Sabtu, November 29, 2008

RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, semakin ramai yang berani dan bersemangat menyertai Parlimen Blogger Pembela Negara yang kini samada yang lama dan baru berjumlah 55 laman blog keseluruhannya. Kesungguhan dan sokongan ini yang kami mahukan agar semua umat islam dan melayu dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama mengutarakan pendapat dan berbicara mengenai hal ehwal semasa samada dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.

Dewan BPN juga telahpun diganggu oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuat kacau dengan menyamar sebagai seorang bukan melayu, seorang gay dan seorang pejuang pro pakatan rakyat. Kira-kira 50% ahli BPN malam semalam, 29 November 2008 bersama berkumpul di dewan persidangan maya di laman pena picisan telah membincangkan isu tindakan Timbalan Presiden MCA, iaitu Chua Soi Lek yang membuat kenyataan berbaur perkauman apabila menafikan hak ketuanan melayu.

Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.Justeru, kami dengan sebulat suara berbincang mengusulkan :Kenyataan Chua Soi Lek menentang ketuanan melayu adalah demi populariti dan juga cuba menjadi seorang lagi jaguh masyarakat cina. Kenyataan Chua juga seperti mempunyai agenda tersembunyi mengkaburkan isu skandal seksnya bagi mempromosikan dirinya kembali ke pintu kabinet sebagai menteri setelah menang mengejut di dalam pilihanraya parti lalu.

Ianya bukanlah kenyataan yang bernas dan bijak kerana di dalam situasi keadaan politik yang tegang, tidak seharusnya Chua menambahkan lagi bahang suasana demi tujuan politik peribadi dan populariti. MCA seharusnya memberikan nasihat dan hukuman di atas kenyataan Chua yang berbaur perkauman.Semua pemimpin dan menteri kabinet bukan melayu seharusnya tidak menentang keistimewaan dan ketuanan melayu di bumi Malaysia kerana sebagai 'role model' dan ikutan teladan kepada pengikut-pengikut, perlunya mereka memahami dan menuruti untuk mendukung perlembagaan Malaysia sepenuhnya demi menjamin kestabilan politik semasa.

Perlunya menteri-menteri, exco-exco, pemimpin-pemimpin dan juga pegawai tertinggi tidak kira samada dari parti-parti kerajaan (UMNO) mahupun parti-parti pembangkang (PKR&PAS) untuk bersatu teguh bersama dan sepakat dengan lebih berani bersuara mengenai campurtangan hal ehwal agama Islam dan juga campurtangan mengenai hak dan keistimewaan melayu. Tindakan YB Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Bharu) bersuara dan menegur semua jemaah YB kerajaan dan pembangkang di sidang Parlimen Malaysia suatu ketika dulu amat terpuji dan berani kerana katanya mengenai agama yang perlu diutamakan seterusnya barulah berfikir mengenai parti adalah tepat.

Oleh kerana islam dan melayu adalah kelompok agama dan bangsa utama dan terbesar di Malaysia, seharusnya kita bersatu dan bukan berpecah belah sehingga memberi kelebihan kepada bukan bumiputera mempertikaikan hak-hak kita. Kerjasama kepimpinan akar umbi, pemuda dan wanita bagi kesemua parti dari kerajaan dan pembangkang perlulah diwujudkan bagi menghasilkan satu ikatan teguh dan berani bertindak membela dan memperjuangkan hal ehwal agama islam dan hak ketuanan melayu yang semakin dinafikan bukan islam. Kerjasama ini walaupun agak sukar diadakan, cukuplah sekadar tidak rasmi bersuara searah kearah mempertahankan hak agama islam dan bumiputera.

Sepatutnya orang bukan melayu lah yang sepatutnya memperingati dan perlu jelas dengan kontrak sosial kerana ianya telah memberikan peluang kepada nenek moyang mereka untuk menjadi warga Malaysia suatu ketika dahulu yang datang merantau di bumi tanah melayu mencari rezeki. Orang Melayu tidak untung apa-apa dengan perjanjian itu kerana sebahagian hak-hak melayu sebagai penduduk asal tanah melayu telah pun dilepaskan demi kesejahteraan bersama.

Kerajaan perlu bertegas kembalikan semula fungsi sistem sekolah wawasan di tahap WAJIB yang mana sebelum ini sekolah wawasan dikatakan kurang mendapat galakan kaum bukan melayu. Ianya perlu selepas kita melihat kegagalan sistem yang ada untuk menyatukan semua bangsa. Apatah lagi selepas generasi baru sudah tidak memahami asal kontrak sosial dan juga kemerdekaan negara yang bertunjangkan ketuanan Melayu Islam sejak zaman berzaman.

Perlunya setiap ahli BPN untuk menyiarkan resolusi ini bagi memastikan maklumat ini tersebar dan tiada lagi unsur sabotaj di dalam kontrak sosial oleh bukan melayu yang mahu menjadi ultra dan jaguh menuntut hak yang menjadi perkara muktamat di Malaysia.Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 28 November 2008.

Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.
Setiausaha I BPN

Jumaat, November 28, 2008

MINIT MESYUARAT / BLOGGERS PEMBELA NEGARA BIL 5/2008

Tarikh : 27 November 2008 Khamis malam Jumaat
Masa : 9.00 mlm hingga 12.00 mlm
Tempat : http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara
Kehadiran : 31 online

1. PanglimaCyber 2. Cheguman 3. Che Moq 3. Ahlang 4. Fazrulls 5. Selendang_delima 6. Dr Novandri 7. Bro Jingga 9. Zealforce 10. Mizi24 11. Perjuang Bangsa 12. Abg Tuah 13.Warga Borneo 14. Apai_ngelai 15. Summadak 16. Taipingmali 17. Sang Tawal 18. Slumber 13 ahli sidang yang lain bertaraf guest dan tidak dapat dipastikan namanya..

BIL AGENDA TINDAKAN
1. Ucapan Speaker Semua Ahli
1.1 Ucapan ringkas dari PanglimaCyber
Selaku Speaker Dewan
1.2 Membincangkan untuk melantik
Ahli Majlis Tertinggi Dan Exco setiap Negeri
1.3 Setiap ahli membuat cadangan dan dipersetujui

2. Perlantikan AJK Ahli sebulat suara telah bersetuju melantik Semua Ahli
ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dicadangkan
dan ahli yang dilantik akan ditetapkan sehingga
ada aduan dari pihak yang tidak berpuas hati
barulah undian akan dibuat semula .

Antara AJK yang telah Dilantik ialah:

PenasihatDr. Novandri
SpeakerPanglima Perang Cyber
TimbalanCheguman
Setiausaha 1Che Moq
Setiausaha IISelendang Delima
Biro MultimediaDesprado
Biro PemudaFazrulls
Kelab SenatorZealforce
Biro Seberang LautAzzuhrie
( wakil Kelab UMNO Mesir )

Exco Negeri :-
Perlis- Dilantik kemudian
Kedah- Dilantik kemudian
Pulau PinangPejuang Bangsa
Perak- Taiping Mali
Selangor- Melayu Sepang
Wilayah PersekutuanBro Jinggo
Negeri SembilanDilantik kemudian
Melaka - Dilantik kemudian
Johor- Jebat
Pahang- Dilantik kemudian
Terengganu - Dilantik kemudian
Kelantan- Dilantik kemudian
Sabah- Sumandak
Sarawak- Apai Ngelai

2.2 Semua Ahli berpuas hati dengan perlantikan tersebut.
2.3 Manakal jawatann yang masih kosong akan diisi
pada mesyuarat yang akan datang..

3. Membuat Peraturan Forum Semua Ahli

3.1 Membincangkan untuk menetapkan
peraturan-peraturan tertentu bagi mengelakkan
berlakunya salah faham antara ahli-ahli.
3.2 Perbincangan tertumpu pada penggunaan
ayat-ayat yang ditaip secara penuh
SEMASA SIDANG RASMI bagi menggelakkan
ketidakfahaman ahli-ahli yang lebih senior.
3.3 Peraturan lain akan ditetapkan dan sedang
dirangka oleh Che Moq selaku Setiausaha 1
dan juga Panglima selaku Speaker.

Cadangan
3.4.1 Satu Cadangan telah dibuat oleh Selendang Delima
iaitu setiap ahli yang baru menyertai Forum
hendaklah memberi salam dan memperkenalkan
diri serta menyertakan Blog mereka.
Cadangan diterima.

4. Mengadakan Mesyuarat Pada hari Yang Ditetapkan Semua Ahli
Membincangkan tentang hari-hari tertentu untuk
mengadakan perbincangan.
Speaker Dewan iaitu Panglima Telah memaklumkan
hari Isnin Rabu dan Jumaat telah dipersetujui
sebagai hari Perbahasan.
Hari Selasa, Khamis dan Sabtu untuk
membincangkan soal Organisasi BPN.
Semua Ahli bersetuju

5. Logo Semua Ahli
Membincangkan logo Forum BPN.
5.2 C adangan Ahli:-

i Logo yang ada dibuang Jata Negara
ii Diletakkan Al-Quran diatas Rehal
iii Keputusan yang diambil iaitu Al-Quran di
atas Rehal dan keris dibelakang dikecilkan
sedikit saiz logo tersebut
iv Perubahan logo akan dibuat oleh Desprado
dan akan di undi esok 28.11.2008 jika logo
selesai diubah oleh beliau..

6. Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih
dan menangguhkan sesi perbincangan ke malam
esoknya dan berharap apa yang dirancang akan
dapat dijalankan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 malam

Khamis, November 27, 2008

Khalid tolak cadangan Pas haram jual arak !



Usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan minuman beralkohol berkuat kuasa Januari depan tidak kesampaian apabila cadangan tersebut ditolak oleh kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat atas alasan penduduk di negeri itu terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Jelas beliau, meskipun terdapat golongan tertentu menyuarakan kebimbangan terhadap kesan negatif akibat mengambil minuman beralkohol, kerajaan negeri berpendapat tidak perlu diambil tindakan drastik sedemikian kerana ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati di pihak lain.

"Walaupun prihatin terhadap kebimbangan sesetengah pihak mengenai kesan negatif pengambilan minuman beralkohol tetapi kerajaan negeri tidak akan mengambil langkah drastik seperti mengharamkan penjualan minuman beralkohol secara total. "Ini kerana Selangor terdiri daripada penduduk pelbagai kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.
Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa akhbar-akhbar berbahasa Cina menyebut Pas melalui anggota-anggotanya yang menyertai ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di restoran, kedai runcit dan kedai serbanika 24 jam di Selangor. Menerusi laporan dalam laman web tersebut, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebut sebagai PBT pertama di Selangor yang meluluskan usul berkenaan yang bakal berkuat kuasa Januari depan.

Bagaimanapun, usaha murni itu dikecam DAP apabila ketua publisitinya, Tony Pua menyifatkan Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang. Menurut Pua, tindakan Pas itu dilihat cuba membelakangkan sentimen sokongan pengundi bukan Islam dan melemahkan kerajaan campuran Selangor.
Abdul Khalid memberitahu, isu tersebut telah dibincangkan sebelum ini dan hasilnya kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan penguatkuasaan dengan melarang penjualan minuman beralkohol kepada orang Islam dan belia di bawah umur 18 tahun. Katanya, satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi di antara kerajaan negeri dengan para peniaga, PBT dan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi mengenal pasti cara terbaik untuk melaksanakannya.


Suara Politik

LAPORAN RESOLUSI SIDANG PARLIMEN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA NO 4/2008 BERTARIKH 26 NOVEMBER 9 - 11.40 MALAM

















Tajuk : NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa danIsu berhubung NGO anti Islam di Malaysia

Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..

Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.

Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama.

Resolusi Keempat : kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.

Resolusi Kelima: Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.

Laporan disediakan oleh,
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Rabu, November 26, 2008

Laporan ke III Sidang Maya Blogger Pembela Negara

LAPORAN PERSIDANGAN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA KALI KE III ( 3/2008 )
bertarikh 24 NOVEMBER 2008 HARI SELASA.

Sidang Parlimen Blogger Pembela Negara ( BPN )semalam telah dihadiri seramai 17 peserta termasuk pemerhati. Jumlah ini menyamai rekod sebelumnya dan ada yang hadir merupakan buat kali pertama.

Sidang yang sepatutnya membahaskan tajuk Hudud antara arah PAS dan sikap UMNO ditangguhkan oleh majoriti memandangkan ahli merasa ia satu tajuk yang berat dan memerlukan masa yang banyak untuk mengkajinya.

Semakan terkini bagi blog ahli baru yang mendaftar boleh dilihat di senarai blog induk BPN atau di blog Speaker Dewan Parlimen Blogger iaitu Panglima Perang Cyber

Berikut antara agenda yang telah dibincangkan :

1. Logo diterima sebulat suara dan turut dihadiri perekanya iaitu Desperado Blogger Pilihan Anda,,,Namun keputusan berubah kemudiannya apabila Dr Novandri Blogger Minda Intelek mencadangkan untuk mengubah kedudukan keris dan juga saiz. Ahli lain turut sependapat dan mencadangkan untuk warna yang lebih terang lagi.
Serta dimasukkan kalimah Allah dan Rasulullah dalam logo seperti komen SangTawal dalam blog Penembak Tepat . Cadangan ini harapnya dibaca oleh Desperado dengan hati terbuka dan sedia berkhidmat demi negara.

2. Desperado juga dilantik mengetuai Biro Multimedia bagi menjadi pakar rujuk kepada permasalahan IT para ahli BPN..Memandangkan kemahirannya di dalam bidang tersebut.

3. Selendang Delima seorang peserta bertaraf Senator ( kerana tidak ada blog ) turut dilantik sebagai Biro Promosi pasukan BPN ini..

4. Sumandak Bayu dipilih sebagai Exco Negeri Sabah. Yang lain belum ada cadangan dan perlantikan lagi setakat ini.

5. Semua besetuju agar ahli ahli memberi laporan melalui Yahoo Messenger kepada Penembak Tepat selaku Speaket Dewan jika mereka menemui blog yang membuat fitnah atau menghasut untuk tindakan lanjut.
Seterusnya beliau akan membuat pengumuman kepada pasukan untuk buat tindakan sewajarnya samada digerakkan pasukan untuk menjawab kembali di blog ahli dengan membuat artikel atau memberi komen penjelasan beramai ramai di blog tersebut…

6. Ipoh Malay cadangkan dibuat hari tertentu untuk bahas sesuatu tajuk dan juga dibuat nombor untuk setiap resolusi seperti 3/08 untuk rujukan.. Dicadangkan hari Isnin Rabu dan Jumaat untuk perbahasan. Hari lain untuk perbincangan tentang organisasi BPN..

7. Abang Tuah telah dilantik sebagai Biro Etika dan Tatacara bagi mengawal etika blogger BPN agar sentiasa mengikut lunas undang undang negara Malaysia..

8. Dr Novandri dilantik menjadi Penasihat Blogger Pembela Negara dan Panglima sedang menunggu persetujuan beliau…Jika tidak calon lain akan dipilih..

9. Biro Akhbar dicadangkan kepada sidang dengan melantik Ipoh Malay yang sering menulis kepada utusan Malaysia sebelum ini dan sering juga disiarkan artikelnya di sana.Blog himpunan artikel beliau ialah http://tempelak.blogspot.com/

10. Speaker ( Penembak Tepat ) juga dipersetujui untuk membina Yahoo Group bagi memudahkan edaran email sesama anggota BPN bagi melicinkan lagi gerak kerja semua dalam memerangi musuh negara.

Itulah antara hasil permesyuarahan ahli Parlimen Bloggers dan semoga ia akan menjadi asas kepada pergerakan ini untuk terus cemerlang gemilang dan terbilang dengan SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH dalam memberi manfaat kepada Agama Bangsa dan Negara.
Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing...

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Panglima Perang Cyber
Http://penembak-tepat.blogspot.com

Siap pada Jam 3.54 pagi Hari Rabu 25 Nov 2008

Selasa, November 25, 2008

RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG

Tuesday, November 25, 2008

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.

( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. )

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.

2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.

3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.

5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam.

6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.

7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita .

Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.
Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com/
Setiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara

Apabila Kaum Lain Cuba Mencampuri Urusan Agama Islam

Hindu Sangam urges Fatwa Council to “ be more sensitive”

Sekarang ini, boleh dilihat sebagai sesuatu yang merbahaya apabila satu golongan ugama lain mula mencampuri urusan ugama lain! Sepatut nya, pihak lain tidak layak untuk mencampuri urusan agama lain, apatah lagi jika perkara itu melibat kan agama Islam yang juga ugama rasmi negara!! Kita harap pihak berkenaan dapat bertindak sesuatu agar tidak timbul perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku!!

PETALING JAYA: The National Fatwa Council must respect the sensitivities and feelings of other religions in Malaysia while giving guidance to Muslims on the religion’s practices and tenets. “Many Hindus have been deeply disturbed by the Fatwa Council’s announcement,” Malaysia Hindu Sangam president Datuk A. Vaithilingam said in a statement Sunday.

He said it was regrettable that the Council had not consulted with the Malaysia Hindu Sangam first so that the religious and non-religious aspects of yoga could have been explained. The Fatwa Council on Saturday issued an edict banning Muslims from practising yoga on grounds that it involved chants and acts of worship in order to be one with the god of another religion.

“To call this ancient practice ‘haram’ and saying that it can ‘corrupt’ a person is very hurtful and demeaning,” said Vaithilingam. He added that as many Hindus and non-Hindus practised yoga together in a non-religious manner, the fatwa could drive a wedge between those of different religions.

National Fatwa Council chairman Datuk Dr Abdul Shukor Husin on Saturday said yoga had been practised by the Hindu community for thousands of years and incorporated physical movements, religious elements together with chants and worshipping, with the aim of “being one with God”.

“Because of this, we believe that it is inappropriate for Muslims to do yoga. The council is declaring that practising yoga, when it comes together with the three elements, is haram,” he told a press conference. - IsuHot




Taminsari

Isnin, November 24, 2008

Adakah Ladang Babi Sistematik Akan Selesaikan Masalah Rakyat!

Dewan Pemuda Pas menganggap cadangan mewujudkan ladang babi sistematik di Selangor dan Kedah adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dalam isu penternakan haiwan itu. Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, masalah yang berpunca daripada penternakan babi yang tidak terurus telah lama wujud di negara ini iaitu sejak 51 tahun lalu dan kerana itu, ia perlu dimodenkan.

"Soal penternakan babi tidak perlu diungkit, kita nak selesaikan masalah rakyat dan itulah isu yang kita bincangkan sama ada mampu atau tidak untuk kita sediakan kawasan penternakan yang sistematik mengikut piawaian antarabangsa," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan babi di kawasan kampung orang Melayu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu sudah tidak boleh mengharapkan Pas mempertahankan hak mereka, malah parti itu juga tidak lagi berani bercakap mengenai penubuhan negara Islam.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihak yang mendakwa Pas tidak mempertahankan keistimewaan Melayu perlu merujuk kepada dokumen penubuhan pakatan pembangkang yang ditandatangani Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Katanya, dokumen itu mengandungi pendirian Pas untuk mempertahankan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Komen :

Tak tahulah berapa banyak lagi kandang babi yang hendak dibina di negara yang agama rasminya Islam. Bagi penulis cara terbaik untuk menyelesaikan perkara ini adalah dengan “ mentiadakan “ lagi apa bentuk ladang babi. Ladang-ladang babi yang ada hendaklah dikurangkan atau dimusnahkan sama sekali. Pas kena fikirkan bagaimana hendak melenyapkan babi-babi ini dari bumi Malaysia. Import babi dari luar seperti mana yang dilakukan oleh Singapura.

Singapura kata mereka tak layak membela babi kerana babi ini kotor dan pengotor. Tapi mereka nak makan juga. Maka terpaksalah di impot dari negara luar seperti Malaysia, Thailand dan lain-lain negara. Terang-terang dah tahu babi ini kotor dan pengotor, ada segelintir rakyat Malaysia masih lagi hendak menternak babi. Tak serik-serik lagi dengan serangan JE di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan tidak lama dulu. Malah ianya disokong pula oleh parti yang memperjuangkan Islam. Mengapa Salahuddin kata perkara kerkenaan babi ini jangan diungkit? Kalau babi-babi ini kena penyakit siapa yang akan menghapuskannya sehingga ada diantara mereka terkena jankitan.

Tidakah Salahuddin terlupa yang pekerja-pekerja itu adalah terdiri dari orang-orang Melayu? Adakah Salahuddin hendak perkara ini berulang lagi. Semoden-moden mana ladang babi itu, kalau sudah diserang virus, tiada siapa yang dapat menghalang. Yang taukeh babi cuma tahu akan kerugian mereka sahaja. Yang nak menyempurnakan upacara “ pengkebumian babi “ adalah orang Melayu itu sendiri.

Takkan Salahuddin terlupa apabila semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004. Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi.

Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum". Itu bagi Pas dan bagaimana pula dengan rakan sepejuangan dalam Pakatan Rakyat.

Di manakah cita-cita Pas hendak menubuhkan Negara Islam ala-Pas seperti mana yang terkandung didalam manifesto pilihanraya umum 2004. Jadi kepada Salahuddin Ayob, sebelum hendak memberi alasan sila rujuk atau bertanya dahulu kepada Ustaz Hadi dan Tok Guru Nik Aziz supaya nanti tidak bercanggah dengan apa yang telah dikatakan oleh kedua-dua pemimpin utama Pas itu. Tak tahu jalan, jangan malu bertanya?

Taminsari

Jumaat, November 21, 2008

MB Perak Takutkan Utusan Malaysia Atau Bayang-Bayang Sendiri!

Agak pelik juga apabila hampir kesemua pemimpin Pakatan Rakyat ( PR ) sangat sensitif dengan kehadiran wartawan Utusan Malaysia setiap kali sidang akhbar diadakan. Terutama sekali dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Setiap kali sebelum ditemuramah beliau akan memastikan tidak ada wartawan dari Utusan Malaysia didalam sidang akhbar beliau. Beberapa kali Anwar bertindak menghalang wartawan Utusan Malaysia sehingga mengarahkan ahli-ahli PR memboikot Utusan Malaysia. Entah apa yang ditakutkan Anwar sehingga menjadi fobia dengan Utusan Malaysia?

Dan terbaru penyakit “ fobiarisme “ telah berjangkit kepada seorang lagi pemimpin PR di Perak. Beliau telah dinobatkan menjadi MB Perak setelah Pas mementerai Perjanjian Pangkor 2 dengan DAP Perak. Kebenaran tentang Perjanjian Pangkor 2 itu terserlah apabila kebanyakan keputusan yang di buat oleh MB Mohd.Nizar dibayangi oleh pemimpin-pemimpin Exco Perak yang kebanyakan adalah ahli DAP. Walaupun beliau menafikan wujudnya perjanjian itu, tetapi rakyat negeri Perak bukannya begitu bodoh untuk membuat penilaian. Dalam erti kata lain MB Mohd. Nizar adalah MB boneka kepada DAP di Perak.

Disebabkan beliau terikut-ikut dengan sikap Anwar memboikot Utusan Malaysia, maka beliau pun mengambil tindakan yang sama dengan melarang pejabat SUK Perak dari melanggan akhbar Utusan Malaysia. Dan yang terbaru apabila beliau bertindak di luar dugaan dengan memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya yang diambil ketika majlis penyerahan surat tuntutan maaf daripada peguam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Tindakan kasar MB Mohd.Nizar terhadap jurugambar Utusan Malaysia menunjukkan sikap sebenar contoh kepribadian beliau. Rakyat negeri Perak menyifatkan tindakan tersebut adalah di luar kewajaran apatah lagi prinsip kebebasan media yang sering dilaungkan oleh Pakatan Rakyat selama ini.

Mengapa MB Mohd Nizar begitu fobia dengan kehadiran Utusan Malaysia? Adakah beliau takut dengan bayang-bayangnya sendiri sehingga bertindak keterlaluan atau cuba menyembunyikan sesuatu? Banyak keputusan yang dibuat oleh beliau semenjak memerintah negeri Perak telah menjadi suatu isu ataupun kontroversi yang mana kebanyakan isu-isu ini disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Mungkin disebabkan oleh perkara-perkara inilah beliau begitu anti ataupun marah dengan akhbar Utusan Malaysia. Beliau menuduh Utusan Malaysia menyiarkan berita yang berat sebelah terhadap kerajaan pimpinannya.

Dalam kejadian itu, jurugambar Utusan Malaysia telah diherdik dan diminta keluar dengan berkata ''Go.. go..". Selepas meminta jurugambar Mohd. Najib keluar, MB Mohd Nizar kemudian dengan memanggil semula Mohd. Najib. "Woi, mari sini. Saya nak ' memory card ' kamera tu," katanya. Walaupun beliau tidak menyukai Utusan Malaysia, beliau seharusnya memahami tugas dan tanggungjawab seorang jurugambar biarpun beliau tidak selesa atau tidak suka dengan senario tertentu.

Kalau marahkan nyamuk, jangan sampai kelambu dibakar. Kalau marah sekalipun dengan Utusan Malaysia tak payahlah merampas kamera jurugambar Utusan Malaysia dengan mengeluarkan kata-kata yang agak kasar. MB Mohd. Nizar sepatutnya menunjukkan sahsiah dan budi pekerti yang mulia sebagai tauladan kepada rakyat khususnya pengikut dan penyokong parti terbabit. Bukan bertindak kasar seperti itu. Orang Melayu Islam terkenal dengan adat dan budi bahasa.

Adakah kerana kuasa dan jawatan yang disandang hari ini menyebabkan budi bahasanya luntur. Agak mengecewakan seorang yang digelar Ustaz oleh penyokong-penyokongnya boleh bertindak sedemikian. Cara tindakan kasar terhadap wartawan ini sebenarnya mencerminkan sikap hipokrit MB Mohd Nizar yang akan dinilai oleh rakyat negeri Perak.

MB Mohd. Nizar perlu ingat kalau tidak disebabkan perlembagaan yang mengatakan hanya orang Islam dan Melayu sahaja layak menjadi MB Perak, beliau tidak berpeluang langsung untuk menikmati jawatan itu sekarang. Kini apabila diberi kuasa yang sedikit, jelas menggambar Nizar seorang yang angkuh dan lupa diri bahawa kemenangan Pakatan Pembangkang di Perak hanya dengan kelebihan 2 kerusi sahaja berbanding Barisan Nasional (BN) dan kerajaan mereka boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja.

Taminsari
Shah Alam

Selasa, November 18, 2008

Kenyataan Dangkal Seorang Profesor Bernama P. Ramasamy!

Baru-baru ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kita dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy yang menyalahkan rejim pemerintahan lama dan dasar UMNO sebagai punca wujudnya ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam di negeri itu. Beliau menuduh UMNO yang menjadi penyebab berlakunya ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan.

P. Ramasamy berkata, kerajaan campuran negeri mahu memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri tersebut seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja. Tuduhan liar yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu secara terang-terangan merupakan pandangan yang membuta- tuli dan berbaur politik. Kenyataan Ramasamy itu memang bertujuan untuk memecahbelahkan kaum dengan mengaitkan isu tersebut serta menuduh UMNO sebagai puncanya.

Bagi penulis ini adalah satu perbuatan dan tujuan yang sangat keji seolah-olah ianya satu mainan politik yang mahu memporak perandakan masyarakat majmuk di negara ini. Kenyataan P.Ramasamy ini seakan-akan senada dengan tindakan Hindraf yang menyalahkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO apabila masalah kaum India tidak dapat diselesaikan oleh mereka sendiri.

Sebagai seorang Profesor, sepatutnya P.Ramasamy membuat kaji selidik dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang telah menyakitkan hati orang Melayu kenapa pembabitan kaum India dan Cina sangat kurang didalam sektor awam di Pulau Pinang dan juga seluruh negara. Tidak cukupkah dengan tindakan Hindraf yang telah melukakan perasaan orang Melayu dengan tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal?

Apakah P.Ramasamy telah lupa akan Kontrak Sosial tentang pengorbanan orang Melayu yang menerima kaum India dan Cina sebagai warga negara Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka? Apakah P.Ramasamy telah lupa akan kata-kata Tun V.T. Sambanthan Merangkap Menteri Kerjaraya, Pos Dan Telekom, semasa berucap di Dewan Rakyat Pada 1 Jun 1965.

P.Ramasamy perlu ingat sebelum “ revolusi industri ” berlaku dinegara ini iaitu zaman semasa Tun Mahathir mula-mula memerintah pada awal tahun 80-an peluang pekerjaan amatlah kurang sekali terutamanya di sektor swasta. Berapa ramaikah kaum India yang bekerja disektor awam pada ketika itu seperti JKR, JPT, LLN, Talikom dan majlis-majlis daerah dan perbandaran. Tentu ramaikan!

Berapa ramaikah diantara mereka yang menikmati faedah-faedah yang diterima sebagai kakitangan kerajaan semasa didalam perkhidmatan dan juga selepas pencen. Berapa ramai dikalangan anak-anak mereka yang berjaya didalam pelajaran dan kehidupan mereka. Adakah P.Ramasamy hendak menutup mata dengan menafikannya. Semasa revolusi industri bermula, pelabur-pelabur dari luar negara telah mula memindahkan operasi pengeluaran mereka ke Malaysia.

Semenjak dari itu hinggalah sekarang kaum India sudah mula menjauhkan diri dari sektor awam kerana hendak bekerja di sektor swasta yang memberi pulangan yang tinggi berbanding dengan sektor awam. Ini adalah fakta. Sebab itu P.Ramasamy janganlah sewenang-wenangnya hendak salahkan kerajaan jika peluang pekerjaan disektor awam sekarang dipandang dingin oleh masyarakat kaum India.

Berapa ramai yang datang memohon apabila peluang pekerjaan dibuka kepada umum. Amat menyedihkan. Mereka lebih berminat di sektor swasta kerana pulangan yang tinggi. Penulis rasa P.Ramasamy sendiri tahukan jawapannya. Jadi tak perlulah cuba mencari isu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Beliau perlu tahu yang proses pemilihan kakitangan sektor awam diuruskan di bawah pentadbiran awam dan bukannya mana-mana parti politik.

Jangan lupa ada juga ramai kakitangan pentadbiran awam yang menyokong pembangkang semasa PRU ke-12 yang lalu. Tengok sahaja keputusan pilihanraya di PutraJaya. Berapa banyak undi yang diperolehi oleh pembangkang? P.Ramasamy perlu ingat yang kenyataan dangkal seperti ini perlu dielakkan bagi mengelakkan sesuatu yang buruk akan berlaku dalam hubungan kaum dinegara ini.

Nasihat kepada P.Ramasamy supaya jangan lupa sejarah pembentukan Tanah Melayu. Ingat, kaum Melayu sudah banyak berkorban sejak sebelum merdeka supaya kaum-kaum lain dapat hidup dengan amam dan damai dinegara ini. Hormatilah sedikit perasaan orang Melayu.


Taminsari
Shah Alam

Isnin, November 17, 2008

Adakah DAP Parti Pelbagai Kaum?

Benarkah hipotesis bahawa Pilihan Raya Umum Ke-12 telah mengubah landskap politik Malaysia secara monumental dengan menjadikan parti-parti politik yang berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC tidak lagi relevan?

Untuk mengesahkan kebenaran atau kepalsuan hipotesis itu, maka rakyat Malaysia perlu mengkaji sama ada parti-parti yang hari ini mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum adalah tulen dakwaannya dan bukan semata-mata bersifat pelbagai kaum secara kosmetik.


Oleh itu mari kita meletakkan sebuah parti politik tempatan yang amat gah mendakwa bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa bahawa ia adalah parti politik untuk semua kaum di Malaysia di bawah mikroskop sebagai bahan kajian. Parti yang dimaksudkan adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Slogan Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia adalah asas perjuangan DAP. Di bawah konsep ini DAP menentang hak istimewa yang berasaskan kaum dan memperjuangkan sistem meritokrasi di mana pembahagian sumber hendaklah kepada individu yang terbaik, paling berkebolehan, rajin dan yang tercekap.

Sekali pandang amat muluk matlamat perjuangan DAP, namun kita harus mengkaji sama ada kemulukan slogan memperjuangkan kepentingan semua kaum diikuti dengan pelaksanaanya.
Pertama mari kita lihat sama ada dilihat dari segi keahliannya DAP memenuhi kriteria pelbagai kaum atau hanya beretorik.

Statistik menunjukkan bahawa pecahan penduduk Malaysia mengikut kaum adalah 65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera, 26 peratus etnik Cina dan 7.7 peratus etnik India. Maka untuk sesebuah parti mengaku bersifat pelbagai kaum parti berkenaan haruslah tidak mempunyai keanggotaan satu kaum melebihi 50 peratus dari keseluruhan keahlian parti tersebut. Oleh kerana tidak ada sebarang statistik pecahan keahlian DAP mengikut kaum, maka kita boleh membuat ujian terhadap sifat kepelbagaian DAP dengan meninjau barisan kepemimpinannya.

Kajian yang dibuat berdasarkan maklumat yang terkandung di laman web DAP menyaksikan dari 30 orang ahli jawatankuasa pusatnya, 22 (73 peratus) adalah terdiri daripada kaum Cina, 6 (20 peratus) adalah kaum India dan hanya 2 (7 peratus) adalah orang Melayu. Jelas barisan kepemimpinan DAP tidak membuktikan ia sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum.

Untuk berlaku adil kepada DAP oleh kerana dari segi statistik kepemimpinannya DAP tidak membayangkan ia sebuah parti politik untuk semua kaum di Malaysia, maka marilah kita melihat pula kepada corak perjuangan parti berkenaan manalah tahu jikalau perjuangannya membuktikan ia sebuah parti untuk semua kaum sepertimana slogannya Malaysia untuk orang Malaysia. Sudah tentu semua rakyat Malaysia bermaksud untuk orang Melayu, kaum bumiputera, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia.

Persepsi

Tetapi apabila melihat isu-isu yang diperjuangkan parti DAP akan semakin terbukti bahawa bagi DAP slogan Malaysia untuk orang Malaysia tidak termasuk untuk orang Melayu. Persepsi ini timbul kerana apa yang dilihat sebagai penentangan DAP terhadap segala simbol kemelayuan yang terdapat kehidupan bernegara kita.

Contohnya keputusan memakai atau tidak memakai songkok telah dijadikan polemik oleh DAP. Perkara ini berlaku walaupun memakai songkok telah menjadi sebahagian pakaian formal bagi majlis yang melibatkan raja-raja Melayu sebagai tanda kesopanan. Persepsinya DAP melihat songkok sebagai tanda dominasi orang Melayu. Walaupun setelah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran di Selangor dan Perak ( negeri beraja ) di mana anggota DAP yang menjadi anggota pentadbiran terpaksa memakai songkok namun masih terdapat penentangan seperti yang berlaku di Johor.

Soalan cepu emas yang perlu ditanya oleh orang Melayu dan perlu dijawab secara jujur oleh DAP ialah adakah pernah pada sebarang masa badan pembuat dasar tertinggi DAP iaitu Jawatankuasa Pusatnya mengeluarkan arahan melarang pemakaian songkok, adakah larangan ini masih berkuat kuasa dan kenapa ia berlaku. Begitu juga tindakan DAP yang lantang menentang sebarang usaha untuk mengkelaskan Malaysia sebagai negara Islam walaupun Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia.

Kenapa terdapat kedegilan di pihak DAP untuk terus mempertahankan status Malaysia sebagai negara sekular? Selain usaha untuk menyempitkan signifikan peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan DAP juga menentang peruntukan Perkara 121 (1A) yang tidak membenarkan campur tangan mahkamah sivil di dalam apa yang menjadi bidang kuasa mahkamah syariah. Kedua-dua peruntukan perlembagaan ini menjadi teras kepada status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum DAP dikenali sebagai parti yang paling lantang memperjuangkan bahasa dan sekolah Cina. Begitu kerasnya pendirian DAP di dalam persoalan bahasa dan pendidikan ini sehingga mereka menentang pengajaran matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan penubuhan sekolah wawasan yang pernah dicadangkan kerajaan satu ketika dahulu.

Bukan sahaja kepentingan agama, bahasa dan pendidikan orang Melayu tidak diperjuangkan oleh DAP malah ia ditentang hebat oleh parti berkenaan. Begitu juga hak-hak istimewa orang Melayu juga ditentang oleh DAP kerana hak istimewa orang Melayu ini disifatkan sebagai antimeritokrasi. Penentangan ini berlaku walaupun hak-hak istimewa ini telah terbukti berjaya membantu orang Melayu dan bumiputera untuk memperoleh sedikit keadilan sosial. Begitu antiDAP kepada hak-hak istimewa orang Melayu sehinggakan walaupun hanya 30 peratus pemilikan ekuiti negara disasarkan untuk orang Melayu, telah diasak dengan begitu hebat oleh DAP.

Hakikatnya hari ini majoriti 65.1 peratus (orang Melayu) penduduk Malaysia hanya menguasai 19.4 peratus kekayaan negara berbanding minoriti 26 peratus rakyat Malaysia (kaum Cina) yang menguasai 42.4 peratus. Nampaknya kejayaan yang sedikit ini pun hendak dicemburui dan mahu dihapuskan. Bagi DAP sebarang kejayaan orang Melayu akan dikaitkan dengan faktor rasuah atau pilih kasih bukannya usaha kaum tersebut.

Terbukti dari semua segi sama ada statistik kepemimpinan mahukan corak perjuangannya DAP bukanlah parti untuk semua kaum apatah lagi untuk orang Melayu. DAP adalah sebenarnya sebuah parti untuk orang Cina. Tanggapan terhadap DAP juga sebagai parti yang secara agresif memperjuangkan kepentingan untuk semua ras sebenarnya hanyalah ilusi. Menggunakan kriteria ujian yang sama terhadap parti-parti politik lain di Malaysia yang juga mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum sepertimana ujian kriteria yang digunakan terhadap DAP maka kita boleh menyimpulkan bahawa dakwaan landskap politik berhubung peranan ras yang dikatakan berubah pasca-Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebenarnya lebih bersifat indah khabar dari rupa.

Amat perlu bagi parti-parti politik Malaysia duduk semeja dan merangka satu tata etika agar mereka tidak terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menipu rakyat dalam konteks sifat kepelbagaian kaum. Salah satu tataetika utama yang harus di persetujui semua adalah mana-mana parti politik yang ingin mendakwa bahawa mereka bersifat pelbagai kaum tidak boleh mempunyai dominasi keahlian sesuatu kaum melebihi 50 peratus sama ada dari segi ahli mahupun barisan kepemimpinannya, parti yang mendakwa bersifat pelbagai kaum juga perlu melambangkan komitmen berkenaan di dalam platform dasar mereka. Jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini maka sebarang parti politik hendaklah dilarang daripada menggunakan label pelbagai kaum.

Jumaat, November 14, 2008

Pas Semakin Hilang Arah Perjuangan!

Kalau nak dibandingkan dengan Selangor, Perak dan Pulau Pinang kedudukan Pas adalah selesa di Kedah dan Kelantan. Di negeri Kedah misalnya kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR adalah sangat sedikit. Walaupun sedikit tetapi cengkaman DAP terhadap negeri itu boleh dikatakan agak kuat juga. Dapat dilihat DAP semakin cuba untuk menguatkan kedudukannya di semua negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Terbaru apabila DAP yang tidak mempunyai kuasa di Kedah telah berjaya untuk mempengaruhi keputusan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. Dalam satu sidang akhbar, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.

Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah “.

Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya.

Nampak gayanya sekarang cara bagaimana BN mengatasi perkara ini adalah lebih baik daripada apa yang hendak dilakukan oleh Pas Kedah. Sekurang-kurangnya kerajaan BN mengasingkan tempat halal dan bukan halal dipasar-pasar besar bagi memudahkan orang Islam dan bukan Islam berniaga dan membeli-belah. Apa dah jadi kepada kerajaan Pas Kedah sekarang? Definasi “ secara terbuka “ ada banyak maknanya. Secara terbuka ditempat awam ataupun secara terbuka ditempat yang dikhaskan ( tertutup ).

Jika dilihat dari lapuran tersebut mungkin ramai orang Islam terutamanya di Kedah akan marah dan kecewa dengan apa yang akan berlaku. Mereka mungkin kecewa dengan Perjuangan Islam yang selama ini dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Kadang-kadang terfikir juga, apakah sebenarnya yang Pas hendak tonjolkan di dalam pemerintahannya. Kalau dilihat sejak kebelakangan ini dimana DAP semakin agresif menekan rakan-rakan mereka didalam Pakatan Rakyat, adalah tidak salah jika saya mengatakan pemimpin Pas Kedah telah di cucuk hidungnya.
Pas nampaknya lebih tunduk kepada DAP daripada hukum Allah SWT. Sepatutnya Pas mampu melaksanakan banyak hukum Allah SWT di bumi jelapang padi ini kerana ianya bukan kerajaan campuran seperti di Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Mungkin penyokong-penyokong Pas kini terpaksa melupakan hasrat atau impian menubuhkan Kerajaan Islam di Kedah kerana perkara-perkara yang sekecil inipun gagal dilaksanakan oleh pemimpin Pas. Sepatutnya ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan BN yang terdahulu, tetapi kini lain pula jadinya. Bertambah buruk?

Mungkin kita gagal memahami tindakan yang telah diambil oleh Menteri Besar Kedah ini dan berkemungkinan juga penyokong-penyokong Pas sekarang bertambah keliru. Kita tahu memang agak sukar untuk menghapuskan penjualan arak dan pusat perjudian yang telah lama bertapak tetapi sepatutnya MB Azizan perlu menekankan bahawa pentadbirannya akan cuba mengurangkan jumlahnya bukan mengekalkan. Rakyat Kedah benar-benar berharap pemimpin PAS tidak akan menambah jumlah lesen sekiranya diminta berbuat demikian oleh DAP, tetapi ini disebaliknya.

Rakyat juga tidak faham dengan tindakan MB Azizan yang hendak membenarkan penjualan daging babi secara terbuka. Apakah ini bermaksud, taukeh-taukeh babi boleh menjual daging babi bersebelahan dengan peniaga-peniaga ayam dan lembu? Bayangkan lah jika ia benar-benar berlaku, sanggupkah kita dengan terpaksa melalui kedai-kedai menjual daging babi dahulu apabila hendak membeli ayam dan daging dipasar-pasar besar di Kedah. Sudah tentunya ia adalah sesuatu yang menjijikkan. Jangan terkejut jika di Pasar Rabu, Alor Setar kelak akan ada kedai menjual daging babi, pusat snuker, kedai nombor ekor dan rumah urut ! Masih berbaloi kah rakyat Kedah memilih Pakatan Rakyat? Sama-samalah kita fikirkan untuk kebaikan umat Islam di Kedah.

Taminsari

Artikel Pilihan : Obama II Sepet, apa kata Anwar?

Rupa-rupanya kemenangan calon Demokrat Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 bukan sahaja mengujakan kaum kulit hitam di Amerika, tetapi turut mengujakan kaum kulit putih di Malaysia.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat seharusnya dijadikan teladan politik di Malaysia. Mereka ini berpendapat Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti malah telah mengatasi halangan besar bagi memenangi jawatan tertinggi negara itu.

Apakah ini bermakna, secara diam-diam selama ini, Lim Kit Siang bercita-cita untuk menjadi PM ? Sebelum ini tidak diluahkan secara terang, tetapi setelah kemenangan Obama, wakil kaum kulit putih di Malaysia pun secara terbuka mengumumkannya. Sebelum ini yang kencang menawarkan diri bukan Lim Kit Siang tetapi Anwar Ibrahim dengan segala perancangan yang kononnya rapi, target 16 September, tetapi tidak menjadi kenyataan.

Apa pula perasaan Anwar apabila seorang lagi rakan pakatannya menawarkan diri menjadi PM? Sudah tidak percaya dengan kewibawaan Anwar kah, hingga terpaksa calon alternatif berkulit putih pula menawarkan diri ? Begitulah resam Pakatan Rakyat, sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri. Walau nampak manis di depan, tetapi di belakang belum tahu. Walaupun pada permukaan bersetuju melantik Anwar sebagai bakal PM, tetapi di dalam hati, di belakang belum tentu.

Siapa tidak mahu jadi PM, semua orang politik tergila-gila jadi PM, walaupun tidak layak. Anwar Ibrahim sendiri, sudah menawarkan diri jadi PM sejak tahun 1998. Ketika itu, satu tangga lagi, nak sampai ke takhta PM, tetapi jatuh tergolek terpaksa menjadi "PM" di Sungai Buloh.
10 tahun berlalu, tetapi cita-cita Anwar mahu jadi PM tidak pernah luput. Beritahu semua penyokong bahawa akan jadi PM pada 16 September. Beritahu seluruh dunia, 16 September yang lepas sepatutnya telah jadi PM, tetapi masih seperti dahulu, cita-cita hanya tinggal cita-cita, masih tidak kesampaian.

Ada orang berkata Anwar tidak boleh jadi PM, kerana terlalu angkuh, kerana mengambil kuasa Tuhan boleh menentukan tarikh bilakah akan jadi PM. Kata orang lagi, jika Anwar tidak angkuh dan mampu bersabar serta berserah kepada Tuhan, mungkin 10 tahun lepas, dia telah menjadi PM.

Ketika Anwar laungkan mahu jadi PM, 16 September, orang yang tidak menyokongnya ialah Ibrahim Ali. Sepatutnya Ibrahim Ali menyokong Anwar jadi PM, 16 September kerana mereka berdua pernah berkawan baik dan sama-sama dipenjarakan di Kemunting.

Sepatutnya orang yang pernah sama-sama berdemonstrasi, sama-sama menginap di Kemunting akan lebih kenal mengenal dan saling bantu membantu kerana dulu perjuangannya sama. Sama berdemo, sama dipenjara, sama masuk UMNO, sama dipecat UMNO, sama pandai berpidato, tetapi tidak sama tentukan siapa bakal PM.

Jadi kalau kawan baik sendiri seperti Ibrahim Ali, tidak sokong Anwar jadi PM, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dalam fikiran kawan baiknya itu, tetapi tidak diluahkan, demi menjaga air muka. Secara lantang, Ibrahim Ali melaungkan dia akan sokong Haji Hadi jadi PM, walaupun dia tahu, Anwar dan para penyokongnya menobatkan pemimpin defacto PKR itu jadi PM.
Haji Hadi lebih bijak, walaupun disokong Ibrahim Ali jadi PM, tetapi Hadi membalas dengan tersenyum, "Saya tak mahu menjadi PM Mat Jenin".

Apa-apa pun Anwar akan terus diam jika melibatkan soal orang melayu kerana menjaga hati penyumbang undi terbesar. Anwar akan terus diam dan diam tentang pencabulan hak orang melayu dan Islam demi mengejar takhta. Tapi akan terus melalak memaki hamun kerajaan selagi impiannya tak sampai.Gayanya seperti orang membaling batu sembunyi tangan.
Membenarkan maruah Islam dan Melayu diinjak-injak tetapi menafikannya dan berdiam diri, Ini bukan pemimpin sejati, ini pemimpin untuk tekak sendiri.

Tiada Obama minoriti di Singapura

Singapura ini dulu Temasik namanya. Sang Nila Utama adalah Raja Melayu yang pernah memegang tampuk kuasa di sana beratus tahun dahulu. Baginda berasal dari Sumatera dan bertanggungjawab dalam membuka negara pulau ini, Bagindalah menukar namanya dari Temasik ke Singapura. Memerintahnya selama 48 tahun dan mangkat serta dimakamkan di Bukit Larangan di pulau tersebut.

Dari Sang Nila Utama pulau ini bertukar tangan, melalui berbagai perubahan, dijajah, bergolak dan kini berdiri atas nama Republik Singapura. Tiada lagi Raja Melayu yang bersemayam di sini malah kuasa politik Melayu pun sudah semakin mengecil.

Dari bumi Melayu, Singapura melalui evolusinya sendiri, menjadi masyarakat berbilang kaum dan kini didominasi oleh kaum Cina yang memegang tunggak kuasa lantaran besarnya bilangan mereka di sana hari ini. Itulah realiti politik Singapura hari ini.

Artikel ini ditulis tanpa mahu melelehkan sebarang sentimen perkauman takut nanti dicap "racist", kerana kini jika mempertikaikan kaum selain Melayu, akan dicop sebagai "racist" tetapi apabila Non-Malays mencaci, menghina, mempertikai agama dan bangsa Melayu tidak pula dicop sebagai "racist", "Demokrasi" kata Non-Malays begitu juga ada Melayu yang menyokongnya. Jadi sekadar mahu menunjukkan berbezanya sungguh suasana antara kita dan negara jiran kita itu.

Sabtu lepas PM Singapura Lee Hsien Loong telah hadir dalam satu majlis bersama pemimpin-pemimpin akar umbi Melayu di sana, berkebutlan kehadiran beliau dalam suasana Amerika Syarikat baru menyaksikan seorang kulit hitam (yang merupakan penduduk minoriti di Amerika) menang menjadi Presiden negara yang didominasi sebelum ini oleh warga kulit putih.
Lalu dalam majlis tersebut beliau ditanya apakah Singapure bersedia untuk menerima seorang dari kaum minoriti menjadi PM. Kata Lee boleh tetapi tidak dalam waktu yang terdekat. Alasannya masyarakat Singapura masih terdorong dengan isu perkauman walaupun ia sudah semakin berubah.

Suatu ketika dahulu semasa Lee seorang Jeneral dalam Tentera Singapura, ada dilontarkan pertanyaan apakah Tentera Udara Singapura bersedia mengambil anak Melayu Singapura menjadi juruterbang jet penggempurnya (fighter pilot), kata Lee ketika itu, Singapura belum bersedia kerana bimbang akan ketaatan juruterbang itu kiranya Singapura bertegang dengan negara jirannya!

Di simpulkan selagi PM ini menjadi PM Singapura, memang tiadalah tempat buat golongan minoriti di sana, khasnya orang Melayu. Ini berbeza dengan sejarah Obama kerana orang kulit hitam tidak pernah menjadi kaum majoriti di Amerika sedangkan Sang Nila Utama pernah menjadi Raja!

Obama menawarkan diri jadi Presiden Amerika buat pertama kali dan terus berjaya, tetapi Anwar mengambil masa 10 tahun dengan beberapa kali percubaan tetapi masih gagal. Setelah Anwar masih gagal, muncul pula Obama II Sepet berkulit putih, Lim Kit Siang pula menawarkan diri.

Bolehkah Anwar memberi laluan kepada Obama II Sepet berkulit putih dari Malaysia itu menjadi PM, sedangkan Anwar siang malam bermimpikan istana Putrajaya dan sedang berusaha siang malam menangkis untuk tidak bertahta kembali di singgahsana istana Penjara Malaysia (PM) yang bakal menanti beliau jika gagal mempertahankan kes liwasssnya?


Suara Politik

Rabu, November 12, 2008

Artikel Pilihan : Demokrasi Tulen Anwar?

Dua Negara Muslim yang diiktiraf Anwar Ibrahim sebagai Negara Terbaik Demokrasi adalah Turki dan Indonesia. Anwar bersama Perdana Menteri Turki Recep Teyyip Erdogan dan Abdullah Gul meraikan kemenangan bersejarah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada Julai 2007. Anwar selalu mengecam pemerintahan Suharto yang dianggap diktator.

Amin Rais kawan rapat Anwar meniupkan gelombang reformasi yang menjatuhkan Suharto. Kemudian Amin Rais melobi kenaikan Gus Dur menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1999 - 2001. Sejak itu menurut Anwar demokrasi mula tersemai di Indonesia. Berikut adalah kenyataan Anwar mengenai demokrasi tulen di dunia Muslim.

Menyemai benih demokrasi tulen di dunia Muslim
Oleh Anwar Ibrahim

Semenjak 9/11, Amerika Syarikat telah menjalankan apa yang dinamakan oleh White House (Rumah Putih) satu "strategi hadapan untuk kebebasan" berdasarkan kepercayaan bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam. Satu percubaan yang berani walaupun kemenangan ideologi yang amat sukar terhadap Eropah Timur semasa Perang Dingin, Amerika (AS) sekali lagi telah mencuba untuk membangkitkan demokrasi di luar negara bagi memastikan keselamatan di negara sendiri.

Namun, sebagai yang pertama kembali dalam usaha pendemokrasian di negara Muslim, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat terhadap AS tentang ciri-ciri hasil akhir yang mulai tumbuh iaitu kerajaan yang dipilih dengan bebas. Sesetengahnya telah mula mempersoal sama ada negara-negara tersebut mempunyai kebolehan semula jadi untuk mempertahankan demokrasi.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa usaha AS untuk perubahan telah memberikan sumbangan penting dalam pembangunan di Timur Tengah, kebimbangan semakin meningkat di mana golongan radikal mungkin akan merampas demokrasi. Kejayaan pilihan raya golongan Islamik baru-baru ini di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin telah menimbulkan pertanyaan tentang keupayaan kuasa liberal untuk mengatasi kumpulan fundamentalisme (kumpulan penyokong asas agama).

Untuk Amerika Syarikat, kebimbangan tersebut sememangnya benar, walaupun mungkin dihebahkan dengan slogan Islamophobia (ketakutan terhadap ajaran Islam) : Bagaimana teruknya satu ironi akan berlaku sekiranya usaha yang hebat ini dalam menyebarkan kebebasan di luar negara menimbulkan kesan negara AS sebagai anti-Islam terhadap Syariah, atau undang-undang Islam, kepada orang-orang mereka.

Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstrimisme Islam. Lebih tepat, ianya disebabkan oleh rasuah dan salah guna kuasa selama bertahun-tahun dalam pentadbiran yang dipimpin oleh Fatah menyebabkan Hamas diundi untuk berkuasa.

Sekiranya amalan demokrasi adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan kemarahan orang ramai terhadap kuasa yang ada, maka hasilnya merupakan penyelesaian yang sudah pasti. Biarkan ia seperti yang dikehendaki, sesetengah yang mengatakan bahawa "kestabilan" bukan kebebasan adalah apa yang perlu dipromosikan oleh AS di seluruh dunia Islam.

Pada pandangan mereka, memenangi pilihan raya demokrasi tidak bermakna mereka secara terus memenuhi kehendak AS di luar negara, khususnya dalam perang ke atas keganasan, dan bahawa hati dan minda pengganas dan pengebom berani mati tidak dapat diubah dengan kebaikan demokrasi.Mereka mengatakan perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan.Kesemua pandangan terhadap demokrasi dan kestabilan dalam dunia Muslim bukan sahaja salah tetapi membawa kepada kematian.

Dalam satu jalan, strategi Washington mungkin dilihat sebagai menebus dosa-dosa yang lalu, ketika AS merupakan batu penghalang kepada demokrasi di Timur Tengah. Iran berada dalam demokrasi pada 1953 apabila rampasan kuasa yang didalangi CIA yang telah menukarkannya kepada monarki mutlak.AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein.

Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis.Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla (raksasa laut) yang menyokong diktator dan Charybdis (juga raksasa laut) yang menggalakkan demokrasi yang boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?

JAWAPAN TERBAIK kepada soalan sama ada Amerika perlu menilai kembali strateginya di Indonesia dan Turki, contoh yang memberangsangkan dalam memperlihatkan kemampuan mereka untuk demokrasi Muslim.Tujuh tahun yang lepas, Indonesia terlibat ke dalam demokrasi selepas kepimpinan diktator kuku besi lebih daripada 30 tahun . Sebagai sebuah negara Muslim terbesar di dunia, ia mungkin berdiri sebagai fenomena politik yang paling penting dalam sejarah demokrasi kebelakangan ini.

Rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali sejak itu, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain. Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan "tidak" oleh rakyat Indonesia, termasuk pertubuhan Islam yang utama.Media Indonesia bebas, dan pilihan raya adalah adil. Asas kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan dan dihormati dan diiktiraf sepenuhnya oleh yang memegang kuasa.

Sebagai contoh, tidak seperti negara jiran Malaysia, rakyat Indonesia boleh berkumpul untuk memprotes keputusan kerajaan atau dasar tanpa bimbang terhadap tindakan balas. Penahanan secara rambang dan penahanan politik tidak pernah didengar.Dengan demokrasi yang belum matang, Indonesia dan Turki masih mempunyai perjalanan yang jauh. Di Indonesia, ia dalam keadaan memenuhi objektif sosioekonomi demokrasi yang hanya akan berlaku. Di Turki, sekatan kewujudan ketenteraan yang tidak terbatas telah membantu dalam menaikkan negara tersebut dalam European Union (Kesatuan Eropah).

Walau bagaimanapun, sekarang mereka berdiri sebagai penunjuk, untuk kedua-dua negara Muslim dan untuk mereka yang cuba untuk membantu mereka.Untuk berjaya dalam usahanya menyebarkan kebebasan, AS mesti ingat bahawa demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua.Penyemaian demokrasi yang sebenar memerlukan lebih daripada pengenalan pilihan raya semata-mata.

Ia juga memerlukan kewujudan proses demokratik dan padang permainan politik yang sama rata. Ia memerlukan jaminan pengagihan kuasa dan kebebasan sistem kehakiman daripada cengkaman pemimpin kuku besi dan zalim. Yang amat penting, ia memerlukan perlindungan terhadap kebebasan asas dan media yang bebas.Ianya merupakan prasyarat demokrasi yang mana AS dan dunia Muslim perlu berikan, dengan lebih usaha-usaha yang penting, untuk menjadi punca kepada kebebasan yang sebenar-benarnya.

-Anwar Ibrahim

Soalan UPSR (2) rakyat:

Setelah membaca lontaran fikiran Anwar Ibrahim yang ditulis pada 25 Mac 2006 di Angeles Times bertajuk "Cultivating the seeds of democracy" ada beberapa persoalan yang bermain di minda rakyat:

1. Adakah Anwar Ibrahim menyokong atau menentang Projek White House melancarkan satu "strategi hadapan untuk kebebasan" terhadap dunia Islam berasaskan kepercayaan Amerika bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam ?

2. Benarkah Dunia Islam telah mati demokrasi (kecuali Turki dan Indonesia yang Anwar iktiraf) sehingga memunculkan kumpulan ekstrimis Islam?

3. Apa kelayakan Anwar menuduh hanya Turki dan Indonesia yang mengamalkan demokrasi, sedangkan semua negara Islam lain telah mati demokrasinya?

4. Apakah piawaian takrif "demokrasi" menurut kaca mata Anwar ? Adakah piawaian berdasarkan kaca mata Amerika atau Al Quran dan Sunnah?

5. Benarkah dakwaan Anwar kumpulan ekstimis Islam benar-benar wujud? Kalau wujud apakah ciri-cirinya?

6. Kenapakah Anwar bersekongkol dengan Amerika mengatakan kumpulan fundamentalis dan kumpulan radikal Islam atau ektrimis Islam adalah negatif?

7. Benarkah dakwaan Anwar masalah di dunia Islam hanya akan selesai dengan "dailog antara Islam dan Barat" atau yang Anwar sering sebut sebagai "constructive engagement"?

8. Benarkah dakwaan Anwar bahawa 'muslim' yang paling layak dalam menjalankan misi "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah tidak lain tidak bukan hanya Anwar Ibrahim dari Malaysia?

9. Benarkah hanya beliau sahaja yang paling berkelayakan dan semua tokoh-tokoh Islam dari negara-negara lain tidak berkelayakan kerana kekurangan ilmu seperti Dr Zakir Naik dari Pakistan?

10. Benarkah dakwaan sesetengah pihak penggunaan istilah "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah bahasa lunak yang tidak membinasakan Anwar sebagai tokoh politik di negara Islam, sedangkan hakikatnya, Anwar bukan berunding sebaliknya mengaut keuntungan peribadi dan menjadi alat bersekongkol dengan kuasa Barat memerangi pihak Islam?

11. Walaupun nada penulisan Anwar Ibrahim nampak seperti bersimpang siur, tetapi nampak jelas, bahawa beliau menyokong Projek White House itu serta memberi beberapa cadangan balas untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan program Amerika itu.

12. Adakah dengan kesimpulan di atas, membawa maksud Anwar menawarkan diri sebagai seorang Muslim untuk bersekongkol dengan Amerika memerangi Islam yang dilabel fundamentalis?

13. Sejak Anwar menjadi "orang perantaraan", antara dunia Islam dan Barat dalam menjalankan misi "constructive engagement" sejauh manakah prestasi kejayaannya?

14. Apakah misi Anwar sebagai "constructive engagement" menguntungkan dunia Islam atau dunia Barat?

15. Sejak Anwar berunding dengan Amerika dan Yahudi, apakah sudah berubah sikap mereka kepada dunia Islam?

16. Adakah Amerika yang didalangi Yahudi sekarang menjadi makhluk yang baik, sedangkan Al Quran dengan tegas menyatakan Yahudi dan Nasrani tetap selama-lamanya memusuhi Islam dan mencari tipu muslihat untuk merosakkan Islam?

17. Membaca kembali tulisan di atas, Adakah Anwar turut berkongsi perasaan kecewa dengan Amerika apabila kejayaan golongan Islamik di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin dalam pilihanraya baru-baru ini sehingga Anwar mengungapkan kata-kata kuasa liberal ditewaskan oleh kuasa fundamentalis?

18. Anwar menyokong kumpulan mana di Palestin : Kumpulan HAMAS (anti Israel) atau Kumpulan FATAH (Pro-Israel)? Kumpulan manakah yang dilabel oleh Anwar sebagai eksrimis Islam (HAMAS atau Fatah?) apabila Anwar menulis begini, "Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstremisme Islam".

19. Apa maksud Anwar apabila beliau menulis, "perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan"? Apatah lagi Anwar memberi contoh kes Iraq dengan tulisan begini, "AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein. Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis".

20. Apakah ini bermaksud, Anwar menyalahkah Amerika kerana bersekongkol dengan Sadam Hussein sebelum ini atas nama kestabilan dan keselamatan ? Apakah Anwar memberikan hujah bahawa serangan ke atas Iraq dan pembunuhan Sadam Hussein adalah langkah paling tepat untuk menyemai benih demokrasi di Iraq?

21. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla yang menyokong diktator dan Charybdis yang menggalakkan demokrasi sehingga boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?" Adakah bermaksud Anwar menyeru Amerika agar tidak bermain politik, sewajarnya memerangi 'Scylla' yang diktator dan menyokong sepenuhnya 'Charybdis' yang pro demokrasi?

22. Adakah ini bermaksud Anwar telah memberi teguran kepada Amerika, jika Amerika tidak menetapkan pendirian, bukan sahaja diktator terus berkuasa malah mungkin pro demokrasi kehilangan kuasa kerana ditumpaskan oleh radikal Islam?

23. Apakah ukuran "diktator, demokrasi, radikal Islam", Anwar sama seperti ukuran Amerika ? Kalau sama, apakah ciri-ciri yang membezakan terma di atas ? Apakah terma 'diktator, demokrasi dan radikal Islam" berlaku di seluruh dunia Islam ? Kalau berlaku, Anwar berada di pihak mana?

24. Kenapa Anwar hanya memberi memberi contoh demokrasi terbaik di dunia Islam hanya berlaku di Turki dan Indonesia? Adakah ini bermaksud demokrasi tidak baik di Iran, Palestin, Sudan, Mesir, Malaysia dan negara Islam lain?

25. Apa maksud demokrasi terbaik di Turki dan Indonesia ? Adakah kerana sikap kerajaan itu yang sanggup sujud kepada Amerika dan pro Israel?

26. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain? Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan "tidak" terhadap pertubuhan Islam yang utama".

27. Apa maksud Anwar apabila menukilkan, "demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua"?

28. Adakah tulisan di atas mengambarkan Anwar tidak mahu konsep "demokrasi berperlembagaan" (seperti di Malaysia?) dan beliau hanya peruangkan "demokrasi tulin" yang memberi kebebasan dari semua aspek termasuk agama?

29. Apabila membaca keseluruhan tulisan Anwar, apakah yang boleh penyokong PKR simpulkan tetang Anwar? Adakah beliau pembela Islam di Amerika yang sentiasa menepis salah anggap Amerika kepada dunia Islam seperti yang dimainkan peranan oleh Dr Zakir Naik dari Pakistan? Atau Anwar sebagai seorang tokoh politik murahan yang sanggup menggadai prinsip, menyeronokkan dunia Barat dengan kata-kata pujian, serta mengecam semula kelemahan dunia Islam lantaran kerakusannya untuk mendapat nama, kuasa dan naungan politik daripada Amerika?

Suara Politik

Selasa, November 11, 2008

Melayu Perlu Matang Dalam Politik!

Pada pilihanraya umum 1969, lima buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu telah jatuh kepada pembangkang. Kelantan jatuh kepada Pas, Pulau Pinang jatuh ke Gerakan ( pembangkang ) manakala Perak, Selangor dan Negeri Sembilan jatuh kepada DAP.
Di peringkat Parlimen pula, orang Melayu ( UMNO dan Pas ) hanya memenangi 53 kerusi dari 144 kerusi dengan jumlah undi hanya 44.3%. Walaupun parti Perikatan ketika itu masih juga menguasai Parlimen dan kerajaan tetapi pada hakikatnya orang Melayu melalui UMNO sudah tidak berkuasa lagi. Kuasa tawar menawar ( bargaining power ) sudah luput. Pada hakikatnya juga, Perdana Menteri bukan lagi orang Melayu.

Orang-orang bukan Melayu khususnya Cina dan India merasakan bahawa mereka telah berjaya menguasai negara ini. Maka itu satu perarakan kemenangan ( victory parade ) telah diadakan. Di dalam perarakan itu, mereka telah menghina dan mencaci maki orang-orang Melayu dan menyuruh orang Melayu masuk hutan kerana negara ini kini milik mereka. Kata-kata dan perbuatan penghinaan ini telah membuatkan orang-orang Melayu bertindak balas dengan mengadakan pula satu perarakan. Akhirnya berlakulah pergaduhan antara kaum dan tercetuslah Peristiwa 13 Mei 1969 itu.

Pergaduhan antara kaum ini mengorbankan begitu banyak nyawa dan harta benda. Jika dibiarkan ia pasti meranapkan negara dan sia-sialah nanti perjuangan dan pengorbanan datuk nenek orang Melayu di dalam menuntut kemerdekaan dahulu. Atas perkenan DYMM Paduka Agong, Parlimen digantung. Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) ditubuhkan untuk mentadbir negara. Pengerusinya adalah Tun Abdul Razak.

Tujuan utama MAGERAN ditubuhkan ialah untuk mengembalikan kestabilan, keharmonian dan keselamatan negara. Namun begitu, MAGERAN telah mendapat tentangan dan kecaman dari media Barat terutama British ( yang telah meletakkan syarat untuk kembali jika berlaku pergaduhan kaum dalam tempoh 10 tahun ). Tentangan kuat juga datangnya dari DAP, PEKEMAS, PSRM dan Gerakan. Lebih malang lagi terdapat juga sebahagian pelajar-pelajar Melayu yang telah menentang MAGERAN padahal ia adalah untuk menyelamatkan Melayu.

Akibat dari Peristiwa 13 Mei 1969 itu, lahirlah Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) pada tahun 1970. DEB bermaksud untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat tanpa pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Syarat-syarat kemasukan ke universiti kepada pelajar-pelajar Melayu telah dilonggarkan.

Maka didirikanlah USM, UKM, UPM, ITM ( UiTM ) dan UTM. Dipenuhkanlah pula dengan pelajar-pelajar Melayu. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditubuhkan dan penuhlah jabatan-jabatan kerajaan dengan orang-orang Melayu. Diperkenalkanlah pula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di mana Menteri Pelajaran berkuasa untuk melantik Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan Dekan. Ini semua bagi mempastikan nasib bangsa Melayu terbela dan hak mereka tidak terabai.

Persoalannya kini ialah apakah kuasa seperti MAGERAN itu dapat dipertahankan? MAGERAN itu sendiri sudah tiada, tetapi kuasa semasa MAGERAN dapat kita terus miliki jikalau orang Melayu bijak dan matang berpolitik. Ingatlah, kestabilan dan kemakmuran negara boleh diganggu gugat bukan sahaja oleh orang asing tetapi juga oleh orang Melayu sendiri. Kita renung kembali sejarah dan berdoa semuga tidak ada lagi orang Melayu yang cuba musnahkan Melayu, ibarat gunting dalam lipatan.

Taminsari
Shah Alam

Isnin, November 10, 2008

Anwar Cabar Pemimpin Pas

Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa :

Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong.

Apakah rancangan pembangunan yang pernah dikemukakan oleh PAS untuk kebaikan rakyat ketika parti itu menjadi anggota komponen Barisan Nasional dulu? Sejak dulu hingga sekarang, PAS hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya, tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah dan membuat janji lagi pada malam-malam berikutnya. Itu saja."

Jelas ucapan ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim seorang yang berdolak-dalik dan tiada pendirian. Masa itu dia kutuk PAS habis-habisan. Sekarang ini, melalui Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin sendiri oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail, beliau memuji muja PAS tiada tolok bandingnya. Lebih dari itu, bersekongkol pula dengan parti ekstremis Cina, DAP.

Dulu kutuk PAS sebagai parti yang hanya tahu buat ceramah, tabur janji dan tidur. Sekarang apa dah jadi. Parti perjuangannya pula ikut jejak langkah PAS. Begitulah halnya orang yang asyik bermain dengan lumpur, akhirnya tempelak ke muka sendiri. Soalnya apakah orang macam ini yang hendak dimertabatkan sebagai pemimpin. Mulut manis lidah berkait. Jawapnya tidak sekali-kali.

Di pihak PAS pula, menjadi tandatanya apakah parti itu yang mengaku "Islamic" sanggup bersekongkol dengan orang yang bukan sahaja cakapnya serampang dua mata tetapi juga orang yang telah melemparkan lumpur ke mukanya bertalu-talu. Apakah parti ini benar-benar berdiri atas prinsip perjuangan yang suci seperti yang dilaung-laungkan atau hanya berpijak di atas fahaman politik yang sempit dan berubah-ubah sehingga sanggup "bersubahat" dengan parti-parti oprtunis di dalam apa yang dipanggil sebagai Pakatan Rakyat. Jika demikianlah halnya, maka ia juga termasuk ke dalam golongan itu.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia. Begitu juga dengan DAP sejak penubuhannya lagi telah menolak Negara Islam.
Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Mengadaikan prinsip untuk berkuasa. Anda fikir dan renunglah sedalam-dalamnya.

Taminsari
Shah Alam

Artikel Pilihan : Jangan bermain api

Dalam arena politik tanah air, nama Datuk Ibrahim Ali sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun berhadapan dengan risiko, Ibrahim tetap lantang memperjuangkan sesuatu isu.

Kini sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mewakili kawasan Pasir Mas, Kelantan, Ibrahim terus bersuara di Parlimen dan paling ketara apabila tercetus isu berkaitan dengan hak-hak istimewa orang Melayu. Tanpa mempedulikan sama ada ia dicetuskan oleh parti kerajaan atau pembangkang, sesiapa juga yang cuba mengganggu gugat kedudukan orang Melayu dan Islam, maka Ibrahim akan bangun menentang dengan nada yang keras.

Dalam pertemuan dengan wartawan di pejabatnya, Ibrahim melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan hak orang Melayu. Bagi beliau, tindakan mereka ibarat bermain api dan boleh mengakibatkan tercetusnya permusuhan antara kaum di negara ini. Justeru Ibrahim yang merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu pihak-pihak tertentu memberhentikan tindakan mereka.
Ini kerana tegas beliau, isu perkauman yang dimainkan sekarang dianggap lebih serius berbanding apa yang berlaku pada tahun 1987 yang menyaksikan kerajaan melancarkan ‘Operasi Lalang’ bagi mengawal keadaan.


Ibrahim tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan sesetengah parti memainkan isu berkaitan kaum ini adalah demi survival politik mereka.


Beliau juga turut mengkritik sikap tidak tegas pihak-pihak yang berkenaan sehingga memungkinkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semakin tercabar serta tergugat.

Walaupun boleh mengundang perbalahan kaum, namun isu-isu berkaitan hak istimewa orang Melayu terus dimainkan oleh pihak tertentu, apa pandangan Datuk?

IBRAHIM: Mereka yang melakukan perbuatan berkenaan sengaja mahu menyemarakkan api dalam sekam. Maka sebab itu saya melihat tindakan Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan baru-baru ini berhubung kedudukan orang Melayu adalah satu perkara yang serius dan ia diperkuatkan lagi dengan pandangan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pada pandangan saya, perkara ini kalau tidak ditangani segera ia boleh mengundang mala petaka seperti mana tragedi 13 Mei 1969. Sememangnya kita tidak mahu peristiwa hitam itu berulang, tetapi saya bercakap soal hakikat sebab keghairahan pihak tertentu menyentuh isu-isu asas Perlembagaan negara iaitu Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu serta hak kerakyatan bagi kaum lain boleh mengundang bahaya.

Kita lihat dalam konteks Islam, ia sudah cuba digugat melalui isu-isu murtad. Semua ini berlaku kerana wujudnya apa yang dipanggil dasar liberalisasi. Ia adalah satu dasar yang cukup bahaya. Liberalisasi tidak boleh dibuka secara total kerana ia akan dikaitkan pula dengan hak asasi manusia, dasar keterbukaan dan lain-lain. Walaupun mengakui hak keadilan sejagat tetapi kita ada landasan dan prinsip-prinsip yang harus kita hormati.

Dalam sesebuah negara ia ada sejarah dan undang-undang, begitu juga Malaysia yang mempunyai Perlembagaannya. Semua perkara yang sudah terkandung dalam Perlembagaan seharusnya tidak diganggu gugat tetapi malangnya kita melihat apa yang berlaku adalah sebaliknya. Selepas agama Islam, kini pihak-pihak tertentu cuba pula menganggu gugat bahasa Melayu. Ini jelas apabila Kerajaan negeri Pulau Pinang meluluskan permohonan pihak berkuasa tempatan untuk menggunakan bahasa lain di papan-papan tanda jalan.

Kenapa selepas agama, kelompok berkenaan cuba pula menganggu bahasa Melayu, apa motif tindakan itu?

IBRAHIM: Ini kerana dalam isu-isu lain mereka sudah mencapai apa yang dikehendaki. Ia termasuklah juga dalam soal ekonomi dan pendidikan. Kepada mereka, ekonomi sudah tidak lagi menjadi isu kerana mereka sudah menguasai 60 peratus daripada ekonomi negara malah kini mereka tidak mahu mendengar lagi soal Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebaliknya bercakap soal meritokrasi dan kesamarataan.

Bagi bidang pendidikan pula, mereka sudah dapat apa yang mereka mahu apabila kerajaan begitu terbuka membenarkan kewujudan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dinaungi oleh mereka. Oleh kerana semua isu sudah dianggap selesai mereka kini cuba pula menyentuh soal agama Islam dan bahasa Melayu. Mereka cuba menuntut supaya layanan diberikan sama rata dalam amalan beragama. Ini adalah satu tuntutan yang salah kerana apa pun keadaan Islam adalah agama rasmi negara ini.

Biarpun kita membenarkan agama-agama lain bebas dianuti sama seperti juga bahasa lain yang dibenar digunakan tetapi Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain. Maknanya, mereka tidak boleh kata atas dasar bebas beragama, mereka berhak bersuara dan layanan mesti sama ertinya kalau mahu bina masjid ia mesti disertai dengan pembinaan kuil atau gereja. Ini tidak boleh dilaksanakan kerana ia berteraskan kepada Islam adalah agama rasmi.

Agama lain tidak berhak mendapat kesamarataan dalam banyak perkara terutama berkaitan dengan peruntukan daripada kerajaan dan sebagainya. Begitu juga bahasa Melayu walaupun kita benarkan bahasa Inggeris atau bahasa lain untuk digunakan tetapi ia tidak boleh diletakkan setaraf dengan bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu dijamin dalam Perlembagaan, jadi apabila kita mempertahankan perkara ini kita bukan rasis sebab perkara ini ada dalam Perlembagaan.

Soal rasis tidak timbul kerana setakat ini belum pernah ada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan Melayu menganjurkan satu forum atau seminar bercakap mempersoalkan hak kerakyatan kaum lain. Justeru apabila ada orang mempersoalkan hak Melayu, ia adalah satu tindakan menghina asas Perlembagaan dan mencuit perasaan orang Melayu.

Sekarang sudah wujud pula tanggapan bahawa soal ketuanan Melayu tidak penting?

IBRAHIM: Ketuanan Melayu adalah soal panggilan sahaja, apa yang perlu difahami ialah asal usul sesebuah negara itu ada tuannya. Kalau mereka mengatakan Melayu adalah pendatang, ia adalah satu kenyataan yang melampau. Ini yang saya maksudkan menyemarakkan api dalam sekam. Dalam Perlembagaan, walaupun kaum lain diberi hak kerakyatan tetapi mereka orang luar yang kita terima menjadi rakyat. Kita orang Melayu tidak ada masalah kerakyatan kerana kita adalah penduduk pribumi asal, itu maksudnya.

Apa yang perlu kita tegaskan ialah soal bangsa menyentuh nadi sesebuah negara. Cuba lihat di Indonesia atau negara-negara lain, semangat nasionalisme mereka terhadap bangsa bukan kecil, kalau sesiapa menyentuhnya ia boleh mencetuskan huru-hara.

Jadi ini yang membimbangkan kita dan saya lihat pemimpin-pemimpin tertentu semakin ghairah membuat kenyataan berhubung isu hak orang Melayu. Apa yang membimbangkan isu menyentuh perkauman ini lebih dahsyat daripada apa yang berlaku pada tahun 1987 yang menyaksikan pihak berkuasa terpaksa melakukan 'Operasi Lalang' bagi mengawal keadaan.

Tetapi ada di kalangan pemimpin Melayu sendiri turut memainkan sentimen yang sama?

IBRAHIM: Saya tidak menafikan semua ini berlaku kerana ada juga beberapa pemimpin Melayu yang saya sifatkan tidak sedar diri. Mereka ini bercakap atas dasar liberalisasi akibatnya ia menyebabkan kaum lain begitu bermotivasi. Semua kerana ada pemimpin Melayu yang membuat kenyataan-kenyataan menyentuh soal Melayu semata-mata demi agenda politik iaitu untuk mendapat sokongan dan meraih undi. Akhir sekali yang akan menanggung kerugian akibat perbuatan pemimpin-pemimpin berkenaan ialah orang Melayu.

Mereka mengagungkan liberalisasi dengan menganggap ia adalah perjuangan bagi keadilan sejagat dan menyifatkan tidak perlu wujud kontrak sosial. Lebih mengecewakan ada pihak mengatakan tindakan mempertahankan kaum Melayu sebagai tidak Islamik. Hakikatnya, walaupun memang jelas Islam menjaga kepentingan kaum-kaum lain tetapi dari perspektif lain, adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan agama Islam dan kedudukan bahasa Melayu. Kalau kita merujuk kepada Piagam Madinah, ia sebenarnya kontrak sosial.

Ini kerana apabila pelbagai puak berkelahi dan Rasulullah SAW menubuhkan negara Islam, mereka patuh kepada langkah itu dan diwujudkan beberapa perkara bagi menjaga kaum-kaum tertentu. Dalam konteks Malaysia, Perlembagaan itulah kontrak sosialnya. Ertinya kontrak sosial itu adalah satu perjanjian yang dizahirkan sebelum kita mencapai kemerdekaan. Ia diputuskan oleh semua kaum dan diterjemahkan dalam bentuk Perlembagaan, ini termasuklah menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Semua itu termasuk dalam kontrak sosial yang melibatkan perjanjian antara rakyat dengan negara, bukannya antara kaum.

Berdasarkan konteks itulah kaum lain diberikan kerakyatan kerana kesetiaan mereka kepada negara bererti mereka perlu setia kepada Perlembagaan. Di negara-negara lain keadaan lebih teruk apabila kaum minoriti tidak boleh menggunakan nama asal keturunan mereka. Contoh di Indonesia, semua nama jalan di negara itu menggunakan nama Indonesia begitu juga di Thailand, semua itu dilakukan demi menjaga nasionalisme bangsa masing-masing.

Ada yang berkata kelantangan kaum lain tercetus kerana mereka melihat politik orang Melayu semakin lemah, adakah Datuk bersetuju dengan pandangan ini?

IBRAHIM: Kalau mereka mengambil perhitungan ini mereka silap. Kita sememangnya menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat melalui pilihan raya tetapi parti-parti yang menang tidak semestinya boleh mengganggu gugat asas Perlembagaan negara atau cuba menguji kesabaran orang Melayu.

Mereka boleh soal hak masing-masing dalam bidang tertentu tetapi jangan kaitkan dengan asas Perlembagaan negara ini, sebab itulah saya bersetuju dengan pandangan Sultan Azlan Shah bahawa kalau timbul kelemahan dalam satu-satu dasar, mekanismenya yang harus diperbetulkan bukannya menghapuskan dasar tersebut.

Adakah mungkin kelemahan kita sendiri mendaulatkan bahasa Melayu menyebabkan kaum lain bertindak menggugat kedudukan bahasa itu?

IBRAHIM: Hakikatnya, kelemahan orang Melayu dalam soal ini terlalu banyak. Sebagai contoh, menteri sendiri membenarkan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, malah ia diburukkan lagi dengan kewujudan semakin banyak sekolah jenis kebangsaan. Kalau beginilah keadaannya macam mana kita hendak memastikan bahasa Melayu terus disatukan, ertinya digunakan oleh semua kaum?

Seperkara lagi, mereka mendakwa integrasi boleh diwujudkan melalui kesamarataan, bagi saya ini adalah satu pendapat yang amat salah. Mereka perlu memahami bahawa bukan sahaja dasar Perlembagaan menyatakan dengan jelas mengenai kedudukan orang Melayu malah dari segi majoriti penduduk pun, orang Melayu merupakan kaum majoriti.

Ada pandangan bahawa parti-parti tertentu kini mula memainkan isu perkauman demi survival politik mereka.

IBRAHIM: Sebenarnya itulah yang sedang mereka lakukan. Ia berasaskan kepada matlamat mereka menuju ke arah apa yang dipanggil konsep pelbagai kaum seperti mana diamalkan oleh Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Bagaimanapun jika kita mengkaji perjalanan parti-parti berkenaan mereka tidaklah mengamalkan perkara itu sepenuhnya, malah kalau benar mereka mahu mengamalkan politik pelbagai kaum, DAP boleh melantik seorang Melayu menjadi Setiausaha Agung, tetapi itu tidak dilakukan biarpun DAP mendakwa mereka parti pelbagai kaum.

Dalam soal bahasa Melayu, apakah benar sikap tidak tegas dalam melaksanakan undang-undang menyebabkan kedudukannya semakin terancam?

IBRAHIM: Saya sudah banyak kali menyatakan bahawa bukan sahaja dari segi pelaksanaan bagi mendaulatkan bahasa Melayu kita lemah malah kalau ada orang gugat bahasa itu pun kita tidak mengambil tindakan.

Ini adalah satu sikap yang salah kerana dalam Akta Hasutan sudah menyatakan dengan jelas bahawa lima perkara asas yang termaktub dalam Perlembagaan tidak boleh disentuh atau diungkit. Kita perlu faham bahawa apa juga perkara yang termaktub dalam Perlembagaan perlu dilaksana dan dikuatkuasakan, sebab itulah saya pernah mencadangkan kepada kerajaan menubuhkan jawatankuasa di peringkat kementerian dan kerajaan negeri bagi mengkaji sejauh mana dasar-dasar dan program kerajaan yang dibuat bersesuaian dengan Perkara 153 Perlembagaan.

Bagaimana kita hendak menyedarkan orang Melayu supaya memahami ancaman yang ada di hadapan mereka?

IBRAHIM: Bagi saya cendekiawan dan ilmuwan Melayu termasuk alim ulama harus tampil ke hadapan dan bersuara serta memberi pendapat dan kena berani bercakap.

Dalam usaha mengelakkan ketegangan kaum, apa nasihat Datuk kepada ahli-ahli politik?

IBRAHIM: Saya pun orang politik dan sebagai orang politik masing-masing ada agenda dan cita-cita, saya tidak mahu hipokrit. Apa pun jangan sampai menang tetapi jadi arang, ertinya tiada makna negara ini membangun dengan segala kemajuan tetapi akhirnya ia musnah. Itu mungkin berlaku sebab isu kesamarataan kaum akan mengambil jangka masa panjang untuk diselesaikan.

Oleh itu jangan bermain dengan api kerana jika mereka terus berbuat demikian orang tua-tua kata 'rumah akan terbakar' akhirnya semua rakyat negara ini menderita. Mungkin pihak tertentu akan berhujah bahawa orang Melayu yang mengapi-apikan sesuatu perkara tetapi cuba kaji siapakah yang sering membuat ucapan mempertikaikan kedudukan Melayu dan siapa pula yang menganjurkan forum menyentuh mengenai sensitiviti orang Islam?

Kalau kita hendak mengamalkan sikap menuding jari, ia tidak akan menyelesaikan masalah. Mungkin mereka tidak berpuas hati dengan pelaksanaan beberapa dasar kerajaan tetapi semua kelemahan itu boleh diperbaiki kerana peluang masih banyak dan masa depan masih cerah untuk semua pihak. Apa yang penting masing-masing kena bersabar. Selain itu bagi pemimpin-pemimpin Melayu pula, kalau mahu bertolak ansur biarlah kena pada tempatnya. begitu juga kaum lain kalau hendak menuntut biarlah kena pada tempatnya.

Saya juga mengajak semua orang Melayu untuk memahami, biarpun kita berbeza fahaman politik tetapi kita perlu ingat bahawa kita datang daripada satu agama iaitu Islam, jadi paling tidak kita harus bersatu atas nama Islam atau atas roh Melayu. Kalau ada semangat ini insya-Allah kita akan selamat, kalau tidak maka berakhirlah masa depan orang Melayu dan kaum pribumi di negara ini.

Suara Politik