harus wujudkan satu sistem di mana kita boleh memantau penggunaan wang itu, walaupun kuasanya diberikan kepada negeri berkenaan,” katanya.

Pandangan ini dibuat ketika soal wang royalti menjadi isu politik hangat buat masa sekarang dengan Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan dan Ketua Umno Gua Musang berulang kali menegaskan Kelantan berhak menerima royalti atau bayaran tunai tetapi bukannya wang ihsan yang ditentukan kerajaan pusat.

Perkara itu ditekankan beliau pada ceramah perdana di Kota Baru akhir Januari lalu. Tengku Razaleigh akan muncul pada majlis dialog yang diadakan di negeri jiran Terengganu, yang juga hanya pernah dibayar wang ihsan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1999. Beliau dijadual untuk menyentuh isu itu sekali lagi yang sebelum ini mencetuskan polemik dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno-BN.

Musa, yang pernah bergandingan dengan Tengku Razaleigh pada pemilihan Umno tahun 1987 melawan kepimpinan Presiden Umno ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, menyedari pandangannya ini mungkin akan menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin mno. “Jelas kepada saudara, bila dengar saya cakap ni, saya punya pendapat ‘not mainstream’.

“Ada orang kata boleh jadi lagi dekat dengan Tengku Razaleigh. Jangan salah faham pulak... Musa dah balik dengan Tengku Razaleigh, tak ada, kita dah tua, ‘don’t worrylah’,” katanya. Dalam komennya itu Musa juga percaya bahawa Tengku Razaleigh tahu apa yang beliau pertahankan.

“Kalau betullah kata Tengku Razaleigh, saya fikir Tengku Razaleigh arif dalam hal ini, oleh sebab dia dulu dengan Petronas, dia dalam kerajaan,” katanya. Sebelum ini Tengku Razaleigh mempertahankan hak Kelantan menuntut royalti minyak. Kerajaan Kelantan pula pada tahun lalu menuntut royalti RM2 bilion hasil operasi cari gali minyak di perairannya daripada kerajaan pusat.

Namun kerajaan pusat mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti berkenaan kerana dua telaga minyak berkenaan terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairannya. Sebaliknya kerajaan pusat melalui perbincangan dengan Petronas memutuskan untuk membayar RM20 juta dalam bentuk wang ihsan kepada Kelantan iaitu lima peratus hasil pengeluaran gas di Blok Medan Bumi Selatan.

Pembayaran itu akan dibuat sebelum akhir bulan ini. Untuk tujuan itu kerajaan pusat menubuhkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan. Mesyuarat pertama jawatankuasa Khamis lalu memutuskan bahawa kumpulan pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana akan turut dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada dana wang itu.

Pelik tapi benar : Apakah kedua-dua bekas pemimpin kerajaan ini lupa akan sejarah! Adakah Ku Li lupa dengan apa yang beliau katakan pada tahun 2000? Rakyat tidak akan lupa akan apa yang telah dikatakan oleh Musa Hitam semasa Tun Mahathir keluar dari UMNO tahun lepas, " terkeluarlah duri dari daging UMNO " seolah-olah Musa Hitam masih berdendam dengan Tun Mahathir! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Mac 17, 2010

Anwar Penipu Besar, " Panas Bontot " Cabut Lari Keluar Dewan!

Anwar mungkin beranggapan dengan menarik balik rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Zabidin Mohd. Diah menolak permohonannya agar menarik diri daripada mendengar kes liwatnya akan meredakan suasana. Rupa-rupanya anggapan beliau begitu meleset sama sekali. Diharapkan cerah sampai kepetang, rupa-rupanya hujan ditengahari.

Tidak disangka-sangka semasa menonton berita TV3 malam tadi, tiba-tiba dimuatkan dengan " drama " Anwar di " londehkan " didalam Dewan Parlimen. Dan tidak disangka juga orang dikatakan " bijak berpidato " muka merah padam di lanyak oleh bekas orang kuatnya sendiri! Ia bagai satu kejutan. Kejadian ini berlaku selepas Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan selaku Ketua Pembangkang menguasai sidang Dewan Rakyat selama kira-kira tiga jam membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang Dipertuan Agong.

Dewan gamat sekali sekala semasa perbahasannya yang berakhir pada jam 5 petang. Segalanya bermula bila bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim pula bangun berucap sebagai pembahasa kedua. Tanpa banyak membuang masa dan di luar dugaan para Ahli Parlimen dan pembangkang,beliau terus masuk gear lima membuat pendedahan apa yang didakwanya pembohongan pimpinan PKR untuk meyakinkan mereka gerakan 16 September untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional boleh berjaya.

Beliau mendakwa antaranya mereka diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi dibolehkan pihak pembangkang bentuk kerajaan.

Katanya Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam. Dakwanya lagi mereka juga diberitahu bahawa angkatan tentera menyokong mereka. ”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”katanya. Menurutnya salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap sedia untuk istihar Anwar sebagai Perdana Menteri.

Pendedahan ini telah mencetuskan suasana gamat dan kecoh dalam Dewan Rakyat.

Ini bila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk mempertikaikan pendedahan Zahrain. Pada ketika yang sama para ahli parlimen Barisan Nasional berteriak membantah. Keadaan menjadi bertambah gamat bila Anwar tiba-tiba kelihatan bersiap hendak keluar dari dewan ketika Zahrain sedang membuat pendedahan.

Anwar bagaimanapun tidak mempedulikan tempik sorak para ahli parlimen Barisan Nasional yang meminta jangan keluar dan dengar pendedahan Zaharain. Beliau melangkah keluar dari dewan pada 5.10 petang. Zahrain pula teruskan ucapannya. Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan pada tepat jam 5.30 petang.

Zahrain turut menyifatkan Anwar sebagai “raksaksa pelbagai wajah” ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Beliau mendedahkan, antara punca beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar ialah apabila PKR terlampau memperhambakan diri kepada Dap sedangkan ketua pembangkang itu pernah memberitahunya yang PKR tidak akan tunduk kepada parti itu.

Zahrain akan menyambung ucapannya esok. Difahamkan Anwar tidak akan hadir sidang Dewan Rakyat esok kerana akan berlepas ke luar negara malam ini. Ditemui para wartawan sejurus keluar dari dewan, Anwar enggan mengesah atau menafikan pendedahan oleh Zaharin.

Sementara itu Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin ketika ditemui untuk ditanya apakah pendedahan Zahrain ini merupakan kejutan yang beliau maksudkan bakal meletup di Dewan Rakyat beberapa hari lalu. ”Ini bukan kejutan saya. Tapi saya yang terkejut” katanya.

Namun katanya apa yang didedahkan oleh Zahrain itu betul. Jadi apakah kejutan atau " peluru-peluru " yang bakal diluahkan oleh YB Zulkifli pula selepas ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Raksaksa pelbagai wajah
Gambaran yang munasabah
Imej anwar kuat berhujah
Hakikatnya dia bermasalah


Suara Politik
Taminsari

Ezam : Anwar amal rasuah dan kronisme ketika jadi Menteri Kewangan!

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Mohamad Ezam Mohd Nor kelmarin mendakwa, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan rasuah dan kronisme sewaktu memegang jawatan dalam Kabinet.

Ezam berkata, Skim Kontraktor Wibawa (SKW) yang diwujudkan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan adalah semata-mata memenuhinya nafsu dan sifat tamak halobanya.

Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, daripada 2,000 syarikat kontraktor Melayu berdaftar, 15 syarikat diberikan projek secara terus tanpa tender di mana setiap projek bernilai RM1 billion.

“Saya dedahkan ini sebab saya mahu semua orang tahu bahawa Anwar pemimpin yang pentingkan diri sendiri, dan saya yakin Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak akan berani bersumpah menafikan perkara ini kerana buktinya ada dalam pengetahuan saya,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada Ceramah Umum Membongkar Rahsia, di Kampung Jalan Kebun, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, laungan tender dan ketelusan yang dibuat Anwar kini, langsung tidak diamalkan ketika beliau masih berkuasa, masih menjadi Menteri Kewangan dan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Malah, ketika itu, tidak ada satu pun syarikat milik Cina atau India diberi tender.
“Ini semua jelas menunjukkan sikap hipokrit dan bermuka-muka Anwar yang hanya mahu menyelamatkan diri sendiri dalam keadaan tersepit,” katanya.

Ezam berkata, perbuatan dan tindakan Anwar membuat keputusan mendahulukan kepentingan diri sendiri berlarutan apabila beliau memimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ezam turut menjelaskan bahawa tindakannya keluar meninggalkan PKR adalah disebabkan Ketua Umum PKR itu sudah tidak mampu mempertahankan asas negara iaitu Islam sebagai agama rasmi.

“Anwar bukan sahaja bercita-cita mendapatkan undi pengundi Cina dan India, malah turut dipengaruhi ’firaun-firaun kecil’ seperti dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

”Sejak sekian lama kita hidup aman dan harmoni tetapi sikap Anwar membiarkan malah menyokong pemimpin-pemimpin sekutunya yang terang-terangan memperkotak-katikkan Islam dan Melayu hanya akan menghancurkan negara,” katanya.
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Mac 16, 2010

Khalid Ibrahim, Menteri Besar Yang Di Tolak Oleh Ahli PKR Kawasan Sendiri!

MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim tidak dapat diterima sebahagian besar ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kuala Selangor kerana beliau adalah calon 'payung terjun' yang dibawa masuk Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke cabang itu.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, sehubungan itu tidak hairanlah sekiranya 50 ahli PKR Kuala Selangor dilaporkan bertindak meninggalkan mesyuarat agung tahunan cabang itu semalam.

Beliau berkata, sebaliknya orang yang selama ini menjadi tulang belakang dan dihormati oleh ahli dan pimpinan PKR di cabang itu ialah timbalan Khalid Ibrahim, Arshad Abu Bakar. "Khalid Ibrahim daripada awal lagi tidak diterima oleh ahli PKR cabang Kuala Selangor sejak menjawat tugas itu dua tahun lalu kerana beliau telah membawa masuk orang luar dalam kepimpinan PKR Kuala Selangor.

"Sehubungan itu, pada mesyuarat semalam beliau sebenarnya mahu mana-mana ahli yang sering menyuarakan pendapat, mengkritik kepimpinannya tidak hadir kerana beliau dilihat takut akan kehilangan kuasa," katanya di sini hari ini.

Semalam, kira-kira 50 ahli PKR Kuala Selangor bertindak meninggalkan mesyuarat agung tahunan cabang itu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat tersebut.Mereka keluar beramai-ramai ketika sesi soal jawab dengan ahli jawatankuasa (AJK) yang diketuai Khalid Ibrahim sedang berjalan.

Antara perkara yang tidak memuaskan hati mereka ialah cara ahli-ahli dipanggil datang ke mesyuarat agung dan isi kandungan minit mesyuarat yang diedarkan kepada semua yang hadir kerana didakwa tidak mengikut tertib dan melanggar perlembagaan parti.

Mengulas lanjut, Nazmi berkata, cabang PKR Kuala Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim kini dalam keadaan cacamarba dan huru-hara kerana hanya tinggal ketua dan timbalannya sahaja ekoran perletakan jawatan 13 AJK bahagian tersebut 20 Januari lalu.

Menurutnya, sehubungan itu, difahamkan Khalid Ibrahim telah melantik Abdul Rahman Talib seorang guru pencen berusia 69 tahun dari Kajang sebagai Setiausaha Cabang. "Begitulah sikap Khalid Ibrahim yang tidak mahu memberi kepercayaan kepada pemimpin tempatan anak jati Kuala Selangor memegang jawatan penting.

"Inilah kegagalan kepimpinan yang dimiliki oleh Khalid Ibrahim. Bagaimanakah beliau mampu mentadbir sebuah kerajaan negeri dengan berkesan sekiranya 'rumah' sendiri tidak dijaga dan diuruskan dengan baik," katanya. Malah katanya, dalam struktur di peringkat negeri iaitu Perhubungan PKR Selangor juga Khalid Ibrahim menghadapi masalah dengan ramai ketua-ketua cabang yang semakin menyampah dengan kepimpinan Menteri Besar itu.

Menurutnya, dengan keadaan cabang PKR Kuala Selangor yang kini sudah terumbang-ambing ke arah untuk 'dikuburkan', maka kredibiliti kepimpinan Khalid Ibrahim dalam parti sudah berjaya dicemarkan. "Tidak mustahil ada usaha-usaha dalaman yang mahu mentalkinkan nyawa politik Khalid Ibrahim," katanya.

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai :

Empat Ahli Parlimen Selangor akan letak jawatan?

Krisis kepimpinan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim dijangka terus berlarutan apabila empat Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu didakwa akan meletak jawatan. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Sd. Johari Md. Yasin juga mendakwa, selain empat ahli Parlimen itu, terdapat juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan meletakkan jawatan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti ahli Parlimen dan ADUN terbabit kerana perkara tersebut sedang diperhalusi oleh pihak terlibat sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat. ''Melalui pertemuan dengan rakan-rakan yang masih berada di dalam PKR mereka telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan Abdul Khalid.

''Namun, perkara itu akan diperhalusi oleh mereka terlebih dahulu sebelum mengumumkan tindakan berkenaan," katanya disini hari ini. Beliau mengulas mengenai corak kepimpinan Abdul Khalid ekoran tindakan kira-kira 50 ahli PKR Kuala Selangor bertindak meninggalkan mesyuarat agung tahunan cabang itu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat tersebut semalam.

Mengulas lanjut Sd. Johari berkata, di peringkat PKR Cabang Kuala Selangor, Abdul Khalid dianggap sebagai pemimpin yang tidak mengenang jasa pemimpin lain di bahagian tersebut. ''Begitu juga di peringkat negeri iaitu Perhubungan PKR Selangor, Abdul Khalid dilihat gagal ekoran hala tuju parti itu yang sudah berubah dan menyimpang daripada perjuangan asalnya.

''Kegagalan itu bukan sahaja kegagalan Abdul Khalid tetapi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ternyata tidak sehaluan dengan sebahagian ahli parti. ''Itulah yang menyebabkan ramai ahli parti itu tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan PKR terutamanya Selangor," katanya. Sama-samalah kita tunggu dan lihat? Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Mac 15, 2010

Siapa Anwar, siapa Asghar Ali?

Sebuah akhbar harian di India, Mail Today bertarikh 13 Ogos 2008 telah menyiarkan berita bergambar mengenai pernikahan pasangan Islam yang dilaksanakan oleh seorang kadi wanita dengan empat wanita sebagai saksi.

Pernikahan itu terlebih dahulu mendapat pandangan daripada beberapa orang yang mendakwa sebagai intelek Islam India termasuk Asghar Ali Engineer yang membenarkan pernikahan seperti itu.

Oleh kerana pernikahan itu bertentangan dengan ajaran Islam sebenar maka timbul persoalan siapa Asghar Ali? Apa fahamannya? Dan turut menimbulkan persoalan ialah apa pula hubungan Asghar Ali dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Sebagai bukti, pada 16 Mei 2008, Anwar telah dijemput oleh Asghar Ali untuk memberi syarahan di Institut Pengajian Islam dan Pusat Masyarakat dan Sekularisme di Mumbai India.

Syarahan oleh Anwar itu dihadiri kira-kira 50 orang tetamu.

Kehadiran Anwar atas jemputan Asghar Ali dianggap sebagai rakan baik dan mereka mempunyai hubungan rapat. Hanya orang yang mempunyai hubungan rapat sahaja dijemput memberi syarahan itu. Dalam hal ini, Anwar dilihat sebagai rakan baik Asghar Ali.

Timbul persoalan mengapa Anwar dijemput dan apakah FAHAMAN dan PENDIRIAN sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri itu terhadap pegangan agama Asghar Ali yang membenarkan pernikahan sedemikian. Asghar Ali memperlihatkan fahaman amat berbeza terhadap perkara-perkara yang dibenarkan oleh Islam.

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Asghar Ali berjudul 'What I Believe', beliau antara lain menyatakan:

"Saya berpegang kuat mempercayai bahawa setiap individu mempunyai hak untuk menukar agama mereka kepada agama lain tanpa sebarang halangan." Asghar Ali yang berasal dari masyarakat Bohra dan merupakan seorang pengikut Syiah, telah menulis lebih 40 buku. Pada 2004, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Lembaga Pusat Dawoodi Bohra kerana mengkritik pelaksanaan badan agama tersebut.



















Persoalan kini timbul mengenai hubungan Asghar Ali dan Anwar hingga membolehkan Anwar menyampaikan syarahan atas jemputan Asghar Ali. Memang kita sukar menjawab mengenai hubungan Asghar Ali dan Anwar, juga sukar untuk mengetahui pendirian Anwar dan hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.

Bagaimanapun, sebagai individu Islam yang dapat berfikir secara waras, apalah kiranya kita fikirkan sejenak mengenai pendirian sebenar Anwar yang berkawan dengan orang seperti Asghar Ali.

Penulis juga ingin bertanya pada Anwar, apakah pendirian beliau mengenai pernikahan sedemikian. Kenapa Anwar hadir memberi syarahan tersebut dan adakah ini menandakan sokongan beliau kepada Asghar Ali berhubung pernikahan itu?

Penulis bimbang, jika Anwar ditakdirkan menjadi " apa yang dihajatnya" , dikhuatiri orang seperti Asghar Ali akan cuba mempromosikan pernikahan yang berlaku itu di negara ini. Sebagai orang Islam, kita semua masih dapat menyelamatkan orang Melayu dan Islam di Malaysia sebelum terlambat.

Pada pembaca, penulis minta fikirkan perkara ini. Pertimbangkan apa yang diluahkan ini. Pada masa sama untuk mengetahui siapa Asghar Ali, layari juga laman web:

http://en.wikipedia.org/wiki/Asghar_Ali_Engineer.

Wallahuallam

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Mac 13, 2010

Father Khalid Cabar Zulkifli!



















Ahli Parlimen Shah Alam daripada Pas, Khalid Samad meminta Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabarnya berdebat secara terbuka bila-bila masa di mana sahaja berkenaan isu kalimah Allah yang menjadi pertikaian antara mereka.

“Bagi saya orang yang cabar berdebat ini rasa diri dia besar. Sepatutnya beliau tidak membuat laporan polis. Dia sepatutnya ajak saya berdebat. Mari kita tengok hujah siapa lebih tepat dan diiringi dengan fakta.

“Satu lagi yang saya pelik, kenapa beliau membuat laporan polis terhadap saya seorang sahaja sedangkan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga berpendirian sama seperti saya,” katanya pada sidang media di pejabatnya dekat sini semalam.

Apabila ditanya bagaimana jika Zulkifli tidak menyahut cadangannya supaya mencabarnya berdebat, Khalid berkata masyarakat akan melihat Zulkifli sebagai badut dan budak hingusan yang sebenar kerana hanya lantang bersuara apabila berseorangan.

“Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah memberi peluang beliau bercakap ketika bermesyuarat di rumah Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, tetapi Zulkifli langsung tidak bersuara. Saya pun ada ketika itu,” katanya.

Isu ini timbul apabila Zulkifli membuat laporan polis terhadap Khalid berkenaan isu kalimah Allah sehingga menyebabkan Zulkifli dipecat daripada PKR kerana didakwa tidak menghormati rakan sesama PR.

Dalam pada itu, Khalid turut membidas kenyataan Zulkifli yang menyifatkan sebahagian pemimpin Pas sebagai badut hingusan. Menurutnya, kenyataan seperti itu tidak seharusnya keluar daripada mulut seorang yang kononnya memperjuangkan Islam kerana masyarakat yang waras boleh menilai tindakan beliau hanya kerana Pas tidak menerima kemasukannya kedalam parti.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Mac 12, 2010

" Father " Khalid Teruja Dengan Ketegasan PKR!

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad teruja dengan tindakan berani dan tegas Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Zulkifli Noordin, walaupun tindakan tersebut memaksa parti itu berhadapan kehilangan satu lagi kerusi di Parlimen.

Menurutnya, tindakan tersebut membuktikan komitmen PKR terhadap Pakatan Rakyat (PR) di mana sekiranya mereka mementingkan diri semata-mata dan meletakkan PR sebagai perkara yang tidak begitu penting sudah pasti Zulkifli akan dipertahankan.

“Walaupun berhadapan dengan kemelut peristiwa Ahli Parlimen yang melompat, PKR masih sanggup melakukan apa yang diperlukan untuk menjamin kestabilan PR. “Walaupun mereka sedar bahawa pemecatan Zulkifli akan menyebabkan PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan DAP akan mempunyai satu kerusi lebih dari PKR, namun mereka terus bertindak tegas. Syabas!,” katanya dalam blognya.

Khalid, yang kini digantung enam bulan daripada semua jawatan dalam Pas berkata, ketegasan PKR ini menyebabkan para penyokong PR berasa lega dan selesa termasuk ahli Pas yang kelihatan turut bersorak semasa persoalan ini disebut.

“Demi menjaga PR, PKR sanggup memecat beliau, walaupun akan kekurangan bilangan kerusi, iaitu satu tindakan yang ‘melemahkan diri’ dari sudut angka. Tindakan ini juga secara zahirnya bercanggah dengan kepentingan parti sendiri

“Mungkin dengan amaran keras secara bertulis akan dianggap sudah memadai. Mengapa mereka perlu kehilangan satu kerusi demi menjaga PR? Seperti yang selalu disebut, politik merupakan persoalan angka, lebih banyak kerusi maka akan lebih kuat kamu,” katanya.

Khalid berkata, sekiranya setiap parti dalam PR menunjukkan komitmen sebagaimana ditunjukkan oleh PKR, beliau yakin PR akan mempunyai masa depan yang amat cerah.

Khalid dan Zulkifli pernah berperang mulut dengan masing-masing mencabar agar keluar parti ekoran polemik penggunaan kalimah Allah awal Januari lalu. Kemudian Zulkifli membuat laporan polis agar Khalid disiasat di bawah Akta Hasutan, mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam itu menghina Islam dan institusi diraja dan dewan perundangan apabila meminta agar enakmen agama negeri dikaji semula.

Khalid juga turut mencabar Zulkifli berdebat dengannya bagi mencari kebenaran dan membuktikan hujah siapa yang bertepatan dengan pandangan agama berhubung isu kalimah Allah yang mempertembungkan mereka berdua. “Sediakan sahaja tempat serta waktunya dan panggil Astro Awani atau Hujah TV9, kita berdebat secara siaran langsung demi mencari kebenaran.

“Kemudian lihat sahaja siapa yang berhujah di atas kekuatan nas dan siapa yang bertindak di atas dasar sentimen semata. Sekiranya ada di antara apa yang saya fahami tidak tepat, tersasar dan tidak berlandaskan syariat, maka saya sedia diperbetulkan dan demikian jugalah saya harapkan sebaliknya,” katanya.

Penulispun agak teruja dengan kenyataan Zulkifli tentang adanya pemimpin-pemimpin didalam PAS yang disifatkan beliau sebagai pimpinan " badut hingusan " yang mana bakal menjejaskan PAS!

Kelmarin, Zulkifli mendakwa sedemikian dengan menyatakan ‘badut hingusan’ tersebut tiba- tiba melatah terhadap spekulasi penyertaannya dalam parti. Ahli Parlimen Bebas itu menyifatkan beliau pelik dengan reaksi daripada pemimpin itu yang membantah keras beliau diterima masuk dalam Pas sedangkan beliau belum membuat sebarang permohonan.

Zulkifli yang sebelum ini selepas dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat menyatakan beliau hanya memilih parti yang berasaskan Islam sekiranya diberi peluang untuk menyertai parti. Namun, impian Zulkifli itu mendapat bantahan daripada Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Mustafa yang menyifatkan Pas tidak wajar menerima Zulkifli dan sekiranya Pas menerima Zulkifli, ia seolah-olah tidak menghormati keputusan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat yang memecat Zulkifli.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Mac 11, 2010

'Semboyan Halilintar ke Putrajaya' untuk siapa?



















TERNYATA, impian pembangkang untuk menawan Putrajaya tidak pernah terpadam dalam agenda politik mereka. Walaupun sepatutnya selepas dua tahun memerintah di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta menguasai 78 kerusi di Parlimen, pembangkang menilai kemampuan mereka bagi memperbaiki kelemahan, namun itu tidak berlaku.

Sebaliknya, pada minggu lalu mereka melancarkan apa yang dipanggil 'Semboyan Halilintar ke Putrajaya'. Ia adalah satu program yang dicetuskan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mencapai impian mereka untuk menawan Putrajaya.

Mereka meletakkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sebagai sasaran bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) sekali gus memenuhi mimpi mereka yang terbengkalai sebelum ini.

Sesungguhnya tiada siapa pun boleh memastikan sama ada impian pembangkang itu akan menjadi kenyataan atau tidak kerana segala-galanya terletak kepada rakyat menentukannya. Tetapi apa yang pasti jelaslah kini dengan pelancaran program itu yang bermula di Negeri Sembilan, matlamat pakatan pembangkang sejak selepas pilihan raya umum 2008 tidak berubah iaitu untuk merebut tampuk kekuasaan negara.

Pembangkang di bawah kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemarukkan kuasa untuk memerintah negara ini. Sebab itulah biarpun rakyat sudah membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum Ke- 12 dengan terus memberikan mandat kepada BN walaupun tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen, pembangkang tetap berusaha untuk menumbangkan BN.

Ia termasuklah melalui impian 16 September yang dicetuskan oleh Anwar. Ketika itu tidaklah pula mana-mana pemimpin pembangkang menimbulkan soal sama ada ia demokrasi atau tidak. Tidak pula ada pemimpin pembangkang yang meminta kalau berlaku Ahli Parlimen yang melompat parti, jangan datang ke sidang Parlimen. Kita juga tidak mendengar gesaan supaya Ahli Parlimen berkenaan perlu mengosongkan kerusinya. Malah kita sudah tentu tidak mendengar ada gerakan mengumpul tanda tangan dilakukan kalau Ahli Parlimen melompat parti.

Ketika itu semua pemimpin pembangkang begitu ghairah menyokong apa yang hendak dilakukan oleh Anwar. Malah ada yang sudah bercita-cita menjadi Timbalan Perdana Menteri dan berkira-kira siapa yang akan menganggotai Kabinet.

Tambahan pula dari semasa ke semasa menjelang bulan September, Anwar terus dengan retorik politik yang bukan sahaja berjaya meletakkan kerajaan dalam keresahan malah mewujudkan harapan yang cukup tinggi kepada sekutunya dalam pembangkang bahawa mereka akan ke Putrajaya pada bulan berkenaan.

Tetapi akhirnya, impian Anwar hanya menjadi mimpi yang tak sudah. Pembangkang kekal menjadi pembangkang manakala BN terus memerintah.

Apa yang berlaku ialah pembangkang kehilangan kuasa di Perak apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR dan DAP mengisytiharkan diri menjadi wakil rakyat bebas. Masa itu bergegarlah seluruh negara dengan tuduhan bahawa tindakan berkenaan tidak demokratik, pilihan raya perlu diadakan dan wakil rakyat berkenaan mengkhianati amanah rakyat.

Situasi yang sama juga berlaku apabila tiga Ahli Parlimen PKR keluar parti dan seorang dipecat. Pemimpin pembangkang sengaja melupakan impian 16 September kerana dalam apa hal pun, kalau mereka buat tak apa tetapi kalau orang lain buat tak boleh.

Mereka sentiasa menganggap merekalah pilihan terbaik rakyat, tiada cacat cela, bakal sebuah kerajaan yang terbaik di dunia dan paling sempurna. Justeru mereka meletakkan sasaran PRU13 untuk memerintah Malaysia melalui program 'Semboyan Halilintar ke Putrajaya'.

Tanpa mahu mengkaji kenapa rakyat memprotes BN pada pilihan raya umum lalu, pembangkang begitu kemarukkan kuasa. Mereka begitu yakin bahawa senario sokongan rakyat kepada mereka masih berterusan.

Tetapi mereka terlupa bahawa hakikatnya, gerakan mereka semakin lemah. Bukan sahaja dengan tindakan pemimpin atau ahli keluar parti, malah lakonan dan sandiwara pemimpin-pemimpin utamanya semakin diketahui oleh rakyat.

Begitu juga masalah tidak sefahaman antara PKR, DAP dan Pas dalam memerintah. Bagaimana mungkin mereka akan terus berpura-pura untuk memerintah bersama, kalau masing-masing berbeza ideologi dan perjuangan kecuali ada parti yang sanggup mengorbankan prinsip perjuangannya demi kuasa semata-mata.

Oleh itu program 'Semboyan Halilintar ke Putrajaya' dilakukan bukanlah semata-mata untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi sekadar memenuhi impian politik merebut kekuasaan yang begitu mendalam di kalangan sesetengah pemimpin pembangkang. Selagi Putrajaya tidak dapat ditawan, selagi itulah pemimpin yang bercita-cita tinggi berkenaan, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang.

Apa yang anehnya, dalam keadaan bahtera pembangkang semakin terumbang-ambing, program berkenaan dilancarkan. Ini jelas menampakkan bahawa pembangkang benar-benar mengamalkan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah dalaman yang sedang mereka hadapi.

Mereka tidak mahu orang terlalu menumpukan perhatian kepada masalah tersebut, maka muncullah 'Semboyan Halilintar'. Sebenarnya yang menjadi 'semboyan' sekarang ialah hiruk-pikuk akibat tindakan Ahli Parlimen PKR keluar parti sehingga mencetuskan 'Halilintar' yang 'menyambar' bahtera pembangkang yang sebelum ini sememangnya sudah dilihat penuh kepincangan.

Perkembangan terbaru ini, seharusnya memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa inilah wajah sebenar pembangkang di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.

Jika dulu sebelum Anwar menjadi pemimpin pakatan berkenaan, tiada agenda begitu besar diletakkan oleh DAP dan Pas. Ia disebabkan oleh kedua-dua parti itu tidak mempunyai kekuatan apatah lagi pengaruh bagi membolehkan rakyat menyokong mereka.

Segala-galanya mereka bergantung kepada Anwar. Tidak kiralah sehebat manapun Lim Kit Sing dan Karpal Singh atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kesemua mereka berharap Anwar akan terus menjadi pemimpin utama pembangkang.

Sebab itulah walaupun PKR sudah kehilangan kerusi majoriti di kalangan pembangkang, Anwar tetap disuruh kekal sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Ia kerana DAP dan Pas tidak memiliki pemimpin yang berupaya menyatukan kesemua parti pembangkang, apatah lagi menjadi pemimpin utama negara.

Namun begitu, DAP dan Pas juga perlu ingat bahawa Anwar tidaklah sehebat mana. Hari demi hari segala kepincangan yang Anwar lakukan dalam mentadbir PKR semakin terbongkar melalui pendedahan bekas-bekas pemimpin dan Ahli Parlimen parti itu. Mungkin DAP dan Pas akan terus memberikan sokongan kepada Anwar tetapi bagaimana dengan rakyat? Mereka sudah tahu menilai siapa lebih sesuai menjadi pemimpin dan parti mana paling layak terus memerintah negara.

Oleh itu, janganlah DAP dan Pas terus ghairah dengan 'nafsu kemaruk kuasa' yang cuba dicetuskan oleh PKR melalui 'Semboyan Halilintar'. Adalah lebih baik jika DAP mengkaji kelemahan pemerintahan mereka di Pulau Pinang manakala Pas pula bermuhasabah adakah tindakan mereka terus menyokong apa yang dilakukan oleh pembangkang benar atau tidak.

Janganlah nanti oleh kerana terlalu ghairah mengejar kekuasaan melalui agenda 'Semboyan Halilintar Ke Putrajaya,' 'guruh dan petir' meragut apa yang dikendong oleh DAP dan Pas.- UM

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Mac 10, 2010

Apa Hak Wan Azizah Mendesak Zulkifli mengosongkan Kerusi Parlimen!

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengemukakan lima hujah bagi mempertahankan kedudukannya selepas didesak mengosongkan kerusi itu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas dasar prinsip demokrasi. Berikut ialah hujah yang dikemukakan beliau melalui satu kenyataannya di sini:

1.) Menurut Zulkifli bukan beliau yang meninggalkan PKR, sebaliknya beliau dipecat walaupun sehingga saat terakhir beliau masih lagi berpegang kepada prinsip supaya diberi peluang membela diri di hadapan panel lembaga disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah Allah. Tetapi Wan Azizah enggan memberikan beliau peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Dan kini, setelah menzalimi dan menjadikan beliau mangsa mainan firaun-firaun kecil ini, Wan Azizah mahukan beliau mengosongkan kerusi Parlimen kononnya atas dasar prinsip demokrasi dan keadilan. Lihatlah siapa yang bercakap.

2.) Pada 2 September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dibuang dari UMNO. Beliau tidak mendengar pun desakan oleh Wan Azizah supaya Anwar mengosongkan kerusinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika itu. Kalau Anwar tidak didesak mengosongkan kerusi kerana dipecat pada masa itu, mengapa pula Wan Azizah kini mendesak beliau berbuat perkara yang beliau sendiri tidak lakukan. Bukankah ini bukti kenyataan Wan Azizah berkepentingan politik untuk menyeronokkan firaun-firaun kecil yang mengelilingi beliau.

3.) Mengapa semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim melompat ke PKR dari UMNO, Wan Azizah tidak pula mendesak Nasaruddin mengosongkan kerusi atas prinsip keadilan dan demokrasi. Malahan Wan Azizah menyatakan pada masa itu ia adalah hak Nasaruddin memilih parti mana yang ingin beliau sertai dan beliau berhak untuk terus kekal sebagai ADUN Bota. Jadi beliau mahu bertanya kepada Wan Azizah, mana pergi prinsip demokrasi dan keadilan yang beliau laungkan itu atau adakah beliau sekadar menjadi 'Pak Pelaung' firaun-firaun kecil.

4.) Semasa konspirasi 16 September dilaksanakan, Wan Azizah dan PKR telah menghantar Saifuddin Nasution, Elizabeth Wong dan beberapa orang lagi ke Taiwan untuk mengejar Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi memujuk mereka melompat ke PKR, sehingga sanggup bermalam di hotel yang sama dengan Ahli-Ahli Parlimen BN itu. Tidak pula mendengar Wan Azizah bertegas menyatakan Ahli-Ahli Parlimen BN tersebut mesti mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing atas dasar dan prinsip keadilan dan demokrasi. Apakah apabila untuk kepentingan sendiri semuanya halal belaka, tetapi bila terkena batang hidung sendiri semuanya haram. Apakah matlamat menghalalkan cara atau apakah itu sebenarnya dasar dan tembelang PKR?

5.) Adalah jelas sekarang PKR sudah kehilangan majoriti di Parlimen. Kerusi Parlimen PKR tinggal 27, sebaliknya DAP mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan Pas 23 kerusi. Mengikut dasar dan prinsip demokrasi, sepatutnya Anwar sudah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang. PKR sudah tiada alasan politik dan demokrasi untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang. Jadi kalau Wan Azizah merasakan bahawa Anwar boleh terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun bercanggah dengan prinsip keadilan dan demokrasi, mengapa pula beliau tidak boleh terus memegang jawatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, apatah lagi beliau dipilih dan diundi oleh rakyat. Biarlah rakyat yang menentukannya pada pilihan raya umum akan datang. Jika Wan Azizah berani, marilah kita bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu - satu lawan satu, kata Zulkifli.

Mungkin bagi Zulkifli ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2-9-1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR. Ternyata perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, dan mendaulatkan nilai dan prinsip-prinsip keadilan sejagat (universal value of natural justice) hanyalah sekadar laungan palsu. Keputusan ini juga membuktikan bahawa bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang menguasai PKR, ianya adalah satu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan bagi memartabat, membela dan mempertahankan Islam.

Beliau dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat beliau membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan beliau hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekutunya (a person can only be tried by his own peers). Beliau hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan beliau dan umat Islam.

Ini bukan sahaja bercanggah dengan prinsip dan nilai keadilan sejagat, malah merupakan satu penghinaan terhadap Islam dan umat Islam. Sebagaimana umat Islam merasa terhina bila Natrah dibicarakan oleh hakim Inggeris, dan kes kalimah ALLAH dibicarakan oleh hakim bukan Islam! Menurut Zulkifli, beliau berasa terhina dihadapkan ke panel yang bukan Islam untuk membicarakan aqidah, kepercayaan dan agama beliau!

Beliau mempersoalkan mengapa mereka berasa begitu sukar untuk mematuhi prinsip keadilan sejagat yang cukup mudah untuk dilaksanakan ini menjadi persoalan kepada beliau? Bukannya beliau enggan berdepan dengan Lembaga Disiplin, tetapi beliau menuntut dibicarakan berdasarkan prinsip keadilan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Apakah mereka tidak mempunyai keyakinan jika panelnya terdiri daripada orang Islam? Malah salah seorang ahli panel yang beragama Islam menarik diri atas prinsip tidak mahu terbabit dengan panel yang bukan Islam ini!

Dan jika kita lihat keputusan MPP jelas membuktikan bahawa PKR sudah dikuasai sepenuhnya oleh Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Keputusan MPP PKR ini juga membuktikan kepada beliau bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam. Mereka yang bercita-cita mahu memartabat dan mendaulatkan Islam menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan akan menjadi korban.

Keputusan ini juga membuktikan dengan jelas kepada beliau bahawa agenda perjuangan Islam tidak diterima oleh PKR. Malahan terbukti deklarasi Dasar PR pada 19-12-2009 yang kononnya mendaulatkan Islam dan menghormati kedudukan umat dan institusi Islam didalam Perlembagaan Persekutuan adalah sekadar mainan politik picisan dan retorik murahan untuk mengelabukan mata umat Islam, dan suatu pembohongan jelas kepada rakyat.

Berdasarkan itu, tiada sebab dan alasan lagi untuk beliau terus berada didalam PKR. Malah beliau berasa malu kapada ALLAH dan umat Islam untuk terus bersama PKR. Walaupun beliau mempunyai ruang untuk membuat rayuan, namun beliau tidak bercadang untuk terus menggadaikan prinsip beliau dan menjual maruah diri untuk berhadapan dengan sandiwara Fir’aun-Fir’aun Kecil ini. Sebaliknya beliau akan mengkaji dan menimbang opsyen dan pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Apa yang dapat dilihat secara jelas disini adalah ianya menjadi satu trend didalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi dan “character assassination” yang tidak berasas terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju atau tidak lagi mahu bersekongkol dengan mereka. Beliau menasihatkan kepada Fir’aun-Fir’aun Kecil ini supaya jangan terlalu emosional, sebaliknya bersikaplah dengan professional dan matang.

Berlainan wadah tidak bermakna silaturrahim terpatah. Itulah prinsip Islam yang sangat indah dan mempesonakan jika dilaksanakan. Beliau berharap mereka akan menghentikan serta merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi dan ‘character assassination” terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih. Janganlah mengeruhkan keadaan sehingga memaksa orang lain mengambil sikap “tell-all” dan menelanjangkan semua keburukan kita pula.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Mac 09, 2010

Jangan terus diperbodohkan!

UTUSAN: Apakah kepincangan utama pentadbiran kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR?

NOH: Saya melihat antara modus operandi pembangkang ialah sengaja mencipta isu baru supaya rakyat mudah terlupa dengan janji-janji mereka, apabila isu berkenaan berjaya diperbesarkan dan rakyat memberikan perhatian. Bermakna, matlamat mereka mempolitikkan segala benda sudah berjaya.

Sebenarnya terdapat banyak masalah dalaman pembangkang, antaranya hubungan 'panas-sejuk' Pas dan DAP yang memang langsung tiada titik pertemuan dan persefahaman daripada segi perjuangan, ini kerana prinsip mereka jelas tidak sama.

Apabila Pas bercakap mengenai Islam maka DAP akan terus 'menyahut' dan memberi amaran keras menyuruh Pas berhenti dan jangan sesekali menyentuhnya kecuali selepas berbincang dahulu. Ini antara bukti perjuangan kedua-dua parti tiada titik pertemuan.

Bagi Selangor, wujudnya pertelingkahan antara Pesuruhjaya Pas, Datuk Dr. Hasan Ali dan Exco DAP, Ronnie Liu yang saling cabar-mencabar dan mengkritik secara terbuka antara satu sama lain terutama dalam isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan isu rampasan minuman keras oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

Ronnie meminta Hasan diambil tindakan dan pada masa itu kita lihat orang-orang Pas cuba untuk menjadi jaguh yang kononnya hendak menegakkan Islam tetapi akhirnya mereka berbaik-baik dan berpeluk-peluk.

Pakatan pembangkang dilihat sengaja mempolitikkan semua isu daripada menunaikan amanah besar yang diberikan rakyat kepada mereka, bagaimana Datuk Seri melihat perkara ini?

Antara isu baru yang dimainkan oleh PKR ialah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang jelas dipolitikkan sehingga duit hutang yang dibayar dipulangkan semula. Ini menunjukkan mereka telah menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya, mereka ingat apabila berkuasa boleh melakukan apa sahaja.

Dahulu mereka bercakap soal rasuah tetapi apabila memerintah telah menggunakan peruntukan sesuka hati mereka dan bila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat, mulalah menyalahkan suruhanjaya itu.

Cara mereka adalah menyalahkan institusi kerajaan dalam setiap perkara yang tidak menyebelahi mereka, seperti kes liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemelut Menteri Besar Perak, mereka menyalahkan mahkamah dan memanipulasi kes tersebut untuk meyakinkan rakyat bahawa mahkamah tidak betul.

Jadi, saya harap rakyat dapat menilai, jangan terus diperbodohkan lagi bagi kali kedua, bukalah mata dengan pelbagai janji kosong mereka berbanding dengan pelaksanaan dan tindakan mereka sekarang. Apa yang mereka laung dan perjuangkan dahulu, semuanya sudah berpusing 360 darjah.

Berdasarkan kepada beberapa contoh itu, adakah Datuk Seri melihat rakyat sudah mulai sedar kesilapan yang mereka lakukan kerana memilih pembangkang?

Ia mudah sahaja dengan melihat ke dalam PKR itu sendiri apabila tokoh-tokoh besar dan penting seperti bekas Setiausaha Agungnya, Datuk Salehudin Hashim meninggalkan parti. Apa signifikannya apabila orang yang rapat dengan presiden pun sanggup meletak jawatan, jadi rakyat boleh membuat penilaian sendiri bila melihat mereka yang berkepentingan, berjawatan dan berjuang habis-habisan sebelum ini pun lari.

Apatah lagi orang lain iaitu ahli biasa dalam PKR yang hanya sekadar lihat daripada jauh dan hanya beri sokongan sebagai pak turut.

Tinjauan Merdeka Centre mendapati bahawa populariti Menteri Besar (Abdul Khalid) merudum tetapi sokongan kepada pakatan pembangkang masih lagi tinggi. Apa komen?.

Perkara ini (sokongan) tiada siapa yang boleh tentukan sehingga tibanya kepada keputusan pilihan raya nanti. Pembangkang sudah pasti akan kukuhkan pengaruh mereka dengan kuasa yang dimiliki dan begitu juga BN sudah tentu akan meneruskan usaha meyakinkan rakyat bahawa kita adalah parti yang betul-betul membela nasib rakyat.

BN sudah mempunyai rekod baik selama 52 tahun berkhidmat kepada rakyat dan memerintah negara, pembangkang yang baru memerintah dua tahun sahaja pun sudah wujud pelbagai skandal, rakyat sudah boleh melihat dan menilainya.

Benarkah pandangan mengatakan UMNO Selangor dilihat masih lemah dan tidak menyusun strategi sewajarnya bagi merampas kembali negeri ini?

Itu adalah persepsi masing-masing dan terpulanglah untuk membuat andaian kerana yang pasti UMNO bukan sahaja meneruskan pelbagai program seperti biasa malah ia dipergiatkan lagi, termasuk mendapat bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sokongan kepada kita.

Masalahnya, pihak yang menuduh itu tidak mengikuti sendiri pergerakan kita, oleh itu sampai bila-bila mereka akan menyatakan bahawa UMNO Selangor 'tidak berjalan'.

Kenapa UMNO Selangor tidak menampilkan siapa yang bakal menjadi Menteri Besar sekiranya BN memerintah. Dalam perkara ini pemerhati melihat ia amat penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat?.

Sekarang tugas yang paling penting ialah usaha menarik kembali keyakinan rakyat kepada perjuangan BN, jadi dalam perkara ini adalah lebih baik kita bekerja sebagai satu pasukan.

Bagaimana dengan sokongan pengundi bukan Melayu kepada BN sehingga kini?

Saya melihat sambutan rakyat pelbagai kaum semakin meningkat dan memberangsangkan dengan kehadiran mereka yang menggalakkan ke pelbagai majlis anjuran BN, ia petunjuk keyakinan rakyat kepada kita.

Jika dibandingkan dahulu iaitu semasa dan pasca Pilihan Raya Umum ke-12 lalu kebanyakan program anjuran pembangkang mendapat sambutan hangat tetapi pada masa ini keadaan sebaliknya berlaku, ia semakin berkurangan, besar kemungkinan berpunca daripada kesedaran rakyat yang mula muak dengan retorik dan janji-janji kosong mereka.

Apakah nasihat Datuk Seri secara khusus kepada pengundi Melayu yang sebelum ini memilih pembangkang untuk menerajui Selangor?

Ia mudah sahaja, setiap parti boleh membawa pendekatan berbeza fahaman politik tetapi secara wajibnya tidak boleh sesekali menggadai dan mempolitikkan pegangan akidah.

Lihat sahaja pada isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, ia bukan isu main-main tetapi melibatkan soal akidah.

Persoalannya bagaimana Anwar dan PKR boleh bersetuju dan berkompromi dalam isu kalimah Allah ini, sedangkan Sultan Selangor telah bertitah bahawa menurut Enakmen Selangor perkataan itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Selain itu, apa dan mana pendirian Pas dalam perkara ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang secara terang-terangan menyokong penggunaan kalimah itu bukan sahaja tidak diambil tindakan oleh parti itu tetapi langsung tidak diberikan sebarang surat tunjuk sebab.

Bagi saya, secara penuh adabnya sekiranya Pas tidak bertegas dengan ahli-ahlinya, rakyat dapat menilai seolah-olah mereka seperti mempunyai dua persimpangan yang boleh dilalui pada bila-bila masa mengikut keperluan yang menguntungkan.-UM

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Mac 08, 2010

Pemecatan Anwar daripada Kabinet sah - Mahkamah Persekutuan!

Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengisytiharkan bahawa pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan dalam Kabinet 11 tahun lalu sah disisi undang-undang setelah rayuannya ditolak. Di lihat percubaan Anwar untuk mendapatkan pampasan kerana pemencatan beliau dari kabinet gagal sama sekali. Pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 11 tahun lalu adalah sah di sisi undang-undang, kata Mahkamah Persekutuan.

Panel terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong sebulat suara mengetepikan rayuan terakhir Anwar untuk mendapatkan perintah bahawa pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 2 September 1998 melanggar Perlembagaan.

Hakim Alauddin berkata, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk memecat anggota Kabinetnya. Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku raja berperlembagaan, dikehendaki bertindak selaras dengan nasihat Perdana Menteri.

Sebelum ini, Anwar gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang masing-masingnya memutuskan bahawa Dr. Mahathir mempunyai kuasa memecat anggota kabinetnya dan telah bertindak mengikut Perlembagaan dengan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemecatan itu.

Pemecatan Anwar Ibrahim daripada semua jawatan dalam Kerajaan 11 tahun lalu, sah di sisi undang-undang setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan pelantikan dan pelucutan jawatan Menteri Kabinet merupakan kuasa Perdana Menteri.

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff menyatakan, Yang di-Pertuan Agong langsung tidak mempunyai budi bicara mempertikai atau menolak sebarang pelantikan mahupun pemecatan menteri.

Jelas beliau, ini kerana sistem Raja Berperlembagaan mengehadkan kuasa Seri Paduka berbuat demikian kerana rujukan kepada baginda seperti yang dizahirkan di bawah Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan hanya satu formaliti.

``Kuasa memilih dan melantik menteri Kabinet terletak di tangan Perdana Menteri, jika beliau memutuskan seseorang menteri itu meletak jawatan, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyatakan sebaliknya.

``Prinsip undang-undang jelas menyatakan bahawa hanya pihak yang melantik berhak melakukan pemecatan,’’ ujar Hakim Alauddin ketika membacakan penghakiman bertulisnya setebal 33 muka surat.

Sehubungan itu, mahkamah berpuas hati bahawa Seri Paduka tiada pilihan selain bertindak atas nasihat Perdana Menteri kerana beliau yang bertanggungjawab memilih, melantik dan memecat menteri Kabinet.

Dengan keputusan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (responden pertama) dan Kerajaan Malaysia (responden kedua) bertindak mengikut undang-undang ketika memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Hakim Alauddin menyatakan demikian ketika menggariskan alasan berhubung keputusan panel tersebut menolak rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terhadap pemecatannya pada pukul 5.30 petang, 2 September 1998.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pemecatannya sah di sisi undang-undang.

Dalam rayuannya, Ketua Pembangkang tersebut mendakwa, pemecatan itu bercanggah dengan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan kerana ia menyatakan hanya Seri Paduka berhak memecat menteri Kabinet atas nasihat Perdana Menteri.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Mac 05, 2010

Penduduk kesal Ronnie gagal tunai janji!

Penduduk-penduduk di Jalan Papan di sini, kesal dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu kerana tidak menunaikan janji berhubung isu rumah setinggan di kawasan tersebut.

Kekesalan itu dizahirkan oleh 30 wakil penduduk dengan mengadakan perhimpunan aman di sini hari ini. Mereka meminta Ronnie menunaikan janji yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum 2008 iaitu penduduk di situ bakal diberikan seunit rumah secara percuma.

Seorang wakil penduduk, Ang Boon Tai, 52, berkata, apa yang berlaku sekarang hanyalah janji kosong walaupun sebelum ini ADUN tersebut menyatakan status tanah di situ sudah hampir selesai tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil.

Katanya, lebih memeranjatkan penduduk, apabila Ronnie mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa 11 tokong akan dibina di kawasan seluas kira-kira 31 hektar itu secara percuma. ''Kenapa perlu bina tokong kalau rumah tidak ada di sini? Kenapa tidak bina rumah dahulu sepatutnya beliau (Ronnie) memikirkan penduduk di sini.

''Dulu sebelum pilihan raya macam-macam janji, waktu malam pun datang melawat tetapi bila sudah menang tidak lagi menjenguk kami," katanya kepada pemberita. Katanya, sebagai penduduk yang sudah hampir 50 tahun tinggal di situ, dia amat kesal dengan tindakan ADUN tersebut kerana langsung tidak memikirkan kebajikan mereka.

Seorang lagi penduduk, Dominic See, 40, memberitahu, seharusnya kerajaan pakatan pembangkang di Selangor mengambil berat soal perasaan penduduk kerana ada di kalangan mereka yang sudah tinggal di situ berpuluh-puluh tahun.
Malahan jelasnya, kawasan tersebut asalnya kawasan berpaya yang dimajukan oleh penduduk dengan mengeluarkan wang sendiri bagi menambak tanah sebelum didirikan rumah.

Tambah Dominic, mereka telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) September tahun lalu kerana mungkin terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam urusan menentukan status tanah di kawasan berkenaan.

Seorang suri rumah, P. Laksmy, 45, pula kesal dengan sikap Ronnie yang belum menunaikan janji memberikan sebuah rumah di kawasan berkenaan. Katanya, dia amat terkilan apabila Ronnie mengeluarkan kenyataan bahawa sudah 70 peratus penduduk di situ bersetuju untuk membeli rumah dengan harga RM90,000 seunit sedangkan sebelum ini Ronnie berjanji untuk memberikan rumah secara percuma.

''Apa yang menyedihkan saya apabila melihat kawasan perumahan ini sudah tidak terurus dan sudah banyak rumah yang rosak. ''Bukan kami tidak mahu melakukan kerja-kerja membaikpulih tetapi takut kalau rumah dirobohkan bila-bila masa saja, penduduk akan menanggung kerugian," tambahnya.

Teoh Ah Guat, 48, yang membesar di kawasan itu berkata, dia rasa tertipu dengan janji-janji ditaburkan oleh ADUN tersebut dan menyifatkan Ronnie hanya mementingkan diri. Ia kerana kata Ah Guat, selama dua tahun menjadi wakil rakyat tiada sebarang perubahan dilakukan oleh Ronnie di kawasan mereka. Sementara itu, Ronnie gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Komen : Apakah sekarang Ronnie Liu sedang sibuk untuk " membuat duit " sebelum Pakatan Haram terlingkup di Selangor dengan menguruskan rumah-rumah urut yang sedang tumbuh macam cendawan daripada memberi tumpuan dan menunaikan janji-janjinya kepada penduduk-penduduk kawasan yang di wakilinya? Ronnie Liu sibuk mencari kesalahan kerajaan BN yang terdahulu dan berhasad dengki serta berdendam, padahal kesalahan dan kelemahan diri sendiri buat-buat tak nampak? Semut diseberang dapat dilihat, gajah didepan mata buat-buat tak tak tahu? Fikir-fikirkanlah...!

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Mac 03, 2010

PAS ' Cium Mulut ' Dengan Kafir Harbi !

Tidak ada lagi dalil atau tanda-tanda yang nyata bahawa PAS sebenar-benarnya sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Jika ada orang yang mengaku mereka hanyalah pemimpin parti itu sendiri dan penyokong taksub mereka yang telah membutakan segala-galanya.

Tindak-tanduk PAS kini memperlihatkan bahawa para pemimpin parti yang mendakwa berdoktrin agama itu amat berpegang kuat kepada falsafah politik matlamat menghalalkan cara. Semua orang tahu bahawa slogan politik PAS ialah ‘ mendaulatkan pemerintahan Islam ’ di Malaysia.

Umum juga sedar bahawa slogan itu tidak akan menjadi kenyataan, selagi komposisi rakyat negara ini masih berbilang agama dan kaum dengan nisbah sekarang, iaitu orang Melayu yang beragama Islam hanya merupakan penduduk majoriti besar di beberapa negeri.

Berdasarkan komposisi penduduk ini, para pemimpin PAS amat menyedari bahawa orang-orang bukan Islam tidak akan mengundi mereka untuk membolehkan parti itu memerintah. Justeru, PAS bersetuju untuk membentuk satu pakatan dengan lain-lain parti pembangkang termasuk DAP dan PKR bagi menghadapi BN dalam pilihan raya umum.

Amat menarik dan lucu betapa sebuah parti Melayu yang mahu melaksanakan hukum hudud boleh menjalin kerjasama dengan sebuah parti dukungan orang Cina yang melaungkan Malaysian Malaysia ( hak yang sama bagi semua kaum di Malaysia ). Lebih menarik lagi ramai di kalangan pemimpin kanan parti itu mengeluarkan kenyataan yang begitu keras dan memperlihatkan bahawa dari kaca mata Islam, DAP adalah golongan yang boleh ditakrifkan sebagai kafir harbi.

Dari segi syarak, orang-orang bukan Islam ditakrifkan dalam dua kategori iaitu kafir harbi yang memusuhi Islam dan kafir zimmi yang tidak memusuhi Islam. Orang Islam dibolehkan bekerjasama dengan kafir zimmi, tetapi dilarang berbaik-baik dengan kafir harbi. Tetapi PAS sekarang bukan sahaja berbaik-baik malah bersekongkol dengan DAP, iaitu golongan yang mempunyai pendirian keras terhadap Islam berbanding lain-lain parti dukungan bukan Islam di Malaysia termasuk anggota-anggota komponen BN.

Demi menjayakan pakatannya dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, PAS tergamak pula mengorbankan slogan politiknya untuk mendaulatkan pemerintahan Islam. Slogan itu digugurkan daripada manifesto pilihan raya barisan alternatif.

Apabila perkembangan itu mula digusari oleh sebilangan ahlinya kerana dilihat sebagai lebih merugikan daripada menguntungkan, maka tampil Ustaz Hadi Awang untuk mempertahankan bahawa matlamat parti itu tetap tidak berubah. Ini mendorong DAP menyuarakan kemarahan dengan menggesa supaya PAS mengambil tindakan displin ke atas Hadi. PAS semakin kelam kabut dan serba salah. Kejadian itu menunjukkan betapa Pas kini terdapat lubuk-lubuk keramat yang terpaksa disembunyikan dari pengetahuan umum.

Apa yang jelas bahawa PAS kini sudah bertukar menjadi seperti sesumpah, reptilia yang boleh berubah warna mengikut persekitarannya. Atas landasan matlamat menghalalkan cara, PAS sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita politiknya. Dalam mengatur strategi politiknya, PAS melihat peluang dari isu Anwar Ibrahim untuk meniupkan kebencian terhadap kerajaan. Dalam masa yang sama, PAS berusaha mendapatkan sokongan bukan Islam melalui muafakat dengan DAP.

PAS juga berterusan memaki hamun dan menggunakan fitnah sebagai modal meraih sokongan. Lihat betapa murahnya para pemimpin PAS menjaja isu Anwar diracuni, padahal dakwaan itu tidak betul.

Tukang-tukang kempen PAS dari rumah ke rumah pula menjanjikan syurga kepada pengundi seolah-olah mereka memegang kunci taman Allah itu. Inikah cara orang Islam berpolitik? Islam adalah cara hidup orang beriman. Matlamatnya ialah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Pelaksanaannya mestilah tidak bercanggah sedikit pun dengan ajaran al-Quran dan sunah Rasulullah saw. Matlamat yang halal mestilah diburu dengan cara yang juga halal.

PAS hanya menampakkan kemuliaan pada slogan politiknya, tetapi segala tindak tanduknya tidak membuktikan bahawa ia sebuah parti Islam. Perihal PAS kini sudah menjadi sesumpah memperjelaskan segalanya. Kejap dia berwarna hijau, sekejap warna merah, sekejap warna kelabu tahi anjing. Yang pasti sejak kebelakangan ini, sesumpah itu sering bewarna kelabu tahi anjing.
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Mac 02, 2010

PAS Sedang Bergerak Kearah SEKULAR!

PAS berselongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM. Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahfuz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS. Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS berselongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.

PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam. Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya.

Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.

DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.

Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.

Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS. Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini.

Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.

Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?

Suara Politik
Taminsari