Ahad, Januari 31, 2010

Kenapa sanggup sabotaj YBK? – Noh



















Kenapa hutang jutaan ringgit Talam Corporation (Talam) boleh ‘disedut’ tetapi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor terus ditekan!

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan tindakan tanpa rasa bersalah kerajaan Selangor mengambil alih hutang syarikat pemaju hartanah, Talam berjumlah RM391 juta walaupun tindakan itu dikritik oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

“Sepatutnya tolonglah YBK yang ikhlas membantu orang miskin dan bukannya membantu syarikat korporat. Macam mana yayasan ini hendak bayar cukai apabila tiada projek dapat dilaksanakan di tanah milik mereka itu?

“Apabila kerajaan Pusat ikhlas membantu YBK untuk membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), ia bukan sahaja akan membantu kewangan mereka tetapi akan memberi limpahan rezeki kepada penduduk sekitar yang akhirnya akan menguntungkan Selangor juga.

“Tetapi kini kampus itu akan dipindahkan ke Melaka, sekarang siapa yang rugi? Apabila perkara ini terjadi sudah pasti mereka akan salahkan Barisan Nasional (BN) pula kerana tidak membantu membawa pembangunan ke Selangor,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut YBK yang belum selesai apabila kerajaan negeri cuba mempolitikkan isu berkenaan.

Semalam pimpinan YBK membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa kononnya kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau telah memberi sumbangan ratusan juta ringgit kepada yayasan itu.

Pada 9 November tahun lalu, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan peruntukan tambahan kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk membeli hutang Talam sebanyak RM391 juta daripada empat anak syarikat kerajaan negeri.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Universiti Industri Selangor (Unisel).

Antara yang paling lantang mengkritik tindakan itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim yang meletak jawatannya pada 7 Januari lalu. Beliau dilaporkan sebagai berkata, tindakan itu merupakan taktik yang selalu digunakan oleh ‘penyangak’ dalam sektor korporat untuk mencapai motif tertentu.

Tambah Noh, hanya yang tamak haloba, gila kuasa dan mementingkan soal politik sahaja sanggup mensabotaj YBK, badan yang selama ini telah banyak membantu orang miskin dan golongan kurang bernasib baik. Beliau juga menyifatkan Abdul Khalid seperti ‘budak-budak’ dalam menangani isu YBK selepas usahanya untuk menjadi pengerusi yayasan itu gagal.

“Abdul Khalid mahu dilantik sebagai Pengerusi YBK, apabila permintaannya tidak diendahkan, YBK diugut pula supaya membayar cukai tanah jutaan ringgit atau tanah seluas 526 hektar bernilai RM540 juta milik yayasan itu akan dirampas,” katanya.

Tegasnya, jika Abdul Khalid ikhlas dan jujur membantu orang-orang miskin dan tidak bernasib baik di Selangor, beliau tidak perlu meletakkan pelbagai syarat yang tidak masuk akal.

Sementara Itu : Yayasan Melaka sedia bantu lunas hutang

Yayasan Melaka sedia membantu melunaskan tunggakan RM5.7 juta cukai tanah seluas 526 hektar milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor di Serendah, jika kerajaan negeri Selangor bersetuju melanjutkan tempoh bayaran itu sehingga Isnin ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya sudi berbuat demikian atas dasar semangat membantu golongan miskin. Sehubungan itu, beliau meminta YBK membuat rayuan kepada kerajaan negeri Selangor supaya memberi kebenaran membayar cukai tanah berkenaan pada minggu depan.

“Saya mengetahui perkara ini menerusi media sahaja. Kalau tahu awal, Yayasan Melaka boleh bantu YBK bayarkan dulu RM5.7 juta cukai tanah itu. Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom perlu membuat rayuan terlebih dahulu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Juara Rakyat 1Malaysia 2010 anjuran Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kubang Pasu di Dewan Wawasan di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata, jika kerajaan negeri Selangor membenarkan rayuan tersebut, Yayasan Melaka akan mengadakan usaha sama dengan YBK untuk membangunkan kawasan berkenaan demi kepentingan orang miskin. Kata beliau, pihaknya melihat potensi luas kawasan itu untuk dibangunkan sama ada dalam bidang pertanian atau perindustrian.

Suara Politik
Taminsari

Tun Dr. Mahathir kecewa parti Melayu tidak bantu kaum sendiri!

Tun DR. Mahathir Mohamad mengangkat keris tanda simbolik pelancaran Perkasa Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ, Hulu Kelang, semalam. Turut hadir Noh Omar (dua dari kiri) dan Ibrahim Ali (tiga dari kiri).

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu 'asyik' mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri. Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika ini apa jua tuntutan bukan Melayu, sama ada beralas undang-undang, Perlembagaan atau perjanjian lalu, akan dilayan oleh parti-parti berkenaan.

Beliau percaya tindakan itu berpunca daripada keyakinan mereka yang menyedari bahawa orang Melayu tidak mempunyai banyak pilihan ketika pilihan raya dan akan tetap menyokong mereka.

"Tidak perlu saya nyatakan apa yang menyebabkan kita berasa kecewa. Tetapi kita lihat orang yang dulu kata orang Islam jika berkawan dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang peluk cium orang bukan Islam dan dihalalkan segalanya bagi mereka kerana orang Melayu tetap akan bagi sokongan.

"Ia bukan tindakan yang bijak. Orang Melayu rasa tidak boleh lagi bergantung pada parti-parti politik, sebab itu ditubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 2,000 hadirin pada majlis pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hulu Kelang di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali serta beberapa pemimpin NGO Melayu. Dr. Mahathir menambah, terdapat beberapa NGO Melayu yang menemuinya dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan dan parti-parti pembangkang.

"Tetapi apa yang mereka boleh buat. Mereka kata, jika terlampau giat suarakan pendirian orang Melayu, mereka akan dituduh rasis dan mungkin juga diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

"Akhirnya, mereka datang bertemu bekas Perdana Menteri yang sudah tidak bertaring. Mereka kecewa tetapi tidak dapat suarakan kepada pemimpin Melayu sama ada kerajaan atau parti lawan," ujarnya. Beliau bagaimanapun mengingatkan orang Melayu agar melakukan protes secara tertib dan tidak melakukan kekacauan sehingga menghancurkan keamanan negara.

"Kalau mereka tidak dengar, kita ada kuasa dalam pilihan raya. Jangan gunakan cara yang boleh merosakkan keamanan. "Tetapi saya bimbang, sekiranya keadaan ini berterusan, orang Melayu yang sekian lama memendam kekecewaan akan 'meletup'," katanya.

Sementara itu pada hari yang sama : Nik Aziz berucap 10 minit kerana uzur

Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir berucap pada himpunan bersama Menteri Besar Kelantan di sini hari ini, terpaksa memendekkan ucapannya berikutan keadaannya yang uzur.

Beliau yang berucap kira-kira pukul 10.50 malam ini di Dewan Serbaguna, Taman Seri Keramat AU2, hanya sempat menyampaikan ucapannya kira-kira 10 minit sebelum memaklumkan kepada kira-kira 3,000 hadirin yang hadir bahawa beliau tidak sihat.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz berkata, beliau berdoa semoga pintu hati pimpinan UMNO dibuka oleh Allah untuk memberikan royalti minyak kepada Kelantan.
Menurutnya, tindakan pemimpin Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO untuk memberikan wang ihsan kepada Kelantan dan bukannya royalti, adalah tidak patut.

''Kuala Lumpur tidak mempunyai minyak walaupun setitik. ''Kuala Lumpur ambil minyak kita dan kemudian bagi wang ihsan kepada kita, sepatutnya kitalah yang bagi wang ihsan kepada dia,'' katanya. Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz mendakwa, tindakan UMNO yang mengambil wang royalti minyak Kelantan untuk digunakan dalam kempen pilihan raya juga tidak akan menguntungkan mereka.

''Walaupun menggunakan wang, saya yakin orang ramai yang berpegang pada ajaran Islam tidak akan beralih menyokong UMNO,'' ujarnya.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Januari 29, 2010

Zulkifli Noordin : Zaid Ibrahim Diibaratkan Tak Ubah Seperti 'Sampah' Yang Disepak Keluar Oleh UMNO !

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, semalam mencabar Datuk Zaid Ibrahim supaya keluar daripada Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan parti itu.

Malah, Zulkifli yang menganggap Zaid sebagai ‘sampah Umno’ juga mendakwa bekas menteri itu menjadi liabiliti kepada PKR, ekoran tindakannya mengutuk pimpinan parti yang mahu mengheret Zulkifli ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Zaid adalah anggota biro politik parti, kerana beliau juga terbabit dalam membuat keputusan terhadap saya dan beliau sepatutnya hormati keputusan itu, bukannya mengutuk pimpinan parti terhadap keputusan berkenaan.

“Kalau tidak setuju, keluar saja daripada biro politik. PKR buat begitu kerana mengikut tatacara dan peraturan parti, saya akan berdepan dengan jawatankuasa disiplin.

“Datuk Zaid saya tidak pandang pun beliau, beliau ini politikus yang betul-betul macam tikus akan mengambil kesempatan di mana saja ada peluang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan Zaid yang juga Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat Malaysia (PRM), menyifatkan PKR sebagai sebuah parti yang tidak mampu mempertahankan prinsip utamanya apabila gagal menangani isu Zulkifli dengan serius.

Zaid dalam laman blognya berkata, ada pihak takut untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli, selain menyifatkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu sebagai manusia istimewa yang tidak boleh disentuh dalam parti. Zulkifli turut mempersoalkan tindakan Zaid sebelum beliau menyertai PKR, yang mana perjuangannya bertentangan dengan prinsip yang diperjuangkan PKR.

“Dialah (Zaid) orang yang memecahbelahkan Majlis Peguam Negara dan merosakkan institusi kehakiman. Pas juga perlu ingat inilah orang yang failkan saman bagi menghalang Pas laksanakan hukum hudud di Terengganu.

“Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dihina, di mana beliau, malah tahun lalu beliau masih ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian Umno, namun beliau adalah sampah Umno yang ditolak,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataannya dalam sebuah akhbar tempatan yang menyebut beliau tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti lain.

“Saya akan mengkaji perkara itu, sekiranya PKR membuat keputusan untuk tidak membenarkan saya bercakap mengenai Islam ataupun tidak mahu benarkan mempertahankan Islam,” katanya.

KOMEN :

Zaid Ibrahim sebenarnya nak tunjuk taring di dalam PKR. 'CAH KETING' budaya PAS sedang digunapakai untuk men'nyah ketingkan' YB Zulkifli. Kita lihat ada bezanya Zaid Ibrahim dengan pemimpin PKR yang lain. Kalau yang lain masuk PKR disebabkan opportunist, Zaid Ibrahim keluar UMNO disebabkan ada perkara-perkara yang bertentangan dengan pendiriannya dan bukan alasan yang lain. Agak mengecewakan kerana Zaid masih tidak sedar yang dia dikelilingi orang orang yang bermuka-muka dan tidak tahu akan nilai berjuangan.

YB.Zulkifli Nordin sepatutnya disokong kerana pendirian beliau dengan menyangkal tindakan Partinya yang dayus membenarkan mengunakan Kalimah Allah. Adakah ini masa terbaik bagi Zulkifli untuk melakukan satu tindakan yang di luar dugaan dengan meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin dilihat gagal memenuhi hasrat " Suara Rakyat" mereka! Selamat Berjuang YB RIDER !.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Januari 25, 2010

Zulkifli jawab emel Anwar, dakwa penasihat PKR tidak neutral !

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengarahkan beliau memberi penjelasan berhubung laporan polis terhadap Khalid Samad, tidak bertindak secara neutral dalam isu itu.

Pada masa yang sama, Zulkifli menegaskan beliau tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap rakan sejawatannya dari PAS itu. “Saya tidak akan menarik balik laporan terhadap Khalid. Jika mahu saya menarik balik laporan polis, Khalid juga mesti menarik balik kenyataannya yang mendakwa enakmen agama Islam Selangor sudah ketinggalan zaman dan beliau juga perlu memohon maaf,” kata beliau hari ini.

Zulkifli menyatakan demikian dalam respons yang dihantar kepada Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), kira-kira 11.30 pagi tadi menerusi emel. Beliau mengakui menerima emel daripada Anwar semalam. Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Anwar sebagai seorang pemimpin dan beragama Islam seharusnya mengambil pendirian neutral dalam isu tersebut.

“Saya menulis kepada Anwar bahawa saya menghormati perbezaan pendapat sebagaimana dikatakan beliau dalam emelnya. Tetapi sebagai seorang pemimpin dan yang beragama Islam, beliau juga seharusnya mengambil tindakan yang neutral. “Sebaliknya beliau mengambil pendirian berpihak, beliau menyokongnya (kenyataan Khalid),” kata Zulkifli.

Dalam emel itu, kata Zulkifli, Anwar meminta beliau menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap Khalid kelmarin dan harus menerima perbezaan pandangan yang wujud dalam parti termasuk dalam Pakatan Rakyat. Malah dalam emel itu, Anwar juga memaklumkan bahawa tindakannya akan dirujuk kepada biro politik, yang dijadual bersidang esok.

Semalam, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menegaskan, Zulkifli akan berhadapan dengan tindakan disiplin atas tindakan terbarunya ini. Selain mengatakan Zulkifli sudah melampaui batasan, Anwar berkata, beliau turut kecewa dengan tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid.

Anwar mengesahkan beliau telah menulis kepada Zulkifli dan mengharapkan penjelasannya sebelum esok. Mengulas lanjut jawapan yang dihantar kepada Anwar, Zulkfili menjelaskan, beliau tiada masalah dengan PKR dan PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat. Sebaliknya, tambah beliau, hanya Khalid yang telah melampuai batasan dengan mengesyorkan agar Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dikaji semula atas alasan sudah ketinggalan zaman.

“Saya membuat laporan polis kerana Khalid secara peribadi telah membuat kenyataan sedemikian yang pada pandangan saya telah membuat kenyataan bersifat jenayah.
“Saya merasakan beliau telah menghina umat Islam, sekali gus mengetepikan sokongan umat Islam dari Pakatan,” katanya. Mengenai kemungkinan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin, Zulkifli berkata, beliau bersedia dan tidak risau untuk berhadapan dengan apa juga tindakan.

“Parti mempunyai segala hak untuk mengambil tindakan dan saya juga mempunyai hak untuk memberikan pandangan,” katanya. “Saya merasakan parti seharusnya menghargai pandangan saya... saya memberi pandangan yang memihak kepada parti agar sokongan umat Islam tidak beralih daripada Pakatan,” katanya lagi.

Tengah hari semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pucuk kepimpinan PKR mengambil tindakan disiplin terhadap Zulkifli yang membuat aduan di bawah Akta Hasutan terhadap Khalid. Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Zulkifli tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Tindakan YB Zulkifli bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat,” kata beliau sambil menambah tindakannya itu adalah ala Umno. Hari ini, salah seorang pemimpin PKR Datuk zaid Ibrahim menggesa agar parti itu memecat Zulkifli atas tindakannya itu.

SEBELUM ITU :

Anwar kecewa, mahu rujuk Zulkifli ke jawatankuasa disiplin!

Anwar Ibrahim menegaskan ahli Parlimen parti bagi kawasan Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin akan berhadapan dengan tindakan disiplin. Kata Anwar, wakil rakyat itu sudah melampaui batasan, malah beliau turut kecewa dengan tindakan terbarunya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad.

“Saya sentiasa berikan beliau ruang untuk menyatakan pandangan tetapi bukan selalu saya bersetuju dengannya.“Saya telah menasihatkan beliau agar tidak menyebabkan ketegangan di kalangan rakan kami (Pakatan Rakyat) tetapi beliau telah melepasi batasan,” kata beliau selepas menyampaikan ceramah perdana di Taman Keramat di sini malam tadi.

Anwar mengesahkan beliau telah menulis kepada Zulkifli dan mengharapkan penjelasannya sebelum esok. “Saya telah menghantar emel kepada beliau, jadi beliau akan memberikan penjelasan sebab saya mahu merujuk perkara ini kepada jawatankuasa disiplin dan biro politik yang akan mengadakan mesyuarat pada Selasa ini (esok).

“Saya berharap beliau boleh menyediakan jawapannya sebelum itu,” kata Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat. Anwar juga ditanya mengapa Zulkifli tidak pernah dirujuk kepada kepimpinan parti. “(Kini) saya didesak untuk meminta kepimpinan parti agar mengesyorkan tindakan sesuai terhadap beliau.

“Beliau seharusnya datang kepada kami, mengapa tidak anda membawanya kepada kepimpinan parti? Beliau tidak pernah menyampaikan kepada kami,” katanya.
Bagaimanapun Anwar percaya bahawa Zulkifli seharusnya diberikan peluang untuk menjelaskan pendirian beliau.

“Saya tidak percaya pada permintaan dipecat sebelum proses yang sewajarnya dan benarkan beliau memberi penjelasan,” katanya. Petang semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pucuk kepimpinan PKR mengambil tindakan disiplin terhadap Zulkifli yang membuat aduan di bawah Akta Hasutan terhadap Khalid.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Zulkifli tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Tindakan YB Zulkifli bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat,” kata beliau sambil menambah tindakannya itu adalah ala Umno.

Zulkifli yang pernah disiasat jawatankuasa disiplin PKR dua tahun lalu berhubung isu lain, kelmarin membuat aduan polis ekoran saranan Khalid agar enakmen agama Islam Selangor disemak atas alasan ia sudah ketinggalan zaman. Khalid juga berucap pada ceramah perdana malam tadi yang dianjurkan oleh AMK.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Januari 24, 2010

Tunku Ibrahim dimasyhur ...Daulat Tuanku.


Pemangku Raja Johor, Tunku Ibrahim Ismail, 52, dimashyurkan sebagai Sultan Johor yang kelima hari ini. Istiadat pemashyuran baginda diadakan di tangga Istana Besar, di sini pukul 1.08 petang. Watikah pemasyhuran Sultan Ibrahim Ismail dibacakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Menurut Abdul Ghani, Sultan Ibrahim telah menandatangani watikah pemashyuran sebagai Sultan Johor di hadapan Jumaah Majlis Diraja Johor dan kaum kerabat Diraja Johor di Bilik Singahsana, Istana Besar, Johor Bahru.


TUNKU Ibrahim Ismail melafazkan Watikah Pemasyhuran sebagai Sultan Johor ke-5 di Istana Besar, Johor Bahru, semalam.

‘‘Ketahuilah olehmu sekalian rakyat negeri kita daripada bangsa keturunan Melayu dan lain-lain keturunan dan ketahuilah juga olehmu sekalian yang berkenaan dengan negeri dan jajahan tanah air kita bahawa mengikut Fasal 8 Bagi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895 kita. Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah menaiki tahta kerajaan.

‘‘Dan telah mengangkat sumpah di dalam Bilik Singgahsana di Istana Besar Johor Bahru pada pukul 10.15 pagi pada 7 Safar 1431 bersamaan dengan 23 Januari 2010 di hadapan jumaah pangkuan negeri menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dalam jajahan Johor dan segala daerah takluknya bagi menggantikan Seri Paduka ayahanda kita, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail bertarikh di Istana Besar Johor Bahru pada 23 Januari 2010 dengan titah perintah Datuk Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor,” katanya Abdul Ghani.

Pemashyuran itu dilangsungkan sebelum jenazah ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini untuk istiadat pemakaman.
Sebaik sahaja selesai pembacaan watikah itu, Penasihat Majlis Agama Islam, Datuk Nooh Gadut membacakan doa kira-kira pukul 1.12 petang.

Selesai bacaan doa, kedengaran laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali dilafazkan oleh rakyat dan para hadirin.

Ia diikuti dengan Majlis Perangkatan jenazah Almarhum Sultan Ibrahim dari Dewan Istana Besar menggunakan sebuah pedati dengan ditarik oleh Pasukan Istiadat dan Pegawai Badan Istiadat istana menuju ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah yang terletak kira-kira tiga kilometer.

Pedati yang membawa jenazah Almarhum itu turut dinaiki oleh Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar dan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim.
Sultan Ibrahim Ismail bersama kaum kerabat lain berjalan kaki mengiring jenazah ke makam berkenaan sambil diiringi dengan tembakan meriam sebanyak 77 das, bersamaan dengan usia Almarhum.


MENTERI Besar Johor, Abdul Ghani Othman menyampaikan ucapan Watikah Pemasyhuran Tunku Ibrahim Ismail sebagai Sultan Johor ke lima di atas pemangkatan Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar di Istana Besar, Johor Bahru, semalam.

Selain itu, kerabat-kerabat diraja dari negeri lain dan tetamu kehormat turut menuju ke Makam Diraja berkenaan. Hampir kesemua raja dan sultan di negara ini serta kaum kerabat mereka hadir pada majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri masing-masing.

Sultan Ibrahim Ismail menggantikan ayahanda baginda yang mangkat semalam pada usia 77 tahun setelah memerintah negeri ini hampir tiga dekad bermula 11 Mei 1981.

Petang semalam baginda dilantik sebagai Pemangku Raja oleh Jumaah Majlis Diraja Johor setelah menerima laporan kegeringan Sultan Iskandar daripada tiga pakar perubatan di Hospital Pakar Johor, di sini bahawa ayahanda baginda tidak dapat melakukan kerja-kerja raja. Namun, Sultan Iskandar disahkan mangkat pukul 7.15 malam.

Sultan Ibrahim Ismail yang diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) merupakan putera sulung Almarhum Sultan Iskandar. Baginda yang berjiwa rakyat telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar Johor Bahru pada 3 Julai 1985.

Hasil perkongsian hidup dengan Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah, pasangan diraja itu dikurniakan enam cahaya mata, lima putera dan seorang puteri iaitu Tunku Ismail Ibrahim, Tunku Aminah, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar.

Sultan Ibrahim Ismail mula mendapat pendidikan asas di Taman Didikan Kanak-kanak Tuanku Ampuan Mariam, Johor Bahru sebelum memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School di Australia mulai 1968 hingga 1970.

Sultan Ibrahim Ismail juga pernah mendapat pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar (English College Johor Bahru) dari 1971-1975. Baginda turut menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek Johor Bahru.

Setelah tamat persekolahan, Sultan Ibrahim Ismail telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Kota Tinggi selama tiga bulan untuk menerima latihan asas ketenteraan. Kemudian baginda ke Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat untuk latihan ketenteraan (Airborne dan Infantery Offices Basic Course) dan kemudian menyambung latihan di Fort Bragg, Amerika Syarikat.

Baginda turut menjalani latihan penerbangan helikopter di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kluang dan seterusnya ke Fort Wracker, Amerika Syarikat untuk menjalani latihan lanjutan di Advanced Helicopter Flying‘s School dan menerima anugerah ‘sayap’ penerbangan.

Selain itu, baginda juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang dan diplomasi dari Universiti Tuftf, Amerika Syarikat. Dalam bidang sukan, Sultan Ibrahim Ismail gemar bermain polo dan menunggang motosikal berkuasa tinggi serta sinonim dengan program Kembara Mahkota Johor yang melawat ke seluruh pelosok negeri ini.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Januari 23, 2010

Al-Fatihah Buat DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail


Sembah takziah atas kemangkatan DYMM Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semalam pada hari Jumaat 22 Jan 2010 bersamaan 6 Safar 1431. Mudah-mudahan roh Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail akan dicucuri rahmat dan berkat dari Allah serta dilimpahi syafaat Para Nabi, Para Wali... Insya Allah.

AL-FATIHAH

BELASUNGKAWA : Sultan Iskandar tepikan protokol

KEMANGKATAN Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Al Haj ibni Armarhum Sultan Ismail pada usia 78 tahun semalam amat dirasai. Sultan Iskandar akan terus dikenang sebagai seorang sultan yang penuh dengan ceritera berwarna- warni.

Menjadi Sultan Johor selama 19 tahun, baginda cukup dikenali sebagai seorang pemimpin yang sanggup mengetepikan protokol untuk bebas bergaul dengan rakyat jelata.

Biarpun adakalanya bersikap serius, baginda tidak segan silu menegur perbuatan yang dianggap tidak betul. Bahkan baginda gemar bertanya sesuatu isu dengan lebih lanjut pada majlis-majlis keramaian.

Sikap tegas baginda secara terbuka dapat lihat apabila membabitkan kepentingan rakyat negeri Johor. perkara ini terbukti pada tahun lalu apabila Sultan Iskandar tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura.


Pendirian baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar di Nusajaya.

''Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa baginda tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail.

Selain itu, tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP tidak memakai songkok pada majlis pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), dua tahun lalu juga menunjukkan ketegasan baginda.

Sultan Iskandar mencabar empat ADUN itu untuk menunjukkan diri mereka di dalam dewan apabila baginda hadir merasmikan sidang pembukaan DUN itu. Baginda turut diingati kerana pendiriannya yang konsisten ke atas Tambak Johor apabila sentiasa mengulangi ia agar dirobohkan supaya saliran air di Selat Tebrau dapat mengalir secara sempurna.

Kemuncak ketegasan baginda apabila berikrar untuk mendapatkan semula hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih yang kini dimiliki Singapura, menyentuh hati semua rakyat Johor. Itulah antara karakter tegas yang dimiliki baginda walaupun sebenarnya almarhum bersikap ramah untuk menjadi seorang pemerintah yang disenangi dan disayangi rakyat sama ada di bandar atau pun di desa.

Sultan Iskandar yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932 juga terkenal dengan sifat prihatin, rendah diri dan tidak lokek dengan senyuman di sebalik raut wajah yang kelihatan agak garang.

Ternyata, tembok besar dan tinggi di Istana Bukit Serene tidak pernah menghalang putera Sultan Ismail Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad itu untuk mendekati dan menyelami hati rakyat.

Sultan Iskandar mangkat pada usia 78 tahun di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering kerana diserang penyakit jantung. Almarhum ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8 pada 26 April 1984 untuk tempoh selama lima tahun menggantikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang tamat tempoh sebagai ketua negara. Baginda mempunyai dua putera dan lapan puteri daripada dua orang isteri.

Dengan isteri pertama, Josephine Trevorrow, baginda dikurniakan seorang putera dan tiga puteri iaitu Tunku Ibrahim Ismail yang merupakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Hajah Kamariah (Tunku Puteri Johor), Tunku Zabedah Aminah (Tunku Besar) dan Tunku Azizah Aminah Maimunah.

Selepas bercerai, baginda berkahwin dengan Tunku Zanariah pada 21 Ogos 1961. Hasil perkahwinan itu, baginda dikurniakan seorang putera, Tunku Abdul Majid Idris selaku Tunku Bendahara Johor dan lima puteri iaitu Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Pendidikan awal almarhum Sultan Iskandar bermula daripada pengajar persendirian dan Sekolah Inggeris Ngee Heng, Johor Bahru. Baginda menyambung pendidikan di English College yang kini dikenali Maktab Sultan Abu Bakar sebelum melanjut pelajaran di Australia dan Britain.

Baginda mendapat Ijazah Kehormat Sains, Universiti Teknologi Malaysia pada 10 April 1997 dan Ijazah Kehormat Undang-Undang, Universiti of Singapura berikutan sumbangan baik atas hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura pada 12 April 2007. Pada 2007, baginda dianugerahkan sebagai Ahli Payung Terjun Sayap Kehormat-Master oleh Menteri Pertahanan Singapura pada ketika itu, Teo Chee Hean.

Baginda diisytiharkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 8 Mei pada 1959 sebelum digantikan dengan kekanda bongsunya, Tunku Abdul Rahman pada 10 Ogos 1961. Pada 1966 hingga 1981, baginda dilantik sebagai Raja Muda Johor. Pada 29 April 1981, almarhum telah dilantik semula sebagai Tunku Mahkota Johor berdasarkan perjanjian dengan Majlis Mahkamah Diraja Johor.

Pada 9 Mei 1981, baginda dilantik sebagai pemangku Raja Johor semasa Sultan Johor gering sebelum diisytiharkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Dalam sektor kerajaan, baginda pernah menjawat jawatan Pegawai Kadet di Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan Perbendaharaan bermula 25 Januari 1956 hingga 8 Mei 1959.

Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia pada 1960. Kebijaksanaan baginda dalam bidang perniagaan turut terserlah apabila menjadi ahli perniagaan semasa menjadi Raja Muda Johor selain terlibat dalam sebuah syarikat usahasama, Mados-Cito-Daiken.

Jasa baginda dalam bidang pendidikan juga tidak boleh dilupakan apabila dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 12 Disember 1981 selain Kolonel atau Komander Angkatan Tentera Johor dan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando).

Sumbangan Sultan Iskandar turut mendapat perhatian pelbagai pihak sama ada tempatan dan antarabangsa apabila menerima anugerah Venerable Order of St. John, Sovereign Head of the Order, Queen Elezabeth II pada 1980. Pada 1984, baginda dikurniakan Darjah Kehormat Marsyal Tentera Udara Diraja dan Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DKMB) oleh Kerajaan Brunei 1988.

Pada waktu lapang, baginda gemar memburu, bermain polo, golf, tenis, meluncur air, berenang dan payung terjun selain memiliki sijil juruterbang yang berkelayakan. Kira-kira 10 tahun lalu, Sultan Iskandar pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Amerika Syarikat dan pembedahan bahu di Hospital Tentera Diraja Thai di Bangkok, Thailand bagi rawatan kecederaan lama ke atas bahu ketika bersukan.

Sultan Iskandar sudah mangkat dan meninggalkan rakyat negeri Johor buat selama-lamanya, namun sumbangan baginda akan terus diingati oleh semua golongan. Pastinya nama baginda akan bersemadi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Mahmood Iskandar, Parit Saidi, Batu Pahat dan Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 1 and 2 di Pontian.

Kejohanan Golf Terbuka Iskandar, wilayah koridor pembangunan ekonomi Iskandar Malaysia dan Bangunan Sultan Iskandar tetap menjadi mercu tanda kegemilangan pemerintahan baginda.- UM

AL-FATIHAH

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Januari 22, 2010

Obama II Sepet, apa kata Anwar?

Rupa-rupanya kalau kita masih ingat kemenangan calon Demokrat Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 bukan sahaja mengujakan kaum kulit hitam di Amerika, tetapi turut mengujakan kaum kulit putih di Malaysia.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat seharusnya dijadikan teladan politik di Malaysia. Mereka ini berpendapat Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti malah telah mengatasi halangan besar bagi memenangi jawatan tertinggi negara itu.

Apakah ini bermakna, secara diam-diam selama ini, Lim Kit Siang bercita-cita untuk menjadi PM ? Sebelum ini tidak diluahkan secara terang, tetapi setelah kemenangan Obama, wakil kaum kulit putih di Malaysia pun secara terbuka mengumumkannya. Sebelum ini yang kencang menawarkan diri bukan Lim Kit Siang tetapi Anwar Ibrahim dengan segala perancangan yang kononnya rapi, target 16 September, tetapi tidak menjadi kenyataan.

Apa pula perasaan Anwar apabila seorang lagi rakan pakatannya menawarkan diri menjadi PM? Sudah tidak percaya dengan kewibawaan Anwar kah, hingga terpaksa calon alternatif berkulit putih pula menawarkan diri ? Begitulah resam Pakatan Rakyat, sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri. Walau nampak manis di depan, tetapi di belakang belum tahu. Walaupun pada permukaan bersetuju melantik Anwar sebagai bakal PM, tetapi di dalam hati, di belakang belum tentu.

Siapa tidak mahu jadi PM, semua orang politik tergila-gila jadi PM, walaupun tidak layak. Anwar Ibrahim sendiri, sudah menawarkan diri jadi PM sejak tahun 1998. Ketika itu, satu tangga lagi, nak sampai ke takhta PM, tetapi jatuh tergolek terpaksa menjadi "PM" di Sungai Buloh.

10 tahun berlalu, tetapi cita-cita Anwar mahu jadi PM tidak pernah luput. Beritahu semua penyokong bahawa akan jadi PM pada 16 September. Beritahu seluruh dunia, 16 September yang lepas sepatutnya telah jadi PM, tetapi masih seperti dahulu, cita-cita hanya tinggal cita-cita, masih tidak kesampaian.

Ada orang berkata Anwar tidak boleh jadi PM, kerana terlalu angkuh, kerana mengambil kuasa Tuhan boleh menentukan tarikh bilakah akan jadi PM. Kata orang lagi, jika Anwar tidak angkuh dan mampu bersabar serta berserah kepada Tuhan, mungkin 10 tahun lepas, dia telah menjadi PM.

Ketika Anwar laungkan mahu jadi PM, 16 September, orang yang tidak menyokongnya ialah Ibrahim Ali. Sepatutnya Ibrahim Ali menyokong Anwar jadi PM, 16 September kerana mereka berdua pernah berkawan baik dan sama-sama dipenjarakan di Kemunting.

Sepatutnya orang yang pernah sama-sama berdemonstrasi, sama-sama menginap di Kemunting akan lebih kenal mengenal dan saling bantu membantu kerana dulu perjuangannya sama. Sama berdemo, sama dipenjara, sama masuk UMNO, sama dipecat UMNO, sama pandai berpidato, tetapi tidak sama tentukan siapa bakal PM.

Jadi kalau kawan baik sendiri seperti Ibrahim Ali, tidak sokong Anwar jadi PM, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dalam fikiran kawan baiknya itu, tetapi tidak diluahkan, demi menjaga air muka. Secara lantang, Ibrahim Ali melaungkan dia akan sokong Haji Hadi jadi PM, walaupun dia tahu, Anwar dan para penyokongnya menobatkan pemimpin defacto PKR itu jadi PM. Haji Hadi lebih bijak, walaupun disokong Ibrahim Ali jadi PM, tetapi Hadi membalas dengan tersenyum, "Saya tak mahu menjadi PM Mat Jenin".

Apa-apa pun Anwar akan terus diam jika melibatkan soal orang melayu kerana menjaga hati penyumbang undi terbesar. Anwar akan terus diam dan diam tentang pencabulan hak orang melayu dan Islam demi mengejar takhta. Tapi akan terus melalak memaki hamun kerajaan selagi impiannya tak sampai.Gayanya seperti orang membaling batu sembunyi tangan. Membenarkan maruah Islam dan Melayu diinjak-injak tetapi menafikannya dan berdiam diri, Ini bukan pemimpin sejati, ini pemimpin untuk tekak sendiri.

Tiada Obama minoriti di Singapura

Singapura ini dulu Temasik namanya. Sang Nila Utama adalah Raja Melayu yang pernah memegang tampuk kuasa di sana beratus tahun dahulu. Baginda berasal dari Sumatera dan bertanggungjawab dalam membuka negara pulau ini, Bagindalah menukar namanya dari Temasik ke Singapura. Memerintahnya selama 48 tahun dan mangkat serta dimakamkan di Bukit Larangan di pulau tersebut.

Dari Sang Nila Utama pulau ini bertukar tangan, melalui berbagai perubahan, dijajah, bergolak dan kini berdiri atas nama Republik Singapura. Tiada lagi Raja Melayu yang bersemayam di sini malah kuasa politik Melayu pun sudah semakin mengecil.

Dari bumi Melayu, Singapura melalui evolusinya sendiri, menjadi masyarakat berbilang kaum dan kini didominasi oleh kaum Cina yang memegang tunggak kuasa lantaran besarnya bilangan mereka di sana hari ini. Itulah realiti politik Singapura hari ini.

Artikel ini ditulis tanpa mahu melelehkan sebarang sentimen perkauman takut nanti dicap "racist", kerana kini jika mempertikaikan kaum selain Melayu, akan dicop sebagai "racist" tetapi apabila Non-Malays mencaci, menghina, mempertikai agama dan bangsa Melayu tidak pula dicop sebagai "racist", "Demokrasi" kata Non-Malays begitu juga ada Melayu yang menyokongnya. Jadi sekadar mahu menunjukkan berbezanya sungguh suasana antara kita dan negara jiran kita itu.

Sebelum itu PM Singapura Lee Hsien Loong telah hadir dalam satu majlis bersama pemimpin-pemimpin akar umbi Melayu di sana, berkebutlan kehadiran beliau dalam suasana Amerika Syarikat baru menyaksikan seorang kulit hitam (yang merupakan penduduk minoriti di Amerika) menang menjadi Presiden negara yang didominasi sebelum ini oleh warga kulit putih.

Lalu dalam majlis tersebut beliau ditanya apakah Singapure bersedia untuk menerima seorang dari kaum minoriti menjadi PM. Kata Lee boleh tetapi tidak dalam waktu yang terdekat. Alasannya masyarakat Singapura masih terdorong dengan isu perkauman walaupun ia sudah semakin berubah.

Suatu ketika dahulu semasa Lee seorang Jeneral dalam Tentera Singapura, ada dilontarkan pertanyaan apakah Tentera Udara Singapura bersedia mengambil anak Melayu Singapura menjadi juruterbang jet penggempurnya (fighter pilot), kata Lee ketika itu, Singapura belum bersedia kerana bimbang akan ketaatan juruterbang itu kiranya Singapura bertegang dengan negara jirannya!

Di simpulkan selagi PM ini menjadi PM Singapura, memang tiadalah tempat buat golongan minoriti di sana, khasnya orang Melayu. Ini berbeza dengan sejarah Obama kerana orang kulit hitam tidak pernah menjadi kaum majoriti di Amerika sedangkan Sang Nila Utama pernah menjadi Raja!

Obama menawarkan diri jadi Presiden Amerika buat pertama kali dan terus berjaya, tetapi Anwar mengambil masa 10 tahun dengan beberapa kali percubaan tetapi masih gagal. Setelah Anwar masih gagal, muncul pula Obama II Sepet berkulit putih, Lim Kit Siang pula menawarkan diri.

Bolehkah Anwar memberi laluan kepada Obama II Sepet berkulit putih dari Malaysia itu menjadi PM, sedangkan Anwar siang malam bermimpikan istana Putrajaya dan sedang berusaha siang malam menangkis untuk tidak bertahta kembali di singgahsana istana Penjara Malaysia (PM) yang bakal menanti beliau jika gagal mempertahankan kes liwasssnya? Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Januari 20, 2010

Anwar dakwa Malaysia halang pluralisme agama!

Anwar berceramah di the Regional Outlook Forum di Singapura yang dikendalikan oleh the Institute of South East Asian Studies. Katanya Islam lebih sesuai dengan demokrasi dan menuduh Malaysia di bawah Tun Abdulah Ahmad Badawi ketika itu mengamalkan Islam Puritanisme yang menghalang pluralisme.

Pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim berkata keharmonian pelbagai kaum di negaranya berada di tahap kritikan kerana ancaman puritanisme Islam ( Fahaman yang mementingkan tatasusila dan agama ) yang telah merosakkan hak-hak perlembagaan penganut agama lain di dalam negara yang mempunyai majoriti Muslim di Asia Tenggara.

Dalam ucapan terbarunya di forum serantau di Singapura sebelum ini, Anwar juga menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah menggunakan puritanisme Islam untuk memenangi undi dalam pilihan raya umum yang ketika itu dijangkakan akan diadakan pada awal tahun 2008.

"Isu sebenar, saya akan menggambarkan sebagai puritanisme Islam yang ditaja oleh negara ini mengundang lebih banyak sentimen perkauman keagamaan," Anwar memberitahu dalam satu perhimpunan di Institute of Southeast Asian Studies (Institut Kajian Asia Tenggara), Singapura. "Ini adalah sejenis teologi yang membawa kepada penolakan kebebasan berperlembagaan agama lain."

Lebih kurang 60 peratus daripada 25 juta populasi Malaysia adalah Muslim. Penganut Kristian dan Buddha, yang kebanyakannya daripada masyarakat Cina menjadi minoriti daripada negara tersebut, mewakili 25 peratus populasi, dan Hindu yang berasal daripada negara India mewakili lebih kurang 10 peratus.

Keharmonian kaum di antara etnik- etnik di Malaysia dan kumpulan agama telah mula menunjukkan beberapa ketegangan memandangkan kumpulan minoriti telah membuat aduan tentang hak mereka telah dicabuli berkenaan keputusan mahkamah dan dasar- dasar kerajaan yang memihak kepada Muslim.

Pada awal Januari tahun lalu, kerajaan Malaysia telah mengharamkan kumpulan minoriti daripada menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan untuk menerangkan tentang Tuhan kepada kepercayaan agama bukan Muslim. Anwar menyatakan pengharaman ini merupakan ‘kekarutan yang tidak masuk akal’

"Pada hari ini, kesemua rasa hati yang meliputi perkara ini di bawah ancaman yang serius," katanya. "saya yakin, ramai Muslim Malaysia juga, secara adilnya berasa terkejut dengan tindakan yang ditunjukkan itu sebagai berfikiran sempit dan tiada toleransi."

Anwar adalah bekas menteri kerajaan yang telah dipersiapkan untuk memimpin Malaysia, tetapi telah dipecat pada 1998 oleh Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad di atas tuduhan rasuah dan liwat. Anwar menafikan sebarang kesalahannya dan menyatakan tuduhan tersebut telah direka-reka oleh Tun Dr.Mahathir yang telah mula melihatnya sebagai satu ancaman politik. Dia telah dibebaskan daripada tuduhan liwat pada 2004 oleh Mahkamah Tinggi Malaysia.

Satu larangan terhadap Anwar telah dikeluarkan , melarangnya daripada memegang jawatan awam atau bertanding dalam pilihan raya umum kerana sabitan untuk rasuah akan berakhir pada April 2008.

[Ecumenical News International - ENI ditaja bersama oleh World Council of Churches (Majlis Gereja Sedunia), the Lutheran World Federation (Persekutuan Lutheran Sedunia), the World Alliance of Reformed Churches (Pakatan Sedunia Gereja Pembaharuan), dan the Conference of European Churches (Persidangan Gereja Eropah)].

Anwar, agen Amerika yang sibuk

Dulu ketika dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar beritahu rakyat Malaysia bahawa dia terpaksa "mencari rezeki" di Amerika kerana tiada peluang "mencari rezeki" di Malaysia. Maka berhijrahlah Anwar ke Amerika yang mendakwa dirinya mencari rezeki sebagai pensyarah pelawat universiti (John Hopkin dan Georgtown). Anwar menetap di Amerika selama dua tahun (2005-2007).

Sekembalinya Anwar ke tanah air pada akhir 2007, dia membawa wang yang banyak. Anak-anaknya semuanya dihantar ke Amerika untuk menyambung pelajaran. Rumahnya di Damasara telah dijual dan dibeli rumah baru yang lebih besar di Bukit Segambut bernilai puluhan juta. Hanya dua tahun berkelana di Amerika mampu membina rumah semewah itu. Itu yang ditunjukkan kepada kita. Dari segi kemewahan rumah, yang tidak ditunjuk, masih banyak lagi.

Pegawai khas Anwar pun ramai, selain Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Nathaeil Tan, Rahimi Osman, Sim Tze Tzi dan lain lain lagi. Dari mana Anwar dapat duit membayar seramai pegawai khas itu ? Berapa pula gaji bulanan pegawai-pegawai khas lain yang turut Anwar bayar ? Itu cerita sebelum Anwar menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Sekarang Anwar sudah menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan mendapat gaji tambahan sebagai ketua pembangkang.

Tetapi Anwar masih berulang-alik ke luar negara memenuhi tugasan Amerika Syarikat. Kemuadian pula ke Bangkok untuk " berurut "? Kalau masih berminat menjadi penceramah Amerika, kenapa bertanding di Malaysia ? Sampaikan ketika Pakatan rakyat sibuk menangani masalah pilihanraya kecil di Perak dan Kedah, Anwar masih sibuk dengan urusan Amerika.

Kemudian Anwar bersama Madeline AlBright di Doha Qatar, kononnya hendak menyelesai masalah Gazza. Dengar cerita, masih menjadi penceramah Amerika, walaupun sudah berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang ? Kemudian jadi " Menteri Parlimen Malaysia " pulak tu.?

Masih tidak cukup gaji ketua Pembangkang di Malaysia, hingga masih sibuk ke hulu ke hilir menjadi penceramah Amerika ? Samasa kempen mengundi di Permatang Pauh, Anuar mengatakan yang dia tak berkemampuan untuk menyediakan minuman kepada pengundi kerana tidak ada wang? Boleh percaya ke? Sejak bila pula bangsa Yahudi bernama Madeline Albright berminat membantu umat Islam di Palestin, kecuali mengusahakan tindakan agar negara-negara Islam tunduk kepada Amerika dan Israel?

Kalau kita membaca keynote address Anwar di Plenary Session of the U.S.-Islamic World Forum, 14 February, 2009, Four Seasons Hotel, Doha, Qatar pun kita tidak pandangan-pandangan bernas Anwar untuk menyelesaikan masalah Ghaza, kecuali ucapan seorang agen Amerika yang merayu-rayu agar kempimpinan Obama membaiki sikap terhadap dunia Muslim.

Kata Anwar, "Our deepest fears were abated with hope that the Obama administration would honour the promises of a new agenda to re-engage with America"s friends and foes around the world in the interests of greater peace and in the pursuit of justice and liberty.

We see a president committed to the values of freedom and democracy, a president who believes that the critical issues dividing the United States and the Muslim world can be resolved not through fiery rhetoric and bellicose language but by positive engagement in a language of mutual respect"

Itu hanya rayuan agen Amerika kepada majikannya Amerika Syarikat. Belum tentu Obama mempedulikan pandangan Anwar yang dianggap gagal melaksanakan misi Amerika di Malaysia. Anwar menuduh Malaysia membayar pelobi Yahudi bernama Jack Abramof untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Perjumpaan sekali itu dicanang Anwar berulang-ulang kali. Itu hanya sekali.

Anwar yang berjumpa banyak kali dengan pelbagai Yahudi, bukan setakat Jack Abramof, malah Madeline Abright, Carl Gershman, Paul Wolfowitz, Al Gore dan pelbagai tokoh-tokoh Yahudi lagi semata-mata untuk melobi memburuk-buruk Malaysia dan membantunya agar dapat menawan Malaysia. Anwar tidak bising kalau dia berunding dan melobi dengan Yahudi untuk memburuk-buruk Malaysia. Anwar akan bising kalau ada pihak dari Malaysia yang melobi sama untuk memperbetulkan dakwaan negatif Anwar.

Inilah manusia talam dua muka, di depan PAS cakap lain, di depan Amerika cakap lain. Di depan PAS, Anwar cakap, "ana akan berunding dengan Amerika untuk selesaikan masalah Ghaza", di depan Amerika pula, " I sudah dapat kontrol Parti Islam SeMalaysia, semua di bawah telunjuk I sekarang"

Anwar sibuk berceramah dengan Madeline Albright di Qatar, Ustaz Hadi pula sibuk mempertahankan Pakatan Rakyat di Malaysia. Apa cerita permainan politik Anwar dengan ustaz Hadi ini ? Anwar sendiri bersekongkol dengan aktivis-aktivis pro Israel dalam Brookings Intitution. Anwar dilantik sebagai penasihat antarabangsa institut yang dibiayai oleh dana Yahudi itu.

Kalau Anwar sudah bersekongkol dan mendapat habuan yang lumayan daripada yayasan-yayasan Yahudi di Amerika Syarikat, kenapa masih menaruh harapan lagi kepada Anwar.
Tanpa pertolongan rakyat Malaysia pun Anwar sudah mendapat kesenangan dunia hasil pertolongan Amerika dan Israel. Dengan pertolongan rakyat Malaysia, akan mempercepatkan lagi hasrat Amerika dan Israel menobatkan bonekanya menjadi PM Malaysia..Sama-samalah kita fikirkan.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Januari 19, 2010

KRONISME BAKAL PILIHAN PENGANTI!



























Apa yang berlaku kini dalam PAS bukan keadaan politik dalam negara tetapi pertelingkahan siapa dalam PAS yang wajar menggantikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Itulah sebenarnya yang berlaku di Kelantan ketika ini menyebabkan Nik Aziz tidak berani melepaskan jawatan.

Beliau cuba melindungi masalah sebenar di Kelantan - perebutan jawatan di kalangan orang kepercayaannya. Apa yang dikatakan oleh Nik Aziz bahawa keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun adalah satu rahsia dalaman yang perlu ditutup supaya tidak dihidu oleh UMNO.

Begitu juga kata-katanya sekiranya terdapat desakan yang jelas di kalangan ahli Pas agar dirinya berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak akan menunggu lebih lama dan tidak teragak-agak berbuat demikian. Malah katanya, ia boleh dilakukan sekarang kerana sudah lama berhasrat untuk berundur atas faktor kesihatan tetapi beliau tetap mengutamakan kepentingan perjuangan parti.

Hakikatnya siapa berani mendesak supaya ada peralihan kuasa di Kelantan, termasuklah Husam Musa yang kesekian lama mengidamkan jawatan itu? Semuanya sudah menunggu sejak lebih dua tahun lalu apabila Nik Aziz mula tidak sihat dan beliau pun menyatakan hasratnya mahu bersara. Tambahan pula dengan bermacam-macam perkara yang berlaku sekarang didalam pentadbiran Nik Aziz yang mana dilihat semakin ketara akan kepincangannya.

Cerita kononnya Husam akan menggantikan bertiup kencang dua atau tiga tahun lepas tetapi kini reda, lebih-lebih lagi apabila Nik Aziz seakan-akan "mahu menongkat langit". Bagi Husam, sekiranya beliau mendapat jawatan itu, peluangnya untuk meningkat dalam PAS lebih cepat, dan bukanlah sesuatu yang mengjengkelkan sekiranya beliau menjawat Menteri Besar Kelantan dan bertanding Presiden PAS.

Kerana itulah beliau berusaha merapatkan diri dengan Anwar Ibrahim dengan harapan berpeluang menjadi Menteri untuk membolehkannya menonjolkan imejnya untuk "melayakkannya" menentang jawatan Timbalan dan kemudian Presiden PAS. Namun, jika mendapat jawatan Menteri Besar, beliau akan beroleh kedudukan yang lebih meyakinkankan dan bonus baginya.

Lihatlah kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu - ada pangkat dan pengaruh - kerana itu mudah dilantik sebagai Presiden PAS. Kini apabila PAS Terengganu kalah, ada pemimpin yang sudah menonjolkan diri untuk melanggar beliau. Mungkin Husam sendiri!

Ketika ini jelas Husam yang sudah kurang mendapat kepercayaan Menteri Besar dan ada beberapa calon lain yang turut menawan hati Nik Aziz, beliau terpinggir sedikit. Kuasanya mempengaruhi Nik Aziz banyak disekat dan dengan laporan rasuah dan penyelewengan terhadapnya "mengurangkan sedikit markah" untuk membolehkannya menjadi satu-satunya orang yang layak menggantikan Nik Aziz.

Cara Nik Aziz menjawab dengan mengatakan "Tiada sampai ke telinga saya setakat ini (desakan) untuk berbuat demikian (berundur) disebabkan saya selalu uzur. 'Kalau betul ada orang Pas mahukan saya undur, saya undur selalu (sekarang), petang ini juga saya buat. Dah lama saya nak buat begini (berundur) tapi orang tak bagi," menggambarkan juga pertelingkahan antara kumpulan yang menyokong Nik Aziz dan yang berhasrat (bukan cara terbuka mendesak) agar "orang tua" itu berundur cepat-cepat.

Nik Aziz kononnya ada kalangan pemimpin Pas yang mahukan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berundur tetapi tidak berani menyatakan secara terbuka. Soal beliau bakal berundur dan siapa bakal penggantinya sudah beberapa kali mencetuskan isu termasuk semasa pilihan raya umum Mac lalu.

Menurut Nik Abdul Aziz, selain desakan agar beliau tidak berundur, ada beberapa faktor lain yang masih menjadi halangan baginya untuk melepaskan jawatan itu.

Kata-kata Nik Aziz bahawa "Masalah-masalah baru timbul sekarang seperti keadaan politik yang tidak mengizinkan. Dalam keadaan bergelora, angin kencang, saya sebagai kapten, mana boleh saya tidur dan mengaitkan dengan pimpinan UMNO sekarang yang beliau ibaratkan separuh sedar, lagi saya tak boleh tinggal," hanya penyedap rasa.

Kenyataan itu bagaikan "pencecah budu" ketika makan ikan singgang. Atau letak sambal belacan dan mentimun sahaja sedangkan nasi panas dengan ikan singgang dah cukup. Nik Aziz berkata "apabila UMNO sudah tidak kuat lagi baru boleh saya tinggal, sebab masa itu dah tak ada musuh lagi," ujarnya.

Persoalannya bila UMNO tidak kuat di Kelantan? Lihat sahaja kepada perbezaan undi, ia tidak banyak dan UMNO di Kelantan jelas turun baik. Kalah teruk pada 1999, memang dengan hampir menumbangkan PAS pada 2004 dan kini ada lima kerusi DUN sahaja di Kelantan. Nik Aziz tahu jika kepimpinan baru UMNO di Kelantan melakukan sesuatu yang baik di mata rakyat sudah pasti pengaruh PAS akan merudum semula. Nik Aziz kini berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap barisan pemimpin PAS dan cukup takut jika Negeri Kelantan akan terlepas kepada UMNO/BN yang telah 18 tahun berada didalam gengaman beliau. Itulah yang paling dikuatirinya seperti apa yang beliau nyatakan "apabila UMNO sudah tidak kuat lagi, baru boleh.."

Juga Nik Aziz sendiri mengakui sukar mencari pengganti kerana wujudnya perebutan apabila beliau mengatakan tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti tetapi beliau tidak akan menyebut siapa yang bakal mengambil alih kelak.

"Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika Datuk Asri dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti. Kalau saya sebut, bermaknanya hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan. "Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan," kata beliau yang menggambarkan betapa jelas wujud perebutan jawatan berkenaan.

Orang UMNO dan orang PAS di Kelantan tahu bahawa Nik Aziz ada "blue eye boy" yang lain - Nik Mohd Amar Nik Abdullah iaitu "anak Pok Nik Lah " kini Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah dan sebelum ini ialah Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi negeri, adalah saingan Husam paling ketat untuk jawatan Menteri Besar.

Mohd. Amar, 49, sering disebut sebagai calon yang layak menggantikan Nik Aziz kerana pengalamannya sebagai pensyarah yang berlatar belakang pengajian Islam dan dianggap ulama muda dan pernah memenangi kerusi Parlimen Pengkalan Chepa pada 1995.

Pemilihannya bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Panchor pada 2004 dianggap menyediakannya sebagai pemimpin pelapis. Nik Amar pada Februari lalu menepis tanggapan sedemikian apabila namanya sentiasa dikaitkan sebagai pelapis kepada kepimpinan Pas Kelantan dan menganggap desas-desus dalam politik suatu yang lumrah. Selain itu, jika Nik Amar dipilih, di mana mahu diletakkan Timbalan Menteri Besar sekarang iaitu Ahmad Yaacob yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah?

KESINAMBUNGAN

Kredibiliti PAS yang hanya bergantung kepada seorang yang dianggap keramat, tok guru, tokwali oleh puak-puak PAS yang fanatik seolah-olah dunia akan kiamat jika Nik Aziz berundur dari tahta "dunia" sebagai MB Kelantan yang dinikmatinya selama 18 tahun yang akan memberi impak besar kepada arah tuju PAS dan pembetulan aqidah umat Islam dari berbagai sudut sebagaimana yang dinyatakan dibawah:

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam." - Nik Aziz Nik Mat: BH 12 Mei 1999)

2. PAS sedia gugur slogan negara Islam "Jadi untuk mencari pendamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat: BH 25 Jun 1999.

3. "Menentang PAS adalah haram mengikut Al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat: BM 24 April 1994.

4. "Anjing pun pandai bersatu. Anjing, bila masuk dalam kampung, walaupun tengah berkelahi sesama dia, dia bersatu, kejar sesiapa yang masuk. Bila dah dapat tangkap musuh ini, masa tu lah dia kelahi balik. Anjing pun pandai, kami lebih pandai daripada anjing lagi." - Hadi Awang: 6 Julai 2001.

5. "Kalau ada ustaz tolong UMNO hari ini dan melawan PAS, di zaman nabi pun ada ustaz-ustaz melawan Nabi Muhammad sendiri dan ustaz itu adalah di kalangan ahli kitab Yahudi dan Nasrani. Saya amat hairan dengan langkah UMNO itu, kerana ia adalah sama dengan zaman nabi dulu." - Nik Aziz Nik Mat: UM, 15 April 1995.

6. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat: BH, 17 April 1995.

7. "Tidak sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta bend melainkan ulamak." - Nik Aziz Nik Mat: UM, 6 November 1999.

8. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Nik Aziz Nik Mat: Kuliah di masjid Kg. Pulau Melaka.

9. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tapi terserlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz: UM, 28 April 1999.

10. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz: 24 Januari 1999.

11. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz: BH, 29 April 1999.

12. "Saya diantara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ni kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz: kota Bharu, 1999.

13. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana." - Nik Aziz: UM, 26 November 1994.

Wallahuallam..sama-samalah kita fikirkan.?

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Januari 15, 2010

Anwar disanjung oleh Majlis Gereja !

Sebagai pembuka ayat dalam Church Times, yang ditulis pada 14 March, 2008 Peter Riddell mengatakan "Pilihan raya ke-12 itu telah melemahkan Islamisasi di Malaysia". Peter Riddell atau nama sebenar Dr Peter G. Riddell, adalah Profesor dan Dekan di Pusat Kajian Islam & Kepercayaan-kepercayaan Lain di Kolej Kitab Bible Victoria, di Australia.

Kata-kata pembuka bicara profesor Kristian itu ditulis dalam artikel bertajuk "Satu titik perubahan untuk Malaysia" (A watershed for Malaysia) sebagai mengulas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dalam PRU 12 Mac lalu.

Dakwa Peter Riddell; Kemenangan itu didorong oleh rasa tidak puas hati rakyat Malaysia yang berbilang agama dengan dasar kerajaan. Minoriti agama lain, yang mempunyai 40 peratus undi telah menyuarakan protes. Komuniti Kristian, yang menyumbang sembilan peratus undi telah dilayan secara tidak adil dengan dakwaan kerajaan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Tulis Peter Riddell lagi; Pihak berkuasa Islam di Malaysia telah mengharamkan penggunaan perkataan "Allah" untuk penganut Kristian dalam sembahyang dan penerbitan-penerbitan mereka. Masyarakat Kristian di Malaysia berhujah perkataan "God" itu merujuk kepada "Allah" jika diterjemah Kitab Bible ke Bahasa Melayu.

Dakwa penulis itu lagi, dasar-dasar ketidakadilan kerajaan dalam pembahagian ekonomi menyebabkan penganut agama Hindu dan Buddha di Malaysia telah bersama-sama menyuarakan bantahan. Akibat perobohan kuil-kuil, beribu-ribu penganut Hindu telah berdemonstrasi di jalan-jalan ibu kota pada November lalu.

Penulis itu merumuskan kejayaan besar PR di Malaysia kerana faktor Anwar Ibrahim yang memiliki karisma tinggi. Anwar Ibrahim yang membawa imej Islam Moderat dalam partinya (PKR) telah berjaya menyatukan pembangkang dan dalam masa sama PKR menumpukan sepenuh perhatian kepada pengundi bukan Islam.

Hasilnya PKR berjaya menghantar 31 wakil di parlimen dan menjadi rakan kongsi senior dalam kerajaan campuran di tiga negeri yang dimenangi oleh PR.

Tulisnya lagi, Golongan bukan Islam sangat gembira dengan keputusan itu berasaskan beberapa faktor. Pertama, tiada lagi dominasi Islam kerana PAS juga termasuk dalam PR yang bersedia menggugurkan konsep "Negara Islam" diganti dengan "Negara Kebajikan". Kedua, tiada lagi perlumbaan menjadi jaguh agama dalam PR tetapi diganti dengan sifat pluralist dan Islam-friendly kerana diketuai oleh PKR yang bercakap kepelbagaian etnik dan persamaan pelbagai agama.



















Anwar Ibrahim pula berkata; "Orang ramai telah mengundi dengan tegas untuk satu era baru di Malaysia, di mana kerajaan mesti benar-benar menyeluruh, dan mengiktiraf semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, budaya atau agama, kerana mereka adalah sebuah negara bangsa Malaysia."

Menyentuh mengenai PAS, profesor Kristian itu menulis seperti berikut; Golongan lama PAS, yang diwakili oleh Mursyidul Am, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah dipaksa menyebut dalam syarat-syarat serupa dan mengisytiharkan: "Kita akan menghampiri kemenangan daripada satu sudut pandangan Islam, dan ini bermaksud semua orang adalah sama rata. Semua adalah bersaudara. Sepatutnya tiada lagi pembahagian rakyat berasakan perkauman."

Mengapa Anwar terkenal dalam masyarakat Kristian?

Nama Anwar Ibrahim bukanlah asing kepada Dr Peter G. Riddell, Profesor di Pusat Kajian Islam Kolej Kitab Bible Victoria, Australia itu kerana sebelum ini, pada tahun 2006, Anwar pernah menghadiri dailog antara agama anjuran Majlis Gereja-gereja Victorian, di Australia.

Rev Dr Duncan Reid dari Majlis Gereja-gereja Victorian menulis laporan mengenai ucapan Anwar dalam majlis itu.

Tulisnya, Anwar memberitahu, sepanjang tempohnya, 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam Al-Quran, tetapi juga membaca kitab Shakespere sebanyak empat kali setengah, "dan jika Perdana Menteri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali".

Dakwa Anwar, "Mengapa tidak kita sebagai Muslim, Kristian, Hindu dan Buddha menjadi lebih matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan antara agama yang merangkumi nilai dan budaya, malah mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukan setakat tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing."

Semasa Anwar Ibrahim diwawancara oleh majalah Aliran Monthly, pada 5 Jun 2007, beliau secara tegas mengatakan hanya dengan IFC (Interfaith Council) dapat mewujudkan keharmonian antara agama.

Kata Anwar, "Kita mesti bergerak ke arah itu (IFC). Tiada pilihan. Bagaimana, dalam apa bentuk sekalipun, untuk mendapatkan kumpulan yang lebih mesra mestilah bermula daripada perbincangan - itulah yang telah saya usaha dengan dialog di kalangan Muslim. Saya tidak tahu sama ada anda melihat bahagian dalam resolusi di mana isu komitmen kepada demokrasi dan kebebasan bersuara dipersetujui oleh semua pihak. Atau isu toleransi dan bagaimana ia diikat dengan urus tadbir dan tanggungjawab. Ini adalah isu-isu yang lebih luas, kita perlu mempunyai komitmen yang bersatu".

Terence Netto menulis di Malaysiakini pada 2 Februari 2008, mengenai pertemuan tertutup Anwar Ibrahim dengan 200 paderi dan aktivis Kristian dari Persekutuan Kristian Malaysia di Petaling Jaya, menjelangnya saat-saat akhir PRU 12.

Kehadiran Anwar dan wan Azizah sebagai tetamu jemputan Ketua Biskop Kristian Murphy Pakiam pada 25 Disember 2007, di Rumah Terbuka anjuran Christian Federation of Malaysia di Bukit Nanas, dilihat sebagai satu gambaran positif kepada penganut agama Kristian di Malaysia. Kunjungan balas, wakil Persekutuan Kristian Malaysia mengunjungi Rumah Terbuka Anwar sempena hari raya aidilfitri.











Pertemuan tertutup ini ekoran daripada kunjungan Anwar dan Azizah sebagai tetamu jemputan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas, Catholic Archbishop Murphy Pakiam yang dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember 2007.

Dalam pertemuan itu Anwar telah berjanji empat perkara utama kepada masyarakat Kristian.

Pertama : Walaupun beliau beragama Islam, tetapi pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.

Kedua : PKR akan menjadi 'orang tengah' untuk menuetralkan sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Manakala dasar PKR secara tegas menolak Negara Islam.

Ketiga : Sekiranya PR membentuk kerajaan, penganut Kristian Malaysia boleh dibenarkan menggunakan perkataan 'Allah' kerana rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.

Keempat : Mahkamah Syariah hanya terhad kepada muslim sahaja khusus dalam Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.

Sebenarnya hubungan baik Anwar dengan Kristian bukanlah sesuatu yang asing. Pada tahun 1990-an, beliau pernah dianugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh sebuah universiti Kristian di Filifina iaitu Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Universiti Kristian Amerika, Georgetown University.

Selepas dibebaskan dari penjara Malaysia, Anwar telah berhijrah ke Amerika dan menjadi pensyarah pelawat di Pusat Persefahaman Muslim dan Kristian, Universiti Georgetown di bawah seliaan gurunya John Esposito.

Pada tahun 2007, semasa di Amerika, Anwar merupakan salah seorang aktivis Muslim yang menandatangani surat kepada Pemimpin-pemimpin Kristian seluruh dunia meminta diadakan perdamaian dan persefahaman. Surat itu dinamakan "A Common Word Between Us and You".

Suara Politik
Taminsari

Tidak Ada Sebab Mengapa BPN Harus Berkubur!

Hidup matinya Melayu hari ini adalah tanggungjawab seluruh orang Melayu tanpa mengira aliran politik masing-masing. Hidup matinya Islam di Malaysia hari ini juga merupakan tanggungjawab seluruh orang Islam di negara ini tanpa mengira aliran atau ideologi politiknya. Melayu akhir-akhir ini berada di persimpangan yang amat menggerunkan. Melayu hari ini sedang duduk dalam satu dilema yang mengerikan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu makin terhakis? Atau benarkah ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda hari ini?

Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia? Kalau tidak, jenis Melayu yang bagaimanakah yang akan menghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur, apabila Melayu sudah kehilangan kuasa? Ke manakah akhirnya perlawanan Melayu sesama Melayu ini? Mungkinkah akhirnya ialah Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak peduli terhadap Melayu? Andaian ini boleh jadi mungkin, dan boleh jadi tidak. Yang lemah biasanya ditelan oleh yang gagah. Segala-galanya terserah kepada Melayu dan arah tuju serta matlamat perjuangannya.

Perlu diingat, perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancurleburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah yang muncul menjadi benteng paling kuat dalam proses menghapuskan keganasan bersenjata komunis. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan bangsa Melayu dan budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.

Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan perpaduan bangsa Melayu pada setiap masa. Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja.

Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita memastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca. Untuk tidak kehilangan arah dan supaya tidak kehilangan punca, maka perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Jadi, pokoknya sekarang, biar berlaga ayam di reban, biar menendang kuda di kandang, namun adat wajib dijaga. Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Wahai pejuang-pejuang BPN. Kita tidak nampak mengapa BPN harus berkubur! Perjuangan BPN haruslah diteruskan dan tidak perlu dibubarkan! Kita kena tahu yang BPN telah menjadi medium dan organisasi untuk menyatukan semua bloggers yang mempunyai semangat perjuangan yang sama iaitu perjuangan demi mempertahankan Ugama, Bangsa dan Negara. Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. - InsyaAllah -.

" SATU SUARA , SATU ARAH , SATU AQIDAH "

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Januari 09, 2010

RESOLUSI BPN 1 / 2010 MENYOKONG PERDANA MENTERI MENGUTUK TINDAKAN MEMBAKAR GEREJA !!

Blogger Pembela Negara ( BPN ) bersama-sama dengan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di dalam mengutuk tindakan membakar 3 buah gereja yang telah dilaporkan berlaku awal pagi tadi. Ia terjadi sebelum demonstrasi membantah nama Allah kepada Gereja Katolik berlangsung di Masjid Negara, Masjid Kg Baru dan Masjid Negeri Shah Alam hari ini.

Perbuatan membakar rumah ibadat bercanggah dengan ajaran Islam dan semua pihak tidak patut menyokong tindakan tersebut kerana ia boleh mengancam keselamatan dan menghakis kedamaian yang kita nikmati sekarang ini.

Ketegasan Perdana Menteri di dalam mengutuk perbuatan tidak bermoral tersebut adalah bukti beliau benar benar mengamalkan tuntutan agama di dalam memelihara keamanan dan menjaga keselamatan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau bangsa. Selaras dengan tuntutan Islam yang meminta umatnya menjaga rakyat yang dipimpin dengan adil dan saksama.

Pihak berkuasa perlu menyiasat dengan segera tindakan membakar gereja yang sangat berbahaya kepada perpaduan di negara kita. Apatah lagi jika ia didalangi pihak tertentu khasnya parti politik yang sememangnya ingin menjadikan negara kita di dalam suasana huru hara selepas mereka sudah tidak mampu lagi membawa isu isu yang lain bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Atau ia boleh jadi satu cubaan jahat bagi memburukkan Islam selepas isu penggunaan nama Allah ditentang hebat oleh kita semua !

Insiden pergaduhan membabitkan agama di beberapa negara luar seharusnya sudah cukup menjadi panduan kepada kita semua betapa bahaya jika persengketaan berdasarkan agama ini berlaku di negara kita. Kita perlu berganding bahu memadamkan segera benih permusuhan yang timbul agar ia tidak memudaratkan semua pihak.

Meskipun kita membantah tindakan Gereja Katolik memohon penggunaan nama Allah di Mahkamah Tinggi tetapi mana-mana orang Islam kita tidak sepatutnya membuat tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Kerana kedaulatan undang-undang adalah asas kepada kestabilan sesebuah negara termasuk Malaysia. Bahkan agama kita tidak mengajar membakar rumah ibadat agama lain.

Keselamatan adalah harta pusaka yang akan kita tinggalkan sebagai warisan anak cucu dan janganlah tangan kita yang memusnahkan pusaka tersebut yang sudah dijaga dengan baik oleh datuk nenek kita terdahulu.

Marilah kita mengutuk tindakan membakar gereja tersebut dan bersama membantu menjaga keamanan agar ia berkekalan hari ini dan untuk selama-lamanya...


Yang benar,

YDP Blogger Pembela Negara