Ahad, Februari 28, 2010

Anwar tidak jujur dengan Pas!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim tidak pernah jujur dalam menjalin hubungan dengan Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar mempunyai agendanya sendiri dalam menjalinkan kerjasama dengan Pas terutama ketika berdepan krisis moral. Katanya, Anwar hanya mahu mempergunakan Pas semata-mata demi melepaskan diri daripada tuduhan meliwat.

``Bagi saya, istilah kejujuran itu tidak ada pada Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Ia bukan sahaja kes membabitkan Nik Aziz tetapi juga dalam kes lain, kes liwat dan sebagainya.

“Buktinya dalam kes Kelantan, semasa Anwar jadi Menteri Kewangan dulu, dia tidak meluluskan peruntukan yang diminta Nik Aziz ketika itu untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan, Menteri Kewangan selepasnya yang meluluskan perkara itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ezam berkata, bagi memastikan agenda politiknya terus hidup, Anwar menggunakan Pas untuk meraih simpati dan menyelesaikan masalah moral yang dihadapi.

``Anwar memang terdesak sekarang, orang macam Nik Aziz yang dilihat macam tok guru memang diperlukan oleh Anwar kerana dia menghadapi krisis moral, jadi Anwar akan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya. Beliau berkata, Pas kini dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti untuk menubuhkan negara Islam.

``Kita tengok sekarang, Pas seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya, ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan Pas tersepit.

``Sebagai contoh, DAP bersama Pas bukan kerana Pas tetapi kerana jaminan Anwar bahawa Pas tidak akan membawa negara Islam, sekarang saya hendak tanya adakah betul Pas tidak mahu lagi negara Islam," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pas supaya menyatakan pendiriannya adakah masih mahu menubuhkan negara Islam ataupun hanya mencari kuasa politik dengan mengorbankan dasar perjuangannya.

Sementara itu di Permatang Pauh

77 ahli PKR, Pas masuk UMNO

Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan dalam PKR," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini hari ini. Bekas Bendahari PKR cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam parti pembangkang disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai berjanji.

Sumber Info dari Darul Ehsan Today ( DET )

Terdapat desas-desus mengatakan seorang lagi VIP PKR akan keluar PKR dan menyertai UMNO dalam sehari dua ini? Siapakah VIP PKR itu? Cerita ini sudah bertebaran di seluruh kem PKR. Anwar Ibrahim sudah tidak senang duduk sekarang ini kerana dengan masuk nya VIP itu kedalam umno, maka akan telanjang bulatlah Anwar dan Azmin Ali sekeluarga.

Siapakah VIP yang di maksudkan itu! VIP itu dilihat begitu rapat sekali dengan Anwar dan Azmin dan juga keluarga mereka. DET minta semua pembaca blog diharap bersabar. Tunggu sehingga hari Isnin ini dan DET akan melaporkan secara live dari lokasi tempat VIP itu mendedahkan segala rahsia sulit dan selit Anwar dan Azmin ali sekeluarga. InsyaAllah, kita tunggu dan lihat.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Februari 27, 2010

Seorang Lagi Bekas Pemimpin Luar Negara Yang Menyokong Perkahwinan Sejenis Desak Gugur Kes Anwar!
























Selepas dua kontroversi campur tangan asing terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin semalam menjadi pemimpin asing terbaru mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat tersebut.

Menurutnya, jika Malaysia mahu mengambil tempat sebagai antara negara progresif di dunia, adalah sangat penting tuduhan yang didakwanya bermotifkan politik itu digugurkan.

“Sebagai sebuah negara demokratik yang menghormati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, Anwar juga harus diberikan kebebasan untuk melaksanakan visinya,” katanya di dalam :The Globe and Mail:, sebuah portal berita di negara itu.

Dalam kenyataan berkenaan, beliau menegaskan Anwar adalah seorang yang amat komited terhadap demokrasi, keadilan dan undang-undang negara. “Saya telah lama mengenalinya, semenjak beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia dan saya Menteri Kewangan Kanada.

“Saya melahirkan rasa kesal beliau diperlakukan sebegitu rupa kerana komitmennya kepada prinsip tersebut,” katanya. Martin adalah bekas Perdana Menteri Kanada dari 2003 hingga 2008 selain menjadi Ahli Parlimen selama 20 tahun dan Menteri Kewangan dari 1993 hingga 2002.

Menurutnya, kehadiran ramai pemerhati dan perwakilan asing semasa perbicaraan kes liwat Anwar merupakan bukti jelas betapa prihatinnya masyarakat antarabangsa terhadap kes beliau.

“Beliau kini dilihat sebagai ancaman kepada pegangan kuasa kerajaan yang memerintah pada pilihan raya akan datang. Ini faktor utama yang mendalangi tuduhan terbaru terhadap beliau,” katanya.

Sebelum ini, 50 Ahli Parlimen Australia yang diketuai oleh Michel Danby menghantar surat bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Canberra, Datuk Salman Ahmad agar Kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Ia kemudian disusuli kenyata:an Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat (AS), John Kerry yang menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil dan saksama kepada Anwar. Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, kenyataan Kerry adalah peribadi.

Sedikit tentang Bekas Perdana Menteri Kanada ini :

Same-sex marriage in Canada

On July 20, 2005, Canada became the fourth country in the world and the first country in the Americas to legalize same-sex marriage nationwide with the enactment of the Civil Marriage Act. Court decisions, starting in 2003, each already legalized same-sex marriage in eight out of ten provinces and one of three territories, whose residents comprised about 90% of Canada's population. Before passage of the Act, more than 3,000 same-sex couples had already married in these areas.[1] Most legal benefits commonly associated with marriage had been extended to cohabiting same-sex couples since 1999.

The Civil Marriage Act was introduced by Prime Minister Paul Martin's Liberal government in the Canadian House of Commons on February 1, 2005 as Bill C-38. It was passed by the House of Commons on June 28, 2005, by the Senate on July 19, 2005, and it received Royal Assent the following day. On December 7, 2006, the House of Commons effectively reaffirmed the legislation by a vote of 175 to 123, defeating a Conservative government motion to examine the matter again. This was the third vote supporting same-sex marriage taken by three Parliaments under three Prime Ministers in three different years.

Statistics on same-sex marriage
From June 2003 (date of the first legal same-sex marriages in Ontario) to October 2006, there were 12,438 same-sex marriages contracted in Canada.[41]

Province Date of legalization Number of same-sex marriages
Ontario June 10, 2003 : 6,524
British Columbia July 8, 2003 : 3,927
Quebec March 19, 2004 : 947
Alberta July 20, 2005 : 409
Nova Scotia September 24, 2004 : 273
Manitoba September 16, 2004 : 193
Saskatchewan November 5, 2004 : 83
New Brunswick June 23, 2005 : 44
Newfoundland and Labrador December 21, 2004 : 14
Yukon July 14, 2004 : 13
Prince Edward Island July 20, 2005 : 8
Northwest Territories July 20, 2005 : 2
Nunavut July 20, 2005 : 1

Maka tidak hairanlah selepas ini akan keluar seorang demi seorang pemimpin dunia yang ada bersangkut paut dengan " dunia fantasi ini " mendesak kerajaan agar kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim ini di gugurkan! Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Februari 26, 2010

JMM dakwa penginapan RPK di London rumah Kalimullah!

Azwanddin Hamzah menunjukkan kenyataan mengenai Kalimullah Hassan yang didakwa mempunyai hubungan dengan Raja Petra pada sidang media di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, semalam.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendakwa bahawa penginapan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin di London merupakan rumah milik Pengerusi Eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd., Datuk Seri Kalimullah Hassan.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana, rumah tersebut telah didaftarkan di atas nama isteri Kalimullah iaitu Helinna Hanum Dadameah pada 2007.

Sehubungan itu, katanya, JMM meminta Kalimullah menjelaskan kepada rakyat negara ini mengapa beliau membuat penafian mengenai pemilikan rumah tersebut yang bersangkut paut dengan dirinya.

"Persoalannya, mengapa beliau telah menafikan Raja Petra pernah mendiami rumah tersebut selepas pengendali portal berita Malaysia Today itu melarikan diri dari Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Masyarakat, Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, JMM mempersoalkan mengapa Kalimullah perlu melindungi Raja Petra.

"Selama ini pihak polis tertanya-tanya dan mencari Raja Petra dan mengapa Kalimullah berdiam diri. JMM musykil mengapa perkara itu terjadi sedangkan Raja Petra banyak mengeluarkan pelbagai kenyataan karut untuk menghancurkan keselamatan dan perpaduan dalam negara ini," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mahu pihak polis segera menyiasat pendedahan JMM itu yang mempunyai bukti jelas mengesahkan Raja Petra menetap di rumah milik Kalimullah sewaktu berada di London.

Dalam pada itu, katanya, pada 17 Februari lalu, JMM mendesak Kalimullah membuat penjelasan berhubung laporan sebuah laman blog yang mendakwa beliau membiayai portal berita propembangkang, The Malaysian Insider.

Sejak pendedahan itu, Azwanddin berkata, beberapa laman web terutamanya portal Malaysia Today dan The Malaysia Insider telah menghentam Kalimullah.

"JMM melihat ini sebagai salah satu strategi yang telah diatur untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa kedua-dua portal itu tidak lagi bersama.

"Sedangkan sebagaimana kita ketahui, kedua-duanya ialah 'media strategi' yang mempunyai agenda untuk mengancam keselamatan dan perpaduan di negara ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya, JMM juga bersedia untuk membuat pendedahan mengenai individu yang telah mengatur pertemuan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan agenda pertemuan itu.

"JMM mahu isu mengenai Raja Petra dan Kalimullah ini didedahkan terlebih dahulu. Selepas ini saya akan memanggil pihak media untuk mendedahkan mengenai pertemuan antara Guan Eng dan Kuan Yew itu," katanya.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Februari 22, 2010

Adakah Khalid Ibrahim Balaci Lim Kim Hong!




















Kaum India perlu bertanya mengapa Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan Dr. Mohamad Khir Toyo yang bersetuju agar I City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil (Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang) di I City, Shah Alam?

Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini? Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum india yang selama ini menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, Dr. Mohamad Khir Toyo telah membenarkan pembangunan I City dengan syarat pemaju memperuntukan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.


















Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I City di atas untuk menentukan Khalid ini pembohong atau jujur.

Persoalan yang besar mengapa MB yang mempertahankan I City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?

Apa Hubungan Istimewa Khalid Ibrahim dan Lim Kim Hong!

Bagaikan tompok Harimau Bintang

Pepatih Inggeris berkata, “A leopard could never change it’s spot” atau terjemahannya, Harimau bintang tidak boleh membuang tompoknya. Ia bermaksud seseorang yang sifat dan naluri semulajadi sudah sedemikian, agak susah untuknya menukar.


Perhubungan lama dan rapat antara Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan Dato Lim Kim Hong bukan lagi rahsia di kalangan ahli korporat tempatan.

Lim adalah bekas pemegang saham utama Kanzen Berhad atau Dreamland Holdings Berhad, dan kini menguasai Sumurwang Sdn Bhd dan I Berhad. Selain dikenali sebagai jenama elektrik dan IT, I Berhad adalah pemaju yang membangunkan I-City di Shah Alam yang menelan belanja RM1.5 billion.

Dengan bantuannya, Khalid telah dapat mengumpulkan benih modal untuk membeli saham Guthrie yang ditawarkan padanya pada harga murah. Khalid pula membantu dalam beberapa urusniaga membeli jual syarikat dan perniagaan.

Setelah menjadi ahli politik dan berdegar dengan retorik pentadbiran yang bersih, telus dan cekap, adakah Khalid sudah merenggangkan hubungan urusniaganya dengan Lim?

Jika keadaan terdesak, berapa lama harimau bintang boleh terus menyembunyi tompoknya?




















Dari Ahli Korporat Ke Menteri Besar

Setelah kalah di pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat nafas baru untuk memenangi kerusi Dewan Undangan yang sama dan kerusi Parlimen Bandar Tun Abdul Razak pada pilihanraya Mac 8hb lepas.

Khalid diakui adalah seorang tokoh korporat yang telah memainkan peranan yang besar pada tahun-tahun awal Permodalan Nasional Berhad (PNB). Namun, diakhir-akhir kerjayanya dengan PNB, khususnya semasa mengurus Guthrie sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), professionalisma dan etika kerjanya mula berubah dan pelbagai urusniaga mula mencurigakan.

Akhirnya Khalid dihentikan dari jawatan CEO dan khabarnya suatu penyasiatan telah dilakukan ke atas uruniaganya di dalam Guthrie. Sedikit demi sedikit telah didedahkan salahlaku urusniaga dalam pembelian saham dan pengurusan Guthrie. Sebenarnya Khalid telah gagal sebagai ahli politik tetapi diselamatkan oleh tsunami politik. Dia bukan saja hidup kembali, malah ia suatu kejayaan besar dan dapat dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Nampaknya Khalid hanya pandai cakap sahaja. Ahli korporat ini tidak menampakkan keupayaan untuk mentadbir kerajaan negeri.

Laporan Polis

Pada hari Jumaat Jun 6hb, 2008, akhbar harian Sinar Harian melaporkan empat wakil PKR bahagian-bahagian Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Shah Alam membuat aduan polis tentang salah guna kuasa seorang pegawai kanan di pejabat menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mengikut jurucakap kumpulan ahli PKR itu, Remy Iskandar, pegawai kanan itu dipercayai telah meluluskan kontrak dan tender kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan menteri besar. Penyelewengan itu didakwa melibatkan pengagihan kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya dan mereka mempunyai "semua dokumen yang boleh menjadi bukti.

Laporan yang tidak mendapat liputan suratakhbar perdana mungkin merupakan “tip of the iceberg”. Mana mungkin seorang pegawai yang bekerja di pejabat Menteri Besar melakukan pemalsuan letterhead pejabat Menteri Besar? Adakah pegawai tersebut begitu bodoh untuk melakukan sesuatu kesalahan yang mudah dikesan?

Reaksi Khalid yang dilaporkan Sinar Harian Ahad seolah-olah membuat "ugutan" tindakan disiplin terhadap ahli-ahli PKR tersebut. Ramai ahli-ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di Pejabat Kerajaan Negeri menyedari sesuatu perubahan.

Sebagai ahli korporat, Khalid pasti lebih cenderong untuk menggunakan pendekatan korporat untuk mengumpul dana bagi membiayai janji pilihanraya untuk Selangor dan mungkin sekali bersama, untuk urusan parti. Modus operandi bakal melibatkan syarikat-syarikat kerajaan negeri yang tersenarai dan kerjasama rakan kroni yang mempunyai perhubungan peribadi yang lama dan sumber modal.

Mencurigakan

Sejak mutakhir ini, pejabat Menteri Besar enggan melayani ahli-ahli perniagaan dan syarikat-syarikat. Padahal mereka-mereka yang datang merupakan penyokong-penyokong PR dan mereka ini menawarkan produk, perkhidmatan, dan usahasama untuk membantu kerajan negeri.

Mengikut sumber-sumber, pejabat Menteri Besar hanya melayani mereka-mereka yang ada hubungan dengan I Berhad. Kemungkinan ada sesuatu yang tersirat di sebalik pengumumman Khalid untuk membatalkan polisi DEB dan mengulang polisi tender terbuka yang sudah diamalkan dari pentadbiran sebelum ini.

Khalid ada mengumumkan odit forensik akan dibuat terhadap kesemua syarikat-syarikat kerajaan negeri. Ramai mungkin menjangka ini bertujuan untuk mencari salah pengurusan yang lepas. Sebenarnya, ia untuk mencari sebab untuk membatalkan kontrak-kontrak yang ada untuk diambilalih oleh kroni-kroni Khalid seperti I Berhad atau lain-lain syarikat Lim Kim Hong.

Desas desus mengatakan kumpulan ini dijangka mendapat kelulusan untuk membangunkan tanah-tanah tertentu di kawasan prima di Lembah Klang. Seiringan dengan desas desus ini, Khalid telah cuba untuk meyakinkan DYMM Sultan Selangor untuk melantik seorang kroninya sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kroni ini mendapat bantuan Khalid untuk naik dari Pengurus biasa hingga menjadi CEO Kompleks Kewangan. Kemudian, beliau terlibat dengan MRCB, Media Prima dan Realmild Sdn Bhd. Kini beliau adalah Pengerusi DRB-Hicom Berhad, EON Capital Berhad, dan Cahaya Mata Sarawak Berhad, selain Pengerusi Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji.

MAIS mempunyai pegangan hartanah yang banyak dalam Selangor dan tokoh-tokoh korporat ini, khususnya kroni Khalid Samad tentu dibawa untuk membangunkan hartanah. Tentu sekali pembangunan hartanah memerlukan rakankongsi yang bermodal dan syarikat pembangunan hartanah.

Masaalah Peribadi?

Ramai mempercayai Khalid sebagai mantan Bendahari banyak menyumbang kepada pembiayaan operasi PKR. Difahami dari sumber dalaman Bank, Khalid kini mempunyai masaalah hutang dengan sebuah Bank. Saham Guthrie yang telah dicagar telah jatuh dari paras harga margin dan jualan tidak mencukupi untuk menampung hutang.

Maka, bantuan seorang rakan lama seperti Lim Kim Hong amat diperlukan untuk menyelesaikan masaalah peribadinya yang dikatakan mencapai jumlah jutaan ringgit dan komitmennya membantu kewangan PKR. Dalam dunia perniagaan, saya garuk belakang awak dan awak garuk belakang saya.

Hanya harimau bintang yang tidak boleh membuang tompoknya.

Wallahuallam...

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Februari 21, 2010

Ronnie Liu Gagal Sabotaj Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di Pandamaran!

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra bersama pemilik rumah Ong Kin Huat, 69, (duduk, tiga, kanan) ketika kunjungan Perdana Menteri dan menteri kabinet sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran, Klang, semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, walaupun berlaku insiden bakar gereja, surau dan membaling kepala babi di masjid di beberapa tempat baru-baru ini, ia bukan menggambarkan gagasan 1Malaysia telah gagal.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, golongan ekstremis itu lambat laun tidak akan diterima kerana rakyat menyokong gagasan satu negara, satu rakyat dan satu Malaysia.
''Inilah semangat yang ada pada kita, jadi jangan rasa kecewa dengan insiden-insiden tersebut. ''Saya janji kerajaan akan buat yang terbaik kepada rakyat. Berilah kami peluang untuk membuktikannya," katanya.

Beliau menyuarakan jaminan itu ketika berucap di depan kira-kira lebih 30,000 pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran di sini malam ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim: Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Soo Koon dan menteri-menteri Kabinet.

Majlis bertemakan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menyaksikan orang ramai terutama penduduk di kawasan Pandamaran mengambil peluang beramah mesra dan bersalam dengan Perdana Menteri, Najib dan isteri, tetamu kehormat serta masyarakat setempat bersama-sama menyertai acara gaul 'yee sang' yang merupakan makanan tradisi ketika makan besar pada malam sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan yang melibatkan tarian muhibah oleh Kumpulan Sokagakai, tarian singa dan gendang 24 musim serta persembahan artis seperti Gary Chow, Michael Wong dan Ning Baizura.

Perdana Menteri berkata, sambutan luar biasa malam ini mencerminkan masyarakat di Pandamaran mahu bersama-sama kerajaan menyambut Tahun Baru Cina dan menggambarkan semangat gagasan 1Malaysia membara dalam sanubari semua kaum.

Najib berkata, sambutan itu juga menafikan cakap-cakap sebelum ini bahawa majlis tersebut tidak akan mendapat sambutan kerana pihak lain turut menganjurkan majlis sama di Banting.

''Mereka turunkan gambar besar saya kononnya tak isi borang, tak ikut peraturan jadi gambar kena turun. Mereka buat majlis lain supaya majlks ini tidak ramai yang datang," katanya.

Sebelum itu : Sikap Pakatan Haram Selangor macam kebudak-budakan!

UMNO Selangor kesal dengan tindakan kerajaan ne geri menurunkan kain rentang sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Baru Pandamaran di sini pada 20 Februari ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) atas arahan Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu itu disifatkan sebagai tidak bertang gungjawab dan satu cubaan untuk merosakkan semangat perayaan tersebut di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menurutnya, tindakan menurunkan kain rentang yang dipasang pada 11 Februari lalu itu adalah tidak wajar. ‘‘Ini memandangkan pemasangan nya bukan bermotifkan politik malah tiada langsung imej parti politik dipaparkan kecuali gambar Perdana Menteri yang akan merasmikan majlis tersebut,’’ katanya kepada pemberita.
Abdul Shukor berkata, penganjuran majlis peringkat kebangsaan itu merupakan julung-julung kali diadakan di Pandamaran dan ia satu kebanggaan bagi penduduk di kawasan berkenaan yang majoritinya kaum Tionghua.

“Apa alasan kerajaan negeri termasuk Ronnie untuk menurunkan kain rentang berkenaan, sedangkan ia tidak melibatkan program politik selain mematuhi syarat yang ditetapkan. Ia hanya program rakyat sempena Tahun Baru Cina yang dihadiri oleh Perdana Menteri yang memimpin seluruh rakyat di negara ini.

“Tindakan seumpama ini jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mempunyai semangat perayaan antara kaum di negara ini. Mereka lebih mengutamakan sentimen politik daripada rakyat,” katanya .

Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Klang, Datuk Teh Kim Poo berkata, tindakan kerajaan negeri itu mengecewakan penduduk Pandamaran yang mahukan orang ramai hadir dalam sambutan Tahun Baru Cina di kawasan mereka.

Beliau yang juga Ketua MCA Ba hagian Klang berkata, pihaknya menggantungkan kain rentang berkenaan di laluan Simpang Lima, Klang sebagai makluman kepada warga Klang serta Selangor mengenai sambutan itu sebelum ia diturunkan oleh MPK pada hari Sabtu lalu ki ra-kira pukul 2 pagi. Malah beliau turut difahamkan, sebelum tindakan tersebut, terdapat beberapa wakil pakatan pembang kang telah meninjau kain rentang itu pada Jumaat lalu.

“Kenapa kerajaan negeri mengamalkan sikap tidak bermoral itu sedangkan sambutan ini bukan atas dasar politik mana-mana pihak. Ia terbuka kepada semua rakyat sama ada orang Cina, Melayu dan India.

“Bagi rakyat Pandamaran, ia satu penghormatan kepada mereka. Bagi saya, tindakan ini satu pencabulan serta ‘berniat jahat’ terhadap rakyat di kawasan Pandamaran,” ujarnya. Sementara itu, usaha wartawan bagi mendapatkan penjelasan Ronnie gagal, apabila beliau tidak menjawab panggilan yang dibuat.

Sedih dan kesal apabila melihat seorang Exco Kanan Selangor yang bersikap seperti kebudak-budakan dimana beliau cuba melakukan apa jua cara untuk sabotaj majlis tersebut dari diadakan. Fikir-fikirkan lah, wahai rakyat negeri selangor. Masih perlu dikekalkan seorang ahli Exco negeri yang bodoh-bodoh sombong seperti Ronnie Liu ini. Tepuk dada tanya selera!

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Februari 20, 2010

Roundtripping: Amalan account-cheating Khalid di Guthrie!

Khalid pernah gunakan roundtripping versi secara paling mudah untuk menipu sahabat-sahabatnya. Agak sedikit jurublog-jurublog yang membincangkan mengenai taktik roundtripping oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menutup keadaan kewangan sebenar kerajaan negeri.

Penerangan dengan cara mudah oleh Ketua Pembangkang Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo sepatutnya dapat difahami. Kekurangan perbincangan mungkin adalah petanda bahawa mereka masih belum faham atau mereka tidak faham impak kesalahan yang dilakukan Khalid.

Sebenarnya ini bukan pertama kali Khalid lakukan roundtripping. Dia pernah lakukan cara sedemikian semasa menjadi CEO Guthrie. Pendedahan yang ingin dibuat boleh dikatakan sebagai roundtripping yang paling ringkas. Harap dapat memudahkan pemahaman pembaca.

Pada tahun 1980an, Guthrie mempunyai sebuah syarikat kegiatan trading bernama Guthrie Trading (GTSB). Dibawah GTSB, ada anak syarikat bernama Guthrie Furniture Sdn Bhd (GFSB). Untuk makluman, GFSB sepatutnya berperanan menjadi syarikat payung untuk membantu pengusaha-pengusaha pembuatan perabut Bumiputera. Disebabkan pengurusan yang tidak efisyen dan amanah, GFSB itu tidak memainkan peranan yang sepatutnya dan akhirnya program tersebut dihentikan. GFSB dan GTSB mengalamai kerugian besar.

Kegiatan utama GTSB adalah sebagai pembekal baja untuk kepada ladang-ladang Guthrie. Ini yang membolehkan syarikat tersebut kekal hidup walaupun sedang mengalami kerugian besar. Lesen general trading tertentu yang diberikan tidak dimanafaatkan. Syarikat pun mengalami hutang yang besar.

Apabila Khalid diperuntukan saham Guthrie dan diletakkan sebagai CEO Guthrie, dia cuba memperbaiki penyata akaun Guthrie. Antara yang dilakukannya adalah untuk mengeluarkan GTSB dan GFSB yang banyak hutang, kerugian dan bergantung hidup dengan Guthrie dengan menjual anak-anak syarikat ini.

Syarikat itu ditawarkan Khalid kepada dua orang sahabatnya dengan janji Guthrie akan kekalkan kontrak pembekalan baja dan ditambahkan kontrak tersebut. Walaupun syarikat mengalami hutang dalam belasan juta dengan Bank tertentu, ‘lembu dua ekor’ ini digula-gulakan dengan lesen general trading tersebut dan sokongan perniagaan dari Guthrie.

Dengan terjual GTSB dan anak syarikat GFSB, akaun bermasaalah ini terkeluar dari akaun Guthrie dan tercucilah penyata akaun dari jumlah yang menyakitkan mata dari operasi ini. Guthrie selesaikan masaalah mereka tetapi lain pula cerita dua usahawan Melayu yang gopoh. Mereka terpaksa mengendung biawak hidup Guthrie – hutangnya, masaalah Bank, kerugian, masaalah dengan kesatuan sekerja, belanja pemberhentian pekerja, dan lain-lain.

Bantuan yang dijanjikan Khalid dari segi kontrak sedia ada dan sokongan dari Guthrie tidak pula kedatangan. Lesen general trading itu pun dipindahkan ke Guthrie dan tidak dikekalkan dalam GTSB seperti yang dijanji. Akhirnya GTSB dan GFSB tutup dan kedua-dua lembu tersebut bankrup.

Ada beberapa persamaan dengan roundtriping Khalid yang melibatkan syarikat-syarikat kerajaan negeri dan kerajaan. Guthrie boleh disamakan dengan Kerajaan, PKNS, KDEB, PNSB dan UNISEL yang berhutang. GTSB dan GFSB sebagai hutang. Kedua lembu yang sedia mengendung biawak sebagai Talam.

Lebih kurang begitulah persamaannya. Kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan kelihatan suci dalam debu. Talam yang mengendung hutang tersebut. Kalau terjadi seperti apa yang Guthrie lakukan kepada kedua-dua lembu yang sedia ditipu, Talam akan bungkus tikar. Kenapa Suruhanjaya Sekuriti boleh benarkan transaksi penipu ini dan CIMB boleh bersekongkol?

Kita boleh mempersoalkan tindakan tanpa rasa bersalah kerajaan Selangor mengambil alih hutang syarikat pemaju hartanah, Talam berjumlah RM391 juta walaupun tindakan itu dikritik oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

Pada 9 November tahun lalu, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan peruntukan tambahan kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk membeli hutang Talam sebanyak RM391 juta daripada empat anak syarikat kerajaan negeri.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Universiti Industri Selangor (Unisel).

Antara yang paling lantang mengkritik tindakan itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim yang meletak jawatannya pada 7 Januari lalu. Beliau dilaporkan sebagai berkata, tindakan itu merupakan taktik yang selalu digunakan oleh ‘penyangak’ dalam sektor korporat untuk mencapai motif tertentu. Jadi fikir-fikirkan lah..!

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Februari 19, 2010

Artikel Pilihan : Harussani bidas Sisters in Islam!

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini membidas Sisters in Islam (Sis) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.

Tegas beliau, mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermakna mereka tidak mempercayai hukum Allah dan boleh dianggap terkeluar daripada Islam. ''Orang seperti ini tidak faham hukum Islam, mereka menentang dan membenci hukum Islam kerana terpengaruh dengan orientalis Barat yang menentang Islam.

''Kalau hendak diambil kira hukuman enam kali sebatan itu ia begitu ringan sedangkan asalnya 100 kali sebatan terhadap mereka yang melakukan persetubuhan haram manakala 80 kali sebatan terhadap yang minum arak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam hal ini, Harussani memuji bekas model sambilan yang didapati bersalah meminum arak, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang bersedia menjalani hukuman sebat. ''Dia mengaku kesalahannya dan mahu dihukum secara Islam, jadi Kartika seorang yang jujur dan mempunyai kesedaran," kata beliau.

Sisters in Islam hari ini mendakwa tindakan Jabatan Penjara pada 9 Februari lalu merotan tiga wanita Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram sebagai satu diskriminasi terhadap wanita. Pertubuhan itu mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya itu, Pengarah Eksekutif Sis, Hamidah Marican berkata, memandangkan beberapa isu syariah berhubung pelaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

Sementara itu : Reda, hukuman di akhirat lagi berat

"Kami reda disebat kerana di akhirat, hukuman sebenar nanti lebih berat dari hukuman di dunia," itulah luahan tiga wanita yang dihukum sebatan mengikut kaedah syarak pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang, di sini hari ini. Ketiga-tiga mereka melalui episod pengalaman yang sama iaitu melakukan persetubuhan haram sehingga melahirkan anak luar nikah.

Malah, ketiga-tiga wanita yang berusia antara 18 hingga pertengahan 20-an itu sanggup menerima hukuman atas keterlanjuran mereka di dunia ini apabila menyerah diri kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Berikutan itu juga, pasangan lelaki masing-masing turut menerima hukuman yang sama di Penjara Lelaki Kajang pada tarikh hukuman itu.

TIGA pesalah syariah wanita (membelakangkan kamera) yang menerima hukuman sebat dalam kesalahan syariah di Penjara Wanita Kajang ditemubual media, semalam.

Menurut salah seorang daripada wanita itu yang dibebaskan pada 14 Februari lalu, hukuman sebat amat wajar dilaksanakan ke atas umat Islam yang telah melakukan dosa sepertinya supaya tidak terus hanyut dan bergelumang dengan dosa. "Saya pernah dengar hukuman sebat ke atas penzina namun saya ingat pihak penguat kuasa akan beri denda sahaja dan tidak menyangka hukuman sebat itu benar-benar wujud.

"Saya terus bergelumang dengan dosa sehinggalah disahkan hamil dan sejak itu saya tidak melakukan zina lagi serta berjanji dengan pasangan akan mendirikan rumahtangga selepas melahirkan anak. "Selepas selamat melahirkan anak yang kini berusia hampir setahun, saya dan pasangan menyerah diri kepada Jawi pada awal tahun ini," kata wanita berusia pertengahan 20-an ini yang dikenali sebagai 'Ayu' (bukan nama sebenar) ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiga pesalah wanita disabitkan di bawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari lalu.

Ini merupakan pelaksanaan hukuman sebat syariah kali pertama ke atas kaum wanita di dilaksanakan di negara ini. Selain itu, terdapat empat pesalah lelaki turut menjalani enam kali sebatan pada hari tersebut atas kesalahan yang sama. Ayu yang dibebaskan daripada hukuman penjara dua bulan pada 14 Februari lalu, secara sukarela tampil hari ini untuk menceritakan sendiri detik-detik yang dilaluinya.

Pengakuan itu, menurutnya, semata-mata atas rasa tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam agar tiada yang mencontohi kesalahan lalu yang dilakukannya. Dia yang turut didenda sebanyak RM1,000 dengan empat kali sebatan mengakui tidak berasa sakit ketika disebat tetapi ia memberi kesan mendalam dalam kehidupannya untuk menjadi umat Islam yang lebih baik daripada sebelum ini.

"Pengalaman beberapa minit disebat itu benar-benar membuka mata dan hati saya bahawa tiada yang lain selain Allah, hidup dan mati saya kerana-Nya. "Saya benar-benar bertaubat tidak mahu mengulangi dosa itu lagi dan benar-benar memohon pengampunan daripada-Nya," jelasnya.

Pengalaman sama turut dirasai oleh seorang lagi pesalah wanita yang ingin dikenali sebagai Aishah, 18. Aishah menyerah diri kepada Jawi pada Disember lalu, selepas anak hasil persetubuhan haramnya meninggal dunia akibat tidak cukup bulan. Wanita itu menerima hukuman penjara selama enam bulan, denda RM3,000 dan enam kali sebatan.

"Saya sedih membaca laporan akhbar berhubung pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Ketika saya disahkan hamil, tidak terlintas di hati saya untuk membunuh janin yang tidak berdosa. "Pada pendapat saya, orang yang membunuh bayi telah melakukan dua dosa besar dan semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka," katanya.

PEGAWAI Sebat Wanita Kajang membuat demonstrasi cara hukuman sebat Syariah di Penjara Wanita Kajang

Dalam pada itu, seorang lagi pesalah yang ingin dikenali sebagai Nur, berusia pertengahan 20-an menganggap dirinya insan terpilih kerana berpeluang mendapat hukuman di dunia atas keterlanjuran dirinya. "Saya tidak menganggap apa yang saya lalui (disebat) sebagai satu hukuman tetapi bagi saya ia adalah peluang kedua untuk saya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

"Bagi saya ini satu tanda kasih sayang Allah untuk saya lalui ujian seperti ini dan saya amat berharap orang ramai mengambil kisah ini sebagai pengajaran," jelasnya.
Nur yang sudah memiliki anak berusia 3 tahun hasil hubungan haram dengan kekasihnya mengakui mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan mendirikan rumah tangga kerana 'kehilangan' wali.

''Sudah enam tahun ayah saya menghilangkan diri tetapi semua dosa yang telah saya lakukan ini bukan disebabkan faktor itu. Ia berpunca daripada diri sendiri," jelasnya. Nur menerima hukuman 30 hari penjara dan enam kali sebatan tanpa dikenakan sebarang denda.

Manakala itu Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menganggap kejayaan pelaksanaan hukuman sebat syariah termasuk ke atas pesalah wanita dapat membuka mata semua pihak bagi menilai keadilan sistem perundangan Islam. Setiausaha Agungnya, Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, pelaksanaan hukuman sebat mengikut kaedah syarak juga didapati lebih memberikan kesan mendalam selain keinsafan.

Justeru, katanya, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula pelaksanaan hukuman sebat sivil yang 'kelihatan zalim, menyakitkan dan mencederakan' para pesalah meskipun ia hanya dikenakan ke atas golongan lelaki. ''Kejayaan hukuman sebat syariah sepatutnya dapat membuka mata semua pihak agar dapat mengkaji semula hukuman sebat sivil supaya ia lebih menepati kaedah syarak dan perikemanusiaan.

''Ini kerana pelaksanaan syariah Islam sebenarnya lebih menjurus kepada usaha 'takdib' atau mendidik masyarakat dan ia bersifat adil tidak kira sama ada pesalah wanita atau lelaki," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Februari 18, 2010

Tok Guru Nik Aziz : Cakap Tak Serupa Bikin!



















Dulu :
Nik Aziz rayu Elizabeth tidak letak jawatan!


Agak menarik apabila Tuan Guru Nik Aziz masih cuba hendak menegakkan benang yang basah. Pas merayu Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya tidak meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan kerana jika pilihan raya kecil diadakan di kawasan tersebut, ia akan menyusahkan rakyat.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau menghormati keputusan Elizabeth untuk meletakkan jawatan sebagai Exco tetapi tidak bersetuju sekiranya Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meletakkan jawatan sebagai ADUN. Beliau berkata, sekiranya diadakan pilihan raya kecil ia juga melibatkan kos yang tinggi dan menyebabkan pembaziran berlaku.

"Saya hormat jika dia (Elizabeth) hendak berundur sebagai Exco tetapi saya tidak suka dia meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana ini menyusahkan rakyat dan melibatkan kos yang tinggi, sekali pilihan raya diadakan berbelas juta habis, jadi ini bukan kerja senang.

"Oleh itu, saya minta tolong jangan letak jawatan 'Yang Berhormat', kalau hendak berundur sebagai Exco dia punya pasal, bagi saya itu tidak apa sebab ini bukan salah dia, salah yang orang menceroboh rumah dia, orang lain salah kita hukum orang lain, ini tidak betul," katanya kepada pemberita .



















Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas keputusan Elizabeth yang tetap bertegas mahu meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor itu berharap pucuk pimpinan PKR memahami pendiriannya itu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan Elizabeth berbogel dalam rumahnya tidak salah kerana Islam membenarkan manusia membuka aurat ketika seorang diri.

"Dia tidak salah, yang salah orang lain, dia hendak tidur telanjang di rumah dia, itu dia punya pasal. Islam beri kepada manusia buka aurat bila seorang diri di rumah, masa kita tidak tidur pun boleh telanjang di rumah kita seorang diri, cuma malu pada malaikat saja," katanya.

Sekarang : Nik Aziz menyaran agar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil!

Saranan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat agar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil mencerminkan sikap sebenar Tok Guru yang gemar ‘pilih bulu’.

Nik Aziz tidak akan membuat saranan serupa sekiranya wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) meninggalkan parti dan menyertai mereka. Biasalah yang mana yang tak menguntungkan dia, ada fatwa baru yang mengesahkan dan menghalalkan itu.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, menyifatkan keputusan Zahrain menjadi wakil rakyat bebas dan tindakan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat. Katanya, wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lalu dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.

Barisan Nasional (BN) tidak pernah melakukan perkara seumpama itu walaupun pernah memperoleh suatu ketika dahulu. Adakah Nik Aziz sudah lupa apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perak menyertai Pakatan Rakyat, Menteri Besar Perak ketika itu, Mohammad Nizar Jamaluddin, menyambutnya dengan baik dan tiada desakan dari BN untuk mengosongkan kerusi.

Apa tujuan sebenar Tok Guru membela dan merayu agar Elizabeth Wong atau " buah yang busuk " dalam setandan kelapa di simpan. Tidakkah ianya akan mencemarkan keadaan dan kalau disimpan lama akan memburukkan lagi keadaan bila " buah yang busuk " itu menjadi wabak?

Kalau Tok Guru mengatakan jika PRK diadakan semula di Bukit Lanjan akan melibatkan kos yang tinggi, mengapa Tok Guru Nik Aziz menyaran agar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil! Bukan kah apabila satu PRK yang baru diadakan bakal menelan belanja yang besar sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Nik Aziz di Bukit Lanjan? Mengapa Tok Guru Nik Aziz cakap tarak serupa bikin?

Berbaloi ke jika dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang satu lagi PRK diadakan? Apakah ada udang di sebalik batu disebalik tindakan Tuan Guru Nik Aziz menghalang perletakan jawatan Elizabeth. Apakah rasional tindakan Tok Guru merayu YB DUN B.Lanjan dan menyaran agar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil?

Apakah Nik Aziz tidak melihat kepada tujuan ikhlas Zahrain Mohamed Hashim yang keluar dari PKR kerana beliau tidak mahu bersubahat dan dilihat sebagai sebahagian daripada ‘gerombolan yang akan menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam’?
Sama-samalah kita fikirkan? Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Februari 17, 2010

Ulama tulen tak tamak kehidupan dunia, tidak sombong ilmu !



















Politik dengan ulama tidak dapat dipisahkan. Sejarah sosial politik ummah membuktikan kalangan ulama sentiasa aktif dalam dinamik berbangsa dan bernegara. Namun, tidak dinafikan adanya ulama politik iaitu ulama yang mengikut kehendak parti politik dan pentadbiran. Akibatnya, ulama kerap terjebak stigma politik bercorak negatif dan akhirnya mengurangi kredibiliti ulama itu sendiri.

Ada mendakwa ulama jika sudah terjun ke dunia politik sama halnya dengan pentadbir atau pemerintah. Ini adalah karakter ulama politik mengikut arus politik. Namun, yang harus dibangun dan dibina adalah politik ulama.

Maksudnya, parti politik harus mengikut bimbingan dan arahan ulama yang luas ilmu serta tinggi moral. Ulama juga perlu bersikap aktif dalam merentas pelbagai bentuk penyimpangan politik selain menanamkan nilai ulama dalam diri. Ulama bukan sebagai simbol, tetapi nilai ulamanya yang tertanam sehingga menjadi benteng terhadap pelbagai bentuk penyimpangan politik.

Pengertian ulama secara etimologi bererti orang yang berpengetahuan. Secara terminologi, ulama adalah orang yang mampu menghasilkan ilmunya kepada rasa takut dan kagum kepada Allah untuk mengamalkan ilmunya serta memanfaatkan demi kepentingan makhluk Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya yang takut dan kagum kepada Allah daripada hamba-Nya hanyalah ulama." (Surah Fatir, ayat 27-28)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ulama adalah pewaris Nabi." Hadis itu menjelaskan pentingnya ulama meneruskan misi kenabian di muka bumi ini. Ulama berperanan menegakkan hukum Allah, memperjuangkan kebenaran dan keadilan serta mementingkan kesejahteraan umat Islam.

Oleh itu dapat difahami ulama ada yang baik serta benar dan sebaliknya. Ulama yang baik dapat membina dan membangun bangsa serta negara menjadi lebih baik. Inilah politik ulama yang mengubah keadaan demi kebaikan semua. Ulama politik menggunakan ilmu untuk kepentingan peribadi atau kelompoknya saja. Karakter ulama ini dapat dilihat melalui amalan tidak sesuai dengan ilmunya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Aku akan memalingkan orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan benar daripada tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah mereka mendustakan ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya." (Surah al-A'raf, ayat 146)

Menurut az-Zahabi, ulama yang tidak benar adalah yang mempercantik kezaliman dan ketidakadilan dilakukan penguasa. Ulama yang memutarbelitkan kebatilan menjadi kebenaran untuk penguasa atau ulama yang diam saja di hadapan penguasa pada hal dia mampu menjelaskan kebenaran.

Khalifah Umar al-Khattab bertanya kepada Ka'ab: "Apa yang mengeluarkan ilmu dari hati ulama?" Ka'ab menjawab: Ketamakan." Keluarnya ilmu daripada hati ertinya ilmu itu sudah tidak berpengaruh dan tidak lagi dijadikan tuntutan.

Ulama yang tidak benar juga tidak melakukan apa yang dikata. Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Sungguh besar kemurkaan Allah bagi orang yang pandai berkata-kata tapi tidak mengamalkannya." (Surah as-Saf, ayat 2-3)

Adapun politik ulama adalah ulama sebenarnya. Ulama yang benar beramal sesuai dengan ilmunya, berani mengatakan kebenaran di hadapan penguasa dan menegakkan keadilan di hadapan penguasa yang zalim. Ulama yang meluruskan dan mengarahkan penguasa selalu berada di jalan benar.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jihad utama adalah menegakkan kebenaran pada penguasa yang zalim."

Sa'adi berkata, seorang raja yang zalim berkenan memanggil seorang ulama ke istananya untuk memberi nasihat. Ketika ulama itu datang, raja berkata: "Berikan aku nasihat, amalan apa yang paling utama aku lakukan sebagai bekalku kelak di akhirat? Ulama menjawab: Amalan terbaik untuk baginda adalah tidur. Raja itu kehairanan: Mengapa? Jawab ulama: Kerana ketika raja tidur, rakyat dapat beristirahat daripada kezaliman."

Ulama benar juga tidak tamak terhadap kehidupan dunia, tidak sombong dengan ilmu dimilikinya dan sesuai antara perkataan dengan perbuatannya. Karakter seperti inilah yang disebut politik ulama yang dapat memainkan peranannya membangun dan membina bangsa serta bernegara. Sekurang-kurangnya tanggungjawab ulama dapat dioptimumkan.

Lidah bercabang bertentangan peribadi ulama

Orang yang ahli dalam ilmu pengetahuan agama Islam disebut ulama. Dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya, seorang ulama memiliki rasa takwa, takut dan tunduk kepada Allah SWT. Atau dengan pengertian yang lain, sebagai mana ditakrifkan oleh al-Quran dalam Surah Fatir ayat 28, firman Allah yang bermaksud: "Sesunggunnya yang takut kepada Allah daripada hambanya ialah ulama."

Sesungguhnya Allah SWT juga mengecam mereka yang memiliki ilmu (ulama) tetapi ucapan dan tindakannya tidak sesuai dengan tahap pengetahuannya. Dari segi realiti ucapan mereka lebih bercirikan sifat-sifat kemunafikan bukan sebagai sifat seorang ulama yang mewarisi teladan serta perbuatan daripada Rasulullah SAW.

Bahkan dalam menyampaikan dakwah, Islam sangat menekankan penggunaan bahasa yang baik iaitu menyampaikan nasihat dan hujah yang baik. (lihat sura al-Nahl ayat 125).
Rasulullah SAW tidak pernah mencerca kaum musyrik secara kasar dan angkuh. Sebaliknya baginda sering memohon keampunan dan kebaikan bagi mereka, justeru mereka sebenarnya tidak tahu.

Sebenarnya tahap keimanan seseorang itu ditentukan oleh pemakaian bahasa yang digunakan dalam segala aspek kehidupan. Kalau kita tidak mampu berbahasa secara baik, kalau ucapan kita akan membuat orang lain sakit hati, marah, kecil hati, maka kita dianjurkan lebih baik diam.

Seseorang yang berilmu (ulama) seharusnya dapat membentengi dirinya daripada segala kehendak nafsu yang cenderung kepada keburukan. Namun hakikatnya segelintir daripada mereka ini alpa dan terus menerus mengejar dan berusaha mendapatkan yang diingini oleh nafsu jahat itu.

Antara lain tugas yang harus dilaksanakan oleh ulama dalam kedudukan mereka sebagai pewaris Nabi iaitu memberi contoh sosialisasi dan teladan. Justeru Nabi SAW dicipta Allah sebagai teladan (lihat surah al-Ahzab ayat 21) atau sebagaimana keterangan isteri baginda Aisyah r.a., sikap dan tingkah laku Rasulullah adalah al-Quran. Dari hakikat ini pewaris Nabi dituntut bukan sekadar menampilkan satu peribadi yang baik tetapi yang terbaik.

Orang yang paling alim di kalangan manusia harus mengatur segala urusan umatnya kerana ia akan bertindak berdasarkan maslahat terbaik bagi seluruh umat dan keluar daripada kejahilan yang akan menyebabkan mudarat yang lebih luas bagi setiap anggota masyarakat.

Tugas ulama adalah untuk menyebarkan firman Allah kepada manusia, membimbing umat, membantu dan menggembirakan hati para fakir miskin serta melakukan tanggungjawab sosial berupa pelaksanaan amar makruf nahi mungkar di tengah-tengah masyarakat. Sikap begini yang pernah dilakukan oleh Nabi, bukan mengajak kepada perpecahan atau saban hari mencerca orang yang tidak sehaluan dengannya.

Al-Quran dan Sunnah juga meletakkan akhlak luhur sebagai sesuatu yang perlu diberi keutamaan seperti bersikap lemah lembut, penyayang dan pemaaf. Di samping itu, Sunnah juga membawa saranan agar kita mengawal emosi, nafsu, serta memaafkan sesiapa sahaja tidak kira dalam apa jua situasi termasuk susah atau senang.

Itulah akhlak mulia yang dimaksudkan oleh al-Quran: "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan meninggalkan mungkar dan berpalinglah daripada orang yang bodoh." (Al-A'raf ayat 199). Sebagai bukti kesempurnaan iman seseorang atau seorang yang bergelar ulama dapat dilihat sejauh mana dia memelihara lidah dan perkataannya daripada suatu hal yang tidak patut menurut agama.

Nabi SAW sering kali mengingatkan agar menjaga lidah (mulut) kerana ia sesungguhnya paling berpotensi untuk mencelakakan kita. Ingatlah bahawa luka yang diakibatkan oleh lidah hakikatnya lebih parah daripada yang diakibatkan oleh pisau.

Semua ini seharusnya mengingatkan seseorang itu untuk selalu berhati-hati, berfikir dan merenung apa yang akan diucapkan. Sebab itu di kalangan para ulama sendiri ada mengingatkan umat supaya bersikap terbuka dan bertasamuh terhadap pendapat orang lain yang agak berlainan dengan kita. Mungkin boleh jadi pendapat mereka lebih tepat dan berhikmah daripada pandangan kita.

Demikianlah sejarah mencatat dengan sikap mereka yang terbuka itu menyebabkan umat Islam berada dalam keharmonian dan kestabilan sehingga hari ini. Lantaran itulah kita memandang sinis terhadap mereka yang bergelar ulama tetapi bersikap terlalu kasar dan bengis terhadap orang awam dalam masyarakat. Mengingat pentingnya posisi lidah dalam kehidupan manusia, maka dengan sendirinya ia harus mendapatkan bimbingan dan pemeliharaan yang sebaik-baiknya.

Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Pokok amal itu adalah Islam, tiangnya adalah solat, puncaknya adalah jihad. Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: mahukah aku beritahukan kepadamu tentang kuncinya semua perkara itu? Saya menjawab: "baik ya Rasulullah." Kemudian baginda memegang lidahnya seraya berkata "jagalah ini". Saya bertanya: "Wahai Rasulullah apakah kami dituntut (diseksa) kerana apa yang kami katakan?" Baginda menjawab: "Celaka kamu, bukankah orang yang menjerumuskan terhadap mukanya (atau pada batang hidungnya) ke dalam neraka, melainkan buah ucapan lidah mereka." (HR. At-Tarmizi).
Wallahuallam

Suara Politik
Taminsari

Anwar Terpaksa Gunakan Talian Hayat Untuk Selamatkan Diri!






















Di luar mahkamah, banyak petunjuk menampakkan Anwar makin terdesak. Lebih-lebih lagi selepas gagal dalam usaha untuk mengheret rakyat menyokong beliau sebagaimana kes liwat pertama 10 tahun lalu. Rakyat malah ramai penyokong pembangkang tidak mahu terjebak dalam isu moralnya. Kerana menyedari tiada sokongan, Anwar mendapatkan bantuan negara luar.

Kenapa sampai begitu sekali? Tidakkah kita belajar daripada sejarah lampau betapa padah yang bakal menimpa jika ada pembesar dan pemimpin mengundang campur tangan asing? Sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, berapakah harga yang perlu dibayar untuk semua itu? Sudah pasti terlalu besar nilai balasannya yang kedaulatan negara menjadi pertaruhan.

Sebab itu, kita agak marah apabila 50 ahli Parlimen Australia menuntut agar pertuduhan terhadap Anwar ditarik balik. Ia adalah tindakan angkuh dan bermotif jahat. Janganlah jadi anjing yang suka menyalak. Tetapi tidak adil menyalahkan kumpulan ahli parlimen itu, semata-mata. Anwar juga perlu dipertanggungjawabkan. Gerakan beliau sejak tahun lalu bagi melobi mendapatkan simpati dan bantuan asing berhubung kes mahkamahnya, bukan rahsia lagi.

Baru-baru ini, sekumpulan 50 orang senator dan Ahli Parlimen Australia menghantar surat protes meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan ia akan merosakkan imej negara. Mereka mahu pendakwaan ke atas Anwar dihentikan demi meningkatkan keyakinan kepada sistem undang-undang yang adil dan saksama di Malaysia.

Laporan agensi berita asing memetik Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby sebagai berkata, pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar merupakan sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia dan merasakan mereka perlu menyokong pemimpin pembangkang itu.

''Para pemerhati Malaysia sukar untuk percaya bahawa seorang ketua pembangkang boleh menghadapi dakwaan liwat buat kali kedua. Pada pandangan kami, kerajaan Malaysia perlu tahu bahawa imej Malaysia di peringkat global akan terjejas dengan dakwaan ke atas Anwar. ''Kami berharap pihak berkuasa Malaysia tidak akan meneruskan dakwaan tersebut," kata surat protes berkenaan.

Mengikut laporan, surat protes tersebut diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia, Datuk Salman Ahmad. Penghantaran surat protes berkenaan menerima pelbagai reaksi dari pelbagai pihak di Malaysia. Ada di antara pemimpin Malaysia menyifatkan Ahli Parlimen Australia itu sebagai keterlaluan dan tidak faham dengan sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Anwar yang sebelum ini cuba mencari pelbagai helah untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat keduanya ada berkunjung ke Australia pada Disember tahun lalu. Ketika itu Ketua Pembangkang tersebut meminta Australia menghantar pemerhati pilihan raya untuk pilihan raya umum yang akan datang kononnya bagi memastikan ia berjalan dengan bebas dan adil.

Media Australia, The Sydney Morning Herald, turut memetik kenyataan Anwar yang dibuat di Australia pada Disember lalu sebagai berkata, kempen beliau pada pilihan raya umum akan datang adalah tidak mudah memandangkan kini beliau terpaksa berhadapan dengan dakwaan liwat yang baru.

''Senarai pengundi tidak boleh dicabar, tidak ada pendedahan media dan pegawai keselamatan tidak berpihak kepada kami (pembangkang). Pada pilihan raya umum yang lalu kami mendapat keputusan yang baik, jadi kali ini kami meminta negara asing termasuk Australia menghantar pasukan bebas," katanya.

Dalam temu bual dengan media Australia berkenaan, Anwar turut menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd yang memuji amalan demokrasi di Malaysia semasa mengadakan lawatan rasmi ke negara ini sebagai tidak tepat. Sudah menjadi tabiat Anwar untuk menjaja cerita mengenai sistem politik di Malaysia yang kononnya tidak demokrasi di seluruh dunia bagi meraih sokongan.

Dalam kunjungannya ke Australia ketika itu, Anwar berucap mengenai pengalaman masyarakat Islam di Asia Tenggara di Melbourne. Beliau juga menyampaikan syarahan di Universiti Monash mengenai pengalaman Asia dalam mengharungi krisis kewangan global.

Adakah gesaan 50 ahli Parlimen Australia agar kerajaan menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan mereka tidak memahami sistem demokrasi berparlimen di sini. Didalam sistem berkenaan yang turut diamalkan di negara itu, kerajaan yang merupakan sebuah badan eksekutif tidak berhak meminta badan kehakiman menggugurkan kes tersebut apatah lagi setelah perbicaraan bermula.

Permintaan itu juga dilihat merupakan sesuatu yang janggal kerana jika diperhatikan, Anwar telah diberikan sepenuh hak untuk memfailkan beberapa petisyen dalam mempertahankan dirinya sehingga perbicaraan itu tertangguh 18 bulan dari tarikh sepatutnya. ‘‘Kenapa mereka ghairah pertahankan Anwar, adakah ini menguatkan dakwaan bahawa Anwar merupakan darling of the west seperti yang telah kita dengar beberapa tahun lalu.

Jika benar anggota Parlimen Australia itu mendokong dan menjuarai sistem demokrasi, apakah pula nasib pengadu dalam kes liwat itu iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan? Siapakah yang membelanya? Adakah tindakan ahli-ahli Parlimen Australia itu sebagai perbuatan bodoh dan keterlaluan. Kebodohan itu mungkin disebabkan kesemua ahli Parlimen itu merasakan Australia merupakan sebuah negara yang maju dari segala aspek terutama hak asasi dan perundangan.

Ahli-ahli Parlimen itu perlu mencermin diri dan selesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kaum Orang Asli (Aborigines) di sana sejak dahulu dan apa pula halnya dengan beberapa pembunuhan warga India di Australia yang tersebar di media antarabangsa sejak dahulu.

Kementerian Luar Negeri sepatutnya mengambil inisiatif melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra untuk menjelaskan fakta- fakta mengenai perbicaraan Anwar kepada ahli-ahli Parlimen Australia yang berkenaan. Kita berharap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang kita yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat.

Penjelasan dari Wisma Putra pula perlu disampaikan kepada ahli Parlimen Australia berkenaan dan ia adalah wajar memandangkan sebelum ini mereka hanya mendengar pelbagai dakwaan yang dilemparkan oleh sebelah pihak iaitu Anwar sahaja. Selain memberikan penjelasan, Wisma Putra juga perlu menyampaikan mesej kepada ahli Parlimen Australia tersebut supaya mereka lebih menghormati dan tidak mencampuri urusan dalaman sebuah negara berdaulat yang lain.

Antara sebab-sebab mengapa ahli Parlimen Australia menyokong Anwar!

Australia is a diverse and fairly accepting society as far as gay and lesbian people are concerned and advances continue to be made in line with developments in leading liberal democracies. Institutional discrimination is discouraged by anti-discrimination legislation and most Australians are easygoing in relation to personal sexuality.

For those cultures where homosexuality remains strongly repressed, the openness of gay and lesbian life in parts of Australia can be liberating and empowering. Australia has been known for its sexual stereotypes, and although pockets of old ways of thinking still exist (especially outside the inner cities), modern Australia has become far more accepting of different backgrounds and sexualities.

But it’s not all good news: queers in Australia continue to encounter iscrimination, prejudice and invisibility in many areas—for example, same-sex couples cannot get married, transgender people can experience intolerance in the gay and lesbian community, and religious groups vary in their degrees of tolerance. Nonetheless, you
can live an open lifestyle in Melbourne, being proud of who you are, and there are many support services and groups to help you Melbourne has a large gay and lesbian population which thrives in the city’s bar and café culture (see the ‘Queer entertainment’ section below).

Over the past ten years, broader social acceptance and the widespread use of the Internet to meet people and obtain information has changed the face of gay elbourne. Streets such as Brunswick Street in Fitzroy and Commercial Road in South Yarra are very queer-friendly, with many nightclubs, cafés and shops. Collingwood’s Smith Street and the suburbs of Northcote and Brunswick are also areas queer students tend to live in and like to hang out. Chapel Street in Prahran, and Acland and Fitzroy
Streets in St Kilda are the southside equivalents.

Kerajaan Australia perlu mengkaji secara mendalam dahulu sebelum mengemukakan kenyataan atau desakan. kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk mencampuri hal ehwal dalaman sesebuah negara, apatah lagi membabitkan Perlembagaan.
Perlembagaan sesebuah negara bukan satu perkara yang boleh dijadikan bahan politik, sebaliknya perlu dihormati semua pihak termasuk di luar negara.

Yang menjadi kemusykilan sekarang mengapa tuntutan itu dibuat pada waktu ini. Padahal sebelum ini tidak ada protes. Lagipun ini bukan satu tindakan menganiaya kerana mangsa sendiri yang membawa perkara ini ke mahkamah. Apakah ada udang di sebalik batu di sebalik tindakan ahli Parlimen Australia ini membuat tuntutan yang di lihat secara tidak langsung cuba untuk mencampuri urusan dalam negara yang berdaulat seperti Malaysia? Sama-samalah kita fikirkan. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Februari 16, 2010

Ayah tutup kedai!

Ketua Penerangan UMNO Selangor, YB Abdul Shukor ( dua dari kiri ), Ketua UMNO Bahagian Klang, Mazlynoor Abdul Latiff (kanan) melawat Mohd. Bakri Mohd. Bazli yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, semalam.

Sumber utama pendapatannya ialah berniaga kedai kopi berhampiran Jalan Sultanah Zainab, Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Walaupun pendapatannya kecil iaitu hanya sekitar RM20 hingga RM30 sehari, tetapi hasil itulah yang membantunya menyara tujuh orang anak yang bersekolah dan masih kecil.

Namun, sejak seminggu lalu, Mohd. Bazli Che Ali, 46, terpaksa menutup kedai kopi yang sudah diusahakan sejak lebih 30 tahun itu untuk menjaga anak sulungnya, Mohd. Bakri, 23, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Mohd. Bakri, seorang pelajar UiTM dimasukkan ke hospital itu sejak 7 Februari lalu kerana cedera parah di kepala berikutan terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 7 di sini dengan kereta dipandu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Mohd. Bazli berkata, kedai kopi itu tidak dibuka buat masa ini kerana dia dan isteri, Azizah Awang mahu memberi tumpuan kepada Mohd. Bakri yang kini amat memerlukan sokongan moral.

"Inilah usaha saya suami isteri, berdoa selain perubatan moden yang disediakan oleh pihak hospital," luahnya yang turut melahirkan rasa syukur kerana anaknya sudah sedar dan semakin stabil.

Menurutnya, kemalangan itu adalah dugaan Allah walaupun jauh di sudut hati amat berharap Mohd. Bakri akan pulih sepenuhnya. Mohd. Bazli berkata, dia masih tidak tahu berapa lama harus berada di HTAR kerana walaupun anaknya sudah sedar tetapi dia masih belum mampu bercakap selain perlu menjalani pembedahan membuang darah beku di otak.

Lelaki itu berterima kasih kepada pihak UiTM yang menyediakan tempat tinggal di Rumah Tamu universiti tersebut selain kemudahan makan minum serta pengangkutan berulang alik ke HTAR secara percuma. "Selain itu, pensyarah dan kawan-kawan anak saya ada juga memberi bantuan kewangan kepada kami," ujarnya.

Sementara itu : UMNO bantu Mohd. Bakri

UMNO Selangor akan membantu penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terlibat dalam satu kemalangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim di Seksyen 7, Shah Alam pada 7 Februari lalu.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, langkah itu diambil ekoran keadaan penuntut berkenaan yang cedera parah serta koma sebelum ini akibat kemalangan tersebut.

Menurutnya, bantuan itu diberikan dengan hasrat untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa kepada Mohamad Bakri Mohd. Bazli, 23, yang hanya bekerja sebagai peniaga kedai kopi secara kecil-kecilan di Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun katanya, bentuk bantuan yang bakal diberikan itu akan diputuskan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar dalam tempoh terdekat ini.

"Alhamdulillah, keadaan Mohamad Bakri hari ini bertambah baik. Dia telah pun sedar daripada koma dan mula bercakap sedikit demi sedikit," katanya kepada pemberita selepas melawat Mohamad Bakri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang di sini semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latiff serta Ketua MCA Bahagian Klang, Datuk Teh Kim Poo.

Selain melawat Mohamad Bakri, Abdul Shukor yang mewakili UMNO Selangor turut menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Mohamad Bakri termasuk sumbangan tambahan RM500 daripada Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) yang disampaikan oleh Pengerusi Biro Kebajikannya, Raja Norshikin Raja Tauran. - UM

NG SWEE LIM MESTI DIAMBIL TINDAKAN! Ikuti di blog : http://www.kitagempur.com/

Suara Politik
Taminsari

Terlibat nahas: UMNO beri jaminan bantu Bakri pelajar UiTM!





















UMNO Selangor akan memberi bantuan kepada seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terlibat dalam satu kemalangan dipercayai dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim di Seksyen 7, Shah Alam, 7 Februari lalu.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, bantuan itu akan diberikan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa kepada Mohamad Bakri Mohd. Bazli, 23, yang hanya bekerja sebagai peniaga kedai kopi di Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, bentuk bantuan akan diputuskan selepas perbincangan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar.

"Alhamdulillah, keadaan adik Mohamad Bakri hari ini bertambah baik. Dia telah pun sedar daripada koma dan sudah boleh bercakap sedikit-sedikit,” kata Abdul Shukor kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.50 malam itu, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang memandu kereta jenis Nissan X-Trail telah melanggar Mohamad Bakri yang menunggang motosikal jenis Yamaha SRE.

Kemalangan di Persiaran Kayangan dan Persiaran Institut di Seksyen 7, Shah Alam itu telah mengakibatkan penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah itu cedera parah di bahagian kepala dan terlantar koma di HTAR.

Sebelum itu :

Laporan Merdeka Review hari ini membela ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang dituduh mabuk melanggar seorang mahasiswa yang bermotorsikal mengakibatkan beliau koma tanpa sedarkan diri sekarang. Amat lucu apabila diberitahu ramai ADUN Pakatan tidak mempunyai dana untuk mengupah driver oleh itu kemalangan di kalangan wakil rakyat pembangkang tidak dapat dielakkan.

Belum lagi pernah kita mendengar orang terlibat dalam kemalangan memberi alasan punca adalah kerana tidak mampu membayar driver. Bagaimana lah orang yang mempunyai akal sebegini boleh jadi wakil rakyat.

Ng cuba membela diri dengan mengatakan beliau sebelum ini pernah terbabit dengan kemalangan semasa memandu proton Wira 1.5 dengan motorsikal yang ditunggang Melayu.

Saya sendiri yang memandu kereta Proton Wira 1.5 Manual juga pernah terlibat dalam dua kemalangan kecil yang melibatkan penunggang motosikal berketurunan Melayu. Yang pertama berlaku di Shah Alam apabila penunggang motosikal meluru keluar dari satu persimpangan jalan dengan lampu isyaratnya gagal berfungsi pada waktu kejadian.

Yang menarik di sini, mengapa Ng harus menyebut “berketurunan Melayu”?

Seterusnya Ng hanya membuat laporan polis terhadap penulis blog yang menuduh beliau langgar lari, namun beliau tidak pula buat laporan polis tentang laporan penulis blog yang mendakwa beliau mabuk semasa memandu kenderaan tersebut. Mengapa tiada laporan polis dibuat di atas pertuduhan mabuk itu? Apakah maksudnya memang benar Ng sedang mabuk?

Sekarang fahamlah kita mengapa ADUN Sekinchan terbabit dalam kemalangan tersebut. Pertama kerana tidak mempunyai driver dan yang kedua kerana yang menunggang motosikal itu Melayu. Kalau bukan Melayu yang menunggang motosikal pada hari itu dan beliau mempunyai driver, mungkin kemalangan tidak akan berlaku. Kerajaan Negeri Selangor " Bailout " Talam sehingga ratusan juta ringgit banyak pula duit? Sememangnya alasan yang diberikan adalah tidak masuk akal. Dan lebih menarik lagi masa inilah Ng mengatakan dia kawan baik Dato Seri Khir Toyo? Dimasa terdesak lawan pula menjadi kawan...!

Sokongan Buat Adik Mohd Bakri Mohd Bazli

Syukur alhamdulillah kerana adik Mohd Bakri telah sedar daripada koma dan dikeluarkan dari ICU, namun beliau masih terlalu lemah untuk diambil keterangan oleh pihak polis. Sehingga hari ini Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi jaminan akan membantu menampung kos perbelanjaan ibu bapa penuntut berkenaan. Bantuan berkenaan membabitkan kos tempat tinggal, makanan, minuman dan kenderaan sepanjang ibu bapa kepada Mohd Bakri Mohd Bazli berada di sini bagi menemani anak mereka yang dirawat di ICU, HTAR.

UMNO Selangor juga akan memberi bantuan dan bentuk bantuan masih belum diputuskan lagi. Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, bantuan itu akan diberikan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa kepada Mohamad Bakri Mohd. Bazli, 23, yang hanya bekerja sebagai peniaga kedai kopi di Kota Bharu, Kelantan.

Di manakah kerajaan Negeri pada ketika ini? Apakah sumbangan yang kerajaan Negeri Selangor berikan setelah ADUN mereka sendiri dari Pakatan Haram yang melanggar adik Bakri yang tidak bersalah ini dalam keadaan mabuk? Mana bantuan kerajaan Negeri Selangor yang sebelum ini begitu cepat disalurkan kepada keluarga Teoh Beng Hock, suspek penjenayah, A. Kuhan dan pesalah-pesalah ISA. Penjenayah mati boleh sumbang duit beribu-ribu, sediakan mercedes, di angkat macam wira, tetapi anak bangsa sendiri yang seagama terlantar sakit, senyap seribu bahasa? Mana pembela pakatan rakyat?

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Februari 14, 2010

Kerajaan Selangor abaikan kebajikan!


POLITIK, politik dan politik...Mungkin itulah sahaja yang ada dalam fikiran para pemimpin negeri Selangor hari ini yang dilihat sering mengaitkan soal tersebut dalam apa jua tindakan dan keputusan dalam pentadbiran. Ia termasuk melibatkan kebajikan rakyat negeri itu.

Akibat terlalu memikirkan soal politik, baik dari peringkat kampung, daerah sehinggalah peringkat negeri, sehingga kini masih belum banyak usaha pembangunan terutama menaik taraf ekonomi rakyat negeri itu secara total seperti yang termaktub dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Lihat sahaja penduduk di kawasan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Kuala Selangor sendiri pun tidak berpuas hati dengan pimpinannya dalam menangani soal rakyat di kawasan itu sehinggakan sebanyak 13 barisan ahli jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bahagian itu meletak jawatan pada 20 Januari lalu.

Itulah yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Ketua PKR Bahagian Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar yang menyatakan tindakan mereka itu adalah disebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid dalam menjaga kepentingan rakyat serta ahli parti yang dipimpinnya di kawasan itu.

Menurut Arshad, Abdul Khalid juga bersikap bias terhadap para pengundi dan hanya menjaga mereka yang berkepentingan dengan masa depan politik Menteri Besar itu sahaja, selain mengabaikan pihak yang banyak membantu dan memilihnya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok serta Menteri Besar Selangor ketika ini.

Namun, jika difikirkan, apa yang dilontarkan oleh Arshad itu merupakan sebahagian daripada episod kekecewaan rakyat terhadap kepimpinan negeri itu pada hari ini.

Paling terbaru dalam episod 'kecewa' di Selangor melibatkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor yang terpaksa 'berputih mata' apabila tanah sumbangan kerajaan negeri sebelum ini seluas 876 hektar di Serendah, Rawang akan ditarik balik oleh kerajaan negeri walhal tunggakan 13 tahun cukai tanah sebanyak RM5.7 juta telah pun dijelaskan oleh yayasan itu dengan bantuan Yayasan Melaka.

Apa yang menjadi persoalan adalah syarat pembayaran tunggakan cukai berkenaan ditetapkan oleh kerajaan negeri sendiri, sekiranya yayasan itu mahu menjalankan rancangan pembangunan serta membasmi kemiskinan di Selangor, termasuk pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Akan tetapi, kenapa kerajaan negeri boleh menolak bayaran tersebut dan mengatakan YBK gagal membayar tunggakan cukai berkenaan. Soalnya, apakah agenda sebenar di sebalik keputusan kerajaan negeri?.

Adakah kerajaan negeri mempunyai agenda lain ke atas tanah tersebut lebih-lebih lagi apabila Abdul Khalid mengalihkan isu tersebut dengan mengaitkan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini gagal meminta bayaran cukai tanah tersebut daripada YBK yang telah banyak membantu meningkatkan taraf sosial rakyat di Selangor sejak penubuhannya 20 tahun lalu.

Malah lebih menimbulkan tanda tanya apabila Abdul Khalid sendiri tidak menolak kemungkinan bahawa kerajaan negeri sedia memberi tanah berkenaan kepada pihak lain yang berminat untuk tujuan pembangunan sekiranya ada permohonan dibuat mengikut prosedur serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Pengerusi YBK, Zainal Abidin Sakom dalam laporan akhbar pada 28 Januari lalu menjelaskan bahawa tunggakan cukai tanah itu berlaku bukan atas kehendak yayasan itu sendiri. Sebaliknya, ia disebabkan yayasan itu mempunyai kesukaran dari segi kemampuan kewangan.

Jelas, Zainal Abidin, pihaknya memang tidak mampu membayar cukai tersebut kerana peruntukan yang ada hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian 300 orang anak yatim di bawah tanggungan yayasan itu pada ketika ini.

Menurutnya, dengan pembinaan kampus UiTM di atas tanah berkenaan, Zainal Abidin memberi jaminan yayasan itu akan menyelesaikan tunggakan tersebut sebaik sahaja pembangunan kampus UiTM yang bernilai RM300 juta itu siap dengan syarat kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh bayaran tunggakan cukai tanah itu yang berakhir pada 29 Januari lalu.

Di sebalik dua isu berkenaan, apa yang jelas dilihat kerajaan negeri hari ini termasuklah Abdul Khalid sendiri lebih cenderung memilih untuk berpolitik serta mencari keuntungan baik dari segi wang ringgit mahupun sokongan politik daripada memikirkan soal kebajikan rakyat secara keseluruhannya.

Sebagai sebuah kerajaan yang memimpin negeri, kepimpinan Selangor harus faham bahawa untuk menguruskan sebuah kerajaan dan rakyat meliputi pelbagai lapisan masyarakat dan status ekonomi, mereka tidak seharusnya berlagak seolah-olah menguruskan sebuah syarikat korporat yang hanya mahu mencari peluang keuntungan semata-mata.

Sebaliknya, mereka juga harus memikirkan peranan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat tidak mengira apa bentuknya sama ada sosial, ekonomi dan sebagainya yang ada kalanya tidak membawa apa-apa keuntungan ke dalam poket kerajaan negeri.

Ini kerana, tugas menjaga kebajikan rakyat termasuk golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU) seperti yang dilaksanakan oleh YBK itu merupakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat yang harus dipikul oleh kerajaan negeri.

Malah, tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat itu merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan dan ia tidak boleh dibuat 'ikut sedap tekak' kerajaan negeri atau mengikut sokongan politik semata-mata.

Dalam masa yang sama, sekiranya ada pihak yang tidak berkepentingan seperti YBK sedia membantu kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyat, maka pihak itu seharusnya dibantu, selain mengadakan kerjasama yang baik bagi memastikan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat tercapai, bukannya mengambil sikap memusuhi badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

Ini kerana, penglibatan NGO itu sebenarnya banyak membantu tugas kerajaan negeri selain menjimatkan masa, guna tenaga serta kos tanggungan kerajaan negeri sendiri dalam menguruskan kebajikan rakyat di Selangor.

Sebagai contoh, sekiranya membelanjakan peruntukan menguruskan kebajikan rakyat sebanyak RM10 juta setahun, dengan adanya NGO berkenaan kos itu mungkin boleh dikurangkan sekurang-kurangnya antara 20 hingga 30 peratus setiap tahun.

Ini kerana, NGO berkenaan seperti YBK memiliki tenaga, kepakaran serta dana sendiri dalam menjalankan program kebajikan rakyat dan ada kalanya mendapat sedikit bantuan daripada pihak lain termasuk kerajaan negeri seperti sebelum ini.

Malah, NGO tersebut sebenarnya mampu memainkan peranan sebagai 'mata dan telinga' kepada kerajaan negeri dengan menyalurkan maklumat mengenai situasi sebenar keadaan kebajikan di Selangor mengikut kawasan tertentu.

Peranan itu pada akhirnya akan memudahkan kerajaan negeri membuat perancangan serta dasar untuk kemakmuran rakyat.

Sehubungan itu, apa yang terbaik adalah kerajaan negeri tidak harus mengaitkan segala yang berkaitan pentadbiran dengan politik hanya kerana mahu mengekalkan kuasa, selain mengamalkan sikap menyalahkan orang lain sekiranya terdapat kelemahan dalam pentadbiran di negeri Selangor.

Adalah lebih baik jika kerajaan negeri mendalami titah Sultan Selangor, Sultan Saharafuddin Idris Shah yang pada 12 Disember lalu melahirkan rasa bimbang dengan situasi di negeri itu yang lebih mengutamakan kepentingan politik daripada agenda pembangunan.

Baginda turut meminta pihak tertentu termasuk kerajaan negeri tidak banyak bercakap, tetapi hendaklah melaksanakan perkara-perkara berfaedah kepada rakyat.

Titah baginda itu ada benarnya kerana tindakan kerajaan negeri yang sering membesar-besarkan sesuatu isu termasuk mencampuradukkan isu rakyat dengan politik telah mencetuskan suasana yang tidak sihat kepada pembangunan di Selangor.

Jadi, sekiranya kerajaan negeri melaungkan slogan 'negeri berkebajikan' dan 'merakyatkan ekonomi Selangor', mereka harus melaksanakan tanggungjawab dengan wajar, adil tanpa membeza-bezakan rakyat termasuk fahaman politik masing-masing.

Ini kerana, slogan itu tidak membawa sebarang makna kepada rakyat sekiranya kerajaan negeri tidak melaksanakannya apa yang dinobatkan itu.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Februari 13, 2010

Rakyat kesal sikap MB Selangor!
















Para penyokong Perhimpunan Melayu Negeri Selangor yang berarak dari masjid negeri ke Bangunan SUK, Shah Alam, 12 Februari, untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap menteri besar berkaitan isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.

Rakyat Selangor terus melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cara Menteri Besar, Khalid Ibrahim menyelesaikan isu cukai tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah. Selain laporan polis yang dibuat sendiri oleh YBK, terbaru 1,000 orang hari ini melancarkan demonstrasi secara aman di luar pintu utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membantah isu tersebut.

Perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Melayu Negeri Selangor itu disertai ahli-ahli UMNO negeri serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang berarak dari Masjid Negeri ke bangunan SUK selepas solat Jumaat. Perkasa diketuai oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor manakala UMNO diketuai oleh Ketua Penerangan UMNO negeri, Abdul Shukor Idrus.

Kumpulan itu turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Khalid berhubung isu itu yang diterima oleh Setiausaha Politik beliau, Nik Nazmi Nik Ahmad. Demonstrasi itu berlangsung secara aman kira-kira 30 minit dengan dikawal rapi oleh sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Antara isi kandungan memorandum itu mendesak kerajaan negeri menerima semula bayaran cukai tanah sebanyak RM1.28 juta bagi kawasan seluas 89.4 hektar yang dibuat pada Ogos tahun lalu. Ini kerana kerajaan negeri telah memulangkan bayaran cukai itu bersama cukai tanah tertunggak sebanyak RM5.7 juta yang sebelum ini telah dijelaskan dengan bantuan Yayasan Melaka.

Abdul Shukur ketika ditemui berkata, Menteri Besar sepatutnya tidak memulangkan bayaran cukai tanah YBK dengan niat untuk merampas tanah itu yang dicadangkan untuk pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM).

''Kita kesal dengan sifat berdendam Menteri Besar setelah permohonan kerajaan negeri supaya beliau dilantik sebagai Pengerusi YBK ditolak oleh yayasan tersebut. ''Tindakan Menteri Besar dalam membuat keputusan politik yang mengetepikan hak-hak orang Melayu di daerah Hulu Selangor khususnya dan Selangor amnya perlu ditolak sekeras-kerasnya," ujarnya.

Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini memberi alasan, kerajaan Selangor menolak bayaran yang dijelaskan oleh Yayasan Melaka kerana cukai tanah perlu dijelaskan oleh pemilik tanah itu sendiri.

Berikutan itu, tanah yang diberikan kerajaan negeri semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu kini diambil semula oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang.

Sementara itu Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang turut hadir dalam demonstrasi itu menegaskan, tindakan-tindakan Menteri Besar itu sepatutnya memberi kesedaran kepada rakyat bahawa kerajaan negeri bersikap zalim dalam menangani isu rakyat terutama melibatkan masa depan anak-anak yatim di bawah kelolaan YBK.

Beliau berharap gerakan politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan terus mendesak kerajaan negeri supaya memulangkan semula tanah tersebut kepada YBK.

Suara Politik
Taminsari